Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan

Ahad, 11 Januari 2009

[Laptop] Adamo: "Untuk Jatuh Cinta"

Tarikh Keluaran Artikel: 11012009


Cantik, Menarik Dan Juga Elegent
Itu yang K boleh katakan daripada gambar ini, Dell mengeluarkan laptop terbarunya untuk tahun 2009 dengan nama Adamo (uh-dahm-o) yang bermaksud "untuk jatuh cinta" (to fall in love) dalam bahasa latinnya. amat menarik laptop ini dengan rekabentuk yang diberikan sentuhan minimalistik bagi menyerlahkan kekecilan Adamo itu sendiri. Adamo dikatakan lebih nipis daripada MacBook Air.

Satu Sasaran
Akhirnya selepas Acer dan HP mengeluarkan barisan laptop terbaru mereka, pengeluaran laptop terbaru daripada Dell ini menunjukkan bahawa persaingan penjualan laptop terbanyak untuk tahun 2009 ini telah pun bermula. sasaran mereka hanya satu, siapakah yang akan mengambil takhta bagi penjual laptop terbanyak tahun 2009 yang dimenangi oleh HP untuk tahun 2008 dan diikuti oleh Dell dan Acer.

Sumber
CNETNewsCrave - Dell officially unveils Adamo, Mini 10
Engadget@CES - Dell's ultra-thin Adamo laptop set free

Rabu, 7 Januari 2009

HP + AMD Athlon Neo (Update 1 - 07012009)

Tarikh Keluaran Rasmi - 06012009
Update 1 - 07012009




pengenalan
amaran untuk perkara ini:
1. dilarang menggelarkan laptop baru HP ini sebagai Netbook, lebih elok jika dipanggil "Ultraportable Notebook".
2. dilarang mengeluarkan sebarang perkataan untuk menunjukkan kekaguman contohnya, wooohoooooooooo ataupun wallaaa smart sioooottt.

HP + AMD Athlon Neo = Tentera HP 2009
HP telah mengeluarkan beberapa tentera sebagai menjawab kepada hajat Acer untuk mengambil takhta HP sebagai penjual Laptop terbanyak pada tahun 2009 ini. dengan menggunakan processor terbaru AMD; AMD Athlon Neo, HP kelihatan yakin untuk menghadapi cabaran daripada Acer dan tidak asing lagi jika HP tidak disertai dengan design yang menarik mata pelangga mereka. ini tidak langsung merancakkan lagi persaingan antara 2 syarikat Laptop ini, mungkin Dell juga akan mengeluarkan jenisnya yang terbaru iaitu Dell Adamo yang dikatakan lebih nipis daripada MacBookAir tetapi dari sudut keluasan jualan tidak besar kerana tidak ramai yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli laptop yang terlalu nipis.



Harapan akan datang
yang dilihat kini HP cuba menggabungkan antara netbook dan notebook kerana netbook lebih kepada internet dan aplikasi berasaskan web (web based application) tetapi notebook lebih mementingkan kemampuan laptop tersebut, dan kini kedua-dua sifat itu cuba digabungkan oleh HP untuk membentuk HP siri 2009 ini. dengan skrin 12" dan 13" disertakan dengan kebolehan AMD Athlon Neo yang digabungkan dengan ATI Radeon 3000 sebagai pembantu dalam grafik, bakal memadamkan dominasi Intel Atom didalam Netbook. rasanya akan datang apa pula?



Update - 07012009
Magnesium?

setelah K baca daripada ArsTechnica dan TGDaily tentang netbook notebook ini, terbaca tentang ATI Radeon yang disematkan didalam aloi magnesium yang menggantikan aloi aluminium. setahu K la, magnesium ni kalau dalam kelas kimia masa form 4 main bakar-bakar je, tu pure magnesium. setelah dikaji sekejap, aloi magnesium tidak akan terbakar kerana terdapat satu bahan iaitu SF gas yang membantu menaikkan suhu melebur aloi magnesium. oleh itu perkara ini secara teori dan aplikasi dalam makmal tidak akan berlaku. dan alot magnesium juga dikatakan lebih mesra alam daripada aloi aluminium, mungkin sebab itu HP menggunakan aloi magnesium




suka K lihat laptop ni kerana designnya yang membentuk satu agrodinamik yang baik dan peredaran udara yang bagus dibawah laptop tersebut. ini sedikit sebanyak akan mengurangkan risiko Sindrom Terowong Carpal (Carpal Tunnel Syndrome).

sumber terkini
AMDNewsRoom - AMD delivers groundbreaking platform for ultrathin notebook

CNETNewsNanotech - new HP ultraportable frist to use AMD Neo chip
Engadget - HP greets us with 13.3" Pavilion dv3 entertainment laptop
Engadget - HP's 12.1" Pavlilion dv2 with Blu-Ray: don't call it netbook
Engadget - AMD kinda sorta takes aim at Atom with Athlon Neo
Gizmodo - HP Pavilion dv2 notebook is HPs first 12", full functioning consumer laptop
YahooTechCES2009 - AMD aims to bulid middle ground between netbook and laptop
TechSpot - AMD unviels Athlon Neo for ultraportable laptops
ArsTechnica - AMD's Neo processor debuts in HP notebook
TGDaily - CES 2009: HP to launch series of low cost computers

Selasa, 30 Disember 2008

Acer Aspire 8930G 7665 + Intel Quad Core


Pengenalan
jika dilihat daripada peningkatan penjualan laptop Acer amat memberansangkan pada tahun 2008 iaitu meningkat sebanyak 78.8% daripada tahun sebelumnya, mereka meningkatkan usaha mereka untuk mengekalkan diri mereka antara salah satu daripada pengeluar laptop yang terbaik pada tahun 2009. mereka menganggarkan untuk menyaingi pengeluar utama kini, HP/Compaq yang menjual 14.9 juta unit pada tahun lepas. rujuk - Laptop v Desktop: 2008 milik Laptop

Intel Quad Core
Acer pada hari ini mengeluarkan senarai "tentera" dan "senjata" terbaru mereka untuk tahun 2009 ini dan paling menyerlah adalah edisi terbaru Acer Aspire Gemstone Blue 8930G-7665 yang dikuasakan dengan Intel Core 2 Quad Q9000 dengan kelajuan 2.53GHz. yang ironinya harganya tidak mahal seperti yang disangka kerana pada asalnya harga processor itu hanyalah $348 walhal Intel quad-core yang lain adalah $851. ini menjadikan harga bagi keseluruhan sistem Acer Aspire Gemstone Blue 8930G-7665 ini hanyalah sekitar $1,799.99 sahaja.

Langkah HP akan datang
bagaimana HP akan menghadapi serangan daripada Acer yang menunjukkan peningkatan mendadak pada tahun ini (2008) dan mungkin sekali meningkat lagi pada tahun 2009 dengan "senjata" terbaru mereka. dan kemungkinan juga persaingan antara pengeluar dalam jualan netbook akan semakin sengit dengan ura-ura Acer dan HP akan mengeluarkan notebook dengan skrin 11.6" yang baru pada tahun 2009 ini.

Kesimpulan
persaingan sihat ini akan membuatkan produk notebook pada tahun 2009 akan bertambah baik dan itu berita baik untuk pengguna :) dan untuk semua pengeluar notebook, selamat berjaya dalam persaingnan itu.

Sumber terdekat
DigiTimes - Acer lining up 2009 notebook production to take on HP
PCMag - Intel, Acer launch cheap Quad-Core notebook chip
CNETNewsNanotech - Intel launch low-cost Quad-Core mobile chip
LaptopArena - Aspire 8930G 7665L: Acers new Gemstone Blue Notebook
BusinessWire - (Correcting) and (Replacing) Acer enhances award-winning Aspire 8930G Notebook PC with new Intel Quad-Core processor technology
TechPowerUp - Acer enhances Aspire 8930G with new Intel Core 2 Quad Q9000 processor
TGDaily - Acer launches bargin quad-core notebook
TGDaily - Acer lining up 2009 notebook production to take on HP

Rabu, 24 Disember 2008

Laptop v Desktop - 2008 Milik Laptop

pengenalan
setiap tahun pelbagai barangan terbaru keluar dipasaran. termasuklah desktop dan laptop. saban tahun diunjurkan penjualan desktop pasti melebihi laptop kerana permintaan dan harga yang lebih murah serta senang ditukar ganti "organ dalaman" desktop berbanding laptop.

tahun 2008 milik Laptop
tahun ini buat pertama kalinya penjualan laptop melebihi penjualan desktop. penjualan laptop sepanjang tahun ini adalah 40% lebih tinggi daripada tahun lepas. dikatakan bahawa netbook adalah salah satu bahagian dibawah nama laptop yang membawa kesan yang besar kepada peningkatan penjualan laptop.

38.6 juta laptop
iSuppli sebagai sumber mengatakan HP naik sebanyak 13.5% - 14.9 juta unit sekali gus memegang 18.3% peratus pegangan pasaran dunia dan diikuti Dell sebanyak 11.0 juta unit (+10.7%) dan pegangan pasaran sebanyak 13.9% diikuti rapat oleh Acer yang meningkat begitu banyak dengan Aspire One dan Aspire Blue/Gem mereka (+78.8%) iaitu 12.2% pegangan pasaran.

semenjak Oktober
sebenarnya perkara ini telah diketahui sejak oktober lagi kerana pada masa itu penjualan laptop adalah 55.1% daripada penjualan keseluruhan komputer di US. dikatakan bahawa harga laptop yang semakin murah sekarang dan mobility yang tidak dipunyai oleh desktop amat membawa kesan kepada pilihan dan peningkatan penjualan laptop kepada pengguna.

unjuran masa hadapan
kemungkinan besar penjualan ini akan lebih naik pada masa hadapan dan tiga syarikat teratas akan terus bersaing walaupun disaat ekonomi dunia tidak berapa elok sekarang. dan Acer dilihat boleh melakukan kejutan pada masa hadapan dengan Aspire One mereka dan HP perlu mencari formula baru disamping mengukuhkan penjualan mereka yang dibantu oleh Compaq secara tidak langsung.

sumber berkaitan
CNETNewsNanotech - Laptop shipment top desktops for first time; Netbook a factor
TGDaily - Notebook outsold desktops in Q3 for first time, iSuppli says
TGDaily - Notebook outsell desktop in the U.S. for the first time
ArsTechnica - Global notebook shipment finally overtake desktops
PCMag - Acer's share soars on netbook sales
Engadget - Laptop outship desktops for the first time worldwide

Sabtu, 15 November 2008

Majalah PC, Q&A & Graphic Card


semalam, musang (housemate aku, kenapa musang g la tanya dia) beli Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. aku pun belek la.. emm ok la.. emm ada tutorial pasal flash (yang aku rasa dulu aku pernah baca tak tahu la berapa tahun lepas). abaikan pasal tu. aku belek2 lagi.. ko tahu kenapa aku suke belek? kerana aku nak tahu bahasa melayu punya terjemahan.. misalnya. high end user = pengguna hujung tinggi (jangan gelak tau). cintailah bahasa ibunda kita.

so kenapa aku nak cerita pasal ni pulak? kerana aku membelek hingga ke bahagian Q&A
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. humm nak tahu jugak la apa solution baru yang aku tak tahu kan. aku belek punya belek. ada yang best, ada yang soklan biasa je.. soklan lazim la aku kira. dan menarik perhatian aku apabila ada satu mamat ni tanya, "saya nak tukar graphic card laptop, macam mana ek?"

aku punya la pikir apa la orang ni nak jawab... korang tahu yang tukang jawab tu kata apa? "agak sukar jika anda tiada kemahiran" senang kata dia suruh bawak kedai la..

pernah tak, sekalipun la. orang yang tulis jawapan tu, pikir... orang ni tak tahu pasal IT, dan dia tahu pasal IT (of coz la tahu, sebab kerja kat
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu beb!) tapi kenapa dia tulis jawapan macam gitu?

ni nak marah ni
sebab kalau tak tahu la sangat jawapan untuk soklan tu.. pergi la dekat browser tu.. tekan la segala jenis search engine.. search la..... awak orang IT, jangan buat client macam tu. lantak la dia bagi soklan bodoh ke pandai ke, anggapkan dia tu tak tahu langsung. lepas tu kalau dah malas sangat nak tulis pun, bagi je link. bukan tak de link pun. bila dikata oleh orang ramai budak IT tak de standart, tak de ilmu, tak ikut perkembangan, marah pulak budak IT, aku nak marah ada jugak.. tapi kalau dah gini.... trima je la.. memang benar pun. ekau (orang yang tulis jawapan tu) mesti pandai punya, saat orang lain (bidan IT) tak de kerja, ko dapat kerja tu. cmon la.. jangan malukan nama IT (lantak la IT ke. ScienceComp ke).

so malas nak marah2.
aku bukak gmail aku, aku send email kat budak tu untuk terangkan segalanya yang aku tahu. dan harap dia paham, kalau dia tak paham jugak aku dah taruk alamat blog ni sekali.. mana la tahu kalau dia nak datang singgah ke kan.

untuk korang pulak.
ni jawapan untuk graphic card laptop tu.
persoalannya senang je. boleh atau tidak graphic card laptop itu ditukar ganti? haaaa jawab dulu.. aku bagi korang masa. sementara tu aku sambung sikit ek pasal
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu tu ek. aku kadang2 kesian la.. diorang lack of reviewer la. sebab orang nak beli majalah komputer nak tahu pasal review pasal hardware dan software. tapi.. sayang. dan kalau nak best lagi ada tutorial macam dulu2 (Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu dulu ada tutorial photoshop, pastu apa tah 3D software tu.. ada la..) tapi sekarang ni macam kurang dah.

ok dah abis masa
haaa pe jawapan korang? boleh ke tak boleh?
.............................. (macam blue clues & dora de explodora pulak)
bagus jawapan tu, jawapan bagi pendapat aku adalah. boleh dan tidak. (so tak de sapa salah)

boleh dan tidak
boleh untuk laptop yang exclusive, customade, terutamannya gamer lappy, macam Dell XPS (musang teringin beno lappy ni)

dan Vodoo (custom made lappy) sebagai contohnya. memang boleh menukar ganti graphiccard kerana memang telah dibuat khas untuk mereka. dan harganya amat amat mahal sekali. (tak la sejuta)

so yang tak bolehnya kepada semua lappy yang stakat RM2-7k, toksah la nak mimpi ek (sama la dengan aku pun). kalau ko beli Dragon tu boleh la kot.. tahu Dragon? HP (
) Dragon.

yang berat je dah 7kilo lebih. 2x250GB hdd. haaaaa yang tu.. korang nak ubah boleh. tapi tengok la harga pulak.

so secara mudahnya lah..
untuk taraf maqam orang awam, kata je la "tak boleh".
tetapi kalau dah taraf tinggi sikit, benda ni jadi "boleh dan tidak".
kalau ada taraf yang kata "boleh" tu aku rasa tu mesti super-duper-mode-geeks tu

harapnya
dapat memberi sedikit kefahaman kepada orang yang keliru, dan memberi ingatan kepada yang mengetahui dan memberi teguran kepada yang terasa dengan tulisan aku kali ni. satu je la nasihat, agak tak tahu sangatlah masalah tu, masuk la forum.. malaysia ni banyak forum. kat link tepi aku ni ada 2 forum satu Cari, satu Ehoza. dan aku ada banyak tempat, untuk cari ilmu.. sebab aku pun noobs gak..

nick aku kat kebanyakkan tempat adalah kmkd/TMUkmkd. agak2 tak betullah aku kata dan agak2 nak malukan aku depan orang dalam forum la.. cari la aku ek..

aku ambil balik gambar dan perbincangan daripada
Sifoo : boleh ke tukar kad grafik laptop


Notebook & Netbook

apa beza notebook dengan netbook?
ada beberapa kelainan antara 2 jenis ni, walaupun kedua2nya sama je.. laptop, tapi ada la sebab kelainannya. antaranya;

saiz screen
notebook mempunyai paling kurang 12" saiz screen tetapi netbook hanya mempunyai 12" saiz screen. kenapa perlu berbeza saiz screen? kerana performance yang dipentingkan oleh notebook, dan kurang sesuai untuk gamer bermain game di lappy tapi screen hanya 12" (nyakit kan mato jo). tetapi tidak pula bagi netbook, kerena netbook bukan untuk gamer tetapi lebih kepada web application system dan yang berkaitan dengan internet. oleh kerana itu netbook dikatakan lebih bagus untuk berhubung dengan internet. tetapi bagi K sendiri, tidak pula berminat dengan netbook kerana saiz screennya.dah la kecik, vista pulak icon nak besar2 je (walaupun tidak pernah memakai vista).. makin tak nampak la.. bukan tu je, nak taip document, email dan blog pun payah gitu.. so 1-0 untuk notebook. (1-0)

processor
notebook semestinya akan mementingkan performance, dan netbook lebih kepada usablity dan kurang penggunaan bateri kerana mereka mementingkan keboleh-bawa-rata-rata-an (ayat sendiri). dan mereka menggunakan Intel (
) Atom mahupun AMD () Geode kerana itu performance untuk menggunakan kuasa bateri secara maksimum itu lebih di fikirkan. tetapi tidak pula bagi notebook yang paling kurang sekarang menggunakan dual-core, core 2 duo mahupun Turion x2. kerana bagi mereka performance itu penting. dan juga kerana kuasa browser sekarang yang hebat2 belaka yang mahu berlumba dari segi kepantasan menjalankan javascript & flash, maka itu processor akan menjadi perdebatan. so bagi bahagian ini, K bagi 1-1 sorang, kerana? portablelity diberikan kepada netbook, tetapi kuasa diberikan kepada notebook. (2-1)

graphic card
ni kompem la netbook kalah (3-1). kerana K seorang pengguna fireworks, photoshop & illustrator. dan itu semua tidak mampu dijalankan dengan lancar menggunakan netbook. jika anda seorang gamer, jangan pikir banyak, sertai K. tetapi jika anda memang seorang yang hanya membuka internet untuk update antivirus, baca email, cari journal, itu ok. sertailah netbook team. so bagi K, notebook is better. (3-1)

berat
well of coz la notebook memang tak le nak menang. (3-2) kerana, lighter is better. netbook hanya seberat 1.5kg dan kebawah tetapi notebook, 1.9kg keatas. so, kalau rasa diri tu saudara mahupun saurdaria ambillah notebook, kalau saudari ataupun saudarai ambillah netbook. (3-2)

so secara konklusinya
(3-2) itu bagi K, jangan dipikul semua K kata dalam otak anda. pilih mengikut piihan sendiri. semoga dapat membantu anda mengenal apa itu notebook, apa itu netbook.

berdasarkan review orang jugak ni
EnzineArticles : notebook vs netbook - performance or portability
HardwareRig : notebook vs netbook - performance or portability?
Zimbio : notebook vs netbook - performance or portability?
SmallBizTechnology : netbook vs smartphone vs notebook - the looming choice

Khamis, 30 Oktober 2008

Asus & Intel Mahukan Anda

siapa dekat sini tak tahu apa itu asus ()?
siapa dekat sini tak tahu apa itu intel (
)?

kalau anda semua dah tahu, so sekarang ni
& sedang mencari idea baru dalam R&D mereka untuk membina semua komputer akan datang. mungkin mereka mahukan konsep daripada anda.

mungkin anda yang sedang membaca ini ada peluang untuk memasuki pertandingan ini.

apa yang diorang nak?
ada tiga.. idea, idea, idea.
yup hanya idea sahaja yang mereka mahukan.

kenapa saya kata anda ada peluang. ni adalah salah seorang candidate yang sudah menghantar penyertaannya


simple je idea dia. dua2 tempat touch screen. korang percaya tak, saat pertama K tengok idea ni, kompem idea ni tak la payah pun, just cedok daripada Nintendo DS je. so korang alang2 borak2 kosong tu kan, masa makan tu kan, korang try pikir apa laaaa yang korang terfikir komputer akan datang jadi. mana tahu korang makan dan pinggan tu adalah komputer. yang menunjukkan kandungan makanan tu. apa bagusnya. apa nutirennya. macam tu la.. tapi tu idea je la.

kalau ko nak ambik idea tu pun boleh. aku takkan la nak taruk idea macam tu.. kene advance dari korang la idea aku. so, siapa punya idea best, dia la menang.

nak masuk tak?
benda ni terbahagi kepada 3 bahagian. notebook, netbook dan gaming notebook. so apa tunggu lagi. gerak la....... ambik kertas, ambik pen, lukis jeeeeeee tah tah dah jadi gini


wateproof laptop. simple je idea tu.... tapi.. mendapat undian tinggi sekarang (aku pun undi dia)
macam mana dia boleh terpikir idea ni? sebab sepanjang hidup dia, dia dah hilang 3 lappy sebab? dia duduk dekat laut dan kelembapan laut tu makan lappy dia.

