Sabtu, 11 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 1

Google
Penuh di dunia internet dihebohkan mengenai rancangan Google untuk membina sistem operasi mereka sendiri. Yang K gelar GoCOS. Mengikut rancangan awalnya spesifikasinya adalah seperti berikut;
  • Akan tiba pada tahun 2010
  • GoCOS adalah sistem operasi sumber terbuka
  • Untuk mereka yang hidup dengan web
  • Netbook untuk permulaan
  • Antara muka minima
  • Menyokong x86 dan ARM
  • Tiada kaitan bersama Android
  • Menggunakan konsep Cloud
Gembira & Teruja
Siapa yang tidak terpandang tatkala melihat Google mengeluarkan rancangan barunya. Daripada enjin carian kepada pelayar internet sehingga kini ke sistem operasi yang telah dimulakan didalam mobil iaitu Android. Daripada titik tolak kejayaan Android mendapat sokongan pembina perisian, Google telah melanjutkan kepada bahagian yang lebih serius. Sistem operasi untuk sistem komputer. Dimulakan dengan Netbook.

Idea Asal: Android

Kepada anda yang tidak mengetahui kisah disebalik GoCOS, Android adalah pemula kepada fenomena hari ini. Apabila Android dilihat mampu pergi lebih jauh sehingga ke Netbook atau lebih lagi, Google mengorak langkah kepada GoCOS. Bukan sekali agakkan ini dikeluarkan bahkan semenjak Android masih didalam versi 1.0 lagi. Tetapi didalam hati tidak dapat dinyatakan adakah gembira atau tidak dengan perkara ini. Penulisan tentang GoCOS ini berlanjutan sehingga enam episod yang K akan letakkan selama enam hari berturut, dan mungkin akan ditambah lagi jika terdapat perubahan daripada pihak Google. Tetapi setakat ini K telah menyiapkan enam episod. Semoga membantu untuk K memilih sama ada perlu takut atau tidak tetang perkembangan ini. Dan kesemua rujukan yang K gunakan akan diletakkan di episod keenam kerana terlalu banyak (pertambahan) dan merimaskan jika diletakkan pada setiap episod.



Tiga Persoalan
Episod pertama ini hanya akan menunjukkan anda apakah yang menariknya yang boleh diberikan oleh GoCOS. Dan tiga episod seterusnya akan membincangkan tentang apa yang K baca, lihat, fikir dan tulis tentang ini. Di akhir episod kelima nanti K akan kembalikan semula persoalan dan apa yang K fikirkan kepada anda selaku pengguna. Anda bebas untuk berkata. Pembahagian persoalan adalah;
  • Pengguna & Linux
  • Aplikasi Sumber Terbuka
  • Sekuriti & Penjajahan Data
Semoga bermanfaat kepada anda dan juga K. Episod pertama melabuh tirai.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

open.. kte tgk dye boleh lwn linux > ubuntu x.. wait n see

TMUkmkd berkata...

hahaha.. tu la.. K pun tak pasti dia leh maju ke tak.. sebab masih awal ^_^