Memaparkan catatan dengan label mesra alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesra alam. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2009

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

NaikTaraf_1: 18 April 2009

Spam
Siapa yang minat spam? K tidak berkata tentang Spam - daging dalam tin (gambar). Tetapi spam yang kebanyakkan yang kita ketahui, yang dianggap sampah didalam ruang storan emel kita. Kadang kala ada orang yang mengatakan mereka sebagai Putera Nigiria. Kadang kala mahu mengatakan bahawa kita mendapat sejumlah wang. Tidak kurang juga yang menggunakan spam untuk menyebarkan virus dan pelbagai aplikasi merbahaya. Tetapi lebih buruk lagi, kesan Spam tidak hanya kepada manusia tetapi kepada bumi.

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

Jika dahulu K pernah sekali menulis tentang Google dan kesan rumah hijau yang dilaporkan oleh The Times London mengatakan bahawa dua carian menggunakan enjin carian Google adalah sama dengan anda memasak air menggunakan cerek. Walaupun laporan tersebut telah dinafikan oleh orang yang dikatakan membuat penyelidikan tentang perkara ini, (rujuk artikel lepas) tetapi yang mahu ditekankan disini adalah spam adalah kesan spam dalam konteks  kesan rumah hijau. Laporan ini dikeluarkan oleh McAfee dan ICF International. Didalam laporan tersebut mengatakan bahawa kesan spam dalam konteks rumah hijau adalah lebih teruk daripada 2.3 juta buah kereta. Kesan ini dikira daripada jumlah penggunaan tenaga yang disebabkan emel spam. Daripada laporan tersebut, jumlah tenaga elektrik yang terguna disebabkan spam adalah 33 bilion kilowatt jam setahun (McAfee, 2009) yang bersamaan dengan 17 juta tan CO2 (BBC, 2009). Dan setiap tenaga tersebut pula dapat dikira dalam bentuk "berat"
karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan. Begitu hebat impak yang dihasilkan oleh spam keatas persekitaran alam sekitar. Lebih teruk kajian ini menunjukkan 80% daripada tenaga yang digunakan adalah datangnya daripada pengguna itu sendiri dimana semasa mereka membuang spam itu daripada ruang storan emel mereka.


flickr: theWHIR

Spam Dan McColo
Pada akhir tahun 2008 memperlihatkan server McColo yang dikatakan adalah penyumbang terbesar spam di seluruh dunia ditutup. Dan serentak dengan itu jumlah spam yang dicatatkan adalah berkurangan sebanyak 75% (David, 2009). Kini spam kembali meningkat kembali. Sama seperti sebelum kejatuhan McColo (Brian, 2009). Dan taktik yang terbaru seperti menghantar spam dalam bentuk yang berlainan daripada dahulu dan menggunakan pelbagai jenis server yang berlainan nama menyebabkan spam semakin sukar untuk ditangkis.

Spam Dan Anda
Untuk ada yang sering dilanda spam, cadangan K adalah;
  • Buat satu emel hanya untuk peribadi, dan asingkan kegunaan peribadi dan kegunaan untuk daftar mendaftar di internet.
  • Elakkan dari membuka emel yang bukan untuk peribadi tersebut dan biarkan mereka membuat spam didalam emel tersebut.
  • Dan anda sekali gus dapat mengelakkan spam di emel peribadi dan juga dapat mengurangkan kesan spam untuk alam sekitar.
  • Jangan suka menghantar sesuatu yang anda dapat didalam emel kepada rakan anda (foward). Lebih-lebih lagi yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya.
  • Gunakan sistem filter sebaik mungkin dan tandakan emel yang menggangu anda sebagai spam. Kecuali tertera didalam perjanjian anda semasa pendaftaran.
Mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik, anda boleh kongsi di ruangan komen dibawa. Bersama kita melawan spam.

Rujukan
Brian, P. (2009) Dikeluarkan pada 31 Mac 2009. Google Says Spammers Rallying from McColo Shutdown. Hiper-rangkai: www.eweek.com
BBC (2009) Dikeluarkan pada 16 April 2009. Spam 'produces 17m tons of CO2'. Hiper-rangkai: news.bbc.co.uk
David, H. (2009) Dikeluarkan pada 14 November 2009. McColo Shut Down Halts 75% of Spam. Hiper-rangkai: www.thewhir.com
McAfee (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. McAfee, Inc. Research Reveals the Environmental Impact of Spam. Hiper-rangkai: newsroom.mcafee.com

Sabtu, 28 Februari 2009

[Mesra Alam] Windows = pencemaran?

Tarikh Keluaran Artikel: 28022009

Merujuk artikel lepas
[Mesra Alam] Google dan kesan kepada alam sekitar

Windows baru != komputer lama
Mengapa kurang orang mahu menukar daripada XP kepada Vista? anda boleh keluarkan jawapan anda sendiri dan mungkin antara jawapan anda adalah, Vista memerlukan penaiktarafan sistem komputer. Jika dahulu sistem komputer anda dapat menjalankan sistem operasi Windows XP dengan lancar tetapi kini selepas datangnya Vista anda perlu membuat beberapa tingkat naik sistem anda agar tiada sebarang masalah semasa menggunakan Vista. Jika dahulu RAM sebanyak 512MB itu sudah mencukupi tetapi kini 1GB masih belum dapat menjalankan Vista dengan baik. Mengapa Windows dikatakan sebagai pencemaran, saranan saya teruskan pembacaan.

Windows baru == komputer baru
Mengapa mengatakan Windows merupakan satu sistem operasi yang menyebabkan pembaziran adalah kerana apabila satu sistem lama itu tidak lagi digunapakai maka sistem itu akan dibuang. Secara bersistem mahupun tidak. Dan jika teori ini diguna pakai dan ditambahkan lagi dengan Teori Moore maka sepuluh tahun dari sekarang. Akan terdapat satu sistem yang mempunyai kepantasan seperti superkomputer. Semata-mata mahu membuka satu sistem operasi Windows 2020 (misalnya) dan akan datang perlu menambahkan lagi perkakasan yang baru kerana sistem operasi akan datang lebih berat dan makin berat. Paling kurang pada masa itu, unit pemprosesan 16 teras dengan kelajuan 6GHz setiap satu, 100GB ram dan keatas, kad grafik 100GB dan keatas dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk menjalankan satu aplikasi, notepad.

Roadrunner
Untuk pengetahuan anda superkomputer disebelah (gambar) adalah superkomputer yang terpantas untuk masa kini, mempunyai kelajuan 1.7 Teraflop (Wikipedia, IBM Roadrunner) atau 1.105 Teraflop persaat (Top500, 2009) dan hanya mempunyai pencabar terdekat iaitu Jaguar dengan kemampuan 1.059 Teraflop (Top500, 2009). Dengan nama "roadrunner" dibina untuk kegunaan Kementerian Tenaga, Administrasi Keselamatan Nuklear Negara Amerika Syarikat. Menggunakan sistem operasi Red Hat Linux dan Fedora Linux. Mempunyai 6912 unit pemprosesan IBM Opteron 2210 yang mempunyai 13824 teras dan IBM PowerXCell 8i sebanyak 12960 atau 116640 teras (Wikipedia, IBM Roadrunner).

Kembali ke tajuk asal
Cukup untuk itu, dan kita tidak mahu tentunya menggunakan satu komputer yang berkapasiti besar semata-mata untuk menjalankan notepad. Walaupun mungkin tidak logik tetapi tetap ada peluang untuk perkara ini terjadi. Dan apa yang boleh dilakukan oleh pihak Microsoft, adalah mencari jalan untuk menjadikan sistem operasi Windows lebih rendah dari segi keperluan sistem yang mahu digunakan. Ambil pengajaran daripada Windows Vista dan pihak Microsoft sendiri mengatakan bahawa Windows 7 ini lebih rendah keperluan sistemnya. Benar atau tidak kita nantikan kepada versi penuh nanti. Seharusnya mereka perlu mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan oleh sistem operasi yang berasaskan Unix seperti Linux dan Apple Mac OSX yang mampu menjalankan sistem operasi dengan menggunakan sistem yang lama. Sebagai contoh, Linux yang memerlukan sekadar kelajuan unit pemprosesan kurang daripada 1GHz, RAM kurang daripada 512MB telah dapat menjalankan dengan baik. Secara tidak langsung mengurangkan pembuangan sistem komputer yang lama dan paling kurang tidak membebankan pengguna tatkala ekonomi dunia sedang diambang kemelesatan.

Kesimpulan
Bukan hanya Microsoft sahaja yang perlu mengambil berat tentang perkara ini tetapi juga kesemua sistem operasi termasuklah Linux dan Mac OSX, terlibat juga adalah sistem antivirus dan sekuriti yang semakin lama semakin tinggi keperluan sistem untuk menggunakannya dengan lebih lancar.

Glosari
Teraflop - FLOPS (FLoting Operation Per Second) adalah satu kayu ukur untuk pengiraan kepantasan sesebuah komputer dan sering digunakan untuk mengukur kepantasan superkomputer. (Wikipedia - Supercomputer)

Sumber
Jaguar Chases Roadrunner, but Can’t Grab Top Spot on Latest List of World’s TOP500 Supercomputers. 2009. Dikeluarkan pada 14 November 2008. Web site: www.top500.org
Supercomputer. Web site: en.wikipedia.org
IBM Roadruner. Web site: en.wikipedia.org

Isnin, 12 Januari 2009

[Mesra Alam] Google dan kesan kepada alam sekitar

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009
TambahBaik_1: 12012009, TambahBaik_2: 13012009, TambahBaik_3: 13012009

Google dua perkara berikut "cerek" dan "karbon"
jika anda mengikut apa yang K katakan di tajuk, maka anda telah pun memasak air menggunakan cerek besi. kurang jelas maksud K? begini sebenarnya, kajian terbaru yang dilakukan oleh golongan cerdik pandai di Universiti Havard menunjukkan bahawa satu carian Google yang anda lakukan mengeluarkan gas CO2 (Karbon Dioksida) yang sama dikeluarkan oleh cerek sebanyak 7g manakala cerek tersebut mengeluarkan sebanyak 15g.