aku tulis ni untuk bagitahu korang lepas aku diberitahu oleh
CNETNews : Intel, Asus partner on "dream PC" design site
tgDaily : We the people shall design a PC for Asus and Intel

so korang boleh masuk dalam ni untuk hantar idea korang
WEPC

Jumaat, 24 Oktober 2008

Intel & Jet Flow

Laptop makin lama makin nipis, makin lama makin ringan dan yang paling penting makin lama makin.......... panas. sebab? cpu dengan peha anda makin lama makin nipis cover dia. K agak la. sikit tahun mau melekat pehe dengan laptop sebab panas sangat. wakakakkakaka

so, apa yang intel (
) nak buat dengan jet flow pulak?
emm tak de pape, just nak borak kosong je..




mengikut apa yang tertulis dan terkata oleh wakil
di Taipei, akan menggunakan teknologi penyejukkan seperti jet, cuma bezanya, engine jet menggunakan liquid, tetapi intel akan menggunakan udara sahaja (kerana risiko membawa liquid dalam laptop)

apa teknologi ni boleh buat?
akan terdapat satu "shield" dalam lappy anda sebagai kusyen haba daripada cpu ke peha anda. so, tak la panas. system ini seperti penyejukkan dinding engine jet yang melindungi kepak jet yang mengandungi minyak daripada meletup (kebabommmmm - sound effect, bunyik guna mulut sendiri).


apa benefit untuk pembuat lappy?
humm sekarang ni yang K nampak satu je, kalau guna teknologi ni, makin nipis la jawabnya lappy anda tu nanti sebab, dah tak panas. cool je manjang (kalau la betul2 bagus, tapi rasanya tak la hilang semua haba tu, tapi udara adalah cara nak pindahkan haba paling baik, so kalau jadi penebat haba mesti best.


source
TechSpot : Intel Unveils New Cooling Tech For Laptop
CNETNews : Intel Unveils New Cooling Tech For Ultrathin Laptop


Jumaat, 10 Oktober 2008

The Spotlight Turns To Notebook - update-



mula-mula dengar pasal apple (
) nak keluarkan notebook dia yang beharga $800 (murah la tu)
mula-mula dengar kata
nak keluarkan skop pengeluaran dia daripada musim keluarkan iPod dan rakan-rakan kepada keluarkan notebook. now, dah jadi kebenaran.

"The Spotlight Turns to Notebook"
apa maksudnya? bagi pendapat K, sekarang ini (harapnya) semua tertumpu pada notebook
yang baru, bukan lagi notebook lain ataupun iPod yang tak berapa jenis tu tah.

$800 Notebook
kenapa galak sangat
nak keluarkan $800 punya notebook? aluminium case, lcd screen (ye la takkan crt (colour monitor) kot - maybe just simple lcd) adakah kene mengena dengan


  1. pengeluaran laptop oleh linux () kepada kanak-kanak yang beharga $400? tak mungkin. sebab itu bukan penyebabnya kerana taraf yang berbeza.
  2. agakkan K yang kedua adalah, atom. intel () atom yang baru daripada yang sekarang ini agak pantas pengeluaran laptop yang menggunakan processor ini. mungkin ini penyebabnya.
  3. dikatakan juga bahawa tu sebenarnya nak bersaing dengan microsoft () dan alang nak buat, buat la laptop, kerana laptop tu lagi best dan ramai pengguna terutamanya pelajar
sedikit pendapat tentang poster
bagi pendapat K, yang masih baru dalam bidang art & design ni, amat smart cara ditunjukkan apa yang bakal
keluarkan nanti kerana, cuma sedikit daripada keseluruhan bentuk laptop itu ditunjukkan dan disinari oleh cahaya "spotlight" yang dapat K rasakan sedikit rasa mystery dan exited daripada gambar tersebut.
so, K kata gambar poster ni smart (sebab tak terjangkau akal K nak buat)


intel atom



so, kalau nak tahu lebih lanjut, tunggu dan lihat

update : Leaked Image of MacBook




source
TechSpot : Apple comfirms notebook event next week
TechSpot : Apple Preparing Release $800 Notebook
TechSpot : New MacBook to Arrive in October
AppleInsider : Notes of interest on recent Apple MacBook Case Leaked