Khamis, 3 Mac 2011
Rabu, 3 Februari 2010
Norman Rockwell Doodle
Macam kene pulak sebab baru je lepas bulan mengambang dan dah nak dekat dengan Tahun Baru Cina.
Cantikkan? Sampai Knizam pun tulis pasal ni.
Notakaki 1: Filem pendek The Letter tu telah diubah nama kepada Surat.
Khamis, 5 November 2009
Wallace & Gromit dan Sesame Street
Siapa tak pernah tengok Wallace & Gormit, kartun tanah liat dan Sesame Street yang sampai kini masih ada. Mereka menyambut ulang tahun ke 20 dan 40 semalam (4 November 2009) dan Google macam biasa melakukan Doodle khas.
4 November 2009. Ulang tahun ke 20 Wallace dan Gromit. Di sambut di UK, Portugal, German dan Austria.
4 November 2009. Ulang tahun ke 40 Sesame Street Di sambut di beberapa negara terpilih dengan imej yang berlainan.
Sumber: www.google-logos.com
Sabtu, 17 Januari 2009
[Google & AMD] Krisis ekonomi, buang pekerja
Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 17012009
Bagaimana untuk melihat keadaan ekonomi dunia sekarang? tidak perlu jauh, hanya perlu melihat kepada Google, jika Google terkena penangan ekonomi tersebut, maka itu menunjukkan keadaan ekomoni parah. itu yang dihadapi oleh Google kini, 100 orang pekerjanya perlu diberhentikan kerana keadaan ekonomi. sekaligus menghancurkan imej Google sebagai sebuah syarikat yang menjaga hal ehwal pekerjanya dengan amat baik.
AMD tidak terkecuali
Selepas pembuangan pekerja pada bulan November lepas seramai 500 orang, kini mereka mahu membuang lagi pekerja kerana keadaan ekonomi. pada kali ini, 1,100 orang pekerja akan diberhentikan bagi mengurangkan kos AMD. dan mungkin akan berlaku lagi jika penjualan processor AMD tidak mencapai sasaran mereka.
Sumber
ValleywagLayoffs - Google's loss of innocence: 100 jobs cut
PCMag - Google trims contractors, engineering sites
TechSpot: AMD plans to cut 1,100 more jobs
ArsTechnica - AMD cuts jobs by almost 10 percent, again
Rabu, 14 Januari 2009
[Yahoo] Yahoo melantik CEO baru; Carol Bartz
Selepas era pemerintahan Jerry Yang yang merundum dengan perbincangan bersama Microsoft dan Google tidak berjalan dengan lancar, kini harapan untuk memulihkan semula empayar Yahoo terletak pada bahu seorang bekas CEO Autodesk yang bernama Carol Bartz. tugas yang amat getir sekali yang digalas kerana didalam arena ekonomi yang meleset dan masalah dalaman serta luaran Yahoo, Carol mengambil satu risiko yang amat besar sebagai seorang pencatur yang paling penting didalam Yahoo. adakah Carol mampu? sebelum itu lihat dahulu sejarahnya dalam dunia bisnes ini.
Dengan umurnya 60 tahun (kurang pasti berapa umurnya semasa gambar ini diambil), Carol bukannya seorang wanita biasa didalam bidang bisnes melibatkan IT, lihat sahaja profilnya yang agak menarik dan mengkagumkan;
Pendidikan
- Bachelor's degree in computer science at the University of Wisconsin at Madison
- Executive chairman of the board, Autodesk
CEO, Autodesk, 1992-2006
VP of worldwide field operations, at Sun Microsystems, 1983-1992
Product Line and Sales Management positions at Digital Equipment and 3M
Director on boards of Cisco Systems, Intel, NetAp
President George W. Bush's Council of Advisers on Science and Technology
50 Most Powerful Women in Business, Fortune, 2005
World's 30 Most Respected CEOs, Barron's, 2005
50 Women to Watch, The Wall Street Journal, 2005
"You must fail. If you don't fail, you don't know the degrees of success... I think failure's a very important part of life." 1997
"I believe in telling people what I feel, and then I move on. I don't play poker because you could read everything I'm thinking. It's tough for me to be around people who aren't direct. It drives me crazy." 2005
Mereka mengharapkan selepas ini akan membawa sedikit sinar harapan kepada Yahoo untuk meningkat kembali bersaing bersama Google yang sudah semestinya mendahului dalam pelbagai bidang yang luar daripada hanya sekadar sebuah enjin carian semata mata. mungkin perlantikkan ini boleh memacu kembali Yahoo ke era IT yang kini didalam senario yang tidak menentu.
Sumber
TechSpot - Carol Bartz appointed as new Yahoo CEO
CNETNewsCoop'sCorner - Carol Bartz is no Jerry Yang. Thankfully
CNETNewsBusinessTech - New Yahoo CEO Carol Bartz is tech veteran
CNETNewsDigitalMedia - It's official: Bartz become Yahoo CEO
CNETNEwsDigitalMedia - Bartz as Yahoo CEO? New job, but strong resume
CNETNewsBeyondBinary - Will Yahoo CEO move pave way for Microhoo?
TGDaily - Yahoo names Carol Bartz as CEO
Valleywag - Yahoo CEO's first job: fire her no. 2
PCMag - New Yahoo CEO said to be former Autodesk chief
WiredEpicenter - Former Autodesk chief Carol Bartz to replace Jarry Yang as Yahoo CEO
BBCNewsBusiness - Yahoo names new chief executive
GuardianTechnology - Yang is being replaced at Yahoo, so is a Microsoft deal due?
TheWallStreetJournal - Yahoo names Bartz as CEO; Decker resigns
Isnin, 12 Januari 2009
[Sumber Terbuka] Ubuntu, Linux dan Google
Terbang ke angkasa atau diam ditakuk lama, anda tentukan
Itu yang cuba dikatakan oleh Mark Shuttleworth, seorang usahawan dan jutawan daripada Afrika Selatan ketika mengatakan tentang sistem operasinya, Linux Ubuntu berbanding menggunakan Windows. kerana aplikasi sumber terbuka kini seperti ruang langit yang terbuka luas untuk diterokai oleh sesiapa sahaja dan bukannya tertakluk hanya kepada satu sumber yang tertutup sahaja. mengapa tajuknya terbang ke angkasa? kerana Mark pernah menjadi angkasawan dan pergi ke International Space Station (ISS).
Ubuntu dibangunkan oleh Mark kira-kira empat tahun dahulu dan kini dianggap sebagai Linux yang paling pantas pembanggunannya kerana cuba melarikan sentimen pemikiran bahawa sistem operasi sumber terbuka ini lebih kepada paparan arahan berbaris (CLI) yang sukar untuk di fahami oleh orang biasa. menggunakan slogan,
Linux for human beingyang dapat diterjemahkan kepada
Linux untuk manusia biasadan terjemahan K sendiri,
Linux untuk manusia sejagatkerana maksud Ubuntu [ùɓúntú] itu sendiri adalah kemanusiaan yang diterjemahkan daripada bahasa Zulu.
Ubuntu dan Google
kini hampir separuh daripada keseluruhan pekerja Google yang seramai 20,000 orang menggunakan Ubuntu yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian penggunaan mereka yang secara tidak rasminya digelar "Goobuntu". Ubuntu digunakan bermatlamat untuk menggalakkan pekerja mereka supaya berfikir lebih kreatif dalam menghasilkan satu produk kerana aplikasi sumber terbuka tidak mempunyai sebarang masalah untuk anda mengubah sendiri apa juga daripada aplikasi anda itu yang sesuai dengan kehendak anda. mungkin tidak semudah yang disangka kerana memerlukan ilmu pengaturcaraan dalam mengubah dan membina aplikasi baru tetapi dengan cara ini kreativiti dalam ditingkatkan.
Ubuntu dan Linux
secara tidak langsung juga sentimen pemikiran yang menjurus mengatakan bahawa Linux itu sukar dapat dikikis oleh Ubuntu sedikit demi sedikit. semakin ramai pengguna Ubuntu pada masa kini, K juga termasuk dalam golongan orang yang baru mengenali Ubuntu. Linux kini semakin dilihat sebagai alternatif kepada sistem operasi Windows yang mempunyai masalah dalaman dan ancaman luaran. bukan bermakna bahawa Linux tiada ancaman luaran tetapi komuniti Linux sendiri menjaga agar Linux tidak mudah diancam oleh anasir luar apatah lagi anasir dalaman.
tahun demi tahun semakin banyak institusi menggunakan Ubuntu sebagai langkah yang lebih mudah dan menjimatkan kos dalam projek yang mengambil belanja yang agak tinggi, seperti Macedonia dan Spain yang menggunakan Ubuntu dalam proses pembelajaran kanak-kanak disana dengan masing-masing membekalkan 180,000 salinan dan 195,000 salinan. di Perancis, 80,000 komputer kerajaan disana menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi mereka. bagaimana Ubuntu mengurangkan kos? kerana kos untuk mendapatkan Ubuntu yang amat, amat rendah iaitu RM0.00 atau mudahnya percuma.
Ubuntu tidak melihat Microsoft sebagai musuh tetapi Microsoft yang perlu melihat Ubuntu dan Linux yang lain sebagai musuh mereka kerana Linux adalah percuma tetapi Micrsoft adalah berbayar. kelebihan Ubuntu itu sendiri dapat dilihat apabila versi terbaru Ubuntu akan keluar setiap enam bulan dan bukannya 2-3 tahun sekali seperti Microsoft yang menggunakan cara Service Pack. oleh kerana ini Microsoft harus berjaga-jaga untuk mengatasi desakkan Ubuntu dan Linux daripada mencuri satu demi satu pengguna Microsoft. dan Linux juga dikenali sebagai satu sistem operasi server yang lebih popular daripada Microsoft. ini juga merupakan satu sebab untuk Microsoft perlu takut kepada Linux.
Sumber
Fudzilla - Ubuntu has its day
HeraldTribuneTechnology - Ubuntu pushes to bring Linux to the masses
OSNews - Report from the Ubuntu Developer Summit
Wikipedia - Mark Shuttleworth
Wikipedia - Ubuntu
[Mesra Alam] Google dan kesan kepada alam sekitar
TambahBaik_1: 12012009, TambahBaik_2: 13012009, TambahBaik_3: 13012009
jika anda mengikut apa yang K katakan di tajuk, maka anda telah pun memasak air menggunakan cerek besi. kurang jelas maksud K? begini sebenarnya, kajian terbaru yang dilakukan oleh golongan cerdik pandai di Universiti Havard menunjukkan bahawa satu carian Google yang anda lakukan mengeluarkan gas CO2 (Karbon Dioksida) yang sama dikeluarkan oleh cerek sebanyak 7g manakala cerek tersebut mengeluarkan sebanyak 15g.
sebenarnya Google telah pun menjadi ahli kepada kumpulan Climate Savers Computing Initiative (Inisiatif Perkomputeran Penyelamat Iklim). kumpulan ini membuat satu sasaran iaitu mengurangkan penggunaan kuasa komputer sebanyak separa pada tahun 2010. antara cara mereka adalah menutup (shut down) komputer jika tidak digunakan.
Ramai yang mengatakan bahawa Google mengeluarkan terlalu banyak CO2 untuk setiap carian yang dilakukan iaitu sebanyak 7g. lalu pihak Google mengatakan didalam blog rasmi mereka, OfficialGoogleBlog bahawa mereka sebenarnya adalah pemilik kepada sistem pusat data yang paling efisien dalam penjimatan tenaga di dunia (most energy efficient data center).

Google vs Buku - TambahBaik_2
jika anda katakan
setelah Google dipandang sebagai antara penyebab kepada pembebasan gas CO2 yang banyak atas aktiviti enjin carianya, orag yang bertanggungjawab keatas kajian yang dikeluarkan oleh The Times edisi London mengatakan bahawa Google tidak termasuk langsung dalam kajiannya dan fakta tersebut adalah fitnah kepadanya sebagai seorang saintis. termasuklah cerita tentang cerek tersebut yang tidak tahu daripada mana datangnya statistik itu.
Alex hanya menjalankan kajian terhadap pembebasan gas CO2 oleh laman web di internet, da memang benar jika dikatakan setiap daripada kita adalah penyumbang secara langsung kepada pembebasan gas tersebut kerana setiap perkara yang berfungsi di atas talian internet mempunyai "kos tersembunyi" tersendiri.
Google adalah antara syarikat yang terbaik dalam menjaga alam sekitar kerana amat terkenal dengan sistem pusat data mereka yang amat baik sekali dalam isu penggunaan tenaga secara optimum sekaligus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.
Yang anda boleh lakukan
kurangkan membuat pencarian yang sia-sia yang sekadar mengisi masa lapang, kurangkan chat yang tidak perlu di internet dan pelbagai lagi yang tentunya sukar untuk diikuti oleh generasi sekarang. dan mungkin yang lebih baik adalah, masak air itu lebih baik daripada menggunakan enjin carian secara sia-sia. selamatkan bumi kita sebelum kita perlu menyelamatkan diri sendiri. dan, apa yang anda baca jangan terus percaya., sebaliknya kaji dahulu kerana itu yang terbaik.
Sumber
CNETNewsTechnically - How Google searches lead to our destruction
CNETNewsGreenTech - Measuring your Google search's carbon footprint
CNETNewsGreenTech - Scientist slam newspaper for Google CO2 report
TechNewsWorldGreenTech - Havard Scienties sets record straight on internet carbon study
BBCTechnology - Carbon cost of Googling revealed
TimesOnlineTech&Web - Revealed: the enviromental impact of Google searches
OfficialGoogleBlog - Powering a Google search
Google - Commitment to sustainable computing
GuardianEthical - The carbon cost of Googling
GuardianTechnology - Every time you Google, Gaia kills a panda. Well, maybe not
LifeHacker - Energy conversation: two Google searches use the same energy as boiling water for tea
Rabu, 19 November 2008
Jerry Yang != Yahoo CEO
After failure deal with Microsoft (
photo credit : ArsTechnica
Bahasa Malaysia pulak
siapa bakal pengganti dia masih belum ditentukan lagi tapi the next CEO bakal menerima tugas berat, sebagai info tambahan,
Yang menerima tugas ini pada Jun 2007 (hampir setahun setengah). apa pun selamat tinggal kepada Yang dan selamat menerima tugas berat ini kepada bakal pengganti Yang.
Tajuk Berkaitan
Exam Mood, YooHoo & YahOOgle
Tak ada Google, Microsoft pun jadi
Short News From
ArsTechnica : Yahoo CEO Jerry Yang frees himself up for the future
CNETNewsDailyPodcast : Looking ahead to post-Yang Yahoo
ReadWriteWeb : Yahoo! - Koogle, Semel, Yang... Next?
PCMagNews : Jerry Yang to step down as Yahoo CEO
WiredNews : Yahoo's fate riding on Yang's successor as CEO
WiredBlogNetwork : The Madness of King Jerry
Rabu, 12 November 2008
Google Search : Flu & Influenza
dengan menggunakan Google (
apa itu
apa kaitannya
berdasarkan perkara pertama, iaitu orang amerika (yang sedang dicuba teknik ini) akan mencari sesuatu perkataan itu didalam
sebagai contoh
berdasarkan gambar itu, graf yang berwarna bitu tua itu adalah graf untuk tahun ini dan biru muda adalah untuk tahun-tahun yang telah lepas. dan dengan itu prediction & precaution akan dapat dilakukan untuk tahun ini dan berdasarkan graf, pertengahan november - pertengahan januari & hujung januari - mei adalah tempoh masa yang dikatakan bahaya
dan graf ini juga tidak tertakluk hanya kepada seluruh amerika sahaja, dan bagi pelancung yang ingin ke texas mahupun hawaii, mereka dapat menggunakan research ini untuk mengetahui adakah mereka perlu berhati-hati.
dan kesemua data dapat dilihat secara bergambar bagi yang tidak mahu melihat graf. phobia katanya.
kesimpulan
project ini amat baik kerana kita akan dapat melihat taburan setiap tempat, apakah yang berlaku di sesuatu tempat. tetapi malaysia dalam menggunakan cara sebegini agak sukar kerana ramai tidak mahu menggunakan search engine (tidak kira la
sumber
GoogleFluTrends : Explore flu trends across the US
GoogleBlog : Tracking flu trends
CNETNews : Google now tracking flu trends via search
ArcTechnica : Google meets the CDC - flu tracking by search trends
Jumaat, 7 November 2008
Tak ada Google, Microsoft pun jadi
rujuk AMBNaC : Exam Mood, GooHoo & YahOOgle
maka Microsoft (
CEO selaku co-founder
Jerry Yang meluahkan rasa hatinya dengan berkata; "to this day, I belive the best thing for
beliau menghadiri Web 2.0 Summit
fuh tak sabar benar
walaupun "perchentaan" mereka dulu pernah gagal,
tak salah nak mula sekali lagi
tak ada
perkara ini disebarkan oleh
TechSpot : Yahoo suggest Microsoft should make new offer
ArsTechnica : with Google deal dead, Yang look to what might have been
CNETNews : Jerry Yang reflects on Microsoft deal
ReadWriteWeb : Yahoo's Jerry Yang at Web 2.0 Summit
TgDaily : Jerry Yang's advice to Microsoft buy Yahoo
ValleyWag : Microsoft takes over Yahoo
