Memaparkan catatan dengan label lomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lomo. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

Aksesori Lomo LC-A+



Aku mahu semua.
1. Wide lens
2. Tunnel + macro lens
3. krab housing
4. colorsplash chakra
5. lc-a+ keychain
6. hipshot green bag

tapi tak la terlalu nak beli. just masukkan dalam wishlist saja.

p.s Ada orang kata, ada 'orang' (tak kenal) yang cas RM400 untuk setting joomla, masukkan template free. Pergh mudah betul. Kalau aku dapat sebulan sekali pun dah gumbira. Boleh beli terus benda-benda atas ni.

Selasa, 22 Mac 2011

Lofico Laman Lomo Yang Cantik


Aku tak tahu ni negara mana, tapi daripada domainnya mungkin dari Australia. Nampak funky gitu blognya. Lagi pulak blog ni pasal LOMOgraphy.

Aku nak buat ala-ala macam ni la theme blog :D
Yeah dah dapat idea.

lofico.com.au

Isnin, 21 Mac 2011

Jumpa Akhirnya

Aku cari dimana kedai gambar
Yang boleh dan rajin nak proses negatif
Dirumah mahal sangat
Akhirnya jumpa di Bangi

RM5 satu roll. Tapi sayang diorang tak ada printer scanner. Maka kene scan sendiri di rumah. Ni alamatnya

Foto UK
Lot G 03/1, Bangi Utama
Shopping Complex,
Bandar Baru Bangi
03-82101099

Slide Film aku pun dia caj RM5 saja. Mungkin dia XPro kot?

Selasa, 1 Mac 2011

ЛОМО́ Itu LOMO

ЛОМО́ - Ленинградское Оптико-Механическое О́бъединение
Sama dengan
LOMO - Leningrad Optical & Mechanical Union

Dan aku baru sahaja ada LOMO Kompakt Automat+ Atau LC-A+ RL. Hohoho.
RL maksudnya Russian Lens. 2nd hand je :p

Beza LC-A+ dengan LC-A+ RL adalah LC-A+ RL dibina di China dengan menggunakan lensa daripada Rusia pada tahun 2006. Dan LC-A+ dibina di China dengan menggunakan lensa China. Lebih kepada nilai sentimental.