Google dan alam sekitar
sebenarnya Google telah pun menjadi ahli kepada kumpulan Climate Savers Computing Initiative (Inisiatif Perkomputeran Penyelamat Iklim). kumpulan ini membuat satu sasaran iaitu mengurangkan penggunaan kuasa komputer sebanyak separa pada tahun 2010. antara cara mereka adalah menutup (shut down) komputer jika tidak digunakan.

Google berkata - TambahBaik_1
Ramai yang mengatakan bahawa Google mengeluarkan terlalu banyak CO2 untuk setiap carian yang dilakukan iaitu sebanyak 7g. lalu pihak Google mengatakan didalam blog rasmi mereka, OfficialGoogleBlog bahawa mereka sebenarnya adalah pemilik kepada sistem pusat data yang paling efisien dalam penjimatan tenaga di dunia (most energy efficient data center).
ramai yang tidak nampak apakah yang google telah lakukan disebalik penggunaan 7g/carian yang dikatakan tinggi itu. jawapannya amat mudah, apakah enjin carian yang paling pantas di dunia, mampu memberikan jawapan kepada anda kurang daripada 0.2 saat? hanya satu jawapan pasti - Google.

Google vs Buku - TambahBaik_2
jika anda katakan 7g 0.2g (mengikut Google) itu banyak mari kita bandingkan dengan perkara lain, menelaah sebuah buku sahaja sudah mengeluarkan 2,500g CO2 atau 350 kali ganda lebih tinggi daripada Google. satu cheeseburger mempunyai rekodkarbon sebanyak 3,600g CO2, 500 kali ganda lebih tinggi daripada Google. malahan, ketika anda membaca blog ini, selama 10 minit anda telah pun mengeluarkan 6g CO2. dan Google juga mengatakan bahawa semasa anda membuat carian melalui Google, komputer anda sendiri mengeluarkan CO2 lebih tinggi daripada server Google semasa untuk memberi jawapan kepada carian anda itu.

Google? Tak termasuk dalam kajian - Alex Wissner-Gross - TambahBaik_3
setelah Google dipandang sebagai antara penyebab kepada pembebasan gas
CO2 yang banyak atas aktiviti enjin carianya, orag yang bertanggungjawab keatas kajian yang dikeluarkan oleh The Times edisi London mengatakan bahawa Google tidak termasuk langsung dalam kajiannya dan fakta tersebut adalah fitnah kepadanya sebagai seorang saintis. termasuklah cerita tentang cerek tersebut yang tidak tahu daripada mana datangnya statistik itu.

Alex hanya menjalankan kajian terhadap pembebasan gas CO2 oleh laman web di internet, da memang benar jika dikatakan setiap daripada kita adalah penyumbang secara langsung kepada pembebasan gas tersebut kerana setiap perkara yang berfungsi di atas talian internet mempunyai "kos tersembunyi" tersendiri.

Google adalah antara syarikat yang terbaik dalam menjaga alam sekitar kerana amat terkenal dengan sistem pusat data mereka yang amat baik sekali dalam isu penggunaan tenaga secara optimum sekaligus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

Yang anda boleh lakukan
kurangkan membuat pencarian yang sia-sia yang sekadar mengisi masa lapang, kurangkan chat yang tidak perlu di internet dan pelbagai lagi yang tentunya sukar untuk diikuti oleh generasi sekarang. dan mungkin yang lebih baik adalah, masak air itu lebih baik daripada menggunakan enjin carian secara sia-sia. selamatkan bumi kita sebelum kita perlu menyelamatkan diri sendiri. dan, apa yang anda baca jangan terus percaya., sebaliknya kaji dahulu kerana itu yang terbaik.

Sumber
CNETNewsTechnically - How Google searches lead to our destruction
CNETNewsGreenTech - Measuring your Google search's carbon footprint
CNETNewsGreenTech - Scientist slam newspaper for Google CO2 report
TechNewsWorldGreenTech - Havard Scienties sets record straight on internet carbon study
BBCTechnology - Carbon cost of Googling revealed
TimesOnlineTech&Web - Revealed: the enviromental impact of Google searches
OfficialGoogleBlog - Powering a Google search
Google - Commitment to sustainable computing
GuardianEthical - The carbon cost of Googling
GuardianTechnology - Every time you Google, Gaia kills a panda. Well, maybe not
LifeHacker - Energy conversation: two Google searches use the same energy as boiling water for tea