Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2009

Jom Main Friendster !

MOL beli Friendster
Baru je keluar berita. Pendapat korang?

Fakta: Friendster adalah jaringan sosial no 3 dunia dibelakang Facebook dan MySpace (Tagged?).
Fakta: Friendster mempunyai 115 juta pengguna seluruh dunia.

Trivia: Mungkin untuk menjadikan Friendster sebagai satu hub yang lebih mendekati hati orang asia dan Malaysia.

Risiko: 115 juta pengguna berdaftar. Berapa peratus yang benar-benar aktif sehingga kini?

Kesimpulan: Tunggu dan lihat.

Selasa, 17 November 2009

Fedora 12 Dilepaskan

Fedora 12 v Ubuntu 9.10
Sekali lagi bertembung antara dua distro yang K lihat sebagai pesaing terbaik. Jika Fedora 11, Leonidas yang bersaing dengan Ubuntu 9.04, Jaunty Jackalope kini akan bertemu sekali lagi. Antara Karmic Koala dan Constantine.

Masih Menunggu
K masih menunggu pandangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentang Constantine yang sememangnya akan memberikan persembahan terbaik mereka. Anda sudah menggunakannya? Pendapat anda?

Ahad, 15 November 2009

RV Discovery

Kapal Penyelidikkan UMT
KUALA TERENGGANU 15 Nov. — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai universiti pertama di negara ini yang mempunyai kapal penyelidikan dan latihannya sendiri apabila kapal yang dinamakan ”RV Discovery” siap menjelang April 2010.
Dibina oleh Kay Marine Sdn. Bhd. dengan harga RM12 juta.

Sumber: www.utusan.com.my

Isnin, 26 Oktober 2009

Rabu, 30 September 2009

Twitter, Berita dan Gempa

Pantas & Cekap
Siapa yang telah membuktikan kecekapan Twitter didalam menyebarkan maklumat? Antaranya adalah Jacko, Yasmin Ahmad dan Asri Rabbani. Petang ini berita gempa bumi pula telah disebarkan melalui Twitter dikalangan pengguna Malaysia.

475KM Daripada Kuala Lumpur

Magnitude 5.5 dan hanya kira-kira 460KM daripada Kuala Lumpur, gempa bumi di Selatan Sumatera kira-kira 1838 (6.38 Petang) tadi diberitakan melalui Twitter. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh amanz, jika teknologi seperti Twitter ini dijumpai terlebih dahulu kemungkinan korban gempa bumi di Acheh dahulu akan berkurangan.

Notakaki: Terdapat beberapa pencanggahan didalam magnitude, ada yang mengatakan 7.6 dan ada yang mengatakan 5.5 tetapi secara rasmi daripada beberapa sumber besar adalah 5.5.

Sumber
Amanz. 30 September 2009. Twitter : Medium Penyampaian Maklumat Terpantas. amanz
IRIS. Seismic Monitor. IRIS
USGS. 30 Spetember 2009. Magnitude 5.5 - SOUTHERN SUMATRA, INDONESIA. USGS

Selasa, 18 Ogos 2009

PITA

Tekanan Tinggi
Sehari demi sehari berlalu, semakin hampir dengan tarikh tutup untuk menghantar kertas kerja cadagan kepada penasihat PITA masing-masing. Ada yang telah hilang semangat mungkin. Sukar dan pening kepala. Untuk mereka yang menggunakan JSP, ini sedikit pembakar semangat. K baru menerima iklan daripada sahabat tentang iklan ini;
Jawatan Kosong : CORE ALLIED SDN BHD (Putrajaya)
Post : Programmer cum Technical Engineer
Requirement : JSP preferred
Dia mengatakan industri amat memerlukan pengaturcara sistem JSP. Oleh itu teruskan usaha anda untuk mempelajari JSP kerana usaha anda mungkin akan mendapat balasannya kelak. Selamat berjaya.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Twitter Tidak Selamat

Naiktaraf_1: 8 Ogos 2009

Chrome Tarik Balik

Semua laman yang menggunakan https harus mempunyai sijil, dan jika tidak mematuhi syarat ataupun mempunyai masalah sekuriti, sijil tersebut akan ditarik semula. Itu yang terjadi kepada Twitter. Chrome telah menarik kembali sijil tersebut dan tidak membenarkan pengguna Chrome dan Chromium memasuki laman tersebut.


Sehingga isu ini selesai, pengguna chrome tidak dibenarkan memasuki Twitter melalui https://twitter.com tetapi masih boleh memasukinya melalui http://twitter.com sebagai alternatif.

Ternyata bukan hanya Chrome/Chromium yang tidak membenarkan memasuki twitter melalui https, tetapi Firefox juga walaupun tidak sehingga menyekat anda daripada menggunakannya. Anda boleh lihat simbol kunci yang mempunyai simbol tanda seru di taskbar di bawah Firefox anda.

UMT, Bayi, Fitnah dan Kucing

Siapa Buang Bayi?
Tiba-tiba UMT dikatakan mempunyai kes buang bayi. Ada objek yang dikatakan sebagai fetus bayi dijumpai oleh pekerja pembersih di kafe. Gambar disertakan.

Amaran: Visual yang kurang selesa untuk sesetengah individu



Perkara ini menjadi isu hangat walaupun kurang diperkatakan di media kerana akhirnya kes ini ditutup kerana fetus terbabit bukannya fetus manusia tetapi fetus binatang. Kucing kebarangkalian besarnya.

Pendapat Peribadi
Bukan mahu mengatakan siapa salah mahupun siapa betul, tetapi ingin mengatakan sesuatu. Itulah manusia. Apabila dengar sesebuah berita yang tidak tentu benarnnya terus melenting, melatah dan memaki hamun tidak kurang sumpah seranah. Semuanya memaki siapa yang melakukan kerja maksiat tersebut dan "membuang bayi" di kafe tersebut. Tetapi berapa orang yang dapat mengetahui berita sebenar? berapa orang yang menyiasat dahulu. Mengeluarkan fakta yang sebenar.

K pernah duduk di kafe tersebut selama dua minggu berturut-turut semasa kebanyakan pelajar lain pulang ke rumah kerana cuti semester atas sebab mahu menyiapkan projek Business Plan bersama kumpulan K, K boleh mengatakan setiap malam pasti ada kucing yang bergaduh, tidak kurang pula yang melepas secara tidak sengaja. Kerana makanan. Kerana tekanan. Kerana kawasan. Semua itu boleh menjadi punca pergaduhan. Dan K memang sudah boleh mengagak itu bukan fetus manusia tetapi fetus kucing yang berada di kafe.

Psikologi. Jika benar itu fetus manusia, kalau K lebih elok K campakkan kedalam paya, dimakan biawak dan ikan, hilang bukti. Mengapa perlu di letakkan di kafe? itu bukan kerja manusia. Psikologi.

Bukan untuk menghentam mana-mana pihak sekadar mengingatkan. Berita hangat tidak semuanya benar. Kadang kala hanya banyangan yang tidak berasas semata.

Kredit
Ng Xue Yun atas gambar.

Khamis, 6 Ogos 2009

Hanya Untuk Chromium Linux

Perubahan Yang Baik
Walaupun K kurang menggemari GCOS tetapi K tetap minat pada Chromium. Kerana Chromium adalah contoh jelas untuk memberikan pengajaran bagaimana satu pembanggunan perisian yang hebat. Laju dan pantas. Bersih dan menarik. Menarik bukan? Setiap hari mempunyai perkara baru yang akan dikeluarkan. Jika dahulu tema Chromium masih lagi tidak boleh dibanggakan, flash tidak boleh digunakan tetapi kini setapak demi setapak... sebentar. K merasakan ada masalah pada Chromium ini.



Anda Perasan?

K merasakan ada yang tidak kena dengan butang Chromium pada versi yang kali ini. Versi yang sedang K gunakan ini adalah
"svn20090804r22377". Kelihatan butang "exit" telah digantikan dengan gambar seseorang. Pelik. Mungkin ini satu cara untuk menarik perhatian pengguna Chromium. Mengikut sumber, gambar tersebut adalah seorang Jurutera Antara Muka Perisian Google, Glen Murphy. Dia adalah antara mereka yang bertanggungjawab untuk merekabentuk antara muka grafik Chrome.



Menarik bukan? Tekan mukanya untuk tutup Chromium. Tetapi versi ini hanya untuk hari ini sahaja. Esok mukanya akan dibuang semula.

Rujukan
Glen, M. 5 Ogos 2009. New Chrome 3.0 Beta. glenmurphy.com
Siegler, MG. 5 Ogos 2009. Chrome’s New Feature: Click The UI Designer To Close The Window. www.techcrunch.com

Negaraku. Kembali. Tetapi....

Permulaan: Kegembiraan
Negaraku dihidupkan kembali. Tahniah untuk semua yang berusaha didalam pembanggunannya semula. Untuk mereka yang tidak mengetahui bahawa Negaraku telah mengalami masalah "dalaman" yang menyebabkan mereka terpaksa "menutup" Negaraku. Dan kini Negaraku hidup kembali. Syabas.

Pertengahan: Keanehan
K menggunakan Linux Ubuntu 8.10, Firefox 3.5.2 untuk masuk kedalam Negaraku. Namun keanehan berlaku apabila K tidak dapat masuk walaupun telah login beberapa kali. K masih dikatakan tidak masuk kedalam Negaraku. K cuba mendaftar sekali lagi (K telah mendaftar semasa pra-kebangkitan semula Negaraku). ID "TMUkmkd" telah digunakan. bermaksud K telah pun berdaftar. Mungkin kata laluan salah. Tidak juga kerana sistem tidak mengatakan kata laluan atau nama penguna K salah. K reset kembali kata laluan. Gunakan yang didalam email. Masih tidak dapat. Aneh. K telah bertanya kepada MK (Sembang Komputer) dan masalah masih sama. K gunakan Chromium untuk jalan terakhir. Aneh dan lebih aneh!. Firefox 3.5.2 tidak dapat masuk kedalam Negaraku. Apakah masalah. K telah membuat laporan masalah ini kepada pihak Mozilla Firefox seperti didalam gambar.



Pengakhiran: Kekecewaan
Benar, K gembira dapat masuk semula kedalam Negaraku walaupun dengan menggunakan Chromium. Tetapi akhirnya kecewa kembali melanda. Masalah yang sama. Robot Spam bertindak lebih awal daripada yang K jangkakan. Mereka telah mula menyebarkan banyak penulisan yang menjurus kepada laman iklan. Kecewa. Dengan tidak berperikemanusiaan, K terus membenam tajuk-tajuk tersebut dengan menggunakan butang "bury".

Masa Hadapan: Kejauhan
Perjalanan masih jauh. Kemalangan yang lepas diambil iktibar. Kekalahan semalam bukan bermaksud tidak dapat bangkit semula. Semoga Negaraku akan terus membantu para blogger di Malaysia.

Selasa, 4 Ogos 2009

Firefox 3.5.2

Enam Naik Taraf
Empat kritikal, satu sederhana dan satu tahap rendah. Untuk lebih lanjut lawati ke sini.

Isnin, 3 Ogos 2009

Full Circle #27

Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Linux Community edisi 27 telah keluar. Yang berminat boleh dapatkan di laman rasmi Full Circle, di sini. Isu kali ini mempamerkan tentang tutorial terbaru; "Program in Phyton". Selamat membaca. Untuk isu 26 boleh dapatkannya di sini.

Sabtu, 25 Julai 2009

e-Book dan Porno

Keratan Akhbar Tabloid
KUALA TERENGGANU - Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah... Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka. - KOSMO. Macam pernah K katakan dahulu.

Imbas Kembali

Apa yang K pernah katakan dahulu?
Jangka pendek
  • Anasir luar. Disebabkan menggunakan Windows XP dan mempunyai kemudahan USB. sekali gus K boleh mengatakan bahawa akan terdapat beberapa anasir luar yang akan tersimpan didalam e-Book tersebut. Oleh kerana dikongsi bersama orang lain didalam keluarga. Anda mungkin lebih faham. Contoh termudah, permainan.
Walaupun K tidak menegaskan bahawa porno atau bahan lucah juga menjadi salah satu daripada masalah utama jangka pendek yang akan berlaku, tetapi punca utama adalah "anasir luar". Betul ia menjadi kenyataan kerana e-Book dilancarkan pada 25 Mei 2009. Jika melihat pada tarikh penulisan K pada tajuk yang sebelum ini, E-Book: Penyelesaian Atau Satu Permulaan Masalah.

Memang betul kata Tokoh Guru 2009, Shahul Hamid Mydin Shah, "Saya yakin murid akan menyukai teknik pembelajaran baru ini". Bukan hanya murid, tetapi "anasir luar" juga akan menyukainya.

