Memaparkan catatan dengan label science. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label science. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2008

Buletin AMBNaC

Buletin AMBNaC (AdaMasalahBaruNAkCari)
edisi khas - study week special edition

sebab malas nak tulis review satu2 so jadi la gini

1. Apa salah daku

daripada TimesUnion, seorang pelajar didakwa atas menceroboh sistem maklumat sekolah atas sebab pihak sekolah tu yang tak reti nak baiki masalah system mereka. sian budak tu. budak tu tak salah pun act, kerana kalau kuat securiti, tak de masalah.

logiknya, kalau betul dia nak buat kerja jahat, buat apa nak dia bagi tahu pengetua pasal dia berjaya pecah masuk database? logik ke? emm biasa la.. nak elak malu, kene la ambil tindakkan.

nasib baik la budak tu yang pecah masuk, kalau orang luar? kompem kene jual segala information

TimesUnion : School breach left personnel files exposed




2. komputer lambat boot, tensen aku


sebab lambat sangat komputer ni nak boot, aku guna laptop aku je la.. lembab

komputer makin lama makin laju, graphic pun makin laju, walla.. tapi boot time? fuhhh letih nak tunggu. kalau 3 minit pun dah terasa lama, kalau 5-10 minit? lagi la.. apa anda rasa?

kalau anda rasa tak leh nak sabar, tu la masalah orang sekarang. payah nak sabar. g la gosok gigi ke.. cuci rambut ke.. buat sandwish dulu ke.. kalau lama sangat tu gi la tido dulu.. haaa jangan marah2

HeraldTribune : in age of impatience, cutting computer start time



3. haaa korang nak tido kan?

disebabkan komputer korang tu lambat sangat nak boot, tido la dulu (macam telah dikata ditajuk no 2)
so, korang kene ada katil yang best.


fuhh best tu... empuk. macam hammock pulak dah.. emm banyak lagi design yang best2 dan pelik2 macam ni


pelik tol...

dan paling best aku nampak adalah.......

wakakakkakaka

WebUrbanist : 18 extraordinary modern beds and bed design



4. OS apa nak pakai?

korang bangun je dan siap dah komputer korang tu. emm tapi korang terfikir tak, korang nak guna apa ek? vista macam siot je rasa. dan microsoft dah kata nak kuarkan windows 7. so pilihan korang?



ni survey dekat ZDNET, kalau korang rasa korang punya net laju tu, g la.. kalau lambat tak payah la.

TheTuxGeek : What Windows 7 Really Means for Microsoft and You
ZDNet : Is Holding Out for Windows 7 a Gamble Worth Taking?



5. korang dah vote kan?

so korang nak masuk site mana lepas ni? tak tahu? tak pe.. aku tunjukkan jalannya. aku kan pemandu pelancong. korang ni kira pelancong la masuk blog ni.

emm sini ada beberapa blog yang smart (dari segi designnya) yang berkenaan "dark theme"
antara yang menarik perhatian adalah


Starbucks Cofee At Home


Batman The Dark Knight in 3D


Bird Malaysia

fuyooo ada jugak site malaysia dalam blog ni.. syabas.dan korang, sila2 la singgah ek

SixRevsions : 50 Beautifully Dark Web Designs

so tamatlah edisi khas Buletin AMBNaC

Sabtu, 18 Oktober 2008

Invisibility Cloak Become Reality

kalau anda pernah...
melihat, menonton, membaca semua produk Harry Potter, anda mesti pernah terdengar pasal Invisibility Cloak (jika tak pernah, pernahkan diri anda). so dalam cerita tu Harry dapat menyembunyikan badan dia dengan memakai cloak tu. so idea tu diterima saintis dan satu hari nanti, ramai "wizard" yang boleh menyembunyikan diri dengan cara ini


Harry Potter dan invisiblility cloak nya


bagaimana ini (boleh dan akan) berlaku?
dengan menggunakan teknologi nano, perkara ini berlaku apabila cloak itu menyebarkan cahaya daripada objek dibelakangnya dan menyebabkan camoflage itu berlaku.

gambar diatas menunjukkan bagaimana perkara ini terjadi, pada pandangan ini, bahagian belakang adalah yang menghadap lori tersebut dan cahaya daripada lori tersebut telah disebarkan oleh pakaian tu dan memantulkan kembali ke mata kita. seolah-olah tertembus. mungkin gambar ini tidaklah se-perfect invisibility cloak Harry Potter, tetapi one step ahead to new technology. masalah utama adalah mencari material yang boleh memantulkan cahaya dengan baik.


ini gambar daripada satu universiti di jepun. mereka pakaian yang boleh menyebarkan cahaya dibelakang dan menyerupai invisibility cloak.

satu hari nanti
akan tercipta satu material yang boleh menyebarkan cahaya seperti invisibility cloak dan menjadikan anda seperti ini