Jumaat, 30 Oktober 2009

Perkara Pertama

Emphaty - Pidgin
Setelah Karmic berjaya di pasangkan di VirtualBox, perkara pertama yang "drastik" adalah pemasangan semula Pidgin dan pembuangan Emphaty. Menggunakan Ubuntu Software Center.

Dari 9.04 kepada 9.10

9.04 -> 9.10
Didalam lappy K ada satu partition khas yang diberikan untuk menjadi bahan eksperiment untuk ubuntu distro yang baru untuk menguji kemampuan dan kebarangkalian untuk digunakan secara penuh sebelum menjadi ubuntu utama. K mempunyai dua ubuntu. 8.10 (utama) dan 9.04 (eksperiment). Kini Jaunty 9.04 tersebut telah ditingkatnaik menjadi Karmic 9.10 tadi.

Mengapa Eksperiment
K pernah mengalami masalah sokongan kernal terhadap pemacu intel chipset pada keluaran awal 9.04 dahulu. Yang menyebabkan K masih menggunakan 8.10 sehingga semalam sebagai ubuntu utama lappy ini. Kini 9.10 pula mengambil tempat 9.04 disana.

Laju, menarik dan minimalisme
Setelah ditingkat naik, beberapa perkara yang mengkagumkan adalah kelajuan boot yang ditambah dengan ikon pembukaan yang begitu kecil, skrin hitam dan logo ubuntu berwarna putih ditengah tengah menyinari ruang tersebut. Dan diteruskan dengan skrin limpah (splash screen) yang baru yang seakan-akan sedikit melengkung ke hadapan. Nilai 3D disitu.

Perubahan ketara adalah ikon. Ikon humanity digunakan didalam Karmic. Lebih nampak profesional dan bersifat minimalis. Lupa untuk dimasukkan. IM yang digunakan didalam Karmic adalah Emphaty yang mengantikan Pidgin.

Dan tiada lagi Add/Remove tetapi diberikan nilai profesional seperti AppStore iaitu Ubuntu Software Center.

Grub 2, EXT4 adalah antara perkara lain.

Tetapi
Disebabkan percubaan didalam partition experiment ini juga dapat mengesan masalah yang bukan masalah besar tetapi cukup menganggu perjalanan untuk menggunakan Karmic terus daripada Intrepid. Setiap 30 saat akan ada bunyi daripada speaker yang hanya seperti satu bip dan sebenarnya cukup kuat dan mengganggu. Bunyinya seperti "thub" atau "tut". K masih mencari punca masalah ini dan rasanya adalah berpunca daripada alsamixer atau seumpamanya. Adakah disebabkan operasi tingkat naik? K masih menunggu untuk ISO Karmic siap dan akan membuat pemasangan penuh kepada partition experiment kepada Karmic untuk mengesahkan perkara ini.

Dan Kini
Mungkin K akan bertukar daripada Intrepid kepada Jaunty sebagai Ubuntu utama nanti. Bila, itu kita tentukan nanti.

Sumber
Damein, 06 October 2009. Screenshots Tour of Ubuntu Karmic Koala 9.10 Beta. maketecheasier.com

Khamis, 29 Oktober 2009

Karmic dan DIP

Karmic
Karmic (Ubuntu 9.10) telah pun dilepaskan. Selamat mencuba semua.

DIP
DIP = Digital Image Processing

Karmic Koala: Bebas Daripada Kantung

Hari Ini
29 Oktober 2009. Tarikh penting untuk anak Koala yang baru baligh untuk keluar daripada kantung ibunya. Semoga berjaya Karmic.

Selasa, 27 Oktober 2009

OOSAD

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahad, 25 Oktober 2009

Jumaat, 23 Oktober 2009

bX-59cppw

Apa Kegilaan?
Tiba-tiba hari ini ternampak satu perkara yang tidak menyeronokkan. Blog ini mempunyai masalah untuk menunjukkan tajuk pada 22 Oktober 2009. Iaitu Six Sigma With Struts Framework. Mula dikesan pada awal pagi ini.

