Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2009

Ujian Lab Linux: Tips

Sekadar Tips
  • Soalan esok mempunyai tiga set soalan
  • "Open-book"* ujian
  • Kemungkinan besar adalah soalan berbentuk senario
  • Soalan untuk pengaturcaraan adalah mudah**, tulis, compile dan jalankan
  • Perkara asas seperti navigasi menggunakan terminal, direktori, pengguna dan kumpulan serta rwk perlu diambil perhatian
  • Bawa laptop sendiri adalah lebih baik
  • disarankan datang lebih awal untuk membuat persediaan yang perlu sebelum ujian bermula
sebelum terlupa. ujian mengambil masa satu jam sahaja dan tiada masa tambahan

* bawa nota yang mudah, ringkas dan padat. seperti contoh disini
** mudah = menurut kata En Mohammad Nor

semoga berjaya

Isnin, 20 April 2009

AMBNaC Memecut

Blog Lambat
K membaca negaraku.net dan menjumpai artikel yang menarik untuk dibaca. Seseorang yang tidak suka blog orang lain. Mungkin K sudah biasa dengan artikel semacam ini tetapi kali ini hanya untuk melihat apa yang cuba diperkatakan oleh tuan tanah, Eldy dalam tajuk Gua benci blog anda ?!. K membaca antara yang dia tidak suka adalah kerana blog yang dilawatinya adalah lambat. Lambat untuk menghabiskan proses pemuatan[1] blog mereka. Dan K sendiri tidak tahu sama ada blog K adalah antara yang diperkatakan. Maka K menyiasat perkara ini dan membuat laporan ringkas ini.

Tiga Faktor Utama
Sebenarnya telah lama K menyiasat mengapa sesuatu blog/laman sesawang tersebut lambat menghabiskan proses pemuatan mereka. K boleh menyenaraikan tiga faktor utama yang mendorong sesuatu laman sesawang mahupun blog tersebut lambat menyempurnakan proses tersebut.
  • Skrip
  • Gadget
  • Gambar
Skrip
Antara anda sedar atau tidak, didalam mana-mana blog atau laman sekarang mengandungi sekurang kurangnya satu jenis skrip selain html. Jika hanya ada satu, maka laman tersebut boleh dianggap sebagai lama klasik. Paling kurang mereka mengandungi skrip CSS mahupun skrip JavaScript (JS). Ingin K tekankan disini, semakin banyak skrip yang anda masukkan kedalam laman anda, semakin perlahan laman anda. Kerana jika anda perhatikan, mengapa didalam penulisan K tentang peperangan pelayar interent menekankan kelajuan enjin JS adalah kerana JS merupakan satu skrip yang memberatkan laman. Oleh kerana itu boleh dikatakan kelajuan sesuatu laman bergantung kepada jumlah skrip yang dimasukkan. Disimpulkan disini, untuk meningkatkan kelajuan laman anda, kurangkan penggunaan skrip.

Gadget
Sebenarnya gadget juga berkait rapat dengan skrip kerana kebanyakkan gadget menggunakan JS. Dan masalah ini timbul apabila anda menggunakan gadget yang berasal daripada laman yang mempunyai server yang lambat. Sebagai contoh (gambar) adalah meter daripada pingdom yang menunjukkan jumlah masa yang diambil oleh gadget daripada mypagerank pada 11 Mac 2009 untuk dimuatkan kedalam pelayar internet K didalam blog K. Kelihatan di dalam meter tersebut, masa yang diambil terlalu panjang dan gadget tersebut telah "mati". Pada ketika itu mypagerank mempunyai masalah dengan server mereka. Tetapi kini masalah tersebut telahpun selesai. Oleh itu menjadi satu tanggung jawab untuk pembina blog dan laman sesawang untuk memastikan bahawa semua gadget mereka berfungsi dengan elok. Dan jangan pula menggunakan terlalu banyak gadget kerana semakin banyak gadget, semakin lambat proses pemuatan selesai.

Gambar
Jika anda perasan, K kini menggunakan hiper-rangkai kepada semua gambar yang dimasukkan kedalam akaun photobucket K. K menyimpan gambar dalam dua jenis, jpg dan png. Apakah perbezaan daripada kedua jenis gambar tersebut dan kaitannya dengan kelambatan proses pemuatan blog anda. Jika anda menggunakan png, saiz gambar dan kualiti gambar adalah lebih tinggi daripada jpg. ini Kerana jpg adalah format yang mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada png. Tetapi masalah itu berlaku apabila anda mempunyai banyak gambar yang berformat png yang besar didalam laman sehingga menyebabkan laman anda sukar untuk melakukan proses pemuatan dengan cepat.

Jika anda pernah memasuki laman K yang menggunakan pendekatan hiper-rangkai ke blog lain secara bergambar, K menggunakan png sebagai gambar kerana untuk melakukan efek transpiransi. Itu adalah kelemahan jpg, tidak boleh menyokong transperansi. Tetapi cara begitu menyebabkan ramai yang mengatakan bahawa blog K mengalami masalah pemuatan yang perlahan disebabkan gambar tersebut. Kini K cuba mengurangkan penggunaan png didalam blog K, dan hanya beberapa gambar yang terpaksa K gunakan dalam bentuk png, antaranya adalah banner di atas blog. Begitu juga dalam gambar bergerak. anda digalakkan menggunakan gambar berformat gif daripada apng (animation png) yang lebih tinggi saiz dan kualitinya. Apng juga tidak dapat digunakan didalam semua pelayar interent. Dapat dinyatakan bahawa semakin tinggi kualiti gambar, semakin tinggi beban laman anda.

Kesimpulan

Dapat dinyatakan di akhir laporan ringkas ini adalah;
  • Kurangkan penggunaan skrip, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan penggunaan gadget, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan kualiti gambar, laman anda akan lebih laju
K mencuba pada pingdom untuk mengetahui apakah keputusan kelajuan pemuatan untuk AMBNaC, dan hasilnya adalah; AMBNaC mengambil masa 3 hingga 8 saat (waktu internet baik) untuk melakukan proses pemuatan sepenuhnya. Dan K mendapati terdapat beberapa gadget yang mengambil masa. Tetapi K memerlukan gadget tersebut kerana tiada alternatif lain. Laman anda berapa lama? Lakukan ujian menggunakan alatan yang disediakan oleh pingdom dan letakkan keputusannya di ruangan komen dibawah. Jika terlalu lambat ataupun TIMEOUT_EXPIRED, maknanya anda mempunyai masalah dalam beban laman anda.

Glosari

[1] pemuatan - loading; kamus komputer

Artikel ini telah ditulis dalam bentuk yang berlainan di Ehoza

Jumaat, 10 April 2009

[Tutorial, Tips] Post Automatik

Tarikh Keluaran Artikel: 10 April 2009

Mungkin Sudah Tahu
Apa yang K mahu tunjukkan bukanlah satu perkara baru didalam blogspot. Sudah lama cuma mungkin ada diantara kita yang tidak tahu tentang kemudahan ini. Anda yang menentukan bilakan anda mahu sesuatu tajuk itu di keluarkan didalam blog anda. Sama ada masa yang lepas mahupun masa yang akan datang. Seperti contoh K meletakkan tajuk kali ini dikeluarkan pada 10 April 2009 pada pukul 12.00 tengah malam.

ScribeFire
ScribeFire dan Blogspot

K selalu mempunyai beberapa masalah apabila menulis blog kerana tidak semua hari K mempunyai sesuatu untuk di tulis didalam blog. Sebenarnya K mempunyai dua cara untuk mengumpulkan rujukkan dan menulis blog. K menggunakan ScribeFire yang boleh dipasang secara terus kepada Firefox. K tidak pernah menulis didalam ruangan yang disediakan didalam blogspot selepas itu. Mengapa K menggunakan cara ini adalah K boleh mengoptimumkan tajuk tersebut sebelum dilepaskan kedalam blog untuk tontonan umum dan jika tidak penulisan tersebut akan disimpan dahulu.

Optimumkan Crawler
Anda semua semestinya tahu tentang crawler dan kerjanya dalam memudahkan tajuk yang anda tulis didalam blog dijumpai didalam mana-mana enjin carian seperti Google. Semestinya crawler tersebut lebih suka kepada blog yang istiqamah didalam penulisannya, maksudnya jika boleh setiap hari seharusnya ada tajuk baru. Paling kurang satu tajuk baru dalam sehari. Oleh itu dengan menggunakan cara yang telah diberi oleh blogspot dan ditambah dengan menggunakan ScribeFire, K boleh menulis banyak artikel dalam satu waktu dan tidak perlu menulis lagi dalam waktu yang panjang. Tetapi blog tetap akan mempunyai tajuk baru setiap hari. Dengan itu K boleh membuat perkiraan dan perancangan yang lebih baik untuk perkara yang lain. Mungkin tidak berapa penting kepada blog yang mempunyai banyak perkara yang henda ditulis, tetapi K amat memerlukan perkara ini kerana telah K katakan diatas K tidak mempunyai idea setiap hari. Dan dunia komputer tidaklah menarik setiap hari.

Semasa Anda Membaca
Ketika anda membaca tutorial ini, ketahuilah sesungguhnya tajuk ini telah pun di siapkan pada 8 April dan hanya pada 10 April tajuk ini akan di keluarkan. Sebagai bukti, di sini K tunjukkan gambar skrin tentang perkara itu. Menarik bukan? Semoga menambahkan kesungguhan anda membuat tajuk yang menarik untuk blog anda.



Isnin, 9 Mac 2009

[Tutorial, Tips & Sumber Terbuka] Xubuntu tiada panel

Tarikh Keluaran Artikel: 032009
TambahBaik_1: 10032009

2 Masalah Biasa Tetapi..
Masalah ini hanya masalah biasa. Panel yang anda gunakan tiba-tiba hilang atau memang hilang daripada awal. Perkara ini terdapat dua jenis yang K dapat jumpa. Jenisnya:
  • Title bar - yang mempunyai nama program, butang minimize, butang maximize dan butang tutup
  • Panel bar - bar yang mempunyai segala perkara termasuklah program, set dan butang log out.
Tetapi menjadi masalah jika orang yang terkena perkara ini juga orang biasa. Yang baru berjinak. K sendiri tidak pernah berhadapan dengan perkara ini secara langsung. Dan dengan merujuk kepada Google dengan kata kunci yang betul, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar.

Penukaran Persekitaran Desktop
Perkara ini sering terjadi. Sama ada menggunakan Xubuntu mahupun Ubuntu. Perkara ini dikatakan terjadi atas dua perkara. Penukaran persekitaran desktop (desktop enviroment) ataupun sememangnya terdapat "bug" didalam Xubuntu selepas Firefox "crash". Cara yang paling mudah untuk Xubuntu adalah menghidupkan kembali panel xfce yang tidak dihidupkan secara automatik. Secara analogi serta contoh yang mudah adalah seperti explorer.exe di Windows. Apabila sistem permulaan (startup) diganggu dan menyebabkan explorer.exe tidak dijalankan ketika sistem boot. Caranya hanya perlu membuat satu kombinasi papan kekunci (alt+f2) untuk menghidupkan Run Application dan memasukkan arahan, "xfce4-panel" (tanpa " ") dan panel tersebut akan dihidupkan kembali. Cara tersebut sahaja tidak cukup kerana anda akan mengalami masalah yang sama selepas anda restart sistem anda dan untuk mengelakkan perkara ini berlanjutan, teruskan pembacaan.

Xfce4 Panel
Untuk menjadikan xfce4-panel tersebut sentiasa dihidupkan secara automatik, pergi kepada Setting > Setting Manager > Startup dan tambahka satu lagi perkara, iaitu xfce4-panel. Masukkan dalam bentuk seperti ini:
  • Name: xfce4-panel
  • Discription: untuk xfce4 panel autorun lepas reboot
  • Command: xfce4-panel
Setelah itu simpan perkara tersebut sebagai startup. Anda telah berjaya untuk memasukkan perkara itu dan langkah seterusnya adalah mencuba. Restart kembali sistem anda dan lihat hasilnya. Jika ianya berjaya untuk bergerak tanpa masalah, maka anda telah berjaya memperbaiki sistem anda.

p/s: jika anda gunakan ubuntu, tukarkan daripada "xfce4" kepada "gnome".

CompizConfig Setting Manager TambahBaik_1
Kadang kala manusia melakukan kesilapannya sendiri. Contoh terbaik, seorang pengguna Xubuntu: Din yang telah mengubah sedikit aturan didalam CompizConfig Setting Manager lalu menyebabkan panel bar setiap aplikasinya hilang. Mungkin ini jarang berlaku kepada pengguna yang telah tahu perkara ini, tetapi bagi mereka yang masih baru dan tidak tahu apa itu compiz perkara ini boleh berlaku, mungkin menjenguk ke CompizConfig Setting Manager dapat membantu anda. Perhatikan apabila "Windows Decoration" tersebut dipadamkan, bar tajuk window tersebut hilang. K juga pernah berlaku demkian.

Rujukan
hyperair. (2007) Dikeluarkan pada: 31 Ogos 2007 didalam Gnome-Panel Missing. web site: ubuntuforums.org
jacobS. (2008) Dikeluarkan pada: 31 Oktober 2008 didalam After loading xubuntu, I restarted the system, and lost the menu bars, how can I get them back?. Web site: answers.launchpad.net
Jorophose. (2007) Dikeluarkan pada: 04 April 2007 didalam Missing panels - Xubuntu 6.06 (XFCE 4.2 or 4.4). Web site: www.linuxquestions.org
roger_1960. (2009) Dikeluarkan pada: 24 Januari 2009 didalam Xubuntu starts up to a light blue screen and that's it!. Web site: ubuntuforums.org

Sabtu, 21 Februari 2009

[Tips] Streamyx Lambat

Tarikh Keluaran Artikel: 21022009
TambahBaik_1: 25022009

Streamyx Proxy: Kecemasan Proxy
Disebabkan terlalu lambat, maka proxy kecemasan harus dijalankan dan sudah banyak blog yang mengatakan tentang proxy ini. Dan anda bila lagi

Untuk Firefox sahaja
Tools -> Options -> Advance -> Network -> Settings
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128
200.201.187.250:3128 TambahBaik_1

Selamat mencuba
p/s: mungkin proxy ni pun sudah menerima masalah. menjadi lambat akibat terlalu ramai yang menggunakannya :)


Sumber
Masri (2009): Teknik Menambah Kelajuan Streamyx Anda. Daripada: masrizalhardy.com
Waida (2009): Kisah Kirana Berkongsi Streamyx. Daripada: waidakmy.com
SamO (2009): Fix Your Streamyx Problem Today by Using TMnet Proxy. Daripada: www.iprobot.net

Technorati Tags: , ,

Rabu, 21 Januari 2009

[Tutorial & Tips] Windows terlupa kata laluan, Linux "bukakan"

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 21012009


Amaran daripada pihak AMBNaC
Tutorial ini adalah tujuan pelajaran dan bukannya tujuan untuk mencuri data dan membuat kerosakkan. sesungguhnya ilmu yang baik adalah ilmu yang bermanfaat kepada diri dan orang lain (yang memerlukan). pihak AMBNaC tidak sesekali akan bertanggungjawab atas segala kejadian yang dilibatkan dengan penulisan artikel ini. segala tindak tanduk anda adalah tanggungjawab anda dan kamu yang berusia dibawah 18 tahun sila dapatkan bimbingan ibu bapa atau penjaga.

Kata laluan dan sentimen pemikiran
Pensyarah K pada semester ini berkata, saya telah diajar oleh pensyarah saya dahulu;
tukar kata laluan anda (email dan akaun) setiap seminggu sekali
Tetapi K tidak bersetuju dnegna kata-kata itu dan sekurang-kurangnya ada seorang lagi yang tidak bersetuju dengan kata-kata pensyarah K yang seorang Professor itu. siapa seorang lagi itu? Megahacker, yang mengambil ayat ini tidak tahu daripada siapa;
the big lie of computer security is that security imporves by imposing complex password on users. in real life, people write down anything they can't remember. security is increased by designing for the way human actually behave
Dan selalu terjadi apabila pengguna terlupa kata laluan mereka, dan lebih teruk lagi mereka juga terlupa untuk mengingati kembali kata laluan untuk admin sistem operasi tersebut. maka apa yang harus dibuat? format? bypass menggunakan utiliti seperti DreamPackPL atau Ophcrack? dan banyak cara lain. K mahu menggunakan Linux.

Linux: Swiss Knife
Linux seringkali digelar sebagai swiss-army-knife untuk para "troubleshooters" membetulkan sistem windows yang bermasalah dan juga hal-hal seperti ini, membuka kembali sistem Windows yang telah "kehilangan" kata laluannya. antara yang terbaik untuk melakukan perkara ini adalah, Knoppix, Ubuntu 8.04 dan keatas, Fedora 8 dan keatas. kerana tiga sistem Linux ini pernah K sendiri mencubanya walaupun dengan cara yang sedikit berlainan dengan cara yang K akan tunjukkan kepada anda ini, kerana K gunakan cara yang penuh dengan arahan didalam "terminal" dan bukannya paparan antara muka grafik.

