Selasa, 29 Disember 2009

Roti Canai, Kerjaya & Kata Laluan

Kerjaya IT Luas
Terima kasih kepada tukang karut the ulek diatas tajuk "kerja IT sangat lumayan" yang menampilkan artikel daripada Harian Metro yang bertarikh 4 Ogos 2009. Menunjukkan bahawa IT bukan satu bidang "lelongan" bahkan ditakuti kerana dianggap satu bidang yang sukar. Mungkin kerana bidang IT ini terlalu luas untuk diringkaskan didalam satu perenggan ayat.

Surat Khabar Lama Lebih Popular
Percayakah anda kenyataan ini? Tatkala kita membuka bungkusan roti canai, nasi lemak bahkan semasa mahu membuangnya barulah berminat untuk membaca artikel tersebut. Aneh bukan? Lebih-lebih lagi artikel yang pelik-pelik seperti gay tertekan. Contoh terdekat adalah artikel kerjaya IT lumayan diatas.

Apa pun semalam Twitter telah mengeluarkan senarai kata laluan yang diharamkan untuk digunakan oleh pengguna Twitter. 370 369 kata laluan seperti 123456, iloveyou, password123 bahkan vagina. Semuanya dimasukkan oleh techcrunch kedalam satu fail txt untuk tatapan anda.

Mungkin perkara ini berlanjutan daripada masalah Conficker dahulu yang mempunyai 246 kata laluan yang akan diteka sebagai brute force semasa memecah masuk kedalam sistem rangkaian. Sumber: TechCrunch, Sophos, Gawker

Isnin, 28 Disember 2009

Kamal, 3 Gadis dan Ubiquity

"Kamal, kau faham tentang aliphatic compounds yang Dr Manasan ajar tadi?" ujar Arina sambil ditemani oleh rakannya Mira dan Sakinah. Mereka baru sahaja habis kuliah 'Kimia I' yang diajar oleh Dr Michael Manasan. Mereka berempat duduk di ruangan meja rehat dikawasan fakulti melepas lelah.

"Tak juga, kene tengok balik la. Ni pun aku nak rujuk di internet, alang-alang masih segar." ujar Kamal sambil mengeluarkan komputer ribanya dan terus membuka Firefox, pelayar internet yang "terhangat dipasaran" kini. Tiba-tiba Sakinah terlihat sesuatu yang ganjil, cara Kamal melakukan carian adalah berlainan dan nampak lebih laju. Lantas Sakinah bertanya kepada Kamal.



"Yang aku guna ni dipanggil Ubiquity, salah satu daripada plugin didalam Firefox. Hai.. Terpersona ke wahai Sakinah?" Kamal membalas pertanyaan tersebut dengan nada bergurau. Lantas Kamal mengajarkan bagaimana untuk memasang Ubiquity sekaligus mengajarkan secara asas untuk menggunakan Ubiquity kepada tiga orang gadis tersebut.

Cara Pemasangan Ubiquity
"Daripada menu utama Firefox, pilih Tools > Add-on. Ambil pilihan get add-on dan lakukan carian "ubiquity" dan korang tekan butang install dan selepas itu Firefox perlu melakukan restart. Ubiquity sedia untuk digunakan selepas itu." Terang Kamal sambil menunjukkan demonstrasi kepada tiga orang dara pingitan tersebut.

"Untuk pembelajaran asas, korang boleh mengikuti tutorial yang akan ditunjukkan. Mungkin kekok untuk kali pertama, lama-lama rasa seronok la nanti." Ujar Kamal lagi.



"Wahh, nampak menarik la. Mula-mula aku fikir ini mesti salah satu benda pelik dalam OS yang si Kamal ni guna. Rupanya bukan. Semua OS boleh guna. Emm.. apa nama OS yang kau guna ni Kamal?" Tanya Mira. "Pasal OS ni nanti lain kali aku boleh bagi tahu. Tapi dengan syarat, Mira kene bagi tahu password komputer Mira boleh?". Kamal menjawab penuh harapan. "Boleh, boleh blah" ujar Mira dan disambut dengan gelak tawa mereka berempat. Mira telah belajar daripada kesilapannya yang dahulu.

Nota Tambahan
Watak tiga orang gadis diatas adalah diambil daripada cerita saya tidak suka password oleh waidakmy.
Watak Michael Manasan tersebut adalah salah seorang daripada tenaga pengajar kursus .net framework 3.5 tempoh hari.
Rasanya macam tidak sesuai K menulis dalam genre begini. Kurang berpuas hati.

Kemaskini_1: 28 Disember 2009


Kemaskini_2: 29 Disember 2009

Sabtu, 26 Disember 2009

Salam Perkenalan dari sukiminna

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Ada Masalah Baru Nak Cari. Ya, sememangnya blog berinformasi dengan nama yang teramat panjang. Tapi aku masih lagi menjadi pengikut setia. Mengapa? Kerana gaya penulisan authornya encek Syafia yang padaku pandai mengambil hatiku untuk terus membaca artikel – artikel yang pendek tetapi padat atau panjang tetapi menarik. Dan kini aku juga sebahagian dari blog yang tidak kurang hebat ini.Betapa bertuahnya. Terima kasih kepada owner blog ini kerana menjemput aku

