Memaparkan catatan dengan label hardware. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hardware. Papar semua catatan

Ahad, 4 Januari 2009

30GB Zune: Z2K9 (Update 3 - 04012009)

Tarikh keluaran Rasmi - 01012009
update 1 - 02012009, update 2 - 03012009, update 3 - 04012009


pendahuluan
jika dahulunya anda pernah mendengar tentang Y2K yang menjadi satu isu dahulu diseluruh dunia kerana komputer pada masa itu mempunyai masalah dalam menentukan tarikh selepas 31-12-1999.. tetapi kini hampir 10 tahun berlalu tiba-tiba isu ini kembali.. bukan secara khas.. tetapi kepada hanya satu perkakasan sahaja.. Microsoft Zune 30GB. Z2K9 bermaksud, Zune 2009

31-12-2008 H0000 - Freeze
bayangkan, semua Zune 30GB diseluruh dunia ini "hang" pada waktu yang sama.. 31-12-2008 H0000. pelik atau tidak. anda tentukan. mungkin perkara ini terjadi kerana firmware yang digunakan itu mempunyai sedikit "bug" sebagai hadiah untuk peminat Zune sebelum tahun 2009 menjelang. kita sudah pasti bahawa Microsoft suka untuk memberi perisian yang mudah "hang" atau crash kepada pengguna (K merupakan bekas pengguna Microsoft Windows XP SP3) tetapi bukanlah hingga tidak boleh "emergency reboot" yang selalu kita katakan jika menggunakan komputer mahupun laptop, "reset" saja.. bayangkan, load seperti biasa........... dan berhenti sampai 90% atau 100% complete. tiada sebarang progress selepas itu, hanya berhenti disitu.

ZBOD - Zune Bluescreen of Death
jika windows terkenal dengan BOD (Bluescreen of Death) maka semalam seluruh dunia menjadikan semalam sebagai hari ZBOD untuk Zune 30GB. walaupun bukan secara rasmi.. tetapi itu yang terjadi.. walaupun buka secara rasmi, tetapi banyak poster dan gambar yang menunjukkan kekecewaan mereka dengan Zune.


berdasarkan Zune Forum, mereka mengatakan bahawa prkara ini terjadi kerana jam dalaman Zune 30GB tidak mampu mengira hari terakhir untuk setiap tahun lompat. da jika perkara ini tidak diambil kira, semua pengguna Zune 30GB yang masih menggunakannya pada 2012, anda akan meghadapinya sekali lagi :)

Kesimpulan
Zune yang sepatutnya boleh menjadi saingan kepada iTunes tetapi kini mempunyai masalah dengan dengan perkara ini dan menyebabkan pengguna kurang percaya kepada mereka. ini boleh mecacatkan pertumbuhan mereka.

update 02-01-2009
ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam membetulkan perkara ini. cadangan yang terbaik adalah;
1. putuskan bekalan kuasa Zune anda daripada USB mahupun AC adapter
2. dan biarkan bateri Zune anda habis sepenuhnya
3. tunggu sehingga tengahhari 01-01-2009 di GMT (8 malam 01-01-2009 waktu Malaysia) dah lepas la kiranya
4. lepas tu charge balik.. lepas tu on, ok dah

kenapa sebab ni berlaku
ada diterangkan diatas, tetapi untuk lebih jelas, kalender didalam Zune mempunyai kalender daripada 01-01-1980 (normal la) dan dia perlu menolak setiap hari dengan 365/366 bergantung kepada tahun. yang ironiknya pada hari terakhir tahun lompat, Zune tidak dapat menolak 366 dengan betul dan menjadikan prosese itu tidak berhenti (infinite loop) dan itu yang terjadi. seolah-olah 366 pada hari terakhir itu "terlalu panjang" untuk diselesaikan.

dan jangan dilupa dengan iPhone yang juga mempunyai masalah yang sama selepas dikeluarkan kerana tidak mampu untuk diaktifkan.. masalah ini berlanjutan dalam masa 12-36 jam

update 2 - 03012009
setelah semua perkara ini berakhir maka soal selidik terhadap semua mangsa (iaitu Zune) yang terlibat dimulakan. dan akhirnya dapat dipastikan bahawa bukannya salah Microsoft secara langsung tetapi sebuah syarikat yang dahulunnya bekerja bersama Motorola iaitu, Freescale (kompem tak laku syarikat lepas ni) setelah bedah siasat dapat dilakukan, maka ini yang dapat dibuka.

year = ORIGINYEAR; /* = 1980 */
while (days > 365) {
if (IsLeapYear(year)) {
if (days > 366) {
days -= 366;
year += 1;
}
}
else {
days -= 365;
year += 1;
}
}

maka itu berdasarkan code yang telah dibedah kembali sebagai bukti iaitu programmer itu membuat satu kesilapan besar. iaitu (days > 366) pada saat bila akan berlaku satu tahun melebihi 366 hari? tiada.. maka itu berlaku infinite loop didalam bahagian itu dan menyebabkan Zune tidak dapat mengesan apakah tarikh yang sesuai untuk hari itu. dan cara yang paling baik adalah seperti cara K diatas, betulkan program itu sebelum 31-12-2012 atau perkara ini berlaku lagi :)

Update 3 - 04012009
sebenarnya selepas beberapa penyelidikkan dilakukan oleh pembaca internet maka terjumpa pula dengan Toshiba Gigabeat s30 yang mengalami masalah yang sama seperti Zune. maka terfikir pula, adakah anda juga mengalami masalah yang sama tetapi tidak perasan akan benda itu? ingatlah anda bukan keseorangan :)


sumber Z2K9
ZuneForum - official respond for Zune 30GB freezing issue
ArsTechnica - 30GB Zune apocalypse arrives as devices enter digital coma
CNETNewsMicrosoft - user report 30GB Zune seizing up
TheConsumerist - Zunes everuwhere froze at 2am this morning
Gizmodo - 30GB Zunes failing everywhere, all at once
Gizmodo - how to revive dead Zunes 30s
Gizmodo - official fix for the Zune 30 fail
PCMag - Microsoft Zunes hit by rash of lock-up bugs
Engadget - 30GB Zunes mysteriously begin to fail at 12AM, December 31st: day of reckoning to follow
Engadget - Zune 30GB brickfication acknowledge, Microsoft says to wait it out
Engadget - Y2K8 Zune quirk really a Freescale bug?
Wired - 30GB Zunes killing themselves in droves
BBC - Microsoft Zune affected by 'bug'
TechSpot - massive Zune 30GB issues reported, auto-fixed by midnight
Guardian - Z2K? reports of Microsoft 30GB Zune failing
Guardian - Zune bricking code uncover: it's leap year mistake not Microsoft's
CNETNews - New year's hangover for Zune users
AnythingButiPod - Toshiba/Zune '09 crash

Jumaat, 26 Disember 2008

OS Status: Ubuntu 8.10

Pengenalan
sejak beberapa lama menggunakan Ubuntu didalam VMWare, akhirnya sudah tekad didalam hati untuk menukar daripada Windows XP kepada Ubuntu 8.10. mungkin bukanlah perkara mudah untuk menukar sistem pengoperasian (operation system - OS) yang sedia ada kepada sesuatu yang tidak pernah digunakan, lebih lebih lagi untuk membuat kerja. tetapi pertukaran K pada kali ini bukan hanya pertukaran membabi buta, segala keperluan difikirkan, daripada memainkan lagu dan video, kepada menggunakan aplikasi "word" sehinggalah menggunakan Photoshope atau seumpamanya di Ubuntu (kelak).

Mengapa Ubuntu
bukan untuk mengatakan diri ini sudahpun terlalu hebat menggunakan Windows tetapi lebih kepada pencarian pengalaman baru. K sudah biasa dengan Windows dan pengalaman selama itu telahpun sebati dengan jiwa K, apa salahnya kalau K melanjutkan pula kepada ilmu yang lebih asing daripada pengetahuan K, Linux. K memilih Ubuntu yang menggunakan Gnome interface sebagai OS kerana
1. K memang mengenali Ubuntu dahulu daripada Linux yang lain
2. K menggunakan lappy yang tiada graphic card dari 2 jenama; ATI (kini AMD) ataupun Nvidia. so Kubuntu yang menggunakan KDE interface K tolak tepi
3. K bukan seorang yang handal dalam syntax dalam masa sekejap; oleh itu Xubuntu Xfce interface K tolak tepi dahulu.
4. K sudah biasa dengan kernal Debian berbanding kernal Linux yang lain

Pengalaman Pertama
Install tiada sebarang masalah kerana K sudah pernah install didalam VMWare so tiada masalah yang K hadapi. K tiada Ubuntu 8.10 semasa install dilakukan tetapi hanya yang ada ditangan adalah Ubuntu 8.04, mungkin tiada masalah dengan itu kerana boleh diupgrade kemudian. :) so perkara pertama: [pemasangan terus ke harddisk secara total] - lulus.

Masalah Update
mungkin disini pengalaman bermula apabila K banyak nak buat, nak update ke Ubuntu 8.10, nak install
Ruby untuk jalankan Ruby On Rails (ROR) yang K tangguhkan. nak pasang Java, Java Development Kit (JDK) dan Java Runtime Enviroment (JRE) untuk kerja kampus dan macam-macam lagi. dan perkara pertama K buat, naik taraf dari 8.04 ke 8.10 dahulu :)
dan K mengalami proses naik taraf yang amat lambat, server terlalu perlahan untuk K tamatkan proses ini dengan pantas. K mengambil masa lebih 12 jam untuk melengkapkan proses ini.. dan selepas itu barulah K terbaca tentang "best server" di MelayUbuntu dengan tajuk: Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang Ubuntu. Owh.. my bad sebab tak tanya pada penulis blog tentang ini. satu pengalaman baru :)

selepas itu pasang Ruby, RubyGems dan ROR. selepas itu pasang JDK dan JRE. diteruskan dengan codec lagu dan video, dan kemudian Adobe Flash Player (AFP). itu yang K try gunakan menggunakan terminal dan amat menyeronokkan bagi K. :)
Untuk Firefox (FF) K tambahkan plugin yang biasa K guna, ScribeFire, Adblock Plus, NoScript, Feed Sidebar dan Fast Dial. dan owh.. lupa nak kata, Ubuntu 8.10 tidak mempunyai masalah dalam mencari driver hardware K kecuali wireless.. yang dapat dikesan dengan baik oleh sistem driver detector Ubuntu

Sekarang dan masa depan
K kini sudahpun dapat menggunakan Photoshop dengan menggunakan Wine dan selepas ini mahu cuba menggunakan Inkscape (kalau boleh) untuk tengok sama ada K boleh menggunakannya untuk mengantikan Photoshop :)

Sumber Berkait
MelayUbuntu - Apa yang saya lakukan setiap kali selepas memasang Ubuntu
MelayUbuntu - Dari Windows ke Ubuntu: Part 1
MelayUbuntu - Dari Windows ke Ubuntu: Part 2


notis ringkas: K tengah cuba baru untuk posting.. supaya lebih link dan membawa lebih banyak manfaat untuk yang tidak faham perkataan yang K gunakan. sebarang kesulitan harap dimaafkan :)

Rabu, 24 Disember 2008

Laptop v Desktop - 2008 Milik Laptop

pengenalan
setiap tahun pelbagai barangan terbaru keluar dipasaran. termasuklah desktop dan laptop. saban tahun diunjurkan penjualan desktop pasti melebihi laptop kerana permintaan dan harga yang lebih murah serta senang ditukar ganti "organ dalaman" desktop berbanding laptop.

tahun 2008 milik Laptop
tahun ini buat pertama kalinya penjualan laptop melebihi penjualan desktop. penjualan laptop sepanjang tahun ini adalah 40% lebih tinggi daripada tahun lepas. dikatakan bahawa netbook adalah salah satu bahagian dibawah nama laptop yang membawa kesan yang besar kepada peningkatan penjualan laptop.

38.6 juta laptop
iSuppli sebagai sumber mengatakan HP naik sebanyak 13.5% - 14.9 juta unit sekali gus memegang 18.3% peratus pegangan pasaran dunia dan diikuti Dell sebanyak 11.0 juta unit (+10.7%) dan pegangan pasaran sebanyak 13.9% diikuti rapat oleh Acer yang meningkat begitu banyak dengan Aspire One dan Aspire Blue/Gem mereka (+78.8%) iaitu 12.2% pegangan pasaran.

semenjak Oktober
sebenarnya perkara ini telah diketahui sejak oktober lagi kerana pada masa itu penjualan laptop adalah 55.1% daripada penjualan keseluruhan komputer di US. dikatakan bahawa harga laptop yang semakin murah sekarang dan mobility yang tidak dipunyai oleh desktop amat membawa kesan kepada pilihan dan peningkatan penjualan laptop kepada pengguna.

unjuran masa hadapan
kemungkinan besar penjualan ini akan lebih naik pada masa hadapan dan tiga syarikat teratas akan terus bersaing walaupun disaat ekonomi dunia tidak berapa elok sekarang. dan Acer dilihat boleh melakukan kejutan pada masa hadapan dengan Aspire One mereka dan HP perlu mencari formula baru disamping mengukuhkan penjualan mereka yang dibantu oleh Compaq secara tidak langsung.

sumber berkaitan
CNETNewsNanotech - Laptop shipment top desktops for first time; Netbook a factor
TGDaily - Notebook outsold desktops in Q3 for first time, iSuppli says
TGDaily - Notebook outsell desktop in the U.S. for the first time
ArsTechnica - Global notebook shipment finally overtake desktops
PCMag - Acer's share soars on netbook sales
Engadget - Laptop outship desktops for the first time worldwide

Rabu, 3 Disember 2008

AMD Phenom II: The New Hope Episode 2

entri ringkas.. just for update

hari demi hari berlalu, orang semakin memikirkan apakah mampu cerita Phenom II: The New Hope ini bertukar kepada Phenom II: Empire Strike Back mahupun paling kurang menjadi Phenom II: The Return of AMD ().

semakin ramai yang memikirkan pasal ni dan perbandingan demi perbandingan dilakukan. dan perbandingan yang K fikirkan adakah orang akan membeli

1. soket. jenis soket amat dipandang oleh golongan yang mahu menggunakan processor yang baru. tidak mahu menukar motherboard yang baru semata-mata untuk menggunakan processor yang baru. Shanghai akan menggunakan soket AM3.

2. harga. harga akan dititikberatkan oleh pengguna biasa (normal end user) yang tidak membuat kerja2 kritikal. hanya untuk membaca blog K ni.. (kerana pengguna yang hebat takkan membaca blog K yang tak hebat ni). harga tu penting..

3. worth. berbaloi ke nak tukar ni? mana lagi best.. tambah harddrive ke tukar processor. tu pun perlu diambil kira dalam hal2 sebegini. kalau tak berbaloi membeli satu processor yang berharga RM3000 semata2 mahu melihat kelajuan yang tinggi bagi pengguna biasa. tidak berbaloi rasanya.

jika perkara ini mampu di kawal oleh , maka episod Phenom II: The New Hope ini akan bertukar kepada Phenom II: the Return of AMD

credit
TgDaily - AMD Shanghai versus Intel Nahalem at 45nm
TgDaily - More details of AMD 45nm desktop CPU schedule revealed
TechSpot - AMD 45nm roadmap detail revealed
CNETNews - AMD Phenom II chips echo Intel's i7


Khamis, 27 November 2008

Majalah PC, Q&A, Disember 2008

ini adalah kali kedua K buat re-review tentang persoalan dan pertanyaan yang terdapat didalam Majalah PC keluaran Karangkraf. K just nak kongsi je apa yang K tahu, kalau salah boleh betulkan :)

buat kali ini, K sekali lagi membuat bahagian Q&A. dan ini yang teradapat didalam kolum tersebut
Trojan & Windows Media Classic
Masalah WGA Windows XP
Papan Induk
Membuang Virus daripada Pemacu USB

mungkin mereka kekurangan tempat untuk menulis jawapan untuk soalan itu, tak pe la.. K pikir +ve.

soalan pertama
- PC tersekat ketika menggunakan internet, ada antivirus (AV) yang kata ada trojan dalam PC dia. tapi tak pun jumpa walaupun dah scan banyak kali, adakah itu masalah windows ataupun virus?
- ada tak software Windows Media Classic

jawapan pertama
dia mengatakan bahawa PC dia "hang" ketika menggunakan internet. oleh itu ada beberapa perkara harus diambil kira sebelum dikatakan itu masalah siapa, Virus atau System.
  • apakah spesifikasi system PC dia. (processor, RAM dan sebagainya)
  • apakah jenis browser yang digunakan
  • apakah jenis AV yang digunakan
  • AV apa yang mengatakan system anda bermasalah? (jika menggunakan lebih daripada satu AV)
jika semua disitu lengkap, maka boleh dibuat andaian. tetapi kerana tidak terdapat sebarang panduan, maka akan dianggap sebagai 2 kes.

kes pertama - spesifikasi sistem yang tidak mencukupi
kadang kala browser akan menggunakan sejumlah RAM yang banyak lebih lagi jika mempunya plugin atau pun cookies yang banyak. maka itu tingkatkan keupayaan sistem anda dengan menambah RAM, mahupun membersihkan sistem anda daripada junk file. rujuk AMBNaC - CCleaner: Crap Cleaner. software ini freeware dan ringan.

kes kedua - malware infection
secara lazimnya tidak banyak AV yang boleh membersihkan dengan baik trojan dan spyware. oleh itu anda digalakkan menggunakan software yang khas untuk membersihkan trojan dan spyware selain virus dan worm, seperti Malwarebytes' (percuma untuk mencuba - K recomended), Spyware Search & Destroy (freeware), Ad-Aware (percuma untuk mencuba). lakukan scan didalam save mode dan bersihkan jika terdapat sebarang detection.


dia juga ada mengatakan bahawa adakah terdapat satu software yang dinamakan sebagai Windows Media Classic (WMC), dan jawapan yang diberikan benar, ada. tetapi K tidak mengsyorkan menggunakan WMC tetapi menggunakan Media Player Classic (MPC) yang terkandung sekali didalam K-Lite Codec Pack ataupun K-Lite Mega Codec Pack. bahkan itu lebih baik, kerana freeware.


soalan kedua
- ada masalah dengan Windows (
) XP SP2 yang ada tulis, ask for genuine Microsoft () software ataupun gambarnya seperti dibawah


jawapan kedua
pihak Majalah PC melakukan satu tindakkan yang akan membuatkan diri mereka disaman oleh
. kerana jawapannya adalah; masalah itu kerana anda membuat update WGA (KB905474) dan akan membuatkan (gambar diatas) muncul. dan kadang kala boleh mematikan PC. cara yang boleh dilakukan adalah menggunakan RemoveWGA 1.2 daripada sekian2 site.

jawapan yang K leh bagi adalah, tahniah.. sebentar lagi jika pihak

membaca buku tersebut mereka boleh memfailkan saman kepada anda

kerana WGA berfungsi sebagai satu serangan kepada semua pengguna software Microsoft yang cetak rompak. tidak dinafikan bahawa ada beberapa kes yang mana WGA ini tersilap pandang tetapi setelah dibaik pulih sistem itu, kini anda boleh mengatakan bahawa kes tersilap itu adalah terlalu sedikit. jika anda pengguna
membaca perkara ini, mereka boleh menyaman anda, kerana membantu cetak rompak di Malaysia. so, sila2 la buat awal2 tabung ehsan Majalah PC :)

bagi pengguna yang original tetapi mempunyai masalah itu sila kunjungi ke site Microsoft Forum. mereka disana sedia membantu menyelesaikan masalah anda. kerana menggunakan RemoveWGA itu adalah salah dan dianggap sebagai hacking tool.

jika anda mempunyai masalah ini sepatutnya anda menghubungi pihak
untuk pembelian original. itu jika anda tidak menggunakan yang original.

persoalan saya satu sahaja. anda menggunakan sistem perisian yang original atau tidak? jika ya, anda tidak perlu risau. saya sendiri tidak pernah menghadapai masalah ini.


soalan ketiga - Papan Induk
- persoalan tentang Motherboard Foxconn Mars, sama ada boleh menggunakan ATI Crossfire.
- processor Intel () Core 2 Extreme di Malaysia dan berapa harganya

jawapan ketiga
K tidak akan menjawab persoalan ini kerana K bukan ahlinya dan K tidak pula melihat sebarang masalah tentang permasalahan itu


Soalan keempat
- dia menggunakan Kaspersky (), dan AV tersebut detect bahawa ada virus didalam tumbdrive-nya dan bagaimana untuk membuangnya?

Jawapan keempat
fuh.. antivirus yang paling "bermasalah" di untuk menyebut namanya. Kas-Per-Sky @ Kas-Per-Ski.. walhal didalam bahasa Russia, Kuh-Sperskee. kelakar bila ada orang mengatakan dia orang hebat apa bila mengatakan orang lain yang mengatakan Kas-Per-Sky itu orang ketinggalan zaman, tetapi dia sendiri berkata Kas-Per-Ski.... mungkin dia lebih hebat dari orang Russia sendiri. Kaspersky Pronunciation download.

dah dah dah abaikan pasal tu.. kalau nak cerita.. sama je la dengan Skype, Adobe, McAfee dan Linux.

jawapan diberikan oleh Majalah PC adalah download AV untuk USB seperti USBVirus dan Clamwin Portable. persoalannya, kenapa diberikan AV yang baru? walhal dikatakan bahawa itu telah berjaya detect virus tersebut.. mengapa perlu untuk download satu lagi AV?

K mengatakan bahawa tidak perlu mendownload pelbagai aplikasi "tambahan" sebegitu tetapi anda hanya perlu menekan butang "disinfect". tetapi selalunya akan auto delete untuk sebarang virus yang dijumpai, so jika ditulis telah didelete, maka anda tidak perlu untuk menekan apa2 butang kerana virus tersebut telahpun dibuang dengan selamat.


konklusi
so diharapkan dengan penjelasan tak la sehebat mana pun ini dapat menerangkan kepada orang yang tidak tahu dalam perkara ini

kronologi
Majalah PC, Q&A, November 2008

bersangga hujah
Wikipedia - Windows Genuine Advantage
Microsoft - Genuine Microsoft Software
Microsoft - Genuine Microsft Advantage Notification
Microsoft - Frequently Asked Question
KasperskyClub - How to pronounce Kaspersky
KasperskyAntiVirusUserPartnerForum - How To Pronounce Kaspersky
MysteryZillion - How To Pronounce Kaspersky
PCReview - Kaspersky Pronounce



update: mehacomp_91 memberi tahu tentang masalah beberapa ayat didalam post ini. dan telah diperbetulkan - 27112008 H2106
update:
mehacomp_91 sebagai esisten K memberi tahu ada lagi silap eja (klako tol aku ni) - 28112008 H2014

Sabtu, 22 November 2008

AMD Phenom II 5GHz++


45nm architecture, 2MB L2 cache (512KB/core), 6MB L3 cache.

itu adalah characteristic AMD () Phenom II. ia bakal keluar pada Q1 2009 tetapi para modes telah mula untuk menguji setinggi mana tahap Phenom II.

[overclocked]
apa itu overclocked? overclocked adalah satu method untuk menaikkan kelajuan CPU, misalnya daripada 2.0GHz kepada 2.2GHz, itu adalah secara basicnya. dan secara detailnya yang terlibat adalah jumlah current yang masuk ke CPU, bilangan stepper yang terlibat dan beberapa lagi modification. bukan setakat CPU sahaja kini dapat di overclocked, tetapi GPU (Graphical Processor Unit) juga

effect daripada overclocked boleh terjadi tetapi untuk para modes itu amat tipis kerana sistem yang mereka gunakan adalah tinggi. dan memang untuk di overcloked tanpa batasan sehingga maksimum CPU itu sendiri sebagai contoh, Intel () Pentium 4 dibawah


itulah yang terjadi kepada Phenom II yang melalui method yang lebih kurang sama, Phenom II untuk kali ini

[overclocked] Phenom II
bermula daripada 3GHz - itu adalah secara basicnya (dan ini juga yang akan dikeluarkan oleh nanti) dan menggunakan air cooling mereka dapat mencecah sehingga 4GHz - hanya menggunakan air cooling sahaja, dan menggunakan Liquid Nitrogen/Dry Ice 5GHz dapat dicapai. dan ada pihak mengatakan sehingga 6.3GHz

[overclocked] i7
i7 juga telah dioverclocked untuk mengetahui sejauh mana kebolehannya, dan menggunakan air cooling daripada 3.2GHz, naik kepada 4.5GHz, dan 5.7GHz menggunakan Dry Ice cooling.

mengapa [overclocked]?
memang tidak ramai yang boleh mengambil kebaikkan daripada overclocked yang menlampau seperti ini, menggunakan Dry Ice yang sememangnya bahaya (-196C) dan memerlukan air cerculation yang besar (jika anda perhatikan, mereka buat diluar rumah) dan ruang yang besar (tabung Dry Ice) tetapi yang mereka mahu mengkaji adalah, bertapa hebatnya sistem ini dan sehingga tahap apa boleh dicapai. bukan untuk pengguna biasa tetapi untuk syarikat pengeluar itu sendiri.



konklusi
masih tidak dapat sebenarnya menyaingi i7, dan pihak mereka juga tidak mahu menyaingi i7 kerana kos yang tinggi, tetapi cukup sekadar melebihi kebolehan Core 2 Duo. dan ini akan digunakan untuk menyayingi pada akan datang. dan adakah ini menunjukkan episod AMD Phenom II: The New Hope bakal disambung dengan AMD Phenom II - Return of Jedi?

berita daripada
PCPerspective 5GHz+ Phenom II overclocked on LN2
Gizmodo - AMD shows off Phenom II processor's headroom, by overclocking to 5GHz
TechSpotHardware - AMD shows off Phenom II overclocked to 6.3GHz
TheOvalich - AMD hits 6.0GHz, steal Intel's Core i7 thunder

Sabtu, 15 November 2008

Majalah PC, Q&A & Graphic Card


semalam, musang (housemate aku, kenapa musang g la tanya dia) beli Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. aku pun belek la.. emm ok la.. emm ada tutorial pasal flash (yang aku rasa dulu aku pernah baca tak tahu la berapa tahun lepas). abaikan pasal tu. aku belek2 lagi.. ko tahu kenapa aku suke belek? kerana aku nak tahu bahasa melayu punya terjemahan.. misalnya. high end user = pengguna hujung tinggi (jangan gelak tau). cintailah bahasa ibunda kita.

so kenapa aku nak cerita pasal ni pulak? kerana aku membelek hingga ke bahagian Q&A
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. humm nak tahu jugak la apa solution baru yang aku tak tahu kan. aku belek punya belek. ada yang best, ada yang soklan biasa je.. soklan lazim la aku kira. dan menarik perhatian aku apabila ada satu mamat ni tanya, "saya nak tukar graphic card laptop, macam mana ek?"

aku punya la pikir apa la orang ni nak jawab... korang tahu yang tukang jawab tu kata apa? "agak sukar jika anda tiada kemahiran" senang kata dia suruh bawak kedai la..

pernah tak, sekalipun la. orang yang tulis jawapan tu, pikir... orang ni tak tahu pasal IT, dan dia tahu pasal IT (of coz la tahu, sebab kerja kat
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu beb!) tapi kenapa dia tulis jawapan macam gitu?

