Sabtu, 31 Januari 2009

[Sekuriti & Khas] Google rosak lagi?

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 31012009
TambahBaik_1: 31012009, TambahBaik_2: 01022009

TambahBaik_1: Pembetulan bahasa

This site may harm your computer
Perkara ini jarang berlaku akhir-akhir ini, tetapi pada malam ini Google telah terkena sekali lagi masalah ini. ada kaitannya dengan conficker? Mungkin ya mungkin tidak. Bukan mudah untuk terjadinya maslaah ini pada engine carian yang hebat seperti Google. Adakah server enjin carian Google mengalami masalah DDoS dan terpaksa mengeluarkan notis ini untuk mengurangkan lambakkan. Sebab itu tiba-tiba K tidak dibenarkan untuk membuat carian menggunakan Google. Pada masa itu terkeluar juga pemikiran adakah Google rosak lagi? Setelah berfikir sejenak, dan pada masa yang sama K sedang mencari bahan untuk menulis sesuatu didalam blog, terus K menulis didalam blog tentang ini.

Untuk yang terkena, cara mengatasi
K teringat satu cara yang K sendiri gunakannya ketika terjadinya masalah ini dahulu, tukar IP address. Dan K telah lakukannya pada malam ini, elok pula Google ini. Dan pada masa kini, itu adalah cara terbaik untuk melepasi masalah ini. Semoga cara ini membantu anda yang mengalami masalah yang sama.

Masalah Selesai: Bug - TambahBaik_2
Akhirnya Google Blog sendiri telah mengeluarkan artikel tentang "gerhana" ini, dan mengatakan bahawa itu adalah "human error" atau didalam bahasa programming, logic error (kesalahan logik) kerana fail penapis yang mengimbas setiap url telah termasuk sekali dengan data "/", disebabkan itu kesemua laman yang dijumpai oleh Google akan dikatakan sebagai merbahaya dan perlu disekat. Oleh kerana itu, jurutera di Google telah pun membetulkan masalah ini dengan segera dan selepas itu tiada lagi masalah yang berlaku, jangkamasa "gerhana" ini berlaku adalah 40 minit.

Sumber tiba-tiba
SearchEngineJournal - Google is broken, the 2009 Edition
Pocketlint - Google deems entire internet malware
TribbleAdAgency - EPIC FAIL: This site may harm your computer
ZDNetUK - Google Search is currently broken
OverclockedClub
MediaBistro - Has Google Been Hacked? 'This Site May Harm Your Computer' Appears on All Search Results
CNETNewsSpeedAndFeeds - Google taking security a little too seriously?
TechFragment - Google Implementing Anti-Malware Feature in Search Results
TGDaily - Google search inoperable, reporting unfounded errors
DigitalLifestyles - Google Breaks!: “This Site May Harm Your Computer”
GoogleBlog - "This site may harm yout computer" in every search result ?!?!

Technorati Tags: , , ,

[Aplikasi] Alternatif kepada Microsoft Office

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 31012009
TambahBaik_1: 03022009

Microsoft Office: Tidak dinafikan
Microsoft amat berjaya didalam keluaran mereka terutamanya Microsoft Office (kini 2007). K sendiri dahulu merupakan salah seorang pengguna Office 2007, dan Office 2007 amat berguna terutamanya OneNote yang K rasakan amat berguna kerana dapat membuat nota dengan senang. Tetapi bukan semua orang mampu membeli aplikasi ini yang harganya agak mahal, terutamanya syarikat besar yang kini diambang mahu mengurangkan kos perbelanjaan kerana ekonomi yang semakin sukar. Maka itu K berikan beberapa aplikasi pejabat lain sebagai alteratif kepada Microsoft Office.

OpenOffice 3.0

Diasaskan oleh Sun Microsystem pada tahun 1999 dengan nama StarOffice dan pada tahun 2000 OpenOffice dikeluarkan. Bergerak dibawah nama "sumber terbuka", OpenOffice kini menjalankan kerjasama dengan beberapa nama seperti Novell, RedHat, RedFlag, IBM dan Google, dan kini terdapat lebih daripada 450,000 pengguna daripada seantero dunia menggunakan OpenOffice dan menjadikan OpenOffice sebagai aplikasi pejabat alternatif yang terbesar pengaruhnya. Ubuntu juga menggunakan OpenOffice sebagai alternatif kepada Microsoft Office sebagai menyahut panggilan sistem sumber terbuka. Tetapi kelemahan OpenOffice sehingga kini adalah kekurangan aplikasi yang setaraf dengan Microsoft Office sebagai contoh, OneNote. Namun tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuka dokumen daripada Microsoft Office 2007.

Google Docs
Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang biasa menulis blog, kerana antaramuka pengguna yang mudah dan tidak boleh diperlekehkan. Tetapi bagi K agak kurang sesuai untuk pengguna yang mahukan aplikasi yang lebih daripada sekadar untuk mencatat nota kecil. Google Docs ini merupakan satu aplikasi yang tidak boleh dianggap sebagai pesaing kepada Microsoft kerana perbezaan taraf walaupun dengan OpenOffice. Oleh itu pengguna berharapkan Google dapat menjadikan aplikasi ini sebagai satu aplikasi yang benar benar boleh membantu pengguna.

Zoho
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih serius dalam soal bekerja, Zoho adalah jawapannya. Dengan menggunakan sistem atas talian (online) Zoho dianggap satu sistem yang amat baik sebagai alternatif kepada sistem Office 2007. K merasakan pihak Microsoft sendiri menjadikan Zoho sebagai idea asal mereka untuk menghasilkan Office Online akan datang - TambahBaik_1. kerana satu kebaikkan muktamad sistem aplikasi berasaskan web adalah pelbagai-platform (multiplatform) yang membolehkan Zoho digunakan dimana-mana termasuklah didalam sistem telephon bimbit yang semakin pintar sekarang. Oleh itu pemilihan Zoho sebagai satu alternatif anda adalah baik dengan memenuhi syarat yang paling penting untuk menggunakannya, mempunyai talian internet yang boleh dianggap memuaskan. Jika tidak, akan mengalami masalah apabila mahu menggunakannya ketika waktu puncak.

Thinkfree

Jika bukan Zoho anda boleh menggunakan satu lagi aplikasi pejabat alternatif, Thinkfree. kerana aplikasi ini boleh dikatakan sebagai satu aplikasi yang baik. Dengan menggunakan sistem cloud, semua aplikasi ini dapat digunakan dengan baik didalam satu organisasi untuk memudahkan penggunaan dan perkongsian data antara pekerja dengan lebih sistematik. Terdapat empat aplikasi yang ditekankan iaitu, Document, Spreadsheet, Presentation, Note iaitu menyamai seperti Word, Excel, Powerpoint dan OneNote. Jika K memilih apakah aplikasi yang mahu digunakan untuk menulis nota, K akan menggunakan Thinkfree Note kerana kebolehan WYSIWYG (What You See Is What You Got) dan XHTML yang memberi kebebasan kepada pengguna dalam membuat nota mereka.

Sumber
TechRadar - 4 free alternatives to Microsoft Office
OpenOffice.org
zoho.com
thinkfree.com


Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

[Sekuriti] Bila penggodam bergurau senda

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 31012009

Penggodam papan tanda elektronik
Apa perasaan anda ketika anda sedang melalui sebatang jalan yang sunyi diwaktu malam dan ternampak papan tanda ini? Papan tanda ini adalah papan tanda untuk menyampaikan sebarang info yang terkini kepada pengguna jalan raya. Dan tidak disangka begitu mudah digodam oleh penggodam. Mungkin jika anda mahu melihatnya, anda perlu pergi ke kawasan Masjid Jamek di Kuala Lumpur ataupun ke mana-mana lebuhraya. Pasti ada papan tanda ini.

