Memaparkan catatan dengan label troubleshooting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label troubleshooting. Papar semua catatan

Isnin, 29 Disember 2008

[Ubuntu] $HOME/.dmrc - access denied

Pendahuluan
humm kata orang kalau tak kene batang idung sendiri tak best la... haa K dah dapat satu ilmu baru hari ni :)

$HOME/.dmrc - access denied
pagi tadi terasa nak restart my lappy, dan masa login balik macam ada benda yang pelik berlaku, ada popup mengatakan bahawa $HOME/.dmrc akan diabaikan kerana tidak dapat dimasuki kerana tiada kebenaran. pelik pulak.. apa pasal boleh jadi begitu. K pun teruskan search menggunakan Google untuk mencari solution.

dan akhirnya K jumpa ada beberapa site yang ada solution ni, K masuk blog mihirknows dan K dapat satu solution. tapi keluar error di terminal yang menyebabkan K sedikit buntu.. kenapa boleh jadi macam ni. apa yang silap.. macam ada benda yang silap tapi comment bawah tu semua kata OK, Good Solution dan sebagainya..

akhirnya K maleh nak pikir, bukak Cari, tanya dekat situ (dengan internet yang begitu tenat). dan RedMage dah balas~ dengan dua solution, satu dari mihirknows dan satu lagi daripada rudikismo. K tengok ada sedikit perbezaan antara kedua command mereka.. baru K dapat apa sebab keluarnya error dalam terminal tadi :)

mihirknows mengatakan:
sudo chmod 644 /home/xx/.dmrc
sudo chown xx/home/xx/.dmrc
sudo chmod -R 700 /home/xx
sudo chown -R xx/home/xx

dan rudikismo memberi jawapan;
sudo chmod 644 /home/[username]/.dmrc
sudo chown [username] /home/[username]/.dmrc
sudo chmod -R 700 /home/[username]
sudo chown -R [username] /home/[username]

Perbezaan yang nyata
perbezaan utama antara dua jawapan ini adalah, untuk sudo chown,
rudikismo memberi jawapan, ...[username] /home... tetapi mihirknows memberi jawapan ...xx/home...

nampak perbezaan antara kedua itu? username untuk
mihirknows tidak diasingkan daripada directory. tetapi diasingkan oleh rudikismo yang menyebabkan berlakunya error untuk cara mihirknows
chown [username] 

Kesimpulan
masalah selesai lepas K restart. fuh.. satu masalah berjaya diatasi

Sumber Berkaitan
RudiKismo - $HOME/.dmrc error message on Ubuntu 7.04
MihirKnows - $HOME/.dmrc file is being ignored solved Ubuntu

Rabu, 29 Oktober 2008

so7.exe [tidak bahaya cuma menyinga]

fuh 2-3 hari ni main post2 panjang la. emm kali ni nak cakap pasal so7.exe. ini bukan sheila on seven ek. ni satu malawey (malware) mana tah. hadiah daripada kawan2. thanks korang. aku suka dapat hadiah.

dulu suka jugak main malware apa semua ni, tapi sekarang sudah hilang minat ke arah itu. so, apa boleh buat, once again the monster must be awaken.

description of my lappy (laptop)
Compaq Presario V3412TU
Microsoft (
) Windows () XP Profesional SP3
Intel (
) Core Duo 2Ghz
120GB HDD
2GB DDR2 RAM

so, wat happen, my Avira Premium scan sumthing fishy bout da script. and dia pun cakap la kat aku, monolog **weh, ni virus ni** aku pun apa lagi terus ku hantar script tersebut ke avira lab (sebab avira kesan benda ni berdasarkan heuristic bukan database) bila dapat report, dia kata.... broken file but malware.. hummm macam mana boleh broken.

restart, ada satu benda masalah, popup oleh avira mengatakan benda tu ada lagi.. humm macam mana ni. try guna spybot s&d 1.6 (
) ... -ve, dia hanya tulis : "congratz, ur system clean". apa punya spybot.

tanya kawan aku, shahrir: GVR developer. aku bagi satu link yang benda alah ni pergi secara diam2 untuk download. tapi aku dapat kesannya, sori la beb.

so, jalan terakhir, Malwarebytes' (
) free edition. update, scan.. fuhhhh vundo dikesan. restart.. beresssssss

thanks


check guna hijackthis (
) , clean n clear

Sabtu, 11 Oktober 2008

RegistryCleanerXP - update

lappy anda berat? selalu crash? internet rasa macam slowwwww je?
ni solutionnya. gunakan RegistryCleanerXP. satu software yang hebat, boleh menghapuskan segala masalah anda di atas dengan mudah. dapat mencari masalah yang tidak dapat dicari oleh software lain. engine scanner yang hebat. dah ramai menggunakannya, diiktiraf oleh microsoft (
) sendiri dan bill gates sendiri ada mengatakan bahawa system ini amat bagus. betullll tak percaya gunalah..

anda percaya?
kalau anda percaya dengan apa yang saya katakan diatas ini tadi, anda dalam keadaan bahaya, kerana? itu lah yang dikatakan sebagai "silver bullet situation" satu software yang kata diorang boleh buat macam2 yang bagus, hebat gila. tapi sebenarnya hampeh. so apa yang hampehnya?


RegistryCleanerXP
apa benda alah ni sebenarnya? mengapa dipopularkan oleh K pagi ni? kerana ni mereka katakan didalam testimonial mereka sendiri.
<-- mungkin tak berapa jelas. apa yang K tulis pada 3 ayat pertama tadi sama erti dengan perkataan disini dan ini interfacenya
dan bila discan akan keluar begini


dan yang seronoknya,
mengeluarkan "pendapat" mereka yang sebenar, mereka mahu memberi "saguhati" kepada pembuat software ini, mahu menyaman mereka. kerana? memberi "false error notice" kepada pengguna. so, bersedia je la masuk mahkamah yang kompem software ni kalah

apa itu "fasle error notice"?
itu adalah satu cara untuk software ni tipu dan cari pelanggan, macam mana? anda scan, dan dia kata 47 system error (fuh kene baiki ni <-- kata anda) anda pun tekan butang
dan dia suruh bayar.. cezzzz

so dari situ lah dia tipu dan dapat pelanggan

kalau tak paham kato yo. nanti sosek lak. thanks for suki sebab kata dia tak paham.. wahahaha

source
TechSpot : Microsoft sues makers of RegistryCleanerXP
Threat Center : RegistryCleanerXP

Selasa, 7 Oktober 2008

Bila Kali Terakhir Anda...

bila kali terakhir anda... bersihkan PC anda??

sebulan lepas? setengah tahun lepas? setahun lepas? 2 tahun lepas? tidak pernah sejak beli 5 tahun lepas?

adakah anda tahu apa yang ada didalam box PC >>> anda itu?
tah tah ada katak kot.. tak pun tikus dah bersemayam dalam tu dah.. wakakkaka..
kenapa? tak percaya? logik tau.. kenapa? try tengok gambar bawah ni..

komfem korang percaya kata K nanti



fuh... ni kira tebal ke ek? tak la.. ni sikit baru.. NEXT~~


fuh.. tebal tolll cover benda ni.. tak berapa lama tah


fuhh heat sinki.. seinci tu


ni pun seinci jugak..

tapi yang korang tengok sini, semua habuk je.. tapi logik tak kalau ada binatang dalam tu? logik dan logik. komfem. sebab pernah ada kes memang ada cicak dalam tu, tikus pun ada. so, kalau korang tak mahu ada binatang dalam ni, cuci la habuk tu semua..

p/s: tu alasan untuk makam awwam la (ceh macam tasawwuf pulak) kalau makam tinggi sikit, akan tahu kenapa effect habuk tu ganggu performance komputer anda kalau anda nak tahu, komen la dalam ni, nanti K buat

Source
WackyArchive : Never Clean PC

Rabu, 17 September 2008

Hidden or Disable by Administrator

anda baru je bagi member pinjam lappy (laptop) anda kepada member, walaupun hati kata jangan..... tapi member~ kalau tak bagi.. nanti dia akan kata: "gini ke member". dia pulang balik, anda tengok... lambat la lappy aku.. tak pe aku tengok task manager dulu..
wallaaaaaaaa~ task manager (ctrl+alt+del) tak leh kuar... dia kata "has been disable by the administrator"

perghhhh hangin ni..... lepas tu tengok pulak folder option, ilang jugak~~ tak pe tak pe.. korang tahu macam mana nak guna registery editor (regedit)... korang bukak start/run
korang tekan je enter.... benda ni kluar


hummm korang pun kata la kat kawan korang tu, "mekasihhhhhh~~". dalam kebuntuan tu dan otak fikir nak format je.. tiba2 satu sinaran dikepala tiba-tiba muncul (mentol dekat atas kepala) kata orang, Google (
) is everything. emm tah macam mana korang boleh terpaut dengan nama blog aku ni dan korang pun masuk~~~

dan ini lah yang aku boleh bagi kat korang.

kenapa disable?
sebenarnya benda tu boleh jadi korang yang setting (dan korang lupa) ataupun memang script yang buat jadi gitu. apa yang dia buat? dia telah mengubahkan kebolehmasukkan (access) daripada boleh (able) kepada tidak (denied). ada banyak cara untuk elokkan perkara ini. dan aku akan tunjukkan benda yang paling tak challenging la orang kata. sebab aku tahu korang pun bukan hebat pun.. kalau tak, korang takkan bagi punya lappy kesayangan tu kat member (cadangan gurauan semata-mata).

so apa korang boleh buat?
emm pada pendapat aku la.. korang kene buang dulu virus tu.. sebab kalau tak, tak ada gunanya.. korang buat hari ni, esok masuk balik. buang masa. so, update antivirus kesayangan korang, scan. tu paling bagus. dan scan, baru la korang teruskan pembacaan dibawah

dah buat dah?
cepat gila...... takpe takpe.. emm korang dah buang virus tu (aku anggap la). dan skarang, korang just nak betulkan balik je apa jadah yang diubah tu. ok cara aku satu je kat sini.

GVR - Geek Virus Remover
haaaaa aku tahu korang bukan buang lagi pun virus tu... korang baca je apa aku tulis ni.. ok sekarang korang download GVR ni kat link [sini] dan lepas orang install tu, korang scan, buang apa patut.. ok? ops lupa.. ken update dulu av tu.. sebab av yang tak update macam ko ada ubat aids tapi ko tak guna/tak bagi orang lain guna. so tak de siapa dapat manfaatnya. ops lupa nak kata. bijak pandai yang buat GVR ni anak tempatan. support la barangan tempatan ya.

lebih lanjut disini -> adamasalahbarunakcari : GeekzVirusRemover v4.1



korang guna dia punya registry repair.. tool/registry repair dan try tengok.. dah ok ke tak? rasanya ok dah kan?

kalau ok..... apa lagi tepuk la tangan... korang dah berjaya baiki sendiri tu.. takyah format.. mahal lak tu format.

konklusi
so kalau korang rasa aku bagi ni tak cukup bagus. maksud aku cara aku tak challenging, sebab korang nak lagi thrill (orang muda sekarang..) korang masuk sini, jumpa buddy aku,
SukiPrattles - show hidden files and task manager disable,what to do?.

sebab kadang-kadang kita tak faham seseorang bagi ajaran, tapi orang lagi satu kita faham... so.. lawat la ke blog member aku tu ek.. supaya ilmu tu pelbagai dan dapat digunakan dalam banyak situasi. contohnya, masa tu korang tak ada net, dan kawan aku tu ada untuk buat dalam offline. aku ajar nya jenis online je.. sebab aku tak reti.. dia buat post tu baru aku tahu.. oooo macam ni pun boleh.. wakkakaka (teruk tol aku ni)

biar banyak caranya jangan banyak dalihnya

Selasa, 16 September 2008

Repeating Boot Screen

fuhh setelah penat mencari cara bagaimana hendak menembusi fail windows menggunakan linux, akhirnya dapat juga..
ada satu client ni, lappy baru je beli. dah tak leh masuk windows. problem dia, boot screen yang ada logo windows besar tu berulang sahaja disitu tanpa masuk ke logon screen.
jangkaan K adalah, winlogon dia corrupt. so how me to get into windows files dan tukarkan fail winlogon sakit tu kepada winlogon yang elok. its challenge! (buat K la, sebab 1st time buat)

status pesakit: repeating boot screen w/o enter logon screen
status doktor: noobs dalam buat benda gini (wakakkaka)
status peralatan: windows xp cd tak ada. yang ada tak ada repair function, tak ada repair console. fuh.. amat tertekan
status peralatan alternatif: liveCD ubuntu, liveCD knoppix, liveCD kubuntu, liveCD debient

akhirnya setelah berhempas pulas.. masuk cd knoppix, try masukkan winlogon dalam system32 fail, gagal.. gagal memecah masuk sistem keselamatan. denied.. emm baca lagi.. dia kata kene ada previlage. macam mana ek.. buntu abis dah. akhirnya.. panggil yang pakar (jangan malu bertanya) my friend megahacker. just nak tahu how to enter the windows system file.

dia bagi satu cara (siap ajar lagi) liveCD fedora sebagai "peralatan alternatif kecemasan". kenapa guna fedora? sebab K tak berani guna knoppix.. walaupun cara dia sama je.. wakakkakaka.. tapi tak reti pulak nak cerita sini.. nanti la bila dah ada gambar.. dah molek semua.. baru la K tunjuk balik. for now the conclusion is.

linux rule~~~

Sabtu, 13 September 2008

Open With....

abstrak
open with sebenarnya adalah untuk Windows (
) memberi "peluang kedua" kepada user sendiri memilih bagaimana sesuatu itu perlu dibuka. kerana tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut.

open with terjadi pada drive.
pernah anda mengalami keadaan seperti ini?

gambar 1

acapkali mungkin. mengapa terjadi sedemikian? ada yang mengatakan, fuh itu virus. format je la. ada pulak mengatakan, guna la sekian-sekian antivirus, removal dan sebagainya. tetapi. benda dah berlaku, apa boleh buat. takkan nak format? fuh mudah mengatakan "format". tetapi bukan mudah melaksanakannya.

so apa boleh buat?
emm ada beberapa cara untuk memperbaiki perkara ini. tetapi elok kita selidik dahulu mengapa dan kenapa perkara ini berlaku. pelikkan? tak. kalau kita tidak tahu sure pelik, tapi kalau tahu, senang je.

konsep autorun didalam
.
sebenarnya tugas autorun adalah untuk memudahkan pengguna, tidak perlu masuk kedalam my computer dan sebagainya. so bagaimana autorun ini membantu? pengguna hanya perlu menunggu sahaja windows menggunakan kepandaiannya dalam memilih program apa yang sesuai dengan anda. tetapi.. ada masalahnya

masalah berbangkit dengan penggunaan autorun
kebanyakkan script sekarang amat suka menggunakan autorun sebagai agent pertama yang pergi ke sistem anda. serupa spy la. masuk jajahan anda. dan line clear, virus pun masuk berduyun-duyun. kenapa terjadi demikian?

gambar 2 (berbeza kepada setiap kes)

script di gambar 2 menerangkan segala-galanya. tentang apa yang berlaku. bagi contoh diatas, autorun tersebut "disuruh/diarahkan" menjalankan fail virus tersebut. password_viewer.exe, itu adalah fail virus tersebut. jadi semasa windows mula menjalankan program autorun, script ini terus menjalankan fail virus tersebut. yang menjadi mangsa disini adalah pengguna. kerana pengguna tidak mengetahui bahawa virus telahpun masuk didalam sistem mereka.

Bagaimana untuk membetulkan perkara ini?
terdapat 3 cara yang K tahu. berdasarkan pembacaan dan experiment sendiri, tetapi hanya 2 akan ditunjukkan. kerana 1 lagi menggunakan command prompt (CDM). dan agak sukar untuk yang mahu mempelajari dari bawah. so kita guna 2 benda yang senang je dulu.
  1. menggunakan flash disinfector
  2. menggunakan chkdsk
  3. ** untuk yang mahu mempelajari menggunakan CDM, Rakan saya boleh mengajar anda di My Buddy : GoCoders - how2.0 fixing double click problems in your drive **
menggunakan flash disinfector
cara ini adalah yang paling mudah, senang dan user friendly kerana tidak memerlukan kehebatan mahupun sedikit ilmu tentang komputer.
  • download flash disinfector --> [tekan sini untuk download]
  • double klik pada icon flash_disinfector.exe
  • seharusnya paparan ini akan keluar. tekan butang "ok" untuk teruskan
  • mungkin, atau mesti. screen anda akan kelihatan blank (kosong) untuk sementara waktu. selepas habis, program akan mengeluarkan dialog yang menyatakan sudah siap
  • cuba masuk kembali dalam drive anda, insyaAllah sudah boleh
  • tahniah anda baru sahaja membaiki drive anda sendiri tanpa format
mengunakan chkdsk (gui version)
sementara meneruskan cara ini, hendak diterangkan dahulu apa itu chkdsk mahupun gui. chkdsk itu adalah "check disk". program yang dibangunkan oleh microsoft sendiri untuk check sama ada drive anda ada masalah dengan system file. dan gui adalah, graphical user interface. mengapa gui? kerana K ada satu lagi solution yang melibatkan command prompt (cmd). so, jika dah faham apa itu chkdsk dan gui, kita ke stage seterusnya.
  • masuk drive bermasalah itu melalui address.
  • masuk folder option melalui, tools/folder option
  • buka tab "view" dan scroll hingga ke bahagian yang ditunjukkan tersebut
  • tukar bahagian "hidden files and folders" daripada status "do not show hidden files and folders" kepada "show hidden files and folders"
  • tukar status "hide protected operating system files (recommended) dari "tick" kepada "untick" dan process ini akan berlaku
  • tekan butan "ok" untuk menutup display tersebut
  • cari satu fail yang berlogo seperti yang ditunjukkan yang bernama "autorun" (selalunya ditulis setup information) kerana dia berextension *.inf, delete fail tersebut dengan bangga dan katakan didalam hati, "aku jumpa kau!!". tapi jangan riak, tak baik woooo~ :)
  • ok now, keluar balik ke my computer, right click pada drive tu dan ambil properties.
  • selepas properties dibuka, buka tab tools, dan tekan pada butang check-now pada bahagian error-checking.
  • tick pada bahagian "Automatically fix file system errors". mengapa perlu mengambil part ini? kerana autorun tersebut telah pun melakukan penukaran didalam system file drive anda. oleh sebab itu, system file untuk driver tersebut perlu dibetulkan kembali.
  • so, tekan ok.......... abis dah ke? ok, tekan je butang "ok" untuk tamatkan process itu.
  • cuba masuk kembali ke drive tersebut. ok tak? huhuhu.
  • anda telah sekali lagi berjaya membaiki drive anda tanpa format
kemungkinan yang berlaku sepanjang tutorial ini.
anda tidak menjumpai folder option
anda tidak dapat mengeluarkan hidden folder
dan lain lain yang tidak akan mengeluarkan ".... has been disable by administrator"

untuk itu anda dgalakkan untuk meneruskan perjalanan tutorial anda ke
my buddy : SukiPrettle - show hidden files and task manager
semoga "mereka" dapat menamatkan kerunsingan anda tersebut.

konklusi
kenapa perlu 2 cara? bukankah cara pertama lebih senang? mesti ada yang terfikir begitu. jika mereka memikir. sebenarnya didalam dunia ini ada banyak cara untuk menuju ke tujuan yang sebenar. selagi tidak menyimpang daripada tujuan asal. so, ni baru 2 cara. mungkin diluar sana mempunyai lebih banyak cara. so, belajar banyak cara tidak salah. tetapi tidak belajar mahupun 1 cara itu yang salah. kerana situasi yang berlainan akan mempengaruhi cara yang digunakan.

Source
ini juga adalah pengolahan semula daripada blog K yang asal. [klik sini untuk melawat]. dan K tambahkan lebih penerangan daripada yang lepas. dan akan menambahkan lagi cara-cara yang lain. dan doakan semoga K berjaya dalam misi blog ini.

semoga memberi sedikit ilmu kepada semua.