K kembalikan sekali lagi persoalan yang K kemukakan pada masa itu, yakinkah anda bahawa E-Book adalah satu penyelesaian dan bukannya satu permulaan masalah.

Rujukan
Haradian, S, H. (2009) Bahan lucah dalam e-Book. Kosmo (Atas Talian) 25 Julai 2009.

Selasa, 7 Julai 2009

Windows 7: 13 Julai

RC -> RTM
Mungkin ini berita baik untuk peminat dan pengguna tegar Windows. Terutamanya bagi mereka yang telah lama merana kerana Vista. Windows 7 dilaporkan akan dinaikkan taraf kepada tahap RTM (Release To Manufacturing) daripada RC (Release Candidate) pada 13 julai ini. Secara ringkas dapat dikatakan bahawa Windows 7 akan dikeluarkan pada 13 Julai ini.

p/s: Tengah cuba cuba menggunakan PCLinuxOS. Ramai kata bagus.

Rujukan
Paul. 2 Julai 2009. CONFIRMED: Windows 7 RTM To Be Announced July 13th. geeksmack.net via www.techspot.com

Rabu, 1 Julai 2009

Firefox 3.5 Dilepaskan


Artikel pendek dua malam berturut-turut yang dimulakan semalam. Ini akibat ketiadaan masa untuk menulis dan kekurangan idea bernas. Tetapi malam ini secara rasminya Firefox mengeluarkan versi terbaru mereka, Firefox 3.5 yang dikatakan oleh kebanyakkan pihak membawa pengalaman sesawang kepada satu tahap yang lebih baik.

Yang Gempak
22.5% pegangan pasaran pelayar internet sedunia, html 5, enjin terbaru TraceMonkey, fungsi baru yang lebih menarik dan yang paling penting mempunyai sekuriti yang boleh K katakan terbaik diantara pelayar internet. Itu tidak ditambah dengan plugin seperti NoScript, Adblock Plus dan WOT yang menaikkan lagi kecekapan sistem keselamatan Firefox.

Yang Mendung
Lambat keluar, masalah TraceMonkey, kejar tarikh akhir (30 Jun 2009) mungkin menyebabkan masalah pada Firefox. Mungkin juga K akan menunggu versi 3.5.1 keluar terlebih dahulu. Dan tekanan kepada TraceMonkey akan menjadi lebih tinggi kerana pengguna telah menunggu lama.

Yang Penting
Apa pun versi Firefox yang keluar, diharapkan versi Firefox tersebut mampu untuk membawa kebaikkan kepada pengguna. Daripada segi kegunaan dan penggunaan memori yang rendah. Serendah yang mampu. Itu penting.

Nyah Tuntutan
K menggunakan Ubuntu Linux dan sehingga penulisan ini ditulis repositories Ubuntu masih tidak membuat sebarang naik taraf terhadap versi Firefox ini kepada 3.5. K tidak dapat memberi respon yang lebih. Sebarang pandangan akan di lakukan nanti.

Muatturun
Windows | Linux | Mac

Rujukan
Brad, L. (2009) 30 Jun 2009. Firefox 3.5 is out, adds private browsing, tab tearing and more. www.downloadsquad.com
Brian, K. (2009) 4 Januari 2007. Internet Explorer Unsafe for 284 Days in 2006. blog.washingtonpost.com
Chloe, A. (2009) 29 Jun 2009. Mozilla Confirms Tuesday Release for Firefox 3.5. www.pcmag.com
Gregg, K. (2009) 30 Jun 2009. Mozilla sets Firefox 3.5 final release for Tuesday. www.macworld.com
Mitch, K. (2009) 30 Jun 2009. Welcome Firefox 3.5! Join the Party! www.firefoxfacts.com
Patrick, G. (2009) 30 Jun 2009. World poised for release of Firefox 3.5: Latest browser arriving today. www.techradar.com
Sarah, P. (2009) 30 Jun 2009. Firefox 3.5 Arrives Today, But Are You Dazzled? www.readwriteweb.com
Scott, G. (2009) 29 Jun 2009. Mozilla Pushes the Web Forward With Firefox 3.5. www.webmonkey.com
Stephan, S. (2009) 30 Jun 2009. With 3.5 launch, Firefox faces new challengers. news.cnet.com

Selasa, 30 Jun 2009

Full Circle #26



Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Linux Community edisi 26 telah keluar. Yang berminat boleh dapatkan di laman rasmi Full Circle, di sini. Isu kali ini menekankan tentang peralatan yang menggunakan linux didalam kehidupan seharian termasuklah Android.

Rabu, 27 Mei 2009

E-Book: Penyelesaian Atau Satu Permulaan Masalah

Kemaskini_1: 27 Mei 2009

Yakin?
"Saya yakin murid akan menyukai teknik pembelajaran baru ini". Itu yang diperkatakan oleh tokoh guru 2009, Shahul Hamid Mydin Shah didalam akhbar Berita Harian 26 Mei 2009. K merasakan bukan hanya murid dan guru akan menyukai cara ini, tetapi ada pihak ketiga yang akan menyukai teknik pembelajaran baru ini. Yakinkan anda bahawa sistem pembelajaran menggantikan buku teks kepada sistem e-Book yang dimulakan oleh negeri Terengganu sebagai perintis boleh membawa kebaikkan atau ianya satu permulaan kepada masalah. Yakinkah anda?

Windows XP + UFD = Virus
K tidak dapat mengetahui spesifikasi sebenar e-Book yang digunakan oleh pelajar tahun lima di Terengganu tersebut. Tetapi daripada apa yang K lihat, sistem operasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut adalah Windows XP. Dan apa yang dicadangkan oleh Menteri Besarnya adalah buku teks akan didigitalkan dan dimasukkan kedalam bentuk UFD (USB Flash Drive) atau pendrive thumbdrive. Apabila kita berkata tentang seorang pelajar tahun lima, satu sistem komputer yang menggunakan Windows dan UFD. Secara mudahnya kita dapat mengagak apakah risiko terbesar yang akan dihadapi oleh mereka. Virus.

Bukan Pro-Linux, Anti-Windows
K tidak mahu dikatakan seorang yang fanatik terhadap Linux, tetapi secara asasnya sebaiknya mereka memberikan pelajar tersebut satu sistem operasi yang dapat mengurangkan risiko terkena serangan virus dan juga banyak lagi perkara. K lebih minat jika e-Book tersebut menggunakan sistem operasi Linux seperti mana yang di gunakan didalam projek Linux Laptop. Mungkin ada yang akan beranggapan, Linux ini sukar dan tidak sesuai untu digunakan kepada pelajar. Ternyata tanggapan itu adalah salah. Linux itu hanya sukar untuk mereka yang hanya berpaksikan kepada Windows dan tidak mahu keluar daripada kepompong Windows tersebut sama sekali. Tetapi untuk seorang pelajar tahun lima, tidak K rasakan terdapat kesukaran dalam menggunakan Linux. Terutamanya Linux Edubuntu. Yang sudah semestinya dibina untuk kegunaan pelajaran.

Jangka Pendek Dan Jangka Panjang
Masalah yang akan timbul jika penggunaan e-Book menggunakan Windows XP sebagai sistem operasi K boleh bahagikan kepada masalah jangka pendek dan jangka panjang.

