Jumaat, 31 Julai 2009

Influenza & Doa 2

Perutusan Khas

Satu demi satu pusat pengajian rendah dan tinggi ditutup gara-gara kesan daripada H1N1. Malahan telah acap kali dimasukkan peringatan tentang ini didalam setiap khutbah Jumaat oleh khatib.

Perbanyakkan doa. Sesungguhnya bahasa terindah itu datang daripada hati yang insaf. Insaf akan kekerdilan dan kekecilan. Dan kebesaran yang Maha Besar. Dan ingat bahawa sakit adalah ujian dan penghapus doa.

Disamping doa, jaga kesihatan dan jangan lengahkan diri anda jika terdapat kesan yang menjurus kepada wabak tersebut. Jangan dibiarkan diri sendiri atas sebab kepentingan diri dan tidak mahu disyaki terkena wabak. Kerana jika orang lain merana kerana anda, anda bersalah atas sebab itu.

Maka beruntung mereka yang sakit dan mengingati Tuhannya dan terus mengingati selepas itu.

Maulid Daiba'i

Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.


Wahai Tuhanku! Kurniakan Maqam Al Wasilah kepadanya.
Wahai Tuhanki! Kurniakan Maqam Al Fadilah kepadanya.


Wahai Tuhanku! Redhailah pada Sahabatnya.
Wahai Tuhanku! Redhailah keluarga dan keturunannya.


Wahai Tuhanku! Redhailah pada guru kami.
Wahai Tuhanku! Redhailah kedua ibubapa kami.


Wahai Tuhanku! Redhailah kami sekalian.
Wahai Tuhanku! Rahmatilah setiap Muslim.


Wahai Tuhanku! Ampunilah setiap orang yang berdosa.
Wahai Tuhanku! Janganlah putuskan harapan kami.


Wahai Tuhanku! Wahai Tuhan Yang Mendengar doa kami.
Wahai Tuhanku! Sampaikanlah kami untuk menziarahi Nabi Muhammad.


Wahai Tuhanku! Sinarilah kami dengan petunjuknya.
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada kami pemeliharaan dan keamananMu.


Wahai Tuhanku! Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.
Wahai Tuhanku! Selamatkan kami dari azabMu.


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kami mati syahid.
Wahai Tuhanku! Liputilah kami dengan kebahagiaan.


Wahai Tuhanku! Berilah taufiq kepada setiap pemimpin.
Wahai Tuhanku! Hancurkanlah tiap-tiap musuh dan penceroboh.


Wahai Tuhanku! Kami sudahi dengan nama Nabi Muhammad yang diizinkan memberi syafa'at.
Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.

Rujukan
orgawam. 4 April 2009. Terjemahan Maulid Diba'. orgawam.wordpress.com
Al Faqir Illallah Al Qawiyy Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al Maliki. (2007) Maulid Daiba'i. Sofa Production.

Rabu, 29 Julai 2009

Terminal. Edisi 8

Edisi 8
Bersambung daripada edisi 7. Masih tidak lengkap tugas yang diberikan didalam senario. Yang masih tertinggal adalah;
  • membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat
  • ketua kumpulan boleh memasuki direktori kumpulan sekundernya
  • direktori eksekutif hanya boleh dimasuki oleh kumpulan eksekutif
  • direktori penyelidik hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penyelidik
  • direktori aplikasi hanya boleh dimasuki oleh kumpulan aplikasi
  • direktori penjualan hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penjualan
Edisi 8 menyambung tugas tersebut.

rwx
RWX (baca sebagai rowx) adalah satu cara untuk menguruskan kebenaran untuk sesebuah fail atau sesebuah direktori yang boleh digunakan oleh kumpulan atau pengguna yang telah diberi kebenaran sahaja. Atau dapat dianalogikan sebagai satu peraturan kepada sesiapa yang mahu memasuki sesebuah banggunan. Untuk menerangkan konsep yang digunakan oleh rwx, lihat pada gambar di sebelah yang menunjukkan beberapa contoh fail dan direktori, dapat dilihat dicontoh yang ketiga ditulis adalah;
drwxrwxrwx root root
Daripada contoh tersebut dapat dikatakan sebenarnya seting tersebut terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama adalah huruf pertama yang menunjukkan abjad "d" iaitu menunjukkan jenis fail/direktori tersebut. Abjad "d" adalah singkatan kepada direktori. Manakala jika tiada sebarang tulisan seperti contoh pertama, maka ia adalah sebuah fail. Seterusnya rwx dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut adalah;
  • rwx pertama: seting kepada pengguna (user)
  • rwx kedua: seting kepada kumpulan (group)
  • rwx ketiga: seting kepada orang lain (other)
Abjad r bermaksud baca/lihat (read), w untuk tulis/ubah (write) dan x untuk jalankan (execute). Konsep yang digunakan adalah seperti suiz, on/off atau buka/tutup. Misalnya K mahu membuat seting supaya direktori A tidak dapat di baca (lihat), di tulis dan di jalankan kecuali orang yang telah K benarkan, apa yang perlu K lakukan adalah membuka semua "suiz" untuk seting pengguna dan menutup semua suiz untuk kumpulan dan orang lain. menjadi seperti ini;
drwx------
Dengan itu direktori tersebut hanya boleh dicapai oleh pengguna yang telah K tetapkan dan benarkan. Tetapi bagaimana K mahu membuat seting? K menggunakan arahan "chmod". Atau dengan nama lain, penukaran mod fail secara binari (binary). Konsepnya adalah seperti ini, sesebuah fail/direktori boleh dianggapkan sebagai sebuah rumah mempunyai 3 pintu masuk untuk masuk kedalamnya iaitu menggunakan pengesahan nama, pengesahan kumpulan dan tiada pengesahan. Dan setiap cara pengesahan mempunyai kad yang memberikan hak anda untuk melakukan apa yang boleh didalam rumah tersebut mengikut nombor yang tercatat diatasnya. Sebagai tuan rumah (admin), anda mampu memberikan hak tertentu kepada setiap pintu yang dimasuki.

Sebagai contoh K mahu memberikan hak membuat apa sahaja (baca, tulis dan jalankan) kepada sesiapa yang memasuki rumah melalui pintu pertama, pintu pengesahan nama. Oleh itu K perlu masukkan data;
  • r - buka (1)
  • w - buka (1)
  • x - buka (1)
didalam binari, 111 bernilai 7 didalam nombor persepuluhan. Oleh itu kad kuasa pengguna yang memasuki melalui pintu pertama adalah bernilai 7.

teruskan kepada pintu kedua, K mahu memberikan hak membaca dan menjalankan sahaja, tetapi bukan menulis. Oleh itu apa yang perlu dimasukkan adalah;
  • r - buka (1)
  • w - tutup (0)
  • x - buka (1)
sekaligus memberikan nilai binari 101 atau 5. Oleh itu nilai kad kuasa untuk pintu pengesahan kumpulan adalah 5.

dan K mahukan orang yang memasuki melalui pintu tiada pengesahan hanya boleh membaca (melihat) sahaja. Dengan kata lain;
  • r - buka (1)
  • w - tutup (0)
  • x - tutup (0)
nilai binari adalah 100, dan sekaligus memberikan nilai kepada kad kuasanya , 4.

Apa yang mahu dikatakan disini adalah untuk memberikan hak kepada sesebuah fail/direktori arahan chmod yang dikatakan diatas ditambahkan dengan seting yang diceritakan diatas menjadi arahan seperti ini;
  • chmod 754 rumah
dengan rumah adalah direktori tadi. Akhirnya akan kelihatan seperti ini,

Jika bahagian ini telah difahami teruskan pada bagaimana untuk menentukan siapa yang harus diberikan kebenaran berdasarkan senario sebelum ini. Soalan pertama, direktori eksekutif.

