Rabu, 2009 Julai 15

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 5

Episod Akhir. Sesi Pertama
Episod 5 ini adalah yang terakhir didalam tajuk GoCOS. Untuk episod terakhir ini K akan memberikan rumusan terhadap apa yang telah K celotehkan sepanjang empat episod yang lepas.

Fakta
Ciri utamanya adalah;
  • GoCOS menyokong ARM dan x86
  • GoCOS adalah sistem sumber terbuka
  • GoCOS adalah percuma
  • GoCOS bukan Android
  • GoCOS menggunakan Cloud
  • GoCOS untuk pengguna internet tegar
  • GoCOS adalah mudah, laju dan selamat
Linux & Komuniti
  • GoCOS tidak mengeluarkan versi kernal Linux yang mahu digunakan
  • GoCOS tidak mengatakan mereka akan berada dibawah mana-mana Distro
  • GoCOS mempunyai Gears untuk aplikasi luar talian
  • GoCOS seolah-olah klon kepada gOS
  • GoCOS membawa imej baru kepada pengguna tentang Linux
Komuniti tidak bersetuju dengan GoCOS tentang
  • Sumber terbuka
  • Linux
Pendapat K
  • GoCOS hanya satu Linux yang tidak tentu baiknya
  • GoCOS belum tentu berjaya
  • GoCOS mungkin tidak mempunyai komuniti yang baik
  • GoCOS mungkin tidak akan memintas Ubuntu
Sumber Terbuka & Internet
  • GoCOS mempunyai Chrome sebagai pelayar internet
  • GoCOS tidak mempunyai perisian yang dipasang kekal
  • GoCOS hanya menyokong aplikasi web
Pendapat K
  • GoCOS tidak akan menyokong Wine dan apa-apa perisian luar termasuklah Firefox
  • GoCOS bukan untuk pengguna tegar aplikasi grafik, audio dan video
  • GoCOS bukan untuk K
Sekuriti Dan Data
  • GoCOS adalah Google
  • GoCOS tidak tentu selamat
  • GoCOS merupakan aplikasi pengumpulan data
Pendapat K
  • GoCOS akan mempunyai masalah dengan sekuriti
  • GoCOS akan menggunakan data penggunanya
Pergulungan Akhir
  • GoCOS merupakan satu sistem operasi yang bagus untuk pengguna tegar internet, yang hidup dengan internet semata
  • GoCOS merupakan satu sistem yang mengabungkan Linux sebagai asas dan Chrome sebagai bahan utama
  • "aneh dan pelik"
Pendapat K untuk tambahan
GoCOS masih baru dan secara tepatnya bagaimana GoCOS akan dibina masih kabur. Seharusnya GoCOS tidak hanya menyokong aplikasi di interent semata-mata kerana walaupun sasaran utamanya adalah Netbook, spesfikasi komputer kini semakin hebat dan berkembang. Oleh itu untuk mensia-siakan semua RAM dan ruang storan kepada pelayar internet semata-mata adalah "aneh dan pelik". Setakat ini, K mengatakan K akan menggunakan GoCOS. Tetapi hanya didalam Virtual Machine sahaja.

Rujukan
Adam, H. 8 Julai 2009. Linux community concern over Chrome OS. www.techradar.com
Anders, B. 31 Januari 2006. Google denies plans to distribute OS based on Ubuntu. arstechnica.com
Bran, L. 8 Julai 2009. Is Google Chrome OS a Windows killer? Or just a Jolicloud killer? www.downloadsquad.com
Charlie, S. 8 Julai 2009. Five Things Google’s Chrome OS Will Do for Your Netbook. www.wired.com
Eins. 8 Julai 2009. Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft? jomphp.com
Erica, O. 8 Julai 2009. PC makers mum about Chrome OS. news.cnet.com
Gary, M. 8 Julai 2009. Could Chrome OS land Google in court? www.techradar.com
Gordon, H. 8 Julai 2009. Why Chrome OS doesn't matter--or does it? news.cnet.com
Jack, S. 8 Julai 2009. Google Chrome OS: is it copying Microsoft's Gazelle or is it more like Splashtop? www.guardian.co.uk
John, T. 8 Julai 2009. Google's Chrome OS: what it means, why it matters. arstechnica.com
Josh, L. 8 Julai 2009. What will Google's Chrome OS watch you do? news.cnet.com
Larry, M. 8 Julai 2009. Does Google's OS decrease or increase security risks? news.cnet.com
Lance, U. 8 Julai 2009. 10 Questions for Google's New Chrome OS. www.pcmag.com
Mark, H. 8 Julai 2009. PC OEMs Plead Ignorance on Google Chrome OS. www.pcmag.com
Matt, B. 8 Julai 2009. Giz Explains: What the Hell's Google Chrome OS? gizmodo.com
Priya, G. 8 Julai 2009. No One Wants Linux Netbooks. Can Google Do Better? www.wired.com
Renai, L. 8 Julai 2009. No thanks Google, we've got Ubuntu. www.zdnet.com.au via www.osnews.com
Rory, C, J. 8 Julai 2009. Chrome - living in a Google world? www.bbc.co.uk
Ross, R. 8 Julai 2009. Switched On: With Google, this is not your father's OS war. www.engadget.com
Ryan, S. 8 Julai 2009. You Predict the Winner of OS Wars: Chrome, Windows, Linux, OS X? www.wired.com
Sarah, P. 8 Julai 2009. 10 Things We're Dying to Know About Chrome OS. www.readwriteweb.com
Scott, G. 8 Julai 2009. Five Questions About Google Chrome OS. www.webmonkey.com
Stephen, W. 8 Julai 2009. Chrome OS: What Is Google's Goal? www.businessweek.com
The Official Google Blog. 7 Julai 2009. Introducing the Google Chrome OS. googleblog.blogspot.com


Teruskan pembacaan

Selasa, 2009 Julai 14

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 4

Sekuriti Dan Penjajahan Data
Jika berkata tentang sekuriti rasanya ramai yang sudah memahami apa yang akan K perkatakan, tetapi apa pula yang diceritakan tentang penjajahan data. Penjajahan data sebenarnya adalah istillah K sendiri. Bukan istillah sebenar dan rasmi. Tetapi yang penting mengapa K panggil sebegitu.

Google. Pengumpul Data
Siapa yang tidak kenal Google, enjin carian yang amat amat bagus. Sukar untuk enjin carian yang lain seperti Yahoo dan Bing untuk menggugat dan mendapatkan data terbaik sebaik Google. Kerana itu Google unik. Google itu gah dimata pengguna. Bila Google mengatakan mereka membuat pelayar interent sendiri, ramai yang beranggapan itu perkara yang baik tetapi terdapat bahagian "hitam" didalam perkara itu. Google sememangnya terkenal dengan cara pengumpulan data yang baik, masakan tidak. AdSense yang begitu popular memerlukan data pengguna yang begitu banyak. Sememangnya Google Chrome dibina tidak lain misinya adalah untuk mendapatkan data daripada pengguna. Apa yang dilayari, apa yang dicari dan apa minatnya. Itu hanya sebagian kecil daripada apa yang dicari oleh Google Chrome. Kini di buka pula cara yang lain, membuatkan pengumpulan data tersebut lebih besar daripada apa yang ada kini.

GoCOS
Disitu dapat dilihat cara Google untuk mendapatkan data pengguna sebanyak yang dimampu. Untuk melawan kemaraan Bing yang dikatakan mampu untuk mengoyahkan Google selaku enjin carian nombor satu dunia. Apa yang mampu dilakukan oleh GoCOS adalah mencari data berkaitan minat, hobi, kewangan, antivirus dan sekuriti, hal semasa, kesihatan dan pelbagai lagi. Jika tidak mengapa Google membuat Google Trend. Kecuali untuk melihat apa yang dicari oleh pengguna. Semua itu adalah "harga" yang perlu dibayar oleh penggunanya lebih lagi kepada pengguna GoCOS. Sehingga ada yang beranggapan, Google adalah syarikat pengintip data yang sah.

