Memaparkan catatan dengan label virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label virus. Papar semua catatan

Ahad, 28 Disember 2008

Tahun yang membanggakan - penjahat siber

Pengenalan
spyware, virus, trojan, phishing, fraud, fake/rough antivirus dan pelbagai lagi hal dalam dunia siber kini, pada tahun 2007 menunjukkan peningkatan jumlah penjahat siber profesional dan tahun 2008 menyaksikan "kebangaan" bagi mereka kerana boleh dikatakan terlalu biasa kini perkara itu berlaku. Sophos melapurkan bahawa 20,000 malicious software (malware) baru setiap hari dan pada tahun ini juga Symantec dan menyatakan sistem anti virus mereka melindungi pengguna daripada sejuta jenis virus. mengapa pekara ini terjadi?

2 Gelombang besar
ada dua gelombang yang menyebabkan virus ini dibuat. gelombang pertama adalah untuk memperbanyakkan lagi jenis virus yang sama tetapi varient yang berlainan. analogi yang paling mudah adalah ayam, ayam adalah satu spesis tetapi mempunya banyak jenis, secara komputernya dan dicampurkan dengan sains maka boleh ditulis begini

ayam.katek
ayam.daging
ayam.gajah (atau ayam.israil)
ayam.hutan

dan sebagainya. itu contoh paling mudah. so kalau diambil dalam bentuk virus, yang paling mudah dikenali di nusantara ini adalah Brontok (RontokBro, RontokBr dan pelbagai jenis nama lain) yang mempunya jenis;

Brontok.A, Brontok.B, Brontok.C, Brontok.D, Brontok.F, Brontok.G, Brontok.H, Brontok.I, Brontok.K, Brontok.Q dan jenis lain yang diambil daripada sejenis helang di Indonesia yang hampir pupus iaitu Spizaetus cirrhatus atau helang brontok seperti gambar dibawah.



dan gelombang kedua adalah mereka yang berniat untuk mengambil keuntungan dan data daripada mangsa. sama ada daripada spam, backdoor, trojan downloader mahupun botnet. dan ini juga adalah masalah yang paling besar perlu dihadapi oleh pengguna komputer pada zaman ini.

Masalah Bug
jika dirujuk kembali post yang lepas, yang berkaitan dengan Internet Explorer (IE) mempunyai lubang yang membolehkan dimasuki oleh penjahat dan pelbagai lagi masalah yang menimpa kerana bug didalam sesuatu program. untuk lebih memahami masalah IE dan lubang tersebut rujuk - Peperangan Teramat: Browser War.

Kesimpulan
tahun 2008 dikatakan sebagai tahun yang membanggakan bagi mereka, jadi apakah langkah pengguna dan pembuat program terutamanya antivirus dalam menghadapi masalah ini pada tahun 2009 kelak? semoga berjaya menempuhi tahun 2009 :)

dan semoga anda tidak menjadi mangsa seterusnya, kerana sekuriti itu bukannya produk tetapi sebaliknya adalah proses (security is not a product, it's a process)

Sumber Rujukan
BBCNews - 'Boom Year' for hi-tech criminals
BBCNews - US shut down 'scareware' sellers
BBCNews - Q&A: stay save online
BBCNews - Zombie plague sweep the internet
NaturePhoto - Spizaetus cirrhatus
Vaksin.com - RontokBro menyerbu Indonesia: virus lokal kelas dunia yang memiliki SMTP sendiri
Wikipedia - Brontok
Wikipedia - Chicken

Rabu, 26 November 2008

Mac OSX tak kebal

Apple () Mac OSX tak kebal
sejak beberapa tahun kebelakangan ini
amat diuji dengan trojan demi trojan. 2006 - dikatakan tahun pertama Apple menerima kunjungan trojan pertama Mac OSX. Leap-A yang disebarkan melalui iChat. walaupun pada tahun 2004 ada satu trojan script yang bertindak sebagai MP3 script tetap serangan tersebut tidak dianggap sebagai ancaman.

Haloween 2007 - Sleepy Hallow Menyerang
lalu pada Haloween 2007 sekali lagi
Mac OSX diceroboh. diberi nama OSX.RSPlug.A, mencari maklumat pengguna dan password. modus oprandinya banyak terdapat di Windows (), anda perlu install codec untuk melihat sesebuah video. dan dari masa itu akan dijalankan program itu. tetapi
ironinya sumber codec tersebut daripada satu laman web lucah. itu sudah cukup membuatkan orang berjaga-jaga. walaupun begitu, intego tetap menganggapkan amaran yang tinggi kepada trojan ini.

pada tahun ini, 19 Jun.
Mac OSX sekali lagi diuji dengan AppleScript.THT trojan horse dan diberi amaran kritikal. dan pada bulan ini ada dua serangan Trojan kepada Mac OSX, 19 November & 24 November.

pada 19 November Lamzev-A menyerang pengguna
Mac OSX dengan membuat backdoor. modus operandi yang sama, sebagai codec dan jugan game. tetapi dikatakan bahawa backdoor tool tersebut terlalu teruk dan tidak
berguna sama sekali.

pada 24 November, OSX.RSPlug.D mencuba untuk memasuki
Mac OSX, modus operandi yang sama dengan varient yang lainnya, install codec untuk
melihat video. tetapi dengan tambahan iaitu seperti trojan downloader
di Windows, dan membuka backdoor untuk memberi laluan kepada Trojan
yang lain untuk masuk.

konklusi
daripada kajian sekejap ni menunjukkan tak la kebal pun Mac OSX seperti mana kata orang ramai. tapi kerana 1 sebab utama yang menyebabkan
Mac OSX dikatakan kebal.
-
Mac OSX kurang pengguna berbanding Microsoft () , so kurang pengguna, kurang mangsa, kurang mangsa kurang keseronokkan dan kepuasan pembuat virus. tetapi kini Apple juga telah mula meningkat penggunanya dan ini membuatkan Apple perlu berjaga-jaga dalam isu security

TheRegister - 'First' Mac OSX Trojan sighted
TheRegister - lame Mac trojan limps into view
SecurityFocus - OSX Trojan appears
WiredGadgetsMac - OSX Trojan Horse is a nag
macnn - Trojan horse targets Mac OSX
Intego - Intego Security Alert - October 31, 2007
Intego - Intego Security Memo - November 18, 2008
ArsTechnica - RSPlug.A Mac OSX trojan: a new thread, but sky is not falling
AppleSlashDot - Fake Codec is a Mac OSX Trojan
SecureMac - AppleScript.THT Trojan Horse
CNETNewsD3f3ns31nD3pth - Mac OSX Trojan reported in the wild
MacWorld - Firms discover Trojan Horse targeted at Mac OSX
TechSpotITSecurity - Mac OSX targeted by Trojan posing as codec
ComputerWorldBlog - Mac OSX: vulnerable to new Trojan
ZDNet - Mac OSX targeted by Trojan and backdoor tool
ITWeb - Apple Trojan discovered

Isnin, 17 November 2008

Subject : I Love You

Vírus I Love You inspira filme asiático
Lembra o vírus I Love You, que infectou milhões de PCs em 2000? Ele virou um filme, que não estreou mas já causa polêmica.

jangan betulkan screen monitor anda
ini blog AMBNaC Bahasa Malaysia, bukan Bahasa... Latin kot

ha paham? K pun tak paham jugak.. tapi dapat la tangkap sikit2
ni K punya traslate ek kalau salah padan la muka

Virus I Love You ilham kepada filem asia
tahukan anda virus I Love You, telah menjangkiti berjuta juta PC pada tahun 2000? bagi pengiat filem ini merupakan cetusan idea yang menarik

ok setelah dihentam oleh K secara sedap hati je.. K pun tengok la site lain yang K boleh paham tulisan mereka. dan tak jumpa.. yang K jumpa adalah IMDb () je

mengikut , Subject: I Love You ini adalah filem yang sedang dibuat. daripada Filipina (ok la tu, Filipina pun ramai buat virus hebat2). dijangka ditayangkan pada tahun 2009.

Director & Writer - Francis dela Torre
genre - Romance

so siapa yang hidup pada zaman 2000 (hidup disini bermaksud menggunakan komputer) sila la jenguk cerita ni nanti ek

Subject Attachment from
InfoPlantao: Vírus I Love You inspira filme asiático
IMDb : Subject: I Love You (2009)

Jumaat, 31 Oktober 2008

To All Facebook User

aku ada benda nak share ni, korang mesti suke..
aku nak bagi hadiah.. sebab aku tak guna Facebook (), so aku suruh kawan korang yang bagi.

aku bagi video.
tapi sori la.. coder tu korang kene download la. sebab coder dia aku yang buat sendiri.
emm macam ni la aku tunjuk gambar ek.



haaa macam ni.. korang nak tengok, korang kene ada codec tu... sebab ni codec baru, aku yang buat. khas untuk pengguna . aku buat codec ni sebab aku rasa flash punya codec lambat la nak streaming. ni cara baru. aku nak test.. kalau korang nak tengok video ni korang kene download codec dulu la.. nanti ada popup gini tau. korang install codec ni skali je, pastu memang pantas gila babi punya steaming. kalah flash.. tapi untuk je la sekarang ni. aku just nak test.



korang tekan, "continue" nanti dia akan install codec tu dan walla korang boleh tengok, siapa lagi pantas, guna flash ke guna codec baru aku ni. hahahah kompem aku kata aku menang la..

dan aku guna streaming guna google (
) link la.. kalau link sapa2 nanti korang tak mahu lak caya kat aku kan.. so aku guna link daripada , aku guna Picasa. ok ek? korang kalau dapat message ada video tu tengok la tau. best dan laju.. support barang malaysia tau.. sebab ni aku yang buat.



end message
from : Trojan Maker

so, korang percaya tak kata2 aku kat atas ni?
kalau korang percaya, dan korang buat apa yang disuruh, maka itu aku mewakili trojan maker mengumumkan, sistem korang dah dimasuki trojan yang dibuat khas untuk

daripada
CNETNews : Facebook worm feeds off Google reputation
TechSpot : Facebook worm hides amongst Google pages

Rabu, 29 Oktober 2008

so7.exe [tidak bahaya cuma menyinga]

fuh 2-3 hari ni main post2 panjang la. emm kali ni nak cakap pasal so7.exe. ini bukan sheila on seven ek. ni satu malawey (malware) mana tah. hadiah daripada kawan2. thanks korang. aku suka dapat hadiah.

dulu suka jugak main malware apa semua ni, tapi sekarang sudah hilang minat ke arah itu. so, apa boleh buat, once again the monster must be awaken.

description of my lappy (laptop)
Compaq Presario V3412TU
Microsoft (
) Windows () XP Profesional SP3
Intel (
) Core Duo 2Ghz
120GB HDD
2GB DDR2 RAM

so, wat happen, my Avira Premium scan sumthing fishy bout da script. and dia pun cakap la kat aku, monolog **weh, ni virus ni** aku pun apa lagi terus ku hantar script tersebut ke avira lab (sebab avira kesan benda ni berdasarkan heuristic bukan database) bila dapat report, dia kata.... broken file but malware.. hummm macam mana boleh broken.

restart, ada satu benda masalah, popup oleh avira mengatakan benda tu ada lagi.. humm macam mana ni. try guna spybot s&d 1.6 (
) ... -ve, dia hanya tulis : "congratz, ur system clean". apa punya spybot.

tanya kawan aku, shahrir: GVR developer. aku bagi satu link yang benda alah ni pergi secara diam2 untuk download. tapi aku dapat kesannya, sori la beb.

so, jalan terakhir, Malwarebytes' (
) free edition. update, scan.. fuhhhh vundo dikesan. restart.. beresssssss

thanks


check guna hijackthis (
) , clean n clear

Jumaat, 17 Oktober 2008

30 Juta Mangsa Antivirus

antivirus? kenapa mangsa?
bukan antivirus tu untuk membantu pengguna halang daripada virus? emm tapi tak semua antivirus itu betul-betul mahu membantu pengguna, ada yang menggunakan pengguna kembali menggunakan "reverse psycology" untuk mendapat keuntungan. rujuk
Antivirus 2008/2009 & Smitfraud. cukup menjelaskan apa itu antivirus yang "jahat" (lebih dikenali dengan nama BadAware)

daripada arstechnica
mengatakan 30 juta orang telah terkena penipuan yang dilakukan mereka ini. bagaimana? banyak caranya. daripada cara paling basic (popup) serta link lutsinar (hidden link) anda sekarang dalam bahaya. mungkin install secara anda tidak sedar. mungkin juga percuma, murah dan hebat, rujuk
RegistryCleanerXP yang menunjukkan janji penipu sehingga microsoft (
) "bertindak" menyaman syarikat terbabit kerana membuat penipuan. dan tidak kurang juga mendapatnya daripada P2P sharing.

tidak menjadi mangsa seterusnya?
gunakan antivirus yang original, dan diakui keberkesanannya. tidak semestinya yang free itu tidak hebat. tidak semestinya yang berbayar itu hebat. bergantung kepada kita sendiri. banyak sebenarnya antivirus lokal yang membantu kami dalam bidang troubleshoot dalam membaiki system, rujuk
GeekzVirusRemover 4.1

jangan main tekan je
dekat mana-mana email yang tak korang kenal, yang bukan familiar datangnya, yang popup pun jangan main blasah je tekan. so selamat menggunakan internet sebaiknya dan semoga anda selamat.


source
arstechnica :
Fake antivirus programs claim 30 million victims

Sabtu, 11 Oktober 2008

RegistryCleanerXP - update

lappy anda berat? selalu crash? internet rasa macam slowwwww je?
ni solutionnya. gunakan RegistryCleanerXP. satu software yang hebat, boleh menghapuskan segala masalah anda di atas dengan mudah. dapat mencari masalah yang tidak dapat dicari oleh software lain. engine scanner yang hebat. dah ramai menggunakannya, diiktiraf oleh microsoft (
) sendiri dan bill gates sendiri ada mengatakan bahawa system ini amat bagus. betullll tak percaya gunalah..

anda percaya?
kalau anda percaya dengan apa yang saya katakan diatas ini tadi, anda dalam keadaan bahaya, kerana? itu lah yang dikatakan sebagai "silver bullet situation" satu software yang kata diorang boleh buat macam2 yang bagus, hebat gila. tapi sebenarnya hampeh. so apa yang hampehnya?


RegistryCleanerXP
apa benda alah ni sebenarnya? mengapa dipopularkan oleh K pagi ni? kerana ni mereka katakan didalam testimonial mereka sendiri.
<-- mungkin tak berapa jelas. apa yang K tulis pada 3 ayat pertama tadi sama erti dengan perkataan disini dan ini interfacenya
dan bila discan akan keluar begini


dan yang seronoknya,
mengeluarkan "pendapat" mereka yang sebenar, mereka mahu memberi "saguhati" kepada pembuat software ini, mahu menyaman mereka. kerana? memberi "false error notice" kepada pengguna. so, bersedia je la masuk mahkamah yang kompem software ni kalah

apa itu "fasle error notice"?
itu adalah satu cara untuk software ni tipu dan cari pelanggan, macam mana? anda scan, dan dia kata 47 system error (fuh kene baiki ni <-- kata anda) anda pun tekan butang
dan dia suruh bayar.. cezzzz

so dari situ lah dia tipu dan dapat pelanggan

kalau tak paham kato yo. nanti sosek lak. thanks for suki sebab kata dia tak paham.. wahahaha

source
TechSpot : Microsoft sues makers of RegistryCleanerXP
Threat Center : RegistryCleanerXP

Ahad, 21 September 2008

NeverEnding Battle : Antivirus Wars

agenda
fuh.. dah penat buat pasal browser war.. now kita pergi ke dunia yang lain. dunia yang lebih dilihat tidak akan habis battle mereka. tidak akan habis diperkatakan. dan semakin hangat dimana-mana forum site. seantero dunia memperbincangkan perkara ini. mengapa? kerana virus semakin bijak mengenakan pengguna. antivirus () penyelamat mereka.

berlambak
banyak site yang memberi statistik terbaru kepada pengguna dunia, tidak kurang juga yang "sesat" kerana mereka lebih berat sebelah. tidak kurang juga yang menipu. memberi top review kepada yang membayar mereka. pelbagai jenis telah dikeluarkan. tidak kurang juga yang fail dan tidak dapat diteruskan. contohnya: Windows (
) One Care Live () yang telah diberhentikan kerana kurangnya permintaan oleh Microsoft () daripada pengguna sendiri.

mana review site yang digunakan
ada banyak review site diinternet. antara yang terbaik adalah, VBNews (
). tetapi malangnya mereka meminta sedikit bayaran untuk usaha mereka. so, kita pergi yang free punya. antara yang K guna adalah; Top Ten Reviews () dan VBuletin () sama juga macam tapi yang ni tanpa review penuh just table je. dan segala ayat dan statistik yang ditunjukkan didalam ini bukanlah maknanya K review paling tepat. tetapi hanya sekadar statistik.

terlalu subjektif
dari pandangan mata K sendiri, terlalu ramai yang bertanya perkara ini sehingga, berperang pula hendak mengatakan A ni bagus, yang N ni tak hebat, K ni mahal, B ni lambat detect dan sebagainya. memang kita mahu yang terbaik tetapi tidak dikatakan terbaik tetapi cuma sekadar terhangat. maksud K, kita mengatakan A itu baik kerana dia terhangat di tempat kita. ramai yang gunakannya. secara spontan, ini bagus. tetapi apakah yang melayakkan A itu menjadi yang terbaik? adakah itu juga terbaik buat kita? mengapa tidak B, N dan banyak lagi di muka bumi ini? soalan begini harus diteliti dari beberapa sudut.

free atau berbayar?
kini wujud pelbagai jenis di pasaran ada yang berbayar, bahkan ada yang free. di Malaysia () kini kehadiran pekej yang boleh dianggap murah untuk pelajar (golongan sasaran) banyak ditawarkan. contohnya, Kaspersky [kas-per-ski : Russia () pronounsation] () yang berasal daripada memberi banyak peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pakej yang murah dan tidak perlu lagi untuk mencari key key cetak rompak yang menyusahkan kembali pelajar tersebut. untuk 2009, hanya kurang daripada RM40 setahun yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk mendapatkan lesen daripada . tetapi ada juga yang memberi secara free. seperti Avira (), AVG () & Bitdefender (). tetapi ada kebolehan yang telah dikurangkan seperti pertahanan daripada Spyware, Email Shield malahan realtime scanner. ada yang mengatakan bahawa yang free sudah cukup kerana sama sahaja. ada yang tidak mahu mengambil risiko lalu membeli lesen. tetapi, mana yang patut? free atau berbayar.

sebenarnya tidak berapa penting. asalkan itu diupdate. tetapi kebolehan sesuatu itu mengesan entiti asing didalam sistem anda adalah berlainan. kelemahan dan kebolehan sesuatu memang dipersoalkan. ada sesetengah yang mengesan sesuatu fail itu sebagai virus tetapi tidak bagi yang setengah yang lain. mengapa?

database
mengesan sesuatu berdasarkan database yang mereka ada. seperti database pelajar di universiti, sekolah anda dahulu. jika tiada nama tersebut, maka sistem tidak dapat mengeluarkan data tentang pelajar tersebut. demikian halnya dengan antivirus. jika fail V itu tidak berada didalam database virus A, maka A tidak dapat mengesan fail V itu adalah virus. sehingga database itu diupdate. disitu kegunaan update.

antivirus apa yang hendak diguna?
seperti K katakan diatas tadi. itu adalah soalan objektif. kerana? amat sukar hendak mengetahui yang mana paling bagus. kerana yang bagus pada hari ini belum tentu bagu untuk akan datang. maka itu tiada satu jawapan yang tetap. K hanya boleh berikan antara yang terbagus sahaja.

antivirus cadagan?
huiks, tak sabar sungguh. ok, K cakap, iniantara cadagan K adalah,
2009. kerana bagi K, ini adalah versi yang terbaik daripada mereka. dan 7 sebenarnya adalah sebagai percubaan dan 8 pembaikkan. 2009 adalah yang terbaik.

2008, bitdefender terkenal dengan database mereka yang besar dan merupakan terbaik untuk menangani virus. tetapi dahulu bitdefender ini terkenal juga dengan scanner mereka yang lambat. mungkin kerana database mereka yang besar, tetapi masalah itu telahpun di betulkan dan 2008 mungkin menjadi pilihan anda. free edition tidak digalakkan kerana free edition tidak mempunyai scanner realtime.

jika anda mahukan seperti yang K pakai, K pakai . hehe.. tapi K pakai free edition je la.. y? tak mampu la.. dan fungsi dia dah cukup ok dah setakat nak buang virus. tapi kalau spyware. K guna third party lain. kerana free edition tak ada spyware scanner.

antara yang lain yang bagus adalah Nod32 (), AVG 8 () & Norton 360 v2 ()

Source:
Top Ten Review : Antivirus
Virus Buletin : Antivirus Review