Rabu, 23 Disember 2009

Populariti dan Kipas Susah Mati

Firefox 3.5 Lebih Popular
Berdasarkan statistik yang entahkan betul entahkan tidak menunjukkan Firefox 3.5 kini merupakan pelayar internet yang paling popular di dunia. Mendahului sedikit daripada IE8.0 dan IE7.0.

Jika anda perasan populariti Firefox 3.5 melonjak naik sejak daripada hari-hari pertama perlepasannya dan pada waktu yang sama Firefox 3.0 turun dengan mendadak. Sama seperti IE7 kepada IE8. Tetapi jika dicampurkan bersama antara Firefox dan IE tanpa pecahan versi IE masih mendahului dengan 55 peratus berbanding 68 peratus pada tahun lepas berbanding Firefox 32 peratus. Jika dilihat IE sedang menhadapi masalah kanibal atau "haruan makan anak" kerana mereka kekurangan pengguna baru sebaliknya Firefox semakin banyak pengguna baru. Firefox 3.5 poupular tetapi masih belum cukup. Sumber: webmonkey

Kau dan Aku
Didalam dunia komputer dan teknologi kadang kala terdapat mereka yang boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) untuk sesuatu perkara. Dan adakah anda bersetuju dengan gambar dibawah?

yang mungkin diinspirasikan daripada gambar dibawah ini

Apa-apa pun setiap perkara itu ada baik dan kurang baiknya. Rugi jika terlalu kipas-susah-mati kepada sesuatu perkara. Kerana dunia ini menarik kerana terdapat perbezaan pendapat dan idea. Sumber: rubyinside, joeydevilla

Ok, itu sahaja yang dapat dimasukkan pada malam ini, jumpa esok pula.

2 ulasan:

sukiminna berkata...

biar betui?
IE7 2nd top dalam chart tu..
hmm..susah btul aku nak jupe pengguna IE kat tempat aku.kecuali orang2 veteran yang bape mahir atau malas nak install IE. entah ler..

Windows, Mac , Linux sume ade lebih kurang. Tapi yg gile punye fan klu da sokong satu yg len sume dia kutuk.

Tpi bagus jugak ade org camni.
Klu tak komuniti open source lambat naik..

TMUkmkd berkata...

@suki rasanya nanti ie8 naik dah tu.. sebab default installation kan (walaupun certain negara dah tak jadikan default)

pasal mac tu semua memang lebih kurang je act. ada +ve -ve dia