ni list terbaru untuk rough antivirus di internet. antara "antivirus" nya adalah;
www.av-online-scan.org/
sys-scanner.com/
spyprotector-pro.com
av-online-scan.org/
www.sys-scanner.com/
K dah report site2 ni, dan site ni masih boleh dimasuki menggunakan Firefox (FF) dan Google pun masih tak halang lagi, so sedikit berhati-hati diperlukan :)
bersama menentang penipuan antivirus dan antispyware
pengenalan walaupun kebelakangan ini sudah kurang K berjumpa dengan masalah antivirus tipu ini (mungkin kerana semuanya bertukar kepada kaspersky 2009 original) tetapi disuatu sudut masih ada lagi yang terpaksa menerima kesengsaraan daripada perkara ini.
VirusRemover 2008 & Spyware Secure daripada sumber mengatakan bahawa ini adalah antara antivirus/antispyware tipu kerana apabila dikaji oleh sumber mengatakan terdapat sejumlah laman web lain tetapi menggunakan antivirus yang sama contohnya, bestvirusremover2008.com, bestsecureexpertcleaner.com, secureexpertcleaner.com dan beberapa lagi laman yang telah diblacklist oleh Google dan Firefox secara automatik yang bersangkutan satu sama lain.
kesimpulan jangan mudah tertipu dengan mana-mana popup yang menyatakan komputer anda mempunyai virus dan menawarkan scan secara percuma.
artikel ini ditulis atas pembacaan K pada ruangan maklumbalas laman web Majalah PC yang ditulis oleh Izzat
bayangkan anda ada satu syarikat, dan anda tiba-tiba mendapat tahu bahawa orang mengatakan produk anda adalah malware. walhal apa bila dicheck kembali tidak pernah anda keluarkan sistem tersebut. contohnya. Kaspersky () (senang ambik contoh yang glamour), tiba2 anda mendapat tahu nak bagi Internet Security (KIS) 2010 percuma.. so apa lagi, tekan la.. install punya install, dia kesan pulak ada virus.. wow hebat la tu kiranya.. nak cleankan virus tu (means delete it), tak boleh.. kene daftar dulu dan kene bayar.. "cam tu tak moh la... nak buang la" kata anda, dan anda tekan butan uninstall, tak boleh buang.. setelah anda check dalam web , diorang tak pun keluarkan KIS 2010 lagi. dan diberi notis bahawa KIS 2010 adalah penipu. humm so? apa nak buat?
pencuri identiti begitu yang terjadi kepada WinWeb SecureTec adalah satu syarikat yang membuat backup dan bantuan kepada server server secara online, dan mereka tidak pernah membuat sebarang sofware berkenaan virus. dan tiba2 keluar satu product atas nama mereka, Winweb Security. yang mendakwa sebagai satu aplikasi yang bagus, teramat bagus kerana mendakwa PC anda dijangkiti virus yang tidak ada antivirus (AV) lain yang mengesannya. amat hebat la kiranya ni. kesan ini dipanggil "silver bullet case" mendakwa satu perisian itu terlalu hebat dan tidak ada satu aplikasi yang sama sepertinya dan mampu setanding dengan mereka. perfect.
smitfraud semua jenis software begini boleh dianggap sebagai smitfraud kerana mereka mendakwa mereka menjumpai sesuatu yang tidak AV lain jumpa tetapi tidaklah hebat mana apa yang dijumpainya itu..
kesimpulan sebenarnya ada cara untuk mengetahui mana AV yang rouge/fake mana satu yang betul. pertama sekali lihat pada
logo selalunya logo syarikat yang mengeluarkan fake AV ini kelihatan simple, yang boleh dibuat menggunakan simple apps. tidak gah. dan selalunya menggunakan lambang shield. untuk memberi impak kepada pengguna, software ini memang untuk melindungi (sama seperti konsep yang digunakan oleh AV Avast () (yang sekarang bertukar kepada lambang ) dan AVG ()
interface simple, macam selalu tengok, tak de beza dengan windows security. itu biasanya akan digunakan. simbol dalam av tu pun simple je. tak de beza dengan windows punya icon. itu untuk memberi effect ke-boleh-percayaan kepada AV tersebut kerana ada yang berfikir mereka ada link dengan Microsoft ().
scanner engine yang terlalu hebat tiba2 sahaja dia dapat mengesan beberapa virus yang tak dikesan oleh AV anda yang dahulu. terlalu hebat, perfect, tidak ada cacat cela. dan itu dipanggil "silver bullet case".
so kalau anda terkena perkara2 ini, cepat2 berubat
ini adalah kali kedua K buat re-review tentang persoalan dan pertanyaan yang terdapat didalam Majalah PC keluaran Karangkraf. K just nak kongsi je apa yang K tahu, kalau salah boleh betulkan :)
buat kali ini, K sekali lagi membuat bahagian Q&A. dan ini yang teradapat didalam kolum tersebut Trojan & Windows Media Classic Masalah WGA Windows XP Papan Induk Membuang Virus daripada Pemacu USB
mungkin mereka kekurangan tempat untuk menulis jawapan untuk soalan itu, tak pe la.. K pikir +ve.
soalan pertama - PC tersekat ketika menggunakan internet, ada antivirus (AV) yang kata ada trojan dalam PC dia. tapi tak pun jumpa walaupun dah scan banyak kali, adakah itu masalah windows ataupun virus? - ada tak software Windows Media Classic
jawapan pertama dia mengatakan bahawa PC dia "hang" ketika menggunakan internet. oleh itu ada beberapa perkara harus diambil kira sebelum dikatakan itu masalah siapa, Virus atau System.
apakah spesifikasi system PC dia. (processor, RAM dan sebagainya)
apakah jenis browser yang digunakan
apakah jenis AV yang digunakan
AV apa yang mengatakan system anda bermasalah? (jika menggunakan lebih daripada satu AV)
jika semua disitu lengkap, maka boleh dibuat andaian. tetapi kerana tidak terdapat sebarang panduan, maka akan dianggap sebagai 2 kes.
kes pertama - spesifikasi sistem yang tidak mencukupi kadang kala browser akan menggunakan sejumlah RAM yang banyak lebih lagi jika mempunya plugin atau pun cookies yang banyak. maka itu tingkatkan keupayaan sistem anda dengan menambah RAM, mahupun membersihkan sistem anda daripada junk file. rujuk AMBNaC - CCleaner: Crap Cleaner. software ini freeware dan ringan.
kes kedua - malware infection secara lazimnya tidak banyak AV yang boleh membersihkan dengan baik trojan dan spyware. oleh itu anda digalakkan menggunakan software yang khas untuk membersihkan trojan dan spyware selain virus dan worm, seperti Malwarebytes' (percuma untuk mencuba - K recomended), Spyware Search & Destroy (freeware), Ad-Aware (percuma untuk mencuba). lakukan scan didalam save mode dan bersihkan jika terdapat sebarang detection. dia juga ada mengatakan bahawa adakah terdapat satu software yang dinamakan sebagai Windows Media Classic (WMC), dan jawapan yang diberikan benar, ada. tetapi K tidak mengsyorkan menggunakan WMC tetapi menggunakan Media Player Classic (MPC) yang terkandung sekali didalam K-Lite Codec Pack ataupun K-Lite Mega Codec Pack. bahkan itu lebih baik, kerana freeware.
soalan kedua - ada masalah dengan Windows () XP SP2 yang ada tulis, ask for genuine Microsoft () software ataupun gambarnya seperti dibawah
jawapan kedua pihak Majalah PC melakukan satu tindakkan yang akan membuatkan diri mereka disaman oleh . kerana jawapannya adalah; masalah itu kerana anda membuat update WGA (KB905474) dan akan membuatkan (gambar diatas) muncul. dan kadang kala boleh mematikan PC. cara yang boleh dilakukan adalah menggunakan RemoveWGA 1.2 daripada sekian2 site.
jawapan yang K leh bagi adalah, tahniah.. sebentar lagi jika pihak membaca buku tersebut mereka boleh memfailkan saman kepada anda
kerana WGA berfungsi sebagai satu serangan kepada semua pengguna software Microsoft yang cetak rompak. tidak dinafikan bahawa ada beberapa kes yang mana WGA ini tersilap pandang tetapi setelah dibaik pulih sistem itu, kini anda boleh mengatakan bahawa kes tersilap itu adalah terlalu sedikit. jika anda pengguna membaca perkara ini, mereka boleh menyaman anda, kerana membantu cetak rompak di Malaysia. so, sila2 la buat awal2 tabung ehsan Majalah PC :)
bagi pengguna yang original tetapi mempunyai masalah itu sila kunjungi ke site Microsoft Forum. mereka disana sedia membantu menyelesaikan masalah anda. kerana menggunakan RemoveWGA itu adalah salah dan dianggap sebagai hacking tool.
jika anda mempunyai masalah ini sepatutnya anda menghubungi pihak untuk pembelian original. itu jika anda tidak menggunakan yang original.
persoalan saya satu sahaja. anda menggunakan sistem perisian yang original atau tidak? jika ya, anda tidak perlu risau. saya sendiri tidak pernah menghadapai masalah ini.
soalan ketiga - Papan Induk - persoalan tentang Motherboard Foxconn Mars, sama ada boleh menggunakan ATI Crossfire. - processor Intel () Core 2 Extreme di Malaysia dan berapa harganya
jawapan ketiga K tidak akan menjawab persoalan ini kerana K bukan ahlinya dan K tidak pula melihat sebarang masalah tentang permasalahan itu
Soalan keempat - dia menggunakan Kaspersky (), dan AV tersebut detect bahawa ada virus didalam tumbdrive-nya dan bagaimana untuk membuangnya?