Isu Sekuriti
Linux. Jangan kerana Linux anda terus mempercayai bahawa GoCOS itu selamat. Kerana GoCOS dan Linux belum tentu selamat jika tiada prosedur yang betul digunakan. K selalu memberikan quote apabila berkata tentang sekuriti;
Security is not a product, it's a process
Quote itu bukan datang daripada K tetapi orang lain, tetapi maksudnya amat baik untuk semua perkara yang melibatkan sekuriti. Anda seharusnya mengetahui bahawa Internet bukannya selamat, lebih lagi apabila anda menggunakan pelayar interent untuk membuat kerja yang bersifat sensitif dan kritikal. Jika mengatakan perihal virus sememangnya boleh K katakan setakat ini Linux masih bebas daripada perkara itu tetapi perihal eksploitasi pelayar interent tidak dijamin sama sekali. Termasuklah Google Chrome. Mungkin anda lupa, GoCOS menggunakan Google Chrome sebagai peralatan wajib kerana segalanya berada didalam Cloud. Anda sedang membuat risiko terbesar apabila mempercayai semua perkara untuk dilakukan didalam Cloud. Kerana teknologi tetap mempunyai risiko eksploitasi.

Penjajahan Dunia
Jika Microsoft di saman kerana memasukkan Internet Explorer kedalam Windows yang dikatakan sebagai anti persaingan didalam hal pegangan pasaran pelayar internet, apa pula terjadi kepada GoCOS yang memang mempunyai pelayar internet sebagai aspek terpenting? Perkara ini menjadi lebih rumit apabila kemungkinan besar juga GoCOS tidak mahu pelayar internet lain memasuki GoCOS seperti mana yang telah diterangkan didalam Episod 3. Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh Google. Gunakannya boleh tetapi jangan terlalu menyerah kepadanya.

Pergulungan
Jika diikutkan penulisan ini akan menjadi lebih daripada lima episod tetapi setelah disunting dan ditulis semula ianya dipendekkan menjadi lima episod sahaja. Dan episod susulan mungkin akan dikeluarkan jika terdapat persoalan yang perlu K tulis dan baiki semula apabila berlaku fakta baru. Setakat ini episod 4 melabuhkan tirai.

Teruskan pembacaan

Isnin, 2009 Julai 13

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 3

Aplikasi Sumber Terbuka
Episod ketiga menyelak tirai. Jika yang lepas telah membawa anda mengetahui bagaimana kesan baik dan kesan buruk yang mampu dibawa oleh GoCOS kepada Linux, komuniti Linux dan pengguna bukan Linux, kali ini membawa anda kepada satu permasalahan yang lebih tinggi iaitu aplikasi sumber terbuka dan dasar keterbukaan GoCOS kepada aplikasi sumber terbuka yang lain.

GoCOS Sistem Sumber Terbuka

Telah dinyatakan pada edisi pertama bahawa GoCOS adalah sistem operasi yang percuma dan dikatakan sumber terbuka. Lebih lagi apabila kernal yang dipilih adalah Linux dan pelayar internetnya adalah Google Chrome yang sudah semestinya sumber terbuka. Tetapi mengapa Google memilih menjadi sistem sumber terbuka. Mengapa tidak menjadi seperti Microsoft ataupun Apple sebagai sistem sumber tertutup. Kerana terdapat perkara yang kurang menyenangkan yang berlaku apabila GoCOS menjadi sumber terbuka. Iaitu siapa yang akan membantu didalam kelangsungan sistem tersebut. Komuniti mana yang akan membantu mereka. Kerana GoCOS dilihat tidak mengambil mana-mana Distro Linux sebagai parent atau mentor/asas seperti mana yang dilakukan oleh Ubuntu yang berasaskan daripada Debian dan Fedora daripada Red Hat. Oleh kerana GoCOS tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia berada dibawah siapa maka dengan itu dianggapkan bahawa GoCOS berdiri dengan sendiri. Dan itu bukan satu perkara yang baik.

Aplikasi Dalam Talian

Di edisi lepas ada menyatakan bahawa GoCOS hanya akan mempunyai pelayar internet Chrome sebagai asas kepada GoCOS dan yang lain ada didalam internet. Tetapi perkara ini kurang dipersetujui oleh beberapa pendapat.

> Aplikasi atas talian tidak efektif
Tidak dinafikan bahawa Google mempunyai pelbagai aplikasi atas talian seperti Picasa untuk gambar, Youtube untuk video dan GoogleApps untuk alternatif kepada Microsoft Office. Menghantar dan berkonsgi data didalam jaringan menggunakan Cloud dan tidak perlu memasang sebarang aplikasi sebaliknya hanya menjalankan di pelayan Google. Tetapi semua ini mempunyai kelemahan. Masa. Jika anda mempersoalkan adakah GoCOS mampu untuk menjalankan Adobe Photosop disaat sasaran utama mereka kini hanyalah Netbook, anda silap. Tetapi sepatutnya pengguna mampu untuk membuat kerja ringkas seperti membuat suntingan gambar, video dan audio didalam sistem operasi mereka sebelum dimasukkan kedalam blog ataupun laman mereka. Tetapi jika ini semua perlu dimuat naik ke internet terlebih dahulu, masa telah dibazirkan disitu. Dibantu oleh keadaan intenret yang tidak 24/7 ada disekeliling kita tanpa terputus.

> Gears belum sedia
Mungkin ada yang mengatakan bahawa aplikasi Google mampu menjalankan fungsi minima secara luar talian sekaligus menjawab perihal masalah internet diatas. Tetapi jika kita berkata didalam konteks sumber terbuka, seharusnya pengguna boleh memilih aplikasi apakah yang mereka mahu gunakan. Tetapi persoalannya kini adakah Gears sudah bersedia. Dan aplikasi luar apa yang menyokong Gears. Begitu juga halnya dengan HTML5.

> Chrome bukan pilihan
Jika anda diberi pilihan adakah anda mahu menggunakan Internet Explorer ataupun Firefox ramai antara kita akan berkata Firefox. Perkara yang sama akan berlaku jika anda menggunakan GoSOC. Chrome tidak sepopular Internet Explorer, Firefox ataupun Safari. Adakah aplikasi luar boleh digunakan termasuklah pelayar internet yang lain daripada Chrome. Seterusnya membawa kepada permasalahan penjajahan dan tindakkan undang-undang sebagaimana yang dikenakan kepada Microsoft dalam perihal Internet Explorer didalam Windows. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa GoCOS akan menjadikan Chrome sebagai pelayar internet nombor satu. Tetapi mengikut statistik, perkara ini tidak aka berlaku kerana jika Chrome betul-bbetul bagus dan diterima pakai oleh semua orang, mengapa Chrome kini mendapat pegangan pasaran hanya 2% daripada pegangan pasaran pelayar internet bukannya 98%.

> Aplikasi lain
Mungkin Google mempunyai Picasa, tetapi K mahu menggunakan GIMP untuk menyunting gambar, bolehkah GIMP dipasang kedalam GoCOS? K merasakan boleh kerana GoCOS menggunakan kernal Linux, sepatutnya semua aplikasi Linux dalam bentuk binari akan boleh dipasang. Tetapi caranya tentu tidak semudah memasang di dalam Windows. Secara tidak langsung membawa pandangan negatif kepada Linux. Sentimen lama terbina kembali.

> Masalah sekuriti dan peribadi
Isu ini akan dilanjutkan kepada episod 4.

Timbal Balik
Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan untuk mengatakan bahawa GoCOS ini membawa kebaikkan atau keburukkan. Terpulang kepada individu. Episod 3 melabuhkan tirai.

Teruskan pembacaan

Ahad, 2009 Julai 12

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 2

Pengguna & Linux
Episod kedua membuka tirai. Selepas semalam K berkata tentang pengenalan kepada GoCOS. Hari ini tajuk penulisan akan berkisar tentang Linux dan pengguna akhir atau lebih dikenali sebagai end user. Apa yang dikaitkan GoCOS dan Linux dan apa kesannya kepada pengguna dan juga komuniti Linux secara teorinya.

Kernal Linux
Dilaporkan GoCOS tidak akan menggunakan kernal yang baru sebaliknya hanya menggunakan kernal Linux. Walaupun begitu masih tidak jelas versi yang akan digunakan. Untuk pengetahuan anda Android juga menggunakan Linux sebagai kernalnya oleh itu dapat dikatakan bahawa GoCOS adalah Linux. GoCOS adalah Linux yang menggunakan populariti Google sebagai satu organisasi yang hebat. Dan secara tidak langsung membawa imej yang "gah" kepada Linux. Malangnya terdapat mereka yang tidak mengemari situasi ini. Bukan tidak mengemari situasi pengguna meruntuhkan tembok sentimen mereka terhadap Linux yang selama ini menganggap "Linux itu sukar dan menyukarkan" tetapi lebih dalam daripada itu. Sebelum itu anda perlu mengetahui bagaimana GoCOS itu sebenarnya. Bagaimana ia berfungsi.

Secara Kasar
Isu ini akan dipanjangkan didalam episod ketiga nanti didalam bahagian aplikasi sumber terbuka tetapi secara kasarnya dapat dikatakan untuk memudahkan pemahaman anda. GoCOS adalah satu sistem operasi yang menggunakan Linux sebagai kernal untuk menjadikannya sebuah sistem operasi yang didalamnya mengandungi sebuah pelayar internet. Iaitu Google Chrome yang dikuasai dengan Gears. Jika tidak masakan boleh nama GoCOS adalah Google Chrome OS. Ada yang berpendapat hanya itu yang terdapat didalam GoCOS. Dan yang lainnya menganggap terdapat beberapa gadget yang dibina oleh Google seperti Google Desktop, Google Gadget dan Google Talk. Tidak mempunyai sebarang aplikasi lain kerana segalanya aplikasi berada didalam Internet dan pelayan (server) Google. Bagaimana boleh berlaku, akan diterangkan lanjut didalam episod ketiga.

Linux Google
Golongan yang kurang senang dengan perkara ini mengatakan bahawa Linux akan datang hanya akan dikuasai oleh satu nama, dan nama tersebut membawa logo Google. Walaupun K tidak berfikirkan sebegitu kerana Linux hidup bukan kerana nama tetapi kerana komunitinya. Walaupun Google sebagai satu nama besar. Tanpa komuniti GoCOS tidak mampu membuat apa-apa terhadap Linux. K kini menggunakan Linux Ubuntu. Dan K tidak merasakan K perlu menukarkkan kepada GoCOS, tetapi itu K. Lain orang lain caranya, lain fikirannya, lain kemahuannya, lain pengetahuannya!. Tidak K mengatakan K hebat tetapi cukup untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu berlaku. Lebih lagi didalam bidang ini. GoCOS dilihat hanya menjual nama sebagai salah satu daripada produk Google. Dan sekaligus mungkin membawa keburukkan kepada Linux jika Linux dipandang sebagai GoCOS semata-mata oleh pengguna. Dan bukannya Linux.



gOS
Siapa tiru siapa. Linux gOS dikeluarkan dengan mengubah suai Linux Ubuntu dan dijadikan sebagai satu Linux yang bebas dengan menambahkan beberapa perkara termasuklah Google Gadget, Google Desktop sehingga menjadikan fenomena salah faham gOS sebagai Google OS satu masa dahulu. gOS juga menyokong aplikasi Cloud yang juga dibawa oleh GoCOS. Ironi sekali apabila kini GoCOS dilihat sebagai klon kepada idea asal gOS dan kemungkinan boleh mengkuburkan gOS secara terus apabila pengguna gOS berubah kepada GoCOS yang lebih "asli". Jika ini berlaku, GoCOS dan Google telah pun membunuh salah satu daripada Linux yang ada. Linux membunuh Linux. Kanibal. Satu perkara yang tidak disukai oleh komuniti Linux. Walaupun pengguna berhak memilih tetapi cara "pembunuhan" tersebut tidak disukai. Apapun GoCOS masih baru dan memerlukan sedikit ruang untuk membuktikan mereka mampu mengubah persepsi ini. Episod 2 melabuh tirai.

