Memaparkan catatan dengan label amd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amd. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Januari 2009

[Google & AMD] Krisis ekonomi, buang pekerja

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 17012009

100 orang pekerja - Google
Bagaimana untuk melihat keadaan ekonomi dunia sekarang? tidak perlu jauh, hanya perlu melihat kepada Google, jika Google terkena penangan ekonomi tersebut, maka itu menunjukkan keadaan ekomoni parah. itu yang dihadapi oleh Google kini, 100 orang pekerjanya perlu diberhentikan kerana keadaan ekonomi. sekaligus menghancurkan imej Google sebagai sebuah syarikat yang menjaga hal ehwal pekerjanya dengan amat baik.

AMD tidak terkecuali

Selepas pembuangan pekerja pada bulan November lepas seramai 500 orang, kini mereka mahu membuang lagi pekerja kerana keadaan ekonomi. pada kali ini, 1,100 orang pekerja akan diberhentikan bagi mengurangkan kos AMD. dan mungkin akan berlaku lagi jika penjualan processor AMD tidak mencapai sasaran mereka.

Sumber
ValleywagLayoffs - Google's loss of innocence: 100 jobs cut
PCMag - Google trims contractors, engineering sites
TechSpot: AMD plans to cut 1,100 more jobs
ArsTechnica - AMD cuts jobs by almost 10 percent, again

Isnin, 12 Januari 2009

[Intel] Neo akan kalah - Agent Smith

Tarikh Keluaran Artikel: 12012009

Atom Tidak Layak Untuk Bertanding

Minggu lepas menunjukkan bahawa AMD telah mengeluarkan chip terbaru mereka yang khusus untuk ultraportable laptop dan bukannya netbook dan chip AMD Neo ini telah bersaing dengan Intel Atom dan ternyata Atom tidak dapat menandingi Neo. Dan pihak Intel mengatakan, Atom dan Neo berada di kedudukan berbeza, Atom untuk netbook dan Neo untuk ultraportable, satu persaingan yang tidak adil bagi Atom.

Intel "Agent Smith" vs AMD Neo
Oleh kerana itu juga Intel mengeluarkan notis bahawa mereka akan membawa "Agent Smith" untuk mengalahkan Neo dalam persaingan processor untuk ultraportable laptop ini. Dengan cip terbaru ini yang hanya mempunyai saiz 22mm, memungkinkan ultraportable laptop akan semakin nipis dan dibawah satu inci (25mm). Adakah mampu Neo mengalahkan Agent Smith yang akan memburunya seperti didalam filem Matrix? Bersambung....

Sumber
CNETNewsNanotech - Intel to bring out chip for lower-cost thin laptops
Engadget@CES - Intel reportedly planning new lower-cost processor for ultra-thin laptops
Engadget@CES - Intel slips new Core 2 Duo "S" processors out the door
Electronista - Intel quietly rolls out small Core 2 Duo "S"
Fudzilla - Intel working on CPU for cheap, thin lappies
TechSpot - Intel to launch new CPUs for lower-cost thin notebook

Rabu, 7 Januari 2009

HP + AMD Athlon Neo (Update 1 - 07012009)

Tarikh Keluaran Rasmi - 06012009
Update 1 - 07012009




pengenalan
amaran untuk perkara ini:
1. dilarang menggelarkan laptop baru HP ini sebagai Netbook, lebih elok jika dipanggil "Ultraportable Notebook".
2. dilarang mengeluarkan sebarang perkataan untuk menunjukkan kekaguman contohnya, wooohoooooooooo ataupun wallaaa smart sioooottt.

HP + AMD Athlon Neo = Tentera HP 2009
HP telah mengeluarkan beberapa tentera sebagai menjawab kepada hajat Acer untuk mengambil takhta HP sebagai penjual Laptop terbanyak pada tahun 2009 ini. dengan menggunakan processor terbaru AMD; AMD Athlon Neo, HP kelihatan yakin untuk menghadapi cabaran daripada Acer dan tidak asing lagi jika HP tidak disertai dengan design yang menarik mata pelangga mereka. ini tidak langsung merancakkan lagi persaingan antara 2 syarikat Laptop ini, mungkin Dell juga akan mengeluarkan jenisnya yang terbaru iaitu Dell Adamo yang dikatakan lebih nipis daripada MacBookAir tetapi dari sudut keluasan jualan tidak besar kerana tidak ramai yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli laptop yang terlalu nipis.



Harapan akan datang
yang dilihat kini HP cuba menggabungkan antara netbook dan notebook kerana netbook lebih kepada internet dan aplikasi berasaskan web (web based application) tetapi notebook lebih mementingkan kemampuan laptop tersebut, dan kini kedua-dua sifat itu cuba digabungkan oleh HP untuk membentuk HP siri 2009 ini. dengan skrin 12" dan 13" disertakan dengan kebolehan AMD Athlon Neo yang digabungkan dengan ATI Radeon 3000 sebagai pembantu dalam grafik, bakal memadamkan dominasi Intel Atom didalam Netbook. rasanya akan datang apa pula?



Update - 07012009
Magnesium?

setelah K baca daripada ArsTechnica dan TGDaily tentang netbook notebook ini, terbaca tentang ATI Radeon yang disematkan didalam aloi magnesium yang menggantikan aloi aluminium. setahu K la, magnesium ni kalau dalam kelas kimia masa form 4 main bakar-bakar je, tu pure magnesium. setelah dikaji sekejap, aloi magnesium tidak akan terbakar kerana terdapat satu bahan iaitu SF gas yang membantu menaikkan suhu melebur aloi magnesium. oleh itu perkara ini secara teori dan aplikasi dalam makmal tidak akan berlaku. dan alot magnesium juga dikatakan lebih mesra alam daripada aloi aluminium, mungkin sebab itu HP menggunakan aloi magnesium




suka K lihat laptop ni kerana designnya yang membentuk satu agrodinamik yang baik dan peredaran udara yang bagus dibawah laptop tersebut. ini sedikit sebanyak akan mengurangkan risiko Sindrom Terowong Carpal (Carpal Tunnel Syndrome).

sumber terkini
AMDNewsRoom - AMD delivers groundbreaking platform for ultrathin notebook

CNETNewsNanotech - new HP ultraportable frist to use AMD Neo chip
Engadget - HP greets us with 13.3" Pavilion dv3 entertainment laptop
Engadget - HP's 12.1" Pavlilion dv2 with Blu-Ray: don't call it netbook
Engadget - AMD kinda sorta takes aim at Atom with Athlon Neo
Gizmodo - HP Pavilion dv2 notebook is HPs first 12", full functioning consumer laptop
YahooTechCES2009 - AMD aims to bulid middle ground between netbook and laptop
TechSpot - AMD unviels Athlon Neo for ultraportable laptops
ArsTechnica - AMD's Neo processor debuts in HP notebook
TGDaily - CES 2009: HP to launch series of low cost computers

Rabu, 3 Disember 2008

AMD Phenom II: The New Hope Episode 2

entri ringkas.. just for update

hari demi hari berlalu, orang semakin memikirkan apakah mampu cerita Phenom II: The New Hope ini bertukar kepada Phenom II: Empire Strike Back mahupun paling kurang menjadi Phenom II: The Return of AMD ().

semakin ramai yang memikirkan pasal ni dan perbandingan demi perbandingan dilakukan. dan perbandingan yang K fikirkan adakah orang akan membeli

1. soket. jenis soket amat dipandang oleh golongan yang mahu menggunakan processor yang baru. tidak mahu menukar motherboard yang baru semata-mata untuk menggunakan processor yang baru. Shanghai akan menggunakan soket AM3.

2. harga. harga akan dititikberatkan oleh pengguna biasa (normal end user) yang tidak membuat kerja2 kritikal. hanya untuk membaca blog K ni.. (kerana pengguna yang hebat takkan membaca blog K yang tak hebat ni). harga tu penting..

3. worth. berbaloi ke nak tukar ni? mana lagi best.. tambah harddrive ke tukar processor. tu pun perlu diambil kira dalam hal2 sebegini. kalau tak berbaloi membeli satu processor yang berharga RM3000 semata2 mahu melihat kelajuan yang tinggi bagi pengguna biasa. tidak berbaloi rasanya.

jika perkara ini mampu di kawal oleh , maka episod Phenom II: The New Hope ini akan bertukar kepada Phenom II: the Return of AMD

credit
TgDaily - AMD Shanghai versus Intel Nahalem at 45nm
TgDaily - More details of AMD 45nm desktop CPU schedule revealed
TechSpot - AMD 45nm roadmap detail revealed
CNETNews - AMD Phenom II chips echo Intel's i7


Sabtu, 22 November 2008

AMD Phenom II 5GHz++


45nm architecture, 2MB L2 cache (512KB/core), 6MB L3 cache.

itu adalah characteristic AMD () Phenom II. ia bakal keluar pada Q1 2009 tetapi para modes telah mula untuk menguji setinggi mana tahap Phenom II.

[overclocked]
apa itu overclocked? overclocked adalah satu method untuk menaikkan kelajuan CPU, misalnya daripada 2.0GHz kepada 2.2GHz, itu adalah secara basicnya. dan secara detailnya yang terlibat adalah jumlah current yang masuk ke CPU, bilangan stepper yang terlibat dan beberapa lagi modification. bukan setakat CPU sahaja kini dapat di overclocked, tetapi GPU (Graphical Processor Unit) juga

effect daripada overclocked boleh terjadi tetapi untuk para modes itu amat tipis kerana sistem yang mereka gunakan adalah tinggi. dan memang untuk di overcloked tanpa batasan sehingga maksimum CPU itu sendiri sebagai contoh, Intel () Pentium 4 dibawah


itulah yang terjadi kepada Phenom II yang melalui method yang lebih kurang sama, Phenom II untuk kali ini

[overclocked] Phenom II
bermula daripada 3GHz - itu adalah secara basicnya (dan ini juga yang akan dikeluarkan oleh nanti) dan menggunakan air cooling mereka dapat mencecah sehingga 4GHz - hanya menggunakan air cooling sahaja, dan menggunakan Liquid Nitrogen/Dry Ice 5GHz dapat dicapai. dan ada pihak mengatakan sehingga 6.3GHz

[overclocked] i7
i7 juga telah dioverclocked untuk mengetahui sejauh mana kebolehannya, dan menggunakan air cooling daripada 3.2GHz, naik kepada 4.5GHz, dan 5.7GHz menggunakan Dry Ice cooling.

mengapa [overclocked]?
memang tidak ramai yang boleh mengambil kebaikkan daripada overclocked yang menlampau seperti ini, menggunakan Dry Ice yang sememangnya bahaya (-196C) dan memerlukan air cerculation yang besar (jika anda perhatikan, mereka buat diluar rumah) dan ruang yang besar (tabung Dry Ice) tetapi yang mereka mahu mengkaji adalah, bertapa hebatnya sistem ini dan sehingga tahap apa boleh dicapai. bukan untuk pengguna biasa tetapi untuk syarikat pengeluar itu sendiri.



konklusi
masih tidak dapat sebenarnya menyaingi i7, dan pihak mereka juga tidak mahu menyaingi i7 kerana kos yang tinggi, tetapi cukup sekadar melebihi kebolehan Core 2 Duo. dan ini akan digunakan untuk menyayingi pada akan datang. dan adakah ini menunjukkan episod AMD Phenom II: The New Hope bakal disambung dengan AMD Phenom II - Return of Jedi?

berita daripada
PCPerspective 5GHz+ Phenom II overclocked on LN2
Gizmodo - AMD shows off Phenom II processor's headroom, by overclocking to 5GHz
TechSpotHardware - AMD shows off Phenom II overclocked to 6.3GHz
TheOvalich - AMD hits 6.0GHz, steal Intel's Core i7 thunder

Ahad, 16 November 2008

AMD Phenom II : The New Hope

siapa hebat?
jika berkata tentang AMD (
) vs Intel (), ramai akan bertelagah, siapa lebih gempak, siapa lebih hebat, siapa lebih laju, siapa lebih canggih. itu kata orang. secara faktanya, sekarang ini semakin jatuh dan jatuh dan jatuh. peminat , jangan marah ek, itu fact. kerana mereka bukan bersaing dengan , tetapi bersaing dengan jumlah baki didalam simpanan mereka. kerana mereka semakin rugi. dan rugi dan rugi. lihat saja jumlah pekerja yang dibuang. kerana mahu mengurangkan kos. (AMBNaC : AMD - You Are The Chosen One). mereka diserang bertubi-tubi seperti mereka sedang didalam clone war. tidak tertanggung.

itu beberapa minggu lepas.
tetapi kedatangan Dark Vader yang baru,
Shanghai dan akan disambung kepada Phenom II seakan memberi tajuk baru kepada , The New Hope.



kenapa tentang
Phenom yang lama?
ada kata hebat, ada kata tak hebat. bagi K sendiri, secara konklusinya mengatakan, tidak hebat. kerana? kerana
Phenom yang sepatutnya keluar sebagai pemecah kebuntuan sebaliknya membawa badi kepada kembali lantas menyebabkan kejatuhan dan pemecahan kepada 2 syarikat. kerana platform "Spider" yang digunakan oleh didalam Phenom tidak cukup berbisa kepada . tetapi bisa itu terkena kembali kepada Spider tersebut lantas beberapa bug didalam Spider dan kerana itu juga menyumbang kepada kehancuran empayar .

setelah
mengatakan mampu menghancurkan empayar dengan mengeluarkan ace-nya terbaru i7 (Nahalem) yang merupakan generasi kedua yang menggunakan 45nm technology, membalas dengan mengeluarkan generasi pertamanya yang menggunakan 45nm technology (Shanghai) sebagai tanda kembalinya ke peperangan CPU bersama . (AMBNaC - Intel Core i7)

kenapa dikeluarkan
Shanghai?
kerana mahu mengembalikan reputasinya setelah belajar daripada kesilapan di
Phenom (Barcelona). dan sebab kedua mahu bersaing dengan yang telah keluar 2 generasi 45nm. mahu atau tidak, pilihan terbaik, keluarkan Shanghai.

Shanghai akan didahului untuk Opeteron terlebih dahulu sebelum masuk ke Phenom II pada tahun depan.

penutup
Semoga kedatangan ini mampu untuk memberi suntikkan baru kepada
agar mereka dapat bangun semula dan bersaing dengan

rujukan
PCMag : AMD to launch Phenom II at CES
PCMag : AMD's 2009 product roadmaps, in pictures
PCMag : AMD finally playing to its strengths