Memaparkan catatan dengan label windows. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label windows. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2009

[Sekuriti] Conficker kembali lagi (3.5 juta++)

Tarikh Keluaran Artikel: 16012009

Sejarah K dan arena virus
K hadir dalam dunia virus ini sejak kemunculan virus yang dikatakan hebat pada satu ketika, kerana cara yang sungguh kreatif pada masa itu yang menggunakan semua kejuruteraan sosial yang ada untuk menyebarkan virus tersebut. namanya brontok. tetapi selepas brontok tiada satu virus yang betul-betul hebat dalam hemat K. dan jika orang mengatakan haha.js (dan jenis tambahan daripada pengubah "handalan") itu hebat, K katakan tidak. jika ada orang mengatakan apa-apa virus "autorun" (terlalu banyak versi), K katakan tidak sehebat brontok dahulu. buktinya? kerana jika melawat kemana-mana forum, mesti ada yang mengaitkan bahawa virus yang bukan daripada brontok itu adalah brontok. kerana kekuatan brontok masih dapat dirasa.

Conficker/Downadup - calon terbaru
Dan apa bila K membaca artikel tentang
Conficker, K merasakan virus ini ada peluang untuk menjadi virus baru yang akan menggegar dunia Windows dalam hal keselamatan. mungkin bukan sehebat Brontok yang mampu menyebar dalam masa yang singkat, tetapi Conficker boleh dijadikan sebagai calon virus "terbaik" untuk tahun 2009 dengan kedatangan versi terbarunya, Conficker.B yang telah dinaik taraf untuk menjadi lebih cerdik.

Kuatkan pertahanan sistem anda
Dengan anggaran sebanyak 2,395,963 sistem menjadi mangsa virus ini untuk varient terbaru dan jika dicampur dengan varient lama, 1.1 juta maka jumlah keseluruhan korban virus ini adalah 3.5 juta dan sedang bertambah disebalik masalah yang menimpa Microsoft Windows sendiri dalam masalah sekuriti. Conficker menggunakan kelemahan pertahanan Windows pada bulan Oktober lepas yang telah pun ditutup oleh pihak Microsoft selepas itu. dan pada kali ini Confiker menemui kelemahan dalam pertahanan Windows dan mengeksloitasinya. kebolehan utama Conficker adalah untuk membuat nama domain yang baru setiap hari secara lalai atau lebih mudah difahami, "random". oleh itu sukar untuk pihak bertanggungjawab menutup laman yang menyebarkan virus ini secara menyeluruh. maka, kuatkan pertahanan sistem anda.

Masalah utama - sistem tidak diselenggara
Adakah anda antara pengguna sistem operasi cetak rompak Microsoft Windows? jika ya, dan anda tidak membuat sebarang update daripada bulan Oktober lepas hingga ke saat ini, maka anda terdedah kepada bahaya virus ini dan peluang anda terkena jankitan virus ini adalah 99.99% dan 0.01% adalah kembali kepada nasib anda. kerana cara Confiker bertindak bukan hanya dengan cara yang biasa iaitu menggunakan UFD (USB Flash Drive) dan seumpamanya tetapi lebih kepada penyebaran secara tidak langsung menggunakan jaringan komputer yang terdapat disatu-satu syarikat ataupun server.

Malaysia - 5,162 server dijangkiti
Itu rangkaan jumlah server korban yang dikeluarkan oleh F-Secure dan ingin dikatakan disini bahawa 5,000 itu bukannya orang perseorangan tetapi jumlah server yang terlibat, jika server itu dimiliki oleh syarikat besat yang mempunyai 1,000 orang pekerja, bayangkan berapa jumlah sebenarnya orang yang menjadi mangsa virus tersebut.

Pertahanan sebenar
jika anda pernah masuk didalam blog K yang menggunakan tema "hitam" sebelum ini, anda akan perasan tentang banner yang menulis kata-kata ini;
Security is not a product, it's a process
dan itu yang K cuba katakan disini kerana, keselamatan sistem anda bukan hanya bergantung kepada aplikasi yang anda pasang di sistem anda semata-mata, tetapi pencegahan daripada terjadinya perkara itu perlu dititikberatkan dan tidak boleh diambil ringan. sedikit nasihat daripada K;
  • update sistem operasi anda
  • gunakan sistem antivirus dan update
  • jika perlu, gunakan sistem firewall daripada pihak ketiga
  • tidak perlu memasuki laman web tidak penting
  • imbas semua peranti luaran (contoh flashdrive) yang anda gunakan
  • backup semua data anda sekurang-kurangnya sebulan sekali
jangan jadikan anda sebagai mangsa seterusnya

Sumber
GuardianTechnology - Downadup worm threatens Windows
F-Secure - How big is Downadup? very big
MicrosoftMalwareProtectionCenter - MSRT released today addressing Conficker and Banload
MicrosoftMalwareProtectionCenter - Win32/Conficker
MicrosoftMalwareProtectionCenter - Just in time for New Year's
TechSpot - Downadup worm infects 3.5 milion PCs
CNETNewsSecurity - Expert: Worm spreading in many ways becoming an epidemic
ZDNetZeroDay - 3.5m hosts affected by the Conficker worm globally

Isnin, 12 Januari 2009

[Windows 7] Windows 7 di MacBook Pro

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009
Windows 7 Kebanggaan Microsoft
Setelah beberapa kejayaan ditempa oleh Windows 7 yang hanya baru diperingkat beta, kini mereka selangkah lagi kehadapan dengan kejayaan yang terbaru, dipasang pada Apple MacBook Pro. walaupun bukan perkara baru Apple MacBook Pro boleh dipasangkan dengan Vista atas bantuan BootCamp tetapi kebolehan Windows 7 untuk berinteraksi dengan Apple MacBook Pro haruslah mendapat pujian kerana Apple bukannya pengguna rasmi Windows tetapi pihak Microsoft telah berjaya membuatkan Windows 7 beroperasi di MacBook Pro.

BootCamp, MacBook Pro dan Windows
dengan menggunakan BootCamp, MacBook Pro boleh dipasangkan dengan Windows kerana laptop ini menggunakan prosessor Intel tetapi tidak dijamin untuk menjalankan Windows 7.

Sumber
Engadget - Windows 7 gets installed on MacBook Pro, explained
Engadget - Windows 7 installed on a new MacBook Pro, sparks fly
Cofeestops - Guide: Windows 7 x64 Build 7000 on a MacBook Pro
Gearlog - Windows 7 on a MacBook Pro

Ahad, 11 Januari 2009

[Windows 7] Beta dilancarkan, tingkat naik percuma

Tarikh Keluaran Artikel : 11012009

Windows 7 - Satu paradigma baru
09 Januari 2009 - Microsoft melancarkan Windows 7 Beta secara rasmi kepada umum, dengan had muatturun hanya 2.5 juta orang pertama sahaja. Windows 7 Beta 1 Build 7000 yang dikatakan paling baik dalam sejarah Microsoft mengeluarkan senarai beta mereka kerana boleh dikira stabil dan memuaskan kecuali masalah tentang mp3 yang telah diperbaiki oleh mereka (pihak Microsoft) selepas itu. keperluan hardware minima yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft adalah:
  • Processor: 1 GHz 32-bit atau 64-bit processor
  • Memori: 1 GB untuk memori sistem
  • Cakera Keras (HDD): 16 GB ruangan cakera
  • Kad Video: menyokong DirectX 9 dan mempunyai 128MB (untuk "Aero Theme")
  • Drive: DVD-R/W driveTalian internet (untuk memuat turun Beta dan update)
dan Windows Server 2008 R2 Beta juga dikeluarkan kepada umum mulai hari itu, anda yang berminat boleh dapatkannya di Microsoft Download Center.

Permintaan yang terlalu tinggi dan masalah "key"
Permintaan yang terlalu tinggi dihadapi oleh pihak Microsoft oleh kerana hanya 2.5 juta yang pertama sahaja dapat mengambil fail tersebut, maka server Microsoft telah ditutup sementara dan setelah dipulihkan semula server tersebut dihidupkan kembali di Microsoft Beta Download tetapi ada beberapa pengguna mengalami masalah mendapatkan "key" untuk mengaktifkan produk tersebut.

Oleh kerana permintaan yang tinggi pihak Microsoft telah pun membatalkan had 2.5 juta itu kepada unlimited sehingga 24 Januari 2009 sebagai tarikh terakhir untuk mengambil produk itu.

Vista SP1 & Windows 7
Oleh kerana Vista dianggap sebagai satu hasil gagal Microsoft, maka penukaran Vista ke Windows 7 mendapat perhatian hebat, jika dahulu pihak Microsoft mengadakan pakej secara percuma untuk pengguna Windows XP menukarkan kepada Windows Vista, kini tawaran tersebut itu kembali lagi kepada pengguna Windows Vista. tetapi tertakluk kepada beberapa syarat daripada pihak Microsoft iaitu;
  • Windows Vista itu haruslah sebagai pre-installed, bukannya yang dibeli didalam kotak (beli asing), komputer tersebut haruslah mempunyai label Windows Vista COA yang sah seperti dibawah
  • Hanya Home Premium, Business dan Ultimate sahaja, Home Basic terkeluar daripada promosi ini

Windows 7 & Torrent
Jika anda malas untuk memuat turun daripada server Microsoft maka anda perlu rajin sedikit untuk pergi ke laman Torrent seperti PirateBay dan Mininova untuk mendapatkan salinan fail tersebut. sungguh nasib baik Microsoft membatalkan had 2.5 juta tersebut, jika tidak laman Torrent ini akan popular sekali lagi.

Sumber
WindowsBlog - Here's where we stand
Microsoft - Download the Windows 7 beta
ArsTechnica - The week in Microsoft: it's all about Windows 7
ArsTechnica - Windows 7 public beta is available now
CNETNewsBeyondBinary - Windows 7 beta now available
CNETNewsMicrosoft - Microsoft lift download limit for Windows 7 beta
LifeHacker - Microsoft extends Windows 7 beta availability untuk January 24th
LifeHacker - How to get your Windows 7 beta product key
PCMag - Windows 7 public beta finally goes live
PCMag - Microsoft delays Windows 7 beta due to traffic
Engadget@CES - VAIO P, now with more Windows 7
Engadget@CES - Microsoft puts full-scale Windows 7 beta back in action
DownloadSquad - the downloadsquad Windows 7 rundown
DownloadSquad - Vista to Windows 7 upgrade date and details revealed
Vista.blorge - Microsoft says upgrade to Vista because Windows 7 is pretty much the same
TheTechNewsBlog - FREE upgrade to Windows 7 for Vista users
Gizmodo - Windows 7 open beta download limit lifted until January 24

Selasa, 30 Disember 2008

Windows 7 Beta 1 "akan" dikeluarkan (Update 3 - 30122008)



Pendahuluan

walaupun K sekarang bukan lagi bergerak dibawah Microsoft, tetapi Ubuntu 8.10, tetapi update untuk kesemua software akan berjalan seperti biasa. dan diharapkan juga troubleshoot akan berjalan seperti biasa kerana K belum layak untuk membuat troubleshoot didalam
Ubuntu ini.

Windows 7 Beta 1
walaupun
Microsoft bercadang untuk mengeluarkan Beta 1 selepas Beta 0 (sebelum ini ada beta telah dikeluarkan) pada pertengahan bulan Januari tetapi ramai orang yang tidak sabar untuk melihat apakah yang terdapat pada Beta 1 yang terbaru ini, ada beberapa laman (yang pasti kini 2) yang telah menunjukkan Beta 1 ini.





err kenapa ikan betta (sejenis dengan ikan laga) tu sebagai latar belakang? pelik tetapi itu yang dibuat oleh mereka (
Microsoft)

dan terdapat beberapa lagi screenshot yang tidak menarik hendak ditunjuk disini kerana kekangan ruang yang menyebabkan gambar itu menjadi kecil. dan ini gambar terakhir yang K rasakan menarik



Kesimpulan
Windows 7 ini masih baru dan apa yang K boleh kata ialah, dari segi paparan antara muka (user interface) semakin baik daripada Vista yang terdahulu dan K boleh katakan lebih baik tunggu dan lihat

update 28122008
BitTorrent telah pun mempunyai fail tersebut, jika berminat dapatkan BitTorrent dan mula torrent sekarang :)


update 29122008
Windows 7 Beta 1 ini mendapat pujian yang tinggi kerana usaha Windows dalam mengeluarkan Beta mereka yang terbaik kerana tidak pernah satu Beta yang dikeluarkan oleh Windows yang begitu stabil sebelum ini dan ini memberi impak positif kepada Windows 7



update 30122008
DownloadSquad mengatakan bahawa PirateBay dan Mininova mendapat begitu banyak seeders dan leechers untuk file Windows 7 Beta 1. ini juga menunjukkan kegunaan P2P dalam menyebarkan file percubaan seperti ini walaupun begitu dikecam dalam memberi peluang cetak rompak bergerak

"kami tidak mencadangkan anda membazirkan masa untuk memuat-turun Windows 7 tetapi jika anda telah menggunakannya, jangan segan silu untuk memberitahu kami pendapat anda tentangnya" - microsoft

Sumber
TechSpot - Windows 7 Beta 1 is ready, leaked
Neowin - Windows 7 Beta 1 build 7000 leaks
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 1
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery interactive install, part 2
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 3
JohnThurrottWinSuperSite - Windows 7 Beta screenshot gallery, Part 4
Gizmodo - Windows 7: Windows 7 Beta 1 (Built 7000) leaks on BitTorrent
LifeHacker - Windows 7: Windows 7 Beta 1 out in the wild
Lowyat.Net - Windows 7 Beta ISO in the wild
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO leaked on torrent tracker
DownloadSquad - Windows 7 Beta ISO the hottest download on the net
Wired - Leaked copies of Windows 7 Beta 1 hit BitTorrent

Selasa, 23 Disember 2008

Windows XP jual sampai May 09 - Microsoft

Perdahuluan
setelah lama Windows XP bertahan 2001-sehingga sekarang, Microsoft telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjualan lesen Windows XP akan tamat pada Januari 2009 tetapi akhirnya dipanjangkan kepada May 2009 kerana kurangnya popular daripada pengguna lama yang mahu bertukar kepada Vista dan terdapat beberapa syarikat yang mahu menjual Vista tetapi pengguna mahukan XP.

Mengapa Berlaku
1. XP masih popular - tak dapat disangkal kerana pengguna XP masih stick bersama XP
2. Vista masih tidak dipercayai - masakan tidak.. sebab ketiga mengukuhkan sebab ini
3. mid-2009/end-2009 akan keluar Windows 7 - sebab tu XP dilanjutkan kepada mid-2009 :)
4. pelanggan mahukan XP bukannya Vista - mereka terpaksa melakukan downgrade

Selepas 2009? apa akan berlaku?
harga XP akan turun dan terus berjalan sehingga June 2010. dan sehingga itu boleh dikatakan hampir semua pengguna XP akan tetap pada XP.

kesimpulan
bila la K nak ke Vista ni? atau perlu tunggu Windows 7?

Sumber
TechSpot - Windows XP to continue selling through May 2009
TGDaily - Microsoft quietly extends Windows XP lifecycle, again
CNETNews - Microsoft grants Windows XP a reprieve
LifeHacker - Windows's XP availability extended until May 2009
Gizmodo - Windows XP lives for four more months
PCMag - Windows XP given another reprieve
engadget - Microsft extends Windows XP deliveries to May 30, 2009
BBCTechnology - Windows XP allowed to live again

Rabu, 26 November 2008

Mac OSX tak kebal

Apple () Mac OSX tak kebal
sejak beberapa tahun kebelakangan ini
amat diuji dengan trojan demi trojan. 2006 - dikatakan tahun pertama Apple menerima kunjungan trojan pertama Mac OSX. Leap-A yang disebarkan melalui iChat. walaupun pada tahun 2004 ada satu trojan script yang bertindak sebagai MP3 script tetap serangan tersebut tidak dianggap sebagai ancaman.

Haloween 2007 - Sleepy Hallow Menyerang
lalu pada Haloween 2007 sekali lagi
Mac OSX diceroboh. diberi nama OSX.RSPlug.A, mencari maklumat pengguna dan password. modus oprandinya banyak terdapat di Windows (), anda perlu install codec untuk melihat sesebuah video. dan dari masa itu akan dijalankan program itu. tetapi
ironinya sumber codec tersebut daripada satu laman web lucah. itu sudah cukup membuatkan orang berjaga-jaga. walaupun begitu, intego tetap menganggapkan amaran yang tinggi kepada trojan ini.

pada tahun ini, 19 Jun.
Mac OSX sekali lagi diuji dengan AppleScript.THT trojan horse dan diberi amaran kritikal. dan pada bulan ini ada dua serangan Trojan kepada Mac OSX, 19 November & 24 November.

pada 19 November Lamzev-A menyerang pengguna
Mac OSX dengan membuat backdoor. modus operandi yang sama, sebagai codec dan jugan game. tetapi dikatakan bahawa backdoor tool tersebut terlalu teruk dan tidak
berguna sama sekali.

pada 24 November, OSX.RSPlug.D mencuba untuk memasuki
Mac OSX, modus operandi yang sama dengan varient yang lainnya, install codec untuk
melihat video. tetapi dengan tambahan iaitu seperti trojan downloader
di Windows, dan membuka backdoor untuk memberi laluan kepada Trojan
yang lain untuk masuk.

konklusi
daripada kajian sekejap ni menunjukkan tak la kebal pun Mac OSX seperti mana kata orang ramai. tapi kerana 1 sebab utama yang menyebabkan
Mac OSX dikatakan kebal.
-
Mac OSX kurang pengguna berbanding Microsoft () , so kurang pengguna, kurang mangsa, kurang mangsa kurang keseronokkan dan kepuasan pembuat virus. tetapi kini Apple juga telah mula meningkat penggunanya dan ini membuatkan Apple perlu berjaga-jaga dalam isu security

TheRegister - 'First' Mac OSX Trojan sighted
TheRegister - lame Mac trojan limps into view
SecurityFocus - OSX Trojan appears
WiredGadgetsMac - OSX Trojan Horse is a nag
macnn - Trojan horse targets Mac OSX
Intego - Intego Security Alert - October 31, 2007
Intego - Intego Security Memo - November 18, 2008
ArsTechnica - RSPlug.A Mac OSX trojan: a new thread, but sky is not falling
AppleSlashDot - Fake Codec is a Mac OSX Trojan
SecureMac - AppleScript.THT Trojan Horse
CNETNewsD3f3ns31nD3pth - Mac OSX Trojan reported in the wild
MacWorld - Firms discover Trojan Horse targeted at Mac OSX
TechSpotITSecurity - Mac OSX targeted by Trojan posing as codec
ComputerWorldBlog - Mac OSX: vulnerable to new Trojan
ZDNet - Mac OSX targeted by Trojan and backdoor tool
ITWeb - Apple Trojan discovered

Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Ubuntu () 9.04 Jaunty Jackalope
yang terbaru. masih dalam alpha stage. berdasarkan arnab lagenda yang mempunyai tanduk seperti rusa dan boleh melompat seperti antelop. dan itulah harapan komuniti kepada 9.04 ini nanti.

9.04 dikatakan akan mempercepatkan process kernal yang dikatakan semakin lambat berbanding dahulu dan ingin menjadi seperti Microsoft () Windows () yang semakin lambat porcess bootnya



Ubuntu - Introducing the Jaunty Jackalope

JunauzaTechSource - Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope Mock-up Design
TechSpotSoftware - first Ubuntu Jaunty Jackalope alpha goes live
HackADay - Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope first alpha release
InterentNews - Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope
MaximumPC - Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope alpha 1 now available
Softpedia - Ubuntu 9.04 alpha 1
ArsTechnica - First Jaunty Jackalope Ubuntu 9.04 alpha hops into view

Jumaat, 21 November 2008

CCleaner - CrapCleaner

sejak dari dulu (zaman sebelum ada laptop sendiri) K dah gunakan software CCleaner () ni, kenapa? ni antara sebabnya;

Extraordinary Fast
begitu pantas bersihkan semua file2 junk, cookies, dan banyak lagi benda yang boleh di setting untuk dibuang. lebih pantas daripada Windows (
) DiskCleanup (). siapa nak tunggu satu software yang nak membersihkan semua file2 junk, tapi.. tak leh nak bersihkan cookies, search history, download history dan sebagainya yang berkaitan dengan browser (so kene buat sendiri) and very very slow. so kenapa tak gunakan third party software yang laju, mudah, dan free? dan dia boleh buang registry yang tak guna juga.. dan selalunya jika nak buang, akan kata, nak backup ke tak registry yang dibuang, mana la tahu ada kesalahan dari pihak kan? so kalau anda tidak pasti, backup la. agak2 sebulan tak de ada effect, fail backup tu dah boleh la delete

Acceptable Interface
clean, mudah, jelas dan simple. tak sakit mata memandang, tak kecik sangat, tak besoooo sangat. just medium. dan ni dah lama jugak di internet.. dan K pakai sejak dia masih version 1.* lagi. dan sekarang dia dah naik ke version 2.* masa K tulis ni, 2.13.270. so kenapa nak pakai
yang tidak mudah dari segi interface? (K pernah guna dalam XP sahaja, Vista tidak pernah kerana tidak teringin menggunakan Vista)

Auto Update
ini paling seronok, kerana akan bagi tahu, ada update terbaru, anda nak install tak? haaaa mudah kan? tak yah nak check intenet nak cari mana satu yang baru...

Pelbagai Bahasa
anda tak tahu Bahasa Inggeris? dan still nak guna? download multilanguage installer (K tak dapat nak pastikan ada Bahasa Malaysia atau tidak didalam multilanguage pack kerana K install English sahaja)

Yang Kurang
tak leh nak delete system restore yang lama2 dan tinggalkan satu yang terkini macam DiskCleanup buat. Maybe diorang takut risiko merosakkan
system tu ada. dan baik tak payah buat dan benda tu tak sesuai untuk normal user, hanya untuk advance user. dan registry cleaner dia da juga review mengatakan tak cukup baik la.. bagi K ok je~ sebab registry ni subjective la.. kene tengok keadaan dan bagaimana diuji

Other Review
TechSpot - Download of the week: CCleaner
CNETDownload - CCleaner 2.12.660
SoftwareToday - CCleaner Review
PCWorldDownload - CCleaner
WebUser - CCleaner

Download from
CCleaner
FileHippo
TechSpot
CNETDownload