chown
Arahan yang perlu digunakan adalah chown. Seperti contoh yang didalam gambar diatas, anda akan perasan terdapat tulisan "root root", root yang pertama (kiri) menunjukkan bahagian pengguna dan root yang kedua (kanan) mewakili kumpulan. Dengan ini dapat difahami bahawa seting untuk pengguna melalui chmod sebentar tadi adalah kepada nama pengguna yang tertulis di tepinya dan begitu juga untuk pengguna. Teruskan kepada soalan, K anggapkan anda telah membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat dengan menggunakan cara yang telah diajar sebelum ini untuk menggunakan arahan "mkdir" dan navigasi asas didalam terminal. Dan K cadangkan anda menukarkan kesemua seting binari keempat-empat direktori tersebut kepada 770, kerana anda mahu memberikan kebenaran penuh kepada penguna dan kumpulan tetapi tidak mahu memberikan kebenaran kepada orang lain.
chown root:eksekutif eksekutif
Apa yang berlaku adalah arahan chown digunakan untuk menukarkan empunya direktori eksekutif kepada dipunyai oleh pengguna root dan kumpulan eksekutif atau menukar tuan punya sesebuah rumah jika analogi diatas diambil kira. Untuk lebih contoh yang membantu anda memahami, untuk direktori penyelidik, mereka mempunyai "ketua" iaitu arifah yang memasuki kumpulan penyelidik secara sekunder. Cara untuk menukarkan empunyai direktori penyelidik adalah seperti ini,
chown arifah:penyelidik penyelidik
kini apa yang K lakukan adalah K menukar pula direktori penyelidik daripada root:root kepada arifah:penyelidik untuk memberikan hak kepada pengguna yang bernama arifah dan juga kumpulan penyelidik untuk "memiliki" direktori ini. Sebenarnya tidak perlu untuk memasukkan nama arifah didalam kenyataan ini, cukup sekadar root:penyelidik sahaja kerana jika anda perasan, arifah juga adalah salah seorang ahli didalam kumpulan penyelidik. Tetapi untuk lebih menampakkan fungsi chown tersebut, nama arifah, K masukkan sekali. Kesannya tetap sama. Jika anda sudah memahaminya, maka teruskan sehingga habis.

Semak
Untuk memastikan fungsi yang dibuat telah berjaya, anda boleh memasuki (logon) kepada nama pengguna yang telah anda buat dengan memberikan arahan
su - <nama pengguna>
Boleh dikatakan ini adalah lanjutan kepada arahan su (subtitute user) atau penukaran pengguna. Didalam Ubuntu mungkin anda tidak akan menjumpai arahan ini kerana Ubuntu lebih menggunakan cara sudo melainkan anda membuat seting agar akaun root wujud ataupun menggunaka arahan sudo su. K menggunakan contoh pengguna arifah. Dan anda boleh mencuba kejayaan anda dengan memasuki direktori yang tidak sepatutnya anda masuki seperti contoh direktori aplikasi dan ralat seperti gambar dibawah akan dikeluarkan.

Jika ralat tersebut keluar, maka anda telah pun berjaya melakukan tugasan ini kerana anda tidak membenarkan pengguna lain selain yang berkaitan memasuki direktori yang telah ditetapkan.

Tips Tambahan
Jika anda perasan semasa penukaran pengguna anda tidak ditanyakan tentang kata laluan. Sebenarnya anda mampu memberikannya katalaluan dengan menggunakan root dan arahan
passwd <nama pengguna>
Seperti contoh, passwd arifah dan arahan seterusnya anda perlu ikut sahaja. Seperti gambar dibawah


Anda boleh membuat eksperimen sendiri dengan menggunakan arahan chmod dan chown untuk melihat kesannya. Dan juga dengan cuba membuat fail atau direktori didalam direktori yang dapat dimasuki untuk lebih memberikan kefahaman kepada anda.

Edisi 8. Tamat
Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan anda boleh larikan perkara tersebut kepada ruangan komen dibawah, K akan mencuba untuk memberikan yang terbaik.

notakaki: untuk pelajar yang memasuki lab linux untuk subjek sistem operasi, K cadangkan anda untuk membaca bab editor didalam terminal kerana minggu depan akan berkisahkan VI editor.

Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill

Ahad, 26 Julai 2009

Terminal. Edisi 7

Kemaskini_1: 29 Julai 2009

Edisi 7
Linux CentOS digunakan pada kali ini. Mungkin terdapat beberapa kelainan berbanding dengan Linux Ubuntu. Sinopsis adalah tentang pengurusan pengguna dan kumpulan.

Kumpulan
Didalam satu organisasi kumpulan adalah amat penting kerana sebaiknya kita tidak mahu memberikan kebenaran kepada orang yang tidak sepatutnya terhadap fail yang tidak berkaitan. Seperti contoh Jabatan Arkitek tidak perlu tahu tentang kewangan syarikat tetapi dia perlu tahu data yang ada didalam Jabatan Sumber Manusia. Dengan itu kita boleh membuat kumpulan yang membolehkan perkara ini berlaku. Teruskan.

ROOT
Berlainan dengan Ubuntu, jadikan diri anda sebagai ROOT dengan arahan "su -" dan masukkan katalaluan ROOT. ROOT adalah penting untuk membuat sebarang perubahan drastik seperti menambah kumpulan dan menambah pengguna. Tutorial kali ini agak padat dan sebarang kemusykilan harus dilampirkan kepada ruangan komen.



Senario
Anda seorang admin Linux disebuah syarikat dan dikehendaki untuk membuat pengurusan berkaitan kumpulan dan pengguna. terdapat 4 jenis kumpulan primer. eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan.
  • eksekutif: arifah, maizura, matnor
  • penyelidik: mustafa, rabiei
  • aplikasi: zai, pouzi
  • penjualan: sumazly, suzuri
  • arifah ketua kumpulan penyelidik (sekunder)
  • maizura ketua kumpulan aplikasi (sekunder)
  • matnor ketua kumpulan penjualan (sekunder)
  • membuat direktori eksekutif, penyelidik, aplikasi dan penjualan di bawah direktori /home/syarikat
  • ketua kumpulan boleh memasuki direktori kumpulan sekundernya
  • direktori eksekutif hanya boleh dimasuki oleh kumpulan eksekutif
  • direktori penyelidik hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penyelidik
  • direktori aplikasi hanya boleh dimasuki oleh kumpulan aplikasi
  • direktori penjualan hanya boleh dimasuki oleh kumpulan penjualan
apa yang perlu dilakukan adalah, membuat kumpulan terlebih dahulu. Ini untuk memudahkan kerja anda. Analoginya adalah seperti ini, untuk duduk disebuah tempat, anda perlu membina "rumah" terlebih dahulu barulah anda boleh duduk disatu satu kawasan. Kumpulan adalah dianggap sebagai "rumah" kepada pengguna. Oleh itu, bina kumpulan dengan arahan "groupadd " seperti dibawah
groupadd eksekutif
Dengan arahan ini kumpulan eksekutif telah pun dibina dan teruskan dengan membina tiga lagi group dengan cara yang sama.

Perlu anda faham perbezaan kumpulan primer dan sekunder. Secara mudahnya kumpulan primer hanya satu sahaja setiap individu. Sebagai contoh, anda seorang rakyat Malaysia. tetapi anda juga adalah berbangsa Melayu dan anda adalah Lelaki. Oleh itu kumpulan primer anda adalah rakyat Malaysia dan Melayu & Lelaki adalah kumpulan sekunder anda. Perbezaan utama adalah kumpulan primer hanya satu dan kumpulan sekunder tidak ada hadnya.

Rumah telah tersedia, siapa yang akan duduk didalam rumah tersebut? Sudah tentu penggunanya, dan pengguna tersebut perlu diberitahu dirumah mana yang boleh didudukinya. Dengan itu terdapat dua cara untuk menambah pengguna. Iaitu menggunakan arahan "useradd" atau "adduser" terdapat perbezaan yang ketara diantara keduanya, jika anda terlupa K sarankan anda rujuk kembali menggunakan manual. Untuk kali ini, K menggunakan "useradd".
useradd -g eksekutif -G penyelidik arifah
apa yang berlaku disini adalah pengguna arifah akan dibina dengan opsyen dia diletakkan dibawah kumpulan eksekutif sebagai kumpulan primernya dan kumpulan penyelidik sebagai kumpulan sekundernya. Jika seseorang itu hanya mempunyai kumpulan primer, tidak perlu mengeluarkan opsyen -G kerana -G adalah untuk memberikan kumpulan sekunder. Seperti contoh, rabiei;
useradd -g penyelidik rabiei
Jika anda melakukan kesalahan seperti meletakkan arifah kedalam kumpulan aplikasi, gunakan arahan usermod;
usermod -g eksekutif -G penyelidik arifah
suka untuk mengingatkan bahawa cara menggunakan usermod adalah anda perlu memasukkan kesemua arahan secara lengkap atau tidak akan menyebabkan data anda salah.



Bersambung ke edisi 8

Rujukan
Michael, T & Steve, S (2003) Red Hat Linux Administration: A Beginner's Guide. McGraw-Hill

Sabtu, 25 Julai 2009

e-Book dan Porno

Keratan Akhbar Tabloid
KUALA TERENGGANU - Sekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah 'celik IT' apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah... Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka. - KOSMO. Macam pernah K katakan dahulu.