Dimana pula adabnya ya. Terus Membebel tak tentu hala. Maafkan daku. Nama penaku ialah sukiminna. (Izinkan suki menggunakan kata nama ‘aku’ kerana sudah terbiasa). Mungkin korang tidak kenal aku. Kerana aku bukanlah penulis dari blog yang masyur bernama sukiprattle.

sukiprattle.blogspot.com

Kebiasaanya aku membebel berkenaan perkara-perkara teknikal di sana. Tetapi ada juga entri yang hanya berkisar sekitar kehidupan seharian aku sahaja. Aku adalah seorang LELAKI. Betul. Encik Suki.Harap maaf sekiranya namapenaku ini mengelirukan sesetengah pihak. Bukan niat aku sengaja untuk mencari fame murahan menggunakan nama seakan perempuan. Bagi yang rasa perlu untuk mengetahui lebih lanjut tentang aku boleh lihat profileku disini. Selain di sukiprattle aku juga dijemput untuk menulis di BlogZaika. Tetapi masih belum menyumbangkan apa-apa artikel. ampun..

blogzaika.co.cc

Aku sebenarnya tidak pandai menulis, dan gaya penulisan ku tidak tetap. Sekejap skema dan sekejap tak berhemah. Kadangkala apa yang aku tulis seiring pendapat orang & adakalanya bercanggah. Nyatanya aku tak haruskan semua orang bersetuju dengan pandanganku. Kalau semuanya sefikiran tak meriahlah dunia. Akan hanya ada Celcom sebagai communication provider, hanya MAS sebagai syarikat penerbangan dan KFC sebagai fastfood.

Tapi itu tak bermaksud korang tak boleh berkongsi idea dengan ku. Aku terima segala komentar. Yang “hangat” dan juga yang “hangit”.

Berkenaan skop penulisan aku untuk blog ini barangkali masih tentang teddy bear aku teknikal. Takkan aku nak cerita pasal personal pulak dalam blog jemputan.adeh. Rasanya cukuplah bebelan aku yang panjang lebar buat kali ini. InsyaAllah jika ada masa terluang korang akan nampak lagi artikel dari aku.

Nota Bebel:
1. Entri ini aku guna WLW (Windows Live Writer)
2. Aku buat entri ini sambil dengan Adam Songs – Blink 182 yang aku download guna plugin Skreemr dalam Songbird.

Songbird, SkreemR & Penulis Baru

Bring It On Home To Me
Apa gila dikepala menyebabkan begitu minat dengan lagu blues yang satu ini. Mungkin penangan B.B. King yang berduet bersama Paul Carrack didalam album Deuce Wild. Penyanyi asal lagu ini adalah Sam Cooke. Masalah utamanya tiada dalam data simpanan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya. Percubaan mencari di Interent ternyata sukar kerana mungkin tidak reti bermain kata kunci di Google. Nasib baik ada Songbird.

Bila Burung Bernyanyi
Artikel tentang Songbird yang pertama didalam blog ini ditulis pada 7 Disember 2008. Ya, lebih setahun yang lalu. Pada masa itu versi 1.0 RC1 baru sahaja dikeluarkan. Digelar sebagai "iTunes Killer" dan kini Songbird baru sahaja mengeluarkan versi yang terbaru, Songbird 1.4.2. Antara lain perubahannya adalah pembentukkan bulu yang baru. Bulu di dalam Songbird dimaksudkan dengan tema. Daripada bulu yang berwarna putih kini telah menjadi ungu kehitaman. Mungkin ingin menampakkan lebih matang.


Aplikasi plugin juga telah semakin matang. Boleh didapati di laman rasmi Songbird untuk pengguna Windows (Win7 tidak ditawarkan secara rasmi, walaupun masih boleh dipasang), Linux dan juga Mac OSX. Oh tidak lupa, adakah anda tahu bahawa anda boleh memuat turun lagu di internet secara percuma dengan menggunakan Songbird dan SkreemR sebagai plugin?. Sumber: Songbird, lifehacker.com

SkreemR
Oleh kerana begitu minat dengan lagu tersebut, pencarian menggunakan SkreemR dimulakan. Dan hasilnya begitu memberansangkan. Lihat gambar di bawah:



419 hasil. Dan sehingga 100 yang pertama, 20 versi Bring It On Home To Me boleh dimuat turun. Perhatikan gambar yang menunjukkan ada butang download. Anda mungkin berminat jika anda mencubanya sendiri. Songbird

Intergrasi Bersama Karmic
Yang paling menarik adalah intergrasi bersama Linux Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) yang membolehkan notifikasi lagu yang dimainkan ditunjukkan menggunakan features notifikasi Karmic yang sedia ada. Sekali gus menunjukkan pengaruh Ubuntu dan Linux didalam Songbird bukan boleh diabaikan begitu sahaja.

Penulis baru
Sementara ini juga K dengan berbesar hatinya memperkenalkan penulis jemputan yang pertama didalam blog yang tidak popular ini. Beliau adalah penulis blog Sukiprettle, Sukiminna. untuk mengenali lebih lanjut tentang apa yang akan dibuat oleh Suki didalam blog ini, K rasa lebih baik Suki sendiri menulis serba sedikit.

Ok, kita tamatkan edisi hari ini.

Jumaat, 25 Disember 2009

Esok Cuti. Kurang RSS

WiMAX
Ini bukan cerita baru, hanya mahu memberi tahu kepada yang tidak tahu. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat empat (4) syarikat yang telah diberikan lesen WiMAX atau nama panjangnya Worldwide Interoperability for Microwave Access?
  1. YTLe
  2. AsiaSpace DotCom
  3. RedTone-CNX Broadband
  4. Packet One
Mungkin ramai diantara kita yang hanya pernah mendengar satu sahaja, P1 Wimax daripada Packet One yang terkenal dengan lagu Potong, Potong, Potong yang diadaptasi daripada lagu Satu nyanyian Aris Ariwatan tersebut. Jenama lain adalah:-
  • amax daripada AsiaSpace
  • RedTone Wimax daripada RedTone
  • YMax daripada YTLe
Pada November lepas tiga daripada empat syarikat ini yang kurang popular tersebut telah disaman kerana gagal mencapai tahap penembusan 25% daripada populasi rangkaian. Mereka yang dikehendaki membayar saman tersebut adalah:-
  • TYLe (RM1.9 juta)
  • AsiaSpace (RM1.7 juta)
  • RedTone (RM200,000)
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang WiMAX dengan meneruskan pembacaan di artikel WiMAX yang lepas.

Ikon Paling Popular
Trivia untuk anda: apakah ikon permainan yang paling popular sepanjang zaman? Jawapannya dipenghujung artikel.

Android
Android rasanya semakin terkenal didalam dunia sistem operasi telefon bimbit. Dengan telefon android yang terbaru Motorola Droid yang dikatakan amat popular, HTC Hero yang mengkagumkan dan dikatakan Android bakal menggugat iPhone dalam masa 5 tahun akan datang. Tidak lupa juga kepada Google Nexus One yang misteri dan juga digelar sebagai Google Droid Killer. Kini LG Prada 3 juga dikatakan mahu menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Sumber: MacWorld, Linux, SlashGear

Linux Linux Linux
Pertengahan tahun hadapan akan memperlihatkan kebanyakkan Distro Linux akan mengeluarkan versi Linux mereka yang terbaru terutamanya Ubuntu, Fedora, OpenSuse dan tidak ketinggalan mungkin pengguna boleh menggunakan Google Chrome OS versi beta yang dijangkakan dikeluarkan secara penuh pada suku keempat tahun 2010 nanti. Penggunaan kernal yang lebih baru, lebih pantas, lebih bermutu menjadikan Linux menarik bagi K sendiri. Oleh itu, tiada istillah "cuti" bagi Linux. Yang ditunggu, Gnome 3.

Jawapan untuk soalan diatas tadi: pacman.

Rabu, 23 Disember 2009

Populariti dan Kipas Susah Mati

Firefox 3.5 Lebih Popular
Berdasarkan statistik yang entahkan betul entahkan tidak menunjukkan Firefox 3.5 kini merupakan pelayar internet yang paling popular di dunia. Mendahului sedikit daripada IE8.0 dan IE7.0.

Jika anda perasan populariti Firefox 3.5 melonjak naik sejak daripada hari-hari pertama perlepasannya dan pada waktu yang sama Firefox 3.0 turun dengan mendadak. Sama seperti IE7 kepada IE8. Tetapi jika dicampurkan bersama antara Firefox dan IE tanpa pecahan versi IE masih mendahului dengan 55 peratus berbanding 68 peratus pada tahun lepas berbanding Firefox 32 peratus. Jika dilihat IE sedang menhadapi masalah kanibal atau "haruan makan anak" kerana mereka kekurangan pengguna baru sebaliknya Firefox semakin banyak pengguna baru. Firefox 3.5 poupular tetapi masih belum cukup. Sumber: webmonkey

Kau dan Aku
Didalam dunia komputer dan teknologi kadang kala terdapat mereka yang boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) untuk sesuatu perkara. Dan adakah anda bersetuju dengan gambar dibawah?

yang mungkin diinspirasikan daripada gambar dibawah ini

Apa-apa pun setiap perkara itu ada baik dan kurang baiknya. Rugi jika terlalu kipas-susah-mati kepada sesuatu perkara. Kerana dunia ini menarik kerana terdapat perbezaan pendapat dan idea. Sumber: rubyinside, joeydevilla

Ok, itu sahaja yang dapat dimasukkan pada malam ini, jumpa esok pula.

Deface: Metrolink


Di godam oleh Musti. Yang tak nak kalah siap ada lagu dalam bahasa yang kurang langsung tidak difahami. Semoga metrolink dapat pulih dengan pantas. Sumber: web2secure

Tipu atau Pura pura
Perlu atau tidak untuk menyembunyikan diri daripada mengatakan kita tahu didalam sesuatu bidang? Ada positif ada negetif. The Oatmeal ada membuat kartun (mungkin dia pelukis kartun seperti alif) tentang "kenapa ada baiknya anda berpura-pura untuk tidak tahu apa-apa tentang komputer".

Pelayar Internet
Sudah lama rasanya tidak menulis tentang peperangan pelayar internet kini. Yang menarik kini adalah:-
  1. Opera 10.5 mengatakan bahawa enjin JavaScript Carakan mereka pantas.
  2. Antara muka konsep Firefox 4 telah mula diperlihatkan. Agak menarik dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
  3. Firefox juga ada mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk mengeluarkan Firefox Mobile.
Perkara 10 dekad
Sudah ramai web dan blog yang mula mengeluarkan artikel penutup tahun ini ataupun lebih baik mengeluarkan artikel untuk 10 tahun yang lepas. Antara yang menarik perhatian adalah sistem operasi terburuk dan terbaik pernah dihasilkan dalam masa 10 tahun ini yang ditulis oleh tom henderson. Tekaan anda?
  • Terburuk: Windows Millennium Edition (WinME), NetWare 6.5, GNU Hurd & Windows Vista
  • Terbaik: Windows Server 2008 R2, MacOSX, Solaris 10, Linux & Google Android
Tetapi tidak semua yang diperkatakan itu K sendiri setuju. Anda pula bagaimana?

Owh ya.. tambahan. Tahukah anda bahawa teknologi kamera Nikon kini digunakan oleh NASA untuk ke ISS? Kali terakhir Nikon digunakan oleh NASA adalah pada tahun 2008.

notakaki: Masih ingat tentang Y2K? Apa yang anda buat pada malam Millennium tersebut?
notakaki_2: Disebabkan masa kurang mengizikan, K rasa ini cara terbaru untuk K menulis. masukkan banyak entri didalam satu tajuk.

Kemaskini_1: 23 Disember 2009

Sabtu, 19 Disember 2009

Satu Dekad 2000-2009

10 Tahun
Mudah kata sudah 10 tahun K mengunakan komputer secara "sebenar". Walaupun sejarah penggunaan komputer adalah lebih awal daripada itu. Teringat kembali game Skifree (gambar) yang pada masa itu K tidak tahu jenis komputer dan OS yang digunakan kerana terlalu kecil. Lebih mudah rasanya untuk mengatakan 10 tahun atau mungkin lebih beberapa bulan.

Sejarah Sedekad
Antara yang K masih ingat.
1. Windows 98: tahukah anda bahawa windows 98 ni pernah mengalami kejadian yang hampir sama ketika XP tiba? Stabil dan mudah.


2. Homeworld: Tak perlu kata banyak. K telah terangkan dahulu.

3. Half-Life: Pening tapi seronok.

4. Adobe Photoshop 7: Inilah asas penglibatan K didalam dunia gambar digital. Susah dan menarik. Masih ingat pada masa itu disebelah K adalah buku manual dan tutorial penggunaan Adobe Photoshop 7. Kombinasi kekunci adalah penting didalam Adobe Photoshop 7. gambar [via]


5. Code Red: Jika kini orang berkata tentang Conficker, dahulu Code Red adalah salah satu cecacing yang paling bahaya dengan lebih 350, 000 pelayan web telah dinodai. Gambar [via]


6. Brontok: Ini adalah virus yang mengajak K mempelajari OllyDbg, Sandboxie dan kejuruteraan balikkan (baca: reverse engineering) untuk mengetahui bagaimana dia beroperasi. Punca utama penglibatan K kedalam dunia sekuriti (sekarang sudah kurang). Masa tu cuba-cuba. Kerana tak tahu apa-apa.


7. Gempa Bumi Taiwan: 2006. Masa itu di Matrik. Lebih sebulan internet seperti hidup segan mati tidak mahu. Terlalu perlahan. Terlalu terlalu perlahan. Selepas kejadian itu selalu pula cable bawah laut dimana-mana putus.

8. Dan lain-lain yang kurang melekat di dalam memori.

Korang pula?

Jumaat, 18 Disember 2009

Twitter Di Godam

Tentera Siber Iran
Defacement yang dilakukan keatas Twitter oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka Tentera Siber Iran mengeluarkan gambar seperti dibawah.

Dengan memberi mesej;
Iranian Cyber Army
THIS SITE HAS BEEN HACKED BY IRANIAN CYBER ARMY
iRANiAN.CYBER.ARMY@GMAIL.COM
U.S.A. Think They Controlling And Managing Internet By Their Access, But They Don’t, We Control And Manage Internet By Our Power, So Do Not Try To Stimulation Iranian Peoples To….
NOW WHICH COUNTRY IN EMBARGO LIST? IRAN? USA?
WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST ;)
Take Care.
Carian di enjin carian Google menunjukkan dengan jelas kelainan apabila pengguna melakukan carian tentang Twitter.
Laman web lain yang mengalami perkara sama adalah mowjcamp. Kenapa dan mengapa laman itu digodam masih menjadi persoalan.

Sumber
Jay Hathaway. 18 Disember 2009. Twitter down, reportedly hacked by "Iranian Cyber Army". Via downloadsquad
Michael Arrington. 17 Disember 2009. Twitter Hacked, Defaced By “Iranian Cyber Army” (Developing). Via TechCrunch

Criminal Minds dan Analisis Perlakuan

Top 16 Unsub
Didalam web rasmi Criminal Minds ada poll yang mencari siapakah unsub (baca: unknown subject) yang paling popular. Dan kini telah hampir sampai ke penghujung dimana antara dua orang.

v

antara George Foyet dan Tobias Hankel.

George Foyet
George Foyet (the Reaper) adalah pembunuh bersiri yang tidak pernah ditangkap dan telah "diam" selamat sepuluh tahun sebelum kembali membunuh. BAU (baca: Behavioral Analysis Unit) telah berjaya menangkapnya tetapi terlepas kembali. Tajuk rujukan s04e18, s04e26, s05e01

Untuk mengundi anda boleh ke laman rasmi Criminal Minds

Tobias Hankel
Mempunyai dua identiti didalam diri (baca: Multiple Personality Disorder). Dia dan bapanya yang telah mati. Menculik salah seorang daripada ahli BAU (baca: Dr. Reid Prentiss) dan Dr. Reid harus mencari jalan agar dia tidak dibunuh sehingga ahlinya yang lain dapat menjumpainya. Tajuk rujukan s02e14, s02e15

Analisis Perlakuan
Sebenarnya perkara ini yang menarik minat untuk mengikuti siri ini. Mereka membaca dan mengetahui human gesture, bahasa badan yang kadang-kadang terlalu minima dan tidak dapat disedari oleh empunya diri. Mungkin jika anda pernah menhadiri mana-mana kursus persediaan untuk temuduga antara yang dikatakan adalah jangan menyentuh hidung ketika berkata dan jangan berpeluk tubuh kerana semua ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu didalam analisis perlakuan.

Khamis, 17 Disember 2009

Tahun Hijrah

Salam Tahun Baru
Selamat tahun baru hijrah 1431. Semoga anda semua diberkati sepanjang tahun ini. Penulisan kali ini adalah sedikit sejarah bagaimana tahun hijrah ini terbentuk.

Sedikit Sejarah

Awal tahun Hijrah itu bermula daripada zaman Khalifah Umar al Khattab. Bermula daripada cadangan Abu Musa Al-Asyaari setelah Khalifah Umar mengutus surat kepadanya tanpa tarikh. Dan tarikh awal dipilih daripada tarikh awal keazaman Nabi untuk berhijrah. Dan Perjanjian Aqabah kedua berlangsung pada akhir bulan Zulhijjah dan Nabi berazam untuk berhijrah pada 1 Muharram. Oleh itu tarikh bermulanya tahun Hijrah adalah pada 1 Muharram. Dan bukannya pada tarikh penghijrahan Nabi ke Madinah.

Khamis, 10 Disember 2009

Jom Main Friendster !

MOL beli Friendster
Baru je keluar berita. Pendapat korang?

Fakta: Friendster adalah jaringan sosial no 3 dunia dibelakang Facebook dan MySpace (Tagged?).
Fakta: Friendster mempunyai 115 juta pengguna seluruh dunia.

Trivia: Mungkin untuk menjadikan Friendster sebagai satu hub yang lebih mendekati hati orang asia dan Malaysia.

Risiko: 115 juta pengguna berdaftar. Berapa peratus yang benar-benar aktif sehingga kini?

Kesimpulan: Tunggu dan lihat.

Script didalam pakej DEB

Terbukti
Jika satu masa dahulu Windows dikatakan lemah, dan apabila Mac OSX dikejutkan dengan serangan trojan daripada muatturun aplikasi Adobe Photoshop CS4 dan iWork '09 cetak rompak melalui torrent, pegangan tersebut mula berubah. Kini Linux juga berpotensi untuk mengalami masalah yang sama.

Modus operandi: menggunakan pakej DEB untuk pemasangan screensaver air terjun didalam Linux. Kemungkinan digunakan untuk menjadikan sistem anda zombie didalam serangan DDoS. Serangan dilihat ditujukan kepada satu laman komuniti World of Warcraft.

Kesimpulan
Segalanya terletak pada diri anda. Anda yang menjadikan sistem operasi anda selamat atau sebaliknya.

Sabtu, 28 November 2009

Mesyuarat Bawah Dua Pokok

Pokok Ciku
Isu mensyuarat pertama: nasib pokok ciku yang terlalu tinggi, sukar diambil hasilnya.
Keputusan meysuarat: pokok itu dikorbankan.
Kehadiran: Ahli lembaga tertinggi hadir dengan "chainsaw" dan parang.
Nota: Pokok ciku bergetah, sila pakai baju yang tidak berapa mahal.

Pokok Kelapa
Isu mesyuarat kedua: nasib buah kelapa muda
Keputusan mesyuarat: proses pembelajaran mengenal buah kelapa muda dijalankan
Kehadiran: Ahli rahsia
Nota: Belah kelapa dari punggungnya bukan puncaknya.







Kedua-dua mesyuarat ditangguh menjelang tengah hari.

Sabtu, 21 November 2009

Borak Borak ChromeOS

Kemaskini_1: 21 November 2009

5 Siri Terawal

Pernah K menulis tentang Google Chrome OS yang K gelar sebagai GoCOS. Sebanyak 5 siri telah ditulis. Semuanya tentang Google Chrome OS. Dan kini, secara rasmi Google mengeluarkan kod sumber Chrome OS kepada umum.

Penulisan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan Chrome OS didalam VirtualBox

Bukan yang Terawal
K bukan yang terawal menulis tentang ini, Amanz dan suki antara yang terawal. Oleh itu K tidak akan menceritakan apa itu GoCOS, bagaimana ia dibina kerana semua itu telah diceritakan pada edisi pertama dahulu. Mungkin ada kelainan kerana perubahan masa tetapi K rasa konsep adalah tetap sama.



Biru Chrome
Warna biru yang sama dengan warna pelayar internet chrome menyambut anda di muka hadapan GoCOS. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan, lagipun ia hanya satu konsep awal sistem ini. Pengguna harus memasukkan ID Google anda iaitu akaun Gmail, hanya Gmail yang diterima. Dan kemudian disambut dengan paparan yang seketika sementara akaun anda dibina dengan sempurna.

Penetapan akaun anda akan berada didalam sistem ini apabila anda memasuki untuk pertama kali (yang memerlukan talian internet) dan selepas itu anda mampu untuk memasuki sistem walaupun tiada talian internet dengan membuat kemasukkan luar talian.

Flash
Flash dan lain lain skrip mampu dijalankan walaupun agak berat apabila dijalankan. Mungkin kerana semua kod masih belum ditahap yang stabil. Kerana utiliti seperti notepad dan kalkulator masih tidak dapat digunakan dengan baik.


menu pilihan versi awal. Masih tidak diasingkan mengikut kategori


Flash bertindak dengan baik walaupun sedikit "lagging"


Permainan catur yang menggunakan Flash. Perhatikan satu buah yang "hilang"


Percubaan membuka AMBNaC menggunakan GoCOS


Pro
Masih awal, boleh diperbaiki.
Dibina oleh Google.
Sesuai untuk masa hadapan.
Masa Boot yang laju. 7 saat. Mungkin kerana kernal masih ringan

Kontra
Terlalu futuristik. Mungkin tidak ramai yang mahu menggunakan konsep ini.
Semuanya harus menggunakan internet. Tidak sesuai untuk pengguna Malaysia.
Mungkin semua storan di internet, dan yang mempunyai had.

Kesimpulan
Masih awal untuk membuat apa-apa kesimpulan, masih menunggu versi seterusnya.

Finch



instant messaging untuk terminal. Jika lagu boleh dimainkan menggunakan mocp, Googling boleh dilakukan dengan elinks, maka instant messaging boleh digunakan menggunakan finch. Arahan pemasangan didalam Debian Based Linux adalah seperti ini;
apt-get install finch
Selamat mencuba~

Finch adalah IM yang berasaskan Pidgin. Yang dibina khas untuk mereka yang tidak mempunyai X Window/GUI.

Rabu, 18 November 2009

Homeworld dan Komputer


10 Tahun
Permainan komputer yang dikatakan terbaik pada zamannya, konsep: peperangan angkasa 360 darjah - 3 dimensi - masa nyata. Mungkin tidak ramai yang mengetahui permainan ini kerana kalau diingat kembali dikalangan jiran, hanya K seorang yang bermain Homeworld. Permainan ini masih mempunyai fan yang masih meminati permainan ini diseluruh dunia. Sedar tak sedar sudah 10 tahun berlalu. Dan masa itu Relic bukan satu syarikat yang hebat. Hanya satu syarikat yang kecil.


10 Tahun
Secara langsung juga menjadikan penglibatan K dan komputer adalah 10 tahun. Walaupun masa itu tidaklah mengetahui bagaimana menguruskan fail, virus dan pelbagai lagi. Tetapi sedikit sebanyak telah dipelajari seperti Adobe Photoshop 7 (sehingga kini K menggunakannya), coral draw (tidak ingat versi) dan sudah tentu FIFA 98 yang boleh dimainkan menggunakan tetikus dan bermain di padang indoor (seperti fustal). Komputer pada masa itu adalah sistem klon yang mempunyai Intel Celeron, Windows 98 dan monitor CRT.

10 Tahun
Untuk 10 tahun akan datang. Apa yang boleh dicapai. Tentu menarik.


uplink. offline

Selasa, 17 November 2009

Fedora 12 Dilepaskan

Fedora 12 v Ubuntu 9.10
Sekali lagi bertembung antara dua distro yang K lihat sebagai pesaing terbaik. Jika Fedora 11, Leonidas yang bersaing dengan Ubuntu 9.04, Jaunty Jackalope kini akan bertemu sekali lagi. Antara Karmic Koala dan Constantine.

Masih Menunggu
K masih menunggu pandangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentang Constantine yang sememangnya akan memberikan persembahan terbaik mereka. Anda sudah menggunakannya? Pendapat anda?

Ahad, 15 November 2009

RV Discovery

Kapal Penyelidikkan UMT
KUALA TERENGGANU 15 Nov. — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai universiti pertama di negara ini yang mempunyai kapal penyelidikan dan latihannya sendiri apabila kapal yang dinamakan ”RV Discovery” siap menjelang April 2010.
Dibina oleh Kay Marine Sdn. Bhd. dengan harga RM12 juta.

