Khamis, 23 April 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 7

Sinopsis Sesi 7
  • Naik Taraf Firefox 3.0.9
  • Chrome 3D
  • Ranking Bulanan
Naik Taraf Firefox 3.0.9
12 perkara di naik taraf dan empat daripadanya adalah diklasifikasikan sebagai "kritikal" (Steven, 2009). Itu adalah ringkasan untuk naik taraf Firefox 3.0 yang dilepaskan pada semalam dan untuk versi Ubuntu, anda perlu tunggu proses naik taraf secara automatik yang akan dilakukan oleh synaptic. Dan penaiktarafan ini berkuat kuasa untuk semua jenis sistem operasi. Sementara itu, pihak Firefox dikatakan sedang membuat langkah terakhir sebelum melancarkan Firefox 3.5 beta 4 yang akan memperlihatkan peningkatan kelajuan sistem enjin javascript mereka.

Chrome 3D
Chrome melakukan satu lawak 1 April yang menarik K kira, dengan "melancarkan" Chrome 3D yang boleh digunakan di atas platform Windows Vista dan XP SP2. Dengan syarat, anda perlu memakai kacamata 3D sebelum anda boleh melihat satu cara melayari internet cara yang baru dengan menekan butang 3D seperti di dalam gambar (tekan untuk lebih jelas). Chrome akan merubah warna browser anda menjadi sesuatu yang boleh dipandang didalam bentuk 3D. Mungkin cara ini diambil ideanya daripada sistem operasi yang boleh digunakan seperti didalam filem Minority Report iaitu G-Speak. Mungkin ideanya adalah untuk mendekatkan "rasa" melayari browser kepada pengguna. Apa pun untuk mereka yang berminat untuk mencuba, dipersilakan membaca arahan dan memuat turunnya di [sini]. Apa yang hendak K nasihatkan, jangan anda menggunakan aplikasi ini dengan lama, kerana anda akan merasa pening. Dan ini hanyalah lawak daripada pihak Chrome.

Ok, kita tinggalkan lawak tersebut, tetapi apa yang menariknya daripada lawak 1 April itu, kini pihak Chrome sedang menjalankan satu pembanggunan API yang berasaskan daripada lawak tersebut. API tersebut membolehkan mana mana aplikasi web dibina dan boleh menimbulkan kesan 3D kepada pengguna yang menggunakan browser. Walaupun masih didalam peringkat pembinaan, tetapi demo yang ditunjukkan adalah memuaskan. Projek tersebut dinamakan O3D.


Ranking Bulanan

Ranking pelayar internet untuk bulan April 2009 yang dikeluarkan oleh Net Application adalah seperti berikut.
  1. Internet Explorer = 66.82%
  2. Firefox = 22.05%
  3. Safari = 8.23%
  4. Chrome = 1.23%
  5. Opera = 0.70%
  6. Netscape = 0.69%
  7. Lain-lain = 0.26%
Rujukan
Steven, M. (2009) Dikeluarkan pada: 22 April 2009. Firefox 3.0.9 targets 12 security vulnerabilities. Hiper-rangkai: news.cnet.com

8 ulasan:

Adry berkata...

aku suka safari dan firefox...


Adry @ http://www.adrysabry.com

TMUkmkd berkata...

adry - setiap orang ada pilihan masing2.. macam antivirus juga :D tu buat manusia itu menarik

BlackRose berkata...

aku prefer opera :D
ternyata masih ramai yg pakai IE lg ek :D

TMUkmkd berkata...

black - opera pun K guna gak.. tapi tak selalu..
IE memang ada pengguna dia sendiri tapi turun perlahan2.. bayangkan daripada 95% jatuh slow2 ke 66%, awal
mungkin tahun depan tinggal 50% je kot

twenty-six berkata...

walau apa browser yang kau minat sekalipun, jika dah menjadi pembangun laman web atau pemilik blog..jangan sesekali mengabaikan semuanya dan menghambakan diri pada firefox.

sentiasa 'test site' kita untuk setiap paparan browser yang popular.

TMUkmkd berkata...

26 - yup.. penting tu.. lagi2 IE sebab IE still no 1 :)
tapi blog K punya template memang ada minor problem dengan IE, tengah nak solve tapi tak buat2 :D

DindaKanda berkata...

macam menarik je google chrome 3d tu..

TMUkmkd berkata...

dinda - emm tapi malangnya hanya satu lawak april fool je