Jumaat, 10 Julai 2009

Terminal. Edisi 5

Naiktaraf_1: 11 Julai 2009

Mencari & Menyelamat

Jika edisi 4 kita melihat perihal bagaimana menggunakan editor yang terdapat didalam Terminal, minggu ini kita melihat bagaimana menggunakan fungsi didalam terminal untuk mencari sesuatu fail ataupun paten yang khusus.
Grep
Grep adalah perkara penting didalam Terminal. Lebih lagi didalam mencari sesuatu didalam senarai yang panjang. Sebagai contoh didalam gambar. Dimana menunjukkan perbezaan antara penggunaan "ls" yang biasa dan "ls" yang "disalurkan" bersama "grep Do". Arahan grep adalah untuk mencari patent yang tertentu dan bertindak seakan penapis yang akan menapis keluaran daripada arahan "ls" kepada satu hasil yang lebih spesifik. Hanya menjurus kepada perkataan yang dicari

Anda juga boleh mencari sesuatu perkataan didalam sesebuah fail teks dengan memberikan arahan;
grep
Dengan cara ini grep akan mencari semua perkara yang berkaitan dengan apa yang anda mahu cari didalam fail yang anda letakkan dan memberi jawapan didalam bentuk kesimpulan terhadap semua yang dijumpai.

Tambahan Grep
Anda boleh memberikan arahan yang lebih spesifik kepada grep seperti
  • -n jawapan disertai nombor baris yang mengandungi perkataan tersebut
  • -r untuk mencari perkara yang sama didalam sesebuah direktori
untuk lebih lanjut anda boleh menggunakan arahan "man" yang telah diberitahu pada edisi pengenalan.

Find
Satu lagi arahan untuk mencari barang anda adalah dengan menggunakan arahan "find". Kemampuannya tidak dapat disangkal apatah lagi jika di "pipe" bersama arahan "xargs". Seperti contoh
find kekBaru -type f -name '*-kek' | xargs -I % cp % kekLama/
Maksud arahan ini adalah mencari sesuatu yang berjenis fail (-type f) yang mempunyai nama (-name) berkaitan dengan "-kek". Dan di lanjutkan arahan xargs dengan membuat pendua terhadap segala fail yang dikeluarkan oleh arahan "find" kepada satu folder lain yang dinamakan kekLama. Cara ini amat berguna apabila anda mempunyai senarai fail yang panjang dan besar.

Edisi 5 Tamat
Edisi 5 tamat disini. Mungkin edisi ini kelihatan lebih ringkas daripada edisi yang lepas. Tujuan utama adalah untuk menjadikan setiap penulisan didalam blog ini lebih ringkas. Jumpa di edisi 6.

Penulisan ini adalah diambil, digubah dan dimudahkan daripada artikel asal oleh Robert Clipsham.

Robert, C. Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #18, Oktober 2008.

3 ulasan:

life4hire berkata...

nak mencelah sket pasal sket..satu lg option penting dalam grep adalah -i, untuk ignore capital letter & small letters....huraian panjang tak perlu kerana tokey blog bleh tolong huraikan.. :)

TMUkmkd berkata...

life - kata orang tak leh nak suap semua.. sebab tu masa edisi 1st K ajar macam mana nak guna "man". wakakkaa anyway, thanks for ur respon. ^_^

life4hire berkata...

hehe..jgn risau..aku paham...muakkakakaka...