Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 21012009Amaran daripada pihak AMBNaCTutorial ini adalah tujuan pelajaran dan bukannya tujuan untuk mencuri data dan membuat kerosakkan. sesungguhnya ilmu yang baik adalah ilmu yang bermanfaat kepada diri dan orang lain (yang memerlukan). pihak AMBNaC tidak sesekali akan bertanggungjawab atas segala kejadian yang dilibatkan dengan penulisan artikel ini. segala tindak tanduk anda adalah tanggungjawab anda dan kamu yang berusia dibawah 18 tahun sila dapatkan bimbingan ibu bapa atau penjaga.
Kata laluan dan sentimen pemikiranPensyarah K pada semester ini berkata, saya telah diajar oleh pensyarah saya dahulu;
tukar kata laluan anda (email dan akaun) setiap seminggu sekali
Tetapi K tidak bersetuju dnegna kata-kata itu dan sekurang-kurangnya ada seorang lagi yang tidak bersetuju dengan kata-kata pensyarah K yang seorang Professor itu. siapa seorang lagi itu?
Megahacker, yang mengambil ayat ini tidak tahu daripada siapa;
the big lie of computer security is that security imporves by imposing complex password on users. in real life, people write down anything they can't remember. security is increased by designing for the way human actually behave
Dan selalu terjadi apabila pengguna terlupa kata laluan mereka, dan lebih teruk lagi mereka juga terlupa untuk mengingati kembali kata laluan untuk admin sistem operasi tersebut. maka apa yang harus dibuat? format? bypass menggunakan utiliti seperti
DreamPackPL atau
Ophcrack? dan banyak cara lain. K mahu menggunakan Linux.
Linux: Swiss KnifeLinux seringkali digelar sebagai
swiss-army-knife untuk para "troubleshooters" membetulkan sistem windows yang bermasalah dan juga hal-hal seperti ini, membuka kembali sistem Windows yang telah "kehilangan" kata laluannya. antara yang terbaik untuk melakukan perkara ini adalah, Knoppix, Ubuntu 8.04 dan keatas, Fedora 8 dan keatas. kerana tiga sistem Linux ini pernah K sendiri mencubanya walaupun dengan cara yang sedikit berlainan dengan cara yang K akan tunjukkan kepada anda ini, kerana K gunakan cara yang penuh dengan arahan didalam "terminal" dan bukannya paparan antara muka grafik.
Sebelum bermula, Amaran dari AMBNaCSekali lagi K ingatkan bahawa tujuan tutorial ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan yang paling penting, anda perlu ada LiveCD, talian internet dan anda mempunyai pengetahun didalam
Linux Command Line. ok, jika anda sudah bersedia, ayuh teruskan.
sudo apt-get install chntpwSetelah anda jalankan Linux itu secara LiveCD (bukannya memasang di storan anda), anda perlu memasang satu aplikasi yang dipanggil 'chntpw' dengan menaip perkataan ini di terminal:
sudo apt-get install chntpw
selepas itu anda perlu memastikan anda mempunyai kebenaran untuk memasuki storan NTFS anda yang didalamnya terkandung sistem fail Windows. terdapat beberapa cara untuk memasukinya sama ada menggunakan terminal mahupun secara GUI, dan jika GUI, masuk ke
laman ini. dan untuk terminal, sila kaji sendiri.
Selepas itu masuk kedalam '
WINDOWS/system32/config' dengan menggunakan command line dan setelah sampai ke direktori 'config' gunakan arahan ini:
sudo chntpw SAM
dan selepas itu akan ada informasi yang panjang akan ditunjukkan, jika ada maka itu abaikan sahaja. dan ini yang akan keluar selepas itu:
---------------------------------
* = blank the password (This may work better than setting a new password!)
| Enter nothing to leave it unchanged
| Please enter new password: *
---------------------------------
dan biarkan password yang baru itu dalam keadaan itu (esterik = *) yang bermaksud 'kosong'. dan tekan butang 'enter'.
untuk memansuhkan kata laluan pengguna selain daripada admin, masukkan arahan ini
sudo chntpq -l SAM
info seperti ini akan muncul;
RID: 01f4, Username: administrator, *BLANK password*
RID: 01f5, Username: guest, *disabled or locked*
RID: 03e8, Username: helpassistant
RID: 03ea, Username: support_388945a0, *disabled or locked*
dan untuk pergi ke username tersebut dengan menggunakan arahan ini;
sudo chntwp -u username SAM
tinggalkan kata laluan tersebut sama seperti admin, iaitu (*), dan selepas anda habis kerja disana, unmount kembali storan itu sebelum anda restart kembali. dan ketika anda login, seharusnya kata laluan tersebut sudah tiada dan masuk seperti biasa dan tukar kembali kata laluan kepada yang lebih mudah anda ingat. jangan lupa lagi.
Amaran terakhirJangan anda buat tutorial ini untuk menghancurkan orang lain tetapi buatlah kebaikkan daripada tutorial ini. dan K tunjukkan untuk Linux yang berasaskan Debian. untuk lain-lain Linux adalah sedikit berbeza. ini hanya salah satu daripada pelbagai cara untuk membaiki Windows menggunakan Linux, tidak rugi anda mempelajarinya.
SumberLinuxToday - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using LinuxJanauza - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using LinuxLinuxBasement - Changing NT password with Linux and CHNTPWDataStrongholdSystemSecurity - ChntpwVBuletin - ChntpwTheLinuxSociety - Changing NT password with Linux and CHNTPWCGSecurity - Chntpw for DOSRhadimas - Reset windows password /w knoppix UbuntuGeek - Windows NTFS partition read/write support made easy in Ubuntu Fiesty