Kemaskini_1: 29 Julai 2009
Edisi 7
Linux CentOS digunakan pada kali ini. Mungkin terdapat beberapa kelainan berbanding dengan Linux Ubuntu. Sinopsis adalah tentang pengurusan pengguna dan kumpulan.
Kumpulan
Didalam satu organisasi kumpulan adalah amat penting kerana sebaiknya kita tidak mahu memberikan kebenaran kepada orang yang tidak sepatutnya terhadap fail yang tidak berkaitan. Seperti contoh Jabatan Arkitek tidak perlu tahu tentang kewangan syarikat tetapi dia perlu tahu data yang ada didalam Jabatan Sumber Manusia. Dengan itu kita boleh membuat kumpulan yang membolehkan perkara ini berlaku. Teruskan.
ROOT
Berlainan dengan Ubuntu, jadikan diri anda sebagai ROOT dengan arahan "su -" dan masukkan katalaluan ROOT. ROOT adalah penting untuk membuat sebarang perubahan drastik seperti menambah kumpulan dan menambah pengguna. Tutorial kali ini agak padat dan sebarang kemusykilan harus dilampirkan kepada ruangan komen.
Senario
Anda seorang admin Linux disebuah syarikat dan dikehendaki untuk membuat pengurusan berkaitan kumpulan dan pengguna. terdapat 4 jenis kumpulan primer. eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan.
" seperti dibawah
Perlu anda faham perbezaan kumpulan primer dan sekunder. Secara mudahnya kumpulan primer hanya satu sahaja setiap individu. Sebagai contoh, anda seorang rakyat Malaysia. tetapi anda juga adalah berbangsa Melayu dan anda adalah Lelaki. Oleh itu kumpulan primer anda adalah rakyat Malaysia dan Melayu & Lelaki adalah kumpulan sekunder anda. Perbezaan utama adalah kumpulan primer hanya satu dan kumpulan sekunder tidak ada hadnya.
Rumah telah tersedia, siapa yang akan duduk didalam rumah tersebut? Sudah tentu penggunanya, dan pengguna tersebut perlu diberitahu dirumah mana yang boleh didudukinya. Dengan itu terdapat dua cara untuk menambah pengguna. Iaitu menggunakan arahan "useradd" atau "adduser" terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya, jika anda terlupa K sarankan anda rujuk kembali menggunakan manual. Untuk kali ini, K menggunakan "useradd".
Bersambung ke edisi 8
Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill

- eksekutif: arifah, maizura, matnor
- penyelidik: mustafa, rabiei
- aplikasi: zai, pouzi
- penjualan: sumazly, suzuri
- arifah ketua kumpulan penyelidik (sekunder)
- maizura ketua kumpulan aplikasi (sekunder)
- matnor ketua kumpulan penjualan (sekunder)
- membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat
- ketua kumpulan boleh memasuki direktori kumpulan sekundernya
- direktori eksekutif hanya boleh dimasuki oleh kumpulan eksekutif
- direktori penyelidik hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penyelidik
- direktori aplikasi hanya boleh dimasuki oleh kumpulan aplikasi
- direktori penjualan hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penjualan
groupadd eksekutifDengan arahan ini kumpulan eksekutif telah pun dibina dan teruskan dengan membina tiga lagi group dengan cara yang sama.
Perlu anda faham perbezaan kumpulan primer dan sekunder. Secara mudahnya kumpulan primer hanya satu sahaja setiap individu. Sebagai contoh, anda seorang rakyat Malaysia. tetapi anda juga adalah berbangsa Melayu dan anda adalah Lelaki. Oleh itu kumpulan primer anda adalah rakyat Malaysia dan Melayu & Lelaki adalah kumpulan sekunder anda. Perbezaan utama adalah kumpulan primer hanya satu dan kumpulan sekunder tidak ada hadnya.
Rumah telah tersedia, siapa yang akan duduk didalam rumah tersebut? Sudah tentu penggunanya, dan pengguna tersebut perlu diberitahu dirumah mana yang boleh didudukinya. Dengan itu terdapat dua cara untuk menambah pengguna. Iaitu menggunakan arahan "useradd" atau "adduser" terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya, jika anda terlupa K sarankan anda rujuk kembali menggunakan manual. Untuk kali ini, K menggunakan "useradd".
useradd -g eksekutif -G penyelidik arifahapa yang berlaku disini adalah pengguna arifah akan dibina dengan opsyen dia diletakkan dibawah kumpulan eksekutif sebagai kumpulan primernya dan kumpulan penyelidik sebagai kumpulan sekundernya. Jika seseorang itu hanya mempunyai kumpulan primer, tidak perlu mengeluarkan opsyen -G kerana -G adalah untuk memberikan kumpulan sekunder. Seperti contoh, rabiei;
useradd -g penyelidik rabieiJika anda melakukan kesalahan seperti meletakkan arifah kedalam kumpulan aplikasi, gunakan arahan usermod;
usermod -g eksekutif -G penyelidik arifahsuka untuk mengingatkan bahawa cara menggunakan usermod adalah anda perlu memasukkan kesemua arahan secara lengkap atau tidak akan menyebabkan data anda salah.
Bersambung ke edisi 8
Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill
Tiada ulasan:
Catat Ulasan