"Anda telah digodam" - trend lapuk
Akibat terlalu mudah untuk melakukannya, maka dengan itu ia menjadi satu trend semasa kepada penggodam untuk mengubahnya dan menunjukka kepada awam, tanda bahawa papan tanda itu telah di godam oleh mereka. Berlainan dengan cara dahulu iaitu dengan menunjukkan secara terang bahawa sistem itu telah digodam (seperti gambar dikanan ini) kepada yang lebih kreatif dan menarik perhatian. Ini kerana cara yang lama tidak menunjukkan bahawa penggodam mempunyai kreativiti dan paling mudah tiada humor. Tetapi cara yang baru ini membuktikan bahawa penggodam juga manusia biasa.


Jika tidak keberatan
Anda boleh menonton video pendek yang dikatakan sebagai video tipu yang menunjukkan seorang penggodam menggodam papan tanda jalan raya. Usah dikira tipu atau benarnya, tetapi melucukan.


Anda berminat? teruskan minat anda itu kerana Malaysia memerlukan seorang pengubah info papan tanda untuk membuat papan tanda itu lebih dipandang oleh warga kota.

Sumber
109 - Hackers warn texas of coming zombie wars
MITHackedGallery - Trapped in a sign factory, send help!
Neowin.net - Hacking programmable road sign
CNETNewsGeek - Hacking programmable road signs
iHacked - inside programmable road sign

Technorati Tags: , ,

Jumaat, 30 Januari 2009

[Aplikasi] Portable Antivirus

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 30012009
TambahBaik_1: 30012009, TambahBaik_2: 31012009

Tajuk ini telah ditambah baik secara drastik* - TambahBaik_1


PAV 1.6
Jika membaca artikel K sebelum ini tentang GVR, kali ini ceritanya lebih kurang sama, antivirus tempatan. tetapi PAV adalah lebih tinggi pencapaiannya jika hendak dibandingkan dengan GVR kerana PAV telah dikatakan bertaraf antarabangsa manakala GVR boleh dikatakan sebagai peringkat domestik. Jika anda berminat dengan perkara ini, teruskan membaca.

Antara yang pertama
PAV boleh dikatakan antara antivirus buatan Malaysia yang pertama iaitu dizaman penyebaran Brontok di seluruh dunia terutamanya Indonesia dan Malaysia. Secara mudahnya jika anda pernah mendengar tentang Penawar Brontok yang dibangunkan oleh seorang daripada Johor, PAV ini lebih menyeluruh, bukan sahaja kepada Brontok malah lebih daripada itu.

PAV: popular dalam diam
K sebenarnya telah lupa tentang PAV ini dan setelah diingatkan oleh mehacomp_91 tentang "hilangnya" website PAV, K membuka kembali pengalaman dan ingatan K bersama PAV. Secara ringkasnya PAV dibangunkan seorang yang menggelarkan dirinya "alternator". Seingat K dahulunya laman web ini berbahasa melayu tetapi kini telah berubah wajah kepada bahasa inggeris kerana pengguna PAV yang kini meluas kepada pengguna global. Keyakinannya untuk membawa aplikasinya ke taraf antarabangsa amat dibanggakan. Selalu K menjumpai PAV didalam kafe siber sebagai antivirus ke dua.

PAV: Gambaran kasar
Mengapa perlu gunakan PAV? Soalan yang pertama yang ditanya adalah ini dan K tidak mengatakan bahawa PAV boleh menukarkan sistem antivirus yang terdapat dipasaran, PAV cuma sebagai antivirus kedua. Jika itu soalan anda, maka K menjawab;

Jawapan 1 - Imbasan masa sebenar
Ini jawapan yang paling baik, kerana kebanyakkan antivirus malaysia tiada fungsi ini kerana bukan mudah untuk membuat perkara ini. Malah GVR sendiri sedang dalam proses untuk membuat perkara ini menjadi nyata. Oleh itu sehingga kini hanya PAV yang K ketahui mempunya enjin imbasan masa sebenar. Oleh itu, sehingga GVR mengeluarkan GVR 4.2 K mengesyorkan anda menggunakan PAV. Bukannya GVR tidak cukup bagus tetapi tidak ramai yang rajin untuk membuat imbasan secara manual secara kerap. oleh itu, ini adalah pilihan terbaik untuk masa sekarang.

Jawapan 2 - Pasang kepada flash drive anda
Anda pergi ke siber kafe ataupun makmal komputer dan apabila balik, anda mendapati terdapat "anasir" didalam flash driver anda. perkara ini adalah perkara yang paling merisaukan kesemua pengguna Windows kerana terlalu mudah untuk disebarkan dengan cara ini. Brontok.A juga disebarkan dengan cara ini, tidak perlu menggunakan email sebagai modus operandinya cukup hanya meletakkan virus tersebut di kafe siber dan makmal komputer seluruh komuniti setempat akan terkena virus tersebut.

Jawapan 3 - Pilihan scan melalui menu
Fungsi ini adalah biasa pada mana-mana antivirus dipasaran, tetapi ini juga yang membuatkan kenapa anda perlu menggunaka PAV sebagai antivirus kedua anda. Sekadar pilih dimenu untuk imbas flash drive anda dan jika terdapat "anasir", ianya akan dibuang terlebih dahulu sebelum anda memasuki fail tersebut. Mudah dan selamat.

Jawapan 4 - Membetulkan kembali sistem registery yang rosak - TambahBaik_2
Jika anda biasa berurusan dengan kes kes virus, sistem registery Windows amat mudah sekali diubah oleh mereka. K pernah membaca disatu website bahawa sistem registery Windows amat rapuh, seperti telur dihujung tanduk, tunggu masa untuk pecah dan amat mudah pecah. Disebabkan itu PAV memasukkan kebolehan ini didalam sistemnya. GVR dan juga RegTweaker juga mempunyai kebolehan yang sama. Membetulkan kembali sistem registery Windows.

PAV: Muat turun
Jika anda berminat untuk memuat turun aplikasi ini, anda boleh memuat turunnya disini
. Dan lupa untuk diingatkan, walaupun namanya, "portable" tetapi ianya juga harus di pasang terlebih dahulu. dan selepas itu anda boleh menggunakannya dimana-mana. kerana untuk mengecilkan saiz aplikasi dan juga untuk mendapatkan persetujuan daripada pengguna dalam segi perjanjian EULA. sekali gus menunjukkan PAV kini sudah matang.

PAV: Akan datang - TambahBaik_2
K mengharapkan PAV akan datang untuk versi yang lebih baik iaitu PAV 1.7? K tidak ingat dimana K membacanya yang tertulis, PAV 1.7 sedang dalam pembinaan.

* Oleh kerana terdapat permintaan bukan secara langsung atas artikel ini, K menyusunnya kembali dan menambahkan beberapa info yang baru. oleh itu, TambahBaik_1 adalah agak banyak.

Sumber
data0.net
portableantivirus

Technorati Tags: , , , ,

Khamis, 29 Januari 2009

[Aplikasi] Geekz Virus Remover v4.1

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 29012009

Penulisan lepas
GeekzVirusRemover v4.1*

Geekz Virus Remover
Artikel ini pernah K keluarkan dahulu (rujuk link diatas). K naikkan semula dengan cara penulisan baru. Secara ringkasnya aplikasi ini adalah untuk membantu pengguna untuk membersihka sistem mereka daripada virus buatan tempatan (terutamanya) dan virus yang merebak secara mendadak di Malaysia. Dibangunkan oleh seorang anak tempatan yang menamakan dirinya ApoNie, membina aplikasi ini dan kini hampir ke versi seterusnya, GVR 4.2 yang dikatakan akan mempunyai sistem imbasan masa sebenar (real time scanner) dan bukan hanya bergantung kepada imbasan manual daripada pengguna.

Pengalaman Beta Tester
K pernah menjadi beta tester untuk GVR 4.1 dan GVR 4.2 (sekejap) sebelum K menukarkan sistem operasi kepada Linux. Yang K boleh katakan adalah, disiplin dan kemahuan itu menjadi api untuk ApoNie terus membangunkan aplikasi ini. Kini ApoNie sedang menjalani latihan industri selama enam bulan ni Mycert (Cyber Security Malaysia) dan dengan harapan pengalaman dapat mematangkan lagi GVR edisi yang akan datang. Jika anda berminat untuk mencuba GVR v4.1 anda boleh memuat turunnya dengan pergi terus ke laman web ApoNie.

Forum MalaysiAV
Forum ini K tidak tahu tentang kewujudannya. K hanya menyedari beberapa hari lepas. setelah melihat nama domain yang digunakan, baru K menyedari. ApoNie pernah bertanya tentang nama MalaysiaAV ini melalui Yahoo Messenger (YM). Forum ini menghimpunkan beberapa pembuat sistem antivirus di Malaysia yang kebanyakkanya adalah forumers Putera. Tidak lupa, MikiCun yang K pernah tulis tentang aplikasinya juga berada disini. Jika anda berminat untuk menyertai kumpulan ini dalam merancakkan pembinaan sistem antivirus di Malaysia, sila ke sini. Semoga dengan itu pembinaan sistem antivirus di Malaysia dapat berkembang seperti mana hebatnya pengeluar antivirus bebas di Indonesia.

*artikel ini adalah artikel lama dan cara penulisan adalah berlainan dengan sekarang.

Sumber
Geekzlife
MalaysiaAV

Technorati Tags: , , , , ,

[Sumber Terbuka] Linux Knoppix 6.0 Dilancarkan

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 29012009
TambahBaik_1: 30012009

Knoppix 5.3.1 -> 6.0
Setelah lama menunggu akhirnya versi terbaru Knoppix dikeluarkan. Knoppix adalah salah satu daripada distribution (distro) dalam linux yang diasaskan daripada Debian sama seperti Ubuntu. K menyukai Knoppix kerana K banyak menggunakan Knoppix untuk membaiki sistem Windows kepada pelanggan dahulu. Dengan menggunakan paparan antaramuka LXDE, OpenOffice 3.1 dan Firefox 3.0.5, akan menyenangkan pengguna dengan aplikasi yang terbaru ini.

ADRIANE 1.1
ADRIANE bermaksud, Audio Desktop Reference Implementation and Networking Enviroment iaitu satu sistem yang digabungkan bersama Knoppix 6.0 ini dengan tujuan untuk menghasilkan sistem menu yang berkata-kata yang akan memudahkan pengguna baru ataupun orang yang buta atau mengalami masalah penglihatan menggunakan Knoppix. Dengan itu pengguna yang sedemikian tidak perlu menggunakan monitor tetapi hanya perlu melakukan interaksi dengan komputer tersebut. mungkin nampak gah tetapi perkara ini masih didalam projek yang amat panjang.

Sejarah & Kebolehan Knoppix - TambahBaik_1
Knoppix adalah LiveCD yang berasaskan Debian yang pertama*
Knoppix mampu mengesan hampir kesemua hardware tanpa sebarang masalah
Knoppix mampu memasuki mana-mana rangkaian tanpa sebarang masalah
Knoppix adalah Swiss-Army-Knife untuk membaiki sistem fail*

* Terima kasih kepada Hasbullah Pit atas info yang diberikan
** K pernah terangkan tentang ini didalam post terdahulu

Sumber
Knoppix.org - Knoppix 6.0/ADRIANE 1.1 live CD
LinuxToday - Knoppix 6.0 released
HeiseOpenSource - Knoppix 6.0 released
eLinux.it - Distribution released: Knoppix 6.0
OSZine.de - Die Live-CD Knoppix 6.0 ist erschienen!
LinuxChinaUnix.net - 发行版发布:KNOPPIX 6.0
DistroWatch.com - Knoppix
Wikipedia - Knoppix

Technorati Tags: , , , , , ,

Rabu, 28 Januari 2009

[Sumber Terbuka] KDE 4.2 Dilancarkan


Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 28012009

Bicara yang lepas
[Sumber Terbuka] KDE 4.2 Beta 2

Bernafas: Breathe!
Itu yang cuba disampaikan oleh KDE 4.2 yang baru dilancarkan. Bernafas bersama KDE, bernafas bersama Oxygen. Dengan membawa tema Oxygen menunjukkan bahawa KDE itu adalah salah satu element penting didalam dunia antaramuka grafik (GUI). Oxygen dianggap sebagai 'The Answer' kepada Windows 7 dan Mac OSX Snow Leopard yang akan datang kelak. kerana selama ini orang beranggapan bahawa sistem sumber terbuka (OSS) ini adalah satu sistem yang hanya menggunakan arahan berbaris (command line) dan sukar untuk digunakan, tetapi kini KDE menunjukkan kemampuan OSS dalam membuat perkara seperti ini.

Kekurangan
K tiba-tiba tidak mengerti, mengapa dan kenapa. KDE 4.2 B1 seolah-olah lebih stabil daripada KDE 4.2 final ini. Tiba-tiba K mengalami sedikit 'hang' dan perlu menunggu kira-kira 5-10 saat untuk kembali stabil. Mungkin perlu untuk di'restart' semula kerana update semasa K menggunakan Gnome dan K hanya logout dan tidak restart. Mungkin itu sebabnya. K restart..

Selepas restart
K telah restart dan hasilnya.. Ada masalah. Tiba-tiba Plasma Workspace mengeluarkan popup mengatakan bahawa terdapat crash dan backtrack adalah gagal. K anggap itu kerana K gunakan Ubuntu yang ditambah KDE (walaupun tidak sepatutnya begitu). Tetapi tiada ada yang bermasalah, semua berjalan dan tidak lagi tersekat-sekat seperti menggunakan VMWare. Owh, ya mungkin K tahu apa masalahnya sebentar tadi.

Aggresif Powersave
K telah menukarkan sistem kuasa 'PowerDevil' kepada 'agressive powersave'. Maka itu KDE telah merendahkan kebanyakkan kebolehan sistem K supaya dapat menjimatkan penggunaan kuasa. Kini K gunakan 'performance', patut mempunyai masalah 'lambat' tadi. Sekaligus menunjukkan bahawa sistem kuasanya berfungsi seperti biasa.

Imej Vector
Kebanyakkan sistem sumber terbuka meletakkan imej vector sebagai ikon. Kerana dengan menggunakan vector, pengguna seolah-olah tiada batasan untuk membesar atau mengecilkan ikon mereka mengikut kehendak mereka. Dan setiap ikon boleh diubah suai kepada saiz mereka sendiri tanpa mengganggu ikon yang lain.

