Sabtu, 28 Februari 2009

[Mesra Alam] Windows = pencemaran?

Tarikh Keluaran Artikel: 28022009

Merujuk artikel lepas
[Mesra Alam] Google dan kesan kepada alam sekitar

Windows baru != komputer lama
Mengapa kurang orang mahu menukar daripada XP kepada Vista? anda boleh keluarkan jawapan anda sendiri dan mungkin antara jawapan anda adalah, Vista memerlukan penaiktarafan sistem komputer. Jika dahulu sistem komputer anda dapat menjalankan sistem operasi Windows XP dengan lancar tetapi kini selepas datangnya Vista anda perlu membuat beberapa tingkat naik sistem anda agar tiada sebarang masalah semasa menggunakan Vista. Jika dahulu RAM sebanyak 512MB itu sudah mencukupi tetapi kini 1GB masih belum dapat menjalankan Vista dengan baik. Mengapa Windows dikatakan sebagai pencemaran, saranan saya teruskan pembacaan.

Windows baru == komputer baru
Mengapa mengatakan Windows merupakan satu sistem operasi yang menyebabkan pembaziran adalah kerana apabila satu sistem lama itu tidak lagi digunapakai maka sistem itu akan dibuang. Secara bersistem mahupun tidak. Dan jika teori ini diguna pakai dan ditambahkan lagi dengan Teori Moore maka sepuluh tahun dari sekarang. Akan terdapat satu sistem yang mempunyai kepantasan seperti superkomputer. Semata-mata mahu membuka satu sistem operasi Windows 2020 (misalnya) dan akan datang perlu menambahkan lagi perkakasan yang baru kerana sistem operasi akan datang lebih berat dan makin berat. Paling kurang pada masa itu, unit pemprosesan 16 teras dengan kelajuan 6GHz setiap satu, 100GB ram dan keatas, kad grafik 100GB dan keatas dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk menjalankan satu aplikasi, notepad.

Roadrunner
Untuk pengetahuan anda superkomputer disebelah (gambar) adalah superkomputer yang terpantas untuk masa kini, mempunyai kelajuan 1.7 Teraflop (Wikipedia, IBM Roadrunner) atau 1.105 Teraflop persaat (Top500, 2009) dan hanya mempunyai pencabar terdekat iaitu Jaguar dengan kemampuan 1.059 Teraflop (Top500, 2009). Dengan nama "roadrunner" dibina untuk kegunaan Kementerian Tenaga, Administrasi Keselamatan Nuklear Negara Amerika Syarikat. Menggunakan sistem operasi Red Hat Linux dan Fedora Linux. Mempunyai 6912 unit pemprosesan IBM Opteron 2210 yang mempunyai 13824 teras dan IBM PowerXCell 8i sebanyak 12960 atau 116640 teras (Wikipedia, IBM Roadrunner).

Kembali ke tajuk asal
Cukup untuk itu, dan kita tidak mahu tentunya menggunakan satu komputer yang berkapasiti besar semata-mata untuk menjalankan notepad. Walaupun mungkin tidak logik tetapi tetap ada peluang untuk perkara ini terjadi. Dan apa yang boleh dilakukan oleh pihak Microsoft, adalah mencari jalan untuk menjadikan sistem operasi Windows lebih rendah dari segi keperluan sistem yang mahu digunakan. Ambil pengajaran daripada Windows Vista dan pihak Microsoft sendiri mengatakan bahawa Windows 7 ini lebih rendah keperluan sistemnya. Benar atau tidak kita nantikan kepada versi penuh nanti. Seharusnya mereka perlu mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan oleh sistem operasi yang berasaskan Unix seperti Linux dan Apple Mac OSX yang mampu menjalankan sistem operasi dengan menggunakan sistem yang lama. Sebagai contoh, Linux yang memerlukan sekadar kelajuan unit pemprosesan kurang daripada 1GHz, RAM kurang daripada 512MB telah dapat menjalankan dengan baik. Secara tidak langsung mengurangkan pembuangan sistem komputer yang lama dan paling kurang tidak membebankan pengguna tatkala ekonomi dunia sedang diambang kemelesatan.

Kesimpulan
Bukan hanya Microsoft sahaja yang perlu mengambil berat tentang perkara ini tetapi juga kesemua sistem operasi termasuklah Linux dan Mac OSX, terlibat juga adalah sistem antivirus dan sekuriti yang semakin lama semakin tinggi keperluan sistem untuk menggunakannya dengan lebih lancar.

Glosari
Teraflop - FLOPS (FLoting Operation Per Second) adalah satu kayu ukur untuk pengiraan kepantasan sesebuah komputer dan sering digunakan untuk mengukur kepantasan superkomputer. (Wikipedia - Supercomputer)

Sumber
Jaguar Chases Roadrunner, but Can’t Grab Top Spot on Latest List of World’s TOP500 Supercomputers. 2009. Dikeluarkan pada 14 November 2008. Web site: www.top500.org
Supercomputer. Web site: en.wikipedia.org
IBM Roadruner. Web site: en.wikipedia.org

Jumaat, 27 Februari 2009

[Berita & Aplikasi] Peperangan Teramat: Peperangan Browser. Siri 2

Tarikh Keluaran Artikel: 27022009
TambahBaik_1: 28022009

Peperangan Teramat: Peperangan Browser. Siri Sebelum
Peperangan Teramat - Browser War*

Firefox 3.1 mungkin lewat
Enjin JavaScript Firefox 3.1 iaitu TraceMonkey mengalami masalah menyebabkan pesawat pejuang Firefox 3.1 tidak dapat dilancarkan dan mungkin akan lewat daripada tarikh pelancarannya. Sementara itu kebanyakkan pengguna menggunakan polisi, "biar lambat asal selamat" dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada Vista yang dikeluarkan secara paksa dan menyebabkan pihak Microsoft terpaksa membangunkan satu lagi Windows, iaitu Windows 7 dengan pantas. Tetapi risiko yang perlu diambil adalah dapatkah pesawat pejuang Firefox 3.0.6 mengekang kemaraan jet jet pejuang yang lain sementara menunggu kemunculan jet pejuang yang baru. Segalanya terpulang kepada anda.

Safari 4 Beta
Pihak Apple juga telah membunyikan semboyan peperangan dimana mereka mengumumkan mereka telah mengeluarkan jet pejuang terbaru mereka yang masih diperingkat beta iaitu Safari 4. Dengan menggunakan enjin JavaScript Nitro, Safari 4 dikatakan 30 kali ganda lebih laju daripada IE7 dan tiga kali ganda laju berbanding Firefox 3. Tetapi tidak mereka menyatakan antara Safari 4 dan Google Chrome. Mereka juga menggunakan idea yang didapati daripada Google Chrome yang dipinjam dan diubahsuai daripada Opera iaitu "dinding" yang akan menunjukkan laman yang selalu dilawati oleh pengguna. Dan mungkin lebih menarik apabila mereka menggunakan tema Windows kepada Safari yang dipasang di Windows. Seperti didalam gambar. Walauapa pun yang berlaku, segalanya terpulang kepada anda.

Google Chrome: Browser terpantas
Ketika ini tiada satu jet pejuang yang lebih pantas daripada apa yang dikeluarkan oleh Google. Jet pejuang yang dinamakan Chrome ini merupakan browser yang terpantas di dunia ketika ini. Jika dikira bersama Safari 4 Beta. Menggunakan enjin V8 yang diperbaiki daripada Chrome 1.0, kini Chrome 2.0.164.0 meninggalkan jauh browser yang mendominasi peperangan ini seperti IE dan Firefox. IE8 RC1 tidak perlu dikira kerana ianya lebih lambat daripada jet pejuang firefox yang kini iaitu Firefox 3.0.6 dan Safari 3.2.2. Firefox yang baru iaitu 3.1 juga dikalahkan dengan berpezaan yang tidak terlalu ketara tetapi masih menampakkan bahawa Google Chrome amat berkuasa.