Jawapan keempat fuh.. antivirus yang paling "bermasalah" di untuk menyebut namanya. Kas-Per-Sky @ Kas-Per-Ski.. walhal didalam bahasa Russia, Kuh-Sperskee. kelakar bila ada orang mengatakan dia orang hebat apa bila mengatakan orang lain yang mengatakan Kas-Per-Sky itu orang ketinggalan zaman, tetapi dia sendiri berkata Kas-Per-Ski.... mungkin dia lebih hebat dari orang Russia sendiri. Kaspersky Pronunciation download.
dah dah dah abaikan pasal tu.. kalau nak cerita.. sama je la dengan Skype, Adobe, McAfee dan Linux.
jawapan diberikan oleh Majalah PC adalah download AV untuk USB seperti USBVirus dan Clamwin Portable. persoalannya, kenapa diberikan AV yang baru? walhal dikatakan bahawa itu telah berjaya detect virus tersebut.. mengapa perlu untuk download satu lagi AV?
K mengatakan bahawa tidak perlu mendownload pelbagai aplikasi "tambahan" sebegitu tetapi anda hanya perlu menekan butang "disinfect". tetapi selalunya akan auto delete untuk sebarang virus yang dijumpai, so jika ditulis telah didelete, maka anda tidak perlu untuk menekan apa2 butang kerana virus tersebut telahpun dibuang dengan selamat.
konklusi so diharapkan dengan penjelasan tak la sehebat mana pun ini dapat menerangkan kepada orang yang tidak tahu dalam perkara ini
update: mehacomp_91 memberi tahu tentang masalah beberapa ayat didalam post ini. dan telah diperbetulkan - 27112008 H2106 update: mehacomp_91 sebagai esisten K memberi tahu ada lagi silap eja (klako tol aku ni) - 28112008 H2014
Microsoft () mengeluarkan sesuatu yang percuma kepada pengguna Windows (). (wow, ajaibnya)
apa benda tu? kalau korang pernah guna Live OneCare () dari (K tak pernah guna) yang dikatakan sebagai hasil gagal dari dari beberapa pihak kerana tidak setanding dengan Security Suite lain di internet seperti Kaspersky () Interent Security 2009, Bitdefender () Total Security 2009 dan beberapa lain security suite yang lebih gah dipandang.
oleh kerana itu juga menamatkan perkhidmatan dan mereka sedang meneruskan kajian kepada "Morro" yang dikatakan free untuk semua pengguna (rasanya ni umpan suruh beli 7 nanti).
Morro ini juga dikatakan mampu menyaingi semua security suite yang lain diluar. tetapi banyak komen mengatakan ini merupakan anti-competitive yang cuba dilakukan oleh pihak seperti mana taktik mereka menggulingkan browser Netspace () dahulu, mengeluarkan browser Internet Explorer () didalam setiap ketika perang konsol pertama dahulu.
berjaya atau tidak, masih kabur dan K dapat rasakan, pengguna sekarang lebih bijak daripada pengguna pada perang konsol pertama - dahulu. K merasakan taktik ini akan gagal. dan kebanyakkan pengguna akan mengabaikan security suite ini dan tetap akan memasukkan third party security suite ke dalam system mereka, biarpun slogan Morro nanti "hanya memahami keperluan sebenar " mereka tetap akan gagal.
mengapa membina Morro? kerana mengikut tinjauan daripada pihak , pengguna tidak kisah dengan security sistem mereka dan kerana ini ingin "membantu" pengguna terbabit dalam memberi secutiry suite yang percuma yang disertakan sekali didalam
kenapa K katakan yang dapat membantu pengguna tersebut dan melindungi pengguna terbabit. Morro bakal gagal jawapannya simple. mengikut wakil McAfee (), selama ini tidak pernah membuat perkara ini, dan perkara pertama dibuat adalah yang mendapat peratusan kurang daripada 2% dari keseluruhan pengguna security suite didunia. dan mengikut wakil Sophos (), perkara ini tidak langsung menggugat
mengikut pihak kerana skop adalah berlainan. mereka lebih kepada interprise tetapi tidak mungkin akan ada satu syarikat menggunakan sesuatu yang telah diberi percuma untuk melindungi data mereka yang berharga. mahukan anda?, Morro akan berjalan didalam XP (eh, support lagi rupanya, ingat dah lupa), Vista, dan 7 (dah agak dah). dan dikatakan juga resource demand untuk Morro adalah sedikit sahaja dan akan dilimitkan bandwith supaya pengguna tidak mengalami kepayahan untuk surf.
Morro akan membri perkhidmatan Antivirus, Antispyware dan Antimalware tetapi tidak firewall kerana telah mempunyai firewall sendiri.
kesimpulan awal yang dapat K predict Morro akan hangat untuk jangkamasa singkat dan akan menjadi seperti . anda berminat atau tidak, terpulang kepada anda. jangan keluarnya Morro menjadikan Moron sudah laaa~