Rabu, 24 Disember 2008

Laptop v Desktop - 2008 Milik Laptop

pengenalan
setiap tahun pelbagai barangan terbaru keluar dipasaran. termasuklah desktop dan laptop. saban tahun diunjurkan penjualan desktop pasti melebihi laptop kerana permintaan dan harga yang lebih murah serta senang ditukar ganti "organ dalaman" desktop berbanding laptop.

tahun 2008 milik Laptop
tahun ini buat pertama kalinya penjualan laptop melebihi penjualan desktop. penjualan laptop sepanjang tahun ini adalah 40% lebih tinggi daripada tahun lepas. dikatakan bahawa netbook adalah salah satu bahagian dibawah nama laptop yang membawa kesan yang besar kepada peningkatan penjualan laptop.

38.6 juta laptop
iSuppli sebagai sumber mengatakan HP naik sebanyak 13.5% - 14.9 juta unit sekali gus memegang 18.3% peratus pegangan pasaran dunia dan diikuti Dell sebanyak 11.0 juta unit (+10.7%) dan pegangan pasaran sebanyak 13.9% diikuti rapat oleh Acer yang meningkat begitu banyak dengan Aspire One dan Aspire Blue/Gem mereka (+78.8%) iaitu 12.2% pegangan pasaran.

semenjak Oktober
sebenarnya perkara ini telah diketahui sejak oktober lagi kerana pada masa itu penjualan laptop adalah 55.1% daripada penjualan keseluruhan komputer di US. dikatakan bahawa harga laptop yang semakin murah sekarang dan mobility yang tidak dipunyai oleh desktop amat membawa kesan kepada pilihan dan peningkatan penjualan laptop kepada pengguna.

unjuran masa hadapan
kemungkinan besar penjualan ini akan lebih naik pada masa hadapan dan tiga syarikat teratas akan terus bersaing walaupun disaat ekonomi dunia tidak berapa elok sekarang. dan Acer dilihat boleh melakukan kejutan pada masa hadapan dengan Aspire One mereka dan HP perlu mencari formula baru disamping mengukuhkan penjualan mereka yang dibantu oleh Compaq secara tidak langsung.

sumber berkaitan
CNETNewsNanotech - Laptop shipment top desktops for first time; Netbook a factor
TGDaily - Notebook outsold desktops in Q3 for first time, iSuppli says
TGDaily - Notebook outsell desktop in the U.S. for the first time
ArsTechnica - Global notebook shipment finally overtake desktops
PCMag - Acer's share soars on netbook sales
Engadget - Laptop outship desktops for the first time worldwide

Tiada ulasan: