Sabtu, 3 Januari 2009

Peperangan Teramat - Browser War (update 1 - 03012009)

Tarikh Keluaran Rasmi - 24122008
Update 1 - 03102009


Pendahuluan

jika dulu K pernah buat pasal ni dengan tajuk
Spark of the Battle : Browser War Update (Siri 1)
Spark of the Battle : Browser War Update (Siri 2)
kini K menukar tajuk kepada Peperangan Teramat - Browser War



Peperangan Teramat - Browser War
peperangan antara browser kini semakin dahsyat dengan beberapa kes terbaru yang membolehkan peperangan ini berjalan dengan lebih rancak dan penuh dengan stratergik. antara peristiwa yang menarik adalah;

1. Internet Explorer (IE) dalam bahaya
dengan beberapa masalah yang menimpa, dengan kebocoran yang berlaku kepada IE yang menyebabkan pengguna IE dalam bahaya dan kebanyakkan syarikat dan universiti mengsyorkan pekerja dan pelajar mereka menukar kepada browser lain seperti Mozilla Firefox (FF) dan Opera (O). sekaligus sebab ini menyebabkan peratusan mereka yang memakai IE semakin kurang. sehingga kini pihak Microsoft hanya mengeluarkan zero-day patch (0Day) sahaja sebagai langkah sementara kepada punca masalah tersebut iaitu sejenis fail bernama OLED32.dll. dan semakin ramai jugalah yang akan turut menukar kepada FF mahupun browser lain yang difikirkan sesuai. IE 8 mungkin membantu mereka pada masa akan datang untuk menhadapi peperangan ini.

2. Kelahiran Google Chrome (C)
Google akhirnya mengumumkan kelahiran C yang menyebabkan beberapa browser lain seperti FF dan IE secara totalnya tersentak sedikit kerana IE dengan masalahnya (seperti no.1) dan FF mengalami masalah dengan Google yang mana dahulunya mereka dibantu oleh Google dalam penyebaran FF kepada pengguna Google, tetapi kini Google sudah hadir dengan browser baru yang dibuat mereka sendiri dan tidak lagi FF sebagai browser pilihan.

3. FF - "Empire Strike Back"
jika dua post sebelum ini menerangkan bagaimana peperangan epik antara Netscape (N) dan IE pada peperangan browser pertama dahulu yang menyaksikan kejatuhan N sebagai browser utama dunia, kini sejarah tersebut berulang kembali dimana IE yang dahulunya 90% daripada pegangan pasaran browser kini jatuh sedikit demi sedikit dikikis oleh FF yang menuntut kembali "darah" generasi mereka terdahulu iaitu N daripada IE. terbaru, IE kini memegang 69.77% dan FF 20.78%. Kegemilangan FF ini dimulakan pada tahun 2006 apabila FF2.0 keluar dan menjadi fenomena untuk bertukar kepada FF daripada IE dan perjuangan itu diteruskan pada tahun 2008 oleh FF3.0 dan FF dijangka akan terus mendaki.

4. O - pemain sampingan
dari dahulu hingga kini tetap menjadi tradisi O seolah-olah menjadi pemerhati bebas dah juga pelengkap kepada peperangan ini. peratusan yang tidak mahu naik tidak mahu turun menunjukkan O mempunyai peminatnya sendiri dan mungkin O Mobile boleh membantu mereka mengukuhkan kedudukan sedia ada.

Kesimpulan
peperangan ini masih panjang dan penuh dengan taktik yang sungguh mendalam. hanya mereka yang duduk dimedan peperangan akan merasakan kehangatannya.

update 1 - 03012009
tiba-tiba pagi ini naik semula pasal tajuk ni, sebenarnya netapplication telah mengeluarkan berita ini pada 01122008 dahulu tetapi K sedikit pelik kenapa tiba-tiba naik semula tajuk ini dan update yang K nak buat adalah, jangkaan netapplication bagaimana FF dapat memecahkan benteng 20% mengekalkannya dan turunnya IE kepada 69%

faktor yang menyebabkan FF berjaya mendaki melebihi hadnya selama ini iaitu angka peratusan 20% pada bulan November adalah kerana 4 perkara iaitu;
1. pilihanraya USA. kerana seluruh dunia menggunakannya dalam mencari berita terkini dan secara langsung, meningkatkan penggunaan FF melebihi IE
2. cuti Thanksgiving. perkara ini menyebabkan ramai yang masuk ke interent daripada rumah (FF) dan bukannya pejabat (IE). sehingga akhir bulan
3. cuti mingguan yang besar. secara purata satu bulan akan mempunyai 8.7% cuti mingguan tetapi November 2008 mempunyai 10%
4. bilangan penganggur yang banyak. semakin banyak mereka, semakin ramai yang menggunakan internet daripada rumah (FF) dan mereka akan masuk ke internet dengan lebih kerap untuk mencari peluang pekerjaan dan ini menambahkan lagi peratusan FF berbanding IE

pada bulan Disember lepas menunjukkan barah yang menimpa IE semakin ketara kerana peratusan IE semakin turun daripada 69.77% kepada 68.15% dan FF pula meningkat kepada 21.34%, C pula berjaya memecahkan had 1% iaitu 1.04%.

berdasarkan unjuran ini, dapat dikatakan bahawa tahun 2009 akan berlaku pengukuhan kepada FF dan C (memecah had 1%) dan merupakan tahun yang menyeksakan kepada IE.
hanya satu cara, kuatkan penggunaan dan perhubungan antara Windows 7, Windows Azure dan IE8. atau IE akan semakin jatuh

Sumber Rasmi Peperangan
AMBNaC - Browser War
AMBNaC - Google Chrome: pencabar Browser War
AMBNaC - Firefox membakar Chrome
AMBNaC - Please, no more war
AMBNaC - Jasa terakhir seorang perwira
TGDaily - How serious is the market share loss of Microsoft's Internet Explorer?
TGDaily - IE falls below 69% market share, Firefox climbs above 21%
BBCNews - Serious security flaw found in IE
BBCNews - Microsoft issues patch to fix IE
BBCBlog - Is it save to Explore?
WebSecurityBlog - Microsoft release IE 0Day Exploits temproraily solution
WebSecurityWeblog - New trend security threat? Clickjacking
OnTechNews - Internet Explorer 8 Beta: Download available at Microsoft
Wikipedia - Browser wars
Wikipedia - Usage share of web browsers
TechSpot - IE continues to lose market share as Firefox. Safari and Chrome gain
ReadWriteWeb - Firefox top 20% in November, IE now under 70%
NetworkWorld - IE lost share to Firefox, Safari and Chrome in December

DownloadSquad - Internet Explorer share drops to an all-time low (again)
NetApplication - Firefox share top 20% for November

Tiada ulasan: