Sabtu, 18 Oktober 2008

Invisibility Cloak Become Reality

kalau anda pernah...
melihat, menonton, membaca semua produk Harry Potter, anda mesti pernah terdengar pasal Invisibility Cloak (jika tak pernah, pernahkan diri anda). so dalam cerita tu Harry dapat menyembunyikan badan dia dengan memakai cloak tu. so idea tu diterima saintis dan satu hari nanti, ramai "wizard" yang boleh menyembunyikan diri dengan cara ini


Harry Potter dan invisiblility cloak nya


bagaimana ini (boleh dan akan) berlaku?
dengan menggunakan teknologi nano, perkara ini berlaku apabila cloak itu menyebarkan cahaya daripada objek dibelakangnya dan menyebabkan camoflage itu berlaku.

gambar diatas menunjukkan bagaimana perkara ini terjadi, pada pandangan ini, bahagian belakang adalah yang menghadap lori tersebut dan cahaya daripada lori tersebut telah disebarkan oleh pakaian tu dan memantulkan kembali ke mata kita. seolah-olah tertembus. mungkin gambar ini tidaklah se-perfect invisibility cloak Harry Potter, tetapi one step ahead to new technology. masalah utama adalah mencari material yang boleh memantulkan cahaya dengan baik.


ini gambar daripada satu universiti di jepun. mereka pakaian yang boleh menyebarkan cahaya dibelakang dan menyerupai invisibility cloak.

satu hari nanti
akan tercipta satu material yang boleh menyebarkan cahaya seperti invisibility cloak dan menjadikan anda seperti ini

Tiada ulasan: