Isnin, 26 Januari 2009

[Sekuriti & Aplikasi] Trojan Horse Photoshop CS4 Apple

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 26012009

Bicara yang serupa
[Sekuriti & Aplikasi] Trojan Horse iWork '09

Photoshop CS4: Varient terbaru
Apabila iWork cetak rompak diletakkan trojan horse OSXTroja.iServices.A dan 20,000 pengguna telah memuat turunnya. kini varient terbaru trojan tersebut iaitu OSXTrojan.iServices.B dimasukkan pula kedalam aplikasi cetak rompak kedua, Adobe Photoshop CS4. Trojan tersebut diletakkan didalam aplikasi pemecah (crack application) yang disertakan didalam satu pakej untuk membolehkan aplikasi itu berfungsi. cara ini adalah biasa digunakan untuk menyebarkan virus kepada pengguna windows dan kini pengguna Mac juga tidak terkecuali.

5,000 pengguna 'bijak'
Telah direkodkan seramai 5,000 pengguna telah pun memuat turun aplikasi tersebut dan terkena jangkitan itu. Matlamat virus itu adalah untuk memuat turun lebih banyak virus lain kedalam sistem operasi mangsa dan melakukan serangan DDoS. Modus operandi yang dilakukan adalah meminta kebenaran untuk memasuki bahagian dalaman sistem operasi yang mengandungi fail sistem yang penting untuk beroperasi. Setelah diberikan kebenaran, maka satu halangan terbesar bagi trojan ini telah hilang dan seterusnya pengguna itu telah pun menjadi mangsa.

Selamat datang buat Mac
Kini Mac OS dilihat semakin hampir kepada Windows dengan beberapa serangan virus yang diletakkan didalam aplikasi cetak rompak seperti mana yang dilakukan kepada pengguna Windows. Ucapan K, selamat datang buat Mac

Sumber
MacWorld - Mac trojan horse discovered in pirated Photoshop
SlashGear - Photoshop Mac trojan identified in pirated downloads
Gizmodo - OSX ilife trojan revamped, repackaged, rereleased

4 ulasan:

izzat berkata...

masa untuk berubah kepada Linux or Ubuntu..huuhuh..

SyaFia berkata...

haha.. tak la.. tak kisah la apa os pun.. kalau dah glamour.. akan jadi gitu gak..

sebab linux still in shadow.. tak ramai tahu.. so tak de pekdah diorang nak ganggu

Melayu Boleh berkata...

Semakin maju teknology..

TMUkmkd berkata...

melayuboleh - nak buat macam mana. lagi maju teknologi, lagi ramai yang ambil kesempatan :)