Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2009

[Internet] Katakunci popular di Internet

Tarikh Keluaran Artikel: 09012009
Tambah Baik 1: 12012009

Pengenalan

bagi korang yang sentiasa nak ikut style terkini. nak fesyen yang baru je, yang lama dianggap lapuk dan ketinggalan zaman dan tidak boleh menggunakan ayat sebegitu dan lain-lain sebab, K kenalkan Royal Pingdom.

Royal Pingdom
satu site yang menawarkan perkara terbaru didalam internet yang berdasarkan kepada Google Trend. dan kata kunci ini membawa kepada banyak perkara, terutamanya Google AdSense dan semua program yang membawa duit, serta tidak kurang penting kepada yang mahu memperkenalkan laman mereka.

Katakunci Yang Meningkat, Menurun Dan Stabil
didalam royal pingdom tersebut terdapat beberapa senarai kata kunci yang boleh dijadikan sebagai satu rujukkan kepada semua yang mahu menggunakannya.

sebagai contoh, perkataan "blogging" sudah semakin pudar popularitinya tetapi saudara terdekatnya, "blogger" sentiasa menaik reputasinya dan diikuti rapat oleh "microblogging" yang dikenalkan oleh Twitter.

Perkataan Yang Semakin Naik

torrent, blogging, microblogging, SaaS (Software as a Service), DDoS (Distributed Denial-of-service attack) dan affiliate program.

perkataan yang semakin menurun
VoIP, Web 2.0, Web 3.0, spam.

Sumber
RoyalPingdom - current trends for web terminology and buzzwords
ReadWriteWeb - Buzzwords of web 2.0: RSS down, Microblogging up

Khamis, 8 Januari 2009

[security] Rough AV - SpyProtector

ni list terbaru untuk rough antivirus di internet. antara "antivirus" nya adalah;
  • www.av-online-scan.org/
  • sys-scanner.com/
  • spyprotector-pro.com
  • av-online-scan.org/
  • www.sys-scanner.com/
K dah report site2 ni, dan site ni masih boleh dimasuki menggunakan Firefox (FF) dan Google pun masih tak halang lagi, so sedikit berhati-hati diperlukan :)

bersama menentang penipuan antivirus dan antispyware

sumber utama
Web2Secure - More rough AV scanner to come

Isnin, 22 Disember 2008

Saman? Tak Payah La - RIAA [Siri 3]

Pendahuluan
lepas soal jawab antara ArsTechnica dan Cary Sherman didalam siri 2 yang lepas, maka siri ketiga diambil daripada CnetNews - One ISP says RIAA must pay for piracy protection.

Scorgin Berkata
"diorang (RIAA) ada hak untuk jaga lagu dan muzik diorang, tapi diorang tak ada hak nak paksa saya supaya "tolong" jaga pulak. saya tak mahu la sebarang illigel berlaku tapi masalahnya servis kitorang (perkhidmatan internet) ni bukan free".

sapa Scroggin ni?
dia adalah owner kepada Bayou Internet and Communication. dengan mempunyai pelanggan seramai 10,000 hingga 12,000 orang di Louisiana menganggap itu satu kerja "gila".

Tidak Penting
tidak sepenting perkara yang diminta oleh FBI, mahupun polis dalam hal Denial of Service (DoS) atau perkara lain seperti bot attack. ini hanya menjadikan mereka seperti polis hiburan yang percuma, "HBO's Free Police".

Penutup
masih banyak perkara yang perlu diperjelas dalam perkara ini. kerana tanpa sokongan pihak ISP tidak akan berjaya method RIAA tersebut. so, biar lambat asal selamat; Direct Download

Sumber
CnetNews - One ISP says RIAA must pay for piracy protection
ArsTechnica - ISP tells RIAA piracy protection doesn't come free
Wired - RIAA stratergy shift mired in lurky legal water
Wired - RIAA qualified statement on no new copyright lawsuits
TechSpot - ISP tells RIAA must pay for piracy protection

Saman? Tak Payah La - RIAA [Siri 2]

Siri 2
post yang lepas, Saman? Tak Payah La - RIAA yang K keluarkan 19 desember tempoh hari menunjukkan bagaimana RIAA mahu menjadikan hubungan dengan ISP sebagai senjata terbaru mereka untuk memerangi cetak rompak yang beredar melalui P2P. disebabkan mereka mahu menjalankan proses itu maka terdapat beberapa persoalan yang berlaku.

diringkaskan daripada ArsTechnica - RIAA graduated response plan: Q&A with Carry Sherman

Persoalan
berdasarkan apa yang dikatakan oleh RIAA mengenai proses itu berlaku, bagaimana jika semua notis yang diberikan oleh pihak ISP itu TERmasuk kedalam spam folder (ketiga-tiga notis tersebut, ataupun notis terakhir). dan jika itu berlaku, pengguna adalah jatuh kedalam golongan yang tidak mengetahui perkara itu. bukannya orang yang mengetahui.

adakah ibubapa perlu mengambil tanggungjawab jika anak mereka yang melakukan perkara ini (download lagu menggunakan P2P secara illigel). dan adakah kejiranan perlu bertanggungjawab jika mereka membuka open wifi?

yang menarik perhatian K adalah soalan ini, apakah pengguna akan diberikan diskaun jika mereka diturunkan kelajuan internet mereka daripada 7Mb kepada 256k? soalan ini mengundang 2 perkara.
- bila Malaysia nak ada 7Mb speed connection? (termasuklah kenapa tak open tender HSBB sebab TMnet fail dalam bahagian strymx)
- ISP mana yang bersetuju dengan cadangan ini? contohnya? TMnet menggunakan agreement bahawa dalam tempoh setahun, pengguna tidak boleh downgrade mahupun berhenti menggunakan perkhidmatan. so kalau perkara ini berlaku? mana satu TMnet akan ambil? downgrade ataupun putuskan :)
maybe TMnet hanya aka mengambil tindakkan berikut, putuskan perkhidmatan 24jam dari tarikh notis. tapi kalau sejuta orang dikenakan tindakkan begitu, K rasa semua orang akan mencari ISP baru



Cary Sherman berkata tentang

adakah perkara ini hanya di USA? dan berapa lama dah perkara ini didalam rancangan
- tidak perkara ini kalau boleh nak seluruh dunia, emm setahun gak la rancangan ni

bila agaknya sistem ni nak jalan? ataupun dah jalan?
- belum lagi da

adakah kolej dan universiti pun terlibat gak?
- universiti dan kolej ada cara mereka sendiri, contohnya Stanford akan cas $100 untuk re-connect untuk notis pertama, $500 untuk notis kedua dan $1000 untuk notis ketiga. dan ada jugak yang akan kenakan pemotongan sementara seperti 24-jam dan kalau kali ketiga akan didakwa dalam akta universiti tersebut.
[K terfikir - adakah akan berlaku perubahan peraturan AUKU sekali lagi tentang perkara ini?]

apa akan terjadi kepada ISP yang tak mahu join perkara ni?
emm kita cuba bagi tahu diorang kenapa diorang kene join

Kesimpulan
RIAA sedang melakukan satu cara yang akan menjadikan satu anjakkan kepada semua P2P-ian. so kesimpulan K tetap sama, biar lambat asal selamat: Direct Download

Sumber
ArsTechnica - RIAA graduated response plan: Q&A with Carry Sherman

Sabtu, 20 Disember 2008

Saman? Tak Payah La - RIAA

P2P dan Saman
perkongsian file melalui P2P amat tinggi sekali dan jika mengikut anggaran Cisco Systems, pada tahun 2008 yang dikeluarkan di dalam CPU (Computer Power User) January 2009 dibawah bahagian What Happening - Software.


2008
2010
2012
P2P
2,361
3,981
6,741
Online Video (PC)
1,346
3,215
6,216
Online Video (TV)
330
1,422
3,529
Web, Email, Data
999
1,785
3,087
Gaming
187
324
490
Video Communication
37
70
154
VoIP
56
87
114

seperti mana yang anda lihat bandwith (dalam PetaBytes ek) oleh pengguna P2P akan bertambah 3 kali ganda daripada tahun ini dan P2P amat terkenal dengan perkongsian fail secara haremmm. dan semenjak 2003 entah berapa orang yang kene saman dan selalunya yang terkena adalah pelajar, remaja kerana P2P. dan kerana rancangan itu tak la berjaya pun sebab makin meningkat adalah, lagi-lagi yang menganggotai kapal lanun antara yang paling hebat iaitu:


oleh itu kerana dah buntu mereka tidak mahu lagi main saman-saman tapi nak guna cara baru, kerjasama dengan IPS untuk cari semua pengguna P2P yang transfer lagu cara haram. senang kata tak boleh nak hilangkan, kurangkan pun jadilah.. asal industri filem dan lagu ni tak jatuh teruk. kerana industri lagu di USA dah dikatakan ada sedikit terjejas.

