Selasa, 30 Disember 2008

Acer Aspire 8930G 7665 + Intel Quad Core


Pengenalan
jika dilihat daripada peningkatan penjualan laptop Acer amat memberansangkan pada tahun 2008 iaitu meningkat sebanyak 78.8% daripada tahun sebelumnya, mereka meningkatkan usaha mereka untuk mengekalkan diri mereka antara salah satu daripada pengeluar laptop yang terbaik pada tahun 2009. mereka menganggarkan untuk menyaingi pengeluar utama kini, HP/Compaq yang menjual 14.9 juta unit pada tahun lepas. rujuk - Laptop v Desktop: 2008 milik Laptop

Intel Quad Core
Acer pada hari ini mengeluarkan senarai "tentera" dan "senjata" terbaru mereka untuk tahun 2009 ini dan paling menyerlah adalah edisi terbaru Acer Aspire Gemstone Blue 8930G-7665 yang dikuasakan dengan Intel Core 2 Quad Q9000 dengan kelajuan 2.53GHz. yang ironinya harganya tidak mahal seperti yang disangka kerana pada asalnya harga processor itu hanyalah $348 walhal Intel quad-core yang lain adalah $851. ini menjadikan harga bagi keseluruhan sistem Acer Aspire Gemstone Blue 8930G-7665 ini hanyalah sekitar $1,799.99 sahaja.

Langkah HP akan datang
bagaimana HP akan menghadapi serangan daripada Acer yang menunjukkan peningkatan mendadak pada tahun ini (2008) dan mungkin sekali meningkat lagi pada tahun 2009 dengan "senjata" terbaru mereka. dan kemungkinan juga persaingan antara pengeluar dalam jualan netbook akan semakin sengit dengan ura-ura Acer dan HP akan mengeluarkan notebook dengan skrin 11.6" yang baru pada tahun 2009 ini.

Kesimpulan
persaingan sihat ini akan membuatkan produk notebook pada tahun 2009 akan bertambah baik dan itu berita baik untuk pengguna :) dan untuk semua pengeluar notebook, selamat berjaya dalam persaingnan itu.

Sumber terdekat
DigiTimes - Acer lining up 2009 notebook production to take on HP
PCMag - Intel, Acer launch cheap Quad-Core notebook chip
CNETNewsNanotech - Intel launch low-cost Quad-Core mobile chip
LaptopArena - Aspire 8930G 7665L: Acers new Gemstone Blue Notebook
BusinessWire - (Correcting) and (Replacing) Acer enhances award-winning Aspire 8930G Notebook PC with new Intel Quad-Core processor technology
TechPowerUp - Acer enhances Aspire 8930G with new Intel Core 2 Quad Q9000 processor
TGDaily - Acer launches bargin quad-core notebook
TGDaily - Acer lining up 2009 notebook production to take on HP

1 ulasan:

peminat ubuntu gak berkata...

hai... nak tanya.. kot2 tau tentang maklumat ni, Acer Aspire Gemstone Blue 8930G-7665 kat malaysia dah ada ke? try tgk kat website acer.. quad core punya tak da lagi.