ni nak marah ni
sebab kalau tak tahu la sangat jawapan untuk soklan tu.. pergi la dekat browser tu.. tekan la segala jenis search engine.. search la..... awak orang IT, jangan buat client macam tu. lantak la dia bagi soklan bodoh ke pandai ke, anggapkan dia tu tak tahu langsung. lepas tu kalau dah malas sangat nak tulis pun, bagi je link. bukan tak de link pun. bila dikata oleh orang ramai budak IT tak de standart, tak de ilmu, tak ikut perkembangan, marah pulak budak IT, aku nak marah ada jugak.. tapi kalau dah gini.... trima je la.. memang benar pun. ekau (orang yang tulis jawapan tu) mesti pandai punya, saat orang lain (bidan IT) tak de kerja, ko dapat kerja tu. cmon la.. jangan malukan nama IT (lantak la IT ke. ScienceComp ke).

so malas nak marah2.
aku bukak gmail aku, aku send email kat budak tu untuk terangkan segalanya yang aku tahu. dan harap dia paham, kalau dia tak paham jugak aku dah taruk alamat blog ni sekali.. mana la tahu kalau dia nak datang singgah ke kan.

untuk korang pulak.
ni jawapan untuk graphic card laptop tu.
persoalannya senang je. boleh atau tidak graphic card laptop itu ditukar ganti? haaaa jawab dulu.. aku bagi korang masa. sementara tu aku sambung sikit ek pasal
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu tu ek. aku kadang2 kesian la.. diorang lack of reviewer la. sebab orang nak beli majalah komputer nak tahu pasal review pasal hardware dan software. tapi.. sayang. dan kalau nak best lagi ada tutorial macam dulu2 (Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu dulu ada tutorial photoshop, pastu apa tah 3D software tu.. ada la..) tapi sekarang ni macam kurang dah.

ok dah abis masa
haaa pe jawapan korang? boleh ke tak boleh?
.............................. (macam blue clues & dora de explodora pulak)
bagus jawapan tu, jawapan bagi pendapat aku adalah. boleh dan tidak. (so tak de sapa salah)

boleh dan tidak
boleh untuk laptop yang exclusive, customade, terutamannya gamer lappy, macam Dell XPS (musang teringin beno lappy ni)

dan Vodoo (custom made lappy) sebagai contohnya. memang boleh menukar ganti graphiccard kerana memang telah dibuat khas untuk mereka. dan harganya amat amat mahal sekali. (tak la sejuta)

so yang tak bolehnya kepada semua lappy yang stakat RM2-7k, toksah la nak mimpi ek (sama la dengan aku pun). kalau ko beli Dragon tu boleh la kot.. tahu Dragon? HP (
) Dragon.

yang berat je dah 7kilo lebih. 2x250GB hdd. haaaaa yang tu.. korang nak ubah boleh. tapi tengok la harga pulak.

so secara mudahnya lah..
untuk taraf maqam orang awam, kata je la "tak boleh".
tetapi kalau dah taraf tinggi sikit, benda ni jadi "boleh dan tidak".
kalau ada taraf yang kata "boleh" tu aku rasa tu mesti super-duper-mode-geeks tu

harapnya
dapat memberi sedikit kefahaman kepada orang yang keliru, dan memberi ingatan kepada yang mengetahui dan memberi teguran kepada yang terasa dengan tulisan aku kali ni. satu je la nasihat, agak tak tahu sangatlah masalah tu, masuk la forum.. malaysia ni banyak forum. kat link tepi aku ni ada 2 forum satu Cari, satu Ehoza. dan aku ada banyak tempat, untuk cari ilmu.. sebab aku pun noobs gak..

nick aku kat kebanyakkan tempat adalah kmkd/TMUkmkd. agak2 tak betullah aku kata dan agak2 nak malukan aku depan orang dalam forum la.. cari la aku ek..

aku ambil balik gambar dan perbincangan daripada
Sifoo : boleh ke tukar kad grafik laptop