Modus Operandi
K guna Telekom Strymx (yang tak la best pun tapi ni je yang ada), dan K guna P2P untuk download cerita dari mana-mana sharing site dan bila RIAA dapat tahu, diorang akan bagitahu kepada Telekom dan Telekom akan bagi macam "warning" la. kalau terus buat akan dikenakan tindakkan macam bandwith cap ke.. tak pun remove user (macam la IPS nak..) kalau 10 orang tak pe la.. tapi kalau 1,000,000 orang kene buang? mau tak hangin IPS tu.. so K merasakan kurang berjaya la jangka panjangnya. tapi rasanya ini untuk Amerika je.. tahu kenapa?

Jap, apa itu RIAA?
korang ni.. main baca ni tahu ke RIAA tu menda? Recoding Industry Association of America ha... kan dah nampak tu kenapa.. sebab RIAA untuk Amerika je.. so Negara Bush-Agent Smith je la kene, owh sekarang nak lain dah.. Obama punya negara. tapi kene ingat, dia boleh je nak bagi ke luar negara.. kasi semua kene. sebab kalau lagu, movie dari Amerika tetap ada deal dengan RIAA. Mengikut apa yang K baca dalam ArsTechnica, France dan England termasuk so maybe buat masa ni, Amerika dan Eropah memulakan langkah ni dahulu

Kesimpulannya
Beli yang original, support industri perfileman dan (kalau lagu apa ek? rakaman? abaikan) negara kita. <-- tu bukan K kata la.. kalau K, biar lambat asal selamat, Direct Download :)

Sedikit Pesanan Daripada RIAA


Sumber
TechSpot - RIAA plans to spot suing music fans
ArsTechnica - No more lawsuits: ISPs to work with RIAA, cut off P2P users
YahooTech_BenPatterson - RIAA to halt lawsuits, cozy up to ISPs instead
CnetNews - RIAA's Cary Sherman says lawsuits were only option
CnetNews - RIAA President: No talk of blacklisting file sharers
CnetNews - CNET News Daily Podcast: RIAA shifts focus away from individual file sharers
ReadWriteWeb - Pirate Rejoice: RIAA drops lawsuits, makes deal with ISPs
TGADaily - RIAA changes tactics, wants ISPs to help fight music pirates
LifeHacker - RIAA stops suing individual, works with ISPs instead
Consumerist - RIAA to stop suing file sharers
Gizmodo - RIAA jerks to stop suing individuals for online piracy
PCMag - RIAA confirms it will take piracy fight to ISPs
Wired - No ISP filtering under new RIAA copyright stratergy
Wired - RIAA to stop suing music fans, cut them off instead

Jumaat, 19 Disember 2008

Phishing > Fishing > Memancing & Kaitannya



pendahuluan
apa pulak kaitannya phishing & fishing (memancing)? haaa teke la.. teka teki ni.. hint ek, mungkin ada, mungkin juga tiada. yang komfem tiada, anda tidak boleh menghampiri kawasan berair kecuali system anda kalis air. manakala fishing (memancing) perlukan anda ke kawasan berair kecuali anda bukan memancing ikan tetapi "anak ikan"~ ok kita tolak pasal tu, itu bukan pokoknya. act pernah buat pasal ni kejap tapi tak complete. Rujuk AMBNaC - [Quick Update] Friendster Phishing

Phishing
apa kebenda sebenarnya ni? cara paling senang nak cerita ialah, satu cara menipu pengguna bahawa mereka itu datangnya daripada bank yang pengguna gunakan dan menyuruh melakukan sesuatu menggunakan online system kononnya ada masalah daripada bank dan untuk membetulkan semula perlukan anda memasukkan kata laluan kedalam system tersebut (login) contoh paling senang K demo ek..