Imbas Kembali

Apa yang K pernah katakan dahulu?
Jangka pendek
  • Anasir luar. Disebabkan menggunakan Windows XP dan mempunyai kemudahan USB. sekali gus K boleh mengatakan bahawa akan terdapat beberapa anasir luar yang akan tersimpan didalam e-Book tersebut. Oleh kerana dikongsi bersama orang lain didalam keluarga. Anda mungkin lebih faham. Contoh termudah, permainan.
Walaupun K tidak menegaskan bahawa porno atau bahan lucah juga menjadi salah satu daripada masalah utama jangka pendek yang akan berlaku, tetapi punca utama adalah "anasir luar". Betul ia menjadi kenyataan kerana e-Book dilancarkan pada 25 Mei 2009. Jika melihat pada tarikh penulisan K pada tajuk yang sebelum ini, E-Book: Penyelesaian Atau Satu Permulaan Masalah.

Memang betul kata Tokoh Guru 2009, Shahul Hamid Mydin Shah, "Saya yakin murid akan menyukai teknik pembelajaran baru ini". Bukan hanya murid, tetapi "anasir luar" juga akan menyukainya.

K kembalikan sekali lagi persoalan yang K kemukakan pada masa itu, yakinkah anda bahawa E-Book adalah satu penyelesaian dan bukannya satu permulaan masalah.

Rujukan
Haradian, S, H. (2009) Bahan lucah dalam e-Book. Kosmo (Atas Talian) 25 Julai 2009.

Rabu, 22 Julai 2009

Terminal. Kronologi

Kemaskini_1: 26 Julai 2009
Kemaskini_2: 29 Julai 2009
Kemaskini_3: 7 Ogos 2009

Catatan Ringkas

K dikehendaki mengajarkan serba sedikit tentang Linux kepada pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknologi Maklumat (SMTM) Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Disebabkan K lebih menggunakan Terminal dan ada yang telah K tuliskan didalam AMBNaC, oleh itu K letakkan semua hiper rangkai didalam satu tempat agar lebih mudah untuk dicari.

Terminal. Edisi Suai Kenal 12 Jun 2009
  • Apa itu Terminal
  • Permulaan pengenalan kepada Terminal
  • Whatis & Man
  • rm -rf
Terminal. Edisi 2 19 Jun 2009
  • pwd
  • ls
  • cd
  • case sensitive
Terminal. Edisi 3 26 Jun 2009
  • touch
  • mkdir
  • cp
  • mv
  • rm
Terminal. Edisi 4 3 Julai 2009
  • Vi
  • Nano
Terminal. Edisi 5 10 Julai 2009
  • grep
  • find
  • piping |
Terminal. Edisi 6 20 Julai 2009
  • MOC (Music on Console)
Terminal. Edisi 7 26 Julai 2009
  • groupadd
  • useradd
  • adduser
  • usermod
Terminal. Edisi 8 29 Julai 2009
  • rwx
  • chown
  • chmod/li>
Terminal. Edisi 9 7 Ogos 2009
  • 10 laman mempelajari arahan terminal/shell linux/unix

Isnin, 20 Julai 2009

Terminal. Edisi 6

Terminal & Lagu
Jika edisi 5 telah K beritakan tentang bagaimana untuk menulis didalam Terminal dengan menggunakan Nano dan VI, kini K lanjutkan kepada bagaimana untuk mendengar lagu didalam Terminal. Benar, mendengar lagu dan musik. Bagaimana untuk menggunakannya, teruskan pembacaan anda didalam Terminal Edisi 6.

MOC
MOC seperti namanya adalah akronim kepada Music On Console atau mudahnya muzik didalam Terminal membekalkan sokongan kepada memainkan fail muzik didalam Terminal. Walaupun Terminal sering dikatakan sebagai satu bidang yang hanya melihat warna pasif seperti hitam, putih, biru dan hijau. Tidak melihat perkara lain selain itu, mungkin membosankan tetapi tidak jika anda tahu cara untuk menjadikannya sedikit menghiburkan. Untuk yang masih tidak memahaminya teruskan pembacaan.

Pemasangan MOC
Untuk lebih memahami kita harus memasangnya dan mencubanya. Masukkan arahan pemasangan didalam Terminal anda,
sudo apt-get install moc
Setelah pemasangan selesai dilakukan oleh apt-get, anda hanya perlu memasukkan kekunci "mocp" didalam terminal untuk menjalankan MOC. Akan keluar paparan seperti ini, dan mungkin berbeza warna kepada anda.



Paparannya adalah seperti kebanyakkan aplikasi pengaturan maklumat seperti Midnight Commander untuk pengguna Linux atau DirectoryOPUS (DOPUS) dan TotalCommander untuk pengguna Windows. Cara menggunakannya amat mudah, anda hanya perlu mencari direktori dimana semua lagu anda disimpan dan seperti kes K, K menyimpan semua lagu K didalam folder Music, dan menekan kekunci A (ctrl+a) untuk memasukkan (add) lagu yang dijumpai didalam direktori tersebut kedalam senarai lagu yang mahu dimainkan (playlist). Untuk pengetahuan anda, MOC mengunakan cara recursive iaitu secara masuk kepada sub-folder dan bukan kepada peringkat teratas sesebuah direktori sahaja.

Arahan Mudah

  • g - cari lagu yang anda mahukan didalam senarai lagu
  • spacebar - main atau jeda (pause)
  • tab - penukaran antara pelayar dan senarai lagu
  • n - lagu seterusnya
  • C - bersihkan senarai lagu
  • A - memasukkan lagu kepada senarai lagu secara recursive
  • a - masukkan fail kedalam senarai lagu
  • h - bantuan arahan


K Minat MOC
K kini menggunakan MOC, hanya satu sebab, dimana anda boleh mendapatkan satu pemain muzik yang boleh memainkan muzik dan hanya mengambil kurang daripada 10 MB daripada ruangan memori anda?



Jika dilihat daripada gambar ini, jumlah yang diambil hanya sekitar 5MB sahaja. MOC menggunakan dua proses untuk memainkan dan satu lagi sebagai buffer keluaran yang tidak akan menyebabkan gangguan kepada pemain MOC apabila sistem berada didalam keadaan sibuk. Terutamanya kepada sistem pelayan. Disini sahaja Edisi 6, semoga info ini berguna untuk anda yang minat kepada hal ringan dan mudah. Edisi 7 mungkin akan menyentuh sedikit tentang IRC dan Terminal.

p/s: K tidak dapat menulis beberapa hari lepas atas sebab yang tidak dapat dikenal pasti (malas sebenarnya).

Rujukan
Lucas, W. (2009) Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community. Isu #26 Jun 2009

Rabu, 15 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 5

Episod Akhir. Sesi Pertama
Episod 5 ini adalah yang terakhir didalam tajuk GoCOS. Untuk episod terakhir ini K akan memberikan rumusan terhadap apa yang telah K celotehkan sepanjang empat episod yang lepas.

Fakta
Ciri utamanya adalah;
  • GoCOS menyokong ARM dan x86
  • GoCOS adalah sistem sumber terbuka
  • GoCOS adalah percuma
  • GoCOS bukan Android
  • GoCOS menggunakan Cloud
  • GoCOS untuk pengguna internet tegar
  • GoCOS adalah mudah, laju dan selamat
Linux & Komuniti
  • GoCOS tidak mengeluarkan versi kernal Linux yang mahu digunakan
  • GoCOS tidak mengatakan mereka akan berada dibawah mana-mana Distro
  • GoCOS mempunyai Gears untuk aplikasi luar talian
  • GoCOS seolah-olah klon kepada gOS
  • GoCOS membawa imej baru kepada pengguna tentang Linux
Komuniti tidak bersetuju dengan GoCOS tentang
  • Sumber terbuka
  • Linux
Pendapat K
  • GoCOS hanya satu Linux yang tidak tentu baiknya
  • GoCOS belum tentu berjaya
  • GoCOS mungkin tidak mempunyai komuniti yang baik
  • GoCOS mungkin tidak akan memintas Ubuntu
Sumber Terbuka & Internet
  • GoCOS mempunyai Chrome sebagai pelayar internet
  • GoCOS tidak mempunyai perisian yang dipasang kekal
  • GoCOS hanya menyokong aplikasi web
Pendapat K
  • GoCOS tidak akan menyokong Wine dan apa-apa perisian luar termasuklah Firefox
  • GoCOS bukan untuk pengguna tegar aplikasi grafik, audio dan video
  • GoCOS bukan untuk K
Sekuriti Dan Data
  • GoCOS adalah Google
  • GoCOS tidak tentu selamat
  • GoCOS merupakan aplikasi pengumpulan data
Pendapat K
  • GoCOS akan mempunyai masalah dengan sekuriti
  • GoCOS akan menggunakan data penggunanya
Pergulungan Akhir
  • GoCOS merupakan satu sistem operasi yang bagus untuk pengguna tegar internet, yang hidup dengan internet semata
  • GoCOS merupakan satu sistem yang mengabungkan Linux sebagai asas dan Chrome sebagai bahan utama
  • "aneh dan pelik"
Pendapat K untuk tambahan
GoCOS masih baru dan secara tepatnya bagaimana GoCOS akan dibina masih kabur. Seharusnya GoCOS tidak hanya menyokong aplikasi di interent semata-mata kerana walaupun sasaran utamanya adalah Netbook, spesfikasi komputer kini semakin hebat dan berkembang. Oleh itu untuk mensia-siakan semua RAM dan ruang storan kepada pelayar internet semata-mata adalah "aneh dan pelik". Setakat ini, K mengatakan K akan menggunakan GoCOS. Tetapi hanya didalam Virtual Machine sahaja.

Rujukan
Adam, H. 8 Julai 2009. Linux community concern over Chrome OS. www.techradar.com
Anders, B. 31 Januari 2006. Google denies plans to distribute OS based on Ubuntu. arstechnica.com
Bran, L. 8 Julai 2009. Is Google Chrome OS a Windows killer? Or just a Jolicloud killer? www.downloadsquad.com
Charlie, S. 8 Julai 2009. Five Things Google’s Chrome OS Will Do for Your Netbook. www.wired.com
Eins. 8 Julai 2009. Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft? jomphp.com
Erica, O. 8 Julai 2009. PC makers mum about Chrome OS. news.cnet.com
Gary, M. 8 Julai 2009. Could Chrome OS land Google in court? www.techradar.com
Gordon, H. 8 Julai 2009. Why Chrome OS doesn't matter--or does it? news.cnet.com
Jack, S. 8 Julai 2009. Google Chrome OS: is it copying Microsoft's Gazelle or is it more like Splashtop? www.guardian.co.uk
John, T. 8 Julai 2009. Google's Chrome OS: what it means, why it matters. arstechnica.com
Josh, L. 8 Julai 2009. What will Google's Chrome OS watch you do? news.cnet.com
Larry, M. 8 Julai 2009. Does Google's OS decrease or increase security risks? news.cnet.com
Lance, U. 8 Julai 2009. 10 Questions for Google's New Chrome OS. www.pcmag.com
Mark, H. 8 Julai 2009. PC OEMs Plead Ignorance on Google Chrome OS. www.pcmag.com
Matt, B. 8 Julai 2009. Giz Explains: What the Hell's Google Chrome OS? gizmodo.com
Priya, G. 8 Julai 2009. No One Wants Linux Netbooks. Can Google Do Better? www.wired.com
Renai, L. 8 Julai 2009. No thanks Google, we've got Ubuntu. www.zdnet.com.au via www.osnews.com
Rory, C, J. 8 Julai 2009. Chrome - living in a Google world? www.bbc.co.uk
Ross, R. 8 Julai 2009. Switched On: With Google, this is not your father's OS war. www.engadget.com
Ryan, S. 8 Julai 2009. You Predict the Winner of OS Wars: Chrome, Windows, Linux, OS X? www.wired.com
Sarah, P. 8 Julai 2009. 10 Things We're Dying to Know About Chrome OS. www.readwriteweb.com
Scott, G. 8 Julai 2009. Five Questions About Google Chrome OS. www.webmonkey.com
Stephen, W. 8 Julai 2009. Chrome OS: What Is Google's Goal? www.businessweek.com
The Official Google Blog. 7 Julai 2009. Introducing the Google Chrome OS. googleblog.blogspot.com

Selasa, 14 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 4

Sekuriti Dan Penjajahan Data
Jika berkata tentang sekuriti rasanya ramai yang sudah memahami apa yang akan K perkatakan, tetapi apa pula yang diceritakan tentang penjajahan data. Penjajahan data sebenarnya adalah istillah K sendiri. Bukan istillah sebenar dan rasmi. Tetapi yang penting mengapa K panggil sebegitu.

Google. Pengumpul Data
Siapa yang tidak kenal Google, enjin carian yang amat amat bagus. Sukar untuk enjin carian yang lain seperti Yahoo dan Bing untuk menggugat dan mendapatkan data terbaik sebaik Google. Kerana itu Google unik. Google itu gah dimata pengguna. Bila Google mengatakan mereka membuat pelayar interent sendiri, ramai yang beranggapan itu perkara yang baik tetapi terdapat bahagian "hitam" didalam perkara itu. Google sememangnya terkenal dengan cara pengumpulan data yang baik, masakan tidak. AdSense yang begitu popular memerlukan data pengguna yang begitu banyak. Sememangnya Google Chrome dibina tidak lain misinya adalah untuk mendapatkan data daripada pengguna. Apa yang dilayari, apa yang dicari dan apa minatnya. Itu hanya sebagian kecil daripada apa yang dicari oleh Google Chrome. Kini di buka pula cara yang lain, membuatkan pengumpulan data tersebut lebih besar daripada apa yang ada kini.

GoCOS
Disitu dapat dilihat cara Google untuk mendapatkan data pengguna sebanyak yang dimampu. Untuk melawan kemaraan Bing yang dikatakan mampu untuk mengoyahkan Google selaku enjin carian nombor satu dunia. Apa yang mampu dilakukan oleh GoCOS adalah mencari data berkaitan minat, hobi, kewangan, antivirus dan sekuriti, hal semasa, kesihatan dan pelbagai lagi. Jika tidak mengapa Google membuat Google Trend. Kecuali untuk melihat apa yang dicari oleh pengguna. Semua itu adalah "harga" yang perlu dibayar oleh penggunanya lebih lagi kepada pengguna GoCOS. Sehingga ada yang beranggapan, Google adalah syarikat pengintip data yang sah.

Isu Sekuriti
Linux. Jangan kerana Linux anda terus mempercayai bahawa GoCOS itu selamat. Kerana GoCOS dan Linux belum tentu selamat jika tiada prosedur yang betul digunakan. K selalu memberikan quote apabila berkata tentang sekuriti;
Security is not a product, it's a process
Quote itu bukan datang daripada K tetapi orang lain, tetapi maksudnya amat baik untuk semua perkara yang melibatkan sekuriti. Anda seharusnya mengetahui bahawa Internet bukannya selamat, lebih lagi apabila anda menggunakan pelayar interent untuk membuat kerja yang bersifat sensitif dan kritikal. Jika mengatakan perihal virus sememangnya boleh K katakan setakat ini Linux masih bebas daripada perkara itu tetapi perihal eksploitasi pelayar interent tidak dijamin sama sekali. Termasuklah Google Chrome. Mungkin anda lupa, GoCOS menggunakan Google Chrome sebagai peralatan wajib kerana segalanya berada didalam Cloud. Anda sedang membuat risiko terbesar apabila mempercayai semua perkara untuk dilakukan didalam Cloud. Kerana teknologi tetap mempunyai risiko eksploitasi.

Penjajahan Dunia
Jika Microsoft di saman kerana memasukkan Internet Explorer kedalam Windows yang dikatakan sebagai anti persaingan didalam hal pegangan pasaran pelayar internet, apa pula terjadi kepada GoCOS yang memang mempunyai pelayar internet sebagai aspek terpenting? Perkara ini menjadi lebih rumit apabila kemungkinan besar juga GoCOS tidak mahu pelayar internet lain memasuki GoCOS seperti mana yang telah diterangkan didalam Episod 3. Jangan biarkan hidup anda dikuasai oleh Google. Gunakannya boleh tetapi jangan terlalu menyerah kepadanya.

Pergulungan
Jika diikutkan penulisan ini akan menjadi lebih daripada lima episod tetapi setelah disunting dan ditulis semula ianya dipendekkan menjadi lima episod sahaja. Dan episod susulan mungkin akan dikeluarkan jika terdapat persoalan yang perlu K tulis dan baiki semula apabila berlaku fakta baru. Setakat ini episod 4 melabuhkan tirai.

Isnin, 13 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 3

Aplikasi Sumber Terbuka
Episod ketiga menyelak tirai. Jika yang lepas telah membawa anda mengetahui bagaimana kesan baik dan kesan buruk yang mampu dibawa oleh GoCOS kepada Linux, komuniti Linux dan pengguna bukan Linux, kali ini membawa anda kepada satu permasalahan yang lebih tinggi iaitu aplikasi sumber terbuka dan dasar keterbukaan GoCOS kepada aplikasi sumber terbuka yang lain.

GoCOS Sistem Sumber Terbuka

Telah dinyatakan pada edisi pertama bahawa GoCOS adalah sistem operasi yang percuma dan dikatakan sumber terbuka. Lebih lagi apabila kernal yang dipilih adalah Linux dan pelayar internetnya adalah Google Chrome yang sudah semestinya sumber terbuka. Tetapi mengapa Google memilih menjadi sistem sumber terbuka. Mengapa tidak menjadi seperti Microsoft ataupun Apple sebagai sistem sumber tertutup. Kerana terdapat perkara yang kurang menyenangkan yang berlaku apabila GoCOS menjadi sumber terbuka. Iaitu siapa yang akan membantu didalam kelangsungan sistem tersebut. Komuniti mana yang akan membantu mereka. Kerana GoCOS dilihat tidak mengambil mana-mana Distro Linux sebagai parent atau mentor/asas seperti mana yang dilakukan oleh Ubuntu yang berasaskan daripada Debian dan Fedora daripada Red Hat. Oleh kerana GoCOS tidak mengeluarkan kenyataan bahawa dia berada dibawah siapa maka dengan itu dianggapkan bahawa GoCOS berdiri dengan sendiri. Dan itu bukan satu perkara yang baik.

Aplikasi Dalam Talian

Di edisi lepas ada menyatakan bahawa GoCOS hanya akan mempunyai pelayar internet Chrome sebagai asas kepada GoCOS dan yang lain ada didalam internet. Tetapi perkara ini kurang dipersetujui oleh beberapa pendapat.

> Aplikasi atas talian tidak efektif
Tidak dinafikan bahawa Google mempunyai pelbagai aplikasi atas talian seperti Picasa untuk gambar, Youtube untuk video dan GoogleApps untuk alternatif kepada Microsoft Office. Menghantar dan berkonsgi data didalam jaringan menggunakan Cloud dan tidak perlu memasang sebarang aplikasi sebaliknya hanya menjalankan di pelayan Google. Tetapi semua ini mempunyai kelemahan. Masa. Jika anda mempersoalkan adakah GoCOS mampu untuk menjalankan Adobe Photosop disaat sasaran utama mereka kini hanyalah Netbook, anda silap. Tetapi sepatutnya pengguna mampu untuk membuat kerja ringkas seperti membuat suntingan gambar, video dan audio didalam sistem operasi mereka sebelum dimasukkan kedalam blog ataupun laman mereka. Tetapi jika ini semua perlu dimuat naik ke internet terlebih dahulu, masa telah dibazirkan disitu. Dibantu oleh keadaan intenret yang tidak 24/7 ada disekeliling kita tanpa terputus.

> Gears belum sedia
Mungkin ada yang mengatakan bahawa aplikasi Google mampu menjalankan fungsi minima secara luar talian sekaligus menjawab perihal masalah internet diatas. Tetapi jika kita berkata didalam konteks sumber terbuka, seharusnya pengguna boleh memilih aplikasi apakah yang mereka mahu gunakan. Tetapi persoalannya kini adakah Gears sudah bersedia. Dan aplikasi luar apa yang menyokong Gears. Begitu juga halnya dengan HTML5.

> Chrome bukan pilihan
Jika anda diberi pilihan adakah anda mahu menggunakan Internet Explorer ataupun Firefox ramai antara kita akan berkata Firefox. Perkara yang sama akan berlaku jika anda menggunakan GoSOC. Chrome tidak sepopular Internet Explorer, Firefox ataupun Safari. Adakah aplikasi luar boleh digunakan termasuklah pelayar internet yang lain daripada Chrome. Seterusnya membawa kepada permasalahan penjajahan dan tindakkan undang-undang sebagaimana yang dikenakan kepada Microsoft dalam perihal Internet Explorer didalam Windows. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa GoCOS akan menjadikan Chrome sebagai pelayar internet nombor satu. Tetapi mengikut statistik, perkara ini tidak aka berlaku kerana jika Chrome betul-bbetul bagus dan diterima pakai oleh semua orang, mengapa Chrome kini mendapat pegangan pasaran hanya 2% daripada pegangan pasaran pelayar internet bukannya 98%.

> Aplikasi lain
Mungkin Google mempunyai Picasa, tetapi K mahu menggunakan GIMP untuk menyunting gambar, bolehkah GIMP dipasang kedalam GoCOS? K merasakan boleh kerana GoCOS menggunakan kernal Linux, sepatutnya semua aplikasi Linux dalam bentuk binari akan boleh dipasang. Tetapi caranya tentu tidak semudah memasang di dalam Windows. Secara tidak langsung membawa pandangan negatif kepada Linux. Sentimen lama terbina kembali.

> Masalah sekuriti dan peribadi
Isu ini akan dilanjutkan kepada episod 4.

Timbal Balik
Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan untuk mengatakan bahawa GoCOS ini membawa kebaikkan atau keburukkan. Terpulang kepada individu. Episod 3 melabuhkan tirai.

Ahad, 12 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 2

Pengguna & Linux
Episod kedua membuka tirai. Selepas semalam K berkata tentang pengenalan kepada GoCOS. Hari ini tajuk penulisan akan berkisar tentang Linux dan pengguna akhir atau lebih dikenali sebagai end user. Apa yang dikaitkan GoCOS dan Linux dan apa kesannya kepada pengguna dan juga komuniti Linux secara teorinya.

Kernal Linux
Dilaporkan GoCOS tidak akan menggunakan kernal yang baru sebaliknya hanya menggunakan kernal Linux. Walaupun begitu masih tidak jelas versi yang akan digunakan. Untuk pengetahuan anda Android juga menggunakan Linux sebagai kernalnya oleh itu dapat dikatakan bahawa GoCOS adalah Linux. GoCOS adalah Linux yang menggunakan populariti Google sebagai satu organisasi yang hebat. Dan secara tidak langsung membawa imej yang "gah" kepada Linux. Malangnya terdapat mereka yang tidak mengemari situasi ini. Bukan tidak mengemari situasi pengguna meruntuhkan tembok sentimen mereka terhadap Linux yang selama ini menganggap "Linux itu sukar dan menyukarkan" tetapi lebih dalam daripada itu. Sebelum itu anda perlu mengetahui bagaimana GoCOS itu sebenarnya. Bagaimana ia berfungsi.

Secara Kasar
Isu ini akan dipanjangkan didalam episod ketiga nanti didalam bahagian aplikasi sumber terbuka tetapi secara kasarnya dapat dikatakan untuk memudahkan pemahaman anda. GoCOS adalah satu sistem operasi yang menggunakan Linux sebagai kernal untuk menjadikannya sebuah sistem operasi yang didalamnya mengandungi sebuah pelayar internet. Iaitu Google Chrome yang dikuasai dengan Gears. Jika tidak masakan boleh nama GoCOS adalah Google Chrome OS. Ada yang berpendapat hanya itu yang terdapat didalam GoCOS. Dan yang lainnya menganggap terdapat beberapa gadget yang dibina oleh Google seperti Google Desktop, Google Gadget dan Google Talk. Tidak mempunyai sebarang aplikasi lain kerana segalanya aplikasi berada didalam Internet dan pelayan (server) Google. Bagaimana boleh berlaku, akan diterangkan lanjut didalam episod ketiga.

Linux Google
Golongan yang kurang senang dengan perkara ini mengatakan bahawa Linux akan datang hanya akan dikuasai oleh satu nama, dan nama tersebut membawa logo Google. Walaupun K tidak berfikirkan sebegitu kerana Linux hidup bukan kerana nama tetapi kerana komunitinya. Walaupun Google sebagai satu nama besar. Tanpa komuniti GoCOS tidak mampu membuat apa-apa terhadap Linux. K kini menggunakan Linux Ubuntu. Dan K tidak merasakan K perlu menukarkkan kepada GoCOS, tetapi itu K. Lain orang lain caranya, lain fikirannya, lain kemahuannya, lain pengetahuannya!. Tidak K mengatakan K hebat tetapi cukup untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu berlaku. Lebih lagi didalam bidang ini. GoCOS dilihat hanya menjual nama sebagai salah satu daripada produk Google. Dan sekaligus mungkin membawa keburukkan kepada Linux jika Linux dipandang sebagai GoCOS semata-mata oleh pengguna. Dan bukannya Linux.



gOS
Siapa tiru siapa. Linux gOS dikeluarkan dengan mengubah suai Linux Ubuntu dan dijadikan sebagai satu Linux yang bebas dengan menambahkan beberapa perkara termasuklah Google Gadget, Google Desktop sehingga menjadikan fenomena salah faham gOS sebagai Google OS satu masa dahulu. gOS juga menyokong aplikasi Cloud yang juga dibawa oleh GoCOS. Ironi sekali apabila kini GoCOS dilihat sebagai klon kepada idea asal gOS dan kemungkinan boleh mengkuburkan gOS secara terus apabila pengguna gOS berubah kepada GoCOS yang lebih "asli". Jika ini berlaku, GoCOS dan Google telah pun membunuh salah satu daripada Linux yang ada. Linux membunuh Linux. Kanibal. Satu perkara yang tidak disukai oleh komuniti Linux. Walaupun pengguna berhak memilih tetapi cara "pembunuhan" tersebut tidak disukai. Apapun GoCOS masih baru dan memerlukan sedikit ruang untuk membuktikan mereka mampu mengubah persepsi ini. Episod 2 melabuh tirai.

Sabtu, 11 Julai 2009

Google Chrome OS (GoCOS). Episod 1

Google
Penuh di dunia internet dihebohkan mengenai rancangan Google untuk membina sistem operasi mereka sendiri. Yang K gelar GoCOS. Mengikut rancangan awalnya spesifikasinya adalah seperti berikut;
  • Akan tiba pada tahun 2010
  • GoCOS adalah sistem operasi sumber terbuka
  • Untuk mereka yang hidup dengan web
  • Netbook untuk permulaan
  • Antara muka minima
  • Menyokong x86 dan ARM
  • Tiada kaitan bersama Android
  • Menggunakan konsep Cloud
Gembira & Teruja
Siapa yang tidak terpandang tatkala melihat Google mengeluarkan rancangan barunya. Daripada enjin carian kepada pelayar internet sehingga kini ke sistem operasi yang telah dimulakan didalam mobil iaitu Android. Daripada titik tolak kejayaan Android mendapat sokongan pembina perisian, Google telah melanjutkan kepada bahagian yang lebih serius. Sistem operasi untuk sistem komputer. Dimulakan dengan Netbook.

Idea Asal: Android

Kepada anda yang tidak mengetahui kisah disebalik GoCOS, Android adalah pemula kepada fenomena hari ini. Apabila Android dilihat mampu pergi lebih jauh sehingga ke Netbook atau lebih lagi, Google mengorak langkah kepada GoCOS. Bukan sekali agakkan ini dikeluarkan bahkan semenjak Android masih didalam versi 1.0 lagi. Tetapi didalam hati tidak dapat dinyatakan adakah gembira atau tidak dengan perkara ini. Penulisan tentang GoCOS ini berlanjutan sehingga enam episod yang K akan letakkan selama enam hari berturut, dan mungkin akan ditambah lagi jika terdapat perubahan daripada pihak Google. Tetapi setakat ini K telah menyiapkan enam episod. Semoga membantu untuk K memilih sama ada perlu takut atau tidak tetang perkembangan ini. Dan kesemua rujukan yang K gunakan akan diletakkan di episod keenam kerana terlalu banyak (pertambahan) dan merimaskan jika diletakkan pada setiap episod.



Tiga Persoalan
Episod pertama ini hanya akan menunjukkan anda apakah yang menariknya yang boleh diberikan oleh GoCOS. Dan tiga episod seterusnya akan membincangkan tentang apa yang K baca, lihat, fikir dan tulis tentang ini. Di akhir episod kelima nanti K akan kembalikan semula persoalan dan apa yang K fikirkan kepada anda selaku pengguna. Anda bebas untuk berkata. Pembahagian persoalan adalah;
  • Pengguna & Linux
  • Aplikasi Sumber Terbuka
  • Sekuriti & Penjajahan Data
Semoga bermanfaat kepada anda dan juga K. Episod pertama melabuh tirai.

Jumaat, 10 Julai 2009

Terminal. Edisi 5

Naiktaraf_1: 11 Julai 2009

Mencari & Menyelamat

Jika edisi 4 kita melihat perihal bagaimana menggunakan editor yang terdapat didalam Terminal, minggu ini kita melihat bagaimana menggunakan fungsi didalam terminal untuk mencari sesuatu fail ataupun paten yang khusus.
Grep
Grep adalah perkara penting didalam Terminal. Lebih lagi didalam mencari sesuatu didalam senarai yang panjang. Sebagai contoh didalam gambar. Dimana menunjukkan perbezaan antara penggunaan "ls" yang biasa dan "ls" yang "disalurkan" bersama "grep Do". Arahan grep adalah untuk mencari patent yang tertentu dan bertindak seakan penapis yang akan menapis keluaran daripada arahan "ls" kepada satu hasil yang lebih spesifik. Hanya menjurus kepada perkataan yang dicari

Anda juga boleh mencari sesuatu perkataan didalam sesebuah fail teks dengan memberikan arahan;
grep
Dengan cara ini grep akan mencari semua perkara yang berkaitan dengan apa yang anda mahu cari didalam fail yang anda letakkan dan memberi jawapan didalam bentuk kesimpulan terhadap semua yang dijumpai.

Tambahan Grep
Anda boleh memberikan arahan yang lebih spesifik kepada grep seperti
  • -n jawapan disertai nombor baris yang mengandungi perkataan tersebut
  • -r untuk mencari perkara yang sama didalam sesebuah direktori
untuk lebih lanjut anda boleh menggunakan arahan "man" yang telah diberitahu pada edisi pengenalan.

Find
Satu lagi arahan untuk mencari barang anda adalah dengan menggunakan arahan "find". Kemampuannya tidak dapat disangkal apatah lagi jika di "pipe" bersama arahan "xargs". Seperti contoh
find kekBaru -type f -name '*-kek' | xargs -I % cp % kekLama/
Maksud arahan ini adalah mencari sesuatu yang berjenis fail (-type f) yang mempunyai nama (-name) berkaitan dengan "-kek". Dan di lanjutkan arahan xargs dengan membuat pendua terhadap segala fail yang dikeluarkan oleh arahan "find" kepada satu folder lain yang dinamakan kekLama. Cara ini amat berguna apabila anda mempunyai senarai fail yang panjang dan besar.

Edisi 5 Tamat
Edisi 5 tamat disini. Mungkin edisi ini kelihatan lebih ringkas daripada edisi yang lepas. Tujuan utama adalah untuk menjadikan setiap penulisan didalam blog ini lebih ringkas. Jumpa di edisi 6.

Penulisan ini adalah diambil, digubah dan dimudahkan daripada artikel asal oleh Robert Clipsham.

Robert, C. Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #18, Oktober 2008.

Khamis, 9 Julai 2009

Tukar PDF Kepada Gambar

Dr. Ivan
Tutorial ni diambil daripada blog Dr. Ivan yang dimasukkan kedalam Linux Today. Mungkin berguna untuk anda yang mahu menjadikan PDF kedalam bentuk gambar untuk kegunaan tertentu.

ImageMagick
Mulakan dengan memasang aplikasi ImageMagick dengan menggunakan arahan di Terminal.


sudo apt-get install imagemagick

Kadang kala versi Ubuntu yang lebih baru telah mempunyai ImageMagick secara automatik. Setelah dipasang, masuk kepada direktori yang menyimpan fail pdf tersebut dan gunakan arahan "convert <tajuk pdf> <tajuk gambar>" seperti contoh dibawah;


convert fail.pdf fail.png

apa yang akan terjadi adalah imagemagick akan menukarkan setiap muka surat daripada fail.pdf kepada fail-01.png, fail-02.png dan seterusnya. Anda juga mampu untuk menukarkan kepada fail jpg dengan mengubah png kepada jpg.

Arahan Lain
Anda boleh mendapatkan arahan yang lain untuk memudahkan kerja anda didalam menggunakan ImageMagick dengan menggunakan arahan "man" seperti mana yang telah diajar didalam Terminal edisi pengenalan dahulu.

Kegunaan Sebenar ImageMagick
Kegunaan sebenar ImageMagick tidak hanya terbatas kepada menukarkan pdf kepada jpg semata tetapi mengubah dan menganalisa gambar didalam terminal. Anda boleh mencuba untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang ImageMagick. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman rasmi ImageMagick.

