Selasa, 19 April 2011

eeeeerrrrr


lama2 tengok macam kelakar

Jumaat, 15 April 2011

Aksesori Lomo LC-A+



Aku mahu semua.
1. Wide lens
2. Tunnel + macro lens
3. krab housing
4. colorsplash chakra
5. lc-a+ keychain
6. hipshot green bag

tapi tak la terlalu nak beli. just masukkan dalam wishlist saja.

p.s Ada orang kata, ada 'orang' (tak kenal) yang cas RM400 untuk setting joomla, masukkan template free. Pergh mudah betul. Kalau aku dapat sebulan sekali pun dah gumbira. Boleh beli terus benda-benda atas ni.

Isnin, 11 April 2011

Member Aku Terbakar


50% gambar ni aku buat. 50% yang lain bukan.

Khamis, 7 April 2011

Gnome3 Dilepaskan

Kini, Gnome3 dah dilepaskan. Maka satu persoalan untuk pengguna Ubuntu khususnya. Unity atau Gnome3 atau tetap menggunakan Gnome2?


Aku dah cuba guna 11.04b1 dan aku rasa aku berpuas hati dengan Unity. Gnome3? Entah sebab aku tak tengok lagi.

Rabu, 6 April 2011

onblur onfocus

Ada yang bertanya tentang macam mana facebook buat dengan search engine box dia. Maka aku kongsi

asasnya;
onblur="this.value='search';" onfocus="this.value='';"
Tapi ada masalahnya. Apa jadi kalau orang tu dah search something tapi dia ter onblur, hilang la apa yang dia tulis tu. Maka ubah sikit jadi;
onblur="if(this.value==''){this.value='search'};"  onfocus="if(this.value=='search'){this.value=''};"
Selesai.

overshadow

Aku cuba untuk tukar login interface pada satu sistem ni. Tapi yang jadi adalah overshadow. Haiz!

Sebelum:
Tulisan putih itu bagus tetapi untuk resolusi yang berlainan akan menyebabkan tulisan tu kadang2 tak nampak dan disebabkan kotak input tu guna gambar masalah pula pada kedudukan tulisan yang agak kebawah.

Dan ada satu butang yang pengguna kata tak nampak. maka perlu naikkan ke tempat lebih nampak.

Selepas:

Masalah tak nampak disebabkan resolusi sudah selesai aku rasa dengan kaedah ini. Butang yang kurang nampak iaitu aduan awam dan mula nampak maka selesai satu lagi masalah. Kedudukan tulisan pun selesai. Tapi masih ada masalah.

Aku sendiri asyik tertekan butang aduan awam bukannya login tiap kali nak masuk sistem. Apa ke halnye? Sebab butang aduan awam tu terlalu nampak hingga overshadow butang login yang ada.

Perlu ubah lagi design.

Sabtu, 2 April 2011

Pentax Dulu, Pentax Sekarang


Ni Pentax dulu. Pentax K1000. Analog.

Ni Pentax akan datang. Digital.

Semua dah nak kepada Mirrorless camera sebab DSLR amat besar gedabak dan berat. Design semua nak macam kamera lama2.

Kalau aku nak beli kamera digital. Aku nak Leica M9! Full frame sensor.

Gambar Lama

Tadi belek2 photobucket yang dah lama tak masuk. Tiba2 terjumpa gambar lama.

Apa yang aku pikir ek masa buat ni?

Jumaat, 1 April 2011

Matematik Jari

Aku tak pasti sama ada cara ini ada diajar disekolah atau tidak tetapi ini adalah kaedah yang aku guna dari kecik dulu. Kira guna jari.

Kaedah Jari Sifir 9

Aku nampak sekarang dah ramai yang guna kaedah ini. Aku pun tak tahu siapa yang menyerbarkannya dan orang yang merekanya ini memang banyak jasanya kepada orang ramai.

Kaedah ini menggunakan paling tidak 10 jari tangan. Sebagai contoh 9*3. Nota: Aku gunakan * kerana aku tak mahu orang salah anggap dengan x sebagai x bukan sebagai darab dan memang * digunakan dalam pengaturcaraan.

[|||||]  [|||||]

Anggapkan | ini sebagai jari tangan dan aku asingkan menggunakan []. Untuk 9*3 anda hanya perlu menutup jadi yang ketiga daripada kiri. Atau kata lainnya tutup jari tengah tangan kiri. Aku wakilkan jari yang ditutup sebagai ‘,’.

[||,||]  [|||||]

Maka akan nampak pengasingan diantara dua bahagian, bahagian pertama adalah puluh dan bahagian kedua adalah sa. Maka 9*3=27.

Fasa & Set

Tetapi ada yang kemusykilan dalam hati aku, kalau 11*9 macam mana? 17*9 macam mana? Setelah aku pikirkan maka aku jumpa. Kaedah jari ini ada fasa-fasanya. Dalam Fasa 1, hanya 1 jari ditutup dan fasa ini hanya berguna untuk sifir 9 daripada 9*1 sehingga 9*10 sahaja.

Manakala untuk 9*11 sehingga 9*20 dimasukkan dalam Fasa 2. Untuk Fasa 2, anda perlu tutup 2 jari. Sebagai contoh 9*11.

[|||||]  [||||,] – Set 1

[,||||]  [|||||] – Set 2

Maka jika dilihat, ada dua bahagian didalam dua set ini, Untuk Set 1, angka yang akan keluar akan menjadi rumah puluh. Dalam contoh ini, 9 = 90. Dan Set 2 akan menjadi rumah puluh dan sa seperti mana 9*3 di atas. Maka jawapannya 9. Apabila ditambahkan, 9*11=99.

Mungkin ada yang tidak faham, maka aku terangkan dalam 9*17. Dalam 9*17 jari ke 6 dan 7 yang perlu ditutup pada Set 2.

[|||||]  [|||||] – Set 1

[|||||]  [,,|||] – Set 2

Maka untuk Set 1 = 100, Set 2 = 53, Set 1 + Set 2 = 153. Jika kita semak semula, 153/9=17.

Dan jika mahu mendarap seperti 9*25 pula, anda perlu mengunakan Fasa 3 yang mempunyai 3 Set. Dan perlu menutup 3 jari. Kaedah ini untuk 9*21 hingga 9*30

[|||||]  [|||||] – Set 1 = 100

[|||||]  [|||||] – Set 2 = 100

[||,,,]  [|||||] – Set 3 = 25

Set 1 + Set 2 + Set 3 = 225.

Nota: Kaedah ini sebenarnya tak sesuai untuk semua orang. Kerana takut lebih mengelirukan.

Kerja rumah: 9*73 berapa? Hint: ada 8 set. 8 jari perlu ditutup.

[|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][|||||]  [|||||][,,,,,]  [,,,||][|||||]