Sebelum bermula, Amaran dari AMBNaC
Sekali lagi K ingatkan bahawa tujuan tutorial ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan yang paling penting, anda perlu ada LiveCD, talian internet dan anda mempunyai pengetahun didalam Linux Command Line. ok, jika anda sudah bersedia, ayuh teruskan.

sudo apt-get install chntpw
Setelah anda jalankan Linux itu secara LiveCD (bukannya memasang di storan anda), anda perlu memasang satu aplikasi yang dipanggil 'chntpw' dengan menaip perkataan ini di terminal:
sudo apt-get install chntpw
selepas itu anda perlu memastikan anda mempunyai kebenaran untuk memasuki storan NTFS anda yang didalamnya terkandung sistem fail Windows. terdapat beberapa cara untuk memasukinya sama ada menggunakan terminal mahupun secara GUI, dan jika GUI, masuk ke laman ini. dan untuk terminal, sila kaji sendiri.

Selepas itu masuk kedalam 'WINDOWS/system32/config' dengan menggunakan command line dan setelah sampai ke direktori 'config' gunakan arahan ini:
sudo chntpw SAM
dan selepas itu akan ada informasi yang panjang akan ditunjukkan, jika ada maka itu abaikan sahaja. dan ini yang akan keluar selepas itu:
---------------------------------
* = blank the password (This may work better than setting a new password!)
| Enter nothing to leave it unchanged
| Please enter new password: *
---------------------------------
dan biarkan password yang baru itu dalam keadaan itu (esterik = *) yang bermaksud 'kosong'. dan tekan butang 'enter'.
untuk memansuhkan kata laluan pengguna selain daripada admin, masukkan arahan ini
sudo chntpq -l SAM
info seperti ini akan muncul;
RID: 01f4, Username: administrator, *BLANK password*
RID: 01f5, Username: guest, *disabled or locked*
RID: 03e8, Username: helpassistant
RID: 03ea, Username: support_388945a0, *disabled or locked*
dan untuk pergi ke username tersebut dengan menggunakan arahan ini;
sudo chntwp -u username SAM
tinggalkan kata laluan tersebut sama seperti admin, iaitu (*), dan selepas anda habis kerja disana, unmount kembali storan itu sebelum anda restart kembali. dan ketika anda login, seharusnya kata laluan tersebut sudah tiada dan masuk seperti biasa dan tukar kembali kata laluan kepada yang lebih mudah anda ingat. jangan lupa lagi.

Amaran terakhir
Jangan anda buat tutorial ini untuk menghancurkan orang lain tetapi buatlah kebaikkan daripada tutorial ini. dan K tunjukkan untuk Linux yang berasaskan Debian. untuk lain-lain Linux adalah sedikit berbeza. ini hanya salah satu daripada pelbagai cara untuk membaiki Windows menggunakan Linux, tidak rugi anda mempelajarinya.

Sumber
LinuxToday - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using Linux
Janauza - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using Linux
LinuxBasement - Changing NT password with Linux and CHNTPW
DataStrongholdSystemSecurity - Chntpw
VBuletin - Chntpw
TheLinuxSociety - Changing NT password with Linux and CHNTPW
CGSecurity - Chntpw for DOS
Rhadimas - Reset windows password /w knoppix
UbuntuGeek - Windows NTFS partition read/write support made easy in Ubuntu Fiesty

Rabu, 14 Januari 2009

[Tips & Sekuriti] Berapakah Antivirus Anda?

Tarikh Keluaran Artikel: 14012009
TambahBaik_1: 14012009

gambar ihsan: RahsiaKomputer.com

Virus atau Antivirus, siapa buat siapa?
Anda merupakan "pengguna tegar" Microsoft Windows (XP, Vista mahupun 7 beta) dan perkara diatas selalu kita dengari contohnya;
  • aku baru je format kat kedai minggu lepas. dah masuk balik virus, kedai ni tipu la - pengguna resah
  • aku rasa virus ni syarikat (antivirus) ni gak la buat, sebab tu boleh detect yang lain tak boleh - pembeli antivirus X (bukan jenama sebenar)
tetapi pernahkah anda terfikir untuk menggunakan antivirus lebih daripada 1? kerana antivirus A tidak semestinya boleh mengesan virus yang dikesan oleh antivirus B. dan pernah K lihat, satu komputer yang menggunakan 4-5 sistem antivirus yang berjalan serentak (di kafe siber selalunya, AVG + .... + Kaspersky). apa maksud serentak itu? semuanya menjalankan proses imbasan fail secara serentak.

apa kesannya terhadap komputer dan sistem komputer tersebut?
Walaupun tidaklah digalakkan tetapi yang dihalang itu yang suka dibuat oleh manusia. lalu bila mendapat masalah dikemudian hari baru mengadu bahawa sistem itu lambat, mempunyai virus dan bermacam lagi masalah yang timbul. mengapa tidak digalakkan menggunakan lebih daripada satu sistem antivirus? bagi pendapat K, ini yang akan timbul;
  • penggunaan memori yang banyak - setiap aplikasi yang berjalan memerlukan memori daripada sistem anda dan jika semua sistem antivirus anda melakukan imbasan fail secara "sembunyi/belakang tabir" maka penggunaan memori yang terlalu banyak akan berlaku. ini menyebabkan pembaziran memori yang berguna. dan menyebabkan aplikasi lain terhenti atau "hang"
  • beban kepada cakera keras (HDD) - imbasan fail memerlukan fail itu di upload seketika dimemori untuk melalui imbasan oleh sistem imbasan dan perkara ini akan menjadi semakin membebankan jika anda membenarkan lebih daripada satu antivirus "bergerak". secara tidak langsung mengurangkan limitasi jangka hayat sesuatu cakera keras.
  • penggunaan sumber yang belebihan - jika anda menggunakan bateri anda akan mengalami masalah ini, kerana bateri anda tidak tahan lama kerana penggunaan sumber yang berlebihan daripada sistem imbasan tersebut. dan jika anda menggunakan elektrik, kesannya akan dapat dirasa sedikit semasa bil bulanan sampai ke rumah anda.
  • pergaduhan antara sistem imbasan - jika semua antivirus A,B dan C itu dapat mengesan virus X, maka perkara ini akan berlaku dan kemungkinan sistem terhenti atau "hang" itu ada. kerana perkara ini dikatakan sebagai "kunci-mati" (deadlock) atau mungkin boleh dianggap sebagai "masalah meja makan ahli falsafah" (dining philosopher problem). secara mudahnya begini, apabila antivirus A mengimbas fail, apa yang dibuat oleh antivirus A akan dikesan sekali oleh antivirus B dan antivirus C dan begitu pertukarannya dan apabila fail virus X dikesan oleh salah satu sistem imbasan, semua antivirus mahu bertindak sebagai "hero" dan mahu mengatakan mereka menjumpainya dahulu. ini menyebabkan sistem terganggu.
Perkara yang lebih baik
gunakan satu sahaja antivirus, antispyware dan firewall, jangan memadukan mereka (antivirus) kerana mereka tidak suka dimadukan. dan masalah utama pengguna yang K lihat adalah mereka tidak tahu apa yang sistem antivirus mereka gunakan itu tawarkan perkhidmatan. kerana itu datangnya pengguna antivirus yang menggunakan pakej "penuh" tetapi masih menggunakan sistem sekuriti dari pihak ketiga.

Perkara yang paling baik
Anda boleh menggunakan sistem antivirus yang paling baik iaitu Linux. beralih daripada Windows ke Linux.

Linux sebagai antivirus terbaik - TambahBaik_1
Oleh kerana terdapat komen yang mengatakan bahawa kurang faham dengan ayat K diatas yang mengatakan seolah-olah Linux itu adalah satu sistem antivirus secara fizikalnya maka K tambahkan penulisan ini. maksud K dengan Linux sebagai sistem antivirus terbaik adalah kerana beberapa sebab;
  • Linux mempunya virus yang amat amat minima hampir kepada sifar.
  • mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, daripada pening kepala mencari antivirus untuk Windows anda lebih baik anda lari terus daripada Windows itu sendiri, masalah virus akan hilang dalam sekelip mata.
maka itu dapat dikatakan Linux ini sebagai satu sistem operasi yang menjadikan virus daripada Windows tidak berguna dan tidak dapat menggangu kehidupan anda. atas sebab itu K menamakannya sebagai "sistem antivirus" terbaik. semoga penerangan tambahan daripada K ini dapat menjelaskan apa maksud K pada penulisan K diatas. terima kasih kepada EiNS atas komennya dalam hal ini.


Hasil nukilan,
TMUkmkd
AMBNaC