Rujukan
Dr. Ivan. 28 Jun 2009. Linux Tips & Tricks: Converting PDF-s to pictures in Linux. blog.dr-ivan.com via www.linuxtoday.com

Rabu, 8 Julai 2009

Twitter Gugur Lagi

Naiktaraf_1: 8 Julai 2009

MJ

Sekadar hal terkini, Twitter menerima tekanan kali kedua selepas kejatuhannya yang pertama apabila berita Jacko dikejarkan ke Hospital tempoh hari, kini hari Memorial Jacko, K melihat perkara itu datang lagi. Twitter gugur lagi.

dan gelombang kedua dapat dirasa apabila Paris Jackson berkata dikhalayak umum secara langsung. Tanpa tertutup muka.

Startup Program: Perlu Atau Tidak

Servis Pihak Ketiga
K membaca bagaimana Raymond berkongsi cara yang paling mudah untuk menjadikan masalah Windows boot lambat dengan menyahaktifkan semua servis aplikasi pihak ketiga. Cara ini bagus untuk mereka yang kurang mengetahui bagaimana untuk memilih program apa yang harus dijalankan yang mana tidak.

Kalau Memilih
Tetapi anda sebelum itu, anda perlu tahu beberapa perkara;
  • adakah program itu dimiliki oleh Microsoft
  • adakah progam itu dimiliki oleh sistem pertahanan anda
  • apakah kesan daripada tidak menjalankannya
Jika anda boleh mengetahui perkara-perkara ini, maka anda sudah boleh dikatakan bersedia untuk membuat perubahan. Semoga berjaya.

Jika anda mendapati terdapatnya aplikasi yang anda mahu gunakan tidak dapat berjalan, oleh itu periksa semula program apa yang ada kaitannya dengan sistem aplikasi tersebut. Terutamanya jika ianya sistem antvirus.

Rujukan
Raymond. 5 Julai 2009. Disable Third Party Services Ad Programs For Clean Boot In Windows. www.raymond.cc

Selasa, 7 Julai 2009

Windows 7: 13 Julai

RC -> RTM
Mungkin ini berita baik untuk peminat dan pengguna tegar Windows. Terutamanya bagi mereka yang telah lama merana kerana Vista. Windows 7 dilaporkan akan dinaikkan taraf kepada tahap RTM (Release To Manufacturing) daripada RC (Release Candidate) pada 13 julai ini. Secara ringkas dapat dikatakan bahawa Windows 7 akan dikeluarkan pada 13 Julai ini.

p/s: Tengah cuba cuba menggunakan PCLinuxOS. Ramai kata bagus.

Rujukan
Paul. 2 Julai 2009. CONFIRMED: Windows 7 RTM To Be Announced July 13th. geeksmack.net via www.techspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

Projek Firefox: Shiretoko

Bukan Firefox 3.5 Biasa
K tidak menggunakan Firefox 3.5 tetapi menggunakan pakej pembanggunan Firefox yang menjurus kepada Firefox 3.5 dan keatas termasuklah yang masih belum stabil dan masih diperingkat percubaan. Mengapa tidak menggunakan Firefox 3.5 yang stabil? Satu jawapan pasti dan satu harapan yang tulus.

Ubuntu & Firefox
Firefox 3.5 masih samar-samar untuk digunakan didalam Ubuntu yang terkini kerana tiada satu cara yang pasti didalam penukaran versi ini kerana perbezaan versi yang melibatkan enjin utama menyebabkan Firefox 3.0.x tidak dapat di naiktaraf secara automatik kepada 3.5.x secara repositoris. Oleh itu cara yang boleh digunakan adalah membuat pemasangan sendiri ataupun menggunakan repoitoris untuk pembanggunan. Mungkin Ubuntu 9.10 akan menjadikan Firefox 3.5.x sebagai Firefox tetap, tetapi untuk setakat ini, masih tidak jelas kedudukannya.

Shiretoko
K menggunakan Shiretoko sebagai pendua kepada Firefox 3.0.x yang kini K gunakan sebagai pelayar internet. Apa yang pasti kekurangan tentang aplikasi tambahan semestinya akan berlaku kerana tidak banyak aplikasi yang akan mengeluarkan naiktaraf sehingga keluarnya versi yang stabil. Perbezaan yang besar dapat dilihat daripada antara muka yang sedikit "pelik". Kelajuannya amat berlainan dengan kelajuan yang dicapai dengan Firefox 3.0.x kerana enjin baru yang dimasukkan kedalamnya amat dapat dikesan lebih laju daripada enjin lama tersebut. Lebih lagi apabila penambahbaikkan pengurusan memori yang membaiki kelemahan pengurusan memori dapat dilihat tetapi akan tetap akan mencapai sehingga 1GB apabila dibiarkan dalam masa yang lama walaupun dibiarkan didalam keadaan rehat atau idle.

Perbezaan
Firefox 3.0.x & Firefox 3.1.x (Shiretoko)



Perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada antara muka yang disebabkan tidak mendapat sokongan daripada tema yang terdahulu. Ini hanya satu masalah kecil yang akan diselesaikan setelah versi ini dikeluarkan secara rasmi.


Perbandingan dengan Acid3, menunjukkan Firefox 3.1.x lebih baik daripada Firefox 3.0.x. Tetapi masih tidak dapat mencapai tahap 100 seperti Opera dan Chrome walaupun lebih baik daripada Internet Explorer 8 yang mendapat kegagalan daripada ujian ini.

Kesimpulan
Firefox 3.5 adalah lebih baik daripada Firefox 3.0 yang lepas dalam banyak segi dan sebaiknya pengguna berpindah kepada 3.5 yang lebih stabil dan lebih laju. Untuk menjawab soalan di atas, apa yang mahu K lakukan adalah untuk mengetahui perkembangan Firefox ini dengan lebih baik seperti mana K lakukan terhadap projek chromium.

Sabtu, 4 Julai 2009

L33t $@tu B@H@$@

Naiktaraf_1: 4 Julai 2009

L33t
Sering kali kita melihat perkataan yang mencampurkan penulisan yang bercampur dengan penulisan. Selalunya digunaka oleh orang yang "hampir" dengan komputer dan dunia komputer. Terutamanya penggodam. Boleh dikatakan cara penulisan l33t ini satu gaya yang menarik. Tetapi apa itu l33t? Untuk permulaan l33t bererti leet.

8@H@5@ 3lit
L33t berasal daripada perkataan 3l33t yang bermaksud eleet (elite - ɛˈliːt) atau orang yang berada didalam kelas yang tinggi didalam heiraki pengguna komputer. Dan terdapat pelbagai jenis versi didalam bahasa l33t. Yang K sedang gunakan kini adalau bahasa l33t yang ditahap terendah taupun "l33t tradisional" dimana bahasa asal l33t semasa ia diguna pakai. Kini kretiviti dan sokongan luas oleh penggunaan unicode menyebabkan bahasa ini semakin menarik dan semakin sukar untuk di terjemahkan oleh mereka yang tidak biasa dengannya. Ini menimbulkan satu rasa 3lit itu kembali. Sebagai contoh, l33t boleh dijadikan sebagai 1337 dan kemudian dijadikan lebih sukar dengan menggunakan unicode untuk menjadikannya seperti ini └εΣ┼.

Gaya Bahasa
Oleh kerana asas kepada bahasa l33t adalah inggeris oleh itu penterjemahan perlu mengikut bahasa inggeris untuk memudahkan orang memahami lebih lagi dalam soal tatabahasa. Penambahan pebendaharaan kata dilakukan seperti -0r untuk menggantikan -ed dan -er. Seperti perkataan "i owned" menjadi seperti ini
I 0wN'd atau 1 0\/\/|\|3|) atau í °WπeD
Yang menariknya bahasa l33t kini mempunyai pelbagai tambahan untuk menyesuaikannya dengan bahasa yang sebenar antaranya adalah -age dan -ness. Tiada sebarang masalah untuk mana-mana pengguna menggunakan mana-mana cara yang dia sukai kerana tiada sebarang kamus atau peraturan yang jelas terhadap bahasa ini cuma yang membezakan mungkin penggunaan l33t didalam sesebuah kumpulan dan persekitaran. Belum kira bahasa yang ditambahkan dengan pengaruh lolcatz yang menjadikan bahasa semakin menarik untuk diputarkan.

Penggodam
Selalunya juga bahasa l33t ini dikaitkan dengan penggodam atau hacker kerana mereka sering menggunakan bahasa ini untuk menterjemahkan nama mereka. Sememangnya satu adat untuk mana-mana hacker untuk meninggalkan nama mereka sebagai trademark atau sebagai tanda bahawa mereka telah berjaya menggodam. Sebagai contoh;
haCk 8y 7mukMkd
|-|@ck 8y 7|\/||_|K/\/\k|)
h@¢k ßÿ ┬mµKMKd
yang semuanya merujuk kepada satu makna yang sama iaitu "hack by TMUkmkd" dan bukannya *tapai*. Oleh kerana itu juga seperti kes Azwan Ali tempoh hari sukar untuk K mengatakan bahawa blognya digodam sebaliknya hanya satu konspirasi.

Kesimpulan
L33t merupaka satu bahasa yang menarik dan mungkin sukar difahami untuk mereka yang tidak pernah menggunaknnya. K sendiri kurang menggunakan l33t kerana malas dan menyukarkan orang lain. Tetapi tidak salah menggunakannya sekali sekala. Seperti gambar dibawah (klik gambar untuk lebih jelas);



Menarik kan? Bahasa l33t ditambah bahasa pasar ala lolcat dan dicampur sedikit bahasa pengaturcaraan. Menarik bagi mereka yang memahami, tetapi sukar untuk yang tidak.

Rujukan
BBC. An Explanation of l33t Speak. www.bbc.co.uk
Wikipedia, the free encyclopedia. Leet. en.wikipedia.org
Wikipedia, the free encyclopedia. Lolcat. en.wikipedia.org

Jumaat, 3 Julai 2009

Terminal. Edisi 4

Edisi 4
Touch. Jika anda masih ingat didalam edisi ketiga yag lepas, K ada menerangkan bagaimana penggunaan touch didalam Linux. Tetapi bagaimana orang yang menggunakan Linux menulis. Adakah perlu mereka menggunakan aplikasi seperti Open Office ataupun Microsoft Office. Oleh itu didalam edisi kali ini, penulisan berkaitan dengan bagaimana dan apakah yang digunakan didalam Terminal untuk menulis didalam sesebuah fail.

Editor
Terdapat beberapa buah editor yang boleh digunakan didalam Linux, dan yang paling popular adalah dua ini, iaitu vi/vim dan juga nano. Penggunaan editor didalam Terminal tidak hanya tertakluk kepada menulis atau membaca fail sahaja tetapi kemampuan editor kini mampu untuk menyokong perbezaan warna untuk kegunaan pembina sistem mahupun programmer. Dengan itu kemampuan editor tidak harus disangkal dengan hanya kekurangannya, warna yang tidak menarik. Kerana didalam persekitaran yang tidak mempunyai sebarang antara muka grafik, editor ini amat diperlukan.



vi/vim
Antara yang paling popular. Dan kebanyakkan sistem operasi yang berasaskan Unix akan mempunyai perisian ini. Boleh dibuka didalam Terminal dengan memberikan arahan, vi <nama fail> seperti contoh;
vi cuba.txt
yang akan mengeluarkan paparan seperti ini yang memaparkan bagaimana antara muka editor vi tersebut. Editor ini pada mulanya agak sukar untuk digunakan kerana mempunyai caranya yang tersendiri misalnya untuk menulis pengguna harus menekan kekunci "i" terlebih dahulu. Dan untuk memberi arahan menekan butang kekunci "esc". Pengguna yang berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan vi disarankan untuk memasang vimtutor yang tidak dipasang secara automatik oleh Ubuntu dengan memberi arahan daripada Terminal anda;
sudo apt-get install vim-runtime
Setelah selesai proses pemasangan tersebut, beri arahan "vimtutor" daripada Terminal dan anda boleh mempelajari menggunakan vi didalam persekitaran yang lebih selamat. Vi dikatakan popular kerana kebanyakkan sistem operasi Linux mempunyai editor ini dan seseorang yang mahir dengan vi boleh menggunakan vi di mana sahaja tanpa risau percanggahan diatara sistem tersebut. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa vi adalah sukar dan tidak biasa dengannya. Oleh itu K cadangakan editor yang lebih mudah untuk digunakan iaitu nano.

nano
Sebenarnya nano ini berasaskan kepada satu lagi editor yang baik, iaitu pico. Tetapi pico adalah editor yang berbayar dan bukannya percuma. Oleh itu nano direka untuk memastikan sistem percuma tidak ketandusan editor yang baik. Anda boleh menggunakan nano dengan cara memberi arahan nano diikuti dengan nama fail yang anda mahu ubah/buatsebagai contoh;
nano Terminal_4.txt
Didalam gambar ini menunjukkan K sendiri sedang menggunakan nano untuk menulis artikel pada penulisan ini. Dan terlihat didalam gambar juga terdapat beberapa tulisan dan kekunci di bawah terminal. Kekunci dibawah ini menunjukkan bagaimana untuk menggunakan nano, dan simbol "^" mewakili kekunci Ctrl. Oleh itu sebagai contoh termudah, untuk menyimpan fail yang anda tulis, anda hanya perlu menekan Ctrl + O yang bersamaan dengan WriteOut atau kata mudahnya save.



Kelebihan Dan Kekurangan
Jika diikutkan ramai yang mahu memilih nano jika diukur daripada segi kemudahan menggunakan editor ini. Tetapi vi juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang menyebabkan lebih gemar digunakan oleh mereka yang boleh digelarkan sebagai pengguna tegar Linux terutamanya mereka yang mengendalikan sesebuah sistem pelayan (server).

Penulisan ini adalah diambil, digubah dan dimudahkan daripada artikel asal oleh Robert Clipsham.

Robert, C. (2008) Command & Conquer. Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Community, Isu #17, September 2008.

Rabu, 1 Julai 2009

Rehat

.............................................................

penat dan mahukan rehat
esok hari penutup kursus K :D

Firefox 3.5 Dilepaskan


Artikel pendek dua malam berturut-turut yang dimulakan semalam. Ini akibat ketiadaan masa untuk menulis dan kekurangan idea bernas. Tetapi malam ini secara rasminya Firefox mengeluarkan versi terbaru mereka, Firefox 3.5 yang dikatakan oleh kebanyakkan pihak membawa pengalaman sesawang kepada satu tahap yang lebih baik.

Yang Gempak
22.5% pegangan pasaran pelayar internet sedunia, html 5, enjin terbaru TraceMonkey, fungsi baru yang lebih menarik dan yang paling penting mempunyai sekuriti yang boleh K katakan terbaik diantara pelayar internet. Itu tidak ditambah dengan plugin seperti NoScript, Adblock Plus dan WOT yang menaikkan lagi kecekapan sistem keselamatan Firefox.

Yang Mendung
Lambat keluar, masalah TraceMonkey, kejar tarikh akhir (30 Jun 2009) mungkin menyebabkan masalah pada Firefox. Mungkin juga K akan menunggu versi 3.5.1 keluar terlebih dahulu. Dan tekanan kepada TraceMonkey akan menjadi lebih tinggi kerana pengguna telah menunggu lama.

Yang Penting
Apa pun versi Firefox yang keluar, diharapkan versi Firefox tersebut mampu untuk membawa kebaikkan kepada pengguna. Daripada segi kegunaan dan penggunaan memori yang rendah. Serendah yang mampu. Itu penting.

Nyah Tuntutan
K menggunakan Ubuntu Linux dan sehingga penulisan ini ditulis repositories Ubuntu masih tidak membuat sebarang naik taraf terhadap versi Firefox ini kepada 3.5. K tidak dapat memberi respon yang lebih. Sebarang pandangan akan di lakukan nanti.

Muatturun
Windows | Linux | Mac

Rujukan
Brad, L. (2009) 30 Jun 2009. Firefox 3.5 is out, adds private browsing, tab tearing and more. www.downloadsquad.com
Brian, K. (2009) 4 Januari 2007. Internet Explorer Unsafe for 284 Days in 2006. blog.washingtonpost.com
Chloe, A. (2009) 29 Jun 2009. Mozilla Confirms Tuesday Release for Firefox 3.5. www.pcmag.com
Gregg, K. (2009) 30 Jun 2009. Mozilla sets Firefox 3.5 final release for Tuesday. www.macworld.com
Mitch, K. (2009) 30 Jun 2009. Welcome Firefox 3.5! Join the Party! www.firefoxfacts.com
Patrick, G. (2009) 30 Jun 2009. World poised for release of Firefox 3.5: Latest browser arriving today. www.techradar.com
Sarah, P. (2009) 30 Jun 2009. Firefox 3.5 Arrives Today, But Are You Dazzled? www.readwriteweb.com
Scott, G. (2009) 29 Jun 2009. Mozilla Pushes the Web Forward With Firefox 3.5. www.webmonkey.com
Stephan, S. (2009) 30 Jun 2009. With 3.5 launch, Firefox faces new challengers. news.cnet.com