Opera
K masih tidak dapat sebarag respon daripada pihak Opera dari medan peperangan ini. Maaf kerana terlambat, wakil pihak Opera (RedMage) telah pun memberi maklumat kepada K tentang perkara terbaru yang sedang dibangunkan oleh mereka. Selain daripada menambahbaikkan sistem enjin mereka untuk Opera 10, pihak Opera juga mengumumkan jet pejuang baru mereka ini mampu beroperasi dengan baik terutamanya setelah melepasi ujian yang paling sukar dalam bidang browser iaitu Acid3 (Mills, 2009). Opera juga membina aplikasi yang khusus untuk pembina laman web dan aplikasi berasaskan web dengan menambaikkan aplikasi Opera Dragonfly mereka. TambahBaik_1

"Segalanya terpulang kepada anda"
* Artikel ini adalah menggunakan format penulisan dan penyampaian yang lama

Wakil terus dari medan peperangan
Apple announce Safari 4 - The world's fastest & most innovative browser. Dikeluarkan pada: 24 Februari 2009. Web site: www.apple.com
Firefox 3.1 May be Delayed? Dikeluarkan pada: 25 Februari 2009. Wًeb site: www.firefoxfacts.com
Gregg, K. 2009. Dikeluarkan pada: 23 Februari 2009. Firefox 3.1 won't ship this quarter. Web site: www.pcworld.com
Gregg, K. 2009. Dikeluarkan pada: 25 Februari 2009. Safari 4 rivals Google Chrome in Javascript race. Web site: www.computerworld.com
Jose, V. 2009. Dikeluarkan pada: 26 Februari 2009. Mozilla delays Firefox 3.1 again, shedules another beta. Web site: www.techspot.com
Mathew, L. 2009. Dikeluarkan pada: 25 Februari 2009. Hype Check: Safari 4 can't beat Google Chrome. Web site: www.downloadsquad.com
Mills, C. 2008. Dikeluarkan pada: 4 Disember 2008. Opera Presto 2.2 and Opera 10 - a first look. Web site: dev.opera.com
Rosenblatt, S. 2009. Dikeluarkan pada: 26 Februari 2009. A First Look at Safari 4 beta for Windows. Web site: www.download.com
Schofield, J. 2009. Dikeluarkan pada: 24 Februari 2009. Apple launches Safari 4 beta that look like Windows. Web site: www.guardian.co.uk

Khamis, 26 Februari 2009

[Berita] Linux antara pesaing Microsoft

Tarikh Keluaran Artikel: 26022009

Microsoft: Persaingan empat penjuru
Mengapa perlu Microsoft perlu risau dengan Linux? Walaupun banyak kekurangan Linux dari segi game yang boleh dimainkan di Windows untuk dimainkan di Linux. Tetapi jangan anda lupa Apple juga tidak semua game Windows boleh dimainkan di Apple. Mengapa pula perlu Microsoft berhati-hati dengan Linux jika begitu banyak persaingan. Keranasemuanya terletak kepada keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.
Tiga pesaing Microsoft
Terdapat tiga pesaing Microsoft yang dikatakan oleh CEO Microsoft, Steve Ballmer iaitu;
  • Microsoft Windows cetak rompak atau tidak berlesen
  • Apple Mac OS X
  • Linux
Secara mudahnya terdapat dua pesaing yang begitu kompleks untuk ditentang oleh pihak Microsoft jika tidak dapat menyediakan strategi yang baik iaitu, Windows tidak berlesen dan Linux. Dua pesaing dengan hanya satu sebab. Murah.

Strategi Microsoft
Antara strategi yang dikeluarkan adalah;
Windows 7 - Windows 7 akan bersaing dengan beberapa sistem operasi yang lain seperti Linux, dan Snow Leopard disamping terpaksa bersaing dengan produk mereka sendiri yang cetak rompak.
Internet Explorer 8 - Strategi ini dikeluarkan kerana beberapa sebab, dan sebab utamanya adalah tanah jajahan mereka telah dicemari oleh pesaing mereka seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan Safari
Pengguna Netbook - Terdapat beberapa perkara yang mungkin menyebabkan pihak Microsoft boleh memonopoli perkara ini tetapi persaingan dengan Linux tidak boleh diabaikan

Bukan berat sebelah
K bukan berkata untuk memberatkan sebelah Linux ataupun Mac OSX tetapi hanya mengeluarkan beberapa perkara yang mungkin terjadi. Kerana Linux dan Mac OSX sendiri mempunyai kekurangan lebih lebih lagi untuk pengguna tegar Windows. Tapi yang benar tetap benar. Didalam keadaan ekonomi yang teruk ini hanya dua sistem operasi yang boleh memonopoli, Windows 7 cetak rompak dan Linux.

Sumber
Thom H. 2009. Dikeluarkan pada 25 Februari 2009. Ballmer: Linux Bigger Competitor than Apple. Web site: osnews.com
Joe W. 2009 Dikeluarkan pada 24 Februari 2009. Microsoft CEO Scofft at Mac Share Gains. Web site: blogs.eweek.com/applewatch

Technorati Tags: , ,

Rabu, 25 Februari 2009

[Seni] Majlis Asmaraloka Ketimuran

Tarikh Keluaran Artikel: 25022009

Pengenalan konsep
Majlis Asmaraloka Ketimuran: Makan Malam Kelab Comtech. K mendapat tugasan sebagai Ajk Publisiti dan Penerbitan dalam projek mini kali ini. Dibantu oleh Jie selaku AJK yang kedua. Tema asal makan malam ini adalah berkonsepkan ketimuran. Lantera Timur yang diterjemahkan oleh AJK projek ini adalah;

Disudut lain, Asmaraloka Ketimuran membawa maksud;
  • Asmaraloka - sebuah kata klasik lama, realiti
  • Ketimuran - merangkumi maksud Lantera Timur

Dengan itu maksud Majlis Asmaraloka Ketimuran itu membawa kepada satu maksud yang dapat ditafsirkan kedalam beberapa perkara yang lebih dalam. Salah satunya adalah agar pelajar tahun akhir yang diraikan pada kali ini mengingati segala apa yang mereka pelajari daripada pengalama mereka sepanjang pengajian mereka di UMT dan dapat digunakan sebagai penyuluh hidup mereka kelak di alam pekerjaan.

Kain Rentang
Warna asas: Biru. Warna biru adalah dijadikan sebagai warna asas untuk mana-mana projek untuk Kelab Comtech. Biru juga membawa maksud ketenangan jiwa dan luasnya pemikiran ahlinya seperti lautan.
Kain: Elemen "kain" digunakan disudut kiri untuk menunjukkan seorang pelajar yang dahulunya "kosong" dan "tidak mengenal hala tuju" akan keluar sebagai seorang yang mempunyai pendirian sendiri seperti yang ditunjukkan di sudut kanan, iaitu elemen "songket"
Songket: Menonjolkan tema asas, konsep ketimuran selanjar dengan tajuk majlis, Asmaraloka Ketimuran. Bersangkutan juga dengan elemen kiri iaitu "kain" yang telah mencapai kematangan dan mempunyai pendirian sendiri. Songket terkenal di Terengganu sebagai satu kain tenun yang bermutu tinggi dan mahal harganya. Itu juga yang mahu diterapkan dikalangan pelajar, iaitu mempunyai pendirian dan "nilai" yang bersanggakan ilmu yang mereka pelajari.

Notis bercetak
Notis bercetak ini pada asalnya adalah satu notis yang berwarna biru seperti warna kain rentang diatas dijadikan berwarna skala-kelabu (grayscale) untuk menjimatkan kos penerbitan. Masih memegang konsep yang sama seperti kain rentang, notis ini lebih menunjukkan Kelab Comtech mahukan sesuatu yang bersifat ketimuran kepada ahlinya.

Kad undangan
Kad undangan ini menerangkan secara ringkas infomasi majlis ini kepada tetamu seperti nama majlis, lokasi, tarikh dan masa. Dibawahnya terdapat satu keratan sebagai pengesahan kepada persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut. Konsep yang digunakan adalah ringkas dan padat.

Lembaran majlis
Masih tidak siap sepenuhnya untuk ditunjukkan kerana beberapa kekangan dan perkara yang masih tidak dapat diselesaikan dengan lengkap sebelum lembaran tersebut boleh dikeluarkan.

