Selasa, 30 Jun 2009

Full Circle #26



Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Linux Community edisi 26 telah keluar. Yang berminat boleh dapatkan di laman rasmi Full Circle, di sini. Isu kali ini menekankan tentang peralatan yang menggunakan linux didalam kehidupan seharian termasuklah Android.

Isnin, 29 Jun 2009

Jacko Membunuh Internet

Tiada Tapi Masih Dirasa
Mungkin ada yang masih terasa pemergian Jacko semalam tetapi hidup harus diteruskan dan perjalanan kita pula masih belum tamat. Terdapat banyak kenangan yang ditinggalkan kepada semua peminatnya, tetapi kenangan yang paling bermakna pada K adalah apabila Jacko menunjukkan kekuasaan terakhirnya dengan menggoncang kemampuan internet diseluruh dunia.

Twitter
Jauh sebelum kenyataan Jacko telah tiada, Twitter menjadi mangsa pertama dengan pergerakkan topik Jacko melebihi 100,000 tajuk per jam membawa kejatuhan Twitter apabila tidak mampu lagi mengekang kemaraan pengaruh Jacko. Twitter mengatakan bahawa Jacko adalah lebih hebat daripada N1H1 dan boleh dikatakan menyamai kisah politik Iran. Twitter tewas sebelum Jacko telah tiada, mangsa pertama, Twitter.

TMZ
TMZ diserang ketika keluarnya kenyataan daripada mereka, Jacko telah tiada. Ada yang mahu mempercayai ada yang tidak, tetapi itu sudah cukup untuk meruntuhkan kemampuan TMZ apabila mereka dijatuhkan oleh pengaruh Jacko setelah berita kematian tersebut dikeluarkan. TMZ merupakan yang pertama mengeluarkan berita kematian Jacko, lebih awal daripada kenyataan rasmi. Mangsa kedua, TMZ.

Google
Tidak dapat disangkal, daripada saat Jacko koma dirumahnya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan Google diserang bertubi-tubi dan akhirnya server mereka mengeluarkan perlindungan automatik kerana menyangkakan server mereka diserang oleh malware yang membuat carian yang sama terlalu banyak. Digelar sebagai "volcanic" oleh Google Trend, Google mengakui bahawa mereka adalah mangsa ketiga.



iTunes & YouTube
Secara tiba-tiba semua lagu Jacko yang lama mengungguli carta iTunes. Lagu seperti Thriller dan Man In The Mirror mendaki carta lagu paling dikehendaki dengan begitu pantas. Sehingga iTunes juga mengalami kelembapan daripada biasa. iTunes boleh dikatakan sebagai antara mangsa. Antara yang tersenarai adalah;
  • #1: "The Essential Michael Jackson"
  • #2: "Thriller"
  • #3: "Number Ones"
  • #4: "Off The Wall"
  • #5: "Thriller (25th Anniversary, Zombie Cover)"
  • #6: "Bad"
  • #7: "Michael Jackson: The Ultimate Collection"
  • #10: "Dangerous"
Youtube juga telah membuat laman khas untuk Jacko yang menempatkan kesemua videonya dan juga yang berkaitan dengannya seperti GeliMat. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa GeliMat diilhamkan daripada video yang menaikkan nama Jacko, Thriller.Terutamanya yang bukan hidup pada zaman Thriller. K kenali lagu tersebut kerana jaket merahnya.

AOL, Yahoo, CNN, CBS, MSNBC & Facebook

Mereka menjadi mangsa kepada trafik yang begitu tinggi sehinggakan mengalami sedikit kelambatan untuk memasuki laman tersebut. Jacko telah meninggalkan impak yang hebat kepada mereka. Antara yang menjadi kesan adalah AIM (AOL Instant Messenger) yang dikelolakan oleh AOL telah tidak dapat dimasuki kerana trafik yang begitu tinggi. AIM "pengsan" selama 40 minit. Facebook mencatatkan kenaikkan secara mendadak pengunjun mereka yang mengubah status mereka kepada perkara yang berkaitan dengan Jacko. Iaitu tiga kali ganda. Yahoo mendapat trafik yang tinggi disebabkan halangan daripada server Google yang mengeluarkan sistem keselamatan mereka, ironinya Yahoo mendapat 16.4 juta pelawat unik disebabkan isu ini.

Media Zaman Kini
Apa yang berlaku kini menjadikan dunia maklumat ini semakin berkembang dan berkembang, jika dahulu kita hanya dapat mengetahui tentang sesuatu berita hanya daripada media cetak dan elektronik seperti television mahupun radio. Tetapi kini perubahan menyebabkan sesebuah info lebih pantas dapat disebarkan daripada cara tradisional lebih lagi daripada surat khabar yang dicetak di atas kertas. Berapa orang yang mendapat berita ini daripada surat khabar kini? K boleh rasakan semakin kurang dan semakin kurang. Dapat dilihat Twitter menjadi pilihan pengguna untuk mendapatkan info terkini. Disitu dapat dilihat kelainan apabila kematian Elvis Presley, Raja Rock & Roll dahulu, walaupun masih menyeluruh tetapi info tersebut lambat untuk didapati oleh peminatnnya, tetapi lain dengan Jacko. Perubahan ini akan tetap berlaku, dan bagaimana pula pada masa hadapan?

Rujukan
Charles, A. (2009) 26 Jun 2009. How Michael Jackson's death captured Twitter's trends (updated). www.guardian.co.uk
Chleo, A. (2009) 26 Jun 2009. Jackson's Death Prompts Record Traffic for Yahoo. www.pcmag.com
Greg, S. (2009) 26 Jun 2009. Michael Jackson dominating iTunes, YouTube. news.cnet.com
Jacqui, C. (2009) 26 Jun 2009. Internet groans under weight of Michael Jackson traffic. arstechnica.com
Jake, C. (2009) 26 Jun 2009. News of Jackson's death first spread online. www.physorg.com
Juan, C. P. (2009) 26 Jun 2009. News sites falter as traffic spikes after Jackson's death. www.macworld.com
MacDailyNews. (2009) 25 Jun 2009. Michael Jackson albums quickly ascend iTunes Store’s Top Albums list. www.macdailynews.com
Maggie, S. (2009) 26 Jun 2009. Web slows after Jackson's death. news.bbc.co.uk in Fudzilla Staff (2009) 26 Jun 2009. Michael Jackson's demise causes net slowdown. www.fudzilla.com
Mark, H. (2009) 26 Jun 2009. AOL Confirms AIM Outage After Jackson's Death. www.pcmag.com
Roly, C. (2009) 26 Jun 2009. Jackson: Did the internet buckle? www.bbc.co.uk
Tom, K. (2009) 26 Jun 2009. Google thought Michael Jackson traffic was attack. news.cnet.com

Ahad, 28 Jun 2009

Minggu Jalinan Mesra 2009/2010

28 Jun 2009
Kepada semua pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti seluruh Malaysia khususnya Universiti Malaysia Terengganu maka itu diucapkan selamat datang kepada anda dari pihak K. Macam biasa poster khas untuk Minggu Jalinan Mesra (MJM) 2009/2010 yang akan bermula daripada 28 Jun 2009. Sekali lalu poster seperti ini sudah menjadi trend didalam blog K, semacam google doodle.


Kepada Fasilitator
Kepada semua fasilitator yang bertuah, lakukan tugas anda sebaiknya.

Sabtu, 27 Jun 2009

Jacko Mati Tinggalkan?

Sedia Maklum
Raja Pop, Jacko telah pun tiada dan menjadi bualan hangat serata dunia tetapi apa yang "ditinggalkan" kepada dunia komputer dan teknologi?