Sebab?
Sebab masih tidak dapat dipastikan tetapi pada waktu perkara ini ditulis (1843 GMT +8) perkara ini telah selesai dan tajuk tersebut boleh dimasuki semula.

Perbezaan Dua Fasa

Dua Fasa
Didalam pembanggunan projek sesebuah sistem terdapat dua fasa yang terlibat iaitu fasa pengurusan projek dan fasa pembanggunan sistem. Kedua-dua fasa ini adalah berbeza dan fasa pembanggunan sistem sebenarnya adalah subset kepada fasa pengurusan projek. Fasa pembanggunan projek atau project life cycle ditunjukkan seperti gambar rajah dibawah;


source: Schwable, 2007. Phases of the Traditional Project Life Cycle

Dan fasa pembanggunan sistem hanya akan digunakan apabila telah sampai ke fasa development ataupun execution didalam fasa pengurusan projek. Contoh fasa pembanggunan sistem adalah RUP dan SDLC.

Ingat

Kedua-dua fasa ini adalah berlainan dan boleh dikatakan bahawa fasa pengurusan projek adalah kontena kepada fasa penbanggunan sistem. Dan bukannya bergerak secara serentak.

Notakaki: perkara ini untuk menjelaskan kekeliruan yang sering berlaku apabila pembinaan sesebuah sistem didalam sesebuah projek. K sendiri mengalami masalah ini dan telah di terangkan oleh penyelia PITA K.
Notakaki_2: didalam slide Six Sigma Tools with Struts Framework yang telah K muatnaik ke Google Docs, K telah menerangkan secara ringkas yang mana K menggunakan metodologi pengurusan projek tiga fasa iaitu feasibility, execution dan close down. Dan RUP sebagai metodologi pembanggunan sistem akan digunakan pada fasa execution.

Sumber
Kathy Schwable. (2007). Information Technology Project Management (5th ed., p. 62). United State of America: Thomson.

Khamis, 22 Oktober 2009

Six Sigma Tools With Struts Framework

Kemaskini_1: 23 Oktober 2009

Pertunjukkan Slide Pembentangan Proposal Projek Ilmiah Tahun Akhir

Notakaki: Slide ini didalam bahasa Inggeris.
Notakaki_2: Slide ini telah di perbahas dan diperbetulkan didalam pembentangan.

Tambahan: Three-Tier Architecture, Masalah Methodologi

Jumaat, 16 Oktober 2009

Pembentangan Kertas Cadangan PITA

SST-SF
22 Oktober 2009, jam 0920. Mengikut di atas kertas pembentangan akan dilakukan di MP2. Semoga semua berjalan lancar seperti dirancang. Masa 20 minit. 15 minit bentang - 5 minit soal jawab.

Notakaki: SST-SF - Six Sigma Tools With Struts Framework

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ribut Otak

Ribut otak = brainstorm
Tiada satu pun idea yang keluar daripada sesi ribut otak itu digelar idea bodoh atau idea tidak bagus.

Itu salah satu daripada peraturan yang perlu dituruti apabila menggunakan Brainstorm didalam Six Sigma.

pembanggunan sistem Six Sigma Tools with Struts Framework diteruskan ke hadapan.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pidgin Patah Sayap (Lagi)

Kemaskini_1: 9 Oktober 2009

Tidak Terbang Bersama

Ms Norimah pernah berkata didalam kelas English for Occupational Purpose (EOP)
Bird of feather, flock together
Dahulu pernah sekali mempunyai masalah hubungan Pidgin - YM. Tetapi seharusnya telah selesai. Tetapi hari ini sekali lagi Pidgin tidak dapat terbang bersama Yahoo Messenger. Gtalk (XMPP/Jabber) dan lain-lain protokol tidak mempunyai masalah.

