Isnin, 14 Mac 2011

Review Dell Vostro 3300

Aku terima laptop ni khusus untuk buat kerja. Dan jika dilihat daripada spesifikasi asasnya;

CPU: Intel Core i5 M480 2.67GHz
RAM: 3.00GB
OS: Windows 7 Home Basic

Laptop ni agak ok, skrin leper, lebih leper daripada Minimalisme (Compaq V3000) aku dulu. Dengan resolusi 1366x768 berbanding Minimalisme 1280x800. Dalamnya disertakan sekali Microsoft Office 2010 Starter (Word + Excel) yang percuma dan antivirus yang aku guna dalam ni adalah daripada Microsoft sendiri, Microsoft Security Essential, percuma. Tapi hebat tak hebat jangan tanya aku sebab aku dah lama tinggalkan hal hal virus.

Antara yang aku dah pasang dalam ini adalah;

---Untuk Pembangunan Sistem---
NetBeans 6.9.1 + JDK, JRE dan segala berkaitan
WampServer
TortoiseSVN
Mozilla Firefox + firebug + firequery + web developer
Mozilla Thunderbird + lightning
Google Chrome
Internet Explorer Developer Tool

---Untuk Kegunaan Selingan---
RockMelt
Pidgin
Songbird

Kekurangan Vostro
Speaker Mono. Sebijik je speaker. Laptop ini bukan untuk orang yang suka dengar muzik masa buat kerja. Kalau nak pun sila guna earphone/earplug/headphone sendiri. Setakat yang aku dengar guna Sony Stereo Headphones MDR-XD200, codec yang digunakan adalah lebih baik daripada Minimalisme aku dulu. Tapi kalau guna speaker laptop sendiri Minimalisme adalah 100 kali ganda lebih baik kerana dia ada Altec Lansing dan Stereo bukan Mono.

Aku dah guna beberapa hari dan beberapa kali akan mati secara tiba. Dan aku perasan sebelum mati kipas akan berbunyi lebih kurang 30 saat hingga 1 minit dan selepas itu mati mengejut. Aku tak pasti ni masalah apa tetapi teori aku adalah daripada masalah had minima suhu laptop untuk kipas berpusing dan juga had maksima suhu laptop sebelum laptop dipadamkan untuk langkah berjaga-jaga. Aku dah tengok dalam bios tapi tak jumpa untuk ubah suhu.

Projek Mini Untuk Vostro
Aku nak pasang Ubuntu dalam ni. Khas untuk masuk ke internet. Macam yang Dell buat untuk satu jenis netbook dia, dipanggil Ubuntu Light. Tapi aku nak jadikan lebih ringan daripada Ubuntu Light. Mungkin aku nak buang banyak benda cuma tinggal beberapa benda penting je. Mungkin aku akan hanya tinggalkan apa yang perlu untuk gerakkan Ubuntu + browser dan networking. Ubuntu yang aku nak guna mungkin 10.10 sebab ada Unity. Dan cantikkan sikit boot page agar tak nampak macam g33k sangat.

Tiada ulasan: