Sabtu, 28 November 2009

Mesyuarat Bawah Dua Pokok

Pokok Ciku
Isu mensyuarat pertama: nasib pokok ciku yang terlalu tinggi, sukar diambil hasilnya.
Keputusan meysuarat: pokok itu dikorbankan.
Kehadiran: Ahli lembaga tertinggi hadir dengan "chainsaw" dan parang.
Nota: Pokok ciku bergetah, sila pakai baju yang tidak berapa mahal.

Pokok Kelapa
Isu mesyuarat kedua: nasib buah kelapa muda
Keputusan mesyuarat: proses pembelajaran mengenal buah kelapa muda dijalankan
Kehadiran: Ahli rahsia
Nota: Belah kelapa dari punggungnya bukan puncaknya.







Kedua-dua mesyuarat ditangguh menjelang tengah hari.

Sabtu, 21 November 2009

Borak Borak ChromeOS

Kemaskini_1: 21 November 2009

5 Siri Terawal

Pernah K menulis tentang Google Chrome OS yang K gelar sebagai GoCOS. Sebanyak 5 siri telah ditulis. Semuanya tentang Google Chrome OS. Dan kini, secara rasmi Google mengeluarkan kod sumber Chrome OS kepada umum.

Penulisan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan Chrome OS didalam VirtualBox

Bukan yang Terawal
K bukan yang terawal menulis tentang ini, Amanz dan suki antara yang terawal. Oleh itu K tidak akan menceritakan apa itu GoCOS, bagaimana ia dibina kerana semua itu telah diceritakan pada edisi pertama dahulu. Mungkin ada kelainan kerana perubahan masa tetapi K rasa konsep adalah tetap sama.



Biru Chrome
Warna biru yang sama dengan warna pelayar internet chrome menyambut anda di muka hadapan GoCOS. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan, lagipun ia hanya satu konsep awal sistem ini. Pengguna harus memasukkan ID Google anda iaitu akaun Gmail, hanya Gmail yang diterima. Dan kemudian disambut dengan paparan yang seketika sementara akaun anda dibina dengan sempurna.

Penetapan akaun anda akan berada didalam sistem ini apabila anda memasuki untuk pertama kali (yang memerlukan talian internet) dan selepas itu anda mampu untuk memasuki sistem walaupun tiada talian internet dengan membuat kemasukkan luar talian.

Flash
Flash dan lain lain skrip mampu dijalankan walaupun agak berat apabila dijalankan. Mungkin kerana semua kod masih belum ditahap yang stabil. Kerana utiliti seperti notepad dan kalkulator masih tidak dapat digunakan dengan baik.


menu pilihan versi awal. Masih tidak diasingkan mengikut kategori


Flash bertindak dengan baik walaupun sedikit "lagging"


Permainan catur yang menggunakan Flash. Perhatikan satu buah yang "hilang"


Percubaan membuka AMBNaC menggunakan GoCOS


Pro
Masih awal, boleh diperbaiki.
Dibina oleh Google.
Sesuai untuk masa hadapan.
Masa Boot yang laju. 7 saat. Mungkin kerana kernal masih ringan

Kontra
Terlalu futuristik. Mungkin tidak ramai yang mahu menggunakan konsep ini.
Semuanya harus menggunakan internet. Tidak sesuai untuk pengguna Malaysia.
Mungkin semua storan di internet, dan yang mempunyai had.

Kesimpulan
Masih awal untuk membuat apa-apa kesimpulan, masih menunggu versi seterusnya.

Finch



instant messaging untuk terminal. Jika lagu boleh dimainkan menggunakan mocp, Googling boleh dilakukan dengan elinks, maka instant messaging boleh digunakan menggunakan finch. Arahan pemasangan didalam Debian Based Linux adalah seperti ini;
apt-get install finch
Selamat mencuba~

Finch adalah IM yang berasaskan Pidgin. Yang dibina khas untuk mereka yang tidak mempunyai X Window/GUI.

Rabu, 18 November 2009

Homeworld dan Komputer


10 Tahun
Permainan komputer yang dikatakan terbaik pada zamannya, konsep: peperangan angkasa 360 darjah - 3 dimensi - masa nyata. Mungkin tidak ramai yang mengetahui permainan ini kerana kalau diingat kembali dikalangan jiran, hanya K seorang yang bermain Homeworld. Permainan ini masih mempunyai fan yang masih meminati permainan ini diseluruh dunia. Sedar tak sedar sudah 10 tahun berlalu. Dan masa itu Relic bukan satu syarikat yang hebat. Hanya satu syarikat yang kecil.


10 Tahun
Secara langsung juga menjadikan penglibatan K dan komputer adalah 10 tahun. Walaupun masa itu tidaklah mengetahui bagaimana menguruskan fail, virus dan pelbagai lagi. Tetapi sedikit sebanyak telah dipelajari seperti Adobe Photoshop 7 (sehingga kini K menggunakannya), coral draw (tidak ingat versi) dan sudah tentu FIFA 98 yang boleh dimainkan menggunakan tetikus dan bermain di padang indoor (seperti fustal). Komputer pada masa itu adalah sistem klon yang mempunyai Intel Celeron, Windows 98 dan monitor CRT.

10 Tahun
Untuk 10 tahun akan datang. Apa yang boleh dicapai. Tentu menarik.


uplink. offline

Selasa, 17 November 2009

Fedora 12 Dilepaskan

Fedora 12 v Ubuntu 9.10
Sekali lagi bertembung antara dua distro yang K lihat sebagai pesaing terbaik. Jika Fedora 11, Leonidas yang bersaing dengan Ubuntu 9.04, Jaunty Jackalope kini akan bertemu sekali lagi. Antara Karmic Koala dan Constantine.

Masih Menunggu
K masih menunggu pandangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentang Constantine yang sememangnya akan memberikan persembahan terbaik mereka. Anda sudah menggunakannya? Pendapat anda?

Ahad, 15 November 2009

RV Discovery

Kapal Penyelidikkan UMT
KUALA TERENGGANU 15 Nov. — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai universiti pertama di negara ini yang mempunyai kapal penyelidikan dan latihannya sendiri apabila kapal yang dinamakan ”RV Discovery” siap menjelang April 2010.
Dibina oleh Kay Marine Sdn. Bhd. dengan harga RM12 juta.

Sumber: www.utusan.com.my

Sabtu, 14 November 2009

Banjir, Air dan Penyakit

Musim Telah Tiba
Jika musim lepas K berada di UMT dan melihat bagaimana banjir berlaku, musim ini sekali lagi di sini. Tetapi banjir atau tidak masih belum pasti. Yang pasti musim hujan telah tiba.
Terdapat penyakit yang merebak melalui air yang tidak bersih atau tercemar, makanan yang tidak dimasak dengan betul seperti Taun(cholera), Demam Tifoid, keracunan makanan dan sebagainya
Dan tanda-tandanya adalah seperti;
i) Cirit yang akut dan berlarutan boleh mengakibatkan dehidrasi
ii) muntah berterusan
iii) Demam
iv) kejang otot dan cramp
v) rasa dahaga, kulit kering, lidah kering disebabkan oleh kurang air
Jika mengalami masalah seperti itu, sila ke klinik berhampiran. Mencegah lebih seronok dari mencari ubat. Oleh itu langkah pencegahan adalah seperti berikut;
i) Minum air yang di masak ( elakkan air telaga walaupun di masak)
ii) Makan makanan yang baru di masak dengan betul
iii) Guna air yang bersih untuk membasuh sayur, buah-buahan dan alatan memasak
iv) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan bilik air, sebelum makan dan semasa menyediakan makanan
v) Tutup makanan dari lalat, serangga dan tikus
vi) Pilih kedai makan yang bersih ketika makan di kedai makan
vii) Bersih sekeliling rumah dan lupus sampah di tempat yang sesuai
viii) Guna toilet yang sesuai
ix) Jangan mandi air sungai dan air banjir
iix) Elakkan minum minuman berais( ais dari kilang)
Pesanan ini adalah khidmat masyarakat yang dipetik daripada email daripada;
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

Isnin, 9 November 2009

GetDeb & Mirror Malaysia

GetDeb
GetDeb adalah satu laman yang mana mengumpulkan banyak aplikasi Linux didalam bentuk pakej .deb atau Debian software binary package. Perkara baik didalam deb ini adalah pengguna tidak perlu untuk menggunakan terminal untuk memasang sesebuah aplikasi. Tetapi pengguna hanya perlu menekan ikon aplikasi tersebut dua kali. Ini adalah perkara baik untuk pengguna Windows yang mahu membuat migrasi kepada Linux. Tetapi kini GetDeb melangkah kepada satu taraf yang lebih baik.

