Edisi 8
Bersambung daripada edisi 7. Masih tidak lengkap tugas yang diberikan didalam senario. Yang masih tertinggal adalah;
rwx
RWX (baca sebagai rowx) adalah satu cara untuk menguruskan kebenaran untuk sesebuah fail atau sesebuah direktori yang boleh digunakan oleh kumpulan atau pengguna yang telah diberi kebenaran sahaja. Atau dapat dianalogikan sebagai satu peraturan kepada sesiapa yang mahu memasuki sesebuah banggunan. Untuk menerangkan konsep yang digunakan oleh rwx, lihat pada gambar di sebelah yang menunjukkan beberapa contoh fail dan direktori, dapat dilihat dicontoh yang ketiga ditulis adalah;
Sebagai contoh K mahu memberikan hak membuat apa sahaja (baca, tulis dan jalankan) kepada sesiapa yang memasuki rumah melalui pintu pertama, pintu pengesahan nama. Oleh itu K perlu masukkan data;
teruskan kepada pintu kedua, K mahu memberikan hak membaca dan menjalankan sahaja, tetapi bukan menulis. Oleh itu apa yang perlu dimasukkan adalah;
dan K mahukan orang yang memasuki melalui pintu tiada pengesahan hanya boleh membaca (melihat) sahaja. Dengan kata lain;
Apa yang mahu dikatakan disini adalah untuk memberikan hak kepada sesebuah fail/direktori arahan chmod yang dikatakan diatas ditambahkan dengan seting yang diceritakan diatas menjadi arahan seperti ini;
Jika bahagian ini telah difahami teruskan pada bagaimana untuk menentukan siapa yang harus diberikan kebenaran berdasarkan senario sebelum ini. Soalan pertama, direktori eksekutif.
chown
Arahan yang perlu digunakan adalah chown. Seperti contoh yang didalam gambar diatas, anda akan perasan terdapat tulisan "root root", root yang pertama (kiri) menunjukkan bahagian pengguna dan root yang kedua (kanan) mewakili kumpulan. Dengan ini dapat difahami bahawa seting untuk pengguna melalui chmod sebentar tadi adalah kepada nama pengguna yang tertulis di tepinya dan begitu juga untuk pengguna. Teruskan kepada soalan, K anggapkan anda telah membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat dengan menggunakan cara yang telah diajar sebelum ini untuk menggunakan arahan "mkdir" dan navigasi asas didalam terminal. Dan K cadangkan anda menukarkan kesemua seting binari keempat-empat direktori tersebut kepada 770, kerana anda mahu memberikan kebenaran penuh kepada penguna dan kumpulan tetapi tidak mahu memberikan kebenaran kepada orang lain.
Semak
Untuk memastikan fungsi yang dibuat telah berjaya, anda boleh memasuki (logon) kepada nama pengguna yang telah anda buat dengan memberikan arahan
Jika ralat tersebut keluar, maka anda telah pun berjaya melakukan tugasan ini kerana anda tidak membenarkan pengguna lain selain yang berkaitan memasuki direktori yang telah ditetapkan.
Tips Tambahan
Jika anda perasan semasa penukaran pengguna anda tidak ditanyakan tentang kata laluan. Sebenarnya anda mampu memberikannya katalaluan dengan menggunakan root dan arahan
Anda boleh membuat eksperimen sendiri dengan menggunakan arahan chmod dan chown untuk melihat kesannya. Dan juga dengan cuba membuat fail atau direktori didalam direktori yang dapat dimasuki untuk lebih memberikan kefahaman kepada anda.
Edisi 8. Tamat
Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan anda boleh larikan perkara tersebut kepada ruangan komen dibawah, K akan mencuba untuk memberikan yang terbaik.
notakaki: untuk pelajar yang memasuki lab linux untuk subjek sistem operasi, K cadangkan anda untuk membaca bab editor didalam terminal kerana minggu depan akan berkisahkan VI editor.
Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill
Bersambung daripada edisi 7. Masih tidak lengkap tugas yang diberikan didalam senario. Yang masih tertinggal adalah;
- membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat
- ketua kumpulan boleh memasuki direktori kumpulan sekundernya
- direktori eksekutif hanya boleh dimasuki oleh kumpulan eksekutif
- direktori penyelidik hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penyelidik
- direktori aplikasi hanya boleh dimasuki oleh kumpulan aplikasi
- direktori penjualan hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penjualan
rwx
RWX (baca sebagai rowx) adalah satu cara untuk menguruskan kebenaran untuk sesebuah fail atau sesebuah direktori yang boleh digunakan oleh kumpulan atau pengguna yang telah diberi kebenaran sahaja. Atau dapat dianalogikan sebagai satu peraturan kepada sesiapa yang mahu memasuki sesebuah banggunan. Untuk menerangkan konsep yang digunakan oleh rwx, lihat pada gambar di sebelah yang menunjukkan beberapa contoh fail dan direktori, dapat dilihat dicontoh yang ketiga ditulis adalah;
drwxrwxrwx root rootDaripada contoh tersebut dapat dikatakan sebenarnya seting tersebut terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama adalah huruf pertama yang menunjukkan abjad "d" iaitu menunjukkan jenis fail/direktori tersebut. Abjad "d" adalah singkatan kepada direktori. Manakala jika tiada sebarang tulisan seperti contoh pertama, maka ia adalah sebuah fail. Seterusnya rwx dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut adalah;
- rwx pertama: seting kepada pengguna (user)
- rwx kedua: seting kepada kumpulan (group)
- rwx ketiga: seting kepada orang lain (other)
drwx------Dengan itu direktori tersebut hanya boleh dicapai oleh pengguna yang telah K tetapkan dan benarkan. Tetapi bagaimana K mahu membuat seting? K menggunakan arahan "chmod". Atau dengan nama lain, penukaran mod fail secara binari (binary). Konsepnya adalah seperti ini, sesebuah fail/direktori boleh dianggapkan sebagai sebuah rumah mempunyai 3 pintu masuk untuk masuk kedalamnya iaitu menggunakan pengesahan nama, pengesahan kumpulan dan tiada pengesahan. Dan setiap cara pengesahan mempunyai kad yang memberikan hak anda untuk melakukan apa yang boleh didalam rumah tersebut mengikut nombor yang tercatat diatasnya. Sebagai tuan rumah (admin), anda mampu memberikan hak tertentu kepada setiap pintu yang dimasuki.
Sebagai contoh K mahu memberikan hak membuat apa sahaja (baca, tulis dan jalankan) kepada sesiapa yang memasuki rumah melalui pintu pertama, pintu pengesahan nama. Oleh itu K perlu masukkan data;
- r - buka (1)
- w - buka (1)
- x - buka (1)
teruskan kepada pintu kedua, K mahu memberikan hak membaca dan menjalankan sahaja, tetapi bukan menulis. Oleh itu apa yang perlu dimasukkan adalah;
- r - buka (1)
- w - tutup (0)
- x - buka (1)
dan K mahukan orang yang memasuki melalui pintu tiada pengesahan hanya boleh membaca (melihat) sahaja. Dengan kata lain;
- r - buka (1)
- w - tutup (0)
- x - tutup (0)
Apa yang mahu dikatakan disini adalah untuk memberikan hak kepada sesebuah fail/direktori arahan chmod yang dikatakan diatas ditambahkan dengan seting yang diceritakan diatas menjadi arahan seperti ini;
- chmod 754 rumah
chown
Arahan yang perlu digunakan adalah chown. Seperti contoh yang didalam gambar diatas, anda akan perasan terdapat tulisan "root root", root yang pertama (kiri) menunjukkan bahagian pengguna dan root yang kedua (kanan) mewakili kumpulan. Dengan ini dapat difahami bahawa seting untuk pengguna melalui chmod sebentar tadi adalah kepada nama pengguna yang tertulis di tepinya dan begitu juga untuk pengguna. Teruskan kepada soalan, K anggapkan anda telah membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat dengan menggunakan cara yang telah diajar sebelum ini untuk menggunakan arahan "mkdir" dan navigasi asas didalam terminal. Dan K cadangkan anda menukarkan kesemua seting binari keempat-empat direktori tersebut kepada 770, kerana anda mahu memberikan kebenaran penuh kepada penguna dan kumpulan tetapi tidak mahu memberikan kebenaran kepada orang lain.
chown root:eksekutif eksekutifApa yang berlaku adalah arahan chown digunakan untuk menukarkan empunya direktori eksekutif kepada dipunyai oleh pengguna root dan kumpulan eksekutif atau menukar tuan punya sesebuah rumah jika analogi diatas diambil kira. Untuk lebih contoh yang membantu anda memahami, untuk direktori penyelidik, mereka mempunyai "ketua" iaitu arifah yang memasuki kumpulan penyelidik secara sekunder. Cara untuk menukarkan empunyai direktori penyelidik adalah seperti ini,
chown arifah:penyelidik penyelidikkini apa yang K lakukan adalah K menukar pula direktori penyelidik daripada root:root kepada arifah:penyelidik untuk memberikan hak kepada pengguna yang bernama arifah dan juga kumpulan penyelidik untuk "memiliki" direktori ini. Sebenarnya tidak perlu untuk memasukkan nama arifah didalam kenyataan ini, cukup sekadar root:penyelidik sahaja kerana jika anda perasan, arifah juga adalah salah seorang ahli didalam kumpulan penyelidik. Tetapi untuk lebih menampakkan fungsi chown tersebut, nama arifah, K masukkan sekali. Kesannya tetap sama. Jika anda sudah memahaminya, maka teruskan sehingga habis.
Semak
Untuk memastikan fungsi yang dibuat telah berjaya, anda boleh memasuki (logon) kepada nama pengguna yang telah anda buat dengan memberikan arahan
su - <nama pengguna>Boleh dikatakan ini adalah lanjutan kepada arahan su (subtitute user) atau penukaran pengguna. Didalam Ubuntu mungkin anda tidak akan menjumpai arahan ini kerana Ubuntu lebih menggunakan cara sudo melainkan anda membuat seting agar akaun root wujud ataupun menggunaka arahan sudo su. K menggunakan contoh pengguna arifah. Dan anda boleh mencuba kejayaan anda dengan memasuki direktori yang tidak sepatutnya anda masuki seperti contoh direktori aplikasi dan ralat seperti gambar dibawah akan dikeluarkan.
Tips Tambahan
Jika anda perasan semasa penukaran pengguna anda tidak ditanyakan tentang kata laluan. Sebenarnya anda mampu memberikannya katalaluan dengan menggunakan root dan arahan
passwd <nama pengguna>Seperti contoh, passwd arifah dan arahan seterusnya anda perlu ikut sahaja. Seperti gambar dibawah
Anda boleh membuat eksperimen sendiri dengan menggunakan arahan chmod dan chown untuk melihat kesannya. Dan juga dengan cuba membuat fail atau direktori didalam direktori yang dapat dimasuki untuk lebih memberikan kefahaman kepada anda.
Edisi 8. Tamat
Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan anda boleh larikan perkara tersebut kepada ruangan komen dibawah, K akan mencuba untuk memberikan yang terbaik.
notakaki: untuk pelajar yang memasuki lab linux untuk subjek sistem operasi, K cadangkan anda untuk membaca bab editor didalam terminal kerana minggu depan akan berkisahkan VI editor.
Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill
Tiada ulasan:
Catat Ulasan