kepada pelanggan BankAkuUntukEngkau yang dihormati,

kami mendapat satu transaksi luar negara daripada akaun anda yang bernilai RM100.00, jika anda tidak melakukan perkara ini, kemungkinan besar ada penceroboh yang memasuki akaun anda, jika perkara ini berlaku sila betulkan semula perkara ini dengan link dibawah:

http://bankakuuntukengkau.com/kecemasan/transaksitakbetul.asp


selepas itu pihak bank akan membetulkan perkara ini dan menyiasat sedalam-dalamnya demi menegakkan keadilan (ayat kene power sikit).

mekasih la ek..
BankAkuUntukEngkau


so lepas tu korang pun layannn je.. dah seminggu lepas tu baru korang perasan, owh.. RM5,000 dah lesap.. dua minggu lepas tu owh. baki dalam akaun aku tinggal RM10.00 je.. masa tu baru la nak nanges, panggil TV3 dan segala TV yang ada, panggil Metro buat tajuk besar, "Saya Ditipu BankAkuUntukEngkau". tak pun Kosmo, "BankAkuUntukEngkau Guna Toyol".

Kaitan Phishing & Fishing (Memancing)
penat korang teke apa jawapannya (kalau korang teke la). jawapannya, disebabkan nama pun dekat2 sama dah, so modus operandi tetap la sama, guna umpan tiruan a.k.a rapalla orang pancing kata, tapi rapalla tu jenama.. gewang kot? macam kes pendrive la walhal pendrive tu jenama, sebenarnya thumbdrive atau lebih tepat UFD (USB Flash Drive). lantak la... tak penting isu tu, asal diorang guna umpan tiruan, untuk cuba tipu ikan. haa.. korang la ikan tu, so pilih la nak jadi ikan apa.. kaloi ke, kelisa ke, ketutu (tak silap aku nama ikan tu gitu) tak leh ek sebab aku baca dulu2 ketutu tak makan gewang. bila dah terkena mata pancing mata 3 tu... apa lagi.. best la dapat ikan.. dan kadang2 ada jugak ikan terlepas, macam mana terlepas... diorang cepat2 tukar password login dan password email. so selesai. so nampak kaitannya Phishing dan Fishing (memancing)?

Contoh Phishing
yang guna email selalunya untuk bank dan contoh terbaru sebelum K cuti selama 2 minggu, Maybank2U (ni bank yang tak de kene mengena dengan BankAkuUntukKau ek, lain..) yang kepoh kat TV3 dan terus dibawa cerita ini masa K meeting ngan lecturer. sebuk dikatakan, perkataan yang keluar ialah, dasat... menakutkan... hebat...
tak semestinya guna email, guna login page pun boleh. contohnya, Friendster. K act pun tak paham pesal laaa nak ambil account Friendster, bukan dapat apa, dan K temui jawapannya dalam satu site, mcbilly bagus site ni. siap gambar lagi, so K pinjam la gambar dia



nak tipu orang dah kata bodoh, tapi kalau dah tipu tapi kantoi, tu orang kata lampau bodoh.. apa masalah dia ni? nak tipu pun jangan guna blogspot. dan satu lagi jangan la sampai lupa padam atas header tu.. kantoi la.. so K pikir +ve, ini hanya testing dari user tu. boleh ke tak dia buat.. sebab tu kot. dan dalam blog tu tertulis sebuah komen katanya, Friendster account di phishing untuk membuat scam yang berkaitan antara member2. bukan macam phishing bank yang terus dapat duit. sama seperti taktik didalam YM

[update] dan perlu ke korang jadi mangsa seperti ini?



They're Phishing You - Don't Bite
so kalau bank tu apa2 hal sila rujuk balik ke bank anda, kalau masa login tu sila perhatikan alamat macam K try dekat Maybank2U dan masa login akan ada keluar gambar kunci (K guna FF) dan bila double klik dekat kunci tu akan keluar varification dan anda boleh lihat betul atau tidak site tu ada varification kalau betul maka itu digelar sebagai trusted web site. kalau tak de.. jangan la nak login kalau tak keluar pulak dalam Kosmo esok. Pasal Friendster, ada banyak cara yang diorang boleh buat kalau diorang dapat account anda, 1st bagi gamba lucah (sebenarnya porn advertisment) dekat comment member anda. 2nd ambik gambar anda yang walla tu dan sebarkannya tak pun photo impose pastu tepek kat comment member anda (walla~~) dan last sekali, buat account sebijik macam anda punya gambar pun dia curik dari anda. dan ada la beberapa cara lain yang best.

Penutup
sila la elakkan diri dari di phishing. owh lupa, idea ni diambil dari Dekan - MyWindowsXP

Sumber
Wikipedia - Phishing
MyWindowsXP - Lagi-lagi Phishing Di Friendster, Berhati-hati
AMBNaC - [Quick Update] Friendster Phishing
McBilly - Fake Friendster Phishing Website, What The Hell is The Point
JoenelUmal - Friendster Phishing (Fake Friendster Login)
FriendsterTalk - Friendster Phishing
PinoyMoneyTalk - Yahoo! Messenger Scammer, Hacker On The Loose
JerryOng - Phishing Scam Eying Online Social Networking
[update] fishballisme - AdibahAhmad

Isnin, 1 Disember 2008

[Quick Update] Friendster Phishing

K dapat ni daripada blog Dekan: MyWindowsXP, dia terangkan pasal seorang member dia dalam friendster yang bagi komen yang mencurigakan dan setelah diselidik, phisihing berlaku.

setelah diselidik menggunakan whois, ini jawapannya



so to all friendster-ian sila2 la berhati2 dan nasihat Dekan, kalau dah kene tu cepat2 ubah password anda ek..

Dekan jugak dah report benda ni ke MyCErt (Malaysia Cyber Security)

nak baca lebih2 sila ke sini
MyWindowsXP - Cara username dan password friendster anda dicuri

Khamis, 27 November 2008

Majalah PC, Q&A, Disember 2008

ini adalah kali kedua K buat re-review tentang persoalan dan pertanyaan yang terdapat didalam Majalah PC keluaran Karangkraf. K just nak kongsi je apa yang K tahu, kalau salah boleh betulkan :)

buat kali ini, K sekali lagi membuat bahagian Q&A. dan ini yang teradapat didalam kolum tersebut
Trojan & Windows Media Classic
Masalah WGA Windows XP
Papan Induk
Membuang Virus daripada Pemacu USB

mungkin mereka kekurangan tempat untuk menulis jawapan untuk soalan itu, tak pe la.. K pikir +ve.

soalan pertama
- PC tersekat ketika menggunakan internet, ada antivirus (AV) yang kata ada trojan dalam PC dia. tapi tak pun jumpa walaupun dah scan banyak kali, adakah itu masalah windows ataupun virus?
- ada tak software Windows Media Classic

jawapan pertama
dia mengatakan bahawa PC dia "hang" ketika menggunakan internet. oleh itu ada beberapa perkara harus diambil kira sebelum dikatakan itu masalah siapa, Virus atau System.
  • apakah spesifikasi system PC dia. (processor, RAM dan sebagainya)
  • apakah jenis browser yang digunakan
  • apakah jenis AV yang digunakan
  • AV apa yang mengatakan system anda bermasalah? (jika menggunakan lebih daripada satu AV)
jika semua disitu lengkap, maka boleh dibuat andaian. tetapi kerana tidak terdapat sebarang panduan, maka akan dianggap sebagai 2 kes.

kes pertama - spesifikasi sistem yang tidak mencukupi
kadang kala browser akan menggunakan sejumlah RAM yang banyak lebih lagi jika mempunya plugin atau pun cookies yang banyak. maka itu tingkatkan keupayaan sistem anda dengan menambah RAM, mahupun membersihkan sistem anda daripada junk file. rujuk AMBNaC - CCleaner: Crap Cleaner. software ini freeware dan ringan.

kes kedua - malware infection
secara lazimnya tidak banyak AV yang boleh membersihkan dengan baik trojan dan spyware. oleh itu anda digalakkan menggunakan software yang khas untuk membersihkan trojan dan spyware selain virus dan worm, seperti Malwarebytes' (percuma untuk mencuba - K recomended), Spyware Search & Destroy (freeware), Ad-Aware (percuma untuk mencuba). lakukan scan didalam save mode dan bersihkan jika terdapat sebarang detection.


dia juga ada mengatakan bahawa adakah terdapat satu software yang dinamakan sebagai Windows Media Classic (WMC), dan jawapan yang diberikan benar, ada. tetapi K tidak mengsyorkan menggunakan WMC tetapi menggunakan Media Player Classic (MPC) yang terkandung sekali didalam K-Lite Codec Pack ataupun K-Lite Mega Codec Pack. bahkan itu lebih baik, kerana freeware.


soalan kedua
- ada masalah dengan Windows (
) XP SP2 yang ada tulis, ask for genuine Microsoft () software ataupun gambarnya seperti dibawah


jawapan kedua
pihak Majalah PC melakukan satu tindakkan yang akan membuatkan diri mereka disaman oleh
. kerana jawapannya adalah; masalah itu kerana anda membuat update WGA (KB905474) dan akan membuatkan (gambar diatas) muncul. dan kadang kala boleh mematikan PC. cara yang boleh dilakukan adalah menggunakan RemoveWGA 1.2 daripada sekian2 site.

jawapan yang K leh bagi adalah, tahniah.. sebentar lagi jika pihak

membaca buku tersebut mereka boleh memfailkan saman kepada anda

kerana WGA berfungsi sebagai satu serangan kepada semua pengguna software Microsoft yang cetak rompak. tidak dinafikan bahawa ada beberapa kes yang mana WGA ini tersilap pandang tetapi setelah dibaik pulih sistem itu, kini anda boleh mengatakan bahawa kes tersilap itu adalah terlalu sedikit. jika anda pengguna
membaca perkara ini, mereka boleh menyaman anda, kerana membantu cetak rompak di Malaysia. so, sila2 la buat awal2 tabung ehsan Majalah PC :)

bagi pengguna yang original tetapi mempunyai masalah itu sila kunjungi ke site Microsoft Forum. mereka disana sedia membantu menyelesaikan masalah anda. kerana menggunakan RemoveWGA itu adalah salah dan dianggap sebagai hacking tool.

jika anda mempunyai masalah ini sepatutnya anda menghubungi pihak
untuk pembelian original. itu jika anda tidak menggunakan yang original.

persoalan saya satu sahaja. anda menggunakan sistem perisian yang original atau tidak? jika ya, anda tidak perlu risau. saya sendiri tidak pernah menghadapai masalah ini.


soalan ketiga - Papan Induk
- persoalan tentang Motherboard Foxconn Mars, sama ada boleh menggunakan ATI Crossfire.
- processor Intel () Core 2 Extreme di Malaysia dan berapa harganya

jawapan ketiga
K tidak akan menjawab persoalan ini kerana K bukan ahlinya dan K tidak pula melihat sebarang masalah tentang permasalahan itu


Soalan keempat
- dia menggunakan Kaspersky (), dan AV tersebut detect bahawa ada virus didalam tumbdrive-nya dan bagaimana untuk membuangnya?

Jawapan keempat
fuh.. antivirus yang paling "bermasalah" di untuk menyebut namanya. Kas-Per-Sky @ Kas-Per-Ski.. walhal didalam bahasa Russia, Kuh-Sperskee. kelakar bila ada orang mengatakan dia orang hebat apa bila mengatakan orang lain yang mengatakan Kas-Per-Sky itu orang ketinggalan zaman, tetapi dia sendiri berkata Kas-Per-Ski.... mungkin dia lebih hebat dari orang Russia sendiri. Kaspersky Pronunciation download.

dah dah dah abaikan pasal tu.. kalau nak cerita.. sama je la dengan Skype, Adobe, McAfee dan Linux.

jawapan diberikan oleh Majalah PC adalah download AV untuk USB seperti USBVirus dan Clamwin Portable. persoalannya, kenapa diberikan AV yang baru? walhal dikatakan bahawa itu telah berjaya detect virus tersebut.. mengapa perlu untuk download satu lagi AV?

