Ahad, 21 Februari 2010

Bukan Entri Teknikal Biasa

Disebabkan blog ini tidak aktif tetapi masih ada orang yang mengikutinya oleh itu aku letakkan kemaskini terbaru untuk blog ini. Disarankan kepada anda untuk berpindah ke blog yang baru iaitu syafiq.net.

Dan didalam blog baru tu aku seperti biasa persediaan sebelum cuti, aku akan pastikan beberapa entri akan dikeluarkan secara automatik untuk mengurangkan impak kurangnya promosi dan juga untuk menguji trafik organik untuk blog syafiq.net. Maklumlah blog baru.
  1. Sebelum cuti, aku ada mencuba untuk menggunakan Facebook Chat daripada Pidgin selepas melihat paparan antara muka yang.. bolehlah tahan.
  2. Malangnya aku mempunyai masalah dengan aplikasi tersebut dan menyebabkan aku tidak dapat menggunakannya dengan baik (pada masa itu). Hari ini sudah pulih.
  3. Yang menariknya aku sampai daripada Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5 pagi.
  4. Pukul 10 ada majlis di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR. Majlis Tahnik. Selalunya orang buat sekali dengan majlis bercukur untuk bayi yang baru lahir.
  5. Habis majlis, disaji Nasi Beriani Gam dari Ruz Aladdin. Sehingga menjilat jari~ KNizam pun pernah buat pasal Ruz Aladdin, berbuka puasa katanya.
  6. Belek buku-buku lama yang tersimpan dirumah, banyak sudah Reader Digest yang melekat. Tidak boleh dibaca. Mungkin kawasan tersebut lembap. Kurang sesuai. Jangan simpan buku lembut di tempat yang lembap.
  7. Aku pun ambik satu artikel daripada Reader Digest dan aku olah. Pasal cirit-birit, maklumlah makan banyak limau dimusim perayaan boleh kene cirit!
  8. Hari valentine. Aku dirumah, petang tu ada majlis lain ditempat yang sama, Masjid Darul Ehsan. Dan ada "hadiah" yang aku bawa pulang. Hadis Al-Musalsal Bid Du’a Ba’da Al-Azan.
  9. Sebelum balik aku keluar jalan-jalan. Dan sempat pula tulis entri pasal sajak.
Notakaki 1: Entri kali ini aku menggunakan cara tajuk dahulu baru isi. Bukannya isi baru tajuk. Adakah tajuk ini cukup kuat untuk menarik perhatian?
Notakaki 2: Aku pernah menulis cerpek (cerpen merepek) bertajuk Anakin D. Moonwalker Si Pemotong Kayu. Aku tak sarankan korang membacanya kerana tidak menarik langsung! Aku jamin.
Notakaki 3: Aku nampak blog ini dah macam lari daripada tujuan sebenar. Lebih kepada pembantu kepada blog yang baru.

Rabu, 10 Februari 2010

BlogTalk



Bila: 22 Februari 2010
Lokasi: Auditorium PSNZ, UMT, Terengganu
Waktu: 10 Pagi – 12 Tengahari

sumber: comtechumt

Isnin, 8 Februari 2010

Apa Kau Fikir Seronok?

Masalah betul kalau Photoshop aku buat masalah. Bila hidupkan terus ambil 200MB. Lepas tu kaku dan perlu ditutup secara paksa.

Apa maknanya tu?

Itu belum lagi pasal buat entri baru untuk blog. Aku kagum dengan orang yang boleh buat entri blog dengan cepat dan baik. Bagi aku bukan mudah!

Apa kau fikir seronok tengok blog tak ada entri baru?

Tapi bila difikirkan: Tidak mudah untuk jadi mudah, tidak susah untuk jadi susah. Aku cuba lagi.

Jumaat, 5 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

Norman Rockwell Doodle


Weh! cantik tu doodle hari ni. Aku memang minat dengan lukisan Norman Rockwell.
Macam kene pulak sebab baru je lepas bulan mengambang dan dah nak dekat dengan Tahun Baru Cina.

Cantikkan? Sampai Knizam pun tulis pasal ni.

Notakaki 1: Filem pendek The Letter tu telah diubah nama kepada Surat.

Jasa Yang Kekal

Setelah berfikir beberapa kali maka dengan ini dimaklumkan bahawa blog AMBNaC cawangan Blogspot ini tidak ditutup tetapi dijadikan satu cawangan kepada AMBNaC. Mungkin mempunyai entri yang berlainan atau mempunyai entri yang sama dengan AMBNaC cawangan Wordpress.

Tetapi blog ini tidak akan diabaikan begitu sahaja. Kerana setahun dia telah berjasa.

Notakaki 1: Mungkin ada terkesan dengan kata-kata seorang pelawat disini.

Isnin, 1 Februari 2010

Telinga Universal

Aku suka dengar lagu.
Tidak kira mana artis yang datang daripada Songbird aku sambut.
Daripada Elvis Presley, The Beatles, B.B.King dan Frank Sinatra
kepada instrumental macam Maksim,
Yang terkenal macam Greenday, Linkin Park, Queen dan John Mayer,
sampai la korang tak kenal macam Miester, 10-Feet dan Kartina Dahari....
baca selanjutnya di AMBNaC Wordpress didalam tajuk Telinga Universal.

Notakaki: Anda digalakkan untuk menukar feed kepada AMBNaC Wordpress kerana AMBNaC Blogspot sudah tidak aktif.