Selasa, 31 Mac 2009

[Khas] e-Warkah*

Tarikh Keluaran Artikel: 31 Mac 2009

Adalah Dimaklumkan
Bahawa, K atau TMUkmkd tidak dapat/akan membuat post untuk beberapa hari yang akan datang, perkara ini adalah disebabkan terdapat beberapa perkara yang lebih penting untuk diselesaikan. Maka dengan itu, kepada pembaca setia mahupun yang tidak membaca. Terima kasih kerana membaca e-Warkah ini.

Adapun...
Adapun rehat daripada menulis ini bukanlah berpunca daripada mana-mana perkara seperti "Pertandingan JavaFX", "Hari Conficker" (yang K masih ragu-ragu tentang kebenarannya) mahupun "Kempen Pilihanraya 15 Penjuru".

Ingatan Terakhir
Sebelum mengundur diri, adalah dinasihatkan kepada semua pembaca, jangan lupa, tugas anda kepada sistem anda belum selesai, pastikan sistem antivirus, antimalware dan anti-segala-anti berfungsi ditahap optimum. Pengunduran diri ini bukan kerana kalah tetapi satu cara untuk lebih maju ke hadapan kelak. Semoga bertemu lagi di tajuk yang akan datang, K tinggalkan dengan quote daripada Mitnick yang popular di blog ini;

"Security Is Not A Product, It's A Process"

Yang benar,
Muhammad Syafiq bin Zainuddin @ TMUkmkd
Penulis AMBNaC

*e-WArkah di tajuk bermaksud warkah yang ditulis secara digital dan tidak berniat untuk menggunakan mana-mana nama, produk, hak cipta terpelihara individu mahupun syarikat. Segala bentuk penyalahgunaan hak cipta disebabkan nama ini adalah dinafikan.
**e-Warkah ini menggunakan sistem digital, tiada tandatangan diperlukan.

Ahad, 29 Mac 2009

[Khas] Linux vs Bukit Selembau

Tarikh Keluaran Artikel: 29 Mac 2009

Sebuah Lampiran Pendek
Apa perbezaan diantara Linux dan Bukit Selembau?
Linux tiada kekangan
Linux tiada paksaan
Linux tiada politik wang
Linux percuma
Linux percuma

Dengan Linux, rekod sentiasa tercipta bukan baru hendak dicipta.

Lampiran kali ini bukan iklan untuk mempromosi Linux....
....mahupun pilihanraya 15 penjuru yang pelik.

[Berita & Artikel] Peperangan Pelayar Internet. Sesi 6

Tarikh Keluaran Artikel 29 Mac 2009

Sinopsis
Chrome: Projek Chromium
Firefox 3.0.8

Chrome: Projek Chromium
Merujuk kepada perkara lepas, yang berkaitan dengan Projek Chromium di Linux dan Mac OSX, projek tersebut berjalan dengan lancar sekali dan setiap hari terdapat tingkat naik yang terbaru daripada pihak Chromium. Sekali gus membawa satu pandangan positif K kepada pihak Chromium untuk bersaing di bawah nama Chrome didalam peperangan pelayar internet ini. Setelah mengambil gambar skrin dalam masa 3 hari berturut-turut, terdapat beberapa perbezaan di antara satu hari dengan hari yang lain. Antara yang dapat K tunjukkan adalah;

Gambar pada 26 03 2009


Gambar pada 27 03 2009


Gambar pada 28 03 2009


Terdapat beberapa perbezaan diantara tiga hari ini dan lebih lagi jika dirujuk kembali ke 18 Mac 2009 di mana pertama kali K memasang Chromium didalam Linux.


Antara perbezaan selama 4 hari (18, 26, 27, 28)
  • 18, Tab tidak dapat dibuka, 26 Tab dapat dibuka tetapi tidak dapat di lihat, 27 boleh dilihat tetapi masalah pada tajuk yang panjang, 28 masalah tersebut diatas tetapi pada tab terakhir masih tidak diselesaikan
  • 18, antara muka seperti aplikasi biasa, 26 ciri-ciri Chrome telah muncul, 27 satu garisan kecil di bawah tab muncul, 28 garisan tersebut ditebalkan.
Terdapat banyak lagi yang dapat dilihat tetapi malangnya projek ini masih didalam status pre-alpha dan anda tidak digalakkan untuk memuat turun apatah lagi untuk menggunakannya.

Firefox 3.0.8
Jika beberapa tempat di dunia bergelap kepada kempen Earth Hour 2009 semalam, Firefox juga mengalami "kegelapan" selepas pertandingan Pwn2Own 2009 yang telah menunjukkan kelekangan didalam benteng dan pertahanan mereka. Untuk mengatasi kelemahan ini, pihak Mozilla telah mengeluarkan naik taraf yang terkini untuk pengguna Firefox 3.0.7 kepada 3.0.8. Versi Ubuntu telah dikeluarkan pada hari ini. Naik taraf ini adalah untuk menutup kebocoran yang dijumpai oleh Nils didalam pertandingan tersebut. Maka itu K mengatakan kepada semua pengguna Firefox, tingkat naik ini adalah mesti dilakukan.

Hanya sampai disitu untuk laporan pada sesi ini, berjumpa lagi di sesi yang akan datang.

Jumaat, 27 Mac 2009

[Sekuriti] 1 April: Hari Conficker Sedunia

Tarikh Keluaran Artikel: 27 Mac 2009
TambahBaik_1: 31 Mac 2009

April Fool atau Hari Conficker
1 April datang lagi, ramai yang menyambutnya di seluruh dunia (K tidak menyambutnya). Tetapi pada tahun ini orang yang menyambutnya berkurangan kerana satu perkara. Tiada lagi yang lawak didalam 1 April tetapi hanya kegerunan dan ketakutan. Mengapa? Conficker ada jawapannya.

Conficker
Perihal Conficker telah acap kali K berikan pada tajuk artikel yang lepas [1] [2] [3] [4]. Sehingga artikel terakhir K menulis tentang Conficker, sebanyak 15 juta sistem telah menjadi mangsanya. Sebut sahaja didalam forum yang popular mana tiada membincangkan masalah virus ini. Dengan nama lain Kido, Downadup dan Downup. Virus ini mempunyai persamaan dengan botnet yang menjadikan sistem yang terkena serangannya sebagai zombie untuk tujuan DDoS.

Hari Conficker
Kini semua yang terlibat dengan sistem sekuriti Internet sedang bertungkus lumus menyiapkan diri mereka untuk menghadapi virus yang boleh dikatakan sebagai yang paling digeruni pada tahun ini. Jika anda tidak sdamengatakan hal ini serius, mengapa Microsoft menubuhkan satu kumpulan yang digelar "Conficker Coalition Working Group". Maka isu ini dianggap sebagai satu isu yang serius. Dianggarkan sudah terdapat lebih daripada 50,000 domain (Samatha, 2009) yang akan menyebarkan virus tersebut menjelang 1 April. Modus operandi yang paling mudah adalam menghantar memlalui emel sebagai spam atau emel lawak april fool yang mengandungi varian baru Conficker. Lupa untuk memberitahu, pada hari ini adalah ulang tahun ke sepuluh virus emel (Wolfgang, 2009). Virus yang pertama yang menggunakan modus operandi ini adalah Melissa, salah satu daripada virus yang paling "berjaya" pada zamannya.

Pertahanan
Sekuriti bukanlah produk tetapi proses. Ingat kata-kata tersebut. Oleh itu lakukan proses untuk menyelamatkan diri anda daripada menjadi mangsa, bukannya berharapkan kepada produk yang anda miliki. Tingkatkan kemampuan antivirus anda kepada tahap yang optimum, tingkatkan tahap firewall anda kepada tahap yang optimum, jika anda menggunakan komputer melalui jaringan perhatikan setiap data yang dihantar kepada anda. Tidak mempunyai fail yang mencurigakan. Perhatikan emel yang datang. Setiap URL yang diberikan terutamanya URL yang datang daripada khidmat pemendekkan URL.

Lupa untuk menekankan, conficker tidak dapat bertindak dengan bagus didalam Linux dan Mac OSX. - TambahBaik_1

"Security is not a product, it's a process"

Rujukan
Samatha, R. H. (2009) Dikeluarkan pada 26 Mac 2009. Conficker Worm #3: Prepare for April 1. Laman sesawang: www.tgdaily.com
Wolfgang, G. (2009) Dikeluarkan pada 26 Mac 2009. First email virus turns 10. Laman sesawang: www.tgdaily.com

[Berita] Sun, JavaFX & $40,000

Tarikh Keluaran Artikel: 27 Mac 2009

Sun & JavaFX
Tergolong didalam jenis Aplikasi Internet Mewah - RIA[1]. Contoh terdekat RIA selain JavaFX adalah Adobe Flex (Air) dan Microsoft Silverlight. Tujuan sebenar RIA adalah untuk menjadikan aplikasi berasaskan web lebih mesra pengguna dan mempunyai kelebihan atau kemampuan untuk digunakan diluar pelayan web[3]. Dengan kelebihan java yang digunakan didalam pelbagai aplikasi sama ada anda sedar atau tidak, menjadikan JavaFX adalah satu RIA yang mempunyai kelebihan dalam menjadikan Java sebagai satu persekitaran pembanggunan yang komprehensif.

JavaFX & $40,000
Petang ini, K mendapat satu emel daripada pihak Sun yang menyatakan mereka mahu memberikan sekurang-kurangnya $40,000 kepada pembangun aplikasi dengan menggunakan JavaFX. Terdapat tiga hadiah utama, $25,000, $10,000 dan $5,000. Dan hadiah lain yang tidak dapat dinyatakan disini. K tidak akan memasuki pertandingan ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan terutamanya JavaFX tidak dapat berfungsi didalam Linux.

Tarikh Tutup 29 Mei 2009
Lawati www.javafx.com untuk keterangan yang lebih lanjut.

Glosari
[1] RIA - Rich Internet Application; Satu aplikasi yang mempunyai persamaan dengan aplikasi ruang kerja[2].
[2] Ruang kerja - Desktop. Perkataan ini adalah terbitan K sendiri kerana menggunakan perkataan asal "atas meja" amat tidak bersesuaian.
[3] Pelayan Web - Browser. Contoh terdekat pelayan web adalah Mozilla Firefox dan Internet Explorer.

Khamis, 26 Mac 2009

[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 2

Tarikh Keluaran Artikel 26 Mac 2009

Sesi 2
Telah diceritakan sebelum ini didalam tajuk [Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 1, menceritakan bagaimana Bahasa Melayu itu boleh menjadi satu kekangan dan halangan terbesar didalam pembelajaran didalam bidang berkaitan sains dan teknologi apatah lagi didalam bidang K sendiri iaitu komputer. Seterusnya bersambung di sini. Sesi 2 bermula.

Langsung daripada MSB
Ketika artikel ini ditulis K sedang berada didalam MSB (Medan Syarahan Barat) kerana menghadiri kelas Jaminan Kualiti Perisian - Software Quality Assurance (SQA). Tajuk yang sedang di bentangkan adalah Pandangan atau didalam bahasa Inggerisnya, Review. Perbentangan wajib dilakukan didalam bahasa Malaysia. Bukan didalam bahasa Inggeris. Mengapa dan kenapa tidak K ketahui tetapi sekali gus mengatakan bahawa pensyarah ini sedang melatih pelajarnya memahami apa yang diperkatakan bukan hanya membaca. Kerana untuk melakukan peralihan bahasa daripada Inggeris kepada Malaysia seseorang itu harus memahami terlebih dahulu tentang tajuk yang akan dibentang. Siapa kata tidak boleh belajar didalam bahasa Malaysia?

Cabaran Jaunty Jakalope
Kini terdapat satu projek yang tidak berbayar didalam komuniti Ubuntu Malaysia dalam menukarkan bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia untuk kegunaan Ubuntu 9.04 iaitu Jaunty Jakalope dan seterusnya 9.10 Kormik Koala. Dengan penterjemah sasaran seramai 100 orang. Sehingga artikel ini ditulis, masih terdapat 300K++ lagi bahagian yang belum di terjemah kepada bahasa Malaysia. Ini merupakan satu cabaran kepada komuniti Ubuntu Malaysia untuk mencapai sasaran bahasa Malaysia akan berada didalam senarai bahasa didalam Ubuntu 9.04 secara keseluruhan dengan nama "malay". Jika anda berminat untuk membantu komuniti mencapai sasarannya, K jemput anda untuk mendapatkan sedikit info yang berkaitan di dalam Wiki Ubuntu Malaysia.

Kembali Kepada MSB
Akhirnya setelah lama menunggu dan paksaan demi paksaan, akhirnya kumpulan K berjaya mengambil tempat dan dengan pantas taktik penyampaian ditukar kepada lebih ringkas (walaupun sudah ringkas) kerana menjimatkan masa. K hanya menyatakan isi penting yang terdapat di slaid dan menamatkan perbentangan dalam masa kurang daripada tiga minit dengan bantuan daripada papan putih dan pen khas papan putih yang berwarna merah darah. Wow. Pecah rekod. Tetapi tidak semua akan faham apa yang K perkatakan, oleh itu K membuka sesi soal jawab dengan lebih lama dan hanya seorang daripada keseluruan kelas yang tidak faham tentang apa yang Kumpulan K bentangkan. Syabas. Hanya seorang daripada hampir 70 orang. Oleh itu K membuat kesimpulan pembentangan kumpulan K pada kali ini berjaya mencapai sasaran. Tiada "curse of knowledge" berlaku pada petang itu. Syabas sekali lagi untuk kumpulan sendiri.

Bersambung lagi untuk sekian kalinya....

Rabu, 25 Mac 2009

[Sekuriti] Rootkit Tahap BIOS & Biawak Komodo

Tarikh Keluaran Artikel: 25 Mac 2009

Kaitannya
Jika anda mengikuti hal seantero dunia, terdapat semacam hal yang berkaitan dengan biawak komodo yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang nelayan Indonesia (Barry, 2009). Telah lama diketahui bahawa air liur (saliva) biawak ini mempunyai toksik dan bakteria yang mengancam nyawa sesiapa yang digigitnya bahkan ianya adalah seekor kerbau (Barry, 2009). Selepas digigit, bakteria Pasteurella multocida, akan terus pergi ke seluruh badan dan menyerang anggota penting dan dikatakan tiada satu vaksin yang tepat untuk bakteria ini. Apa kaitannya cara serangan biawak komodo ini dengan rootkit tahap BIOS?

Acap Kali Didengar
Selalu ditulis di mana-mana forum yang popular yang memberikan khidmat nasihat tentang permasaalahan seperti virus dan perisian perisik[1] didalam sistem komputer mereka. Sering juga ditanya mengapa terdapat virus setelah diformat komputer tersebut. Antara sebabnya adalah rootkit tahap BIOS. Secara mudahnya, BIOS adalah Basic Input Output System atau Sistem Input Output Asas. Iaitu satu sistem yang mana menguji sejauh mana komputer tersebut boleh melakukan sesuatu perkara tanpa membuka sistem operasi. Secara tidak langsung BIOS adalah pertahanan pertama kepada sistem komputer yang berkaitan dengan perkakasan[2]. Yang dapat dikatakan tentang rootkit pula adalah suatu sistem aplikasi yang tidak mampu dikesan oleh mata kasar (Greg & James, 2005). Selalunya penggunaan rootkit ini adalah berkaitan dengan perisian perisik dan bidang sekuriti (Robert, 2006). Kerana modus operandi yang sama iaitu membuat capaian jauh[4] ataupun memanipulasi setiap paket data yang dijalankan oleh pengguna. Selalunya rootkit mempunyai kegunaannya sendiri didalam bidang sekuriti seperti yang dilakukan oleh Sony BMG Music Entertaiment (Bruce, 2005) yang memasang rootkit kedalam sistem pengguna untuk memastikan pengguna tersebut tidak membuat sebarang salah laku terhadap hak ciptanya terutamanya perkongsian lagu secara salah. Contoh virus yang popular dalam memasang rootkit adalah CIH atau Chernobyl pada tahun 1998 (Robert, 2006)(Joel, 2009). Rootkit + BIOS = ?.

Rootkit + BIOS
Apa yang menarik dengan menggunakan BIOS sebagai pangkalan utama untuk rootkit. Rootkit didalam BIOS ataupun MBR[7] itu sebenarnya adalah cara yang lama didalam bidang sekuriti (Jack, 2008). Tetapi dengan caya baru yang lebih mudah, cara ini akan timbul semula. Antara penyebab akan munculnya semula cara klasik ini adalah, kelemahan sistem antivirus yang tidak mengimbas apa yang terdapat didalam BIOS, dan paling utama adalah BIOS tidak berkaitan sama sekali dengan jenis OS yang anda gunakan (Anibal & Alfredo, 2009). Windows, Linux, Mac OSX, Solaris malah apa sahaja, rootkit BIOS boleh mengambil "inisiatif" daripada anda. Untuk sesuatu rootkit dipasang kedalam mana-mana BIOS, ianya harus ditukar daripada mode "kunci" kepada "buka" sebelum rootkit tersebut boleh "ditanam" kedalam sistem. Terdapat beberapa persoalan, bahawa adakah boleh BIOS ditulis semula kerana apa yang mereka pelajari didalam kelas, BIOS disimpan didalam satu cip ROM[5]. Jika anda berfikiran sebegitu, K mohon agar anda menukar persepsi anda kerana sekarang ini sudah terdapat BIOS yang boleh di naik taraf yang disimpan didalam cip "Kilat". Oleh itu rootkit ini boleh dipasang. Kemudahan sebenarnya untuk mengantikan daripada ROM kepada Kilat adalah untuk memudahkan pengguna menaik taraf BIOS mereka apabila terdapat penambahan. Tetapi oleh kerana itu juga terdapat beberapa kekurangan didalam cara tersebut. Yang paling ketara adalah rootkit boleh dipasang didalam BIOS.

Bagaimana Rootkit BIOS Dipasang
Anibal dan Alerdo telah berkata hanya semudah beberapa langkah (Joel, 2009). Tidak perlu sebarang kerentanan[6], tetapi rootkit tersebut menguasai bahagian sistem yang paling dalam secara senyap (Dennis, 2009). Untuk melakukan perkara tersebut, satu lapisan yang akan berfungsi sebagai ejen didalam BIOS akan dipasang. Caranya dengan meniru seperti mana BIOS sebenar dinaik taraf, perlu membuat satu aplikasi seakan-akan naik taraf BIOS yang sebenar tetapi menanam ejen tersebut dan selepas itu rootkit dan pelbagai lagi perkara boleh dilakukan dengan mudah. Masalah sebenar bukan pada rootkit tersebut tetapi, adakah anda percaya bahawa sistem anda bebas daripada rootkit BIOS mahupun sekurang-kurangnya bebas daripada mana-mana rootkit? Jangan biarkan rootkit tersebut menguasai sistem anda seperti mana virus daripada biawak komodo tersebut menguasai nelayan malang tersebut.

security is not a product, it's a process
sekuriti bukannya produk tetapi proses

Glosari
[1] Perisian Perisik - Spyware, Spy Purpose Software. Perisian Perisik selalu digunakan untuk merisik atau mengambil info daripada sistem pengguna tanpa kebenaran pengguna tersebut.
[2] Perkakasan - Hardware. Peralatan yang nampak secara fizikal seperti Kad Suara, Kad Grafik dan Papan Induk[3].
[3] Papan Induk - Motherboard. Atau dapat dikenali dengan nama Papan Utama. Suatu papan litar yang mempunyai beberapa fungsi penting untuk mengerakkan sistem.
[4] Capaian Jauh - Remote Access. Satu kaedah dalam membuat capaian data dengan dua atau lebih sistem yang berjauhan.
[5] ROM - Read Only Memory. Data yang telah ditulis tidak boleh ditukar ganti dan hanya boleh dibaca. Memori/data didalamnya bersifat rigid (pegun).
[6] Kerentanan - Vulnerability. Kelemahan pada sistem komputer yang boleh mengancam keselamatan komputer.
[7] MBR - Master Boot Record. Rekod Boot Utama.

Rujukan
Anibal, L. S. & Alfredo, A. O. (2009). Presistent BIOS Infection.
Barry, N. (2009) Dikeluarkan pada 24 Mac 2009. Komodo dragons kill Indonesian fisherman. Laman sesawang: edition.cnn.com
Bruce, S. (2005) Dikeluarkan pada 17 November 2005. Real Story of the Rogue Rootkit. Laman sesawang: www.wired.com
Dennis, F. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Researchers unveil persistent BIOS attack methods. Laman sesawang: threatpost.com
Greg, H. James, B. (2005) Rootkits: subverting the Windows kernel. Ch 1, Pg 4. Addison-Wesley.
Jack, G. (2008) Dikeluarkan pada 7 Februari 2008. Old Hack, New Twist: When Rootkits Grab Hold of MBRs. Laman sesawang: www.technewsworld.com
Joel, H. (2009) Dikeluarkan pada 24 Mac 2009. BIOS-level rootkit attack scary, but hard to pull off. Laman sesawang: arstechnica.com
Kamus Komputer. Laman sesawang: www.karyanet.com.my

Robert, L. (2006) Dikeluarkan pada: 26 Januari 2006. Researchers: Rootkits headed for BIOS. Laman sesawang: www.securityfocus.com

Selasa, 24 Mac 2009

Isnin, 23 Mac 2009

[Artikel] Musnah seperti Pilatus PC-12 & FedEx MD-11

Tarikh Keluaran Artikel: 23 Mac 2009

Pwn2Own
Akhirnya selepas berakhirnya pertandingan menggodam di CanSecWest. Keputusannya adalah sama seperti di hari pertama pertandingan. Di dalam bahagian pelayar internet, hanya Chrome yang berjaya mengharungi ujina ini tanpa dapat di pecahkan benteng keselamatan mereka.

Harapan yang musnah
Terdapat dua harapan dalam pertandingan ini, memecahkan benteng keselamatan Chrome yang begitu kukuh dihari pertama dan juga memecahkan sekurang-kurangnya satu daripada sistem operasi mobil seperti android mahupun symbian. Akhirnya selepas melalui tiga hari yang getir, harapan tersebut hancur seperti hancurnya kapal terbang Pilatus PC-12 di Montana, AS dan kapal terbang FedEx di Narita, Jepun yang terhempas. Selepas kejutan pada hari pertama dengan gugurnya tiga daripada empat pelayar internet dengan kejadian trifecta oleh Nils dan penggodaman 10 saat oleh Miller, hari kedua dan ketiga tidak membawa sebarang perkara yang betul-betul dapat mengejutkan seluruh komuniti yang menunggu keputusan terkini pertandingan itu.

Keputusan akhir
Firefox, IE8 dan Safari digodam dan Chrome tidak dapat digodam. Untuk sistem operasi mobil, tiada satu pun yang berjaya di godam. Mungkin tahun aka datang membawa perkara baru didalam bidang sekuriti.

Kesimpulan Pwn2Own 2009
Seperti biasa, security is not a product, it's a process. Walaupun IE8, dan Firefox mempunyai kredibiliti yang tinggi di mata pengguna pelayar internet tetapi itu tidak menjadikan sistem itu selamat daripada digodam, manakala kebolehan Chrome yang sedikit berbanding dengan tiga pelayar internet yang lain memungkinkan menjadi penyebab kepada kemampuan Chrome tidak dapat digodam. Sistem operasi mobil tidak dapat digodam bukan menunjukkan bahawa mereka selamat untuk diguna, tetapi kurangnya minat penggodam dan seluruh komuniti untuk melihat mereka digodam berbanding pelayar internet. Bagi pengguna Firefox, K sarankan memasukkan satu "addon" kedalam Firefox anda iaitu, NoScript. kerana ianya tidak dimasukkan kedalam Firefox semasa pertandingan tersebut diatas syarat pertandingan. Ianya adalah satu aplikasi tambahan yang bagus untuk mengelakka diri anda daripada serangan internet seperti XSS dan "clickjacking".

Ahad, 22 Mac 2009

[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 1

Tarikh Keluaran Artikel: 21 Mac 2009

Kata pendahulu
Oleh kerana dibebani oleh tugasan subjek "Pengaturcaraan Berorentasikan Objek" yang memerlukan membina sistem yang berteraskan JSP. K tiada penulisan pada hari ini. Walaupun terdapat beberapa tambah baik yang perlu dilakukan seperti pertandingan Pwn2Own untuk hari kedua. Tetapi semua itu boleh diabaikan dahulu kerana perkara terpenting adalah kerja yang perlu dilakukan dan dihantar. Oleh itu penulisan kali ini hanya berkisar tentang pendapat K sahaja. Tiada kaitan dengan PPSMI mahupun GAP.

Burn == Bakar !?
Memasukkan data kedalam mana-mana cakera padat (CD) akan dinamakan "burn" didalam bahasa Inggeris tetapi tiada satu perkataan yang khusus yang diletakkan didalam bahasa melayu untuk terma tersebut. berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan Atas Talian, maksud "burn" tiada satu pun yag dapat dinisbahkan kepada memasukka data ke dalam cakera padat. Punca perkataan burn itu sendiri adalah kerana cakera padat tersebut akan di "bakar" menggunakan laser didalam pemacu cakera padat atau pem-"bakar" cakera padat. Bunyinya seakan satu ketuhar untuk membuat roti jika diterjemahkan secara langsung. Bukan itu sahaja, bahkan telah disemak menggunakan Kamus Komputer Atas Talian, perkataan tersebut hanya dapat dinisbahkan kepada barangan dan perkakasan komputer yang rosak kerana terbakar. Oleh itu perkataan yang paling sesuai untuk "burn" adalah "bakar". Seperti mana yang digunakan oleh komuniti Ubuntu Malaysia didalam Ubuntu Wiki sebagai daftar kata mereka.

Bluetooth == ??
Terdapat beberapa masalah didalam penggunaan bahasa Malaysia didalam bidang perkomputeran sehingga pelajar merasakan sukarnya menggunakan bahasa Malaysia. Bluetooth, perlu atau tidak dijadikan didalam bahasa Malaysia iaitu gigi-biru. Oleh kerana itu terdapat beberapa lawak (lucah) yang berkaitan dengan penukaran bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia seperti "joy-stick" kepada kayu-ria/batang-ria/batang-gembira. Atau contoh lain yag diperkatakan oleh Xx69DiN69xX, plug and play - cucuk dan main. Hanya satu cara mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini dengan imiginasi pembaca yang terlalu tinggi yang tidak menjejak bumi. Bina perkataan baru. Bina istilah baru.

Bersambung di masa akan datang (yang tidak diketahui saatnya)....

Sabtu, 21 Mac 2009

[Khas] ralat 403

Tarikh Keluaran Artikel: 21 Mac 2009

Datang idea
Tidak disangka disebalik hari yang tiada idea tiba-tiba muncul. Ralat 403 merupakan perkara biasa kepada pengguna blogspot. Kali terakhir ralat 403 melanda adalah 3 Mac 2009. Malam ini dikesan lebih kurang pada pukul 8.20 malam, dan sehingga artikel ini ditulis, 8.30 perkara tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Apabila K masuk kembali pada pukul 10.20 malam, hal tersebut telah pun diselesaikan.

Jumaat, 20 Mac 2009

[Berita & Aplikasi] Peperangan Pelayar Internet. Sesi 5

Tarikh Keluaran Artikel: 20 Mac 2009

Sinopsis Sesi 5
Google Chrome 2.0 Beta terbaru.
IE 8 Dikeluarkan
Pwn2Own: sekuriti pelayar interent


Google Chrome 2.0 Beta terbaru
Seolah olah membunyikan semboyan perang kepada semua pelayar internet lain (Rakowski, 2009), mereka kini sedang menyiapkan dan menyempurnakan sistem enjin V8 mereka agar dapat berlayar dengan lebih pantas didalam peperangan ini (Albanesius, 2009). Dengan megah mereka mengeluarkan statistik terbaru enjin pelayar mereka. Dengan kelajuan 25% lebih pantas daripada beta yang lepas, sekaligus menunjukkan bahawa mereka akan berusaha habis habisan dalam peperangan ini. Peperangan ini juga membawa satu lembaran baru kepada Google dan satu impak secara tidak langsung kepada semua pelayar lain terutamanya kepada Mozilla. Beberapa kebolehan lain juga ditunjukkan kepada umum. Dibantu dengan versi terbaru Webkit, yang membolehkan kebolehan terbaru itu diimplimentasikan dengan baik oleh mereka. Dan berita terbaik yang boleh dikatakan ialah kedatangan Chrome 2.0 nanti kepada sistem operasi Mac dan Linux secara rasmi. Sekaligus meningkatkan persaingan antara Mozilla dan Safari didalam kedua-dua sistem operasi tersebut. Dan bencana kepada IE yang tidak akan mampu menembusi kedalam dua-dua sistem operasi tersebut. Statistik terbaru oleh NetApplication (18 Mac 2009), Chrome sedang memegang 1.15% jajahan didalam peperangan ini dibelakang IE (67.44%), Fifefox (21.77%) Safari (8.02%). Meninggalkan Netscape (0.66%), Opera (0.71%) dan lain-lain (0.23%).

IE8: Dikeluarkan
IE8 dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Microsoft pada hari ini. Setelah setahun IE8 beta dikeluarkan. Akan dikeluarkan pada 19 Mac 2009, 12 Tengahari waktu pasifik. Atau 20 Mac 2009, 3 pagi waktu Malaysia. PAda saat artikel ini dikeluarkan, seharusnya pihak Microsoft telah pun menukarkan hiper-rangkai daripada IE 8 RC1 kepada IE8. Percuma untuk semua pengguna Windows yang mempunyai lesen yang sah. Antara kemampuan IE8 yang diperkatakan oleh pihak Microsoft adalah:
  • Pemecut - yang membolehkan sistem berasaskan web di gunakan dengan hanya beberapa ketik daripada tetikus.
  • Lapisan web - menjadikan beberapa web akan lebih mudah digunakan
  • Petak carian - pebaharuan yang dilakukan akan membolehkan pengguna menikmati carian yang lebih berkesan.
Setakat ini, tiada komen yang mampu K berikan kerana K bukan seorang pengguna IE.

Pwn2Own
Ketahanan tembok empat pelayar internet diuji didalam pertandingan ini iaitu IE8, Firefox, Safari dan Chrome. Akhirnya Chrome ditewaskan dengan pantas. Hanya dalam beberapa saat dan Setelah itu IE dan Firefox menjadi mangsa. Adakah ini menunjukkan bahawa didalam kesibukkan peperangan, mereka terlupa perkara yang paling utama iaitu keselamatan. Kerana itu K berharap semua pelayar dapat berfikir dan berbincang tentang ketahanan tembok mereka.

Rujukan
Albanesius, C. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. Google's New Chrome Beta: 'Twice as Fast'. Laman sesawang: www.pcmag.com
Brad, L. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Internet Explorer 8 coming today. Laman sesawang: www.downloadsquad.com
Purdy, K. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. Get a Pre-Built Chromium Browser in Ubuntu. Laman sesawang: lifehacker.com
Rakowski, B. (2009) Dikeluarkan pada: 17 Mac 2009. A shiny new beta for Google Chrome. Laman sesawang: googleblog.blogspot.com

Khamis, 19 Mac 2009

[Berita] Pwn2Own 2009: Safari, IE, Firefox gugur

Tarikh Keluaran Artikel: 19 Mac 2009

Safari Gugur
Hanya satu link dan saya memiliki sistem tersebut, itu yang diperkatakan oleh Miller apabila dia dapat memecahkan sistem sekuriti Safari di hari pertama Pwn2Own di CanSecWest. Bukan itu sahaja, bahkan ada lagi yang gugur selepas itu dihari pertama Pwn2Own. Teruskan pembacaan anda. Artikel ini akan di tambah baik setelah mendapat berita terkini sehingga pertandingan Pwn2Own berakhir.

Firefox dan IE menyusul
Miller mendapat sebuah Macbook yang digodamnya dan hadiah $5K. Setelah itu tiba giliran IE dan Firefox pula untuk dijadikan santapan apabila di pecahkan keselamatan mereka oleh beberapa pemecah sekuriti. Antaranya adalah seseorang yang meggelarkan dirinya, Nils. Memecahkan sistem sekuriti Safari untuk kali kedua seterusnya memecahkan benteng Firefox dan IE8. Sekaligus melengkapkan dirinya sebagai pemecah tiga benteng utama dengan mendapat $15K berserta Sony Vaio P. Kini yang tinggal di dalam arena pertarungan adalah pelayar yang dikatakan masih mentah tetapi masih kental iaitu Chrome. Opera tidak memasuki pertandingan ini atas sebab yang tidak diketahui.

Sistem Operasi Mobil
Setakat artikel ini ditulis masih tiada lagi yang dapat memecahkan benteng mana-mana sistem operasi mobil, tawarannya adalah $10K dan gadget yang di godam tersebut. Artikel bersambung....

Gambar Pwn2Own

Millis: 5 hingga 10 saat


Nils: pemecah tembok tiga kuasa utama


Sony Vaio P: Hadiah buat Nils

Rujukan
Amandeep, D. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Security researcher’s second consecutive win of Pwn2Own Mac hacking contest. Laman sesawang: topnews.us
Davies, C (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Safari hacked in seconds; IE8 & Firefox fall soon after. Lama sesawang: www.slashgear.com
Google News
Lonnie, L. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Security Expert Hacks a Mac in Seconds. Laman sesawang: cultofmac.com
Ryan, N. (2009) Dikeluarka pada 18 Mac 2009. Pwn2Own trifecta: Hacker exploits IE8, Firefox, Safari. Lama sesawang: blogs.zdnet.com
Ryan, N. (2009) Dikeluarka pada 18 Mac 2009. Pwn2Own 2009: Safari/MacBook falls in seconds. Lama sesawang: blogs.zdnet.com
Schofield, J. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Pwn2Own 2009: Mac falls in seconds: Last year, at least the Mac lasted a couple of minutes before it was hacked. This year, it lasted seconds… Laman sesawang: www.guardian.co.uk
Terri, F. (2009) Dikeluarka pada 19 Mac 2009. Pwn2Own 2009 Day 1 - Safari, Internet Explorer, and Firefox Taken Down by Four Zero-Day Exploits. Laman sesawang: www.secuobs.com
Thom, H. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. Miller Cracks Safari Within Seconds, Wins PWN2OWN Contest. Laman sesawang: www.osnews.com
Thomas, R. (2009) Dikeluarkan pada 19 Mac 2009. The Pwn2Own trifecta: Safari, IE 8, and Firefox exploited on day 1. Laman sesawang: www.engadget.com

[Aplikasi & Tutorial] Pasang Chrome di Linux

Tarikh Keluaran Artikel: 19 Mac 2009

Peringatan
Projek Chromium, atau Chrome untuk Linux masih didalam status pre-alpha dan Google Chrome 2.0 masih didalam status beta. Oleh itu segala perbuatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Ada diantara gambar yang anda boleh tekan untuk melihat resolusi yang lebih baik. Walaupun pihak Google tidak suka sebarang pernyataan yang menyebabkan perkara ini popular, tetapi apakan daya. Chrome sememangnya popular.

Projek Chromium
Bila terbaca tentang ini didalam RSS feed pada pagi tadi, dengan segera tangan menekan tajuk-tajuk tersebut untuk dibaca. Menggunakan Firefox 3.0.7. Setelah membaca terasa didalam hati untuk mencuba perkara ini. Dan Projek Chromium didalam Ubuntu 8.10 K pun bermula. Setelah mengikut beberapa langkah didalam tutorial yang dilakukan oleh Mathews, tiba-tiba terasa pelik. Mungkin beliau menganggap semua orang telah tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi tidak semua malangnya. Apa yang terlepas dan apa yang patut K lakukan. Dengan riak langkah yang pantas seperti seorang pengguna Linux yang profesional tetapi sebenarnya tidak tahu apapun. K menekan butan "Terminal" untuk membuka terminal.

Langkah demi langkah
"deb http://ppa.launchpad.net/chromium-daily/ppa/ubuntu intrepid main"
"deb-src http://ppa.launchpad.net/chromium-daily/ppa/ubuntu intrepid main"

Anda perlu memasukkan dua perkataan di atas didalam ruangan repositories. Setelah itu anda perlu memasukkan "sudo apt-get update" jika tidak anda tidak boleh pergi ke langkah seterusnya. Setelah diupdate anda hanya perlu memasukkan "sudo apt-get install chromium-browser" didalam terminal. Tunggu dan tunggu sehingga selesai 11.9MB fail tersebut dimasukkan dan dipasangkan kedalam sistem K. Siap dan masa untuk mencuba

Perkenalan pertama
K memasukkan arahan, "chromium-browser" untuk menjalankan pelayar internet tersebut. Dan tiba-tiba muncul satu amaran beserta ralat didalam terminal. Kurang pasti apa maksud terminal tersebut tetapi yang ironinya disebalik amaran dan ralat di keluarkan. Chromium telahpun bersedia untuk digunakan. Terdapat beberapa pengguna yang mengatakan mereka dapat melihat amaran tersebut dan berjalan seperti biasa tetapi selepas itu tiada apa yang berlaku. Adakah K juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu percubaan ke satu laman perlu diadakan. Laman pertama untuk percubaan. AMBNaC.

Berjaya dengan jayanya
Pantas. Itu yang K boleh katakan mengenai kebolehan Chromium. Tetapi yang merisaukan K adalah setelah K memasukkan url AMBNaC dan menekan butang "enter" terdapat ralat lagi didalam terminal. Tetapi Chromium masih berjalan dan AMBNaC dapat dilayari dengan mudah dan pantas. Tanpa sebarang masalah. Sekaligus membuktikan bahawa enjin V8 yang baru adalah laju dan terlalu laju berbanding dengan Firefox 3.0.7 yang sedang K gunakan sekarang. Berbeza memang berbeza.

Ralat pertama
K mahu meneruskan kepada membuka laman yang lain iaitu blog Kelab Comtech UMT dan blog Kelab Chess UMT, Menggunakan tab. Tetapi tindakkan itu mengundang kecelakaan kerana Chromium tiba-tiba tertutup. Atau bahasa mudah, crash. K cuba sekali lagi dan kali ini membuka dengan menggunakan pelayar yang baru. Berjaya. Dan buktinya dapat K tunjukkan didalam gambar di bawah. Ternyata pelayar baru ini boleh digunakan tetapi masih tidak dikatakan stabil kerana setelah dicuba beberapa kali akan terdapat beberapa kelemahan yang kritikal. Kelaahan tersebut dapat diterima atas kerana statusnya yang bergelar "pre-alpha".

Percubaan kedua
K pergi pula kesatu lagi blog, blog yang dijayakan oleh dua orang rakan sekelas K, baru berjinak-jinak dalam dunia blog tetapi cara pengulasan boleh dibanggakan dengan kretiviti dan mempunyai cara penulisan yang tersendiri. Tujuan K untuk masuk kedalam blog ini adalah untuk mencuba adakah Chrome ini boleh melakukan proses membalas atau memberi komen. Mudah tetapi itu yang penting didalam percubaan. Rawak, bukannya lawak seperti kata pensyarah K. Ternyata Chrome tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pemberian komen walaupun blog tersebut diasaskan daripada wordpress.

Konklusi Awal
Projek Chromium adalah satu projek yang amat baik kerana sememangnya ramai pengguna Linux yang menantikan kehadiran Chrome didalam Linux mereka. Dan K boleh mengatakan bahawa ujian kali ini adalah berjaya dan selamat datang ke Linux, Chrome. Lebih membanggakan apabila melihat terdapat icon Chromium di dalam dock Gnome-Do. Dan dapat juga dikesan kehadirannya didalam FeedJit. Semoga kehadiran Chrome kedalam Linux menyerikan lagi senarai pelayar internet yang boleh digunakan didalam Linux dan sekaligus merancakkan lagi peperangan pelayar internet.

Rujukan
Mathews, L. (2009) Dikeluarkan pada 17 Mac 2009. Google Chrome on Linux progressing, screenshots inside. Laman sesawang: www.downloadsquad.com

[Artikel] HDD vs SSD

Tarikh Keluaran Artikel: 19 Mac 2009

SSD satu evolusi
Semalam telah K ceritakan bagaimana evolusi daripada kad tebuk ke SSD berlaku. Hari ini K meneruskan evolusi tersebut dengan fokus kepada perbezaan antara pemacu cakera keras (HDD) dan SSD.

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan SSD? Diterjemahkan kepada "pemacu keadaan pegun" atau "solid state drive". Diasaskan daripada kad kilat (flash card) yang digunakan didalam UFD[1] yang telah diimplementasikan didalam satu pakej menjadi sebuah ruang storan yang berkapasiti tinggi. Mempunyai bentuk seperti 2.5" HDD bersamaan dengan saiz HDD untuk kegunaan komputer riba, tetapi mempunyai beberapa kelebihan daripada HDD yang menyebabkannya mungkin akan menguasai ruang storan sedikit masa lagi dalam sistem komputer riba hujung tinggi (high end). Antara jenama yang menjadi pelopor dalam bidang SSD adalah Samsung. MacBook Air menggunakan Samsung sebagai SSD mereka dengan ruang storan 80GB.

SSD vs HDD
Terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan untuk menguji perbezaan antara kedua-dua jenis ruangan storan ini. Antaranya adalah:
  • Berat - Mungkin ini tidak menjadi aspek penting tetapi dengan meningkatnya sistem komputer riba yang lebih mudah alih, perkara ini menjadi asas kepada perbezaan antara SSD dan HDD.
  • Prestasi_1 - Prestasi diukur dengan sejauh mana ruang storan tersebut memberi kesan kepada kepantasan komputer. Cara yang paling mudah ialah mengukur masa untuk satu sistem itu dihidupkan.
  • Gegaran - Dalam dunia mobiliti, ketahanan sesuatu peralatan dengan gegaran adalah mustahak kerana jika tidak data mungkin akan rosak. Dalam ujian yang dilakukan, HDD dan SSD akan diletakkan diatas mesin gegaran yang akan bergetar secara menaik daripada 0Hz kepada 1000Hz.
  • Ruang storan - Ruangan storan amat mustahak kini. adakah SSD mempunyai ruang storan yang besar berbanding HDD.
  • Harga - Apa yang penting dalam sesuatu peralatan ialah harganya. Jika hebat mana pun peralatan tersebut tetapi harganya tidak mampu dibeli oleh ramai orang maka pengguna sasarannya akan semakin kecil.
Hasilnya
  • Berat - dalam segi berat, SSD lebih ringan daripada HDD kerana HDD mempunyai sistem mekanikal didalamnya untuk memutarkan cakera dan untuk membaca dan menulis data. Dan SSD hanya mempunyai beberapa cip cip memori untuk menyimpan data seperti satu UFD yang besar. Oleh itu jika anda memetingkan berat komputer riba anda, SSD adalah satu piihan terbaik. K sendiri beranggapan berat bukan satu perkara mustahak kerana perbezaan berat hanyalah beberapa gram.
  • Prestasi - Ini merupakan perkara mustahak yang perlu diambil berat kerana anda semestinya tidak mahukan prestasi komputer anda direndahkan kerana ruang storan anda yang perlahan (Wang & Peralts). Jika itu yang anda mahukan, SSD adalah pilihan terbaik (Waldock, 2008). Jika mahu menukar ruang storan K kepada yang lebih besar (kini HDD K adalah 160GB) K akan memilih SSD.
  • Gegaran - secara logik dan fizikalnya K sudah boleh meneka siapa yang akan berjaya mengharungi ujian ini, kerana HDD mempunyai sistem mekanikal yang kompleks dan perkara ini menyebabkan jika berlaku gegaran yang terlampau kuat, sistem HDD akan mengeluarkan ralat. Berbeza dengan SSD yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan mekanikal, gegaran bukanlah satu perkara yang mustahak baginya. Oleh itu SSD adalah pilihan terbaik buat anda yang berlari sambil menggunakan komputer atau pun menggunakan komputer diatas seekor kuda mahupun unta.
  • Ruang storan - Pada masa kini, saat artikel ini ditulis masih tiada lagi SSD yang bersaiz 1T tetapi dijangkakan pada pada April ini satu SSD bersaiz 640GB akan dikeluarkan dan menjangkau kepada 1.28TB pada pertengahan tahun ini (Barker, 2009). Bagi ada yang mahukan ruang storan yang besar untuk memuat turun pelbagai jenis barangan walaupun ianya tida dibenarkan (ehemm), pilihan terbaik adalah HDD.
  • Harga - Secara logik akalnya. HDD sudah pasti memenangi bahagian ini kerana harga SSD bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kerana ianya masih baru (Schmid & Ross, 2008). Seperti juga di masa awal kemunculan UFD dahulu. Tetapi harga akan berkurangan mengikut masa dan permintaan, buat masa kini, SSD adalah satu pilihan yang kurang bijak jika anda berkira dalam soal duit.
Kesimpulan
SSD datang ke pasaran ruangan storan sebagai satu alternatif kepada sistem HDD yang kian ditelan oleh kebanjiran UFD di pasaran. Tetapi jika berkata dalam soal mampu atau tidak SSD menyaingi HDD dalam tempoh masa terdekat ini, jawapannya masih belum tentu. Walau apapun mereka, mereka tetap berkongsi satu persamaan, mereka adalah ruangan storan data.

Glosari
[1] UFD - USB Flash Drive, pemacu kilat USB

Rujukan
Schmid P. & Ross, A. (2008) Dikeluarkan pada: 18 Ogos 2008. 14-Way SSD Hard Drive Roundup : Flash SSDs Compared. Laman sesawang: www.tomshardware.com
Waldock, L. (2008) Dikeluarkan pada: 8 September 2008. WD VelociRaptor 300GB HDD vs SSD. Laman sesawang: www.reghardware.co.uk
Wang, W. W. S. & Peralta, J. D. War of the Disks: Hard Disk Drives vs. Flash Solid State Disks. Laman sesawang: www.storagesearch.com

Rabu, 18 Mac 2009

[Artikel] Perjalanan: dari kad tebuk ke SSD

Tarikh Keluaran Artikel: 18 Mac 2009

Antara dua zaman
Semua pensyarah K rajin menceritakan, bagaimana mereka menggunakan sistem kad tebuk untuk membuat pengaturcaraan. Klasikal dan membanggakan kata mereka. Masakan tidak, setiap pengaturcaan yang telah dibuat itu perlu dijalankan di bilik khas yang amat mengambil masa dan tenaga. Dan jika program tersebut panjang, lebih daripada satu kad tebuk, maka kad tebuk tersebut akan diikat bersama tali. Jika difikirkan.. wow... Mungkin pelik bagi kita pada zaman ini tetapi pada zaman mereka, itu sudah cukup bangga. Mungkin K akan menyuruh salah seorang pensyarah K menulis tentang perkara ini. Atau mungkin tidak kerana rasanya beliau bukan pada zaman itu.

Kemudian zaman berubah dari zaman ke zaman - IBM mengeluarkan pita magnetik untuk menyimpan data. Oleh kerana sistem ini merupakan satu perkara yang mudah dan dapat menyamai 10,000 kad tebuk dalam satu pusingan pita, perkara ini menjadi satu perubahan yang drastik dan popular. Dahulu K suka melihat slot, 911. Ketika mereka merakamkan semua perbualan, mereka akan menggunakan pita magnetik ini. Mungkin tidak serupa tetapi seakan-akan ini. Selepas itu keluar pula pita magnetik dalam bentuk yang lebih kecil iaitu kaset.

Storan mula berubah kepada beberapa jenis - Yang lebih nipis (pada masa itu) dan mempunyai storan yang besar (pada masa itu). Inilah yang dibanggakan oleh pensyarah generasi kedua K, cakera liut 8" (gambar) dengan ruangan storan 80KB/1.2MB (dua jenis). Contoh cerita yang menggunakan cakera liut ini adalah Game War. Kemudian mengecil kepada 5.25", Ruangan storan 1.2MB. Setelah itu keluarlah disket dalam bentuk yang kian kurang orang yang pernah melihatnya. Atau semakin pupus. Cakera liut 3.5" dengan ruangan storan 1.44MB. Sejenis dengannya, Zip Drive, K hanya pernah melihat Zip Drive sekali sahaja seingat di memori. Tebal dan (amat) besar kapasitinya daripada disket biasa (750 MB). Pada zaman itu juga Jaz Drive dikeluarkan dengan ruangan storan 2GB tetapi mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan pengguna kurang menggunakan Jaz Drive.

Dunia semakin canggih dengan keluarnya sistem storan dalam bentuk cakera padat - Mampu menyimpan 450 kali ganda daripada disket (700MB) menyebabkan populariti disket kian terhapus. Di zaman ini juga terbitnya cakera optik magneto (gambar). Sistem yang kompleks dalam menyimpan data. Kebolehan menyimpan data, 128MB (90mm) sehingga 9.2GB (130mm). Jika anda masih mempunyai MOD, anda boleh menjualnya dengan harga yang tinggi atau terus menyimpannya sebagai satu kenangan pada zaman lampau. Pada zaman ini juga Sony mengeluarkan MiniDisc (MD) yang boleh menyimpan sehingga 1GB data. Setelah keluarnya DVD didalam pasaran menyebabkan disket menjadi tidak popular selepas itu kerana turunnya harga CD pada ketika itu. DVD pula mempunyai storan yang amat luas pada ketika itu, 4.2GB dan kini 8.5GB

Pertambahan demi pertambahan dilakukan - Kini, setelah keluarnya pelbagai ruangan storan yang berasaskan cip kilat (flash card) menyebabkan ruangan storan yang besar dan mudah digunakan semakin banyak. Kini kamera digital tidak perlu menggunakan disket untuk menyimpan data. Tidak perlu lagi menggunakan pita magnetik untuk menontot filem. Dan kemajuan storan data selepas zaman DVD tidak perlu K jelaskan disini kerana ianya sudah cukup biasa.

SSD
Tidak cukup dengan itu, kini ruangan storan sudah semakin maju dan perkara yang terbaru yang sedang rancak dibangunkan dan telah pun dipasarkan ialah SSD. Apa itu SSD, esok K akan paparkan. Dan mengapa SSD dikatakan sebagai musuh kepada pemacu cakera keras (HDD) sekarang.

Rujukan
Lilly, P. (2009) Dikeluarkan pada: 02 Mac 2009. Computer Data Storage Through the Ages -- From Punch Cards to Blu-Ray. Laman sesawang: www.maximumpc.com

Selasa, 17 Mac 2009

[Berita & Aplikasi] Peperangan Teramat: Peperangan Browser. Sesi 4

Tarikh Keluaran Artikel: 17 Mac 2009

Sedikit Coretan
Peperangan masih berlalu dengan begitu berhati-hati, terdapat beberapa sebab mengapa peperangan berlalu begitu perlahan kini. Sebab utama adalah untuk mengurangkan kos disebabkan impak ekonomi. Mungkin ya, mungkin tidak.

Mampukah Mozilla
Disaat kebangkitan dan usaha yang jitu yang dilakukan oleh Mozilla dalam peperangan pelayan internet (browser) yang terlalu panjang ini, masalah demi masalah menimpa mereka. Isu ini pernah dibangkitkan dahulu semasa Google mengeluarkan pelayan interent mereka sendiri iaitu Chrome. Kini apa yang boleh dilakukan oleh Mozilla adalah berharap agar Google menyambung kontrak kerjasama bersama mereka atau mereka harus mencari rakan yang baru dalam peperangan ini. Jika tidak masalah kewangan akan melanda dan sedikit sebanyak menyebabkan bahana kepada mereka sendiri (Mann, 2009). Kepada Mozilla, semoga berjaya.

Firefox 3.1 3.5 beta 3
Setelah menunggu lama, akhirnya Firefox beta terbaru dikeluarkan. Dinamakan atas nama Firefox 3.1 Beta 3 (Pash, 2009). Beta yang terbaru ini adalah untuk memperkenalkan kepada pengguna cara baru menggunakan tab yang telah diperbincangkan di blog rasmi mereka. Apa yang mereka mahukan adalah satu cara baru menggunakan browser yang akan menyenangkan pengguna mendapatkan info dengan lebih tepat dan melayari interent dengan lebih pantas (Mann, 2009) dan juga memastikan bahawa browser tersebut kekal stabil (Shankland, 2009).

Khinzir yang berlipstik?
"You can put lipstick on a pig, but it's still a pig". Itu yang dikatakan oleh Marshall, 2009 didalam www.techradar.com. Apa yang cuba disampaukan olehnya ialah seharusnya Microsoft telah pun mengetahui bahawa mereka tidak akan dapat memenangi peperangan ini sejak awal lagi. Bukannya setelah dipaksa barulah diberikan pilihan kepada pengguna untuk memasukkan IE atau tidak. Andaikan peperangan browser ini adalah satu perlumbaan kuda. Safari adalah kuda yang hebat tetapi kuda muda yang ganas dan sungguh lapar. Chrome pula adalah kuda yang terlalu muda, tetapi mempunyai potensi yang tersendiri. Firefox adalah kuda yang selalunya lambat tetapi merupakan kuda pilihan ramai. IE pula.. adalah himar/keldai (Marshall, 2009). Seharusnya pasukan IE seharusnya sedar atas perkara ini dan melakukan sesuatu untuk menyaingi kemaraan browser yang lebih baik seperti Chrome dan Safari.

Microsoft: Lebih laju dari Chrome & Firefox
Terdapat satu laporan daripada pihak Microsoft sendiri mengatakan bahawa ujian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa IE lebih laju dalam melayari laman laman sesawang daripada dua lagi pelayar internet. Sebagai contoh, kelajuan dalam melayari google.com;
  • Chrome 1.0: 0.28 saat
  • Firefox 3.0.5: 0.22 saat
  • IE 8: 0.20 saat
Tetapi ramai pihak yang menyangkal ujian kali ini kerana mereka menjalankan ujian itu bukannya secara bebas tetapi ujian tersebut dilakukan oleh mereka sendiri. Dan cara ujian tersebut adalah bagaimana sesuatu pelayar interent tersebut melayari sesuatu laman sesawang secara berkala dan seperti yang mereka katakan, IE adalah untuk mereka yang sering berulang-ulang dalam kehiduan seharian membuat perkara yang sama setiap hari (Protalisnki). Dan K tidak begitu kerana K akan menjelajah keseluruhan laman internet untuk mencari info dalam penulisan K, maka itu IE tidak sesuai untuk K. Jika anda merasakan IE sudah cukup hebat dalam perkara tersebut, K merasakan nanti Opera 10 mahupun Chrome 2 akan dapat memecut kelajuan tersebut.

OperaBoost
Kita sering mendengarkan keluhan pengguna jalur lebar di Malaysia, terutamanya yang menggunakan streamyx. Lambat dan sering "tamat tempoh" atau timeout. Akhirnya ada pihak yang tampil ingin membantu. Pihak Opera telah mengeluarkan Opera 10 Alpha mereka yang mempunyai kelebihan tersebut. Caranya adalah seolah-olah Google Web Optimization. Dengan menyimpan data di pihak server mereka untuk membolehkan penguna menjimatkan bandwith mereka semasa mereka melayari laman sesawang yang selalu mereka layari. Dengan sedikit kekurangan dari segi kualiti gambar yag ditunjukkan (Fitzpatrick, 2009), seharusnya tidak akan mengganggu pengguna melayari laman tersebut. Sesuai untuk anda yang mahu mengurangkan pembaziran jalur lebar anda (Vilches, 2009). Opsyen tersebut boleh dimatikan pada bila-bila masa dengan hanya menekan butang di kiri-bawah pelayan interent tersebut (Mathews, 2009).

Kesimpulan. Sesi 4
Tunggu dan lihat kerana peperangan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Kerana "Stratergi Penentu Kualiti" (slogan Kelab Catur UMT).

Rujukan
Fitzpatrick, J. (2009) Dikeluarkan pada 13 Mac 2009. OperaTurbo Boosts Performance on Slower Connections. Laman sesawang: lifehacker.com
Mathews, L. (2009) Dikeluarkan pada 13 Mac 2009. Opera 10 Alpha now includes Opera Turbo compression. Laman sesawang: www.downloadsquad.com
Mann, J. (2009) Dikeluarkan pada 12 Mac 2009. Firefox 3.1 beta 3 released. Laman sesawang: www.techspot.com
Mann, J. (2009) Dikeluarkan pada 12 Mac 2009. Can Mozilla survive without Google?. Laman sesawang: www.techspot.com
Marshall, G. (2009) Dikeluarkan pada 12 Mac 2009. Come in, Internet Explorer. Your time is up. Laman sesawang: www.techradar.com
Pash, A. (2009) Dikeluarkan pada 12 Mac 2009. Firefox 3.1 Beta 3 Available for Download. Laman sesawang: lifehacker.com
Protalinski, E. (2009) Dikeluarkan pada 11 Mac 2009.
Microsoft's own speed tests show IE beating Chrome, Firefox.
Laman sesawang: arstechnica.com

Shankland, S. (2009) Dikeluarkan pada 12 Mac 2009. New beta paves way for Firefox 3.5. Laman sesawang: news.cnet.com
Vilches, J. (2009) Dikeluarkan pada: 13 Mac 2009. Opera tests server-side optimization technology. Laman sesawang: www.techspot.com

Isnin, 16 Mac 2009

[Sekuriti] Anti-malware tipu. Sesi 6

Tarikh Keluaran Artikel: 16 Mac 2009

Tajuk lepas
[Sekuriti] Anti-malware tipu: Sesi 5

Blogspot
Percuma dan mudah, disebabkan itu terdapat segelintir golongan yang mengambil kesempatan dalam kemudahan yang diberikan untuk menyebarkan antivirus tipu kepada pelanggan dengan cara menyuruh pengguna memuat turun codec untuk menonton video. Cara tersebut telah lama dilakukan tetapi pembaharuan yang dilakukan ialah modus operandi yang menggunakan blogspot.

Modus operandi
Pengguna mahu menontot video yang tidak sesuai untuk ditonton (anda fahamkan sendiri) dan apabila anda mahu menonton, sila muat turun codec dari pihak mereka. Selepas itu, anda dikejutkan dengan mengetahui bahawa codec itu adalah virus. Tidak habis disitu satu antivirus yang menyamai nama AVG akan dipasang ke dalam komputer anda secara automatik dan selepas itu K rasa anda sudha biasa dengan taktik tersebut. Iaitu, bayar mereka untuk buang virus tersebut.

Antaranya
Berminat? singgah ke blog-blog ini;
h xxp://pamela-anderson-hot-sex-tape.blogspot.com
h xxp://teacher-slept-with-boy.blogspot.com
h xxp://paris-hilton-sexass.blogspot.com
h xxp://naked-jennifer-lopez.blogspot.com

MD5
Sejak menggunakan Linux, K mengetahui apa yang K tidak mahu ketahui apabila menggunakan Windows. Iaitu MD5, jika anda mahu memastikan bahawa satu-satu aplikasi itu selamat, periksa MD5 aplikasi tersebut, sebagai contoh,

Gambar diatas adalah MD5 untuk anti-malware tipu yang dipasang pada sistem komputer anda setelah anda memuat turun codec tersebut.

Rujukkan
Web Security Weblog. (2009) Tarikh dikeluarkan: 12 Mac 2009. Enticing to download fake antivirus through popular celebrity video !. Laman sesawang: www.web2secure.com

Ahad, 15 Mac 2009

[Artikel] WiMAX. Sesi 3

Tarikh Keluaran Artikel: 15 Mac 2009

Artikel Terdahulu
[Artikel] WiMAX. Sesi 1
[Artikel] WiMAX. Sesi 2

Selain P1
Setelah melihat salah satu syarikat WiMAX di Malaysia bersaing untuk memastikan mereka dapat mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh kerajaan kepada mereka, siri kali ini melihatkan 3 lagi syarikat WiMAX di Malaysia.

TYLE & WiMAX
Satu lagi syarikat yang mendapat lesen daripada SKMM/MCMC ialah YTLE. Sehingga kini YTLE telah pun berkerjasama bersama Cisco dalam usahanya untuk mengembangkan WiMAX di Semenanjung Malaysia. Usahasama ini menunjukkan bahawa peluang pasaran WiMAX di Malaysia amat tinggi. Cisco akan berintergrasi kepakaran mereka bersama YTLE didalam bahagian Teras IP, Sistem Bantuan Operasi, Sistem Bil, Makmal Percubaan Bolehsalingoperasi dan Pusat Operasi Jaringan Proaktif (Kumar, 2008). Menggunakan spektrum 2.3GHz (sama seperti P1). Tan Sri Dr Francis Yeoh, berkata WiMAX di Malaysia pada ketika ini hanyalah seperti puncak bongkah ais dilautan, yang boleh dijelajahi dengan banyak untuk mengeluarkan potensi sebenar untuk pengguna Malaysia (Timbuong, 2008).

Asiaspace dotcom
Deterajui oleh Abdul Ghani Abdullah, mereka berkerjasama dengan TM (Telekom Malaysia) untuk mengukuhkan pengaruh WiMAX mereka. Asiaspace diberikan lesen oleh SKMM untuk memberikan perkhidmatan WiMAX di Semenanjung Malaysia. Tetapi beberapa pendapat mengatakan pemilihan Asiaspace adalah tidak begitu meyakinkan kerana pada tahun 2006 Asiaspace telah pun dikatakan melakukan kerjasama bersama TNB dalam membangunkan sistem jalur lebar fiber optik (Ooi, 2007). Tetapi kerjasama tersebut tidak menjadi kenyataan dan masih tidak diketahui statusnya. Oleh itu pelabur melihatkan Asiaspace tidak begitu komited dalam melakukan kerjanya termasuk juga untuk membangunkan sistem WiMAX. Untuk menyakinkan pelaburnya, Asiaspace berharap kerjasama bersama TM akan membuahkan hasil (Ooi, 2007). Untuk pengetahuan, Asiaspace adalah satu satunya syarikat bumiputera yang mendapat kebenaran untuk membangunkan sistem WiMAX di Malaysia. Asiaspace mengatakan bahawa mereka telah pun dilancarkan pada 30 Ogos 2008 (Azlan, 2009). Antara kawasan yang boleh menggunakan khidmat mereka adalah Taman Maluri dan Bandar Tun Razak. Mereka juga akan melaburkan sebanyak RM500 juta dalam masa tiga hingga lima tahun untuk meluaskan dan mengukuhkan perkhidmatan WiMAX mereka (Asyraf, 2008).

RedTone-CNX Broadband
Satu satunya syarikat WiMAX di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & Labuan), dengan rekod syarikat yang bagus, pemilihan RedTone-CNX sebagai syarikat WiMAX disambut baik oleh pelabur. Dengan nama servis, REDtone WiMAX, mereka begitu komited dalam menjalankan tugas ini dengan kerjasama bersama motorolla dalam bahagian peralatan. Sehingga kini, sekitar kawasan Kota Kinabalu seperti Likas, Penampang, Inanam bahkan kawasan sekitar Universiti Malaysia Sabah mendapat liputan WiMAX (Azlan, 2009). Di Sarawak setakat ini hanya bahagian selatan Kuching yang mendapat liputan. Mereka menkhususkan bandar-bandar besar sebagai permulaan mengukuhkan tapak di Malaysia Timur. Kerjasama bersama Motorolla ini adalah baik kerana Motorolla sememangnya dianggap antara syarikat didalam bidang telekomunikasi dan jaringan yang baik dan mempunyai 21 kontrak WiMAX di 17 negara seluruh dunia (Motorolla Press Release, 2008). Dengan menggunakan kepakaran mereka sasaran RedTone-CNX akan dapat dicapai. Redtone menjalankan kerjasama bersama Motorolla sebagai rakan kongsi dalam bidang teknologi (MW Team, 2008).

Notis
Sebarang rujukkan yang diambil berdasarkan artikel ini adalah dimohon agar dapat dikembalikan semula untuk tujuan kredit.

Rujukan
Asyraf (2008) Dikeluarkan pada 25 Januari 2008. Asiaspace plans to spend RM500m on broadband. Laman sesawang: www.myceloteh.com
Azlan, A. B. (2009) Dikeluarkan pada 1 Januari 2009. Asiaspace, REDtone: Our WiMAX up and running. Laman sesawang: mobile.btimes.com.my
Kumar, A. (2008) Dikeluarkan pada 3 Disember 2008. YTLE, Cisco to offer nationwide WiMAX in Malaysia. Laman sesawang: www.mis-asia.com
Motorolla Press Release. (2008) Dikeluarkan pada 20 Ogos 2008. Motorola Powers the First WiMAX Network in East Malaysia. Laman sesawang: mediacenter.motorola.com
MW Team. (2008) Dikeluarkan pada 22 Ogos 2008. REDtone offers WiMAX for business users. Laman sesawang: www.mobileworld.com.my
Ooi, J. (2007) Dikeluarkan pada 17 Mei 2007. WiMAX: Big boys are out of the race. Laman sesawang: asia.cnet.com
Timbuong, J. (2008) Dikeluarkan pada 24 Jun 2008. YTLe gets rolling on its WiMAX network. Laman sesawang: star-techcentral.com

Technorati Tags:
, , ,

Sabtu, 14 Mac 2009

[Khas] Google Doodle 14 Mac 2009

Tarikh Keluaran Artikel: 14 Mac 2009
TambahBaik_1: 14 Mac 2009


Giovanni Schiaparelli
Hari ini Google Doodle dikeluarkan sempena menyambut kelahiran Giovanni. Seorang ahli falak (astronomi).
Tekan gambar untuk mengetahui lebih lanjut


Albert Einstein
Hari ini juga adalah hari lahir Einstein.

p/s: Kenapa la tak ada Maulidul Rasul punya kan :D

[Artikel] WiMAX. Sesi 2

Tarikh Keluaran Artikel: 14 Mac 2009
TambahBaik_1: 14 Mac 2009

Artikel Terdahulu
[Artikel] WiMAX. Sesi 1

P1 dan Teknologi WiMAX
Sesi kali ini akan mengetengahkan soal P1, syarikat WiMAX yang giat mempromosi WiMAX mereka dan apakah teknologi yang digunakan didalam WiMAX.

Packet One (P1)
Packet One adalah syarikat pertama yang memberi perkhidmatan WiMAX di Malaysia daripada empat syarikat yang mendapat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) dan terkenal di sekitar Lembah Klang dengan memberi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 2.3GHz 802.16e. Dengan anggaran 100,000 pelanggan dalam masa 12 bulan dan dapat merangkumi 65% penduduk Malaysia pada tahun 2012 (Keong, 2008)menunjukkan P1 mempunyai cita-cita dan impian tersendiri untuk menjadi syarikat terkemuka dalam bidang WiMAX di Malaysia. Atas strategi DNA - Device, Network & Application, P1 telah membuat kerjasama dengan beberapa syarikat gergasi dunia seperti EMC, Oracle dan Intel (Keong, 2008) untuk mengukuhkan lagi hala tuju P1 dalam arena perkhidmatan jalur lebar sekaligus membuka mata rakyat Malaysia tentang pilihan jaringan jalur lebar selain TMNet Streamyx. Sebelum ini mereka telah mencuba WiMAX secara percuma di Bandar Sunway (Yapp, 2008) dan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam projek WirelessKL. Setelah mengukuhkan tapak, kini P1 telah mula beroperasi dengan jayanya dan pendapat daripada pelanggan adalah lebih baik daripada TMNet Streamyx. Terdapat dua cara untuk mendapatkan WiMAX daripada P1;
  • Tetap - Versi yang ini adalah satu versi yang menggunakan modem tetap yang perlu disambungkan dengan talian ethernet
  • Mobil - Versi yang seperti jalur lebar tanpa wayar usb yang dikeluarkan oleh Celcom dan Maxis, masih dalam peringkat prototype, akan dikeluarkan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
Antara slogan mereka adalah, "Laju! tapi tak kene saman". Kini WiMAX P1 telah dan akan sampai di beberapa tempat diluar Lembah Klang seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Teknologi WiMAX
WiMAX adalah satu protokol yang menggunakan teknologi BWA[1] (Zaid, 2008). Didalam OSI[2], WiMAX berfungsi pada dua lapisan yang pertama iaitu di bahagian fizikal (physical) dan rangkaian data (data link). Di dalam bahagian fizikal akan mengetengahkan isu seperti kuasa transmisi maksimum dan teknik pengmodulate digital (Zaid, 2008). Dengan kata lain, lapisan fizikal adalah satu fizikal yang berkaitan dengan intergrasi antara perkakasan serta medium fizikal termasuklah bagaimana sesuatu data itu dipindahkan daripada satu perkakasan itu untuk menghantar dan satu lagi menerima data tersebut (Dominic, 2007).

Dan di lapisan kedua, rangkaian data yang merangkumi tentang sekuriti sistem WiMAX tersebut seperti inkripsi, intergriti dan isu pengurusan QoS[3] (Zaid, 2008). Didalam lapisan ini juga semua data akan diperiksa untuk memastikan bahawa tiada masalah dari segi data semasa dihantar di lapisan fizikal (Dominic, 2007). Contoh termudah adalah Ethernet, HDLC[5] dan ADCCP[6] untuk PPP[7] dan Aloha[8] untuk LAN[9] (Dominic, 2007). Lapisan ini juga memecahkan data kepada beberapa paket data untuk memudahkan data tersebut dihantar. Teknologi yang menarik didalam WiMAX adalah OFDM[4], satu method modulasi yang membolehkan data di hantar dengan lebih cepat, tepat dan jitu secara teorinya. Dan pemilihan OFDM sebagai medium dan methodologi transmisi amat baik untuk mengurangkan gangguan semasa transmisi (Speth & Dörpinghaus).

P1 juga telah dibantu oleh Intel secara langsung setelah pelaburan Intel kepada Green Packet Berhad sebanyak RM50 juta (Intel Press Room, 2008). Pelaburan ini secara tidak langsung menunjukkan minat Intel kerana mendapati terdapat peluang besar dalam pasaran WiMAX di Malaysia dan juga mengukuhkan permintaan terhadap produknya apabila kos peralatan WiMAX dapat dikurangkan dengan menggunakan cip WiMAX yang dibina oleh Intel.

Glosari
[1] BWA - Broadband Wireless Access. Satu protokol yang dikeluarkan sebagai 802.x. Untuk penggunaan WiMAX adalah 802.16.
[2] OSI - Open System Interconnection. Satu protokol yang membincangkan perihal bagaimana satu data itu dihantar dan diambil berdasarkan tujuh peringkat. Dibangunkan oleh ISO[10]. mmemonik yang baik adalah seperti "All People Seem To Need Data Processing".
[3] QoS - Qualiti of Service. Kualiti Servis, satu perjanjian antara pengguna dan syarikat dalam menjalankan kualiti servis yang akan diberikan. Contoh kualiti servis adalah kemungkinan berlakunya kejatuhan kelajuan jalur lebar yang akan diterima oleh pengguna sebanyak beberapa peratus daripada apa yang dilanggan oleh pengguna.
[4] OFDM - Orthagonal Frequency Division Multiplexing. Pengmultiplex Pembahagian Frekuensi secara Orthagonal, satu cara bagaimana data di pancarkan dalam 8 frekuensi yang berlainan didalam satu jalur lebar.
[5] HDLC - High-level Data Link Control. Satu kumpulan protokol dalam membincangkan peraturan dalam pemancaran dan penghantaran didalam bidang jaringan. Antara yang mengeluarkan protokol berdasarkan HDLC adalah Cisco HDLC (CHDLC).
[6] ADCCP - Advanced Data Communication Control Procedures. Satu protokol untuk kegunaan PPP yang berdasarkan IBM SDLC.
[7] PPP - Point-to Point Protocol. Satu protokol didalam bidang jaringan yang menceritakan bahagian sambungan daripada satu komputer kepada komputer yang lain. Juga dikenali dengan nama P2P.
[8] Aloha - Satu sistem perhubungan dan jaringan yang diasaskan di Universiti of Hawaii. Secara asasnya protokol ini menceritakan bagaimana satu jaringan itu dibina dan cara penyampian data dilakukan didalam jaringan. Aloha dibina berasaskan sistem LAN dan Ethernet.
[9] LAN - Local Area Network. Satu jaringan komunikasi antara komputer didalam satu skop yang kecil. Antara protokol yang terdapat didalam LAN adalah Token Ring dan ARCNET.
[10] ISO - International for Standardization Organization. Satu badan yang mengeluarkan protokol standart untuk kegunaan sedunia.

Bacaan Seterusnya
[Artikel] WiMAX. Sesi 1

Notis
Sebarang rujukkan yang diambil berdasarkan artikel ini adalah dimohon agar dapat dikembalikan semula untuk tujuan kredit.

Rujukan
Dominic. (2007) Dikeluarkan pada 25 Julai 2007. OSI Layers. Laman sesawang: aizenmyoo.wordpress.com
Intel Press Room. (2008) Dikeluarkan pada 19 May 2008. Intel Capital Makes RM50M Investment in Malaysia's Green Packet to Advance WiMAX. Laman sesawang: www.intel.com
Keong, L. M. (2008) Dikeluarkan pada 20 Ogos 2008. Malaysia finally gets commercial WiMAX. Laman sesawang: www.zdnetasia.com
Speth, M. & Dörpinghaus, M. OFDM Receivers for Broadband-Transmission. Laman sesawang: www.iss.rwth-aachen.de
Yapp, E. (2008) Dikeluarkan pada 15 Julai 2008. Malaysia 'resort' town gets mesh Wi-Fi. Laman sesawang: www.zdnetasia.com
Zaid, W. (2008) Dikeluarkan pada 18 Ogos 2008. WiMAX in Malaysia. Laman Sesawang: idazuwaika.wordpress.com

Technorati Tags: , , ,

Jumaat, 13 Mac 2009

[Artikel] WiMAX. Sesi 1

Tarikh Keluaran Artikel: 13 Mac 2009
TambahBaik_1: 14 Mac 2009

WiMAX
WiMAX adalah salah satu cara dalam komunikasi dan jaringan berasaskan paket. WiMAX adalah ringkasan daripada Worldwide Interoperability for Microwave Access. Teknologi yang digunakan akan cuba dikupas sebaiknya sepanjang sesi WiMAX ini.

WiMAX di Malaysia
WiMAX di Malaysia telah mula menjadi buah mulut setelah gagalnya sistem 3G berjaya digunakan dengan sepenuhnya dan juga apabila pihak Telekom Malaysia yang mendominasi sebanyak 90% (Oxford, 2007) pasaran domestik jalur lebar tetapi memberikan servis yang kurang memuaskan. Semenjak tahun 2006 pertikaian berkaitan dengan lesen WiMAX di Malaysia telah berlangsung. Kekangan utama pada masa itu adalah polisi kerajaan yang dikatakan tidak memberi ruang kepada syarikat WiMAX yang menyebabkan penembusan pasaran jalur lebar di Malaysia kurang berkembang (Tan & Keong, 2006). Setelah setahun, pada Mac 2007 terdapat empat syarikat yang telah diberikan mandat untuk memberikan servis WiMAX di Malaysia. Empat syarikat itu adalah, YTLE (dahulu dikenali dengan nama Bizsurf), Packet One (P1) Network (dahulu dikenali dengan nama MIB comm), Asiaspace Dotcom dan Redtone-CNX Broadband. YTLE, P1 dan Asiaspace Dotcom akan beroperasi di semenanjung Malaysia, dan Redtone-CNX Broadband akan beroperasi di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak dan Labuan) (Keong, 2007).

Teknologi WiMAX
Terdapat beberapa syarikat besar yang mendokong sepenuhnya WiMAX di Malaysia bahkan diseluruh dunia. Terutamanya daripada syarikat telekomunikasi seperti Motorola, Samsung, Alcatel dan Nokia bahkan Intel juga adalah antara pendokong kuat WiMAX (Reardon, 2007)(Farihan, 2007). Kelebihan utama WiMAX daripada jalur lebar tanpa wayar yang lain seperti WiFi adalah jarak transmisi yang boleh dicapai iaitu sehingga menjangkau 8000 km persegi atau melebihi radius 25 km berbanding dengan 802.11e yang hanya mampu menjangkau hanya sehingga 15.24 meter (Reardon, 2007). Terdapat dua jenis WiMAX yang boleh digunakan, 802.16d dan 802.16e. Tetapi yang digunakan di Malaysia adalah 802.16e yang mempunyai kelebihan daripada 802.16d daripada segi jaringan komunikasi (Reardon, 2007).

Bacaan Seterusnya
[Artikel] WiMAX. Sesi 2

Notis
Sebarang rujukkan yang diambil berdasarkan artikel ini adalah dimohon agar dapat dikembalikan semula untuk tujuan kredit.

Rujukkan
Brain, M. & Ed, G. How WiMAX Works. Dikeluarkan pada: 02 December 2004. Laman sesawang: HowStuffWorks.com
Farihan, B. (2007) Dikeluarkan pada 31 Januari 2007Maxis, Motorola to pilot mobile WiMAX. Laman sesawang: www.zdnetasia.com
Keong, L. M. (2007) Dikeluarkan pada 28 Mac 2007. Underdogs win WiMAX licenses in Malaysia. Laman sesawang: www.zdnetasia.com
Oxford Business Group. (2007) The Report: Malaysia 2007. Oxford Business Group.
Reardon, M. (2007) Dikeluarkan pada 27 Mac 2007. Wireless industry gears up for WiMAX. Laman sesawang: www.zdnetasia.com
Reardon, M. (2007) Dikeluarkan pada 28 Oktober 2005. Motorola, Intel team on mobile WiMAX. Laman sesawang: www.zdnetasia.com;
Tan, A. & Keong, L. M. (2006) Dikeluarkan pada 13 Oktober 2006. Red tape dogs Asia's WiMAX deployment. Laman sesawang: www.zdnetasia.com

Technorati Tags: , , ,