K mengatakan bahawa tidak perlu mendownload pelbagai aplikasi "tambahan" sebegitu tetapi anda hanya perlu menekan butang "disinfect". tetapi selalunya akan auto delete untuk sebarang virus yang dijumpai, so jika ditulis telah didelete, maka anda tidak perlu untuk menekan apa2 butang kerana virus tersebut telahpun dibuang dengan selamat.


konklusi
so diharapkan dengan penjelasan tak la sehebat mana pun ini dapat menerangkan kepada orang yang tidak tahu dalam perkara ini

kronologi
Majalah PC, Q&A, November 2008

bersangga hujah
Wikipedia - Windows Genuine Advantage
Microsoft - Genuine Microsoft Software
Microsoft - Genuine Microsft Advantage Notification
Microsoft - Frequently Asked Question
KasperskyClub - How to pronounce Kaspersky
KasperskyAntiVirusUserPartnerForum - How To Pronounce Kaspersky
MysteryZillion - How To Pronounce Kaspersky
PCReview - Kaspersky Pronounce



update: mehacomp_91 memberi tahu tentang masalah beberapa ayat didalam post ini. dan telah diperbetulkan - 27112008 H2106
update:
mehacomp_91 sebagai esisten K memberi tahu ada lagi silap eja (klako tol aku ni) - 28112008 H2014

Sabtu, 15 November 2008

Notebook & Netbook

apa beza notebook dengan netbook?
ada beberapa kelainan antara 2 jenis ni, walaupun kedua2nya sama je.. laptop, tapi ada la sebab kelainannya. antaranya;

saiz screen
notebook mempunyai paling kurang 12" saiz screen tetapi netbook hanya mempunyai 12" saiz screen. kenapa perlu berbeza saiz screen? kerana performance yang dipentingkan oleh notebook, dan kurang sesuai untuk gamer bermain game di lappy tapi screen hanya 12" (nyakit kan mato jo). tetapi tidak pula bagi netbook, kerena netbook bukan untuk gamer tetapi lebih kepada web application system dan yang berkaitan dengan internet. oleh kerana itu netbook dikatakan lebih bagus untuk berhubung dengan internet. tetapi bagi K sendiri, tidak pula berminat dengan netbook kerana saiz screennya.dah la kecik, vista pulak icon nak besar2 je (walaupun tidak pernah memakai vista).. makin tak nampak la.. bukan tu je, nak taip document, email dan blog pun payah gitu.. so 1-0 untuk notebook. (1-0)

processor
notebook semestinya akan mementingkan performance, dan netbook lebih kepada usablity dan kurang penggunaan bateri kerana mereka mementingkan keboleh-bawa-rata-rata-an (ayat sendiri). dan mereka menggunakan Intel (
) Atom mahupun AMD () Geode kerana itu performance untuk menggunakan kuasa bateri secara maksimum itu lebih di fikirkan. tetapi tidak pula bagi notebook yang paling kurang sekarang menggunakan dual-core, core 2 duo mahupun Turion x2. kerana bagi mereka performance itu penting. dan juga kerana kuasa browser sekarang yang hebat2 belaka yang mahu berlumba dari segi kepantasan menjalankan javascript & flash, maka itu processor akan menjadi perdebatan. so bagi bahagian ini, K bagi 1-1 sorang, kerana? portablelity diberikan kepada netbook, tetapi kuasa diberikan kepada notebook. (2-1)

graphic card
ni kompem la netbook kalah (3-1). kerana K seorang pengguna fireworks, photoshop & illustrator. dan itu semua tidak mampu dijalankan dengan lancar menggunakan netbook. jika anda seorang gamer, jangan pikir banyak, sertai K. tetapi jika anda memang seorang yang hanya membuka internet untuk update antivirus, baca email, cari journal, itu ok. sertailah netbook team. so bagi K, notebook is better. (3-1)

berat
well of coz la notebook memang tak le nak menang. (3-2) kerana, lighter is better. netbook hanya seberat 1.5kg dan kebawah tetapi notebook, 1.9kg keatas. so, kalau rasa diri tu saudara mahupun saurdaria ambillah notebook, kalau saudari ataupun saudarai ambillah netbook. (3-2)

so secara konklusinya
(3-2) itu bagi K, jangan dipikul semua K kata dalam otak anda. pilih mengikut piihan sendiri. semoga dapat membantu anda mengenal apa itu notebook, apa itu netbook.

berdasarkan review orang jugak ni
EnzineArticles : notebook vs netbook - performance or portability
HardwareRig : notebook vs netbook - performance or portability?
Zimbio : notebook vs netbook - performance or portability?
SmallBizTechnology : netbook vs smartphone vs notebook - the looming choice

Khamis, 6 November 2008

Exam Mood, GooHoo & YahOOgle

disebabkan exam mood sekarang ni so blog ni terabaikan la kejap ek, kalau tak update tu paham2 je la

tapi petang ni update la kejap, ambik yang tak la update pun (semalam punya berita), just nak bagi tahu yang belum tahu je la

GooHoo & YahOOgle

sebut pasal Yahoo () dan Google () yang memula kata nak join venture dalam advertising, tapi dalam minggu ni tiba2 kata benda tu dah tak jadi pulak.
sebab utama kenapa tidak mahu adalah beberapa perkara yang dirasakan mereka berdua (&) akan menjadikan dunia ini anti-competitive bagi mereka (kerana tiada pesaing).

perkara yang menjadi perbahasan antara dua pihak adalah,
Ads di tapak . berkata jika mereka bergabung, boleh taruk ads dekat site dia tapi kene cantas la.. kira cukai la

so, setelah 100 hari tempoh berfikir, maka secara rasminya
& tidak berminat untuk meneruskan perbincangan tersebut

Google membuat perkara tersebut atas dasar,
mempunyai client sendiri yang perlu dijaga. dan bagi pula, 25% interest tambahan pada tahun ini tidak menjadi kenyataan

dan kini berbalik kepada Microsoft (
) yang mahu memancing juga, so Gates apa mahu buat?

berita ini disunting oleh TMUkmkd bersumberkan
GoogleBlog : Ending Our Agreement With Yahoo!
CNETNews : After Google, what's next for Yahoo!
CNETNews : how the YahOOgle talks with feds fell apart
ValleyWag : Google bails on Yahoo! deal
LifeHacker : Google backs out of Yahoo! ad deal
TGDaily : Google cancels Yahoo! ad deal
ReadWriteWeb : Google walks away from Yahoo! advertising deal
ArsTechnica : No More GooHoo - Google pulls out of ad deal with Yahoo!
TechSpot : Google calls off Yahoo! advertising deal

Jumaat, 31 Oktober 2008

To All Facebook User

aku ada benda nak share ni, korang mesti suke..
aku nak bagi hadiah.. sebab aku tak guna Facebook (), so aku suruh kawan korang yang bagi.

aku bagi video.
tapi sori la.. coder tu korang kene download la. sebab coder dia aku yang buat sendiri.
emm macam ni la aku tunjuk gambar ek.



haaa macam ni.. korang nak tengok, korang kene ada codec tu... sebab ni codec baru, aku yang buat. khas untuk pengguna . aku buat codec ni sebab aku rasa flash punya codec lambat la nak streaming. ni cara baru. aku nak test.. kalau korang nak tengok video ni korang kene download codec dulu la.. nanti ada popup gini tau. korang install codec ni skali je, pastu memang pantas gila babi punya steaming. kalah flash.. tapi untuk je la sekarang ni. aku just nak test.



korang tekan, "continue" nanti dia akan install codec tu dan walla korang boleh tengok, siapa lagi pantas, guna flash ke guna codec baru aku ni. hahahah kompem aku kata aku menang la..

dan aku guna streaming guna google (
) link la.. kalau link sapa2 nanti korang tak mahu lak caya kat aku kan.. so aku guna link daripada , aku guna Picasa. ok ek? korang kalau dapat message ada video tu tengok la tau. best dan laju.. support barang malaysia tau.. sebab ni aku yang buat.



end message
from : Trojan Maker

so, korang percaya tak kata2 aku kat atas ni?
kalau korang percaya, dan korang buat apa yang disuruh, maka itu aku mewakili trojan maker mengumumkan, sistem korang dah dimasuki trojan yang dibuat khas untuk

daripada
CNETNews : Facebook worm feeds off Google reputation
TechSpot : Facebook worm hides amongst Google pages