Ahad, 21 Februari 2010

Bukan Entri Teknikal Biasa

Disebabkan blog ini tidak aktif tetapi masih ada orang yang mengikutinya oleh itu aku letakkan kemaskini terbaru untuk blog ini. Disarankan kepada anda untuk berpindah ke blog yang baru iaitu syafiq.net.

Dan didalam blog baru tu aku seperti biasa persediaan sebelum cuti, aku akan pastikan beberapa entri akan dikeluarkan secara automatik untuk mengurangkan impak kurangnya promosi dan juga untuk menguji trafik organik untuk blog syafiq.net. Maklumlah blog baru.
  1. Sebelum cuti, aku ada mencuba untuk menggunakan Facebook Chat daripada Pidgin selepas melihat paparan antara muka yang.. bolehlah tahan.
  2. Malangnya aku mempunyai masalah dengan aplikasi tersebut dan menyebabkan aku tidak dapat menggunakannya dengan baik (pada masa itu). Hari ini sudah pulih.
  3. Yang menariknya aku sampai daripada Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5 pagi.
  4. Pukul 10 ada majlis di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR. Majlis Tahnik. Selalunya orang buat sekali dengan majlis bercukur untuk bayi yang baru lahir.
  5. Habis majlis, disaji Nasi Beriani Gam dari Ruz Aladdin. Sehingga menjilat jari~ KNizam pun pernah buat pasal Ruz Aladdin, berbuka puasa katanya.
  6. Belek buku-buku lama yang tersimpan dirumah, banyak sudah Reader Digest yang melekat. Tidak boleh dibaca. Mungkin kawasan tersebut lembap. Kurang sesuai. Jangan simpan buku lembut di tempat yang lembap.
  7. Aku pun ambik satu artikel daripada Reader Digest dan aku olah. Pasal cirit-birit, maklumlah makan banyak limau dimusim perayaan boleh kene cirit!
  8. Hari valentine. Aku dirumah, petang tu ada majlis lain ditempat yang sama, Masjid Darul Ehsan. Dan ada "hadiah" yang aku bawa pulang. Hadis Al-Musalsal Bid Du’a Ba’da Al-Azan.
  9. Sebelum balik aku keluar jalan-jalan. Dan sempat pula tulis entri pasal sajak.
Notakaki 1: Entri kali ini aku menggunakan cara tajuk dahulu baru isi. Bukannya isi baru tajuk. Adakah tajuk ini cukup kuat untuk menarik perhatian?
Notakaki 2: Aku pernah menulis cerpek (cerpen merepek) bertajuk Anakin D. Moonwalker Si Pemotong Kayu. Aku tak sarankan korang membacanya kerana tidak menarik langsung! Aku jamin.
Notakaki 3: Aku nampak blog ini dah macam lari daripada tujuan sebenar. Lebih kepada pembantu kepada blog yang baru.

Tiada ulasan: