Memaparkan catatan dengan label tab firefox 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tab firefox 4. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Ubah Panjang Tab Firefox

Anarm ada tanya dalam twitter macam mana nak kecilkan lebar tab dalam Firefox 4 yang dia kata terlalu besar. Dan aku rasa paling mudah ubah saja CSS dia.

kalau dalam Windows tu, ni direktori CSS yang perlu diubah.

C:\Users\[user]\AppData\Roaming\Mozilla\Firefox\Profiles\[profile].default\chrome\userChrome.css

Tapi dalam direktori/folder chrome tu hanya ada userChrome-Example.css sahaja. Korang tukar la nama dia.

Dan masukkan satu line yang akan ubah lebar tab tu nanti.

.tabbrowser-tab:not([pinned]) {
  max-width: 150px !important;
  min-width: 40px !important;
}

pandai-pandai korang ubah lebar mana nak guna. Dan restart Firefox. Seharusnya panjang tab korang dah menjadi pendek.

Nota: Cara ni tak jadi. Ada bug. Nanti aku kemas kini balik. hahaha