Efek visual
Seperti gnome yang menggunakan compiz ataupun metacity untuk menunjukkan kebolehan sistem grafik yang mereka punyai sebagai 'eye-candy' kepada pengguna, KDE menggunakan KWin dengan kebolehan untuk membuat pilihan yang lebih mudah daripada dahulu, tetapi mempunyai lebih sifat 'fizik' yang sebenar.

Pilihan bahasa
Memang itu kelebihan OSS, kerana apabila komuniti mereka ramai dan mereka mahukan lebih ramai lagi, maka penterjemahan kepada bahasa ibunda adalah amat penting untuk menarik minat pengguna baru dan juga pengguna yang tidak mampu untuk memahami dengan baik bahasa inggeris. Tetapi K tidak pasti adakah bahasa melayu juga termasuk didalam kumpulan ini. Yang K pasti adalah, K pernah menggunakan bahasa melayu didalam gnome. Jika anda seorang aktivis bahasa melayu, gunakan peluang sebegini untuk menyebarkan bahasa melayu keseluruh antero dunia.

Sumber

KDENews - KDE 4.2 released
KDEAnnouncement - KDE 4.2 release announcement
KDEAnnouncement - KD 4.2 visual guide
OSNews - KDE 4.2 released; short interview:Aaron Seigo
LinuxToday - KDE community imporves user experience with KDE 4.2

Technorati Tags: , , , , ,

[Aplikasi] Internet Explorer 8 RC1: Sesi 2

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 28012009

Sesi sebelumnya
[Aplikasi] Internet Explorer 8 RC1

IE8 RC1: gagal atau berjaya
Disebalik kejayaan Microsoft melancarkan browser terbaru mereka untuk menyaingi persaingan antara browser yang begitu rancak, tiba-tiba mereka dikatakan 'gagal' setelah dijalankan beberapa ujian keatas browser terbaru ini. Oleh itu, sesi 2 dibuka untuk menyingkap perkara tersebut.

Sesi 1: Kelajuan bukan segalanya
Memang benar pihak Microsoft mengatakan mereka tidak akan bersaing dengan browser yang laju tetapi jangan pula menjadi terlalu lambat untuk menutup kelemahan itu. Buktinya, graf yang berada di kanan anda itu menunjukkan ujian Sunspider kepada browser yang terbaru. Sunspider adalah satu ujian untuk menentukan kelajuan enjin javascript browser. Daripada ujian ini menunjukkan bahawa IE8 RC1 adalah yang paling lambat. Lebih lambat daripada Opera. Dan yang terpantas adalah Google Chrome yang menggunakan enjin Webkit yang telah diubah suai. Webkit digunakan oleh beberapa browser seperti Google Chrome dan Safari. dan Firefox mendapat tempat ketiga dalam ujian ini. Daripada ujian ini menunjukkan IE8 RC1 adalah hampir 3 kali ganda lebih lambat berbanding Google Chrome.

Sesi 1: Accelerators
K membuat kesilapan didalam Sesi 1 apabila menganggapkan Accelerators itu adalah satu cara IE8 RC1 untuk mempercepatkan user dalam melayari internet. Tetapi perkara ini adalah berlainan sama sekali. Berikan pengguna pilihan untuk mereka selepas mereka membuka tab yang baru. Bagi K ini melambatkan kerja K, kerana K tidak berminat untuk memilih apa yang hendak K lakukan. Berlainan dengan apa yang boleh dilakuan oleh browser lain seperti Firefox (FastDial - addon) dan Opera (FastTab) ataupun Chrome (History). mereka semuanya menggunakan seakan-akan sama caranya, bergambar. tetapi menggunakan text amatlah tidak sesuai jika mahu membina satu browser yang dikatakan 'untuk kegunaan manusia biasa'.

Sesi 1: Acid3 Test
Fail. itu yang mampu dikatakan. Acid3 merupakan satu test yang menunjukkan adakah sesuatu browser itu menepati kehendak pengguna secara keseluruhan, ujian ini berdasarkan penggunaan javascript dan beberapa ujian lain secara serentak. K sendiri telah melakukan ujian ini didalam Firefox 3.0.5 dan hasilnya adalah: 71/100. dan mengeluarkan gambar yang pertama. Ujian keatas Firefox 3.1 B2 adalah 93/100 dan mengeluarkan gambar yang kedua. Manakala Opera 10.0 A1 dan Safari 4 DP mendapat 100/100 dan mengeluarkan gambar yang ketiga. Dan malang buat IE8 RC1, mereka gagal dalam ujian ini dengan mendapat markah hanya 21/100 kerana gagal dalam ujian link.

Sesi 1: Pemasangan
Apa yang paling 'gagal' dalam hemat K adalah, mengapa dan kenapa perlu untuk restart dalam pemasangan browser. Mungkin kerana update terkini browser tersebut dan juga sistem operasi menyebabkan perkara ini terjadi. Tetapi berapa orang yang sanggup untuk tunggu untuk sistemnya restart kembali semata-mata untuk memasang browser. K tidak sanggup. Oleh sebab itu K mengatakan IE adalah hasil yang tidak sempurna dan 'gagal' daripada Microsoft. Namun mereka bukan gagal secara keseluruhan kerana masih ada perkara yang baik dapat diambil daripada IE8 RC1 ini.

Sumber
FudZilla - Redmond rolls out IE 8 RC1
DownloadSquad - IE8 RC1 tested: the good, the bad, and how it stacks up
ZDNetNewsSoftware - Interent Explorer 8, RC1: Photos

Technorati Tags: , , ,

Selasa, 27 Januari 2009

[Khas] Tribute: sekolah ku

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 28012009

Sekolah 1: Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 1

Walaupun K dah tak ingat siapa guru K masa tu, terima kasih untuk anda semua. K sekolah situ daripada darjah 1 hingga darjah 3 semester pertama. Bila masuk website sekolah, boleh teringat balik perkara lama. Tiap-tiap pagi ada perhimpunan, tiap-tiap lepas rehat ada perhimpunan. Banyak perkara yang dikenang disana. Oh lupa, K dulu 1,2 dan 3 Kuning (go kuning go). rupanya dah lebih sepuluh tahun K tinggalkan sekolah tu.. Masuk sana darjah 1 (7 tahun) keluar area umur 9 tahun. Sekarang dah 21. Orang yang nak K jumpa daripada sekolah ni, Zaid dan Asmawi.

Sekolah 2: Sekolah Rendah Agama Dato' Keramat

Emm paling ingat dengan sekolah ni adalah jam flik flak K berwarna merah pekat hilang. Kerana tertinggal ditiang bendera ketika waktu rehat. Perkara kedua paling ingat, muka ustazah tu macam kuih kacang.K tulis ni pun nak tergelak, bukan K yang kata tetapi kawan K, Hafiz tak silap namanya. Mengamuk ustazah tu.

Sekolah 3: Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Cuepacs
Sekolah masa K pindah daripada sentul ke cheras-batu 9-hulu langat. K tak suka sekolah ni sebenarnya, sebab ni kali pertama K dibuli. dalam sekolah ini, tapi tu la ada je orang yang akan bantu dalam sekolah ni tiba-tiba budak yang buli K tu dah mintak maaf. Tak tahu la kenapa. Benda paling best K rasa dalam sekolah ni, Pertandingan Kuiz Sains. Memang best sebab benda tu adalah titik tolak K minat sains dan ilmu falak. sampai sekarang. tapi kurang sikit dah la sebab dah masuk bidang komputer ni. tapi ilmu tidak akan hilang. ada tersemat didalam kepala. cuma tidak dikeluarkan kembali lalu lupa.

Sekolah 4: Sekolah Rendah Agama Batu 9
K sekolah sini sekejap je. setahun. lepas tu berhenti. kenapa berhenti? malas kot.

Sekolah 5: Sekolah Perimbun Cheras

Wow. K sebenarnya kalau boleh tak mahu masuk sekolah ini. imej yang buruk diberikan kepada 'sekolah paling jahat' didalam daerah Hulu Langat. tapi dah nak kemana. tetapi selepas masuk, tak la jahat mana pun sekolah ni, ada juga yang baik, K selamat sebab masuk kelas yang depan. pengaruh begitu tak de la. even ketua kumpulan cina dalam kelas K leh gurau-gurau dengan dia. dia kata dalam kelas kita gurau luar cerita lain. hebat. perkara paling seronok didalam sekolah ni. Pertandingan Keselamatan Lalu Lintas Peringkat Negeri Selangor.. dapat johan pulak tu. 3 tahun K disini.

Sekolah 6: Sekolah Teknik Gombak
2 tahun disini mengajar seribu perkara. merupakan satu sekolah yang membuatkan K rapat dengan teknologi dan komputer. walaupun langkah itu telah dimulakan sejak di Perimbun tetapi memegang makmal komputer adalah satu perkara lain. duduk dikelas 4E1 dan 5E1 bukan perkara mudah untuk mengekalkan kedudukan kelas 1 itu. siapa K nak jumpa? Ma'az, rakan membuat laman web bersama, masa tu guna html je. Dan kepada rakan di-friendster yang K tak kenal tapi diorang kenal K tu, maaf la. yang K belajar dalam ni, 'don't trust anybody'.

setelah itu keluar daripada nama 'sekolah' kini masih menuntut di universiti malaysia terengganu dalam bidang sains komputer (kejuruteraan perisian).

[eBook] Ubuntu Pocket Guide and Reference

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 27012009

Untuk Ubuntu 8.04 & 8.10
Siapa anda? Seorang pengguna Windows yang mahu mengetahui apakah Linux atau seorang yang telah lama menggunakan Linux. Mungkin anda adalah orang yang layak untuk membaca buku ini. Ditujukan kepada semua orang yang mahu mengenali Linux terutamanya Ubuntu dengan lebih dekat lagi. Daripada penulis 'Ubuntu Kung Fu' dan 'Begining Ubuntu Linux' buku ini lebih membawa kepada pengguna untuk mengenali apa itu Linux daripada mula sehinggalah bagaimana mahu membuat perkara didalam Ubuntu seperti menggunakan Terminal sehingga kepada isu virus didalam Ubuntu (Linux secara keseluruhan).

$10 di Amazon, Free di ubuntupocketguide
Jika anda mahukan sesuatu yang boleh dipegang, anda boleh mendapatkannya di Amazon dengan harga $10. Tetapi jika anda mahukan dalam bentuk digital, dan secara percuma, anda boleh mendapatkannya di UbuntuPocketGuide iaitu laman web rasmi buku ini. Untuk mereka yang merupakan pencinta buku, seperti Atreyu, anda dijemput untuk mengambil buku tersebut di laman tersebut. Dan ianya percuma, tanpa caj tersembunyi... atau mungkin ada, dua muka surat iklan untuk Ubuntu Kung Fu. Itu sahaja.

Sumber
LifeHacker - Ubuntu Pocket Guide available as a Free Download

Technorati Tags: , , , ,

[Aplikasi] Internet Explorer 8 RC1

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 27012009
TambahBaik_1: 28012009

Microsoft: IE8 RC1 dilancarkan
Setelah lama menunggu pelancaran Internet Explorer 8 (IE8), akhirnya pada hari ini IE8 Released Candidate 1 (RC1) berjaya dikeluarkan. Yang paling dipandang pada ketika ini adalah fungsi InPrivate yang ideanya diambil daripada "incognito tab" pelayan internet Google Chrome. Antara fungsi terbaru yang terdapat didalam IE8 RC1 ini adalah 'accelerators'. Berdasarkan namanya dapat K teka bahawa sistem itu akan berfungsi seperti FasterFox (add on untuk Firefox (FF2)) ataupun pengurusan cache seperti Google Web Accelerator (walaupun server Microsoft bukan sebesar Google). sistem sekuritinya juga diambil berat dengan lebih kekebalan daripada serangan 'clickjacking'.

Kelajuan? bukan segalanya - Microsoft
Perkara itu yang K rasanya pelik dan musykil kerana perlawanan antara enjin browser manakah yang paling pantas adalah satu perkara mustahak tetapi pihak Microsoft mengatakan yang lain. Daripada terus menerus memasuki peperangan kelajuan antara browser, baik hanya menumpukan kepada 25 laman yang paling popular. K kurang pasti sama ada 25 laman itu dipilih oleh Microsoft atau berdasarkan cara pengguna melayari browser terebut. Dan K rasa, pilihan pengguna.

1 Tab = 1 Proses
Antaralain kebolehan IE RC1 ini adalah menjadikan setiap tab itu adalah satu proses yang lain (seperti Chrome) dan mengurangkan risiko IE akan crash secara keseluruhan apabila satu tab itu crash (perkara biasa bagi IE - crash). Tetapi tidak boleh dikeluarkan daripada tab kepada satu Windows yang baru (tidak seperti Chrome).

IE8 RC1 - Satu harapan yang baru
Microsoft terlalu terdesak untuk mengeluarkan satu browser baru untuk menyaingi browser yang terlalu hebat yang kini dicabar hebat oleh Mozilla Firefox dan browser lainnya. Mereka berharap IE8 akan membantu menaikkan kembali peratusan jajahan atau paling tidak mengekalkan peratusan terebut daripada terus turun. Kepada yang berminat, anda boleh memuat turunnya disini.

Accelerators: TambahBaik_1
Accelerators bukan satu sistem untuk mempercepatkan pelayaran tetapi merupakan satu sistem yang diasaskan oleh Microsoft didalam IE7 sebelum ini iaitu memberi pengguna pilihan ketika membuka tab yang baru.
Dengan itu, tekaan K diatas adalah salah.

Sumber
OSNews - Internet Explorer 8 leaves beta, RC1 released
TechSpot - Microsoft delivers first IE8 released candidate
CNETNewsMicrosoft - Microsoft ready with near-final IE8
ReadWriteWeb - Microsoft released Internet Explorer 8 RC1: Promises faster and safer browsing
Lifehacker - InternetExplorer Release Candidate 1 now available
PCMag - Microsoft IE8 hits RC1 milestone, stops clickjacking
WiredBlog - Internet Explorer 8 Released Candidate 1 ready for the masses
GuardianTechnology - Microsoft takes IE8 out of beta
BBCNewsTechnology - Microsoft released IE8 browser
DownloadSquad - Download Internet Explorer 8 RC1 for Vista, XP

Technorati Tags: , , , , ,

Isnin, 26 Januari 2009

[Sekuriti & Aplikasi] Trojan Horse Photoshop CS4 Apple

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 26012009

Bicara yang serupa
[Sekuriti & Aplikasi] Trojan Horse iWork '09

Photoshop CS4: Varient terbaru
Apabila iWork cetak rompak diletakkan trojan horse OSXTroja.iServices.A dan 20,000 pengguna telah memuat turunnya. kini varient terbaru trojan tersebut iaitu OSXTrojan.iServices.B dimasukkan pula kedalam aplikasi cetak rompak kedua, Adobe Photoshop CS4. Trojan tersebut diletakkan didalam aplikasi pemecah (crack application) yang disertakan didalam satu pakej untuk membolehkan aplikasi itu berfungsi. cara ini adalah biasa digunakan untuk menyebarkan virus kepada pengguna windows dan kini pengguna Mac juga tidak terkecuali.

