Sabtu, 15 November 2008

Majalah PC, Q&A & Graphic Card


semalam, musang (housemate aku, kenapa musang g la tanya dia) beli Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. aku pun belek la.. emm ok la.. emm ada tutorial pasal flash (yang aku rasa dulu aku pernah baca tak tahu la berapa tahun lepas). abaikan pasal tu. aku belek2 lagi.. ko tahu kenapa aku suke belek? kerana aku nak tahu bahasa melayu punya terjemahan.. misalnya. high end user = pengguna hujung tinggi (jangan gelak tau). cintailah bahasa ibunda kita.

so kenapa aku nak cerita pasal ni pulak? kerana aku membelek hingga ke bahagian Q&A
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu. humm nak tahu jugak la apa solution baru yang aku tak tahu kan. aku belek punya belek. ada yang best, ada yang soklan biasa je.. soklan lazim la aku kira. dan menarik perhatian aku apabila ada satu mamat ni tanya, "saya nak tukar graphic card laptop, macam mana ek?"

aku punya la pikir apa la orang ni nak jawab... korang tahu yang tukang jawab tu kata apa? "agak sukar jika anda tiada kemahiran" senang kata dia suruh bawak kedai la..

pernah tak, sekalipun la. orang yang tulis jawapan tu, pikir... orang ni tak tahu pasal IT, dan dia tahu pasal IT (of coz la tahu, sebab kerja kat
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu beb!) tapi kenapa dia tulis jawapan macam gitu?

ni nak marah ni
sebab kalau tak tahu la sangat jawapan untuk soklan tu.. pergi la dekat browser tu.. tekan la segala jenis search engine.. search la..... awak orang IT, jangan buat client macam tu. lantak la dia bagi soklan bodoh ke pandai ke, anggapkan dia tu tak tahu langsung. lepas tu kalau dah malas sangat nak tulis pun, bagi je link. bukan tak de link pun. bila dikata oleh orang ramai budak IT tak de standart, tak de ilmu, tak ikut perkembangan, marah pulak budak IT, aku nak marah ada jugak.. tapi kalau dah gini.... trima je la.. memang benar pun. ekau (orang yang tulis jawapan tu) mesti pandai punya, saat orang lain (bidan IT) tak de kerja, ko dapat kerja tu. cmon la.. jangan malukan nama IT (lantak la IT ke. ScienceComp ke).

so malas nak marah2.
aku bukak gmail aku, aku send email kat budak tu untuk terangkan segalanya yang aku tahu. dan harap dia paham, kalau dia tak paham jugak aku dah taruk alamat blog ni sekali.. mana la tahu kalau dia nak datang singgah ke kan.

untuk korang pulak.
ni jawapan untuk graphic card laptop tu.
persoalannya senang je. boleh atau tidak graphic card laptop itu ditukar ganti? haaaa jawab dulu.. aku bagi korang masa. sementara tu aku sambung sikit ek pasal
Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu tu ek. aku kadang2 kesian la.. diorang lack of reviewer la. sebab orang nak beli majalah komputer nak tahu pasal review pasal hardware dan software. tapi.. sayang. dan kalau nak best lagi ada tutorial macam dulu2 (Majalah PC - Majalah Komputer dalam Bahasa Melayu dulu ada tutorial photoshop, pastu apa tah 3D software tu.. ada la..) tapi sekarang ni macam kurang dah.

ok dah abis masa
haaa pe jawapan korang? boleh ke tak boleh?
.............................. (macam blue clues & dora de explodora pulak)
bagus jawapan tu, jawapan bagi pendapat aku adalah. boleh dan tidak. (so tak de sapa salah)

boleh dan tidak
boleh untuk laptop yang exclusive, customade, terutamannya gamer lappy, macam Dell XPS (musang teringin beno lappy ni)

dan Vodoo (custom made lappy) sebagai contohnya. memang boleh menukar ganti graphiccard kerana memang telah dibuat khas untuk mereka. dan harganya amat amat mahal sekali. (tak la sejuta)

so yang tak bolehnya kepada semua lappy yang stakat RM2-7k, toksah la nak mimpi ek (sama la dengan aku pun). kalau ko beli Dragon tu boleh la kot.. tahu Dragon? HP (
) Dragon.

yang berat je dah 7kilo lebih. 2x250GB hdd. haaaaa yang tu.. korang nak ubah boleh. tapi tengok la harga pulak.

so secara mudahnya lah..
untuk taraf maqam orang awam, kata je la "tak boleh".
tetapi kalau dah taraf tinggi sikit, benda ni jadi "boleh dan tidak".
kalau ada taraf yang kata "boleh" tu aku rasa tu mesti super-duper-mode-geeks tu

harapnya
dapat memberi sedikit kefahaman kepada orang yang keliru, dan memberi ingatan kepada yang mengetahui dan memberi teguran kepada yang terasa dengan tulisan aku kali ni. satu je la nasihat, agak tak tahu sangatlah masalah tu, masuk la forum.. malaysia ni banyak forum. kat link tepi aku ni ada 2 forum satu Cari, satu Ehoza. dan aku ada banyak tempat, untuk cari ilmu.. sebab aku pun noobs gak..

nick aku kat kebanyakkan tempat adalah kmkd/TMUkmkd. agak2 tak betullah aku kata dan agak2 nak malukan aku depan orang dalam forum la.. cari la aku ek..

aku ambil balik gambar dan perbincangan daripada
Sifoo : boleh ke tukar kad grafik laptop


Tiada ulasan: