Sabtu, 13 Jun 2009

5 Perisian Penulisan Blog Di Linux

ScribeFire
Jika dahulu K pernah membuat penulisan berkaitan addon didalam Firefox, iaitu ScribeFire yang merupakan satu aplikasi untuk membantu K menulis blog. Tujuan utama penggunaan ScribeFire adalah kerana K masih boleh menulis walaupun berada didalam luar talian dan akan dimasukkan kedalam blog apabila K mendapat talian internet. Kini K menjumpai satu artikel didalam e-Book Full Circle isu #4 yang berkaitan dengan perkara ini. 5 perisian penulisan blog untuk Linux, amnya. Ubuntu khususnya.

KBlogger
Berdasarkan namanya, KBlogger merupakan satu aplikasi yang dikhususkan untuk digunakan didalam persekitaran ruang kerja[1] KDE. Mempunyai reputasi selama ini yang amat disegani sehingga idea ini diadaptasi kepada persekitaran ruang kerja Gnome oleh Gnome Blog.

QTM
QTM mempunyai ciri-ciri seperti ScribeFire, mempunyai kekuatan seperti QuickPost, trackback, ping dan tag Technorati. Malangnya QTM bukanlah salah satu daripada repo didalam Ubuntu tetapi pihak mereka telahpun mengeluarkan versi .deb didalam laman sesawang mereka yang boleh dimuat turun oleh pengguna Debian dan Ubuntu.

Gnome Blog
Seperti klon untuk KBlogger, tetapi dibina untuk persekitaran ruang kerja Gnome. Anda boleh mencubanya dengan memasang Gnome Blog daripada Synaptic atau opsyen Add/Remove.

Drivel Journal Editor
Dikatakan untuk kegunaan geeks, tetapi K tidak merasakan begitu kerana terdapat segelintir orang yang meminati cara penulisan menggunakan HTML daripada menggunakan WYSIWYG[2]. K sendiri lebih menyukai menulis didalam bentuk HTML daripada WYSIWYG kerana lebih mudah untuk diubah dan diuruskan. Drivel juga boleh didapati daripada Synaptic atau opsyen Add/Remove.

ScribeFire
Tentang ScribeFire ini telah di ceritakan oleh K didalam penulisan yang terdahulu, tetapi K merasakan kekurangannya adalah didalam beberapa pemerhatian dan penggunaan K, ScribeFire kurang sesuai untuk digunakan oleh K dimana ketika K menggunakan dua hingga tiga tetingkap Firefox didalam tiga desktop maya (menggunakan Compiz) seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah, akan mempunyai masalah yang begitu serius, iaitu kelembapan dan penggunaan memori yang amat banyak. Sekali gus menyebabkan kadang kala crash akan berlaku. Mungkin K akan menimbang untuk menggunakan Drivel pula selepas ini.

[1] persekitaran ruang kerja : desktop enviroment
[2] WYSIWYG - what you see is what you got, satu cara penulisan didalam laman interent yang lebih mesra pengguna daripada penggunaan HTML.

Rujukan
Andrew, M. Top 5 Blogging Tools. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Issue #4 - Ogos 2007. Laman Sesawang: http://www.fullcirclemagazine.org/

Tiada ulasan: