Rabu, 30 Mac 2011

Demam Kriket


Kurang 2 jam lagi sebelum perlawanan yang dikatakan mother of all cricket battle, IND lawan PAK. 20 laman PAK dikatakan telah di tawan oleh penggodam IND.

Sumber: The Hacker News 

Ubah Panjang Tab Firefox

Anarm ada tanya dalam twitter macam mana nak kecilkan lebar tab dalam Firefox 4 yang dia kata terlalu besar. Dan aku rasa paling mudah ubah saja CSS dia.

kalau dalam Windows tu, ni direktori CSS yang perlu diubah.

C:\Users\[user]\AppData\Roaming\Mozilla\Firefox\Profiles\[profile].default\chrome\userChrome.css

Tapi dalam direktori/folder chrome tu hanya ada userChrome-Example.css sahaja. Korang tukar la nama dia.

Dan masukkan satu line yang akan ubah lebar tab tu nanti.

.tabbrowser-tab:not([pinned]) {
  max-width: 150px !important;
  min-width: 40px !important;
}

pandai-pandai korang ubah lebar mana nak guna. Dan restart Firefox. Seharusnya panjang tab korang dah menjadi pendek.

Nota: Cara ni tak jadi. Ada bug. Nanti aku kemas kini balik. hahaha

10K BD K-On #9 Dijual Dalam Seminggu

Apa gila la K-On ni. BluRay nombor 9 diorang dijual lebih kurang 10,000 dalam masa seminggu. Komfem dapat nombor satu dalam carta Oricon.

// Manga K-On keluar lagi. Dan filemnya 3 Disember.

Walaupun IE9 Tu Bagus

Walaupun aku boleh kata IE9 (Internet Explorer 9) tu bagus dan amat lain daripada IE8. Terutama dari segi CSS. Tetapi berapa ramai yang menggunakan Windows dan yang guna IE mahu naik taraf IE mereka kepada IE9?

Maka perkara semudah border-radius tetap akan jadi payah sebab browser lama yang tak menyokong CSS3 tetap kene guna gambar untuk tunjuk curve border.

Itu termasuk kepada browser versi lama macam Firefox 3.6.x juga. Aku baru teringat masa tulis ni sebab tak semua orang dah tukar. maka aku tetap kene masukkan dalam CSS -o- -moz- dan -webkit- masalah betul la.

Selasa, 29 Mac 2011

Kalau Aku Kata...

Pelajar AF9 yang akan dimasukkan dalam sangkar kaca dah macam binatang dalam zoo.

Mesti ada yang marah.

Isnin, 28 Mac 2011

Mouse Baru Aku: Logitech M215


Satu bateri AA

Jumaat, 25 Mac 2011

Backup Projek Anda! Jangan Lupa

Aku dapat tahu semalam UMT dan area Gong Badak banjir dan untuk mengelakkan perkara tak menarik berlaku ada baiknya korang buat backup segala projek, nota, terutamanya pelajar PITA. Paling mudah dan selamat aku cadangkan backup di internet.

Antara yang korang boleh guna adalah email korang itu sendiri. Lagi-lagi yang guna Gmail. Banyak beb korang boleh backup. Kalau yang ada FTP, maka upload lah dalam FTP sendiri.

Maka backup sekarang. Sebab sekarang korang ada internet.

Nota: Post ni sebenarnya aku nak post dalam blog Comtech tapi macam tak sedap pulak.

Experiment CSS Transform Rotate Terhadap Empat Pelayar Internet

Firefox 4.0
-moz-transform: rotate(-90deg)

firefox-transform-rotate

Chrome 10.0.648.204
-webkit-transform: rotate(-90deg)
 
webkit-transform-rotate

Opera 11.01 build 1190
-o-transform: rotate(-90deg)
 
opera-transform-rotate
Internet Explorer 9.0.8112.16421
filter:progid:DXImageTransform.Microsoft.BasicImage(rotation=3)

internet-explorer-transform-rotate

Ada sapa boleh bantu untuk Internet Explorer tu tak? Dia paling kronik.

Kemaskini Null 25 March

Sedia tahu oleh korang semua bahawa aku masih dalam proses pembikinan dan pengubahsuaian tema untuk blog baru nanti. Blog itu tiada lagi sebab tu aku masih menulis disini. Kalau tak baik aku tulis disana.
Tema itu berasaskan daripada Buffet Framework iaitu salah satu framework untuk tema didalam Wordpress. Dan ini adalah gambar asal Buffet Framework.
null-asal
Dan aku ubah sedikit sebanyak untuk menjadikan tema ini tiada header. Maklumlah kini semua benda nak minimalis. Maka aku pun buat la satu tema tanpa header. Dan kombinasi warna yang dipilih adalah merah - putih. Dan aku pernah tunjuk mock-up untuk tema ini.

Windows Live Writer

Saja pasang Windows Live Writter alang2 guna Windows 7. Ok juga aplikasi ini.

Theme untuk wordpress tu dah masuk 35% lebih kurang.

Khamis, 24 Mac 2011

Korang Ni Agak-agak Layak Ke?

Sistem Semakkan Syarat Kelayakkan Khas Akademik untuk tengok korang layak atau tidak untuk mohon sesebuah kos untuk Universiti.

Menarik. Mudah dan pantas. Serta membantu orang yang mahu memohon untuk merancang.

Sila la melawat

http://imascu.upu.mohe.gov.my

Kalau Gelak Tutup Mulut


Kan ok tu?

Nota: Aku tak de idea nak buat kerja.

Tukar Address Bar Search Engine Firefox

Aku ada buat silap sikit dan kini address bar punya search engine dalam firefox 4 aku adalah facemoods. Jadah apa tah ni. Maka aku nak tukar balik kepada Google.
about:config > keyword.url > value= http://www.google.com/search?&q=
Selesai.

Sokongan Kepada CSS3 Semakin Baik

Aku mula perasan apabila sedang membuat kotak carian untuk tema baru aku dan apabila aku masukkan -moz-border-radius maka terus firebug menukarkannya kepada border-radius sahaja. Menunjukkan bahawa border-radius telah disokong secara penuh oleh pelayar internet tersebut.

Dan setakat yang aku telah cuba, Firefox 4, Opera 11, Chrome 10 dan Internet Explorer 9 menyokong border-radius tanpa perlu meletakkan simbol awal seperti -moz, -o dan -webkit.

Itulah guna aku pasang empat pelayar internet dalam komputer ini. Bukan saja-saja. Maka ini adalah hasil akhir untuk kotak carian aku. Tanpa butang submit. Agak-agak orang reti tak guna tanpa butang submit?

Ah, tak reti boleh diajar.

Nota: Aku alami masalah dengan grid menggunakan blueprint grid kerana ada sedikit lari (1px) didalam pelayar internet Opera dan Chrome tetapi Firefox dan Internet Explorer tiada masalah.

Rabu, 23 Mac 2011

Layout Contoh Untuk Blog Aku


Pendapat?


Lebih 3 Juta Firefox Dimuaturun

Itu setakat tadi yang aku tengok. Tapi memang perasan rekabentuk Firefox 4 ini sememangnya mirip kepada Opera. Extremist Thinker mengatakan bahawa Firefox 4 ini adalah bayang-bayang kepada satu lagi pelayar internet iaitu Opera.


Anda boleh fikirkan sendiri.

Jika Firefox itu adalah bayang-bayang Opera, Maka siapa pula menjadi cahayanya?

Selasa, 22 Mac 2011

Firefox 4 Berjalan Dengan Baik

Aku dah muatturun Firefox 4 tadi dan perkara pertama aku tengok adalah Firebug dan beberapa addon. Firebug 1.6 tak dapat digunakan didalam Firefox 4.
Aku masuk ke laman Firebug sendiri dan mereka telah pun mengeluarkan Firebug 1.7 untuk Firefox 4.

Firebug dapat digunakan dengan lancar setakat ini. Begitu juga dengan Web Developer Toolbar.

Lofico Laman Lomo Yang Cantik


Aku tak tahu ni negara mana, tapi daripada domainnya mungkin dari Australia. Nampak funky gitu blognya. Lagi pulak blog ni pasal LOMOgraphy.

Aku nak buat ala-ala macam ni la theme blog :D
Yeah dah dapat idea.

lofico.com.au

CSS Freak

Kalau aku buat background blog aku macam ni ok tak? macam 960 grid system freak tak?
aku tengok macam ok je.



p.s tengah mencari ilham untuk theme.

Hujan

Dari pagi tadi sampai la ni hujan. Sejuk.
Tapi kene pergi keja.
Kalau tak memang aku dah tidur.

Isnin, 21 Mac 2011

Jalan Terbaik

Jalan terbaik ialah saya perlu tampil yakin seolah-olah tiada apa yang berlaku
Terbaik la Miera. Nanti ada wakil Playboy telefon kau. Takpe, asal kita yakin ye tak?

Jumpa Akhirnya

Aku cari dimana kedai gambar
Yang boleh dan rajin nak proses negatif
Dirumah mahal sangat
Akhirnya jumpa di Bangi

RM5 satu roll. Tapi sayang diorang tak ada printer scanner. Maka kene scan sendiri di rumah. Ni alamatnya

Foto UK
Lot G 03/1, Bangi Utama
Shopping Complex,
Bandar Baru Bangi
03-82101099

Slide Film aku pun dia caj RM5 saja. Mungkin dia XPro kot?

Masalah CSS

 Asalnya table tersebut memegang nilai
font-size:12px
tetapi secara tiba-tiba selepas thead, dia menukarkan nilai tersebut kepada
font-size:16px
Aku tak pasti kenapa tetapi bila dilihat melalui Element Inspector (Chrome) dan Firebug (Firefox) akan lihat nilai tersebut tidak datang daripada mana-mana sumber fail CSS tetapi seolah-olah terjadi sendiri.
Developer Toolbar (Internet Explorer) tak menunjukkan nilai
font-size:16px
tetapi hanya
font-size:12px
walaupun tulisan tersebut bersaiz 16px mengikut kebesarannya.

Akibatnya aku perlu masukkan secara manual (buat kelas lain dalam CSS untuk membetulkan masalah itu).

Nota: Kenapa Blogspot tak ada format pre untuk ditekan? Susah aku nak masukkan kod. Kene masukkan sendiri.

Lawa Beb GNOME Shell


Gambar tu aku ambil dari OMGUbuntu

Jumaat, 18 Mac 2011

PHPExcel III

Tengah mencari jalan untuk jadikan align=left bukannya right tapi aku tak dapat lagi nak buat. Aku cuba nak pasangkan tapi tak menjadi haha.

$sheet->setConditionalStyles('B2')->setAlignment()->setHorizontal('HORIZONTAL_CENTER');

Cuba juga cara lain tapi tak menjadi juga. Mungkin salah keyword.

$hell2 = array('font'=>array('bold'=>true),'align'=>array('center'=>true));
$sheet->getStyle('B2')->applyFromArray($hell2);

Let's make some magic here!

PHPExcel II

Aku tak pasti cara aku betul atau tak tapi aku buat tak ada apa yang masalah pun, ini cara yang diorang guna secara rasmi;

$objPHPExcel = new PHPExcel();
$objPHPExcel->setActiveSheetIndex(0);
$objPHPExcel->getActiveSheet()->setCellValue('A1', 'Description');
$objPHPExcel->getActiveSheet()->setCellValue('B1', 'Amount');
$objPHPExcel->getActiveSheet()->getColumnDimension('A')->setWidth(30);
$objPHPExcel->getActiveSheet()->getColumnDimension('B')->setWidth(12);

Dan aku gunakan cara yang aku rasa lebih mudah;


$objPHPExcel = new PHPExcel();
$sheet = $objPHPExcel->getActiveSheet();
$sheet->getColumnDimension('A')->setWidth(20);
$sheet->getColumnDimension('B')->setWidth(20);
$objPHPExcel->setActiveSheetIndex(0)
  ->setCellValue('A1', 'Description')
  ->setCellValue('B1', 'Amount');


entah la.

PHPExcel

Aku cuba buat Excel menggunakan PHPExcel menggunakan cara yang ada dalam Bakery CakePHP tapi hasilnya tak menarik. Kek tersebut tak sempurna, Tak masak sana tak masak sini.

Akhirnya aku guna cara sendiri. Aku rasa cara tu tak tepat tapi buat masa sekarang aku guna cara ni dulu

Oh ya, tadi khutbah berkisah pasal Rokok Haram. Mudah. Tapi sampai pukul 2 juga.

Rabu, 16 Mac 2011

Tekan Enter Untuk Beri Komen

Hari ni tiba-tiba ramai yang bising dalam Facebook pasal ada yang tidak biasa dengan cara baru, tekan enter untuk beri komen. Tapi aku pelik. Aku rasa, dah lama aku guna. Mungkin aku orang yang diberikan mandat untuk mencuba lebih awal haha.

Aku tetap suka kalau ada keystroke macam alt + enter atau ctrl + enter daripada kaedah enter sekarang.

Polisi

Jika dulu masa aku belajar ada beberapa orang kenalan yang ditanya tentang polisi sesebuah badan yang mereka buatkan sistem untuknya sempena PITA. Apakah sistem tersebut memenuhi dan mengikut polisi yang dikeluarkan. Adakah sistem tersebut membantu mereka dalam melaksanakan polisi tersebut dan yang paling penting adakah kenalan tersebut mengetahui dan memahami polisi badan tersebut.

Aku baru hadapi masalah polisi semalam. Selepas ini perlu lebih berhati-hati tentang polisi sesebuah badan.

Polisi bukan bermaksud Pak Polisi.

Selasa, 15 Mac 2011

Siapa Hassan Mutallib Dalam HKLBR

Siapa pengarahnya? Hassan Muttalib.
Penulis skrip? Hassan Mutallib.
Tapi siapa Hassan Mutallib?

Hari ini aku baru tahu siapa Hassan Mutallib. Bukan satu watak fiksyen tetapi Hassan Mutallib adalah orang yang sebenar dan kurang dikenali oleh orang Malaysia. Jika dulu-dulu kanak-kanak akan melihat cerita animasi atau kartun seperti Sang Kancil Dengan Buaya, Gagak Yang Bijak, itu adalah antara karya Hassan Mutallib.

Kenapa dia (Hassan Mutallib) dimasukkan dalam HKLBR?
Sebab pengarah dan penulis lirik untuk kisah animasi tersebut dia yang buat. Siapa pengarahnya? Hassan Mutallib. Siapa penulis skripnya? Hassan Mutallib!

Tapi aku rasa namanya dimasukkan dalam HKLBR sebab mungkin dia mengenali dengan rapat Mamat Khalid ataupun Hassan Abdul Mutallib itu adalah gurunya. Entah tapi memang menarik.

Isnin, 14 Mac 2011

Review Dell Vostro 3300

Aku terima laptop ni khusus untuk buat kerja. Dan jika dilihat daripada spesifikasi asasnya;

CPU: Intel Core i5 M480 2.67GHz
RAM: 3.00GB
OS: Windows 7 Home Basic

Laptop ni agak ok, skrin leper, lebih leper daripada Minimalisme (Compaq V3000) aku dulu. Dengan resolusi 1366x768 berbanding Minimalisme 1280x800. Dalamnya disertakan sekali Microsoft Office 2010 Starter (Word + Excel) yang percuma dan antivirus yang aku guna dalam ni adalah daripada Microsoft sendiri, Microsoft Security Essential, percuma. Tapi hebat tak hebat jangan tanya aku sebab aku dah lama tinggalkan hal hal virus.

Antara yang aku dah pasang dalam ini adalah;

---Untuk Pembangunan Sistem---
NetBeans 6.9.1 + JDK, JRE dan segala berkaitan
WampServer
TortoiseSVN
Mozilla Firefox + firebug + firequery + web developer
Mozilla Thunderbird + lightning
Google Chrome
Internet Explorer Developer Tool

---Untuk Kegunaan Selingan---
RockMelt
Pidgin
Songbird

Kekurangan Vostro
Speaker Mono. Sebijik je speaker. Laptop ini bukan untuk orang yang suka dengar muzik masa buat kerja. Kalau nak pun sila guna earphone/earplug/headphone sendiri. Setakat yang aku dengar guna Sony Stereo Headphones MDR-XD200, codec yang digunakan adalah lebih baik daripada Minimalisme aku dulu. Tapi kalau guna speaker laptop sendiri Minimalisme adalah 100 kali ganda lebih baik kerana dia ada Altec Lansing dan Stereo bukan Mono.

Aku dah guna beberapa hari dan beberapa kali akan mati secara tiba. Dan aku perasan sebelum mati kipas akan berbunyi lebih kurang 30 saat hingga 1 minit dan selepas itu mati mengejut. Aku tak pasti ni masalah apa tetapi teori aku adalah daripada masalah had minima suhu laptop untuk kipas berpusing dan juga had maksima suhu laptop sebelum laptop dipadamkan untuk langkah berjaga-jaga. Aku dah tengok dalam bios tapi tak jumpa untuk ubah suhu.

Projek Mini Untuk Vostro
Aku nak pasang Ubuntu dalam ni. Khas untuk masuk ke internet. Macam yang Dell buat untuk satu jenis netbook dia, dipanggil Ubuntu Light. Tapi aku nak jadikan lebih ringan daripada Ubuntu Light. Mungkin aku nak buang banyak benda cuma tinggal beberapa benda penting je. Mungkin aku akan hanya tinggalkan apa yang perlu untuk gerakkan Ubuntu + browser dan networking. Ubuntu yang aku nak guna mungkin 10.10 sebab ada Unity. Dan cantikkan sikit boot page agar tak nampak macam g33k sangat.

Jumaat, 11 Mac 2011

Aku Baru Tahu: EVEREST Ditamatkan

Dah lama tak guna Windows, aku cuba mencari aplikasi benchmark yang aku guna dulu untuk tengok suhu dalam laptop. Tapi baru aku tahu, EVEREST dan di tamatkan pembangunannya. Ada program lain yang lebih kurang?

Rabu, 9 Mac 2011

Chrome Kemaskini Versi Stabil Kepada 10

Disebabkan Pwn2Own dalam minggu ini maka semua aplikasi pelayar internet bertungkus lumus untuk membuat semua kemaskini agar tidak membiarkan sebarang kerentanan yang lama terlepas.

Google chrome telah melakukan kemaskini versi stabil kepada 10 sebentar tadi.

Isnin, 7 Mac 2011

Sikap Kejantanan

Misae: Mengapa menyalahkan orang lain? Itu bukan sikap anak lelaki!
Shin Chan: Aku adalah anak lelaki!
Misae: Jangan cakap banyak lagi!
Shin Chan: Tapi kalau perempuan menyalahkan orang lain, adakah itu ialah sikap kejantanan?
Misae: Kau langsung tak faham!

Quote of the day!

Yoshito Usui., Dik Cerdas Bintang Kelakar., Vol. 30. Comics House Sdn Bhd. 2002

v057r0

Aku dah ada laptop khas untuk buat kerja pejabat. Maka laptop aku akan bebas daripada anasir virtualbox.

Khamis, 3 Mac 2011

404 itu ralat

Minimalis

Rabu, 2 Mac 2011

Table ke Div?

Kalau pasal membuat laporan mesti ada dua kaedah yang digunakan. Table atau div. Aku tak pasti mana satu lagi baik secara ilmiahnya tapi dari segi pengalaman aku lagi suka div.

Kerana bagi aku div lebih dinamik daripada table tapi kadang-kala div boleh jadi mengelirukan kalau tak betul caranya.

Apa pun;


Selamat mengaturcara!

Selasa, 1 Mac 2011

ЛОМО́ Itu LOMO

ЛОМО́ - Ленинградское Оптико-Механическое О́бъединение
Sama dengan
LOMO - Leningrad Optical & Mechanical Union

Dan aku baru sahaja ada LOMO Kompakt Automat+ Atau LC-A+ RL. Hohoho.
RL maksudnya Russian Lens. 2nd hand je :p

Beza LC-A+ dengan LC-A+ RL adalah LC-A+ RL dibina di China dengan menggunakan lensa daripada Rusia pada tahun 2006. Dan LC-A+ dibina di China dengan menggunakan lensa China. Lebih kepada nilai sentimental.