Tarikh Keluaran Artikel: 11 April 2009BumpTopApabila diperkatakan tentang pengurusan ruang kerja atau kata lainnya desktop terdapat pelbagai cara yang menarik perhatian. Jika Linux terkenal dengan multi-ruangkerjanya yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk orang yang tahu menggunakannya, kini tiba satu lagi cara baru, yang dahulunya hanyalah satu prototaip, iaitu BumpTop.
Ruang Kerja 3D
Idea asalnya adalah untuk memberikan sistem pengurusan ruang kerja yang lebih efisian dan juga lebih realiti kepada pengguna komputer. jika dahulu hanya satu ruang kerja yang landai dan begitu membosankan jika terlalu penuh, kini cara tersebut dapat diubah dengan lebih cantik dan tersusun. Idea tersebut dibahagi kepada empat tunjang utama.
Pengurusan
Siapa yang mahu melihat sesuatu ruang kerja yang bersepah dan seringkali menjadikan ruang kerja kurang menarik dan berserabut. Oleh itu BumpTop mengatakan bahawa mereka mampu untuk menjadikan ruang kerja ada lebih terurus. Seperti didalam gambar, anda mampu untuk menyatukan semua perkara yang sama menjadi satu "tiang" dengan kata lain dikumpulkan bersama dan tidak berterabur. Kerana didalam kehidupan sebenar, semua file yang berkaitan akan dijadikan bersama, supaya mudah untuk dicari pada masa akan datang. Itu idea pertama.
Produktiviti
Apa bila sesuatu ruang kerja itu tersusun seraya itu juga produktiviti akan datang dengan sendirinya. Mudah untuk melihat fail yang diperlukan, mudah untuk membuat kerja seperti membuat salinan kepada pencetak, menghantar email, memasukkan fail kedalam storan luaran dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung produktiviti kerja akan dapat dinaikkan.
Grafik Antara Muka Generasi Baharu
Sekarang ini, kebanyakkan grafik antara muka (GUI) mempunyai satu persamaan, cuba untuk menjadikan GUI itu lebih realiti daripada segi grafiknya mahupun fiziknya. Oleh kerana itu juga BumpTop menggunakan cara tersebut untuk menjadikan BumpTop sesuatu yang kelihatan lebih benar. Bukan hanya satu aplikasi yang hanya mementingkan grafik semata mata. Ia juga menyokong multi sentuh.
Jaringan Sosial Yang Mudah
Facebook, Twitter dan Emel, perkara yang biasa didengari pada masa kini, dan telah menjadi tren kepada semua pengguna yang mengikuti tren. BumpTop menyediakan sesuatu yang menarik kepada mereka dengan menyediakan kemudahan intergrasi secara terus dengan jaringan sosial virtual tersebut. Dengan hanya perlu menolak (bump) sesuatu fail keatas (top) logo aplikasi tersebut, fail yang anda tolak tersebut akan terus berintergrasi dengan aplikasi tersebut. Mungkin daripada perkara ini nama BumpTop itu didapati.
Kesimpulan Dan Pendapat K
Jika K baca daripada atas hingga kebawah, seperti K sedang membuat promosi tentang aplikasi ini. Maka itu ingin dinyatakan disini bahawa K tidak menggunakan aplikasi ini atas beberapa sebab;
- Versi untuk Linux masih tiada. K menggunakan Linux Ubuntu
- Kad grafik. K melihatkan perkara ini memerlukan kad grafik yang kuat. K hanya mempunyai chipset sahaja.
- Tidak perlu. K tidak memperlihatkan aplikasi ini adalah perlu. K tidak suka meletakkan barangan di ruang kerja. Tidak bebas.
Tetapi K tidak mengatakan aplikasi ini tidak bagus, anda boleh mencubanya dengan memuat turunnya di [sini]. Nyatakan apa pandangan anda tentang aplikasi ini di ruangan komen. Selamat mencuba K ucapkan.
Rujukan
Brad, L. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. BumpTop: Do we really need a 3D Windows desktop?. Hiper-rangkai: www.downloadsquad.com
**Tajuk ini ditunda keluarkannya daripada pukul 12.00 kepada pukul 02.00 kerana memberi laluan kepada Conficker. Episod Khas
Tarikh Keluaran Artikel: 10 April 2009
Atas PermintaanDisebabkan ada permintaan untuk K beritahu pasal ni. K buat satu tajuk ringkas. Sekadar memberitahu. Kerana itu tugas K. Walaupun K telah katakan sebelum ini, K sudah muak dengan Conficker.Conficker Telah BangkitSeperti yang K katakan dahulu, pembuat virus ini tidak sebodoh mana, sudah semestinya dia menggunakan google trend untuk mengkaji terlebih dahulu. Itu yang paling mudah. Untuk mengukur sejauh mana kehangantan virus tersebut di mulut pengguna. Setelah sedikit reda, serangan kembali menjelma. Kini Conficker muncul lagi. Muncul untuk menambah jumlah mangsa daripada ++12 juta kepada puluhan juta mungkin. Taktik serangan ini menggunakan cara yang K gelar sebagai e-gerila.
e-Gerila
Didalam peperangan, cara yang paling sesuai untuk menyerang mahupun untuk mempertahankan diri daripada musuh yang terlampau kuat adalah dengan cara gerila. Tunggu, serang dan lari. Itu yang dilakukan oleh Conficker. 1 April masa yang tidak sesuai. Oleh itu serangan dihentikan sementara. Walaupun masih ada yang terkena.. Tetapi jumlahnya tidak banyak. Serangan kedua dilancarkan seminggu selepas 1 April. Masa yang sesuai. Kerana ramai pengguna yang hanya berjaga-jaga ketika diberi amaran. Sentimen di kepala, hanya ada satu virus, conficker. Yang lain antivirus yang uruskan. Itu digelar sebagai kejuruteraan sosial. Menggunakan kelemahan orang, keinginan orang, dan fikiran orang terhadap sesuatu untuk kegunaan sendiri. Disini perkara ini telah diteliti oleh pembuat Conficker.
K Pernah Menulis
"3 April 2009? 7 April 2009? Atau mungkin bila masa dirasakan sesuai." - [Artikel] Projek Conficker: Batal. Bagi K, ramalan K tentang perkara itu telah tercapai. Dan K anggapkan serangan kali ini bukan yang terakhir, Conficker akan datang lagi. Walaupun K bukanlah seorang pakar. Mungkin pada bulan hadapan ataupun 2-3 bulan akan datang. Bergantung kepada keadaan semasa. Serangan demi serangan. Dan K mahu katakan disini, bukan hanya conficker yang berlegar di dalam talian bahkan seluruh dunia. Bahkan ada yang menyerupainya dengan tujuan yang sama. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan dengan menjual antivirus tipu untuk sedikit wang ($49.99), satu perniagaan yang menguntungkan walaupun menipu. Matlamat menghalalkan cara. Seperti biasa, "security is not a product, it;s a process".
Perlu Atau Tidak
Mengapa perlu anda takutkan Conficker? Mungkin K tidak takut kerana K menggunakan Linux. Perlu atau tidak sehingga menubuhkan "Conficker Worm War Room" seperti yang dilakukan oleh WIRED. K merasakan, perlu dan juga tidak perlu. Mengapa perlu, adalah kerana untuk membantu mereka yang tidak tahu supaya tahu tentang perkara ini. Dan tidak perlu kerana, mereka hanya akan berhati-hati pada masa ini dan abaikan pada masa hadapan. Buang masa.
Lupa untuk mengatakan berita yang paling baik. Linux dan Macintosh tidak ada kaitan dengan perkara ini. Dan variasi yang terbaru ini dikatakan terlalu di kunci (encrypt) ketat sehingga tidak dapat dibuka oleh penyelidik agar dapat membaca kod puncanya. Yang terakhir, apa komen anda tentang cara baru penulisan K? Mungkin ada yang tidak perasan, penulisan kali ini K menggunakan format (agak) baru. Berbeza sedikit daripada format lama. Komen anda adalah dikehendaki.
Rujukan
Brian, P. (2009) Dikeluarkan pada 9 April 2009 Conficker Tries Its Hand at Extortion. Hiper-rangkai: www.pcmag.com
Frederic, L. (2009) Dikeluarkan pada 9 April 2009. It's Alive! Conficker Wakes Up - And Now It Has a Business Model. Hiper-rangkai: www.readwriteweb.com
Heather, W. (2009) Dikeluarkan pada 9 April 2009. Conficker updates and drops code on infected computers. Hiper-rangkai: www.gadgetell.com
Joel, H. (2009) Dikeluarkan pada 9 April 2009. Conficker self-updates, launches false infection alert. Hiper-rangkai: arstechnica.com
Justin, M. (2009) Dikeluarkan pada 9 April 2009. Conficker worm may come back, claim researchers. Hiper-rangkai: www.techspot.com
Tarikh Keluaran Artikel: 10 April 2009Mungkin Sudah TahuApa yang K mahu tunjukkan bukanlah satu perkara baru didalam blogspot. Sudah lama cuma mungkin ada diantara kita yang tidak tahu tentang kemudahan ini. Anda yang menentukan bilakan anda mahu sesuatu tajuk itu di keluarkan didalam blog anda. Sama ada masa yang lepas mahupun masa yang akan datang. Seperti contoh K meletakkan tajuk kali ini dikeluarkan pada 10 April 2009 pada pukul 12.00 tengah malam.
ScribeFire
ScribeFire dan Blogspot
K selalu mempunyai beberapa masalah apabila menulis blog kerana tidak semua hari K mempunyai sesuatu untuk di tulis didalam blog. Sebenarnya K mempunyai dua cara untuk mengumpulkan rujukkan dan menulis blog. K menggunakan ScribeFire yang boleh dipasang secara terus kepada Firefox. K tidak pernah menulis didalam ruangan yang disediakan didalam blogspot selepas itu. Mengapa K menggunakan cara ini adalah K boleh mengoptimumkan tajuk tersebut sebelum dilepaskan kedalam blog untuk tontonan umum dan jika tidak penulisan tersebut akan disimpan dahulu.
Optimumkan Crawler
Anda semua semestinya tahu tentang crawler dan kerjanya dalam memudahkan tajuk yang anda tulis didalam blog dijumpai didalam mana-mana enjin carian seperti Google. Semestinya crawler tersebut lebih suka kepada blog yang istiqamah didalam penulisannya, maksudnya jika boleh setiap hari seharusnya ada tajuk baru. Paling kurang satu tajuk baru dalam sehari. Oleh itu dengan menggunakan cara yang telah diberi oleh blogspot dan ditambah dengan menggunakan ScribeFire, K boleh menulis banyak artikel dalam satu waktu dan tidak perlu menulis lagi dalam waktu yang panjang. Tetapi blog tetap akan mempunyai tajuk baru setiap hari. Dengan itu K boleh membuat perkiraan dan perancangan yang lebih baik untuk perkara yang lain. Mungkin tidak berapa penting kepada blog yang mempunyai banyak perkara yang henda ditulis, tetapi K amat memerlukan perkara ini kerana telah K katakan diatas K tidak mempunyai idea setiap hari. Dan dunia komputer tidaklah menarik setiap hari.
Semasa Anda Membaca
Ketika anda membaca tutorial ini, ketahuilah sesungguhnya tajuk ini telah pun di siapkan pada 8 April dan hanya pada 10 April tajuk ini akan di keluarkan. Sebagai bukti, di sini K tunjukkan gambar skrin tentang perkara itu. Menarik bukan? Semoga menambahkan kesungguhan anda membuat tajuk yang menarik untuk blog anda.

Tarikh Keluaran Artikel: 09 April 2009Bila Lagi?Apa yang cuba diperkatakan oleh K? Bukan pasal politik, kerana blog K sememangnya bebas daripada unsur politik sama sekali. Tetapi laporan terkini yang dinyatakan oleh Wall Street Journal yang mengeluarkan kenyataan berhubung pencerobohan sistem grid elektrik Amerika oleh pengintip daripada luar negara. Kita bila lagi?
Bukan Berita Biasa (BBB)
Mungkin bukan hanya satu negara, tetapi lebih. Suspek utama China & Russia (Siobhan, 2009). Apa akan jadi jika grid tersebut dikawal? Mudah sahaja, anda mungkin tidak dapat membaca blog K lagi, mahupun blog yang lebih popular seperti KNizam ataupun blog jauh lebih popular daripada K. Kerana jika dipadamkan suis utama, seluruh Malaysia akan menyambut Earth Hour sekali lagi tanpa notis mahupun iklan. Bergelap. Mungkin lebih daripada 60 minit yang dicadangkan oleh WWF.
Bagaimana Boleh?
Mengapa tidak, sistem grid Amerika tersebut ditinggalkan dengan satu software yang ditanam yang membolehkan pengintip membuat kawalan/gangguan terhadap sistem tersebut (Martin, 2009). Paling tidak dapat membuatkan sistem grid tersebut terputus/diputuskan bekalan daripada punca. Kerugian amatlah besar kepada negara. Paling tidak ambilah sedikit pengajaran daripada apa yang berlaku kepada Estonia, walaupun sudut yang berbeza konsepnya adalah sama. Melumpuhkan negara menggunakan komputer.
Persoalan Paling Besar
Malaysia ada atau tidak grid seperti ini? Jika ada, bersiaplah jika tiada.... Maka itu tiada peluang untuk K dapat tahu tentang pengintip daripada Singapura, Indonesia mahupun Filipina masuk ke sini. Owh, mungkin Streamyx ada grid seperti ini. Boleh juga. Amerika sudah, Malaysia bila lagi?
Rujukan
Martin, L. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. Report: Spies hacked into U.S. electricity grid. Hiper-rangkai: news.cnet.com
Siobhan G. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. Electricity Grid in U.S. Penetrated By Spies. Hiper-rangkai: online.wsj.com
Tarikh Keluaran Artikel: 09 April 2009
LanjutkanEkonomi, Linux dan Stratergi. Tiga sebab mengapa Windows terus tidak memansuhkan XP setelah beberapa kali disambung "perkhidmatanya". Kali ini Microsoft mengatakan bahawa mereka akan menyambung perkhidmatan XP paling minima sehingga Jun 2010. K merasakan pada April 2010, Microsoft akan menyambung lagi kontrak tersebut. Kerana K tidak dapat melihat lagi apakah Windows 7 mampu mengantikan XP lebih-lebih lagi kepada mereka yang sememangnya tidak suka mempelajari benda baharu. Tetapi mungkin golongan ini boleh dididik kerana Windows 7 berada dibawah Microsoft bukannya Linux.
Tingkat Turun ke XP dari 7
Selalu kita mendengar khidmat tingkat naik. Tetapi Microsoft mengumumkan juga bahawa mereka akan memberi laluan kepada pengguna 7 untuk turun kembali kepada XP tanpa melalui Vista (Stevan, 2009). Menurut Microsoft, ianya bukanlah satu perkara baru kerana selama ini Microsoft memang membenarkan pengguna mereka membuat tingkat turun sistem operasi mereka (Scott, 2009). Hanya pada kali ini kelainannya adalah pengguna boleh membuat tingkat turun dariapada 7 kepada XP tanpa melalui Vista. Tetapi tingkat naik kepada pengguna yang membeli netbook yang mempunyai XP kepada Windows 7 secara percuma tidak dapat dipastikan.
Tingkat naik XP -> 7
Setelah disahkan oleh pihak Microsoft, ternyata tingkat naik XP kepada 7 adalah tidak mungkin (Dan, 2009). Oleh itu tiada tingkat naik daripada XP kepada 7. Antara sebab yang kukuh mengapa XP tidak boleh dinaik taraf kepada 7 adalah perbezaan yang besar antara satu sistem operasi yang baru dan juga satu sistem operasi yang berusia 7-8 tahun. Oleh itu sebaiknya pengguna melakukan pemasangan semula sistem operasi mereka jika mereka mahukan penaiktarafan daripada XP kepada 7.
Tetapi
K dapat mengatakan bahawa tiada tidak banyak pengeluar komputer yang mahu menyediakan driver untuk sistem operasi XP. Oleh itu bersedia untuk mencari driver anda jika anda berfikir untuk membuat tingkat turun daripada 7 kepada XP.
Rujukan
Dan, G. (2009) Dikeluarkan pada 7 April 2009. Running XP? You can't upgrade to Windows 7: Microsoft confirms you'll need to do a clean install of the OS instead. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Scott, M. F. III (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Confirmed: Windows 7 users will have XP downgrade option. Hiper-rangkai: www.betanews.com
Stevan, G. (2009) Dikeluarkan pada 6 April 2009. Windows users will be allowed to downgrade to XP from Win7, skip Vista. Hiper-rangkai: www.slashgear.com