5,000 pengguna 'bijak'
Telah direkodkan seramai 5,000 pengguna telah pun memuat turun aplikasi tersebut dan terkena jangkitan itu. Matlamat virus itu adalah untuk memuat turun lebih banyak virus lain kedalam sistem operasi mangsa dan melakukan serangan DDoS. Modus operandi yang dilakukan adalah meminta kebenaran untuk memasuki bahagian dalaman sistem operasi yang mengandungi fail sistem yang penting untuk beroperasi. Setelah diberikan kebenaran, maka satu halangan terbesar bagi trojan ini telah hilang dan seterusnya pengguna itu telah pun menjadi mangsa.

Selamat datang buat Mac
Kini Mac OS dilihat semakin hampir kepada Windows dengan beberapa serangan virus yang diletakkan didalam aplikasi cetak rompak seperti mana yang dilakukan kepada pengguna Windows. Ucapan K, selamat datang buat Mac

Sumber
MacWorld - Mac trojan horse discovered in pirated Photoshop
SlashGear - Photoshop Mac trojan identified in pirated downloads
Gizmodo - OSX ilife trojan revamped, repackaged, rereleased

[Khas] We Will Not Go Down

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 26012009

We Will Not Go Down - Michael Heart



blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Laman rasmi: Michael Heart: Song For Gaza

Ahad, 25 Januari 2009

[Sekuriti] Conficker: 10juta - 15juta++ Mangsa

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 25012009

Rujuk Kembali
Artikel Confiker, Downadup mahupun Kido ini telah tulis sebelum ini di;
[Sekuriti] Conficker kembali lagi (3.5 juta++)
[Sekuriti] Conficker: 8.9 juta dan semakin bertambah
[Sekuriti] Conficker: 3/10, hospital dan Windows 7

Setanding dengan Slammer/Helkern
Tahun 2000 dunia dikejutkan dengan virus yang bergerak melalui email, iaitu ILOVEYOU yang mempunyai fail attachment "LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs". dan virus ini digelar sebagai yang terhebat untuk pembukaan millennium. Pembuatnya daripada Filipina.

Tahun 2001 digemparkan lagi dengan satu siri penyebaran virus yang dikatakan berasal juga daripada Filipina, iaitu Code Red Worm. cara sebaran yang menjadikan server sebagai mangsa dengan menjadikan mangsanya sebagai botnet dan melakukan beberapa serangan DDOS kepada beberapa IP termasuklah server White House.

Slammer/Helkern dan Blaster/Lovsan/Lovesan menyerang pula pada tahun 2003 dengan serangan yang menyerupai cara Code Red Worm. dikatakan begitu pantas dengan anggaran 75,000 mangsa dalam masa 10 minit. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Microsoft SQL Server Desktop Engine (MSDE) sendiri dijangkiti dengan virus ini dan kepada pengguna yang mempunya MSDE didalam sistem mereka, mereka akan dijangkiti.

setelah 6 tahun tanpa satu virus yang hebat (brontok tidak dikira sebagai hebat tetapi menjengkelkan), Conficker pula seolah-oleh mahu mencipta nama dipersada virus kerana sehingga kini dianggarkan 10-15 juta mangsa telah dikorbankan oleh Conficker. Jika benar anggaran ini maka Conficker sudah sesuai untuk dianggap sebagai virus yang 'baik'.

Mungkin selepas ini anda adalah mangsanya

Sumber
TheIndependentGadget&Tech - Mystery virus hit 15 million PCs around the world
NZHeraldTechnology - Mystery virus hits 15 million PCs around the world
OrlandoSentinel - Infromation on the worm infecting millions of computers
Vaksin.com - Napak Tilas eksploitasi RPC Dcom vulnerability
Vaksin.com - RPC Dcom part III, Conficker mengganas di Indonesia

Jumaat, 23 Januari 2009

[Sekuriti & Aplikasi] Trojan Horse iWork '09

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 23012009

iWork: Trojan Horse terbaru Apple
Apple juga tidak terkecuali menerima bahana lanun cetak rompak apabila iWork '09 yang dilancarkan baru-baru ini dicetak rompak dan versi cetak rompak tersebut mempunyai trojan untuk "dihadiahkan" kepada pengguna. perkara ini terjadi kerana iWork '09 adalah satu aplikasi yang digelar sebagai satu aplikasi penting yang mempunyai kebenaran untuk mengubah dan membuat fail kepada sistem, maka itu iWork '09 adalah satu umpan kepada pengguna Apple untuk menyebarkan trojan tersebut ke dalam sistem operasi Mac OSX. dan malangnya kisah itu bukan tamat seperti itu sahaja....

Backdoor, Downloader dan DDOS
dengan gelaran OSXTrojan.iServices.A, dengan kebenaran yang diperolehi oleh Trojan tersebut langkah seterusnya adalah lebih mudah untuknya. seperti untuk merompak sebuah rumah dengan mempunyai kunci rumah tersebut, trojan itu mampu untuk mengubah apa-apa fail yang terdapat didalam sistem dan menyebabkannya sukar untuk dibuang. dengan lebih 20,000 orang pengguna yang telahpun mendapatkan "hadiah" tersebut, hanya ada satu cara mutlak, format.

Security is Not a Product, it's a Process
dengan mengambil perkara itu, dan satu lagi ayat yang K suka gunakan;
Human is a truly weakness link in security
kenapa? kerana jika tidak kerana manusia itu sendiri yang memuat turun aplikasi cetak rompak, tidak akan berlaku perkara itu. tidak kira sama ada sistem operasi yang digunakan adalah yang paling baik sekalipun, jika pengguna sendiri yang memasukkan anasir luar, tiada satu sistem pun dapat menghalangnya. dan jangan sesekali anda menyalahkan sistem operasi mahupun sistem antivirus anda jika anda sendiri yang memasukkan anasir luar itu kedalam sistem anda.

Ironinya: iWork Trojan Removal Tool

dalam dunia perniagaan ini amat pelik sekali, ketika masing-masing sedang berusaha mengukuhkan perniagaan sendiri terdapat pelbagai malah jutaan taktik perniagaan yang boleh digunakan. ini sebagai contoh, K tiba-tiba merasakan bahawa pihak Apple terlalu "baik" kepada penggunanya. pengguna yang terkena jangkitan ini adalah pengguna yang menggunakan iWork cetak rompak bukannya yang sah. tetapi mengapa Apple sanggup membantu mereka? adakah satu strategi perniagaan? mahupun ada kaitannya dengan taktik keluarnya trojan yang menghalang pengguna dari memuat turun sebarang fail daripada piratebay.

Sumber
TechSpot - Pirated copies of iWork '09 infect Macs with Trojan
Gizmodo - Torrented copies of iWork '09 come laced with a nasty OSX Trojan
Engadget - iWork '09 Trojan infects at least 20,000 machines?
DownloadSquad - Suprise, Mac users! pirated iWork download contains a trojan
AppleInsider - Apple drops anti-piracy measures from iWork '09
Macworld - Pirated iWork '09 installer may contain trojan horse
MacDailyNews - Intego: Mac trojan horse found in pitrated Apple iWork '09
MacRumors - iWork '09 torrent carrying OSX Trojan
OSNews - New Mac OSX Trojan found in pirated iWork '09
TechRadar - free iWork trojan removal tool released
SlashGear - Pirated iWork '09 loading trojan onto thousands of Macs

[Aplikasi] RegTweaker MiKiCuN

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 23012009

Mikicun: pakar bidang portable Malaysia
Mungkin namanya tidak segah Dato' Siti Nurhaliza, mahupun Meet Uncle Hussian. tetapi jika siapa yang mengenalnya pasti akan teruja dengan setiap aplikasi yang dikeluarkannya, pelbagai aplikasi terutamanya aplikasi yang portable iaitu aplikasi "pasang-dan-guna" (Plug'n'Play) yang tidak memerlukan pengguna untuk memasang aplikasi tersebut di dalam ruang storan pengguna. terus boleh digunakan selepas dijalankan. mudah dan pantas. itu yang menjadi identiti sebagai sebuah aplikasi portable. tidak ramai dikalangan rakyat malaysia yang tahu untuk membuat aplikasi portable termasuk K sendiri, tetapi disebalik itu Mikicun semakin menempah nama sebagai pakar dalam bidang aplikasi portable Malaysia. seumpama permata dicelahan kaca yang suram.

Pengenalan pertama: Putera
K mengenali Mikicun daripada Putera sebagai seorang forumer biasa disana, dan aplikasi daripada Mikicun yang K gunakan hingga sekarang untuk menyenangkan kerja K adalah RegTweaker. versi terkini yang berada didalam tangan K adalah 1.7.4, tetapi K tidak dapat menunjukkan secara terperinci tentang perkara ini kerana K tidak menggunakan Windows. tetapi K masih boleh menjalankannya, terima kasih kepada WINE.

RegTweaker: Aplikasi berguna dalam satu
Acap kali K menjumpai masalah ini dimana-mana forum, folder option hilang, regedit tidak boleh masuk, task manager telah di-'disable'-kan dan pelbagai lagi masalah yang sebenarnya tidaklah terlalu serius hingga perlu ke kedai dan format untuk mengatasi masalah ini. hanya perlukan satu perkara, usaha. dan selepas itu hidup anda akan bertemankan aplikasi ini dalam membantu anda mematikan perkara remeh tersebut tidak menggaggu hidup anda.

Masalah berlanjutan: ESET NOD32
Walaupun diakui aplikasi ini bagus dari segi mobiliti dan kemampuan yang diberikan, tetapi hanya satu masalah yang masih timbul hingga kini, sistem antivirus ESET NOD32 masih sehingga kini mengatakan aplikasi ini sebagai virus. walaupun telah menghantar email kepada pihak ESET, tetapi perkara ini masih juga timbul. ESET dengan mudah mengatakan bahawa setiap aplikasi yang dibina menggunakan AutoIT adalah virus. mandatori. oleh itu jika anda mendapati aplikasi ini adalah virus dengan menggunakan antivitus ESET, abaikan. kerana antivirus lain ketika dihantar ke virustotal tidak mengatakan begitu setelah dihantar email mengenai aplikasi ini.

Derma: Membantu pembanggunan
Jika anda merasakan aplikasi ini membantu anda dalam menjalankan kehidupan seharian anda, apalah kiranya membantu sedikit dengan menderma kepada MiKiCuN kerana ini membantu dia dalam membuat aplikasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Muat Turun RegTweaker

MediaFire V1.7.4, 4shared V1.7.4, 4shared V1.6.1

Sumber

PuteraTanya - RegTweaker V1.7.4.exe

Rabu, 21 Januari 2009

[Kuliah] Dari LEO, MEO, GEO ke GPS

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 21012009

Kuliah Networking: anasir luar, GPS
Walaupun kurang kena mengena dengan tajuk asal kuliah iaitu mengenai tiga jenis satelit iaitu:
Dan tambahan sebanyak dua lagi jenis mengikut Wikipedia:
Tetapi kuliah tadi telah sedikit tersasar dengan kemasukkan entiti GPS. anggapkan sebagai ilmu yang baru untuk yang baru mengenal GPS dan sebagai ingatan kembali kepada K sendiri kerana K dahulu pernah mengkaji perkara-perkara ini.

Global Positioning System (GPS)
Berasal daripada Global Navigation Satellite System (GNSS) yang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan Amerika. dengan menggunakan formasi yang khas, 24 hingga 32 satelit Medium Earth Orbit (MEO) akan mengeluarkan gelombang micro yang akan membolehkan satelit itu menentukan dimana pemacar yang menerima gelombang itu berada di atas permukaan bumi.

Tiga Syarikat Utama GPS
Terdapat tiga syarikat utama yang menjalankan GPS diseluruh dunia seperti mana yang diterangkan didalam kuliah tadi iaitu;
  • NAVSTAR GPS (US)
  • GLONASS (Russia)
  • GALLILEO (EU)
GPS 1: NAVSTAR GPS
Ditubuhkan pada 1973, satelit pertama dilancarkan pada 1978. dan secara keseluruhan terdapat 24 satelit didalam formasi mengelilingi bumi sebanyak dua kali sehari. dan formasi itu menyebabkan satelit NAVSTAR boleh dilihat dimana-mana permukaan bumi sekurang-kurangnya 4 buah dalam satu-satu masa. dengan ketinggian 12,625 batu (20317.968 kilometer) daripada bumi, NAVSTAR mengeluarkan dua jenis frekuensi iaitu, 1575.42MHz untuk kegunaan awam dan 1227.60MHz untuk tujuan ketenteraan. dan daripada 24 buah itu hanya 21 sahaja yang akan digunakan dalam satu-satu masa dan tiga buah lagi untuk tujuan kecemasan dan simpanan. NAVSTAR pernah digunakan untuk peperangan seperti;
  • Perang Teluk 1991
  • Operasi Restore Hope di Somalia 1992-1993
  • Penjajahan Afganistan 2001
GPS bukan hanya pada kegunaan tentera tetapi penyelidikan dan kegunaan harian yang lain

GPS 2: GLONASS
Berasal daripada perkataan Russia
ГЛОбальная НАвигационная Спутниковая Система yang bermaksud
GLObal'naya NAvigatsionnaya Sputnikovaya Sistema atau
GLObal NAvigation Satellite System didalam bahasa Inggeris.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1976 dengan matlamat untuk mendapatkan liputan keseluruh dunia pada tahun 1991. bermula daripada tahun 1982 beberapa satelit telah dilancarkan dan siap pada 1995. tetapi disebabkan kejatuhan ekonomi Russia, sistem tersebut terhenti dan kini cuba dihidupkan semula dengan kerjasama kerajaan India sejak tahun 2001 dan bakal siap pada tahun 2009. sama seperti NAVSTAR, terdapat 24 satelit didalam orbit mereka sendiri dengan tiga sebagai simpanan. tetapi agak berlainan dalam segi orbit, dengan orbit yang lebih rendah, iaitu 19,100 km, dan formula yang lain daripada NAVSTAR, satelit GLONASS dapat dilihat sekurang-kurangnya 5 buah pada satu satu masa.

GPS 3: GALILEO
K amat kenal dengan projek GALILEO dahulu kerana minat dalam bidang astronomi. sayangnya kini kekurangan masa membuatkan K sedikit lupa perihal projek GALILEO. pada mulanya projek ini dilakukan oleh satu syarikat swasta iaitu European Satellite Navigation Industries dan selepas 2007, projek ini dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA), projek yang bernilai €3.4 bilion ini dikatakan sebagai satu alternatif terbaik selain dua GPS sebelum ini. pada 2007 satu perjanjian diadakan dengan mengatakan bahawa GALILEO dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2013. dengan mempunyai dua pusat kawalan bumi iaitu di Munich, Germany dan Fucino, Italy. setelah siap nanti, GALILEO mempunyai 30 satelit yang beredar di linkungan orbit bumi setinggi 23,222 km dan akan mempunyai empat sistem navigasi iaitu OpenService, CommercialService, PublicRegulatedService dan SafetyofLifeServise.

p/s: Teringat pada Nasa Kids Certification

Sumber
Wikipedia - Global positioning system
Wikipedia - GPS satellite
Wikipedia - Satellite constellation
Wikipedia - Low earth orbit
Wikipedia - Medium earth orbit
Wikipedia - Highly Elliptical orbit
Wikipedia - Geostationary orbit
Wikipedia - Geosynchronous orbit
Wikipedia - Glonass
Wikipedia - Galileo (satellite navigation)
SpaceToday - NAVSTAR GPS
BBCNewsS&E - Galileo satellite phones home

[Tutorial & Tips] Windows terlupa kata laluan, Linux "bukakan"

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 21012009


Amaran daripada pihak AMBNaC
Tutorial ini adalah tujuan pelajaran dan bukannya tujuan untuk mencuri data dan membuat kerosakkan. sesungguhnya ilmu yang baik adalah ilmu yang bermanfaat kepada diri dan orang lain (yang memerlukan). pihak AMBNaC tidak sesekali akan bertanggungjawab atas segala kejadian yang dilibatkan dengan penulisan artikel ini. segala tindak tanduk anda adalah tanggungjawab anda dan kamu yang berusia dibawah 18 tahun sila dapatkan bimbingan ibu bapa atau penjaga.

Kata laluan dan sentimen pemikiran
Pensyarah K pada semester ini berkata, saya telah diajar oleh pensyarah saya dahulu;
tukar kata laluan anda (email dan akaun) setiap seminggu sekali
Tetapi K tidak bersetuju dnegna kata-kata itu dan sekurang-kurangnya ada seorang lagi yang tidak bersetuju dengan kata-kata pensyarah K yang seorang Professor itu. siapa seorang lagi itu? Megahacker, yang mengambil ayat ini tidak tahu daripada siapa;
the big lie of computer security is that security imporves by imposing complex password on users. in real life, people write down anything they can't remember. security is increased by designing for the way human actually behave
Dan selalu terjadi apabila pengguna terlupa kata laluan mereka, dan lebih teruk lagi mereka juga terlupa untuk mengingati kembali kata laluan untuk admin sistem operasi tersebut. maka apa yang harus dibuat? format? bypass menggunakan utiliti seperti DreamPackPL atau Ophcrack? dan banyak cara lain. K mahu menggunakan Linux.

Linux: Swiss Knife
Linux seringkali digelar sebagai swiss-army-knife untuk para "troubleshooters" membetulkan sistem windows yang bermasalah dan juga hal-hal seperti ini, membuka kembali sistem Windows yang telah "kehilangan" kata laluannya. antara yang terbaik untuk melakukan perkara ini adalah, Knoppix, Ubuntu 8.04 dan keatas, Fedora 8 dan keatas. kerana tiga sistem Linux ini pernah K sendiri mencubanya walaupun dengan cara yang sedikit berlainan dengan cara yang K akan tunjukkan kepada anda ini, kerana K gunakan cara yang penuh dengan arahan didalam "terminal" dan bukannya paparan antara muka grafik.

Sebelum bermula, Amaran dari AMBNaC
Sekali lagi K ingatkan bahawa tujuan tutorial ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan yang paling penting, anda perlu ada LiveCD, talian internet dan anda mempunyai pengetahun didalam Linux Command Line. ok, jika anda sudah bersedia, ayuh teruskan.

sudo apt-get install chntpw
Setelah anda jalankan Linux itu secara LiveCD (bukannya memasang di storan anda), anda perlu memasang satu aplikasi yang dipanggil 'chntpw' dengan menaip perkataan ini di terminal:
sudo apt-get install chntpw
selepas itu anda perlu memastikan anda mempunyai kebenaran untuk memasuki storan NTFS anda yang didalamnya terkandung sistem fail Windows. terdapat beberapa cara untuk memasukinya sama ada menggunakan terminal mahupun secara GUI, dan jika GUI, masuk ke laman ini. dan untuk terminal, sila kaji sendiri.

Selepas itu masuk kedalam 'WINDOWS/system32/config' dengan menggunakan command line dan setelah sampai ke direktori 'config' gunakan arahan ini:
sudo chntpw SAM
dan selepas itu akan ada informasi yang panjang akan ditunjukkan, jika ada maka itu abaikan sahaja. dan ini yang akan keluar selepas itu:
---------------------------------
* = blank the password (This may work better than setting a new password!)
| Enter nothing to leave it unchanged
| Please enter new password: *
---------------------------------
dan biarkan password yang baru itu dalam keadaan itu (esterik = *) yang bermaksud 'kosong'. dan tekan butang 'enter'.
untuk memansuhkan kata laluan pengguna selain daripada admin, masukkan arahan ini
sudo chntpq -l SAM
info seperti ini akan muncul;
RID: 01f4, Username: administrator, *BLANK password*
RID: 01f5, Username: guest, *disabled or locked*
RID: 03e8, Username: helpassistant
RID: 03ea, Username: support_388945a0, *disabled or locked*
dan untuk pergi ke username tersebut dengan menggunakan arahan ini;
sudo chntwp -u username SAM
tinggalkan kata laluan tersebut sama seperti admin, iaitu (*), dan selepas anda habis kerja disana, unmount kembali storan itu sebelum anda restart kembali. dan ketika anda login, seharusnya kata laluan tersebut sudah tiada dan masuk seperti biasa dan tukar kembali kata laluan kepada yang lebih mudah anda ingat. jangan lupa lagi.

Amaran terakhir
Jangan anda buat tutorial ini untuk menghancurkan orang lain tetapi buatlah kebaikkan daripada tutorial ini. dan K tunjukkan untuk Linux yang berasaskan Debian. untuk lain-lain Linux adalah sedikit berbeza. ini hanya salah satu daripada pelbagai cara untuk membaiki Windows menggunakan Linux, tidak rugi anda mempelajarinya.

Sumber
LinuxToday - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using Linux
Janauza - Hacking Windows administrator password (with good intentions) using Linux
LinuxBasement - Changing NT password with Linux and CHNTPW
DataStrongholdSystemSecurity - Chntpw
VBuletin - Chntpw
TheLinuxSociety - Changing NT password with Linux and CHNTPW
CGSecurity - Chntpw for DOS
Rhadimas - Reset windows password /w knoppix
UbuntuGeek - Windows NTFS partition read/write support made easy in Ubuntu Fiesty