Teruskan pembacaan

Sabtu, 2009 Julai 11

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 1

Google
Penuh di dunia internet dihebohkan mengenai rancangan Google untuk membina sistem operasi mereka sendiri. Yang K gelar GoCOS. Mengikut rancangan awalnya spesifikasinya adalah seperti berikut;
  • Akan tiba pada tahun 2010
  • GoCOS adalah sistem operasi sumber terbuka
  • Untuk mereka yang hidup dengan web
  • Netbook untuk permulaan
  • Antara muka minima
  • Menyokong x86 dan ARM
  • Tiada kaitan bersama Android
  • Menggunakan konsep Cloud
Gembira & Teruja
Siapa yang tidak terpandang tatkala melihat Google mengeluarkan rancangan barunya. Daripada enjin carian kepada pelayar internet sehingga kini ke sistem operasi yang telah dimulakan didalam mobil iaitu Android. Daripada titik tolak kejayaan Android mendapat sokongan pembina perisian, Google telah melanjutkan kepada bahagian yang lebih serius. Sistem operasi untuk sistem komputer. Dimulakan dengan Netbook.

Idea Asal: Android

Kepada anda yang tidak mengetahui kisah disebalik GoCOS, Android adalah pemula kepada fenomena hari ini. Apabila Android dilihat mampu pergi lebih jauh sehingga ke Netbook atau lebih lagi, Google mengorak langkah kepada GoCOS. Bukan sekali agakkan ini dikeluarkan bahkan semenjak Android masih didalam versi 1.0 lagi. Tetapi didalam hati tidak dapat dinyatakan adakah gembira atau tidak dengan perkara ini. Penulisan tentang GoCOS ini berlanjutan sehingga enam episod yang K akan letakkan selama enam hari berturut, dan mungkin akan ditambah lagi jika terdapat perubahan daripada pihak Google. Tetapi setakat ini K telah menyiapkan enam episod. Semoga membantu untuk K memilih sama ada perlu takut atau tidak tetang perkembangan ini. Dan kesemua rujukan yang K gunakan akan diletakkan di episod keenam kerana terlalu banyak (pertambahan) dan merimaskan jika diletakkan pada setiap episod.



Tiga Persoalan
Episod pertama ini hanya akan menunjukkan anda apakah yang menariknya yang boleh diberikan oleh GoCOS. Dan tiga episod seterusnya akan membincangkan tentang apa yang K baca, lihat, fikir dan tulis tentang ini. Di akhir episod kelima nanti K akan kembalikan semula persoalan dan apa yang K fikirkan kepada anda selaku pengguna. Anda bebas untuk berkata. Pembahagian persoalan adalah;
  • Pengguna & Linux
  • Aplikasi Sumber Terbuka
  • Sekuriti & Penjajahan Data
Semoga bermanfaat kepada anda dan juga K. Episod pertama melabuh tirai.

Teruskan pembacaan

Jumaat, 2009 Julai 10

Terminal. Edisi 5

Naiktaraf_1: 11 Julai 2009

Mencari & Menyelamat

Jika edisi 4 kita melihat perihal bagaimana menggunakan editor yang terdapat didalam Terminal, minggu ini kita melihat bagaimana menggunakan fungsi didalam terminal untuk mencari sesuatu fail ataupun paten yang khusus.
Grep
Grep adalah perkara penting didalam Terminal. Lebih lagi didalam mencari sesuatu didalam senarai yang panjang. Sebagai contoh didalam gambar. Dimana menunjukkan perbezaan antara penggunaan "ls" yang biasa dan "ls" yang "disalurkan" bersama "grep Do". Arahan grep adalah untuk mencari patent yang tertentu dan bertindak seakan penapis yang akan menapis keluaran daripada arahan "ls" kepada satu hasil yang lebih spesifik. Hanya menjurus kepada perkataan yang dicari

Anda juga boleh mencari sesuatu perkataan didalam sesebuah fail teks dengan memberikan arahan;
grep
Dengan cara ini grep akan mencari semua perkara yang berkaitan dengan apa yang anda mahu cari didalam fail yang anda letakkan dan memberi jawapan didalam bentuk kesimpulan terhadap semua yang dijumpai.

Tambahan Grep
Anda boleh memberikan arahan yang lebih spesifik kepada grep seperti
  • -n jawapan disertai nombor baris yang mengandungi perkataan tersebut
  • -r untuk mencari perkara yang sama didalam sesebuah direktori
untuk lebih lanjut anda boleh menggunakan arahan "man" yang telah diberitahu pada edisi pengenalan.

Find
Satu lagi arahan untuk mencari barang anda adalah dengan menggunakan arahan "find". Kemampuannya tidak dapat disangkal apatah lagi jika di "pipe" bersama arahan "xargs". Seperti contoh
find kekBaru -type f -name '*-kek' | xargs -I % cp % kekLama/
Maksud arahan ini adalah mencari sesuatu yang berjenis fail (-type f) yang mempunyai nama (-name) berkaitan dengan "-kek". Dan di lanjutkan arahan xargs dengan membuat pendua terhadap segala fail yang dikeluarkan oleh arahan "find" kepada satu folder lain yang dinamakan kekLama. Cara ini amat berguna apabila anda mempunyai senarai fail yang panjang dan besar.

Edisi 5 Tamat
Edisi 5 tamat disini. Mungkin edisi ini kelihatan lebih ringkas daripada edisi yang lepas. Tujuan utama adalah untuk menjadikan setiap penulisan didalam blog ini lebih ringkas. Jumpa di edisi 6.

Penulisan ini adalah diambil, digubah dan dimudahkan daripada artikel asal oleh Robert Clipsham.

Robert, C. Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #18, Oktober 2008.

Teruskan pembacaan

Khamis, 2009 Julai 09

Tukar PDF Kepada Gambar

Dr. Ivan
Tutorial ni diambil daripada blog Dr. Ivan yang dimasukkan kedalam Linux Today. Mungkin berguna untuk anda yang mahu menjadikan PDF kedalam bentuk gambar untuk kegunaan tertentu.

ImageMagick
Mulakan dengan memasang aplikasi ImageMagick dengan menggunakan arahan di Terminal.


sudo apt-get install imagemagick

Kadang kala versi Ubuntu yang lebih baru telah mempunyai ImageMagick secara automatik. Setelah dipasang, masuk kepada direktori yang menyimpan fail pdf tersebut dan gunakan arahan "convert <tajuk pdf> <tajuk gambar>" seperti contoh dibawah;


convert fail.pdf fail.png

apa yang akan terjadi adalah imagemagick akan menukarkan setiap muka surat daripada fail.pdf kepada fail-01.png, fail-02.png dan seterusnya. Anda juga mampu untuk menukarkan kepada fail jpg dengan mengubah png kepada jpg.

Arahan Lain
Anda boleh mendapatkan arahan yang lain untuk memudahkan kerja anda didalam menggunakan ImageMagick dengan menggunakan arahan "man" seperti mana yang telah diajar didalam Terminal edisi pengenalan dahulu.

Kegunaan Sebenar ImageMagick
Kegunaan sebenar ImageMagick tidak hanya terbatas kepada menukarkan pdf kepada jpg semata tetapi mengubah dan menganalisa gambar didalam terminal. Anda boleh mencuba untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang ImageMagick. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman rasmi ImageMagick.

Rujukan
Dr. Ivan. 28 Jun 2009. Linux Tips & Tricks: Converting PDF-s to pictures in Linux. blog.dr-ivan.com via www.linuxtoday.com

Teruskan pembacaan

Tema Ini Telah Di Ubah Suai Oleh TMUkmkd AMBNaC