Spam
Adalah dimaklumkan bahawa spam yang berkaitan dengan kematian Jakco semakin meningkat kini dan kemungkinan akan berlanjutan sehingga keputusan autopsi ataupun bedah siasat atau mungkin lebih panjang lagi. Jika ada antara pembaca yang menerima emel berkaitan ini, jangan balas atau anda mungkin menjadi mangsa timbunan spam dari mereka.



Ingat, jangan memberikan respon anda kepada mereka. Buang atau padamkan.

p/s: Harimau mati tinggalkan belang, Jacko mati tinggalkan spam.


Rujukan
Rowland, SophosLabs AU (2009) 26 Jun 2009. Michael Jackson’s Death Sparks Off Spam. www.sophos.com/blogs

Jumaat, 26 Jun 2009

Terminal. Edisi 3

Edisi 3
Penulisan tentang Terminal diteruskan untuk edisi ketiga. Untuk edisi ini K akan memperkatakan tentang bagaimana membuat fail, direktori, membuat salinan, memindahkan fail dan membuang fail. Untuk lebih membawa kefahaman kepada anda K cadangkan anda menggunakan arahan whatis dan man seperti yang diajar pada edisi pertama.

touch Dan mkdir
Arahan pertama untuk edisi ini adalah touch dan mkdir. K menggunakan pwd Document untuk edisi ini dan bukannya pwd home. K masukkan arahan seperti di bawah;
touch foo
mkdir bar
Arahan touch digunakan untuk membuat satu fail kosong. Fail kosong tersebut dinamakan sebagai foo. Dan mkdir adalah arahan untuk membuat satu direktori baru. Jika anda mengikuti edisi lepas K ada mengatakan bahawa mkdir akan menunjukan apa gunanya pwd. Jika anda berada didalam pwd home, direktori bar itu akan berada didalam home. Tetapi K kini menggunakan pwd Document, oleh itu direktori bar tersebut berada didalam Document seperti gambar dibawah.



Salinan Fail
Kadang kala kita perlu membuat salinan kepada sesuatu fail. Situasinya, anda mahu membuat satu salinan fail foo dan dimasukkan kedalam direktori bar dengan nama berlainan daripada foo iaitu fooBackup. Oleh itu anda hanya perlu memasukkan arahan;
cp foo bar/fooBackup
Dengan itu fail foo daripada direktori Document tersebut akan di salin kedalam direktori bar dengan nama fooBackup. Untuk memastikannya anda boleh masuk ke direktori bar untuk melihat apa fail apa yang ada didalamnya.



Anda boleh membuat cara anda sendiri untuk membuat sebarang salinan contohnya
cp foo foo2
cp foo bar/
Kita teruskan untuk memindahkan fail tanpa membuat salinan atau lebih mudah dikata, cut & paste Lupa untuk memberitahu, cp bermaksud copy atau salin.

Potong & Tampal
Dengan menggunakan arahan mv anda boleh memindahkan fail anda kepada satu tempat yang lain tanpa menjadikannya sebagai salinan seperti yang dilakukan oleh cp. Seperti namanya mv bermaksud move atau pindah, sesuai dengan namanya arahan ini adalah untuk memindahkan fail bukannya membuat salinan. Jika telah bersedia masukkan arahan ini;
mv foo bar/
Dengan arahan ini fail foo K yang berada di direktori Document telah dipindahkan ke direktori bar seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah. Seperti juga cp, anda boleh menggunakan kreativiti untuk digunakan didalam pelbagai situasi.

Peringatan
Untuk didalam edisi ini K telah membuat satu fail, foo dan satu direktori, bar untuk menunjukkan bagaimana perkara ini dilakukan didalam Terminal. Walaupun nampak mudah tetapi arahan cp dan mv mempunyai masalahnya sendiri kerana mereka akan membuat pengantian fail kepada yang lebih baru tanpa anda ketahui. Untuk mengelakkan masalah ini anda boleh memasukka arahan tambahan -i kepada arahan cp ataupun mv seperti gambar dibawah dan kenyataan penggantian akan dinyatakan untuk arahan anda yang seterusnya. Perkara ini penting kerana kadang kala kita tidak perasan didalam memindahkan fail. Dan untuk tambahan, untuk memberi laluan untuk pengantian fail tersebut, masukkan "y" sebagai yes untuk setuju atau "n" sebagai no untuk tidak setuju.





Pemindahan Antara Direktori
Anda telah mendapat tahu tentang perkara asas didalam cp dan mv kini anda boleh meneruskan kepada langkah seterusnya iaitu membuat pemindahan fail diantara dua direktori yang berada didalam pwd. Mulakan langkah anda dengan membuat direktori baru yang dinamakan bar2 didalam direktori yang sama dengan direktori bar anda. Dan anda dikehendaki memindahkan semua fail yang ada didalam bar kedalam bar2. Dengan menggunakan arahan;
mv bar/* bar2/
Penggunaan "*" adalah disebabkan untuk memberi arahan kepada Terminal agar memindahkan semua fail yang ada didalam direktori bar kedalam direktori bar2 seperti yang terjadi di dalam gambar di bawah. Jika tidak direktori bar itu sendiri yang akan dipindahkan kepada bar2.



Terakhir: Buang Dan Padam
Arahan rm adalah dikatakan antara arahan yang bahaya kerana mampu membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pengguna. Membuang fail sistemnya. Tetapi untuk mengelakkan perkara itu berlaku anda sebaiknya mempelajari apa yang anda buat. Seperti apa yang K tekankan pada edisi pertama dahulu iaitu fikir sebelum tulis. Untuk kali ini anda dikehendaki untuk membuang direktori yang telah anda buat sebentar tadi. Gunakan arahan ini;
rm -rf bar
rm -rf bar2
rm foo2
Ini adalah fail yang ada didalam Document K setelah membuat percubaan untuk edisi ini. Mungkin anda mempunyai fail yang lain dan ingat anda harus membuang fail yang berkaitan sahaja dan bukan semua fail. Jika anda telah membuang semua direktori dan fail tersebut anda boleh meneruskan membaca.

rm -rf
Jika anda membuka kembali edisi pertama, K telah mengatakan bahawa antara arahan yang bahaya adalah rm -rf. Apa itu rm -rf. Arahan rm K rasa anda telah sedia maklum iaitu remove atau buang. Apa yang dikatakan tentang -rf ada didalam manual rm jika anda membuka manualnya. Tetapi disini K menerangkan apa yang patut dengan ringkas. -r adalah bermaksud recursive atau mudahnya anda mampu membuang direktori dengan cara ini. Kerana arahan rm tidak mampu membuang direktori tetapi hanya fail. -f pula bermaksud force atau secara paksa. Dengan gabungan ini rm -rf adalah bermaksud membuang direktori secara paksa dan tidak bertanya dua kali kepada anda. Oleh itu untuk mengelakkan ada melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya K cadangkan anda bertindak dengan rasional dan berhati-hati dengan arahan rm -rf. Oleh kerana anda telah mengetahui mengapa rm -rf itu bahaya jika tidak digunakan berhati-hati oleh itu anda boleh mengelakkan masalah itu. K percaya.

Edisi 3. Tamat
Edisi 3 berakhir disini dengan harapan, sentimen Terminal itu sukar dapat dikurangkan didalam diri anda dan anda tidak lagi takut untuk menggunakan Terminal untuk lain masa yang memaksa anda menggunakannya. Semoga berjaya.

Artikel ini diterjemah, diubah dan diringkaskan daripada penulisan Robert Clipsham.

Rujukan
Robert, C. (2008) Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #16 - Ogos 2008.

Khamis, 25 Jun 2009

Fedora 11: Pelayan DHCP

Naiktaraf_1: 30 Jun 2009

Kelas Linux
Semalam telah diberi tugasan untuk membina pelayan DHCP (DHCP server) didalam sistem operasi Linux dan K menggunakan Fedora 11 yang dipasang secara maya didalam VirtualBox didalam Ubuntu 8.10. Malangnya didalam kelas sehingga tamat kelas K gagal untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan mesej yang sama iaitu;
no subnet declaration for eth0



Mengikut Arahan
Walaupun telah mengikut segala langkah dan dibantu oleh pengajar (mrkuriang), masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana masih tidak mengerti apakah masalah yang dihadapi oleh K. Pelayan DHCP masih tidak dapat dihidupkan dan masih mengeluarkan masalah yang sama. Cerita tamat didalam Makmal Sumber Terbuka tersebut. Sambung di rumah. Secara totalnya, hanya satu pelayan yang tidak dapat dihidupkan, K. Lupa untuk mencatatkan, K menggunakan komputer riba, dan sistem operasi Fedora 11 dan pelayan lain menggunakan komputer yang tersedia yang dipasang sistem operasi CentOS. Dan jenis DHCP yang K gunakan adalah 4.1.0 manakala yang mereka gunakan adalah 3.0.5.

Lebih Tenang
Tiada tekanan, lebih tenang mampu berfikir secara tepat dan kritis. K mengetahui bahawa konfigurasi yang disimpan didalam fail dhcpd.conf sememangnya benar dan K telah membuat yang paling mudah, hanya berniat untuk menghidupkan pelayan sahaja. Tanpa mempunyai sebarang masalah. Untuk pengetahuan pembaca yang mungkin tidak mengetahui seharusnya tiada masalah jika menggunakan Fedora mahupun CentOS kerana kedua-duanya mempunyai asas yang sama, Red Hat. Berlainan jika menggunakan Ubuntu kerana Ubuntu diasaskan daripada Debian. Oleh itu seharusnya tidak ada sebarang masalah untuk menghidupkan pelayan didalam Fedora. Oleh itu operasi menghidupkan pelayan bermula.

Bedah Siasat Bermula
K bermula daripada asas, melihat konfigurasi eth0 yang mungkin penyebab. Eth0 adalah seperti gambar dibawah. Dan K tidak melihat sebarang masalah di sini.



Dan juga K bandingkan dengan konfigurasi yang dibuat didalam dhcpd.conf seperti didalam gambar dibawah. Nyata tiada sebarang masalah seharusnya untuk sekadar menghidupkan pelayan DHCP tersebut.



Maaf atas gambar yang hanya hitam putih, kerana Fedora 11 yang K masukkan kedalam VirtualBox adalah tidak mempunyai sebarang antara muka grafik. Abaikan soal itu, kita sambung masalah tersebut. Oleh itu apa masalah sehingga apabila K menjalankan server akan berlaku ralat seperti yang dikatakan diawal tajuk. Sungguh misteri. Oleh itu K bertanya kepada mereka yang tahu, Google.

Suspek: Fedora 11
Secara ringkasnya untuk memendekkan penulisan yang sediakala panjang, masalah dapat diselesaikan. Punca utama masalah bukan daripada konfigurasi IP ataupun konfigurasi dhcpd.conf, tetapi berasal daripada punca yang amat mudah. Iaitu perubahan yang dilakukan oleh komuniti Fedora yang masih tidak dijalankan kepada CentOS yang digunakan oleh pelajar lain dan tidak didapati didalam buku rujukan. Fedora 11 telah mengubah fail konfigurasi untuk DHCP daripada didalam direktori /etc kepada /etc/dhcp atas alasan untuk mengurangkan kesesakkan didalam direktori /etc dan meningkatkan kemampuan pengorganisasian fail. Mungkin cara ini akan digunakan oleh Red Hat yang akan datang dan tidak langsung, CentOS juga akan terlibat. Apa yang K lakukan adalah memindahkan fail dhcpd.conf daripada direktori /etc kepada /etc/dhcp. Dan apabila servis DHCP dihidupkan pelayan DHCP berjalan dengan baik sekali. Hasil dapat dilihat didalam gambar dibawah;



Rujukan
Chuck, A. (2009) 16 Mei 2009. 4.1.0 bug? Fedora bug? "No subnet declaration for eth0 (10.11.12.1)." www.pubbs.net

Rabu, 24 Jun 2009

Digodam: Cara Promosi Laman

Naiktaraf_1: 24 Jun 2009
Naiktaraf_2: 4 Julai 2009


Banyak Cara
Terdapat banyak cara didalam dunia untuk menaikkan sesuatu nama, termasuklah nama anda ataupun nama blog anda di mata manusia. Tetapi malangnya K boleh lihat kemungkinan besar terdapat satu cara yang lebih menarik untuk digunakan supaya dapat menaikkan nama laman ataupun blog dengan lebih pantas. Lebih pantas daripada cara SEO yang pelbagai, spam mahupun publisiti murahan. Secara tidak langsung menjadi cara promosi yang hebat. Tanpa menggunakan duit. Dengan cara menggodam laman sendiri.

Gila Chess: Mencuba Teori
Pertama kali K melihat teknik ini adalah daripada laman sesawang Gila Chess yang merupakan salah satu daripada laman sesawang yang menyatakan info tentang permainan catur di Malaysia. K mengenali Gila Chess daripada bekas Presiden Kelab Chess UMT sendiri. Dan pada 21 November 2007, Gila Chess telah digodam dan telah dilakukan defacement atau penggantian muka hadapan laman seperti gambar di bawah yang membawa erti bahawa Gila Chess telah di godam.


Tetapi isu ini selesai daripada menjadi perbualan peminat catur apabila pemilik laman ini mengatakan bahawa yang "mengodam" laman tersebut adalah dirinya sendiri. Kerana dia mahu menunjukkan bahawa tiada laman catur nombor satu di Malaysia. Tetapi niat sebenarnya bukan kepada hal promosi laman sebaliknya hanya mencuba teori. Itu hal lebih setahun yang sudah. Kini hal tersebut seolah-olah kembali. Anda kenal Azwan Ali?

Pihak Berkecuali
K menulis atas apa yang K fikirkan benar dan mungkin, bukannya hanya menulis secara membabi tuli. Daripada keadaan yang berlaku terhadap blog tersebut yang dikatakan di godam oleh seorang penggodam yang tidak mahu blog itu terus hidup, Tetapi daripada pandangan K, berlainan. K menganggap bahawa Azwan sendiri yang membuat spekulasi sebegitu untuk menaikkan publisiti blognya yang digelar oleh dirinya sebagai "Blog No 1". Mengapa K mengatakan sedemikian, K terangkan.

Seorang Penggodam
Tidak menjadi adat seorang penggodam untuk hanya menulis;
BLOG INI TELAH DIGODAM AKIBAT KETIDAKBIJAKSANAAN PEMILIKNYA.
DENGAN RASMINYA DIUMUMKAN BLOG INI DITUTUP.
Cara penulisan adalah sama dengan Azwan, cara gaya bahasa sama dengan Azwan, dan boleh K katakan, memang Azwan yang menulis perkara itu dan kononnya dia telah digodam. Mungkin orang yang mengikuti perkembangan blog tersebut akan percaya kerana naluri dan kemahuan mereka untuk melihat blog tersebut ditutup. Tetapi boleh K katakan, itu hanya penipuan semata-mata. Jika K yang menjadi penggodam tersebut, K akan menukar keseluruhan blog termasuklah membuang kesemua penulisannya dan juga membuat seperti mana yang dilakukan oleh pemilih laman Gila Chess tersebut. Jika penggodam Azwan mahu K percaya bahawa blog tersebut telah digodam, maka jawapannya tidak. K tidak mempercayai taktik murahan sebegitu. Buktinya, dia telah menukar penulisan yang mengatakan blog ditutup kepada sedang dikemaskini.

Harapan Azwan
Mungkin ini harapan Azwan. "Penggodaman" yang dilakukan akan menarik lebih ramai orang untuk masuk kedalam blognya sekaligus membuktikan ramai orang yang "rindu" kepada penulisannya. Membuktikan bahawa blognya adalah "Blog No 1" dan pelbagai lagi harapannya. Atau lebih jauh, blog Azwan tetap hidup walaupun telah di godam. Walaupun K bukan minat untuk membuka blog artis kerana K kurang minat pasal artis daripada tentang teknologi, tetapi penggunaan teknologi didalam meningkatkan populariti seseorang artis dengan cara ini adalah, merepek.

Nama Penggodam
Walau dimana anda berada tidak ada seorang yang meletakkan dirinya sebagai seorang penggodam dan meletakkan namanya sebagai *tapai*. Kerana asas untuk meletakkan nama adalah mesti berbaur teknologi dan canggih. Perkara kedua adalah selalunya seorang penggodam akan menggunaka bahasa l33t (baca sebagai leet) yang akan diletakkan didalam laman tersebut untuk menandakan bahawa laman tersebut telah digodam. Jika mahupun menggunaka nama *tapai* seharusnya dia meletakkan seperti ini;
7@p@i
7^p@i
┼âPäi
Oleh itu nama *tapai* bukan merujuk kepada seorang penggodam.

Kesimpulan
Kisah laman digodam mungkin menjadi tarikkan kerana penggodaman sesebuah laman adalah perkara yang paling tidak diminati oleh sesiapa. K menulis perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi ramai yang tidak faham dengan taktik sebegini. Dan meletakkan harapan paslu kepada diri mereka. Secara mudah, blog azwan ali tidak di hack.

Naiktaraf_1: Bukan K seorang yang mengatakan bahawa blog tersebut tidak digodam, Media Malaya juga sependapat.

Rujukan
GilaChess. (2007) 22 November 2007 GilaChess was Hacked! blog.gilachess.com
GilaChess. (2007) 26 November 2007 GilaChess back to normal. blog.gilachess.com
Khai. (2009) 22 Jun 2009 (Panas) Blog Azwan Ali Hacked! ohartis.com

Selasa, 23 Jun 2009

Risiko Perkara Baru

Perkara Baru
Perkara baru yang K maksudkan adalah menaiktaraf sesebuah sistem atau membuat penukaran yang besar didalam mana-mana bahagian sistem. Perkara seperti ini mempunyai risikonya yang tersendiri kepada pengguna mahupun pembina. Oleh itu apa yang perlu difikirkan sebelum membuat penukaran sesebuah sistem ataupun sebahagian daripada sistem.

Implimentasi
Terdapat beberapa cara implementasi sesuatu yang baru didalam mana-mana sistem mahupun laman/blog. Yang paling popular adalah;
  • Menyeluruh
  • Berperingkat
  • Mentor/Pilot
Jika dilihat daripada tiga ini dilihat menyeluruh adalah yang paling laju tetapi teknik menyeluruh ini mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana peluang risiko untuk dihadapi adalah lebih tinggi daripada dua cara yang lain. Soalnya cara mana yang terbaik untuk memenuhi keperluan semasa.

Menyeluruh
K lebih minat untuk mengatakan tentang kesan yang mungkin dirasai daripada masalah membuat implementasi secara menyeluruh yang tidak berhati-hati dan terancang. Terdapat dua contoh yang bagus untuk dijadikan teladan kepada semua. Yang pertama adalah blog jejaktrend. Disebabkan kesalahan dan tidak berhati-hati didalam membuat penukaran tema dan opsyen menyebabkan blog ini mengalami kegagalan yang sekaligus menghilangkan semua penulisannya yang terdahulu. Seharusnya tuan punya blog tersebut membuat salinan pendua untuk sebarag kemungkinan. K mempunyai arkib didalam lappy untuk blog K sendiri yang di naiktaraf setiap sebulan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kehilangan data.

Kes yang kedua adalah Forum Cari: Melayu. Memang tidak dinafikan bahawa Cari adalah salah satu daripada forum yang mempunyai komuniti yang ramai. Dan disebabkan itu juga pengurus laman tersebut cuba untuk membuat yang terbaik untuk komunitinya. Baru-baru ini Cari telah membuat satu perubahan drastik yang melibatkan antara muka dan skrip. Masalah yang timbul adalah pihak pengurusan tidak memberi tahu tentang perubahan yang akan dilakukan lebih awal dan apa yang akan berlaku. Sekaligus menyebabkan segala apa yang penting seperti mesej hilang. Terdapat juga beberapa masalah berkaitan dengan perancangan seperti saiz perkataan, saiz ikon, warna yang terlalu cerah dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan. Sebaiknya pihak pengurusan perlu memaklumkan kepada pengguna tetang kesan dan akibat daripada transformasi tersebut.

Kesimpulan
Sebaiknya kepada mereka yang berniat untuk membuat sebarang penukaran daripada segi antara muka mahupun skrip, sebaiknya lakukan salinan pendua terhadap semua perkara. Untuk mengelakkan kemungkinan yang mungkin terjadi. Kita tidak mampu menghilangkan risiko, tetapi mampu untuk mengurangkannya.

Isnin, 22 Jun 2009

Anti-malware tipu. Sesi 7

Senarai Ringkas Bergambar


Protection System


Wind Optimizer


Barracuda Antivirus


WinBlueSoft


WiniBlueSoft

WinAV 2009

Presto TuneUp

XP Deluxe Protector

Unvirex

Rujukan
www.precisesecurity.com
*www.precisesecurity.com mendapat rating yang kurang memuaskan didalam WOT. Tetapi dikatakan bahawa laman itu mendapat spam rating daripada beberapa pihak yang tidak menyenangi pendedahan yang dibuat oleh mereka.

Ahad, 21 Jun 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 10

Sinopsis Sesi 10
Sudah sampai ke sesi yang kesepuluh. Jika anda mengikuti perkembangan yang dilalui daripada sesi yang pertama sehingga yang terbaru ini akan terlihat beberapa stratergi dan masalah yang menimpa merekay yang terlibat didalam peperangan ini. Apa pun sesi sepuluh akan membincangkan perihal ini;
  • Firefox 3.0.11
  • Firefox 3.5 & Logo Baru
  • Windows 7 Tanpa Pelayar Internet
  • Peperangan Pelayar Internet
Firefox 3.0.11
Firefox 3.0.11 telah dikeluarkan tempoh hari untuk mengantikan 3.0.10 yang mempunyai masalah sekuriti dan beberapa pepijat yang perlu diperbaiki. Tetapi kesannya yang K rasakan adalah Firefox 3.0.11 semakin berat berbanding 3.0.10. Firefox tidak "hang" tetapi lebih kepada kelembapan memproses data. Masalah seperti ini pernah berlaku semasa penukaran daripada Firefox 3.0.8 kepada 3.0.9 sehingga menyebabkan Firefox 3.0.10 dikeluarkan. Kelembapan ini adalah antara sebab yang utama mengapa seseorang pengguna itu memilih sesebuah pelayar internet. Jika masalah ini tidak dapat diatasi segera boleh K katakan Firefox akan mempunyai imej yang buruk, yang akan menjejaskan kempen muat turun Firefox 3.5 kelak.

Firefox 3.5 & Logo Baru
Jika anda sependapat dengan K berhubung masalah Firefox 3.0.11, maka itu K larikan pandangan anda kepada Firefox yang akan keluar secara rasmi tidak lama lagi, Firefox 3.5. Dengan kemampuan enjin yang lebih baik daripada 3.0.X, sekaligus memberi harapan kepada K sebagai pengguna Firefox akan dapat melihat Firefox mempunyai enjin yang laju dan stabil serta tidak memakan memori yang banyak. Jika diimbas kembali Firefox 3.5 ini mempunyai sejarah pembanggunan yang tidak begitu cemerlang kerana terpaksa menunda tarikh keluaran mereka beberapa kali atas masalah enjin baru yang tidak dapat digunakan sepenuhnya. Dan juga penukaran nama daripada Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5. Bagi K jika sesebuah aplikasi atau sistem itu keluar lambat daripada tarikh asalnya, harapan terhadap mereka akan menjadi semakin tinggi kerana mungkin ada sebab yang rasional untuk kelambatan tersebut. Oleh itu diharapkan Firefox 3.5 adalah lebih baik daripada Firefox 3.0. Seraya dengan itu, logo baru Firefox telah dikeluarkan sebagai menghangatkan lagi kempem "penularan virus" Firefox nanti. Didalam penulisan ini K masukkan dua logo yang berlainan, Diatas dalah logo lama dan dibawah adalah logo baru. Walau apa pun, nantikan kemunculan Firefox 3.5 akhir bulan ini.

Windows 7 Tanpa Pelayar Internet
Isu yang cukup hangat untuk minggu lepas apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka tidak akan memasukkan sebarang pelayar internet didalam Windows 7 untuk menghormati kehendak Anti-Competitive Commissioner. Tetapi tidak semua yang bersetuju dengan perkara ini antaranya adalah Opera yang menyifatkan itu hanya taktik Microsoft untuk mendapat sedikit input simpati daripada pengguna Windows kelak. Dan mangsa pertama nanti adalah pengguna di Eropah. Mereka akan menerima Windows 7 yang didalamnya tiada sebarang pelayar internet. Tidak kira anda seorang peminat Firefox, Opera, Chrome ataupun Internet Explorer, anda perlu mendapatkan Firefox dengan cara anda sendiri. Kerana tiada sebarang pelayar internet yang akan diberikan untuk mendapatkan pelayar internet yang anda sukai. K dapat membaca apa yang mahu dilakukan oleh Microsoft. Mereka mahukan pengguna memuat turun Internet Explorer daripada Windows Update dan sekaligus menaikkan penggunaan Internet Explorer dikalangan pengguna. Apa pun kita tunggu dan lihat.

Peperanan Pelayar Internet
Jika difikirkan K masih tidak dapat melihat apakah yang akan berlaku didalam peperangan pelayar internet ini nanti. Lebih lagi selepas Windows 7 tidak mempunyai sebarang pelayar interent didalamnya. Mungkinkan sokongan komuniti setempat akan digunakan untuk menyebarkan pelayar internet kepada pengguna. Ataupun Microsoft lebih berminat untuk mengetahui seramai mana yang akan mengambil Internet Explorer daripadanya. Walau apapun yang terjadi, peperangan akan tetap diteruskan. Walaupun caranya mungkin berbeza. Sesi 10 tamat.

Rujukan
Adam, P. (2009) 19 Jun 2009. Firefox 3.5 RC2 Available for Download. lifehacker.com
Alex, F. (2009) 18 Jun 2009. The New Firefox Icon. blog.mozilla.com/faaborg
Brandon, S. B. (2009) 12 Jun 2009. EU not happy with browser-less Windows 7. www.firingsquad.com
Firefox Facts. (2009) 19 Jun 2009. Come Meet the New Firefox 3.5 Logo! www.firefoxfacts.com
Ina, F. (2009) 11 Jun 2009. Europe to get Windows 7 sans browser. news.cnet.com
Michael, S. (2009) 11 Jun 2009. Europe to Receive Browser-less Windows 7. hothardware.com
Mozilla Developer. (2009) 11 Jun 2009. Firefox 3.0.11 security and stability release now available. developer.mozilla.org/devnews
Seth, R. (2009) 19 Jun 2009. Firefox 3.5 almost here. download.cnet.com
Wolfgang, G. (2009) 18 Jun 2009. Firefox 3.5 release candidate 1 given to beta testers. www.tgdaily.com

Sabtu, 20 Jun 2009

5 Permainan Catur (Chess) Di Linux

Kelab Catur UMT
K adalah salah seorang daripada ahli didalam Kelab Catur UMT yang masih baru setahun jagung apabila dibangunkan tahun lepas. Oleh itu penulisan kali ini akan memperkenalkan kepada pembaca, lima permainan catur yang terbaik didalam Linux, Ubuntu khususnya.

Knights
Dikatakan sebagai yang terbaik didalam kelasnya iaitu Catur dua dimensi (2D). Knights dibangunkan pada tahun 2001 dan kini pemain boleh menggunakan beberapa enjin kepandaian buatan[1] (AI) yang dibekalkan seperti BabyChess, GNUChess dan Cilian. Juga menyokong permainan di FISC dan beberapa laman serta kelab chess dunia di internet yang membolehkan anda berlawan secara atas talian dengan pemain seluruh dunia. Jika anda seorang pemain catur yang menggunakan Linux, Knights adalah pilihan utama.

Brutal Chess
Mempunyai reputasi yang baik didalam Linux mahupun Windows serta menyokong paparan antara muka tiga dimensi (3D), Brutal Chess dikatakan sebagai satu pemainan chess yang hebat di Linux, tetapi sayangnya setakat ini Brutal Chess seperti telah dihentikan pembinaannya. Kelemahan Brutal Chess adalah tidak menyokong sistem pemainan atas talian FISC. Dan K kurang menggemari permainan catur sebegini kerana tidak selesa dengan paparan antara muka 3D.

DreamChess
Paparan antara muka yang bersifat 3D, walaupun DreamChess mempunyai enjin AI yang tidak sehebat Knights, tapi mempunyai fungsi yang sama dengan Knights iaitu menyokong penyimpanan permainan untuk dimainkan pada masa akan datang. Menggunakan enjin Dreamer, DreamChess dikatakan bahawa tidak begitu hebat untuk pemain yang sudah biasa bermain. Oleh itu mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mahu mencabar AI. Tetapi masih menyokong sistem permainan pelbagai pemain (multiplayer).

pouteChess
Daripada tahap "Newbie" kepada "I'm Kasparov", pemain akan dicabar oleh AI yang menggunakan enjin Faile. Tidak begitu hebat, tetapi sebagai alternatif kepada Brutal Chess dan juga DreamChess kerana menggunakan antara muka 3D. K tidak pernah menggunakan permainan ini.

eboard
Pencabar terbaik Knights, eboard mempunyai antara muka 2D, menyokong permainan atas talian FISC dan beberapa tempat yang lain dan mempunyai enjin AI seperti GNUChess, Crafty dan Sjeng. Tidak syak lagi bahawa eboard merupakan pencabar terbaik untuk Knights.

[1] kepandaian buatan - artificial intelligent (AI)

Rujukan
Andrew, M. Top 5 Chess Games. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Issue #10 - Februari 2008. Laman Sesawang: http://www.fullcirclemagazine.org/

Jumaat, 19 Jun 2009

Terminal. Edisi 2

Edisi 2
Edisi yang kedua ini meneruskan apa yang diperihalkan pada edisi suai kenal yang lepas. Pada edisi yang lepas K telah menerangkan tentang apa yang anda nampak apabila anda membuka Terminal anda. Soalan yang masih tidak dijawab adalah apakah maksud :~$ yang berada sebaris dengan nama anda dan nama komputer anda. Persoalan itu akan dijawab oleh pwd.

pwd
Pwd bermaksud print working directory atau kenyataan direktori ruang kerja yang akan menunjukkan anda berada di direktori mana ketika itu. Dan jika anda memberi arahan pwd, paparan yang akan dibalas oleh Terminal adalah seperti gambar di bawah.


Yang dimaksudkan dengan /home/tmukmkd adalah K kini berada didalam direktori home untuk pengguna tmukmkd, iaitu K. Dengan itu terjawab sudah persoalan yang K kemukakan pada edisi lepas iaitu :~% bermaksud direktori "home". Mungkin ada yang masih tidak faham dengan apa yang cuba K katakan dengan itu K lanjutkan dengan bahagian yang seterusnya yang membolehkan anda lebih memahami apa itu pwd dan direktori.

ls dan cd
Untuk anda melihat apa yang terkandung didalam sesuatu direktori, anda boleh menggunakan arahan ls. Arahan ls bermaksud list. Seperti contoh yang dilakukan oleh K disini, arahan ls pada direktori home akan mengeluarkan senarai direktori (folder) yang ada didalamnya.


Jika dilihat senarai yang diberi adalah sama seperti yang anda boleh lihat apabila anda membuka direktori home anda (Places > Home Folder). Untuk anda menjelajah masuk kedalam direktori (folder) tersebut anda perlu menggunakan arahan cd. Arahan cd adalah bermakud change directory atau tukar direktori. Sebagai contoh pertama K mahu masuk kedalam folder Document yang berada didalam direktori home. Contoh yang K lakukan adalah seperti dibawah.


Perlu diingatkan bahawa setiap yang anda tulis untuk menukar direktori adalah case sensitive atau perlu mengikut kecil besar huruf tersebut seperti mana yang ditunjukkan didalam arahan ls. Untuk tambahan kepada pengguna Windows, anda boleh menggunakan arahan dir untuk menukar direktori.

Tab Dan Case Sensitive
Mengapa terjadinya hasil seperti gambar K diatas. Kerana K menggunakan kekunci tab. Tab berfungsi sebagai pembantu anda didalam menulis nama fail yang kadang kala panjang dan anda hanya perlu mengingati nama awal atau sedikit daripada nama tersebut. Tetapi jika lebih daripada satu pilihan maka senarai calon yang anda boleh pilih akan ditunjukkan seperti gambar diatas. K menaip "Do" sahaja dan tab, hasilnya tiga folder mempunyai nama yang bemula dengan "Do". Tetapi apabila K menaip "Doc" dan tab, hasilnya hanya satu iaitu Document. Dan kini anda berada didalam direktori Document. Buktinya pwd menunjukkan direktori ruang kerja anda kini adalah Document. Mengapa terjadi hal Do dan Doc tersebut dan perlunya case sensitive? Didalam sistem yang berasaskan Unix, anda boleh menamakan fail anda didalam nama yang sama dengan syarat anda menggunakan kemampuan case sensitive. Seperti contoh gambar disebelah, K membuat empat fail yang sama dengan menggunakan case sensitive yang berlainan. Test, tEst, teSt dan tesT adalah empat fail yang berlainan yang menggunakan pembacaan yang sama. Tidak seperti di Windows, anda tidak boleh memberi nama yang sama untuk setiap fail anda. Walaupun cara case sensitive yang berbeza digunakan.

cd ..
Kini anda mampu untuk memasuki direktori kehadapan tetapi bagaimana untuk kembali ke direktori sebelum ini. Sebagai contoh anda berada di direktori Document dan anda mahu kembali ke direktori home untuk memasuki direktori Picture pula. Anda boleh menggunakan arahan "cd .." untuk kembali ke direktori sebelum ini seperti gambar dibawah dan disertakan pwd untuk menunjukkan anda berada dimana.


Kegunaan pwd didalam Terminal adalah untuk memberikan anda info tentang dimana anda kini kerana sebarang program atau skrip yang anda jalankan akan dijalankan didalam direktori tersebut. Misalnya anda mahu membuat satu direktori baru didalam direktori Document, anda perlu memasuki direktori Document terlebih dahulu. Untuk membuat direktori baru kita menggunakan arahan mkdir yang akan dibincangkan di Edisi 3 nanti.

Edisi 2. Tamat
Sampai disini Terminal Edisi 2, sebarang pertanyaan dan cadangan boleh dikemukakan didalam ruangan komen.

Artikel ini diterjemah, diubah dan diringkaskan daripada penulisan Robert Clipsham.

Rujukan
Robert, C. (2008) Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #15 - Julai 2008.

Khamis, 18 Jun 2009

Apple Tutup Masalah Java (Akhirnya)

Dikritik
Masalah Apple yang tidak membuat naiktaraf Java daripada versi yang mempunyai masalah pernah K perkatakan dahulu. Hari ini pihak Apple mengambil jalan yang terbaik iaitu menutup masalah tersebut dengan membuat naiktaraf kepada versi Java yang lebih baik.

Biar Lambat Asal Buat
Walaupun sedikit lambat, tetapi naiktaraf ini sedikit sebanyak menyejukkan hati pengguna Mac yang setia didalam menhadapi zaman kejatuhan sekuriti Apple yang kini diancam oleh pelbagai anasir jahat dan malware sekaligus meletakkan pengguna Apple pada kedudukan yang kurang selesa tentang sekuriti terutamanya selepas kejadian serangan trojan daripada perisian cetak rompak yang diletakkan didalam Photoshop CS4 dan iWork '09.

10.4 & 10.5
Naiktaraf tersebut melibatkan dua versi Mac OS X yang berlainan iaitu 10.4 (Tiger) dan 10.5 (Leopard). Selain itu naiktaraf ini juga melibatkan penampalan kepada masalah sekuriti yang lain sebanyak 33 jenis. Oleh itu naiktaraf kali ini adalah dikatakan sebagai naiktaraf yang penting dan berskala besar (Larry, 2009). Dengan saiz yang dianggap besar iaitu 158MB untuk Leopard dan 80.11MB untuk Tiger sekaligus membetulkan kembali versi java kepada yang lebih baik (Katie, 2009)(Peter, 2009).

Apple Selamat
Setelah membuat naiktaraf tersebut, Apple kini telah selamat daripada masalah Java tersebut yang dijumpai oleh Landon. Untuk pengguna Apple, K mengatakan naiktaraf ini adalah penting dan perlu.

Rujukan
Katie, M. (2009) Dikeluarkan pada 15 Jun 2009. Apple plugs critical Java security hole affecting Tiger, Leopard. Hiper-rangkai: www.appleinsider.com
Larry, S. (2009) Dikeluarkan pada 15 Jun 2009. Apple Updates Address Old Java Vulnerabilities. Hiper-rangkai: www.pcmag.com
Peter, C. (2009) Dikeluarkan pada 15 Jun 2009. Apple Java update fixes security hole. Hiper-rangkai: www.macworld.com

Rabu, 17 Jun 2009

Masalah USB Di VirtualBox



VirtualBox
Kali ini K akan membuat tutorial daripada masalah yang K hadapi sendiri ketika menggunakan VirtualBox untuk memasang Windows XP didalam Ubuntu. Dan masalah ini merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna VirtualBox kerana aturan untuk menggunakan USB didalam VirtualBox tidak secara autromatik sebaliknya perlu di aturkan oleh pengguna sendiri. Dan semoga tutorial ini membantu mereka yang memerlukan. Untuk tutorial ini K menggunakan VirtualBox 2.2.4 yang K ambil terus daripada laman web VirtualBox dan bukannya daripada Synaptic.

USB Tidak Dijumpai
Dahulu K pernah menggunakan VMware Workstation ketika memasang Linux didalam Windows dan kini K menggunakan VirtualBox didalam Linux untuk memasang Windows. Pendapat K terhadap VirtualBox begitu baik kerana tidak mempunyai banyak masalah ketika membuat pemasangan sistem operasi. Ketika aritkel ini ditulis, K telah pun memasang dua sistem operasi didalam VirtualBox iaitu Fedora 11 dan Windows XP. Tetapi hanya satu masalah yang K nampak. VirtualBox tidak dapat mengesan secara automatik pemacu USB yang K masukkan. Tidak seperti VMware. Dan setelah mencari dan mencuba banyak jawapan daripada internet akhirnya K menjumpai jawapan yang sebenar.

usbfs
Sebelum anda boleh menjadikan VirtualBox tersebut mengesan pemacu USB yang anda masukkan anda perlu membuat satu "group" atau kumpulan didalam aturan Pengguna Dan Kumpulan anda dengan pergi ke;
System > Administration > Users and Groups
Selepas itu anda mungkin perlu untuk "membuka kunci" untuk membenarkan anda meneruskan langkah yang seterusnya. Ikut seperti gambar dibawah dengan menekan butang "Unclock" dan memasukkan kata laluan anda.



Kemudian anda perlu menekan butan "Manage Group" dan kemudian "Add Group" untuk memasukkan "group" yang aka membantu VirtualBox anda mengesan pemacu USB anda didalam VirtualBox nanti. Group tersebut dinamakan sebagai usbfs dan anda perlu memasukkan nama anda (nama K disini sebagai contoh) dan selepas itu anda telah bersedia untuk langkah seterusnya. Dan K ingatkan anda untuk mengambil sedikit catatan tentang Group ID yang dipaparkan. Ia akan digunakan kelak.



Terminal
Kini anda perlu menggunaka sedikit ilmu didalam Terminal. Jika mereka yang tidak biasa dengan persekitaran Terminal dan tidak pernah menggunakan Terminal K sarankan anda untuk membaca penulisan K tentang Terminal yang diterjemahkan daripada majalah Full Circle di sini. Jika telah bersedia, masukkan arahan ini didalam Terminal anda;
sudo gedit /etc/fstab
Dan anda akan disuruh untuk memasukkan kata laluan anda, masukkan kata laluan tersebut dan satu tetingkap akan keluar dan masukkan petikan ini bawah ayat yang ada
# 1002 adalah group usbfs, gantikan no group tersebut di bawah ini V
none /proc/bus/usb usbfs devgid=1002,devmode=664 0 0
Petikan tersebut akan kelihatan sepeti didalam gambar yang tertera di bawah.



Simpan atau save perubahan yang telah anda lakukan tersebut dan masukkan pula arahan ini didalam Terminal
VBoxManage list usbhost
dan perhatikan senarai yang akan keluar. Contoh yang K mahu berikan adalah K mahu mengarahkan VirtualBox agar dapat mengesan pemacu cakera keras luaran K yang berjenama Western Digital seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah. Dan apa yang anda perlu buat kini adalah masukkan info kedalam USB VirtualBox seperti apa yang tercatat didalam Terminal tersebut. Dengan menekan butang "Setting" dan memilih USB serta menekan butang bernombor 1 dan kemudian butang bernombor 2. Selepas itu masukkan data tersebut.





Selepas itu anda digalakkan untuk membuat "reboot" atau "restart" untuk melengkapkan proses ini dan selepas itu seharusnya USB anda boleh dijumpai oleh VirtualBox. Dan anda boleh menekan butang kanan tetikus anda untuk memilih USB mana yang anda mahu di kesan untuk digunakan didalam VirtualBox. Seperti gambar dibawah.


Rujukan
xxzeenoxx. Dikeluarkan pada 23 Februari 2007. VirtualBox USB problems. Hiper-rangkai: ubuntuforums.org

Selasa, 16 Jun 2009

ZINK: Mencetak Tanpa Dakwat

Dell Wasabi
K mendapat mesej daripada Meha tentang perkara ini pada cuti yang lepas. Yang berminat untuk mengetahui bagaimana teknologi Dell Wasabi menjadikan pencetakkan tanpa menggunakan dakwat sebaliknya dakwat tersebut dibawa oleh kertas itu sendiri. Dan K mendapati bukan hanya Dell sahaja yang berminat dengan cara ini. Perhatikan logo pada gambar Wasabi di sebelah.

Masih Ingat? Polaroid
Jika dahulu kita diingatkan bagaimana sebuah kamera yang digelar sebagai Polaroid boleh mengeluarkan gambar pada masa yang cepat tanpa perlu menunggu satu jam atau lebih untuk melihat kembali gambar. Tetapi teknologi itu semakin dilupai apabila kebanyakkan kamera kini dipindahkan daripada analog kepada digital. Yang mempunyai skrin LCD. Tetapi tidak semua yang suka untuk melihat daripada LCD tetapi lebih minat untuk memegang foto dalam bentuk kertas. Inovasi berlaku dan evolusi bertindak. Pencetak mudah alih direka dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan pengguna mencetak gambar terus ke kertas. Masalah utama adalah berat dan perlu membawa dakwat bersama. Kini dakwat bukan lagi menjadi masalah. Dell Wasabi dapat dikatakan antara pelopor pertama yang mengeluarkan pencetak yang menyokong teknologi Zero INK (ZINK). Mencetak gambar kepada kertas tanpa menggunakan dakwat.

ZINK
ZINK adalah satu cara yang mudah dan lebih bersifat mobiliti kerana pengguna hanya perlu membawa Wasabi yang ringan (kerana tiada dakwat) dan kertas ZINK. Cara teknologi ini berfungsi adalah pigmen dakwat bukannya dibawa oleh pencetak sebaliknya dimasukkan terlebih dahulu kedalam kertas ZINK. Dan pencetak hanya perlu memanaskan pigmen untuk mengeluarkan warna yang diperlukan. Ini terjadi apabila pigmen yang digunakan adalah didalam bentuk kristal dye yang bertindakbalas dengan haba yang dikenakan didalamnya. Mudahnya, setiap kristal tersebut bertindak seperti sensor yang akan bertindakbalas apabila haba dikenakan kepadanya. Dan ia juga bergantung kepada tempoh masa haba dikenakan kepadanya untuk menjadikan warna yang diperlukan.


Aiskrim Goreng
Jika anda pernah memakan aiskrim goreng, dapat dikatakan analogi terbaik berada didalam itu. Kerana kertas ZINK tersebut mempunyai banyak lapisan yang saling bertindih dan bagaimana warna dapat dikeluarkan daripada tindakbalas haba dan tempoh masa haba dikenakan adalah seperti pembuatan aiskrim goreng, Dengan suhu yang betul dan tempoh masa yang betul aiskrim dilapisan luar akan keras dan dilapisan dalam akan tetap sejuk. Jika suhu yang kurang panas kemungkinan lapisan luar tidak mengeras akan terjadi. Dan jika terlalu panas, lapisan luar mengeras dan lapisan dalam menjadi cair. Sebagai contoh untuk gambar dibawah adalah bentuk kristal yang dijadikan gamba hitam putih. Anda boleh melihat lebih banyak bentuk kristal yang telah menjalani proses pemanasan menggunakan sistem ZINK di laman galeri kristal mereka.


Polaroid Kembali
Kini idea Polaroid yang lama iaitu menggunakan kamera dan gambar di atas kertas dapat keluar dalam masa yang singkat dapat diteruskan. Menggunakan kemera digital dan dimasukkan sekali bersama pencetak ZINK kedalam kamera dan terhasil seperti gambar disebelah. Oleh itu kini terdapat tiga produk yang menggunakan ZINK. Dell Wasabi, Polaroid PoGo dan TOMY xiao. Idea TOMY adalah sama seperti PoGo dengan memasukkan pencetak kedalam kemera digital dan gunakannya secara mobil. Kemampuannya tidak K ketahui. Hanya orang yang menggunakannya tahu kebolehannya. Gambar TOMY xiao K letakkan di bawah untuk tatapan anda dan perbandingan dengan PoGo.


Rujukan
GeniusBeauty (2009) Dikeluarkan pada 8 Jun 2009. PoGo: New Zink Technology-Based Polaroid Instant Digital Camera. Hiper-rangkai: geniusbeauty.com didalam Valery504 (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. New Zink Technology for Polaroid Digital Camera. Hiper-rangkai: www.propeller.com

Isnin, 15 Jun 2009

Apple: Satu Perjalanan Yang Sukar

Snow Leopard
Apple kini masih lagi disanggah dengan masalah Java yang lepas dan kini lanjutan daripada beberapa isu sekuriti termasuklah Trojan Horse didalam Photoshop CS4 dan juga iWork '09 dicampur dengan perkembangan terkini Apple, menunjukkan satu perkara, Apple telah sampai di tahap yang boleh digelar sebagai pemain utama yang penting didalam persaingan sistem operasi. Bermulalah satu perjalanan yang semakin sukar. Kes dibuka.

Isu 1: Malware
Kini isu ini menjadi perhatian utama di mana kayu ukur ini akan diletakkan kepada versi terbaru Mac OSX kelak, Snow Leopard akan diuji. Bagaimana untuk membantu pengguna daripada terkena serangan virus dan juga ekploitasi yang lain yang mungkin berlaku. Itu tidak dikira dengan masalah virus yang semakin menjadi sekarang. Kebanyakkan serangan kini tertumpu kepada laman sesawang porno yang menyuruh pengguna memuat turun codec mahupun menggunakan serangan skrip yang memaksa sistem memuat turun virus tersebut. Walaupun nampak seperti selamat kepada mereka yang tidak memasuki laman tersebut, tetapi malware akan semakin matang dan merbahaya kepada pengguna mereka. Sama seperti masalah Windows.



Isu 2: Snow Leopard
Percaya atau tidak, mahu atau tidak. Apple kini tidak lagi menyokong unit pemprosesan lama mereka yang mereka gunakan, PowerPC kerana Snow Leopard haruslah menggunakan unit pemprosesan Intel. Sekaligus menjadikan produk mereka yang menggunakan PowerPC sebagai spesis terancam dalam beberapa tahun akan datang. Kebanyakkan pengguna yang telah lama menggunakan Apple berpendapat evolusi ini membawa kebaikkan dan juga terdapat keburukkan. Evolusi ini adalah disebabkan Apple tidak lagi mengeluarkan produk mereka yang menggunakan PowerPC dan hanya menggunakan Intel. Walauapapun keputusan telah dibuat dan pengguna seharusnya mengambil inisiatif jika mereka mahu menggunakan Snow Leopard. Dan juga ini adalah stratergi daripada Apple untuk menentang serangan daripada Windows 7.

Isu 3: Google Quick Search (GQS) vs Quicksilver
Google kini mengorak langkah untuk memberikan khidmatnya didalam Mac dengan mengeluarkan GQC yang dikatakan lebih baik daripada Quicksilver yang selama ini digunakan oleh pengguna Mac OS X. Jika benar boleh dikatakan bahawa GQS adalah pembunuh Quicksilver. Walaupun kini GQS tidak lagi sampai ditahap boleh menggantikan Quicksilver diatas kekangan yang paling besar, kurangnya plugin. Tetapi Google mempercayai bahawa kemampuan GQS berbanding Quicksilver mampu untuk mengantikannya. Dan K juga mengatakan bahawa GQS akan popular kerana ianya adalah produk Google. Sama seperti Chrome.

Kesimpulan
Apple sedikit sebanyak telah diiktiraf sebagai salah satu daripada pemain utama yang berada hampir dengan kedudukan Windows. Mungkin Linux juga telah diiktiraf tetapi kerana beberapa kekangan menyebabkan serangan virus terhadap Linux kurang diambil perhatian. K lebih suka untuk melihat perihal ini dalam jangka masa panjang kerana cara penggunaan komputer berubah dan kini kanak-kanak lebih mahir daripada beberapa tahun lalu. Setakat ini, kes ditangguhkan.

Rujukan
Arnold, K. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Mac OS X Snow Leopard Does Require Intel Processors. Hiper-rangkai: www.macrumors.com
Gary, M. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Google Quick Search Box vs Quicksilver. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Jacqui, C. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Report: kids' use of tech growing exponentially. Hiper-rangkai: arstechnica.com
Patrick, G. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Google adds Quick Search Box for Mac. Hiper-rangkai: www.techradar.com
Pob. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. More Mac OS X malware discovered. Hiper-rangkai: www.sophos.com
Rob, E. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Apple WWDC: How to take on Windows 7. Hiper-rangkai: www.tgdaily.com
Tim, S. (2009) Dikeluarkan pada 10 Jun 2009. Snow Leopard officially puts PowerPC Macs on endangered species list. Hiper-rangkai: www.engadget.com

Ahad, 14 Jun 2009

Kursus Unix/Linux dan SQL Server

Seni Pra-Semester Baru
Semester baru makin hampir, dan kini K sedang menjalani kursus Linux. Oleh itu poster khas dibina untuk menyatakan hal ini.


Tekan gambar untuk resolusi yang lebih jelas. Untuk semua peserta, selamat berkursus.

Artikel perihal ini telah diterbitkan lebih awal di Blog Kelab Comtech UMT

Sabtu, 13 Jun 2009

5 Perisian Penulisan Blog Di Linux

ScribeFire
Jika dahulu K pernah membuat penulisan berkaitan addon didalam Firefox, iaitu ScribeFire yang merupakan satu aplikasi untuk membantu K menulis blog. Tujuan utama penggunaan ScribeFire adalah kerana K masih boleh menulis walaupun berada didalam luar talian dan akan dimasukkan kedalam blog apabila K mendapat talian internet. Kini K menjumpai satu artikel didalam e-Book Full Circle isu #4 yang berkaitan dengan perkara ini. 5 perisian penulisan blog untuk Linux, amnya. Ubuntu khususnya.

KBlogger
Berdasarkan namanya, KBlogger merupakan satu aplikasi yang dikhususkan untuk digunakan didalam persekitaran ruang kerja[1] KDE. Mempunyai reputasi selama ini yang amat disegani sehingga idea ini diadaptasi kepada persekitaran ruang kerja Gnome oleh Gnome Blog.

QTM
QTM mempunyai ciri-ciri seperti ScribeFire, mempunyai kekuatan seperti QuickPost, trackback, ping dan tag Technorati. Malangnya QTM bukanlah salah satu daripada repo didalam Ubuntu tetapi pihak mereka telahpun mengeluarkan versi .deb didalam laman sesawang mereka yang boleh dimuat turun oleh pengguna Debian dan Ubuntu.

Gnome Blog
Seperti klon untuk KBlogger, tetapi dibina untuk persekitaran ruang kerja Gnome. Anda boleh mencubanya dengan memasang Gnome Blog daripada Synaptic atau opsyen Add/Remove.

Drivel Journal Editor
Dikatakan untuk kegunaan geeks, tetapi K tidak merasakan begitu kerana terdapat segelintir orang yang meminati cara penulisan menggunakan HTML daripada menggunakan WYSIWYG[2]. K sendiri lebih menyukai menulis didalam bentuk HTML daripada WYSIWYG kerana lebih mudah untuk diubah dan diuruskan. Drivel juga boleh didapati daripada Synaptic atau opsyen Add/Remove.

ScribeFire
Tentang ScribeFire ini telah di ceritakan oleh K didalam penulisan yang terdahulu, tetapi K merasakan kekurangannya adalah didalam beberapa pemerhatian dan penggunaan K, ScribeFire kurang sesuai untuk digunakan oleh K dimana ketika K menggunakan dua hingga tiga tetingkap Firefox didalam tiga desktop maya (menggunakan Compiz) seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah, akan mempunyai masalah yang begitu serius, iaitu kelembapan dan penggunaan memori yang amat banyak. Sekali gus menyebabkan kadang kala crash akan berlaku. Mungkin K akan menimbang untuk menggunakan Drivel pula selepas ini.

[1] persekitaran ruang kerja : desktop enviroment
[2] WYSIWYG - what you see is what you got, satu cara penulisan didalam laman interent yang lebih mesra pengguna daripada penggunaan HTML.

Rujukan
Andrew, M. Top 5 Blogging Tools. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Issue #4 - Ogos 2007. Laman Sesawang: http://www.fullcirclemagazine.org/