Perubahan Protokol
Adakah Yahoo sekali lagi menjalankan perubahan protokol kepada server Yahoo Messenger (YM) nya yang sekaligus menyebabkan Pidgin tidak dapat menjumpainya. Atau sememangnya berlaku masalah daripada Pidgin sendiri. Percubaan telah dilakukan kepada emphaty dan hasilnya notis ralat "Network Error" dikeluarkan. Ada pihak ketiga yang mengatakan bahawa mereka mengalami masalah menggunakan YM daripada Digsby dan setelah dilihat pada forum Digsby ternyata perkara itu benar. Manakala Trillian dilihat masih boleh memasuki YM.

Tunggu Sayap Sembuh
Sekarang hanya menunggu masa untuk sayap Digsby kembali sembuh.
Gagak sama enggang masakan boleh terbang bersama
Keajaipan Berlaku
Walaupun sebelum ini memang menggunakan server pager scsa.msg.yahoo.com tetapi setelah membuangnya, restart pidgin dan memasukkannya kembali sebelum restart pidgin sekali lagi ternyata menjadi keajaipan. YM dan Pidgin telah terbang bersama semula. Musykil tentang apa yang berlaku. Soba yo la.

Rabu, 7 Oktober 2009

Wacana Pemikiran & Majlis Haul

Secara Ringkas
Ada dua majlis yang akan diadakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan dalam waktu terdekat ini, iaitu
Majlis Hawl (Haul): Memperingati Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
Wacana Pemikiran: Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani

Untuk lebih lengkap dan poster, teruskan pembacaan

Majlis Haul
Maklumat ringkas adalah seperti berikut;
Tarikh: Jumaat, 9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430H
Waktu: Maghrib
Lokasi: Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama, Melaka
Penceramah:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki
Tarikh: Sabtu, 10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430H
Waktu: 5.00 ptg - 9.00 mlm
Lokasi: Madrasah Al Hasaniah, Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Penceramah jemputan:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Yusof Bakhour al Hasani
  3. Prof Dr. Abdul Razak al Sa'di al Hasani
  4. Dato' Sayyid Umar bin Abdil Qadir al Aidarus
Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2009 / 22 Syawal 1430H
Waktu: Maghrib
Lokasi: Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR) Ampang
Penceramah jemputan:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Afeefudin al Jailani


Wacana Pemikiran
Maklumat ringkas adalah seperti berikut;
Tema: Manhaj Aqidah
Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2009 / 22 Syawal 1230H
Lokasi: Auditorium, Muzium Kesenian Islam
Dengan kerjasama Yayasan al Bukhari

Isnin, 5 Oktober 2009

Ujian Lab Linux: Tips

Sekadar Tips
  • Soalan esok mempunyai tiga set soalan
  • "Open-book"* ujian
  • Kemungkinan besar adalah soalan berbentuk senario
  • Soalan untuk pengaturcaraan adalah mudah**, tulis, compile dan jalankan
  • Perkara asas seperti navigasi menggunakan terminal, direktori, pengguna dan kumpulan serta rwk perlu diambil perhatian
  • Bawa laptop sendiri adalah lebih baik
  • disarankan datang lebih awal untuk membuat persediaan yang perlu sebelum ujian bermula
sebelum terlupa. ujian mengambil masa satu jam sahaja dan tiada masa tambahan

* bawa nota yang mudah, ringkas dan padat. seperti contoh disini
** mudah = menurut kata En Mohammad Nor

semoga berjaya

MCTS .NET Framwework 3.5

Pelajar Tahun Akhir
Pelajar tahun akhir yang menggunakan dotNet (.net) Framework didalam Projek Ilmiah Tahun Akhir pada sesi kali ini diharap dapat mendaftarkan diri pada;
  • 7 Oktober 2009
  • 1 Petang
  • Dewan Sultan Jalalludin
untuk menghadiri Microsoft Certified Technology Specialist(MCTS): .NET Framwework 3.5 ASP.NET Application
percuma yang akan diadakan oleh Prestariang pada cuti semester November-Disember ini.

Untuk pelajar yang lain yang berminat sila rujuk kembali poster yang ditampal di sekitar Foyer FST dan Tingkat 1.

Untuk makluman umum tentang kursus ini sila muat turun pada brocher Prestariang ini.

Brocher Prestariang