Naiktaraf Secara Repo
Kelemahan menggunakan pemasangan luar seperti ini adalah pengguna kadang kala harus membuang dahulu aplikasi tersebut sebelum memasang aplikasi baharu seperti Pidgin untuk mengelakkan implikasi pertembungan antara versi. Oleh itu apa yang dilakukan oleh GetDeb didalam versi kedua kini adalah untuk memudahkan pengguna dan hanya perlu melakukan proses naiktaraf yang rutin sepertimana selalu. Dan aplikasi tersbut akan dinaiktaraf kepada versi yang terkini secara automatik melalui repositori. Langkah ini adalah lebih baik daripada menunggu versi terkini untuk keluar secara rasmi daripada repositori rasmi. Jika berminat ada boleh terus ke laman GetDeb dan disana ada diajarkan cara untuk menggunakannya.

Mirror Malaysia
Kembali kepada naiktaraf dan kemaskini daripada repositori yang rasmi, anda di Malaysia sebenarnya boleh menggunakan mirror Malaysia yang mungkin membantu anda membuat kemaskini dan naiktaraf dengan lebih pantas. Di dalam Ubuntu 9.10 ada ditulis beberapa pilihan mirror untuk Malaysia, iaitu;
  • archive.mmu.edu.my
  • mirror.oscc.org.my
  • mirror.upm.edu.my
  • ubuntu.bytecraft.com.my
  • ubuntu.mmu.edu.my
Dan dengan server mirror ini anda akan dapat lihat kelainan didalam membuat naiktaraf yang lebih laju.

Tukar Kepada Mirror Malaysia


System > Administration > Software Source (kedudukan tidak mengikut gambar)
Selalunya sistem akan meminta katalaluan untuk pengesahan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk mengubah penetapan.


Ubuntu Software > Download from > Other
Dan satu popup akan keluar untuk anda memilih daripada senarai yang ada.


Cari "Malaysia" dan pilih salah satu daripada 5 mirror yang ada. Disini K memilih "ubuntu.mmu.edu.my" sebagai server pilihan dan tekan butang "Change Server" untuk membuat simpanan.

Selepas itu sistem akan bertanyakan sama ada anda mahu membuat kemaskini server atau tidak, dan anda boleh memilih sama ada mahu membuatnya atau tidak. Semoga ini akan membuat naiktaraf dan kemaskini anda lebih laju.

Tembok Berlin


Tembok yang memisahkan kedua belah German satu masa dahulu menyambut ulang tahun ke 20 kejatuhannya. Berliner Mauer adalah pekataan asal Tembok Berlin atau Berlin Wall didalam bahasa German dan Mauerfall adalah peringkat dimana kejatuhan Tembok Berlin.

Kebebasan Tanpa Tembok : Freedom Without Walls

Sumber
www.google-logos.com

Jumaat, 6 November 2009

Pidgin Ἀμνησία

Ἀμνησία
Ἀμνησία - amnesia. Penyakit lupa/hilang ingatan. Apa kaitannya dengan pidgin? Pidgin K yang dipasang pada Karmic tiba-tiba mengalami masalah tidak boleh mengingat akaun yang telah dimasukkan selepas tutup laptop. Pidgin K pasang didalam karmic disebabkan K tidak minat menggunakan emphaty. K ada menceritakannya di artikel lepas.

purple
purple adalah salah satu direktori didalam Linux yang menyimpan data dan konfigurasi Pidgin. Masalah berlaku apabila empunya direktori tersebut adalah root dan bukannya pengguna. Disebabkan itu Pidgin tidak akan menyimpan data konfigurasi akaun.

chown
K pernah memberi cara bagaimana untuk menukarkan penetapan empunya sesebuah fail atau direktori dahulu. Di bawah ada menujukkan gambar bagaimana penukaran ketetapan itu berlaku.

K menggunakan gabungan antara ls, grep dan piping dan diakhiri menggunakan chown.

K menukarkan penetapan pengguna empunya direktori purple itu daripada root kepada K sendiri. Dan selepas itu Pidgin kembali normal dan Emphaty telah dibuang.

Linux eBook

Percuma
Itu perkara peting. Untuk yang berminat boleh terus ke nothingOS. Laman ini bukan menghimpun yang terkini tetapi paling kurang mengumpulkan sumber pembelajaran yang asas. Apa yang ada? Antara yang menarik;

Pemasangan dan Panduan untuk bermula.
The Easiest Linux Guide You’ll Ever Read – An Introduction to Linux for Windows users

Sekuriti
Linux Firewall Configuration, Packet Filtering & netfilter/iptables

Sysadmin
In The Beginning Was The Command Line

Pengaturcaraan
Java Application Development on Linux by Carl Albing and Michael Schwarz
The Art of Unix Programming

Migrasi
Linux Client Migration Cookbook
Linux Client Migration Cookbook, Version 2: A Practical Planning and Implementation Guide for Migrating to Desktop Linux by Chris Almond

Kernal
The Linux kernel

Dan beberapa buku khas yang menjurus kepada distro tertentu seperti Ubuntu, Knoppix dan Red Hat.

Sumber
adq890. 23 Disember 2008. Open Source e-Book. NotingOS

Kamera Dwi Skrin

Sesuai
Suka tangkap gambar? Suka muat naik gambar (upload)? Kamera ini sesuai untuk anda. Kamera dwi skrin.

Gunanya? Untuk tangkap gambar sendiri tanpa pertolongan orang. Tidak perlu tangkap gambar di hadapan cermin. Didalam bilik salinan pakaian. Atau perlu mencuba beberapa kali untuk gambar yang sempurna.

Harga: $300.
Jenama: Samsung.
Pixel: 12.2 Megapixel.

Sumber: Wired

Zoologi Sejak Kecil

Triops
Terbaca didalam laman Wired tentang Triops bagaimana Triops boleh dijadikan satu haiwan "keluarga" yang mudah dijaga, kurang komitment dan paling penting dapat menjana minda kanak-kanak yang meminati sains. Usia cadangan 7-11 tahun.

Kurang pasti sama ada Tripos boleh hidup di iklim Malaysia atau tidak. Tetapi haiwan kecil seperti ini amat berguna untuk pembelajaran secara langsung kanak-kanak untuk memahami kitaran hidup, biologi marin dan juga mengenali haiwan ini dan keunikkan bentuk badannya. Didalam kelas Branchiopoda yang boleh dikatakan sebagai kelas primitif, dan dikatakan masih berbentuk sama selama lebih 220 juta tahun. Jauh sebelum zaman dinosaur.

Pendidikan
Pengalaman sebenar adalah berganda lebih baik daripada membaca semata-mata. Perkara seperti ini amat baik kerana pelajar dapat menjana pemikiran dengan membuat aktiviti seperti ini. Kitaran hidup singkat. hanya memerlukan dua hingga tiga hari untuk membesar sepenuhnya dan jika bernasib baik generasi kedua akan disemai. Kecil. Tidak perlu bekas yang besar dan cukup sekadar bekas kitar semula yang mempunyai ruang udara. Mungkin Malaysia tidak berpeluang menggunakan Triops, tetapi mesti terdapat satu spesis yang mampu digunakan untuk tujuan ini.

Sumber
Billabong Bugs. www.billabongbugs.com
My Triops. mytriops.com
Little Science Books. Triops: a very unusual creature. www.littlesciencebooks.com
Triops. www.triops.com
Triops Information Page. www.tadpoleshrimp.info
Wired. 5 November 2009. Can’t Commit to a Family Pet? Try a Triops. www.wired.com

Pengurusan Media

Popup Media
Jika anda biasa menggunakan Linux antara perkara yang kurang diminati oleh K adalah popup yang dilakukan oleh media seperti cakera keras luaran (external harddisk) atau pemacu kilat (flash drive) setiap kali anda melakukan sangkutan (mount). Pada mulanya kelihatan menarik dan sehingga disuatu masa yang mana harddisk tersebut mempunyai 4 partition dan popup untuk setiap partition akan menyukarkan untuk anda membuat kerja. Cara penyelesaian mudah sahaja. Tidak perlu sebarang arahan didalam terminal.

Media



Tekan gambar untuk lebih jelas. Dan semoga tutorial ringkas ini membantu anda.

Khamis, 5 November 2009

Wallace & Gromit dan Sesame Street

Siapa Tak Pernah Tengok?
Siapa tak pernah tengok Wallace & Gormit, kartun tanah liat dan Sesame Street yang sampai kini masih ada. Mereka menyambut ulang tahun ke 20 dan 40 semalam (4 November 2009) dan Google macam biasa melakukan Doodle khas.



4 November 2009. Ulang tahun ke 20 Wallace dan Gromit. Di sambut di UK, Portugal, German dan Austria.

4 November 2009. Ulang tahun ke 40 Sesame Street Di sambut di beberapa negara terpilih dengan imej yang berlainan.







Sumber: www.google-logos.com

Rabu, 4 November 2009

PC, Desktop dan CPU

Apa Bezanya?
Berbeza. Memang berbeza. Dan seringkali orang tersalah anggap terutamanya ketika bertanya soalan didalam forum. Masalah utama kesalahan ini akan menyebabkan orang sukar untuk membantu kerana tidak faham apa yang anda cuba perkatakan.

PC - personal computer. Komputer persendirian. Didalamnya terdapat beberapa kategori kecil termasuklah desktop, workstation, dan komputer riba (laptop).

CPU - central processing unit. Unit pemprosesan berpusat. Bentuknya lebih kurang begini

Oleh itu berjaga-jaga didalam apa yang anda perkatakan kerana ia membantu orang untuk memahami masalah anda.

nota tambahan: anda digalakkan menggunakan bahasa penuh didalam mana mana forum terutamanya di bahagian komputer agar tidak menambah kesukaran untuk memahami bahasa sms dan singkatan anda.

Redbook: Linux Client Migration Cookbook

Kemaskini_1: 6 November 2009

IBM

IBM mengeluarkan "Redbook" Linux Client Migration Cookbook, Version 2: A Practical Planning and Implementation Guide for Migrating to Desktop Linux. Mempunyai 376 muka surat yang menerangkan bagaimana sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil didalam melakukan migrasi kepada sistem operasi Linux.



yang berminat boleh menekan gambar diatas untuk muat turun percuma
notakaki: K baru mahu memuat turun, masih belum membacanya.
Rasanya buku ni hampir setahun sudah dikeluarkan.

Selasa, 3 November 2009

Kecekapan. Satu Persoalan

Kipas dan Kecekapan
Hasbullah Pit ada mengeluarkan artikel daripada blog orang rumahnya tentang bagaimana ketinggian kipas siling daripada lantai mempengaruhi kecekapan kipas tersebut. Selain itu bahan bilah turut mempengaruhi. Menurutnya bahan bilah kipas kini diperbuat daripada acrylic. Itu tentang kipas.


Sistem Operasi dan Kecekapan
Adakah Linux Distro (Ubuntu dan Fedora sebagai contoh) mampu menyaingi kecekapan kerja yang diperolehi daripada menggunakan Windows? Terbaca didalam satu blog, The Indexer apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pengguna Linux Ubuntu setelah menaik taraf kepada 9.10. Antaranya adalah "mempromosi" sejumlah perisian alternatif seperti antivirus (walaupun dikatakan Linux tiada virus dari segi teori), app runner, codec, dan yang paling penting perisian sumber terbuka alternatif kepada berbayar seperti Wine, Gimp, OpenOffice, Amarok, Inkscape, Blender dan Brasero. Tetapi adakah semua perisian ini boleh meningkatkan kecekapan jika sesebuah organisasi berniat untuk mengubah kepada sistem sumber terbuka didalam syarikat mereka. Terutamanya daripada segi format OpenOffice yang kadang kala "lari" apabila dibuka didalam Microsoft Office.

Satu persoalan terbuka.

Kembali kepada kipas, kipas lama menggunakan besi sebagai bilah dan sampai masanya ia akan berkarat dan tidak lagi cekap untuk digunakan.

Isnin, 2 November 2009

9.04 dan 9.10

Kemaskini_1: 02 November 2009

Dua Partition

1. 9.04 yang dahulunya adalah 8.10 (baru tingkat naik semalam)
2. 9.10 yang dipasang secara keseluruhan

9.04
Sedikit masalah grafik - sebelum ini di partition kedua 9.04 tiada masalah. Masalah grafik seharusnya selesai. Tetapi apabila ditingkat naik daripada 8.10 terdapat masalah berkaitan grafik. Penyelesaian pilihan, menggunakan Intel Driver 2.4. Masalah selesai. 9.04 beraksi dengan baik menggunakan Compiz.

9.10
Masalah driver tiada. Hanya masalah bunyi dan masalah wireless - speaker mengeluarkan bunyi yang agak "menjengkelkan" setiap 0:30 hingga 1:00 minit. Penyelesaian masih tidak dijumpai. Bunyi tetap keluar walaupun telah membuat penetapan mod senyap. Masalah wireless. Cara yang paling malas dan pantas. Tidak digalakkan. Untuk cara yang mungkin berkesan dan baik ada disini. Cara lain adalah memasang bcmwl-kernal-source daripada CD anda atau menggunakan apt-get_1 atau apt-get_2 dan satu restart diperlukan. Tetapi cara ini tidak berkesan kepada K. K menggunakan "apt-get b43-fwcutter" dan boleh menggunakan wireless.

Kesimpulan
9.04 telah stabil dan telah menukarkan 8.10 sebagai ubuntu utama lappy.