Isnin, 28 Februari 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Duduk Atas Kubur

Kesalahfahaman orang kita yang melawat kubur untuk menemani perkebumiaan saudaranya adalah duduk di atas kubur. Maklumlah kini kubur ada yang pasang tile, yang guna simen tapi dah jadi bangku pulak.

Itu yang aku nampak semalam.

عن أبى هريرة رضى الله تعالى عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لأن يجلس أحدكم على جمرة فتحرق ثيابه فتخلص الى جلدة خير له من ان يجلس على قبور

Daripada Abi Hurairah Rahiallahuanhu, bersabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam: seseorang itu lebih baik baginya duduk di atasnya bara api sehingga terbakar kain dan kulitnya daripada duduk di atas kubur. - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Imam Ahmad.

Jumaat, 25 Februari 2011

SVN Netbeans

Aku suka dengan fungsi yang menunjukkan perbezaan antara versi yang kita buat dan versi yang terkini didalam pelayan SVN.

Memang membantu aku.

Apa itu SVN?

SVN atau Subversion adalah satu kaedah yang mana semua kod yang dibina oleh sesebuah kumpulan untuk sesebuah projek akan dikumpulkan di dalam satu pelayan yang memudahkan pengumpulan dan juga menyemakkan sebarang perubahan didalam kod yang dibina.

Dibangunkan oleh Apache dan sudah tentu percuma.

Khamis, 24 Februari 2011

Perlu Isset

Walaupun didalam localhost tidak mempunyai masalah untuk kod ini berfungsi;

if($this->data['data']['data_percubaan']){
  //logic
}

tetapi akan berlaku ralat, Notice (8): Undefined index: data_percubaan, maka perlu tambah isset untuk memastikan bahawa ralat tersebut tak berlaku.

if(isset($this->data['data']['data_percubaan'])){
//logic
}

kegunaan isset itu perlu untuk memastikan bahawa $data tersebut tidak akan mengeluarkan ralat.

jika fungsi if yang tidak mempunyai else perlu mempunyai isset.

Rabu, 23 Februari 2011

Nota Untuk Diri Sendiri

Jangan pasang debug code tapi tengak (eh lama tak guna tengak. orang mana ek guna tengak?) dalam dev bukan localhost. memang la tak keluar debug line tu.

Selasa, 22 Februari 2011

Selamat Kembali

Aku kembali menulis dalam blog ni. Hampir setahun ditinggalkan. Sementara urusan blog yang Wordpress itu dibangunkan kembali selesai, aku akan terus menggunakan blog ini.