Kesimpulan
Secara sekeluruhan bagi hemat K sendiri, tema kali ini sesuai dengan tempat yang dipilih sebagai lokasi majlis iaitu di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Semoga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berpuas hati dengan idea yang diberikan oleh pihak AJK publisiti dan penerbitan. Sebarang cadangan penambahbaikan adalah diharapkan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Technorati Tags: , , , ,

Sabtu, 21 Februari 2009

[Tips] Streamyx Lambat

Tarikh Keluaran Artikel: 21022009
TambahBaik_1: 25022009

Streamyx Proxy: Kecemasan Proxy
Disebabkan terlalu lambat, maka proxy kecemasan harus dijalankan dan sudah banyak blog yang mengatakan tentang proxy ini. Dan anda bila lagi

Untuk Firefox sahaja
Tools -> Options -> Advance -> Network -> Settings
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128
200.201.187.250:3128 TambahBaik_1

Selamat mencuba
p/s: mungkin proxy ni pun sudah menerima masalah. menjadi lambat akibat terlalu ramai yang menggunakannya :)


Sumber
Masri (2009): Teknik Menambah Kelajuan Streamyx Anda. Daripada: masrizalhardy.com
Waida (2009): Kisah Kirana Berkongsi Streamyx. Daripada: waidakmy.com
SamO (2009): Fix Your Streamyx Problem Today by Using TMnet Proxy. Daripada: www.iprobot.net

Technorati Tags: , ,

[Sumber Terbuka] Ubuntu 9.10: Karmic Koala

Tarikh Keluaran Artikel: 21022009

Karmic Koala
Selepas kejayaan besar Intrepid Ibex (Ubuntu 8.10) dan akan diteruskan oleh Jaunty Jankalope (Ubuntu 9.04), Shuttleworth telah mengumumkan nama untuk Ubuntu 9.10 didalam Ubuntu Developer Summit (UDS). Koala telah dipilih kerana beberapa sebab yang dianggap bersesuaian dengan matlamat Karmic untuk akan datang. K masih tidak dapat meneka apa maksud Kormic sebenarnya. Mungkin diambil daripada perkataan kosmik (seluruh alam semesta) ataupun karma (kesesuaian). Daripada sumber internet mengatakan bahawa Karmic itu adalah satu konsep didalam Hidu Buddha yang berkaitan dengan hukum karma. Apa yang K faham adalah Karmik ini melibatkan masa lepas, kini dan akan datang. Secara kasarnya K boleh mengatakan bahawa Karmic Koala ini adalah satu sistem operasi yang berdasarkan pengalaman dari perkara lepas, trend terkini dan menjangkakan trend dan teknologi yang akan datang. Walau apa pun nama yang diberi pengguna tetap mahukan sesuatu yang baik daripada sistem operai sumber terbuka ini. Semoga Karmic dapat matang dengan sepenuhnya sementara Jaunty bersuka ria disamping pengguna Ubuntu.

Perkomputeran "awan"
Pada satu sudut pemilihan nama Koala itu adalah disebabkan sifat Koala itu sendiri iaitu sentiasa melihat kepada pokok eucalyptus walaupun kepalanya mendongak ke awan (langit). Bersesuaian dengan konsep perkomputeran awan (cloud computering) yang Ubuntu cuba ketengahkan iaitu menjadikan perkomputeran awan itu satu yang mudah kepada pengguna dan pihak server khususnya. Kini telah dibangunkan juga satu projek untuk memastikan Karmic ini berjaya dalam misinya iaitu projek Eucalyptus. Eucalyptus menekankan teknik EC2 dalam perkomputeran awan tersebut. Tidak dinafikan bahawa Koala bukannya sejenis binatang yang bergerak aktif tetapi lebih merehatkan dirinya ketika tiada apa yang perlu dilakukan, Itu juga yang mahu dilakukan oleh Karmic. Meringankan beban server ketika tidak banyak proses yang berlaku. Sekaligus penjimatan sumber, dan lebih kepada menjadikan server yang besar seperti Google lebih "hijau" dan mesra alam.

Netbook
Trend masa kini adalah Netbook, dan Ubuntu telah mensasarkan kelajuan "booting" untuk Jaunty pada mana-mana netbook adalah dibawah 25 saat. Dan tentunya mereka mahukan yang lebih baik daripada Karmic kelak. Oleh itu secara tidak langsung ia akan mempercepatkan kelajuan booting Ubuntu dimana-mana sistem komputer kerana pada masa kini netbook adalah satu sistem komputer yang tidak mempunyai kelajuan yang tinggi.

Sumber
Nali (2009): Ubuntu 9.10: Karmic Koala. Daripada fridge.ubuntu.com
Jono (2009): Announcing The Karmic Koala Ubuntu Developer Summit. Daripada: www.jonobacon.org
UDSKarmic. (2009). Daripada: Ubuntu

Technorati Tags: , ,

[Sumber Terbuka] Elive

Tarikh Keluaran Artikel: 21022009

AMARAN: artikel ini mengandungi video yang hebat

Elive. bukan LiveCD biasa
Berasaskan distro linux Debien dan pakej aplikasi yang telah diubahsuai demi memenuhi keperluan pengguna Elive. Berasaskan satu tujuan, menukarkan mana-mana komputer lama kepada satu ruang kerja yang hebat dan akan menyebabkan orang akan terpesona melihat "keindahan" Elive. Antara percaya atau tidak, Elive mengatakan keperluan minimun untuk menjalankan Elive adalah sekadar 100Mhz CPU, 64MB RAM dan keperluan yang digalakkan adalah 300MHz CPU da 128MB RAM dan keatas. Tanpa perlukan apa-apa kad grafik. Itulah Linux.


Video yang menunjukkan pengguna menggunakan Elive

Debian + Enlightenment = Elive
K sendiri tidak pernah menggunakan Enlightenment sebagai window manager. Mengikut sumber, Enlightenment adalah satu window manager yang sedang membangun dengan pesat yang menjanjikan tidak kurang hebat daripada gnome dan KDE. Tetapi sasarannya bukanlah untuk bersaing dengan dua window manager yang sudah mempunyai peminat sendiri tetapi hanya mahu menambahkan lagi window manager didalam Linux.

Elive - satu ruang kerja yang hebat
Dengan Elive anda boleh untuk mendapat pengalaman yang berlainan berbanding anda menggunakan Windows Vista ataupun 7 pada komputer lama atau yang mempunyai kelajuan yang rendah seperti Intel Atom. Jika anda mahu mencuba, dapatkan LiveCD di [sini]

Kudos: RedMage kerana memberi tahu tentang perkara ini

Technorati Tags: , ,

Jumaat, 20 Februari 2009

[Sekuriti] Pengimbas biometrik

Tarikh Keluaran Artikel: 20022009

Security is not a product, it's a process
Acap kali perkataan daripada buku Mitnick tahun 2002 ini dikeluarakan oleh K apabila berkata mengenai sekuriti, yang terbaru didalam tajuk [Artikel] Sekuriti Jaringan Tanpa Wayar [Siri 1] yang K tulis untuk Blog Comtech UMT. Mengapa tajuk ini diutarakan, kerana didalam blog arstechnicha yang ditulis oleh Hruska menyatakan bahawa terdapat seorang penyelidik daripada Vietnam yang mengatakan bahawa sistem pengimbas biometrik dapat digodam.

Pengimbas muka, evolusi daripada pengimbas cap jari
Jika satu masa dahulu terkenal dengan "trend" menggunakan pengimbas cap jari untuk mengetatkan sekuriti terutamanya komputer riba (laptop). Tetapi apabila keluarnya pelbagai bukti telah dikeluarkan bahawa pengimbas cap jari amal mudah untuk digodam. Termasuklah Mythbuster.


AMBNaC tidak berkaitan sama sekali dengan mana-mana pihak dalam kewujudan video ini didalam youtube mahupun dimana-mana

Oleh kerana itu, pengimbas cap jari telah ditukar kepada sistem pengimbas muka. Sehingga artikel ini ditulis, terdapat tiga syarikat komputer riba yang menggunakan sistem imbasan muka iaitu Lenovo (Veriface III), Asus (SmartLogon V1.0.0005) dan Toshiba (Face Recognition 2.0.2.32) telah digodam oleh penyelidik yang bernama Nguyen Minh Duc. Dia dan temannya telahpun membuat demonstrasi di Black Hat DC.

Lebih daripada satu method
Terdapat beberapa cara dalam membuat penggodaman tersebut termasuklah "Fake Face Bruteforce" yang menggunakan sejumlah besar gambar untuk ditujukkan kepada sistem sehingga sistem dapat menerima gambar tersebut. Dan cara itu adalah yang paling perlahan dan membebankan. Tetapi masih dapat dibuktikan untuk digodam. Duc menasihati agar sistem ini dibuang terus daripada sistem sekuriti kerana tiada cara untuk memperbaiki kelemahan sistem tersebut dan sistem tersebut amat merbahaya.

Kembali kepada slogan utama
"Security is not a product, it's a process". Ayat ini menjelaskan bahawa, bertapa hebat pun sesuatu sistem sekuriti, jika proses keselamatan itu dipandang remeh maka selagi itulah sekuriti akan rendah.

Sumber
Mitnick, K.D. (2002): The Art of Deception: Controlling the Human Element of Security, John Wiley and Sons (Pt 1, Pg xx)
Hruska (2009): Black hat, blank face: researchers crack biometric scanners.Website: http://arstechnica.com/security/news/2009/02/black-hat-blank-face-researchers-crack-biometric-scanners.ars

Technorati Tags: , ,

Khamis, 19 Februari 2009

[Sumber Terbuka] Jumlah sebenar pengguna Linux

Tarikh Keluaran Artikel: 19022009

Linux dan jumlah pengguna
Steven J. Vaughan-Nichols menulis: “everyone on the planet who uses the Internet is a Linux user.”

Mengapa?
Kerana sedar atau tidak, kesemua pengguna internet telah pun menjadi pengguna Linux tanpa mereka sedar. Masakan tidak, Google sebagai contoh yang paling mudah. Mereka menggunakan Linux sebagai sistem operasi server dan pusat data mereka. Siapa lagi? YouTube, FaceBook dan begitu banyak syarikat besar yang menggunakan Linux sebagai sistem operasi. Maka itu logik apabila mengatakan barang siapa yang menggunakan internet maka mereka adalah pengguna Linux. Paling kurang mereka telah menggunakan khidmat Linux agar mereka dapat mencari sesuatu dengan laju (Google), menonton video tanpa had (YouTube) dan berkenalan dengan orang yang tidak dikenali dari serata dunia (Facebook). Oleh itu jangan anda mengatakan bahawa pengguna Linux itu "tiada".

HP dan Dell: Linux
HP dan Dell adalah dua syarikat besar yang menjual Linux sebagai sistem operasi didalam produk server mereka. Dan secara mudahnya, terdapat puluhan juta server Linux didalam dunia dan anda semua telahpun menggunakannya dan secara tidak rasmi, anda juga pengguna Linux.

Sumber
Steven J. Vaughan-Nichols (2009): How Many Linux Users Are There (Really)?. Web site: http://www.linuxplanet.com/linuxplanet/reports/6671/1/

Technorati Tags: , ,

[Sekuriti] Return Oriented Programming

Tarikh Keluaran Artikel: 17022009

Aritkel ini mengambil idea asal daripada Megahacker - Final Revolution: [NEWS] Good Code, Bad Computations

Bila tongkat si buta menjadi ular
Apakah cara yang paling ditakuti oleh orang untuk penyebaran virus? Jika dahulu menggunakan cakera liut (disket), berubah kepada email dan kini dalam bentuk UFD (USB Flash Drive) mahupun lain lain jenis storan luaran. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada mereka yang tahu bagaimana mengesan kehadiran anasir tersebut dan yang tidak tahu boleh menggunakan sistem sekuriti. Masalahnya kini, sistem sekuriti anda sukar untuk mengesan kesemua perkara yang datang dan tambahan pula kini terdapat satu cara untuk mengelakkan daripada dikesan oleh sistem sekuriti. Cara tersebut digelarkan dengan nama, Return Oriented Programming - Pengaturcaraan Berorientasikan Pengembalian (Shacham, 2007).

PBP
Pengaturcaraan Berorientasikan Pengembalian (PBP) boleh dinyatakan sebagai satu methodologi yang menggunakan kelemahan yang terdapat di dalam, program, "return-to-libc" (ret2libc) dan "overflow buffer" hingga membolehkan penyerang menguasai dan membentuk komputasi arbitrari, membolehkan terjalannya program yang merbahaya tanpa memerlukan sebarang suntikkan (Buchanan, Roemer, Shacham & Savage, 2008) tetapi lebih kepada aplikasi kepada bahasa pengaturcaraan C yang digerakkan bersama dengan bahasa himpunan (assembly language). Walaupun pada awalnya sememangnya tidak boleh menggunakan cara ini tetapi diatas kekurangan yang terdapat didalam kawalam aliran intergriti sesuatu proses itu, menyebabkan aliran tersebut dapat digunakan sebagai satu cara untuk memasukkan program yang lain dengan sukar dikesan oleh sistem sekuriti.

Bacaan Lanjut
Untuk lebih memahami kepada mereka yang berminat dengan perkara ini, anda boleh melanjutkan pembacaan anda dengan memuat turun fail kertas kerja mereka di sini

Rujukkan
E. Buchanan, R. Roemer, H. Shacham & S. Savage: When Good Instructions Go Bad: Generalizing Return-Oriented Programming to RISC. In Proceedings of CCS 2008, ACM Press, Aug. 2008
H. Shacham. The geometry of innocent flesh on the bone: Return-into-libc without function calls (on the x86). In Proceedings of CCS 2007, ACM Press, Oct. 2007.

Glosari
Arbitrari - himpunan beberapa cara yang saling bersangkut paut untuk membolehkan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan pada awalnya dapat diseleaikan.
Intergriti - sesuatu pernyataan berkaitan dengan kualiti proses yang dianggap telah sempurna dari segi perjalanan proses.

Technorati Tags: , , ,

Isnin, 16 Februari 2009

[Sumber Terbuka] Linux Varsiti & UMT

Ya Allah, berilah setitis ilmu daripada lautan ilmuMu
Tarkih Keluaran Artikel: 15022009
Linux Varsiti: Satu Pemikiran Cara Baru
Selepas program terdahulu, Ubuntu@IPT berjalan dengan baik di Kolej Shah Putra, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan Foss.My '08, kini mereka yang menjadi tulang belakang untuk program tersebut maju selangkah lagi kepada satu program yang lebih besar ruang lingkupnya. Bukan hanya memperkenalkan Ubuntu tetapi keseluruhan distribusi (distro) Linux seperti Fedora, OpenSuse, Novell dan Mandriva kepada golongan sasaran, pelajar IPT.

Linux Varsiti: Perkenal Sumber Terbuka
Ideologi sumber terbuka adalah satu ideologi yang menitikberatkan peranan komuniti dalam membentuk satu cara pembanggunan perisian yang berkuali tinggi sejajar dengan perinsip kejuruteraan perisian. Dan perkara yang lebih baik adalah, kebanyakkan perisian sumber terbuka ini adalah percuma. Ini juga yang dibawa oleh Linux Varsiti, memperkenalkan sistem operasi yang bertindak sebagai alternatif kepada sistem operasi Microsoft Windows yang selama ini mendominasi pemikiran kebanyakkan manusia sebagai satu-satunya sistem operasi yang terdapat didalam dunia. Didalam skop Institusi Pengajian Tinggi, Linux Varsiti dapat membuka mata pelajar khususnya didalam bidang Kejuruteraan Komputer yang dapat menggunakan sistem ini yang bersesuaian dengan kehendak industri sebenar. Secara dasarnya skop Linux Varsiti adalah;
  • Memberi pendedahan Linux dalam kehidupan seharian serta kegunaannya
  • Memberi tunjuk ajar dan membentuk komuniti Linux IPT
Paling tidak dapat menunjukkan kepada pelajar yang sering risau dengan perkara yang menggangu kehidupan mereka seperti ancaman virus dan bagaimana Linux dan sumber terbuka dapat mengurangkan kos penyelengaraan dan aplikasi komputer mereka secara tidak langsung.

Linux di UMT
Secara ringkasnya K sendiri berharap agar perkara ini dapat sampai ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana terdapat pertanyaan dan galakkan daripada pengguna Windows tentang Linux khususnya Ubuntu dan Fedora. K tidak dapat memastikan jumlah sebenar pengguna Linux didalam UMT kerana K hanya mensasarkan kepada pelajar Kejuruteraan Perisian khususnya tahun pengajian yang sama dengan K. Secara amnya terdapat dua "aliran" Linux yang dapat diketahui kewujudannya;
  • Ubuntu - menggunakan Ubuntu 8.10
  • Fedora - menggunakan Fedora 10 - yang "diketuai" oleh Megahacker
Walaupun terdapat beberapa kesukaran dalam menggunakan Linux untuk kali yang pertama, tetapi itu merupakan perkara biasa ketika menggunakan sistem operasi yang baru, seperti juga apabila Windows 98se bertukar kepada Windows XP, dan juga ketika Windows XP bertukar kepada Windows Vista. Akhirul kalam, alah bisa tegal biasa.

Linux Varsiti: Satu Harapan
Semoga projek ini menjadi satu projek jangka panjang kerana sistem sumber terbuka amat diharapkan didalam komuniti kini.

Artikel Asal: MelayUbuntu, UbuntuSeekers, JomLinux

Technorati Tags: , , ,

Selasa, 10 Februari 2009

[Artikel] IPv6

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 10022009

IPv6: Penyelesaian kepada IPv4
IPv4 sudah sampai ke penghujungnya. Mengapa? Statistik yang dilakukan oleh Royal Pingdom berdasarkan beberapa sumber mengatakan bahawa;
  • 1.5 billion pengguna internet diseluruh dunia pada tahun 2008
  • 186 juta laman sesawang (website) pada Disember 2008
  • 31.5 juta website baru dibangunkan pada tahun 2008
  • 133 juta blog diseluruh dunia yang dikesan oleh Technorati
pertumbuhan yang mendadak ini memaksa dunia memikirkan penyelesaian kepada masalah yang akan melanda pada tahun 2023 (Lui, 2003) atau secepat 4-5 tahun lagi (Hain, 2005) dengan mengambil kira peralatan mobiliti dan kemajuan negara seperti China dalam bidang teknologi (Mun & Lee, 2005). Masalah yang dikatakan adalah, IPv4 tidak akan cukup untuk semua pengguna internet dan rangkaian diseluruh dunia.(Brandner & Mankin, 1995)

IPv6: Satu revolusi
IPv6 ini telah dicadangkan pada awal 1990 (Hagen, 2006) lagi untuk menggantikan IPv4 yang semakin "usang" (sejak 1980) dengan sistem yang lebih baik dan membenarkan lebih banyak pengguna mendapat akses ke interent pada masa akan datang. IPv4 menggunakan alamat berdasarkan 32-bit yang secara kasarnya membolehkan sebanyak 4 billion (2x1032) alamat IP yang berbeza digunakan dalam satu-satu masa.(Loshin, 2004) Tetapi dengan teknologi IPv6 yang menggunakan teknologi 128-bit, membolehkan 3.4×1038 (2x1095)alamat IP yang unik. Contoh IPv6 yang akan digunakan adalah;
  • 2001:0db8:0000:0000:0000:0000:1428:57ab
  • 2001:0db8:0:0:0:0:1428:57ab
  • 2001:db8::1428:57ab
Ingin dikatakan disini bahawa ke tiga-tiga IP tersebut adalah sama walaupun pada asalnya adalah panjang tetapi dapat dikecilkan kepada IP yang terakhir tersebut. Itulah teknologi yang dipunyai oleh IPv6 yang tidak dipunyai IPv4.

IPv6: Daripada decimal ke hexadecimal
Jika dilihat perbezaan ketara antara IPv4 dan IPv6 adalah IPv4 menggunakan persepuluhan (decimal) tetapi IPv6 menggunakan perenambelasan (hexadecimal) yang mempunyai 16 simbol berbanding 10 simbol. Oleh kerana itu jika dilihat perbezaan jumlah IP unik yang "ditawarkan" oleh IPv6 terlalu banyak berbanding IPv4, antaranya adalah disebabkan perkara ini. Rasional perpindahan daripada decimal ke hexadecimal adalah pengguna internet kini bukan sahaja tertakluk kepada komputer dan laptop semata-mata tetapi mobiliti kini menjadi satu trend dimana pengguna dapat memasuki Internet dimana-mana melalui netbook mahupun telefon bimbit pintar (smartphone).

IPv6: Perbezaan daripada IPv4
Terdapat beberapa perbezaan ketara antara IPv4 dan IPv6, antaranya;
  • Ruang alamat IP yang lebih besar - Perkara ini telah diterangkan di atas
  • IPsec (Internet Protocol Security) - satu protokol yang menjaga keselamatan IP dengan cara menguncinya. Walaupun perkara ini telah terdapat didalam IPv4, tetapi IPsec adalah bukan sesuatu yang "wajib" digunakan tetapi didalam IPv6 adalah berlainan.(Loshin 2004)
  • MIPv6 (Mobile IPv6)- berlainan dengan MIPv4 (Mobile IPv4), MIPv6 mengelakkan berlakunya "triangular routing" yang menyebabkan data dipindahkan kepada system proxy sebelum dihantar. Perkara ini menyebabkan masalah sekuriti seperti yang berlaku didalam MIPv4.
  • 4 GiB Payload - didalam IPv4, payload telah dihadkan kepada 64KB sahaja tetapi didalam IPv6 jumlah payload yang boleh dimasukkan sebesar 4 GiB yang digelar sebagai Jumbograms. Oleh itu ia akan meningkatkan kelajuan didalam rangkaian.
Kesimpulan IPv6
Dapat disimpulkan melalui artikel ini adalah, kita seharusnya bersedia untuk membuat pertukaran daripada IPv4 kepada IPv6 kerana kelebihannya.

Sumber
Loshin, Peter (2004). IPv6: Theory, Protocol and Practice. Morgan Kaufmann , (Ch 2, Pg 19, 24)
Hagen, Silvia (2006). IPv6 Essentials: [intergrating IPv6 into your IPv4 network], O'Reilly, (Ch Preface, Pg ix)
Bradner & Mankin (1995). The Recommendation for the IP Next Generation Protocol, Havard University
John Lui. Exec: No shortage of Net adderesses. ZDNet Security
Hain, Tony (2005). A Pragmatic Report on IPv4 Address Space Consumption. The Internet Protocol Journal, Volume 8, Number 3. Cisco System Inc.
Mun, Yongsong & Lee, Heywon (2005). Understanding IPv6. Springer (Ch1, Pg 3)
Wikipedia - IPv6

Technorati Tags: ,

Isnin, 9 Februari 2009

[Sekuriti] Database Kaspersky digodam, suntikkan SQL

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 09022009

Kaspersky: Salah satu "dewa" bidang sekuriti
Kaspersky (abaikan cara sebutan) adalah salah satu antara syarikat yang memberikan servis sekuriti kepada pengguna yang dihormati sebagai salah satu "dewa" dalam bidang ini. Kehebatannya dapat ditunjukkan dalam aplikasinya yang terkenal, Kaspersky Antivirus (KAV) dan Kaspersky Internet Security (KIS). Penggunaan enjin imbasan yang antara terbaik dunia. Database virus yang antara terbaik didunia dan pelbagai lagi kehebatan Kaspersky. Tetapi adakah mereka menjaga database mereka sendiri? Jawapannya mungkin tidak.

Kaspersky: digodam menggunakan suntikkan SQL
Siapa menyangka dengan menggunakan suntikkan SQL menyebabkan data laman web Kaspersky terdedah dan dapat dilihat oleh seorang penggodam yang menggelarkan dirinya uno. Unu mendedahkan bahawa sistem database laman web Kaspersky USA boleh digodam menggunakan suntikkan SQL. Sebenarnya ini bukan kali pertama laman web Kaspersky digodam, sebelum ini laman web Kaspersky Malaysia juga digodam oleh seorang penggodam daripada Turki, m0sted dengan cara yang sama, suntikkan SQL.

Kaspersky: bukti daripada unu
Daripada HackerBlog yang dipaparkan oleh unu sendiri menyenaraikan senarai table yang terdapat didalam database Kaspersky. Unu tidak mengeluarkan segala apa yang terdapat didalam database tersebut atas alasannya tersendiri tetapi mengatakan bahawa terdapat banyak data didalamnya termasuklah profil pengguna, kod pengaktif, dan bermacam-macam lagi perkara. Antara perkara yang terdapat didalam database tersebut adalah;
  • users
  • admin_users
  • best_buy
  • retail_users
  • cyberCrimeRegs
  • email_list
Kaspersky: Tingkatkan sekuriti data sendiri
Secara kesimpulannya pihak Kaspersky perlulah meningkatkan sistem sekuriti mereka sendiri kerana jika tidak, pengguna akan meragui kebolehan sistem Kaspersky yang sebegitu mudah dijatuhkan oleh penggodam.

Sumber: Weblog, HackersBlog, NetworkWorld, DaniWeb, Softpedia

Technorati Tags: , , , , , ,

Sabtu, 7 Februari 2009

[Perkakasan] USB 3.0 v eSATA v Firewire

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 07022009

Perbincangan Lepas
Macbook, Firewire dan USB 3.0 *

Kepantasan adalah segala-galanya
Entri ini pernah dinyatakan dahulu tetapi bukan secara terus, hanya selingan didalam post berkaitan Macbook. Dengan langkah Apple memansuhkan Firewire yang membuktikan kesediaan Apple memasukkan USB 3.0 ke dalam produk mereka kerana kepantasan yang melebihi Firewire ini sekaligus membuktikan USB 3.0 bukan satu perkara yang boleh diambil ringan. Kerana pada zaman kini, kepantasan adalah segalanya.

USB 3.0: Satu evolusi
Anda tentunya sudah biasa mendengar perkataan "USB" lantaran luasnya penggunaan port USB diseluruh dunia internet. Dan jika dahulunya pengguna Apple boleh berbangga dengan kelajuan Firewire yang lebih laju daripada USB 2.0, kini dengan menghampiri hari ketibaan USB 3.0 pihak Apple sendiri telah memansuhkan penggunaan Firewire sebagai langkah pertama dalam menyediakan port untuk USB 3.0 yang lebih laju. USB 3.0 dibangunkan oleh beberapa syarikat gergasi di dunia iaitu Intel, Microsoft, HP, LSI, NEC dan ST-NXP Wireless dan kini melebihi 900 ahli diserata dunia.

USB 3.0: Kelajuan melebihi batasan
Selepas kelajuan Firewire tiba pula zaman eSATA yang diperkenalkan tetapi eSata hanya berguna kepada ruang storan yang menggunakan sistem Serial-ATA (SATA). Dan kerana kekangan itu eSATA kurang sesuai untuk penggunaan ruang lingkup yang besar. Tetapi kelebihan USB 3.0 adalah USB itu sendiri sudah terkenal dan tersebar luas penggunaannya. Kelajuan USB 3.0 secara teori adalah 5 Gbps (Gigabit per second - Gigabit per saat) atau 625 MBps (Megabytes per second - Megabyte per saat) dan jika dibandingkan dengan USB 2.0 yang hanya 480 Mbps amat berbeza daripada segi kehebatannya. Dari segi praktikalnya, USB 3.0 telah mencapai 75% kelajuan teori iaitu 3.5 Gbps yang bersamaan dengan 438 MBps. Kelajuan itu sudah menunjukkan bahawa USB 3.0 bukan satu kelajuan biasa. Jika mahu dibandingkan dengan eSATA, kelajuan eSATA dalam memindahkan data secara teori adalah 3 Gbps atau 300MBps. Walaupun nampaknya begitu bereza kelajuan teori dengan kelajuan sebenar itu kerana bagaimana sesuatu aplikasi pengurusan data tersebut menghantar data. Perbezaan yang mudah adalah perbezaan kelajuan penghantaran data didalam Windows XP, Windows Vista dan Linux Ubuntu sebagai contoh. Setiap sistem operasi ini mempunyai kelajuan yang berlainan, bergantung bagaimana aplikasi pengurusan data menguruskan penghantaran tersebut. Tetapi walaubagaimana dilakukan sekalipun, kelajuan maksimum tidak akan dapat dicapai.

USB 3.0: Pertengahan 2009
Jika mengikut perancangan awalnya, USB 3.0 akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2009 ini. Tetapi dengan melihatkan keadaan ekonomi sekarang K menjangkakan kelewatan akan berlaku, mungkin Q4 2009 atau Q1 2010 barulah USB 3.0 ini dilancarkan. Segalanya bergantung kepada permintaan dan stratergi yang betul. Secara mudah untuk menggambarkan kelajuan USB 3.0? anda mampu memindahkan fail sebesar 1 DVD (4.7 GB) dari satu gadget kepada storan anda dalam masa 10 saat. atau anda mampu memindahkan satu fail MP3 (5 MB) dalam masa 0.01 saat. menarik bukan, anda tentukan.

* Artikel ini adalah artikel lama, format penyampaian adalah berbeza

Sumber: usb.org, Wikipedia - Serial ATA, EETimes, CNETNewsCuttingEdge, ZDNetTechnology, Engadget

Technorati Tags: , , , ,

[Sekuriti & Sumber Terbuka] Linux dan Virus

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 06022009

Linux dan Virus: satu kesalahan konsep
Bila berkata tentang virus dan Windows, mereka berdua telah sinonim antara satu sama lain, tidak kira sama ada anda terima atau tidak. Tetapi bila mengatakan tentang Linux dan Virus ada yang mengatakan bahawa Linux itu tidak mempunyai Virus. Mungkin atas beberapa sebab Linux kurang "digemari" untuk disunting oleh para pembina virus seperti Windows, tidak bermakna Linux bebas daripada perkara tersebut secara keseluruhan. Walaupun secara praktikalnya tiada satu serangan virus keatas Linux yang betul-betul membawa kesan kepada pengguna tetapi secara teoritikalnya perkara itu boleh dan mungkin terjadi.

Konsep Linux-Virus 1: Virus tidak boleh memasuki Linux
Konsep ini sebenarnya dikeluarkan apabila virus daripada platform Windows cuba dijalankan didalam Linux, memang tidak boleh pada asalnya kerana fail yang berjenis executable (.exe) dijalankan pada Linux kerana kernal (dasarnya) tidak sama. Analogi mudah, anda menyuruh KTM komuter beroperasi diatas landasan monorail. Itu memang tidak akan berlaku kerana landasannya tidak sama. Begitu juga yang terjadi pada virus Windows didalam Linux. Tetapi jika virus itu dibuat didalam fail yang boleh dijalankan didalam Linux, mungkin boleh dijadikan sebagai virus Linux. Tetapi atas beberapa kekangan;

Konsep Linux-Virus 2: Tiada siapa membina Virus
Jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Pepatah itu sekali gus menunjukkan jangan menyangka Linux yang selama ini "tenang" tiada pergolakkan dengan virus secara besar-besaran tiada bahayanya. Virus tersebut boleh datang bila-bila masa tetapi hanya menunggu masa kemunculannya. Tidak dinafikan Linux sebenarnya ada virus yang dibina khas untuknya tetapi tidak banyak. amat sedikit jika dibandingkan dengan virus Windows. Antara yang paling popular adalah Bliss. Dengan kemunculan Bliss ini juga telah membuka mata setiap pihak untuk mengatakan bahawa Linux tidak bebas daripada virus tetapi amat sukar untuk terkena virus. Kerana setiap fail yang mahu dipasang yang berkaitan dengan sistem akan perlu menjalani proses "autorisation" dengan meminta kata laluan daripada pengguna. Dengan itu, proses itu akan berlaku dengan perlahan.

Konsep Linux-Virus 3: Kurang pengguna = kurang virus
Tidak dinafikan perkara itu adalah benar jika dikatakan perkara itu dalam masa 4 tahun yang lepas. Tetapi kepesatan permintaan pengguna Linux kini terutamanya daripada Ubuntu dan Fedora amat dirasakan. Linux yang dahulunya digelarkan sebagai satu sistem operasi yang bersifat "gelap" dan "tersembunyi" kini semakin menampakkan diri lantaran semakin ramai yang menggunakan Linux. Walaupun pengguna Linux tidak seramai pengguna Windows tetapi jika dilihat dalam perangkaan tahunan Linux semakin membesar dalam segi komuniti dan pengguna. Oleh kerana itu juga peluang untuk virus merebak didalam Linux seperti yang Bliss pernah lakukan dahulu boleh terjadi.

Konsep Linux-Virus 4: Tidak perlu antivirus
Mungkin benar dan mungkin salah. Tidak K katakan bahawa Linux tidak perlu sebarang antivirus, tetapi jika anda berurusan dengan sistem yang besar seperti pusat data (database) anda patut perlu mempunyai enjin imbasan virus supaya perkara buruk tidak berlaku. Contoh antivirus yang selalu digunakan adalah ClamAV, Avira, AVG. Walaupun K sendiri tidak menggunakan antivirus, tetapi jika anda mahu menggunakan antivirus K tiada sebarang halangan.

Konsep Linux-Virus: Satu konklusi
Linux bukan satu sistem operasi yang kebal daripada virus dan malware lain tetapi kesukaran virus tersebut untuk merosakkan dan mengubah sistem Linux menyebabkan Linux kurang menerima virus seperti yang terdapat pada Windows. Ditambahkan lagi dengan kesukaran untuk mengubah sistem Linux tanpa kebenaran pengguna dan juga kepantasan komuniti Linux itu sendiri memperbaiki kelemahan sistem operasi ini untuk memastikan Linux sentiasa selamat daripada anasir luaran seperti itu. Tetapi tidak bermakna pengguna Linux harus mengabaikan secara seluruhnya masalah berkaitan sekuriti ini kerana
Security is not a product, it's a process

Sumber Terbuka: Wikipedia - Linux Malware, Wikipedia - Bliss, Librenix, linux.com, DesktopLinux, The Register, Stason, LinuxHaxor, UniPaderborn

Technorati Tags: , , , , , ,

Jumaat, 6 Februari 2009

[Kuliah] Information Retrieval (IR)

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 06022008

IR: Satu ringkasan
Pengumpulan Maklumat (Information Retrieval - IR) adalah salah satu cabang sains didalam menukarkan data kepada informasi didalam satu dokumen agar dapat dicari dengan lebih mudah dan tepat bersesuaian dengan kehendak pengguna. IR ini sering digunakan didalam bidang sains komputer, metematik, sains perpustakaan dan fizik. Namun artikel ini akan menekankan IR didalam bidang sains komputer kerana K sendiri berada didalam bidang ini.

Contoh IR dalam kehidupan
Terdapat banyak aplikasi dan sistem yang menggunakan sistem IR. Sebagai contoh terdekat adalah enjin carian di pelayan internet (internet browser) seperti enjin carian Google dan Yahoo. Kegunaan IR yang lain adalah pengagihan dan pencarian dokumen didalam sesuatu pusat data seperti perpustakaan. Sebagai contoh terdekat, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universti Malaysia Terengganu yang menggunakan sistem Katalog Capaian Umum Atas Talian (Online Public Access Catalogue - OPAC).
Index dan metadata
Didalam sesuatu sistem pusat data (database), index adalah cara untuk mempercepatkan dan meningkatkan kebolehan sistem database dalam mencari maklumat yang diperlukan yang terdapat didalam database tersebut. Secara analoginya untuk mencari sesuatu didalam bekas yang besar adalah lebih mudah dengan mengasingkan barangan yang terdapat didalam bekas itu secara terperinci. Terdapat beberapa cara untuk "melabelkan" sesuatu perkara itu berdasarkan jenis subjek. Sebagai contoh IR didalam satu database adalah:
Buku, dokumen dan journal - Semua data akan dilabelkan mengikut tajuk, penulis, tarikh keluaran atau digelar sebagai data-pengkatalogan-dalam-penerbitan yang selalunya dicetak dibelakang tajuk buku seperti contoh, Faisal Tehrani - Saasatul Ibaad. Data-pengkatalogan-dalam-penerbitan ini digunakan untuk membolehkan buku atau dokumen tersebut diletakkan didalam bahagian yang betul untuk memudahkan pengguna mencari.

Gambar - Mutaakhir ini gambar kebanyakannya disimpan didalam bentuk grafik dan bukannya filem seperti dahulu, dan kerana itu juga didalam database mungkin juga terdapat simpanan gambar yang perlu disusun dan diindex. Lazimnya gambar akan menyimpan metadata didalam gambar tersebut secara automatik yang mengandungi data seperti jarak fokus, jenis kamera dan mode yang disimpan didalam EXIF. Contoh EXIF adalah seperti di bawah.

Muzik dan lagu - Seperti gambar dan foto, muzik dan lagu juga kini disimpan didalam bentuk digital yang lebih mudah disimpan. Kerana itu muzik juga perlu dilabelkan. Selalunya format muzik yang popular seperti MP3 dan OGG akan dilabelkan berdasarkan beberapa perkara seperti tajuk, penyanyi, komposer, album dan kulit album. Cara ini perlu untuk mencari kembali lagu tersebut apabila diperlukan dengan mudah tanpa perlu mencari dokumen yang dikehendaki diseluruh database. Sebagai contoh untuk metadata kepada muzik adalah seperti gambar dibawah.

Laman web dan blog - Tidak dinafikan bahawa terdapat terlalu banyak laman web dan juga blog didalam dunia pada zaman kini, soalnya bagaimana untuk mencari informasi yang betul dan bertepatan dengan fakta sebenar adalah satu cabaran kepada enjin carian. Seperti Google dan Yahoo, mereka menggunakan metadata yang diletakkan sendiri oleh pembangun laman tersebut agar dapat dicari dengan mudah oleh pengguna berdasarkan kata kunci.

Methodologi IR
Jika berkata tentang methodologi IR, terdapat beberapa methodologi yang digunakan untuk memastikan pengkatalogan tersebut membantu pengguna dalam carian mereka kelak. Oleh kerana itu, antara methodologi yang digunakan adalah;
  • Ketepatan - anggaran bahawa dokumen tersebut menepati kehendak pengguna, dianggapkan sebagai nilai positif
  • Spesifik - anggaran bahaw dokumen tersebut tidak menepati kehedak pengguna, dianggapkan sebagai nilai negatif
  • Pengulangan - mengira pengulangan kata kunci dinyatakan didalam sesuatu dokumen.
  • Perkiraan-F - sebagai pegimbang antara ketepatan dan pengulangan untuk sesuatu dokument tersebut
Methodologi yang ditulis didalam artikel ini hanya methodologi mudah kerana setiap enjin carian mempunyai cara sendiri dan methodologi sendiri yang lebih kompleks dalam menjadikan enjin carian itu lebih baik kepada pengguna. Disebabkan itu juga dapat dilihat perbezaan antara dua enjin carian (Google dan Yahoo sebagai contoh).

Nota Hujung
Artikel K ini adalah satu artikel yang bukannya boleh dikatakan sebagai satu artikel yang boleh digunakan sebagai rujukan bersifat formal kerana K tidak mempelajari IR secara langsung tetapi hanya secara tidak langsung. Oleh itu terdapat banyak perkara yang tidak tepat didalam artikel ini. Dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan untuk memperbaiki artikel ini. Pada artikel akan datang, mungkin K akan menyentuh tentang bagaimana proses pengakaran perkataan (stemming) berlaku.

Sumber: Wikipedia - Index, Wikipedia - EXIF

Technorati Tags: , ,

Khamis, 5 Februari 2009

[Sekuriti] Anti-malware tipu: Sesi 5

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 05022009

Entri sekuriti lepas
Antivirus 2008/2009 & Smithfraud *
WinWeb Security - Fake/Rough Antivirus *
[security] VirusRemover 2008 & Spyware Secure *
[security] Rough AV - SpyProtector *

Pendahuluan Sesi 5
Oleh kerana terlalu banyak antimalware tipu kini, K akan menggunakan tajuk yang samaa sahaja selepas ini dengan sesi yang berlainan.Disebabkan sudah terdapat empat tajuk yang berkaitan pada entri lepas, maka entri ini akan bermula dengan sesi 5.

RapidAntivirus
pengeluar aplikasi ini menggunakan nama satu antivirus yang terkenal dengan aplikasi percuma iaitu avira antivir. dengan membuat satu laman yang mengaburi mata pengguna, antara lamannya adalah;
  • www.rapidantivirus09.com
  • rapid-antivir2009.com
  • antivirus2009plus.com
  • extraantivir.com


Antimalware guard & antispyware expert
Menggunakan aplikasi yang sama dengan hanya menukarkan namanya sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan ianya bukan satu aplikasi yang sah. Antara lamannya adalah;
  • antimalwareguardplus.com
  • antimalwareguardsolution.com
  • antipsywareexpertplus.com
  • antispywareexpertsolution.com
PCPrivacyCleaner
Mengatakan bahawa aplikasi ini adalah untuk pengguna yang mahukan satu sekuriti data mereka dan mencegah daripada data tersebut dicuri. Dan laman yang mereka gunakan adalah;
  • pcprivacycleaner-plus.com
  • yourprivacycleanerpro.com
XPBooster
Walaupun XP kini semakin menghampiri pengakhiran zamannya bersama Microsoft, tidak bererti populariti XP dapat diatasi oleh Vista dengan mudah. Oleh sebab itu masih terdapat aplikasi yang menggunakan nama "XP" pada produk mereka, termasuklah XPBooster ini. Hanya satu laman yang dapat dijumpai.

  • xpboosterpro.com

* Artikel ini adalah artikel lama, format pengeluaran artikel adalah tidak sama dengan artikel yang baru


Sumber: websecurityweblog

Technorati Tags: , , , , ,

Rabu, 4 Februari 2009

[Aplikasi & Windows] Windows 7 dan adik beradik

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 04022009

Windows 7
Senarai "ahli" Windows 7 telah dikeluarkan kepada umum hari ini dengan menunjukkan tradisi yang dimulakan oleh XP dan ikuti oleh Vista akan berlanjutan didalam Windows 7. Dengan menamakan beberapa jenis dan pakej Windows 7 yang akan dikeluarkan, sekali gus menunjukkan bahawa Microsoft kini sudah bersedia untuk mengeluarkan Windows 7 secara rasmi. Versi tersebut adalah:
  • Windows 7 Starter Edition
  • Windows 7 Home Basic
  • Windows 7 Home Premium
  • Windows 7 Professional
  • Windows 7 Enterprise
  • Windows 7 Ultimate
Windows 7 Starter Edition dikhaskan untuk netbook yang menjadi sasaran utama Microsoft untuk menyaingi Linux. Di sini terletak ironinya kerana sebelum ini, Windows 7 Ultimate beta dapat dijalankan dengan baik oleh itu mengapa dan kenapa netbook harus menggunakan Windows 7 Starter Edition yang hanya boleh membuka tiga aplikasi sahaja pada satu masa. Mungkin kerana spesifikasi khas yang membolehkan jangka hayat bateri netbook tersebut bertahan dengan lebih lama daripada menggunakan Windows 7 Ultimate. Dan untuk mengurangkan kos pengguna yang tidak mahu membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk memasukkan sistem operasi kedalam laptop mereka.

Sumber: DownloadSquad, TechSpot, GeekZone,ArsTechnica - Microsoft, LifeHacker - Windows 7, Gizmodo - Windows 7, Engadget, Gadget-Techology, TechRadar - OperatingSystem, ZDNet - EdBott

Technorati Tags: , , , , ,

Selasa, 3 Februari 2009

[Aplikasi] Google Earth: lebih dari sekadar aplikasi biasa

Ya Allah, perbaikilah umat Islam
Tarikh Keluaran Artikel: 03022009


Google Earth 5.0
Jika anda seorang yang gemar menggunakan aplikasi Google Earth anda semestinya tahu apakah kegunaan dan keseronokkan menggunakan Google Earth, dan kini Google Earth kembali lagi dengan menambahkan beberapa pembaharuan terkini. Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Google terhadap aplikasi berasaskan web ini adalah;
  • Menyelami dasar lautan dan beberapa tempat yang disediakan video oleh pihak National Geography
  • Menyusuri edaran masa untuk melihat perbezaan sesuatu tempat berdasarkan gerak masa yang berlalu
  • Merakamkan pengembaraan anda didalam Google Earth untuk dikongsi bersama rakan anda
Google Earth: Selami Dasar Lautan
Dengan kebolehan terbaru ini, Google Earth kini semakin memenuhi permintaan penggunanya kerana berdasarkan namanya iaitu "Google Earth" pengguna sepatutnya dapat melihat lebih daripada panorama di darat tetapi juga dilautan. Lebih daripada itu, kerjasama bersama pihak National Geography juga membawa banyak perbezaan daripada Google Earth yang dahulu dengan menjadikan Google Earth sebagai satu globe yang besar untuk dijelajah oleh pengguna sebagai satu cara untuk belajar. Jika dahulu kita mempelajari tentang iklim dan keadaan sesuatu tempat dengan hanya memandang didalam gambar ataupun hanya membacanya, kini kita boleh melihatnya dihadapan monitor dan disertai dengan video daripada pihak National Geography yang akan menerangkan sesuatu perkara itu dengan lebih baik.
Google Earth: Mesin Masa
Gambar diatas adalah sebagai contoh dimana mesin masa Google Earth memainkan peranannya, berdasarkan gambar ini, dilihat bahawa perbezaan antara tahun 1998 dan 2008 dilokasi yang sama. Kegunaan perkara ini K lihat adalah untuk pengkaji sejarah, peradapan manusia, kemajuan sesuatu tempat dalam tempoh masa, dan juga bagi saintis untuk mengkaji kemusnahan alam. Oleh itu Google Earth menjadi semakin berguna untuk banyak skop.

Google Earth: Rakaman video
Dengan kebolehan ini anda mampu menunjukkan kepada rakan anda mahupun sesiapa sahaja apa yang telah anda lakukan menggunakan Google Earth, sebenarnya K rasakan perkara ini terhasil apabila begitu banyak rakaman yang telah tersebar menggunakan Google Earth menunjukkan apa yang mereka jumpai menggunakan Google Earth. Oleh itu Google mengambil inisiatif untuk mengeluarkan aplikasi yang membolehkan pengguna mereka merakamkan secara terus apa yang mereka jumpai. Dan rakaman itu boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Sumber
TechSpot: Google Earth 5.0 lets you dive into the ocean
ArsTechnica - Hands on: Google Earth 5.0 goes under the sea, back in time
CNETDownload - Hands on: Google Earth 5 delightful but imperfect
CNETNews - Images: Google Earth 5.0 travels oceans, time, and space
CNETNewsGeek - Google Earth adds Mars roving
ReadWriteWeb - Google Earth now maps the ocean floor and mars in 3D

Technorati Tags: , ,

Isnin, 2 Februari 2009

[Ulasan] Portable Antivirus oleh Mehacomp_91

Ya Allah, berkatilah Palestin kami
Tarikh Keluaran Artikel: 02022009

Perihal terdahulu
[Aplikasi] Portable Antivirus

Ulasan khas daripada Mehacomp_91
Ulasan ini bukan dilakukan oleh K sendiri tetapi oleh rakan K, Mehacomp_91. K masih menunggu bilakah masanya Meha mahu membuat blog sendiri kerana kebolehannya bukan calang-calang berdasarkan usianya yang baru mengambil peperiksaan SPM. K hanya mengambil daripada Meha dan mengurangkan penambahan mahupun pengurangan daripada ulasan asal.

Repair Modified Register
Sistem ini bertujuan untuk membetulkan kembali sistem registry Windows yang telah diubah oleh anasir luar seperti Virus, Adware, Spyware dan Trojan. Sebagai contoh paling popular adalah;
  • task manager had been disabled by the administrator
  • Registry editor had been disabled
  • Folder option had been disabled
Kegunaan lain cara ini adalah untuk memasukkan semula aturcara Windows yang asal. Dengan hanya semudah mengikut arahan seperti didalam gambar dibawah, segala perkara selepas itu akan dilakukan secara automatik. Hanya dengan satu sentuhan.

Data0.net Process Viewer
Jika anda biasa menggunakan Task Manager di Windows, anda akan biasa menggunakan aplikasi ini kerana aplikasi ini hampir sama fungsinya dengan Task Manager. Seperti "shutdown", "reboot" dan "log off". Dianggap antara pengganti kepada Task Manager, malah boleh menggantikan Task Manager dengan membuat pilihan, option > replace task manager. Dengan itu, akan datang apabila anda menekan kekunci ctrl + alt + del, Data0.net Process Viewer akan menggantikan Task Manager anda.

Malware Manager
Setiap virus yang dikesan harus disimpan didalam satu bekas yang dinamakan "quarantine" dan PAV menggelarkannya Malware Manager. Bekas ini amat sesuai untuk digunakan untuk menyimpan sesuatu fail yang tidak diketahui sama ada ianya virus atau sekadar "false alarm" kerana tiada satu enjin imbasan antivirus didunia ini lepas daripada masalah ini, termasuklah PAV. Tetapi tidak banyak perisian sekuriti yang mempunyai kemudahan ini. Oleh itu Malware Manager ini adalah satu aplikasi sebagai tapak simpanan untuk menyimpan fail-fail yang tidak diketahui status bahayanya. Dengan semudah, Task > Add File To Malware Manager, anda akan mendapati fail tersebut telah dikunci didalam Malware Manager ini yang seumpam penjara bagi virus. Mudah dan senang.

Data0.net Explorer
Diharapkan aplikasi ini mampu menggantikan Windows Explorer ternyata tidak kerana terlalu sedikit kebolehannya untuk dijadikan sebagai pengganti tetapi kegunaannya mungkin berguna apabila anda mengalami masalah dengan explorer.exe anda mengalami masalah untuk berfungsi. Tetapi fungsi sebenar untuk aplikasi ini tidak dapat diterangkan dengan lanjut.

Kesimpulan Ulasan
Secara kesimpulannya, PAV adalah satu antivirus yang merangkumi beberapa perkara seperti
  • sistem imbasan virus - PAV itu sendiri
  • sistem pembetulan registry - Repair Modified Register
  • sistem pemantauan proses - Data0.net Process Viewer
  • sistem kuarantin - Malware Manager
  • sistem pemantauan fail - Data0.net Explorer

Ulasan ini telah dibuat oleh Mehacomp_91 dan diubah suai oleh TMUkmkd secara minima.

Technorati Tags: , , , ,