Memaparkan catatan dengan label knowledge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label knowledge. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2008

Buletin AMBNaC

Buletin AMBNaC (AdaMasalahBaruNAkCari)
edisi khas - study week special edition

sebab malas nak tulis review satu2 so jadi la gini

1. Apa salah daku

daripada TimesUnion, seorang pelajar didakwa atas menceroboh sistem maklumat sekolah atas sebab pihak sekolah tu yang tak reti nak baiki masalah system mereka. sian budak tu. budak tu tak salah pun act, kerana kalau kuat securiti, tak de masalah.

logiknya, kalau betul dia nak buat kerja jahat, buat apa nak dia bagi tahu pengetua pasal dia berjaya pecah masuk database? logik ke? emm biasa la.. nak elak malu, kene la ambil tindakkan.

nasib baik la budak tu yang pecah masuk, kalau orang luar? kompem kene jual segala information

TimesUnion : School breach left personnel files exposed




2. komputer lambat boot, tensen aku


sebab lambat sangat komputer ni nak boot, aku guna laptop aku je la.. lembab

komputer makin lama makin laju, graphic pun makin laju, walla.. tapi boot time? fuhhh letih nak tunggu. kalau 3 minit pun dah terasa lama, kalau 5-10 minit? lagi la.. apa anda rasa?

kalau anda rasa tak leh nak sabar, tu la masalah orang sekarang. payah nak sabar. g la gosok gigi ke.. cuci rambut ke.. buat sandwish dulu ke.. kalau lama sangat tu gi la tido dulu.. haaa jangan marah2

HeraldTribune : in age of impatience, cutting computer start time



3. haaa korang nak tido kan?

disebabkan komputer korang tu lambat sangat nak boot, tido la dulu (macam telah dikata ditajuk no 2)
so, korang kene ada katil yang best.


fuhh best tu... empuk. macam hammock pulak dah.. emm banyak lagi design yang best2 dan pelik2 macam ni


pelik tol...

dan paling best aku nampak adalah.......

wakakakkakaka

WebUrbanist : 18 extraordinary modern beds and bed design



4. OS apa nak pakai?

korang bangun je dan siap dah komputer korang tu. emm tapi korang terfikir tak, korang nak guna apa ek? vista macam siot je rasa. dan microsoft dah kata nak kuarkan windows 7. so pilihan korang?



ni survey dekat ZDNET, kalau korang rasa korang punya net laju tu, g la.. kalau lambat tak payah la.

TheTuxGeek : What Windows 7 Really Means for Microsoft and You
ZDNet : Is Holding Out for Windows 7 a Gamble Worth Taking?



5. korang dah vote kan?

so korang nak masuk site mana lepas ni? tak tahu? tak pe.. aku tunjukkan jalannya. aku kan pemandu pelancong. korang ni kira pelancong la masuk blog ni.

emm sini ada beberapa blog yang smart (dari segi designnya) yang berkenaan "dark theme"
antara yang menarik perhatian adalah


Starbucks Cofee At Home


Batman The Dark Knight in 3D


Bird Malaysia

fuyooo ada jugak site malaysia dalam blog ni.. syabas.dan korang, sila2 la singgah ek

SixRevsions : 50 Beautifully Dark Web Designs

so tamatlah edisi khas Buletin AMBNaC

Kami Bodoh (kot)

anda bangga dengan ke-terre-an anda menggunakan henpon?
anda bangga dengan ke-terre-an anda menaip di keyboard komputer?
anda bangga dengan ke-terre-an anda surf internet untuk jumpa blog hina ni?
anda bangga dengan ke-terre-an anda yang tidak ada pada orang tua anda?

tak payah la.. entah2 atuk nenek anda lagi hebat kot dari anda. bukan dalam bidang teknologi tau.
kalau pasal teknologi kompem la kalah.



biar betul, ahli politik sekarang kepandaian mereka setaraf budak umur 3 tahun pada 1976. nak kata tipu betul gak. kalau tak asyik nak perang macam budak2 je keje. pikir main peter pan ke (teringat tengok cerita peter pan & hook).

pernah juga lecturer kata, budak sekarang ni kurang membaca dan kurang ilmu yang luas. emm betul la kot. semua nak mudah je sekarang. tapi... tahniah.. anda adalah pembaca.. jadi anda ada la sikit ilmu yang orang kat luar sana tak ada. semoga blog ni bantu anda tambahkan ilmu anda. dan terima kasih sebab masuk blog hina ni.

so, tanya guru anda. apa pendapat dia pasal budak sekarang. mungkin ni jawapan dia
- bajet hebat, tapi tak la hebat pun
- korang kurang membaca
- ilmu tentang bidang yang diambil tak luas
- ilmu korang tak dapat nak lawan aku (cikgu tu kata)
- no komen (ni jenis malas)
- emmmm nanti saya jawab ek (ni jenis malas jugak la kiranya)

so kesimpulannya, baca baca baca. jangan malas baca.

sebab aku tulis ni berdasarkan pembacaan aku kat
MailOnline : Dimming down - How the brainpower of today's 14-year-olds has slipped 'radically' in just one generation