Sumber: www.utusan.com.my

Sabtu, 14 November 2009

Banjir, Air dan Penyakit

Musim Telah Tiba
Jika musim lepas K berada di UMT dan melihat bagaimana banjir berlaku, musim ini sekali lagi di sini. Tetapi banjir atau tidak masih belum pasti. Yang pasti musim hujan telah tiba.
Terdapat penyakit yang merebak melalui air yang tidak bersih atau tercemar, makanan yang tidak dimasak dengan betul seperti Taun(cholera), Demam Tifoid, keracunan makanan dan sebagainya
Dan tanda-tandanya adalah seperti;
i) Cirit yang akut dan berlarutan boleh mengakibatkan dehidrasi
ii) muntah berterusan
iii) Demam
iv) kejang otot dan cramp
v) rasa dahaga, kulit kering, lidah kering disebabkan oleh kurang air
Jika mengalami masalah seperti itu, sila ke klinik berhampiran. Mencegah lebih seronok dari mencari ubat. Oleh itu langkah pencegahan adalah seperti berikut;
i) Minum air yang di masak ( elakkan air telaga walaupun di masak)
ii) Makan makanan yang baru di masak dengan betul
iii) Guna air yang bersih untuk membasuh sayur, buah-buahan dan alatan memasak
iv) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan bilik air, sebelum makan dan semasa menyediakan makanan
v) Tutup makanan dari lalat, serangga dan tikus
vi) Pilih kedai makan yang bersih ketika makan di kedai makan
vii) Bersih sekeliling rumah dan lupus sampah di tempat yang sesuai
viii) Guna toilet yang sesuai
ix) Jangan mandi air sungai dan air banjir
iix) Elakkan minum minuman berais( ais dari kilang)
Pesanan ini adalah khidmat masyarakat yang dipetik daripada email daripada;
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

Isnin, 9 November 2009

GetDeb & Mirror Malaysia

GetDeb
GetDeb adalah satu laman yang mana mengumpulkan banyak aplikasi Linux didalam bentuk pakej .deb atau Debian software binary package. Perkara baik didalam deb ini adalah pengguna tidak perlu untuk menggunakan terminal untuk memasang sesebuah aplikasi. Tetapi pengguna hanya perlu menekan ikon aplikasi tersebut dua kali. Ini adalah perkara baik untuk pengguna Windows yang mahu membuat migrasi kepada Linux. Tetapi kini GetDeb melangkah kepada satu taraf yang lebih baik.

Naiktaraf Secara Repo
Kelemahan menggunakan pemasangan luar seperti ini adalah pengguna kadang kala harus membuang dahulu aplikasi tersebut sebelum memasang aplikasi baharu seperti Pidgin untuk mengelakkan implikasi pertembungan antara versi. Oleh itu apa yang dilakukan oleh GetDeb didalam versi kedua kini adalah untuk memudahkan pengguna dan hanya perlu melakukan proses naiktaraf yang rutin sepertimana selalu. Dan aplikasi tersbut akan dinaiktaraf kepada versi yang terkini secara automatik melalui repositori. Langkah ini adalah lebih baik daripada menunggu versi terkini untuk keluar secara rasmi daripada repositori rasmi. Jika berminat ada boleh terus ke laman GetDeb dan disana ada diajarkan cara untuk menggunakannya.

Mirror Malaysia
Kembali kepada naiktaraf dan kemaskini daripada repositori yang rasmi, anda di Malaysia sebenarnya boleh menggunakan mirror Malaysia yang mungkin membantu anda membuat kemaskini dan naiktaraf dengan lebih pantas. Di dalam Ubuntu 9.10 ada ditulis beberapa pilihan mirror untuk Malaysia, iaitu;
  • archive.mmu.edu.my
  • mirror.oscc.org.my
  • mirror.upm.edu.my
  • ubuntu.bytecraft.com.my
  • ubuntu.mmu.edu.my
Dan dengan server mirror ini anda akan dapat lihat kelainan didalam membuat naiktaraf yang lebih laju.

Tukar Kepada Mirror Malaysia


System > Administration > Software Source (kedudukan tidak mengikut gambar)
Selalunya sistem akan meminta katalaluan untuk pengesahan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk mengubah penetapan.


Ubuntu Software > Download from > Other
Dan satu popup akan keluar untuk anda memilih daripada senarai yang ada.


Cari "Malaysia" dan pilih salah satu daripada 5 mirror yang ada. Disini K memilih "ubuntu.mmu.edu.my" sebagai server pilihan dan tekan butang "Change Server" untuk membuat simpanan.

Selepas itu sistem akan bertanyakan sama ada anda mahu membuat kemaskini server atau tidak, dan anda boleh memilih sama ada mahu membuatnya atau tidak. Semoga ini akan membuat naiktaraf dan kemaskini anda lebih laju.

Tembok Berlin


Tembok yang memisahkan kedua belah German satu masa dahulu menyambut ulang tahun ke 20 kejatuhannya. Berliner Mauer adalah pekataan asal Tembok Berlin atau Berlin Wall didalam bahasa German dan Mauerfall adalah peringkat dimana kejatuhan Tembok Berlin.

Kebebasan Tanpa Tembok : Freedom Without Walls

Sumber
www.google-logos.com

Jumaat, 6 November 2009

Pidgin Ἀμνησία

Ἀμνησία
Ἀμνησία - amnesia. Penyakit lupa/hilang ingatan. Apa kaitannya dengan pidgin? Pidgin K yang dipasang pada Karmic tiba-tiba mengalami masalah tidak boleh mengingat akaun yang telah dimasukkan selepas tutup laptop. Pidgin K pasang didalam karmic disebabkan K tidak minat menggunakan emphaty. K ada menceritakannya di artikel lepas.

purple
purple adalah salah satu direktori didalam Linux yang menyimpan data dan konfigurasi Pidgin. Masalah berlaku apabila empunya direktori tersebut adalah root dan bukannya pengguna. Disebabkan itu Pidgin tidak akan menyimpan data konfigurasi akaun.

chown
K pernah memberi cara bagaimana untuk menukarkan penetapan empunya sesebuah fail atau direktori dahulu. Di bawah ada menujukkan gambar bagaimana penukaran ketetapan itu berlaku.

K menggunakan gabungan antara ls, grep dan piping dan diakhiri menggunakan chown.

K menukarkan penetapan pengguna empunya direktori purple itu daripada root kepada K sendiri. Dan selepas itu Pidgin kembali normal dan Emphaty telah dibuang.

Linux eBook

Percuma
Itu perkara peting. Untuk yang berminat boleh terus ke nothingOS. Laman ini bukan menghimpun yang terkini tetapi paling kurang mengumpulkan sumber pembelajaran yang asas. Apa yang ada? Antara yang menarik;

Pemasangan dan Panduan untuk bermula.
The Easiest Linux Guide You’ll Ever Read – An Introduction to Linux for Windows users

Sekuriti
Linux Firewall Configuration, Packet Filtering & netfilter/iptables

Sysadmin
In The Beginning Was The Command Line

Pengaturcaraan
Java Application Development on Linux by Carl Albing and Michael Schwarz
The Art of Unix Programming

Migrasi
Linux Client Migration Cookbook
Linux Client Migration Cookbook, Version 2: A Practical Planning and Implementation Guide for Migrating to Desktop Linux by Chris Almond

Kernal
The Linux kernel

Dan beberapa buku khas yang menjurus kepada distro tertentu seperti Ubuntu, Knoppix dan Red Hat.

Sumber
adq890. 23 Disember 2008. Open Source e-Book. NotingOS

Kamera Dwi Skrin

Sesuai
Suka tangkap gambar? Suka muat naik gambar (upload)? Kamera ini sesuai untuk anda. Kamera dwi skrin.

Gunanya? Untuk tangkap gambar sendiri tanpa pertolongan orang. Tidak perlu tangkap gambar di hadapan cermin. Didalam bilik salinan pakaian. Atau perlu mencuba beberapa kali untuk gambar yang sempurna.

Harga: $300.
Jenama: Samsung.
Pixel: 12.2 Megapixel.

Sumber: Wired

Zoologi Sejak Kecil

Triops
Terbaca didalam laman Wired tentang Triops bagaimana Triops boleh dijadikan satu haiwan "keluarga" yang mudah dijaga, kurang komitment dan paling penting dapat menjana minda kanak-kanak yang meminati sains. Usia cadangan 7-11 tahun.

Kurang pasti sama ada Tripos boleh hidup di iklim Malaysia atau tidak. Tetapi haiwan kecil seperti ini amat berguna untuk pembelajaran secara langsung kanak-kanak untuk memahami kitaran hidup, biologi marin dan juga mengenali haiwan ini dan keunikkan bentuk badannya. Didalam kelas Branchiopoda yang boleh dikatakan sebagai kelas primitif, dan dikatakan masih berbentuk sama selama lebih 220 juta tahun. Jauh sebelum zaman dinosaur.

Pendidikan
Pengalaman sebenar adalah berganda lebih baik daripada membaca semata-mata. Perkara seperti ini amat baik kerana pelajar dapat menjana pemikiran dengan membuat aktiviti seperti ini. Kitaran hidup singkat. hanya memerlukan dua hingga tiga hari untuk membesar sepenuhnya dan jika bernasib baik generasi kedua akan disemai. Kecil. Tidak perlu bekas yang besar dan cukup sekadar bekas kitar semula yang mempunyai ruang udara. Mungkin Malaysia tidak berpeluang menggunakan Triops, tetapi mesti terdapat satu spesis yang mampu digunakan untuk tujuan ini.

Sumber
Billabong Bugs. www.billabongbugs.com
My Triops. mytriops.com
Little Science Books. Triops: a very unusual creature. www.littlesciencebooks.com
Triops. www.triops.com
Triops Information Page. www.tadpoleshrimp.info
Wired. 5 November 2009. Can’t Commit to a Family Pet? Try a Triops. www.wired.com

Pengurusan Media

Popup Media
Jika anda biasa menggunakan Linux antara perkara yang kurang diminati oleh K adalah popup yang dilakukan oleh media seperti cakera keras luaran (external harddisk) atau pemacu kilat (flash drive) setiap kali anda melakukan sangkutan (mount). Pada mulanya kelihatan menarik dan sehingga disuatu masa yang mana harddisk tersebut mempunyai 4 partition dan popup untuk setiap partition akan menyukarkan untuk anda membuat kerja. Cara penyelesaian mudah sahaja. Tidak perlu sebarang arahan didalam terminal.

Media



Tekan gambar untuk lebih jelas. Dan semoga tutorial ringkas ini membantu anda.

Khamis, 5 November 2009

Wallace & Gromit dan Sesame Street

Siapa Tak Pernah Tengok?
Siapa tak pernah tengok Wallace & Gormit, kartun tanah liat dan Sesame Street yang sampai kini masih ada. Mereka menyambut ulang tahun ke 20 dan 40 semalam (4 November 2009) dan Google macam biasa melakukan Doodle khas.



4 November 2009. Ulang tahun ke 20 Wallace dan Gromit. Di sambut di UK, Portugal, German dan Austria.

4 November 2009. Ulang tahun ke 40 Sesame Street Di sambut di beberapa negara terpilih dengan imej yang berlainan.







Sumber: www.google-logos.com