Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

Jasa Yang Kekal

Setelah berfikir beberapa kali maka dengan ini dimaklumkan bahawa blog AMBNaC cawangan Blogspot ini tidak ditutup tetapi dijadikan satu cawangan kepada AMBNaC. Mungkin mempunyai entri yang berlainan atau mempunyai entri yang sama dengan AMBNaC cawangan Wordpress.

Tetapi blog ini tidak akan diabaikan begitu sahaja. Kerana setahun dia telah berjasa.

Notakaki 1: Mungkin ada terkesan dengan kata-kata seorang pelawat disini.

Sabtu, 30 Januari 2010

Perpindahan Selesai

akhirnya perpindahan ke AMBNaC berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Topo yang memberi idea untuk menggunakan wordpress.com untuk mengambil data daripada blogspot.

Pada mulanya tak boleh nak ambik data dari sini menggunakan blog yang baru. Mungkin masalah sambungan data.

Dan blog ini akan dikekalkan begini.

sila la berhijrah ke blog baru: AMBNaC

Jumaat, 22 Januari 2010

Kemangkatan

Sejak dari tengah hari lepas diberitakan bahawa Sultan Johor gering dan terdapat juga khabar-khabar yang mengatakan bahawa baginda sudah mangkat. Tetapi tiada siapa yang berani mengeluarkan kenyataan kerana melibatkan perkara sensitif. Dan setelah perkara ini di sahkan oleh sebuah laman web yang boleh dipercayai dengan ini mengatakan bahawa DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail iaitu Sultan Johor telah pun mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. pada pukul 7.08 malam tadi

Salam takziah. Al-fatihah

Notakaki: Teringat arwah atok. Masa tu aku di Sutra Beach Resort atas urusan. Sepupu aku siap buat group untuk mengigati beliau. Al-fatihah.

Sumber: umno-online

Ahad, 10 Januari 2010

Blogger - We Care

Entri kali ini adalah khas untuk memberi kerja sama kepada usaha yang dijalankan oleh insan yang prihatin terhadap nasib yang menimpa en. megat didalam penulisannya tentang anak, isteri dan dirinya. Usaha ini hanya memerlukan sedikit ruang daripada ruangan didalam blog masing-masing untuk meletakkan banner reben merah blogger - we care sebagai tanda sokongan terhadap usaha ini.



Untuk lebih penjelasan, teruskan kepada blog hydir

Jumaat, 8 Januari 2010

Antara Bakar & Hilang

Malaysia insider kata sudah empat gereja. di BAKAR
Redmummy post dalam facebook pasal budak HILANG

satu isu ketakutan pasal kekacauan dan darurat.
satu isu ketakutan pasal anak masing-masing.

moga dua isu ini segera selesai.
ada pihak bertepuk tangan kegembiraan

Sabtu, 26 Disember 2009

Songbird, SkreemR & Penulis Baru

Bring It On Home To Me
Apa gila dikepala menyebabkan begitu minat dengan lagu blues yang satu ini. Mungkin penangan B.B. King yang berduet bersama Paul Carrack didalam album Deuce Wild. Penyanyi asal lagu ini adalah Sam Cooke. Masalah utamanya tiada dalam data simpanan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya. Percubaan mencari di Interent ternyata sukar kerana mungkin tidak reti bermain kata kunci di Google. Nasib baik ada Songbird.

Bila Burung Bernyanyi
Artikel tentang Songbird yang pertama didalam blog ini ditulis pada 7 Disember 2008. Ya, lebih setahun yang lalu. Pada masa itu versi 1.0 RC1 baru sahaja dikeluarkan. Digelar sebagai "iTunes Killer" dan kini Songbird baru sahaja mengeluarkan versi yang terbaru, Songbird 1.4.2. Antara lain perubahannya adalah pembentukkan bulu yang baru. Bulu di dalam Songbird dimaksudkan dengan tema. Daripada bulu yang berwarna putih kini telah menjadi ungu kehitaman. Mungkin ingin menampakkan lebih matang.


Aplikasi plugin juga telah semakin matang. Boleh didapati di laman rasmi Songbird untuk pengguna Windows (Win7 tidak ditawarkan secara rasmi, walaupun masih boleh dipasang), Linux dan juga Mac OSX. Oh tidak lupa, adakah anda tahu bahawa anda boleh memuat turun lagu di internet secara percuma dengan menggunakan Songbird dan SkreemR sebagai plugin?. Sumber: Songbird, lifehacker.com

SkreemR
Oleh kerana begitu minat dengan lagu tersebut, pencarian menggunakan SkreemR dimulakan. Dan hasilnya begitu memberansangkan. Lihat gambar di bawah:



419 hasil. Dan sehingga 100 yang pertama, 20 versi Bring It On Home To Me boleh dimuat turun. Perhatikan gambar yang menunjukkan ada butang download. Anda mungkin berminat jika anda mencubanya sendiri. Songbird

Intergrasi Bersama Karmic
Yang paling menarik adalah intergrasi bersama Linux Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) yang membolehkan notifikasi lagu yang dimainkan ditunjukkan menggunakan features notifikasi Karmic yang sedia ada. Sekali gus menunjukkan pengaruh Ubuntu dan Linux didalam Songbird bukan boleh diabaikan begitu sahaja.

Penulis baru
Sementara ini juga K dengan berbesar hatinya memperkenalkan penulis jemputan yang pertama didalam blog yang tidak popular ini. Beliau adalah penulis blog Sukiprettle, Sukiminna. untuk mengenali lebih lanjut tentang apa yang akan dibuat oleh Suki didalam blog ini, K rasa lebih baik Suki sendiri menulis serba sedikit.

Ok, kita tamatkan edisi hari ini.

Selasa, 27 Oktober 2009

OOSAD

Jumaat, 16 Oktober 2009

Pembentangan Kertas Cadangan PITA

SST-SF
22 Oktober 2009, jam 0920. Mengikut di atas kertas pembentangan akan dilakukan di MP2. Semoga semua berjalan lancar seperti dirancang. Masa 20 minit. 15 minit bentang - 5 minit soal jawab.

Notakaki: SST-SF - Six Sigma Tools With Struts Framework

Rabu, 7 Oktober 2009

Wacana Pemikiran & Majlis Haul

Secara Ringkas
Ada dua majlis yang akan diadakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan dalam waktu terdekat ini, iaitu
Majlis Hawl (Haul): Memperingati Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
Wacana Pemikiran: Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani

Untuk lebih lengkap dan poster, teruskan pembacaan

Majlis Haul
Maklumat ringkas adalah seperti berikut;
Tarikh: Jumaat, 9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430H
Waktu: Maghrib
Lokasi: Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama, Melaka
Penceramah:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki
Tarikh: Sabtu, 10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430H
Waktu: 5.00 ptg - 9.00 mlm
Lokasi: Madrasah Al Hasaniah, Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Penceramah jemputan:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Yusof Bakhour al Hasani
  3. Prof Dr. Abdul Razak al Sa'di al Hasani
  4. Dato' Sayyid Umar bin Abdil Qadir al Aidarus
Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2009 / 22 Syawal 1430H
Waktu: Maghrib
Lokasi: Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR) Ampang
Penceramah jemputan:
  1. Al Allamah Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani
  2. Syeikh Afeefudin al Jailani


Wacana Pemikiran
Maklumat ringkas adalah seperti berikut;
Tema: Manhaj Aqidah
Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2009 / 22 Syawal 1230H
Lokasi: Auditorium, Muzium Kesenian Islam
Dengan kerjasama Yayasan al Bukhari

Isnin, 5 Oktober 2009

MCTS .NET Framwework 3.5

Pelajar Tahun Akhir
Pelajar tahun akhir yang menggunakan dotNet (.net) Framework didalam Projek Ilmiah Tahun Akhir pada sesi kali ini diharap dapat mendaftarkan diri pada;
  • 7 Oktober 2009
  • 1 Petang
  • Dewan Sultan Jalalludin
untuk menghadiri Microsoft Certified Technology Specialist(MCTS): .NET Framwework 3.5 ASP.NET Application
percuma yang akan diadakan oleh Prestariang pada cuti semester November-Disember ini.

Untuk pelajar yang lain yang berminat sila rujuk kembali poster yang ditampal di sekitar Foyer FST dan Tingkat 1.

Untuk makluman umum tentang kursus ini sila muat turun pada brocher Prestariang ini.

Brocher Prestariang

Selasa, 8 September 2009

Aqidatul Awwam

Kemaskini_1: 08 September 2009
Kemaskini_2: 27 September 2009




Mungkin ada yang pernah mendengar tentang ini dan mungkin juga ada yang menhafalnya. Inilah Aqidatul Awwam yang ditulis dan dikarangkan oleh Syeikh Ahmad al Marzuki. Isi utamanya adalah menerangkan tentang apa yang perlu diketahui sebagai orang awam seperti sifat Allah, para malaikat, keluarga Nabi, isteri dan anak-anaknya.

Video ini diambil didalam Majlis Nurul Musthofa di Indonesia yang dipimpin oleh Al Habib Hassan bin Jaafar Assegaff.

Notakaki: Sampai kini tak hafal lagi, adus. Lagi-lagi kitabnya sudah tertinggal di rumah. Suka sebab cara penulisan tu menarik.
Notakaki_2: Sebenarnya Jie yang mengingatkan tentang perkara ini bila berkata tentang ujian lisan Asma'ul Husna dan Sifat 20 yang dia ambil pada hari ini. Untuk subjek Islam dan Alam Sekitar.
Notakaki_3: Baru perasan, sukar untuk mendapatkan versi digital untuk Aqidatul Awwam. Masih tiada berjumpa. Telah berjumpa dengan manzumah penuh Aqidatul Awwam. Untuk melihatnya disini

Ahad, 30 Ogos 2009

Haul ke-5 Sayyid Muhammad Al Maliki

15 Ramadhan menjelma lagi.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Gerbang Ramadhan 1430H Dibuka

Setitik Tinta Untuk Menaip
Selamat datang bulan mulia
Bulan ramadhan bulan bahagia
Siang di isi dengan puasa
Malam di isi dengan pahala

Terbuka sudah gerbang akbar
Tertutup sudah lubang hina
Turun malaikat membawa khabar
Keampunan Tuhan untuk hambaNya

Bulan agung bulan ujian
Ujian Tuhan untuk hambaNya
Perkukuh iman serta amalan
Diakhir terbebas dari azabNya

Selamat datang bulan mulia
Bulan ramadhan bulan bahagia
Selawat keatas Nabi dan keluaga
Sebagai penutup rasa gembira

Ahad, 16 Ogos 2009

Pandemik H1N1 di UMT

Perutusan Khas Kepada Pelajar UMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar UMT sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor UMT telah bersetuju mengenai perkara-perkara berikut :

i) Pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom jangkitan H1N1 seperti demam dan salah satu gejala berikut iaitu Batuk, Sakit Tekak, Sakit Badan, Sakit Kepala atau Sukar Bernafas hendaklah mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang berdekatan dengan kediaman masing-masing semasa cuti pertengahan semester ini.

ii) Pelajar yang SIHAT sahaja layak untuk pulang ke kampus pada 23 Ogos 2009 apabila cuti berakhir. Pelajar yang sakit dan mempunyai gejala H1N1perlu mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit dari klinik yang berdekatan.

Kerjasama dari saudari dan saudari amatlah diperlukan agar pandemik H1N1 di kampus kita ini dapat dibendung dan dikawal. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
--
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

Khamis, 13 Ogos 2009

Sepuput Kenangan Menjelma

Kenangan Di Sekolah
Tiba-tiba ada perkara yang menyebabkan K terkenang di zaman sekolah dahulu. Teringat bagaimana suka duka, gelak tawa semasa disekolah dahulu, daripada sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Mungkin kata orang itu hanya kenangan, kenangan tinggal kenangan. Tetapi "perkara tersebut" menyebabkan lembaran lama tersingkap kembali.

Singkapan Hijab Kenangan
Jika dikatakan dimana zaman sekolah yang paling seronok untuk K, K akan katakan semasa di darjah 4 sehingga tingkatan 3. Disitu rentetan kenagnan yang amat banyak dapat diceritakan tanpa henti. Tersenyum sendiri jika mengingatkan kenagan terbabit. Daripada kenangan memasuki kuiz sains dan matematik di Sekolah Rendah Lubuk Kelubi (syukur, masih ingat), tidak tahu mengapa soalan yang diberikan begitu mudah masa itu untuk K. Mungkin minat didalam sains. Diteruskan kepada peringkat yang lebih tinggi dan kalah pada peringkat itu. Tetapi kenagan bersama rakan, belajar dan bersedia untuk ke kuiz terbabit memang menarik. Dan unik. Syukur K bersekolah di sekolah yang bercampur antara kaum dan agama, semasa itu tidak pernah mengira warna kulit dan latar belakang. Mungkin masa itu masih kecil. Kenangan dilanjutkan kepada sekolah menengah.

Kenangan Utama Tersingkap Penuh
Disini hampir semua kenangan yang masih K ingat dapat di katakan. Bagaimana tiga buah kelas yang pertama diletakkan dalam kelompoknya sendiri, digelar "kelas elit", semua bersaing untuk merebut tempat di tiga kelas tersebut. Akhirnya semua didalam tiga kelas tersebut dapat dikenali dengan baik. Selamat tiga tahun. Nama-nama lama seperti Termizi, Yan, Akram, Bedot, Fatimah, Ain (tersenyum tiba-tiba, haha adus), Azie/Jiji (jiran) dan ramai lagi jika hendak ditulis semua panjang. Terlalu panjang. Hendak disingkap barangkali boleh menjadi sebuah buku. Lebih lagi bagaimana hubungan dengan dua orang yang K panggil sebagai kakak iaitu Desiree dan Adeline. Kedua-duanya bukan melayu (hahahaha tersenyum lagi, kenangan lama). Paling manis adalah bagaimana kami memasuki pertandingan keselamatan lalu litas peringkat negeri selangor secara adhoc dan kemudiannya menang. Amat manis kenangan itu. Tetapi kenangan tersebut dikunci seketika kerana K pergi ke sekolah lain selepas tingkatan 4. Hubungan masih ada. Cuma tidak seperti dahulu.

Perkara Tersebut
Hanya beberapa hari yang lepas, K mendapat berita bahawa salah seorang rakan, salah seorang daripada tiga kelas tersebut telah tiada. Telah pergi selamanya. Kerana itu semua kenangan tersingkap kembali, terbuka kembali. Siapakan beliau. Namanya Gary Leon Robert. Salah seorang daripada peserta King Of The Road anjura Adidas yang "hilang" selepas acara tersebut dan dijumpai sehari kemudian. Bukan henda dicerita tetang kematiannya. Tetapi apa yang ditinggalkannya.

Friendship Never Die


Itu yang mahu dikatakan pada penulisan ini. Juga untuk menjadi kunci yang dapat menutup kembali semua kenangan tersebut. Kerana yang tiada tetap akan tiada. Yang masih hidup perlu meneruskan hidup kita. Walau apa pun, kepada orang yang menyebabkan perkara ini terungkap kembali dan menyebabkan semua rakan-rakan bertaut kembali, Gary. Anda tetap didalam kenangan K.


Kenangan dikunci. Rapat. Sehingga satu masa, ia terbuka kembali.

Ahad, 2 Ogos 2009

Negaraku. Gugur

Kemaskini_1: 2 Ogos 2009

Negaraku Gugur

K menggunakan negaraku sebagai batu aras kepada semua artikel yang K siarkan. Untuk mengetahui apa trend dan kehendak pembaca. Hari ini, Chokilala telah menyebarkan melalui Twitter, Negaraku gugur (down). Atas sebab yang tidak disengajakan. Pihak admin dengan tidak sengaja telah membuang salah satu daripada data didalam pusat data mySQL. Seperti mana yang tercatat didalam notis.



Mungkinkah Negaraku akan naik semula?
Tunggu dan lihat. Buat masa ini, plugin Negaraku disarankan untuk dimatikan atau dibuang.

Yang nyata tiada unsur-unsur khianat didalam masalah ini.

Jika Bangkit Semula
Diharapkan dapat mencari jalan untuk menghindari masalah spam yang dibuat oleh ahli lelap yang hanya menggunakan robot tanpa mengukur kualiti sesebuah tajuk.

Jumaat, 31 Julai 2009

Influenza & Doa 2

Perutusan Khas

Satu demi satu pusat pengajian rendah dan tinggi ditutup gara-gara kesan daripada H1N1. Malahan telah acap kali dimasukkan peringatan tentang ini didalam setiap khutbah Jumaat oleh khatib.

Perbanyakkan doa. Sesungguhnya bahasa terindah itu datang daripada hati yang insaf. Insaf akan kekerdilan dan kekecilan. Dan kebesaran yang Maha Besar. Dan ingat bahawa sakit adalah ujian dan penghapus doa.

Disamping doa, jaga kesihatan dan jangan lengahkan diri anda jika terdapat kesan yang menjurus kepada wabak tersebut. Jangan dibiarkan diri sendiri atas sebab kepentingan diri dan tidak mahu disyaki terkena wabak. Kerana jika orang lain merana kerana anda, anda bersalah atas sebab itu.

Maka beruntung mereka yang sakit dan mengingati Tuhannya dan terus mengingati selepas itu.

Maulid Daiba'i

Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.


Wahai Tuhanku! Kurniakan Maqam Al Wasilah kepadanya.
Wahai Tuhanki! Kurniakan Maqam Al Fadilah kepadanya.


Wahai Tuhanku! Redhailah pada Sahabatnya.
Wahai Tuhanku! Redhailah keluarga dan keturunannya.


Wahai Tuhanku! Redhailah pada guru kami.
Wahai Tuhanku! Redhailah kedua ibubapa kami.


Wahai Tuhanku! Redhailah kami sekalian.
Wahai Tuhanku! Rahmatilah setiap Muslim.


Wahai Tuhanku! Ampunilah setiap orang yang berdosa.
Wahai Tuhanku! Janganlah putuskan harapan kami.


Wahai Tuhanku! Wahai Tuhan Yang Mendengar doa kami.
Wahai Tuhanku! Sampaikanlah kami untuk menziarahi Nabi Muhammad.


Wahai Tuhanku! Sinarilah kami dengan petunjuknya.
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada kami pemeliharaan dan keamananMu.


Wahai Tuhanku! Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.
Wahai Tuhanku! Selamatkan kami dari azabMu.


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kami mati syahid.
Wahai Tuhanku! Liputilah kami dengan kebahagiaan.


Wahai Tuhanku! Berilah taufiq kepada setiap pemimpin.
Wahai Tuhanku! Hancurkanlah tiap-tiap musuh dan penceroboh.


Wahai Tuhanku! Kami sudahi dengan nama Nabi Muhammad yang diizinkan memberi syafa'at.
Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.

Rujukan
orgawam. 4 April 2009. Terjemahan Maulid Diba'. orgawam.wordpress.com
Al Faqir Illallah Al Qawiyy Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al Maliki. (2007) Maulid Daiba'i. Sofa Production.

Rabu, 8 Julai 2009

Twitter Gugur Lagi

Naiktaraf_1: 8 Julai 2009

MJ

Sekadar hal terkini, Twitter menerima tekanan kali kedua selepas kejatuhannya yang pertama apabila berita Jacko dikejarkan ke Hospital tempoh hari, kini hari Memorial Jacko, K melihat perkara itu datang lagi. Twitter gugur lagi.

dan gelombang kedua dapat dirasa apabila Paris Jackson berkata dikhalayak umum secara langsung. Tanpa tertutup muka.

Rabu, 1 Julai 2009

Rehat

.............................................................

penat dan mahukan rehat
esok hari penutup kursus K :D