Jangka pendek
  • Tamat sokongan. Windows XP telah pun ditamatkan sokongannya oleh Microsoft. Secara tidak langsung menjurus kepada masalah sekuriti dan eksploitasi.
  • Ancaman virus. Kemungkinan besarnya akan datang daripada UFD yang digunakan untuk menyimpan data buku teks. Seterusnya akan membawa masalah jangka panjang.
  • Anasir luar. Disebabkan menggunakan Windows XP dan mempunyai kemudahan USB. sekali gus K boleh mengatakan bahawa akan terdapat beberapa anasir luar yang akan tersimpan didalam e-Book tersebut. Oleh kerana dikongsi bersama orang lain didalam keluarga. Anda mungkin lebih faham. Contoh termudah, permainan.
Jangka panjang
  • Sistem makin perlahan. Perkara itu menjadi lumrah kepada pengguna Windows apabila semakin lama digunakan sistem akan menjadi semakin perlahan dan apabila XP tidak lagi mendapat sokongan daripada Microsoft, pengguna terpaksa menukar kepada Windows Vista atau 7. Wang diperlukan.
  • Tingkat naik sistem. Untuk melakukan penukaran sistem operasi, sistem perlu di tingkat naik untuk mengikuti spesifikasi yang diperlukan oleh sistem operasi tersebut. Untuk tingkat naik sistem. Wang diperlukan.
Linux Sebagai Sistem Operasi Terbaik
Mengapa K mengesyorkan penukaran sistem operasi Windows kepada sistem operasi Linux adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah ketika menggunakan Windows XP.
  • Jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh Ubuntu 8.04 LTS (Long Term Support) yang disokong oleh komuniti Ubuntu selama dua tahun untuk setiap e-Book.
  • Tiada virus. Secara teorinya Linux dikatakan tiada virus. Dan dengan itu banyak perkara yang boleh dijimatkan seperti pembelian antivirus dan perisian keselamatan.
  • Keselamatan tinggi. Kebaikkan yang paling baik didalam Linux adalah sekuriti daripada fail sistem diusik adalah baik. Termasuklah untuk membuat apa-apa pemasangan kedalam sistem. Oleh itu, anasir luar dapat dikurangkan.
  • Tidak perlahan. Linux selalunya tidak akan menjadi semakin perlahan walaupun telah digunakan dalam tempoh yang lama. Perkara ini telah diakui oleh kebanyakkan webmaster di dunia yang menyakini bahawa Linux lebih sesuai untuk dijadikan sistem operasi. Termasuk didalam server berbanding Windows.
  • Tingkat naik sistem. Kebanyakkan Linux adalah percuma. Dan seperti Ubuntu, mereka akan mengeluarkan versi yang baru setiap enam bulan. Dan segalanya percuma untuk penggunanya.
Kesimpulan
K tidak menyentuh adakah program e-Book ini akan berjalan atau tida dengan baik. Tetapi K mengharapkan supaya mereka yang terlibat melihat kembali apakah kebaikkan didalam penggunaan sistem operasi Linux berbanding Windows XP didalam e-Book. K kembalikan soalan diatas, yakinkah anda?

Info Tambahan
Seharusnya setiap UFD itu dipanggil sebagai thumbdrive dan bukannya pendrive yang ditulis didalam akhbar tersebut. Kerana pendrive itu adalah salah satu daripada jenama pengeluar UFD.

Rujukan
Datuk Ahmad, S. (2009) Iran tempah 300 e-Book untuk diuji mulai Jun. Berita Harian, Pelancaran e-Book. 26 Mei 2009.
Shahul Hamid, M. S. (2009) e-Book ubah tahap kehidupan rakyat. Berita Harian, Pelancaran e-Book. 26 Mei 2009.

Isnin, 25 Mei 2009

FBI & U.S. Marshals Service Diserang

Tidak Kebal
Didalam filem-filem fiksyen memperlihatkan bahawa FBI sebagai salah satu badan yang hebat di Amerika. Tetapi kemegahan itu dilupuskan oleh sebuah virus yang dihantar untuk menyerang sehingga sistem rangkaian FBI terpaksa ditutup untuk mencegah penularan virus tersebut. FBI tidak kebal.

Dua Badan Besar
Selain FBI, U.S. Marshals juga diserang oleh virus yang sama dan membuat keputusan yang sama, dengan mematikan rangkaian mereka untuk sementara waktu. Jenis dan sumber virus tersebut masih tidak dapat dikenal pasti dan tidak boleh menafikan bahawa virus tersebut datang daripada dalam kerana sistem rangkaian di dua badan tersebut adalah bersifat dalaman sahaja untuk mengelakkan kehadiran serangan daripada pihak luar. Apa yang dapat dipelajari daripada masalah ini adalah; perkara yang K selalu katakan.

Security Is Not A Product, It's A Process
Bertapa hebat pun halangan, keselamatan yang diletakkan untuk mengekang serangan daripada luar, tetapi jika serangan tersebut dibuat daripada dalam kesannya kadang kala lebih teruk daripada serangan daripada luar. Untuk semua pengguna, pedoman untuk anda dalam memastikan sistem anda selamat iaitu kehadiran virus yang datangnya daripada dalam, contohnya anda yang membenarkan virus tersebut melepasi benteng pertahanan dengan tidak membenarkan sistem antivirus mengimbas fail anda. Terutamanya yang berjenis pemecah kod - crack.

Sumber
Devlin, B. (2009) Dikeluarkan pada 21 Mei 2009. Computer virus strikes US Marshals, FBI affected. Hiper-rangkai: www.physorg.com

Rabu, 29 April 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 8

Edisi Firefox
Kemaskini_1: 29 April 2009


Firefox 3.0.10: Isu Kestabilan
Jika anda perasan, naik taraf daripada Firefox 3.0.8 kepada 3.0.9 minggu lepas, merupakan satu naik taraf yang dianggap kritikal tetapi disamping itu kestabilan Firefox 3.0.9 dianggap sebagai kurang stabil berbanding 3.0.8 (Adam, 2009). Lebih mudah menghadapi keruntuhan - crash yang menyebabkan pengguna Firefox merasa agak bosan dengan masalah ini. Dengan itu Firefox 3.0.10 dikatakan mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Firefox 2.0: Tiada Naiktaraf
Adalah dimaklumkan kepada mereka yang masih menggunakan Firefox 2.0.0.x anda dimohon untuk menaiktaraf firefox anda kepada 3.0.x kerana terdapat Firefox 2.0.0.x tidak lagi berada dibawah penyengelaraan Mozilla (MDC_1, 2009). Perkara ini pernah K perkatakan dahulu, pada bulan oktober 2008. Bahawa Firefox 2.0.x hanya akan disokong oleh Mozilla sehingga 6 bulan daripada tarikh berita tersebut. Kini 6 bulan telahpun tiba. Oleh itu anda diharapkan dapat menukar Firefox anda kepada versi yang terbaru.

Naiktaraf Firefox 3.0.10
Naiktaraf kali ini melibatkan dua kemaskini, satu didalam bahagian sekuriti yang ditarafkan sebagai kritikal dan satu lagi membaiki kestabilan pelayar internet ini. Kritikal adalah satu tahap dimana kelemahan Firefox membolehkan penyerang menjalankan kod dan memasang perisian yang tidak memerlukan pengguna berinteraksi bersama penyerang. Untuk mengambil versi yang terbaru, anda boleh melakukan naiktaraf secara automatik atau manual daripada menu didalam pelayan internet tersebut. Untuk mengambil fail pemasangan, anda boleh mengambilnya di laman rasmi firefox.

Firefox 3.5 Beta 4
Untuk mereka yang mahu mencuba pelayan internet terbaru yang dahulunya dinamakan sebagai Firefox 3.1 boleh mendapatkannya di laman Firefox Beta (MDC_2, 2009). Amaran: Semua aplikasi yang dinamakan beta bukanlah untuk pengguna biasa tetapi untuk mereka yang mahu bersama komuniti mencari kelemahan dan masalah didalam aplikasi tersebut. Dan kini Firefox 3.5 boleh didapati didalam 70 bahasa yang berlainan (Seth, 2009). Malangnya untuk bahasa Melayu masih tidak dimasukkan.

Rujukan
Adam, P. (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.0.10 Released, Fixes Major Stability Issue. Hiper-rangkai: lifehacker.com
MDC_1 (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.0.10 security and stability release now available. Hiper-rangkai: developer.mozilla.org
MDC_2 (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.5 Beta 4 now available for download. Hiper-rangkai: developer.mozilla.org
Seth, B. (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. Firefox 3.5 beta 4, 70 localizations. Hiper-rangkai: blog.mozilla.com

Selasa, 28 April 2009

Virus Popular: Baik Atau Sebaliknya? Sesi 2

Kemaskini_1: 28 April 2009

Kejuruteraan Sosial
Walaupun sebagai pengguna, kita dapat mengelakkan daripada sistem kita dijangkiti dengan mengikuti beberapa panduan yang sering diberikan dan diperhebahkan seperti mana yang ditulis oleh liquidsilver didalam blognya yang menceritakan tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada sistem dijangkiti sebarang anasir jahat. Namun begitu K sarankan anda lebih berhati-hati kerana mereka yang membuat virus itu bukanlah orang yang biasa. Tetapi seharusnya pakar didalam kejuruteraan sosial - social engineering. Contoh terbaik adalah Kevin D. Mitnick, orang yang telah mengeluarkan perkataan "social engineering" itu sendiri (Joan, 2008) adalah seorang penggodam. Dan K lebih mahu memperkatakan perkara yang berkaitan dengan bagaimana mereka berfikir untuk mempengaruhi pengguna agar pengguna jatuh kedalam perangkap mereka. Sebelum itu, takrifan mudah untuk kejuruteraan sosial adalah serangan yang melibatkan manusia dan cara memanipulasikan mereka untuk tujuan yang tertentu (Alexander, 2009).

Spam & Phishing - jika dibandingkan kaedah spam & phising lama dan spam & phishing yang cara yang baru amat berbeza terutamanya dalam hal bagaimana untuk mempengaruhi pengguna. Antaranya adalah menggunakan berita yang benar dan sahih yang dimanipulasikan agar menjadikan emel tersebut kelihatan benar. Seperti mana kes yang menggunakan Kempen Pilihanraya Presiden Amerika sebagai asas yang amat bagus untuk mempengaruhi pengguna. Juga terdapat beberapa cara yang lain seperti permyataan pembidaan anda didalam laman popular seperti eBay yang masih tidak dibayar dan juga tentang akaun bank yang memerlukan anda memasukkan data sensitif. Oleh itu berhati-hati dengan apa yang anda terima dan siasat terlebih dahulu.

Jaringan Sosial Maya - Friendster, MySpace dan kini Facebook dianggapkan sebagai salah satu peluang yang boleh digunakan untuk mereka untuk mendapat keutungan (Joan, 2009). Didalam jaringan sosial maya ini terdapat satu kelemahan yang nyata, iaitu anda tidak boleh meneka adakah orang yang memberi mesej kepada anda itu adalah orang yang benar. Oleh kerana itu taktik phishing kerap dilakukan untuk mengambil akaun dan katalaluan untuk digunakan sebagai "mangsa" yang boleh memanipulasi pengguna dalam melakukan sesuatu, seperti yang terjadi kepada Friendster. Seperti contoh, akaun A telah di godam, dan A memberi mesej kepada B yang merupakan rakannya. "Nak pinjam duit, dompet kene curi, bank in ke Bank XXXXX, no akaun 1234567890". Dan taktik ini menjadi apabila B memasukkan duit seperti mana yang disuruh didalam mesej A. Tanpa diketahui sama ada adakah A benar-benar menyuruhnya berbuat sedemikian. Begitu juga dengan menyuruh B memuat turun sesuatu (virus) untuk melihat sesuatu yang menarik. Dengan cara itu, penyebaran virus akan berlaku.

Infeksi virus - Terdapat juga yang cuba untuk berlakon sebagai seseorang daripada Pusat Sokongan sesebuah syarikat sekuriti (Joan, 2009) yang mengatakan bahawa sistem anda telah dijangkiti sejenis virus dan perlukan bantuan. Selepas itu diberikan sebuah aplikasi yang dikatakan mampu untuk menghilangkan perkara virus tersebut. Perkara ini sebenarnya lebih menarik dan dapat mudah dipercayai dengan menampilkan simbol syarikat, alamat syarikat, dan juga digabungkan dengan berita yang disahkan daripada sumber yang dipercayai. Dengan itu penipuan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Rumusan
Oleh itu walaupun terdapat beberapa kebaikkan disebabkan virus yang popular, tidak pula kita harus abaikan sehingga yang buruk itu datang kepada kita semula. Semoga anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang daripada mangsa virus popular. Sebarang komen serta cadangan dialukan. Owh, sebelum itu menurut Reuters UK, Conficker telah bangkit semula (sekali lagi).

Penafian
K bukan seorang yang mempunyai latar belakang dalam mempelajari kejuruteraan sosial dengan formal, tetapi hanya dengan pengalaman dan pembacaaan melalui pembelajaran bukan formal. Serta apa yang ditulis didalam penulisan ini tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa ianya tepat dan benar. Oleh itu penulisan ini tidak disarankan untuk digunakan didalam mana-mana penulisan bersifat akademik.

"security is not a product, it's a process"

Rujukkan
Alexander, M. (2009) Dikeluarkan pada: 4 Mac 2009. We aren’t dead, yet.. Hiper-rangkai: www.isyourmissioncritical.com
Joan, G. (2009) Dikeluarkan pada: 16 Februari 2009. 9 Dirty Tricks: Social Engineers' Favorite Pick-Up Lines. Hiper-rangkai: www.csoonline.com
Joan, G. (2008) Dikeluarkan pada: 6 November 2008. Social Engineering: Eight Common Tactics. Hiper-rangkai: www.csoonline.com