Jumaat, 12 Mac 2010

Aku terfikir

apa yang aku nak buat dengan blog satu ni? adakah perlu aku tutup?
kerana aku dah ada empat blog
1. syafiq.net - untuk teknologi dan semua yang berkaitan dengan teknologi.. mana ada perkara didalam dunia tidak melibatkan teknologi.
2. adamasalahbarunakcari.blogspot.com - iaitu laman ini. Tidak aktif dan disebabkan itu aku kurang pasti apa gunanya kini.
3. uk15611.blog.umt.edu.my - ini adalah blog dibawah UMT. aku mahu jadikan sebagai e-log untuk latihan industri aku. Mungkin boleh membantu blog yang lain kerana dia boleh dilihat sebagai subdomain kepada UMT. iaitu laman .edu
4. tmukmkd.tumblr.com - blog bergambar aku. hanya gambar dan sedikit tulisan yang aku masukkan. Trafiknya hanya dua punca. Trafik secara rujukan (referral) dan juga trafik secara terus (direct). Aku mendapat 0% untuk trafik organik.

oleh itu apa yang aku harus lakukan untuk blog ini? cadangan?

Sabtu, 6 Mac 2010

test

helllo test


Ahad, 21 Februari 2010

Bukan Entri Teknikal Biasa

Disebabkan blog ini tidak aktif tetapi masih ada orang yang mengikutinya oleh itu aku letakkan kemaskini terbaru untuk blog ini. Disarankan kepada anda untuk berpindah ke blog yang baru iaitu syafiq.net.

Dan didalam blog baru tu aku seperti biasa persediaan sebelum cuti, aku akan pastikan beberapa entri akan dikeluarkan secara automatik untuk mengurangkan impak kurangnya promosi dan juga untuk menguji trafik organik untuk blog syafiq.net. Maklumlah blog baru.
  1. Sebelum cuti, aku ada mencuba untuk menggunakan Facebook Chat daripada Pidgin selepas melihat paparan antara muka yang.. bolehlah tahan.
  2. Malangnya aku mempunyai masalah dengan aplikasi tersebut dan menyebabkan aku tidak dapat menggunakannya dengan baik (pada masa itu). Hari ini sudah pulih.
  3. Yang menariknya aku sampai daripada Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5 pagi.
  4. Pukul 10 ada majlis di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR. Majlis Tahnik. Selalunya orang buat sekali dengan majlis bercukur untuk bayi yang baru lahir.
  5. Habis majlis, disaji Nasi Beriani Gam dari Ruz Aladdin. Sehingga menjilat jari~ KNizam pun pernah buat pasal Ruz Aladdin, berbuka puasa katanya.
  6. Belek buku-buku lama yang tersimpan dirumah, banyak sudah Reader Digest yang melekat. Tidak boleh dibaca. Mungkin kawasan tersebut lembap. Kurang sesuai. Jangan simpan buku lembut di tempat yang lembap.
  7. Aku pun ambik satu artikel daripada Reader Digest dan aku olah. Pasal cirit-birit, maklumlah makan banyak limau dimusim perayaan boleh kene cirit!
  8. Hari valentine. Aku dirumah, petang tu ada majlis lain ditempat yang sama, Masjid Darul Ehsan. Dan ada "hadiah" yang aku bawa pulang. Hadis Al-Musalsal Bid Du’a Ba’da Al-Azan.
  9. Sebelum balik aku keluar jalan-jalan. Dan sempat pula tulis entri pasal sajak.
Notakaki 1: Entri kali ini aku menggunakan cara tajuk dahulu baru isi. Bukannya isi baru tajuk. Adakah tajuk ini cukup kuat untuk menarik perhatian?
Notakaki 2: Aku pernah menulis cerpek (cerpen merepek) bertajuk Anakin D. Moonwalker Si Pemotong Kayu. Aku tak sarankan korang membacanya kerana tidak menarik langsung! Aku jamin.
Notakaki 3: Aku nampak blog ini dah macam lari daripada tujuan sebenar. Lebih kepada pembantu kepada blog yang baru.

Rabu, 10 Februari 2010

BlogTalk



Bila: 22 Februari 2010
Lokasi: Auditorium PSNZ, UMT, Terengganu
Waktu: 10 Pagi – 12 Tengahari

sumber: comtechumt

Isnin, 8 Februari 2010

Apa Kau Fikir Seronok?

Masalah betul kalau Photoshop aku buat masalah. Bila hidupkan terus ambil 200MB. Lepas tu kaku dan perlu ditutup secara paksa.

Apa maknanya tu?

Itu belum lagi pasal buat entri baru untuk blog. Aku kagum dengan orang yang boleh buat entri blog dengan cepat dan baik. Bagi aku bukan mudah!

Apa kau fikir seronok tengok blog tak ada entri baru?

Tapi bila difikirkan: Tidak mudah untuk jadi mudah, tidak susah untuk jadi susah. Aku cuba lagi.

Jumaat, 5 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

Norman Rockwell Doodle


Weh! cantik tu doodle hari ni. Aku memang minat dengan lukisan Norman Rockwell.
Macam kene pulak sebab baru je lepas bulan mengambang dan dah nak dekat dengan Tahun Baru Cina.

Cantikkan? Sampai Knizam pun tulis pasal ni.

Notakaki 1: Filem pendek The Letter tu telah diubah nama kepada Surat.

Jasa Yang Kekal

Setelah berfikir beberapa kali maka dengan ini dimaklumkan bahawa blog AMBNaC cawangan Blogspot ini tidak ditutup tetapi dijadikan satu cawangan kepada AMBNaC. Mungkin mempunyai entri yang berlainan atau mempunyai entri yang sama dengan AMBNaC cawangan Wordpress.

Tetapi blog ini tidak akan diabaikan begitu sahaja. Kerana setahun dia telah berjasa.

Notakaki 1: Mungkin ada terkesan dengan kata-kata seorang pelawat disini.

Isnin, 1 Februari 2010

Telinga Universal

Aku suka dengar lagu.
Tidak kira mana artis yang datang daripada Songbird aku sambut.
Daripada Elvis Presley, The Beatles, B.B.King dan Frank Sinatra
kepada instrumental macam Maksim,
Yang terkenal macam Greenday, Linkin Park, Queen dan John Mayer,
sampai la korang tak kenal macam Miester, 10-Feet dan Kartina Dahari....
baca selanjutnya di AMBNaC Wordpress didalam tajuk Telinga Universal.

Notakaki: Anda digalakkan untuk menukar feed kepada AMBNaC Wordpress kerana AMBNaC Blogspot sudah tidak aktif.

Sabtu, 30 Januari 2010

Perpindahan Selesai

akhirnya perpindahan ke AMBNaC berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Topo yang memberi idea untuk menggunakan wordpress.com untuk mengambil data daripada blogspot.

Pada mulanya tak boleh nak ambik data dari sini menggunakan blog yang baru. Mungkin masalah sambungan data.

Dan blog ini akan dikekalkan begini.

sila la berhijrah ke blog baru: AMBNaC

Rabu, 27 Januari 2010

Perpindahan

untuk pengetahuan anda, pembaca AMBNaC (yang hanya beberapa kerat)
blog ini didalam proses perpindahan.
Tetapi semua post yang berada disini akan kekal disini dan tidak dibawa ke blog yang baru

blog baru: syafiq.net

Jumaat, 22 Januari 2010

Kemangkatan

Sejak dari tengah hari lepas diberitakan bahawa Sultan Johor gering dan terdapat juga khabar-khabar yang mengatakan bahawa baginda sudah mangkat. Tetapi tiada siapa yang berani mengeluarkan kenyataan kerana melibatkan perkara sensitif. Dan setelah perkara ini di sahkan oleh sebuah laman web yang boleh dipercayai dengan ini mengatakan bahawa DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail iaitu Sultan Johor telah pun mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. pada pukul 7.08 malam tadi

Salam takziah. Al-fatihah

Notakaki: Teringat arwah atok. Masa tu aku di Sutra Beach Resort atas urusan. Sepupu aku siap buat group untuk mengigati beliau. Al-fatihah.

Sumber: umno-online

Khamis, 21 Januari 2010

Ralat Laman Thundermatch

Member aku mengidam dengan Razer Tarantula. Aku jalan-jalan tolong mencari harga sampai ke thundermatch. Dah jumpa. Harganya RM329.00. Ok tamat disitu. Belek-belek laman ni dan aku pelik kenapa keluar macam ni.



Benda ni akan keluar kalau aku tak pilih produk daripada kategori yang disediakan. Contohnya "keyboards & mice". Kalau aku tak piih produk sebagai contoh Razer, akan keluar ralat seperti gambar di atas. Tekan gambar untuk paparan yang lebih menarik.

Patutnya kalau orang pilih "keyboards & mice" dia akan bawa pengguna ke satu paparan yang akan tunjuk semua produk yang ada dalam kategori tu. Betul itu yang cuba diorang lakukan. Tetapi masalah ini berlaku seolah-olah diorang nak panggil sesuatu daripada database. Hiperrangkai ke produk ada. Dia tunjukkan melalui gambar. Oleh itu apa yang berlaku sebenarnya dalam ni? Mungkin ada orang yang boleh terangkan :p

Pelik dan aneh.

notakaki: di akhir ralat terdapat satu tulisan "[TEP STOP]"

Rabu, 20 Januari 2010

The Letter

Aku dapat tugasan berkumpulan untuk buat satu filem pendek. Kira-kira 30 minit. Dan tajuk telah dipilih, dirangka dan dinamakan The Letter secara tidak rasmi.

Dan bila dengar lagu I Call You Love dari Meister ni menyebabkan aku rasa nak buat ni jadi lagu ending. ok tak?



Sinopsis secara kasar The Letter
Mengisahkan seorang watak yang dahulunya jahat, samseng kampung, hidup dibandar atas tiket orang buangan oleh keluarga sendiri (rogol adiknya) dan masyarakat kampung menjadi insaf kerana dia merupakan seorang pesakit barah otak tahap akhir (penonton tidak akan tahu kenapa dia insaf secara terperinci). Perjalanan hidup dia daripada hospital di bandar ke kampungnya semula merupakan perjalanannya yang terakhir. Filem ini jika diikut rancangannya akan banyak main emosi dan menunjukkan kehidupan bandar yang 'kasar' dan kehidupan kampung yang 'lembut'. Dia balik ke kampung bukan dengan sambutan yang meriah tetapi dipandang serong dan keji oleh orang kampung malahan emaknya. Dan di babak babak terakhir dia nazak dan emaknya mengampunkan semua salahnya dan di atas meja terdapat satu surat yang akan ditunjukkan pada akhir cerita kenapa dia mati. menunjukkan bahawa sejahat mana pun seorang itu, emak tetap emak. keluarga tetap keluarga. sayang tetap sayang.

Konsep
cerita ni sebenarnya hanay satu eksperimen. sebab aku dan member semua tak ada pengalaman buat filem yang betul. Pengalaman terakhir aku buat filem masa matrik dulu. Saja aku nak ketengahkan cara yang unik daripada filem budak lain yang aku nampak macam terlalu banyak filem "skriptik" (aku reka sendiri, skrip + plastik). Filem ini akan banyak lagu dan kurang berkata. mungkin watak akan berkata tapi suara tak kedengaran. Dan hanya kadang2 akan keluar (macam semasa nazak, nafas dan ucapan terakhir). dan lagu atas tu akan masuk bila dia mula nak nazak.

Pendapat korang?

kemaskini_1: 20 Januari 2010

Isnin, 18 Januari 2010

Ucapan Sendiri

Tiba-tiba terkeluar ayat lebih kurang begini dalam benak kepala aku.
Ramai wanita boleh jadi awek aku, tapi hanya yang terpilih boleh jadi isteri aku
sekian, selamat malam.

Notakaki: aku makin lemas dengan dunia teknologi. Terlalu laju. Aku terlalu perlahan.

Ahad, 17 Januari 2010

Mayangsari, Dungun

Mayangsari nama diberi
Tempat bertemu dua pahlawan
Sekian lama sudah menanti
Perbetul tali persaudaraan

Telah dipilih ditepi pantai
Berombak kecil bertanah landai
Ada perkara perlu dilangsai
Bersidang sudah si bijak pandai

Terungkai sudah kusut dan ikat
Menjadi faham yang nian cindai
Harapnya kekal dan juga lekat
Seperti akar memegang pantai

Tibalah masa untuk berangkat
Dua pahlawan ke negeri adat
Kenangan tidak akan terlumat
Selagi nyawa dibadan tersemat


Disebuah lokasi yang dirahsiakan. kelihatan: pulau kapas (mungkin)


Tiga gadis milo memperagakan milo straw banyak lubang


Sudah tiba di Mayangsari, Dungun


Tulisan yang mengalukan kedatangan ke dewan


Tempat tinggal. Dorm yang ada kolam renang ikan di hadapannya


Aktiviti explorace. Tugasan ala PLKN


Antara mangsa dan pemangsa


Saket weh rambut kene ikat macam tu.


Lapar tidak mengenal... kamera


Hacking DoTA di Mayangsari


Penny: nanti kita datang lagi ya ~

Kredit
Sumber gambar ini adalah daripada beberapa akaun facebook pelajar IT dan Entech yang terlibat didalam Bengkel Pembangunan Pemantapan Kendiri 2010 Sesi 1 "Ke Arah Persediaan Menjalani Latihan Industri" atas kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu dan Angsaraya Resources pada 14-16 Januari 2010 di Mayangsari Resort, Dungun.

Artikel ini juga diletakkan di;
blog umt
comtech umt

Ahad, 10 Januari 2010

AJL24 Streaming

Amaran: Entri ini memerlukan kelajuan interent 220kbps untuk mendapatkan pembacaan yang optimum.

Ok, amaran itu tipu. Blog ini tidak sehebat ajl.tv3 yang memerlukan 220kbps untuk menonton secara langsung secara streaming. 220kbps. Jika anda mengambil pakej 1mpbs anda akan mendapat 180-200 kbps. Dengan itu secara automatiknya anda tidak layak untuk menggunakan khidmat ini. Dan jika anda berkongsi talian interent anda, anda lebih layak untuk tidak menggunakan khidmat ini.

Aku hanya sempat menggunakan hanya sebentar (sebelum AJL bermula) dan selepas itu semuanya menjadi lebih menggila. Aku mengalah.

Dan gambar-gambar ini sebagai tatapan kenangan AJL24 untuk aku.

Untuk menontonnya memerlukan codec tambahan, iaitu octoshape. Masalah utamanya adalah

Tiada hiperrangkai untuk Linux. Apa ni. Anti-Foss ke? Nasib baik di laman utama octoshape ada untuk Linux.

Dan selepas memasang, membuat sedikit konfigurasi tambahan boleh melihat acara backstage. Itu sebelum pukul 9.00 malam

Dan tepat 9.00 malam ini yang dapat dilihat

Penuh dengan log percubaan octoshape untuk memainkan AJL24 tersebut. Akhirnya aku mengalah, keluar makan dan pulang membuka NetBeans.
Mungkin selepas itu sudah kembali normal tetapi sudah malas. Dan hanya mengikuti perkembangan AJL24 menggunakan Twitter dan Facebook sahaja. Ternyata tag #AJL24 bolehtrending topic di Twitter.

Penutup
Tak kisah siapa yang menjadi pemenang, juara ataupun mendapat saguhati pada malam ini kerana aku membuka netbeans dan meneruskan PITA yang belum selesai. Tidak kisah apa yang terjadi sama ada baju hujan, rambut mop atau pun siaran terputus aku tetap tidak menonton. Bukan kerana tidak suka tetapi ada urusan yang belum selesai.

Sekian entri untuk malam ini, khas untuk AJL24.

Owh masa sudah hampir tamat, rasanya keputusan sedang diumumkan kerana rumah sebelah riuh rendah.

Jangan lupa, tatkala kita bersuka ada insan yang derita.

Notakaki: tv3malaysia mengumumkan bahawa AJL24 adalah acara atas talian terbesar di asia tenggara dengan jumlah penonton 18 ribu orang.

Blogger - We Care

Entri kali ini adalah khas untuk memberi kerja sama kepada usaha yang dijalankan oleh insan yang prihatin terhadap nasib yang menimpa en. megat didalam penulisannya tentang anak, isteri dan dirinya. Usaha ini hanya memerlukan sedikit ruang daripada ruangan didalam blog masing-masing untuk meletakkan banner reben merah blogger - we care sebagai tanda sokongan terhadap usaha ini.



Untuk lebih penjelasan, teruskan kepada blog hydir

Sabtu, 9 Januari 2010

PITA Punya Pasal, Ku Gagahkan Jua

Adalah dengan ini aku dan rakan-rakan (mahu menggunakan ganti diri "aku" pula sekarang) mengumumkan kewujudan forum PITA yang diterbitkan khas untuk semua rakan-rakan sepejuangan yang sedang menghadapi PITA sekarang ini. Mungkin dapat membantu mereka daripada mati tidak terbantu kepada hidup kembali.

Walaupun aku dan rakan-rakan bukanlah pakar dalam hal sebegini sebenarnya tetapi kita bantu apa yang mampu.
Walaupun aku tidak menggunakan Windows, tidak menggunakan .net, tidak menggunakan mobile, kerana aku menggunakan linux, netbeans, glassfish, java, struts dan six sigma aku tetap mahu mencuba untuk membantu. Kita sama-sama bantu.

[forum PITA]

Notakaki 1: sebenarnya kerana terkenangkan kepada cara bantu membantu kini yang tidak terlalu membantu orang yang membantu (kurang faham abaikan)
Notakaki 2: bukan hanya untuk tahun akhir IT sahaja, mungkin tahun akhir - 1 juga boleh masuk sama. Mana tahu boleh membantu.
Notakaki 3: bukan hanya untuk PITA sahaja, tugasan juga dapat dibincang. Tetapi bukan untuk cedok tanpa perkongsian (memerlukan kerjasama)
Notakaki 4: bukan hanya untuk IT sahaja. Mana tahu kos lain mahu berbincang juga. Katakan sahaja kos anda untuk dihidupkan sub bod.
Notakaki 5: benda ini terjadi kerana forum didalam elearn masih tidak siap!

Jumaat, 8 Januari 2010

Antara Bakar & Hilang

Malaysia insider kata sudah empat gereja. di BAKAR
Redmummy post dalam facebook pasal budak HILANG

satu isu ketakutan pasal kekacauan dan darurat.
satu isu ketakutan pasal anak masing-masing.

moga dua isu ini segera selesai.
ada pihak bertepuk tangan kegembiraan

Rabu, 6 Januari 2010

Penggodam Malaysia Kantoi

Kuala Terengganu, 6 Januari 2010 - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditangkap dirumahnya oleh Skuad Polis Khas Bahagian Jenayah Siber dan dibantu oleh Interpol atas dakwaan mengodam pangkalan data penjenayah global. Dia yang dikenali sebagai Agent juga didakwa atas dakawaan mengodam pangkalan data akedemik sebuah universiti dunia dan juga sebuah pangkalan data sosial di Eropah. Pihak Interpol berjaya menahannya setelah penyiasatan selama 5 bulan yang lepas.

Menurut Ketua Interpol untuk misi ini, SSA Rossi; Agent adalah salah seorang daripada penggodam yang meningkat naik dan dia boleh dikategorikan sebagai penggodam yang berpengalaman dan berpotensi untuk melakukan masalah besar kepada dunia. Dia juga dikatakan merupakan salah seorang daripada ahli Uplink: Hacker Elite. SSA Rossi menambah, sebenarnya bukan mudah untuk menjejak seorang penggodam kecuali dia sendiri melakukan kesalahan seperti meninggalkan jejak di dalam sistem yang telah digodamnya.

Pihak kami cuba menghubungi Sekuriti Malaysia atau MyCERT untuk maklumat lanjut tetapi tidak berjaya.

Sumber: Kosmong

Selasa, 5 Januari 2010

Ucapkan Salam kepada Struts

Hendak dikatakan mudah tidak juga jika dikatakan tentang struts. Tapi ini sekadar mahu berkongsi dengan apa yang K tahu. Kerana untuk mengetahui struts adalah baik untuk mengetahui bagaimana MVC bergerak kerana struts berasaskan MVC. Oleh sebab itu struts banyak mempunyai elemen encapsulation tetapi perkara yang menyukarkannya adalah terlalu banyak file yang perlu dibuka. Hanya untuk membuat satu perkara mudah. Tapi dikatakan untuk jangka masa panjang dan juga untuk projek yang berskala besar bagus. Entah la labu. ^_^"

spesifikasi sistem
sistem operasi: Ubuntu 9.10 kernal Linux 2.6.31
IDE: NetBeans 6.8
Pelayan: Glassfish v3
Library: commons-fileupload-1.2.1.jar, commons-io-1.0.4.jar, commons-loggine-1.0.4.jar, freemarker-2.3.15.jar, ognl-2.7.3.jar, struts2-config-browser-plugin-2.1.8.jar, struts2-core-2.1.8.1.jar, xwork-core-2.1.6.jar, MySQL JDBC Driver mysql-connector-java-5.1.6.jar, JavaEE 5.

tutorial asas sturts: helloworld menggunakan struts

index.jsp
<%--
    Document   : index.jsp
    Desc            : this is my main page
--%>


<%@page contentType="text/html" pageEncoding="UTF-8"%>
<!DOCTYPE HTML PUBLIC "-//W3C//DTD HTML 4.01 Transitional//EN" "http://www.w3.org/TR/html4/loose.dtd">


<html>
    <body>
        <!-- this will hide the actual link of the login file -->
        <ul>
            <li><a href="helloworld.action">click to active the struts</a></li>
        </ul>
    </body>
</html>

struts.xml
<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>

<!--
    Document   : struts.xml
    Description : Struts config file
-->


<!DOCTYPE struts PUBLIC
"-//Apache Software Foundation//DTD Struts Configuration 2.0//EN" "http://struts.apache.org/dtds/struts-2.0.dtd">


<struts>
    <constant name="struts.enable.DynamicMethodInvocation" value="false" />
    <constant name="struts.devMode" value="true"/>
    <package name="default" namespace="/" extends="struts-default">
        <action name="helloworld">
            <result>helloworld.jsp</result>
        </action>
</struts>

helloworld.jsp
<%--
    Document   : helloworld.jsp
    Desc            : page ni akan keluar apabila dipanggil dalam sturts.xml
--%>


<%@page contentType="text/html" pageEncoding="UTF-8"%>
<!DOCTYPE HTML PUBLIC "-//W3C//DTD HTML 4.01 Transitional//EN" "http://www.w3.org/TR/html4/loose.dtd">


<html>
    <body>
        <font color="#cc0000">Hello World</font>
    </body>
</html>
Apa yang berlaku dalam ni adalah apabila user tekan link pada index.jsp, helloworld.action akan dijalankan. dan sturts.xml akan tangkap benda tu sebagai helloworld. kenapa .action digunakan sebab tu secara defaultnya semua action dalam struts akan diakhiri dengan .action. dan dalam action helloworld tu result dia adalah page akan di redirect kepada helloworld.jsp. dan akhirnya "helloworld" akan keluar.

kalau K rajin K akan ubah sikit benda ni supaya hubungan basic antara apa2.jsp, sturts.xml dan apa2.java dapat ditunjukkan. Mungkin dilain tutorial.

Nota kaki:
1. Tiada jaminan bahawa tutorial ini dapat dijalankan dengan baik. Tetapi jika terdapat masalah mohon untuk diberi tahu agar dapat dibetulkan.
2. K tidak menggunakan plugin struts2 yang terdapat di laman web NetBeans sebaliknya menggunakan library luaran yang diambil terus daripada laman web Struts.
3. Sebenarnya bukan apa, mahu membanyakkan tutorial teknikal tentang pengaturcaraan dalam bahasa malaysia. Walaupun ramai lagi yang hebat yang lebih layak.
4. Kenapa nota kaki ni dah macam suki punya?

Ahad, 3 Januari 2010

Six Sigma, Struts 2.1 dan JavaEE6

Kurang pasti apa masalahnya tetapi struts 2.1 tidak mahu berjalan jika digunakan JavaEE6 bersamanya. Dikatakan bahawa "action" untuk fail tidak dipetakan. Kurang pasti adakah masalah ini berpunca daripada Linux ataupun netbeans 6.8 atau JavaEE itu sendiri. Kerana masalah ini dihadapi jika menggunakan "plugin" tambahan Struts2 atau pun menggunakan "library" luaran. Mungkin masalah konfigurasi yang kurang diketahui dengan lebih lanjut. Oleh itu cara terbaik adalah menukarnya kembali kepada JavaEE5.

Oleh itu projek ilmiah tahun akhir Six Sigma Tools with Struts Framework menggunakan Struts 2.1 (library luar, bukan plugin) dan JavaEE5.

setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Kecuali semalam satu kecil yang kelakar.

Apabila mahu di "compare" antara data yang ada didalam pangkalan data dan juga apa yang dimasukkan oleh pengguna (ketika ujian untuk modul log masuk pengguna) masalah yang dijumpai adalah masalah nullPointerException. Setelah dicari dan dijalankan operasi "debug", operasi didalam databaseConnection.java akan berhenti dengan tiba-tiba apa bila sampai ke satu tahap (yang berwarna hijau).
public ResultSet selectQuery(String fields, String tableName, String cond, String orderBy) {
ResultSet resultSet = null;
try { resultSet = stmt.executeQuery("SELECT " + fields + " FROM " + tableName + ((cond == null || cond.equals("")) ? "" : (" WHERE " + cond)) + ((orderBy == null || orderBy.equals("")) ? "" : (" ORDER BY " + orderBy)));
}
catch (SQLException se) {
se.printStackTrace();
}
return resultSet;
}
Mudah kata operasi tersebut gagal. Terdapat beberapa yang membolehkan perkara itu berlaku. Antaranya ketika log masuk ke sistem pangkalan memberikan katalaluan atau nama pengguna yang salah. Ataupun parameter yang diberikan tidak betul. Sama ada nama table yang salah, atau nama lapangan yang salah. Tetapi dalam kes ini semuanya betul

Dan masalah tersebut di ketahui apabila teringat kembali masalah yang pernah dilalui oleh seorang rakan yang lain beberapa hari sebelum itu. Masalahnya sama, puncanya adalah dia tidak memasukkan library MySQL JDBC Driver.

Dan setelah dimasukkan library tersebut, data dapat di "compare" dengan baik.

Buat masa ini. Selesai.

Notakaki: Penulis kini sedang membina sistem untuk projek ilmiah tahun akhirnya yang bertajuk Six Sigma Tools with Struts Framework dan menggunakan Ubuntu 9.10, Linux 2.6.31, NetBeans 6.8, Struts 2.1.8.1.