Ahad, 30 Ogos 2009

UITM Di "cuci" lagi

Kali kedua
Jika tahun lepas cuciotak (brainwash) telah berjaya membuat cucian bersih kepada laman web UITM, pagi ini sekali lagi UITM di cuci.

April 2008

sumber: Ahmad Yazid
Flying around the Clouds - Got what I mean?
cuciotak@techmail.com
Ogos 2009

kredit: izzatruslan
You never learn... You never learn... You never learn
I email you remember? and i notice you have change most of the password after that
(And thanks to unknown wifi owner, borror yout line for a while ya!)
mail to brainwash@live.com and i wont reply... hahahaha
pendapat anda?

Notakaki: terima kasih kepada apit yang memberi tahu tentang perkara ini.

Haul ke-5 Sayyid Muhammad Al Maliki

15 Ramadhan menjelma lagi.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Gerbang Ramadhan 1430H Dibuka

Setitik Tinta Untuk Menaip
Selamat datang bulan mulia
Bulan ramadhan bulan bahagia
Siang di isi dengan puasa
Malam di isi dengan pahala

Terbuka sudah gerbang akbar
Tertutup sudah lubang hina
Turun malaikat membawa khabar
Keampunan Tuhan untuk hambaNya

Bulan agung bulan ujian
Ujian Tuhan untuk hambaNya
Perkukuh iman serta amalan
Diakhir terbebas dari azabNya

Selamat datang bulan mulia
Bulan ramadhan bulan bahagia
Selawat keatas Nabi dan keluaga
Sebagai penutup rasa gembira

Selasa, 18 Ogos 2009

NetBeans, JSP, Framework & Struts

Tiada Framework
NetBeans 6.7, tiba-tiba tiada pilihan untuk memilih framework yang mahu digunakan. Oleh itu bagaimana mahu memanggil Struts. Seingatnya NetBeans 6.5 dahulu mempunyai panel pilihan memilih jenis framework ketika mahu membuat aplikasi web yang baru. Din berseloroh bahawa mungkin untuk NetBeans 6.7, Sun lupa untuk memasukkannya. Akhirnya masalah selesai apabila membuka opsyen plugin dan melihat bahawa Java Web & EE dan Java SE tidak dihidupkan secara automatik apabila mahu membuat web aplikasi yang baru. Setelah dihidupkan baru dapat dilihat pilihan framework tersebut muncul. Dengan ini PITA; Six Sigma Tool With Struts Framework berjalan kembali. Setelah dijalankan page, maka terkeluar dengan bangga sekali ayat daripada pelayar internet, "Hello World".

Ironinya
Setelah itu plugin tersebut dapat dihidupkan secara automatik apabila dibuka kembali netbeans walaupun telah dimatikan diruangan opsyen. Aneh. K menggunakan NetBeans 6.7, Struts 1.3.8.

PITA

Tekanan Tinggi
Sehari demi sehari berlalu, semakin hampir dengan tarikh tutup untuk menghantar kertas kerja cadagan kepada penasihat PITA masing-masing. Ada yang telah hilang semangat mungkin. Sukar dan pening kepala. Untuk mereka yang menggunakan JSP, ini sedikit pembakar semangat. K baru menerima iklan daripada sahabat tentang iklan ini;
Jawatan Kosong : CORE ALLIED SDN BHD (Putrajaya)
Post : Programmer cum Technical Engineer
Requirement : JSP preferred
Dia mengatakan industri amat memerlukan pengaturcara sistem JSP. Oleh itu teruskan usaha anda untuk mempelajari JSP kerana usaha anda mungkin akan mendapat balasannya kelak. Selamat berjaya.

Isnin, 17 Ogos 2009

Firefox Tidak Mengingati Kata Laluan

Pengurusan Kata Laluan
Kebiasaannya Firefox mempunyai pengurusan kata laluan dan nama pengguna yang baik, tetapi kadang kala admin sesebuah laman tidak memberi izin untuk mana-mana pelayar internet untuk mengingati kata laluan dan nama pengguna. Maka pengguna perlu memasukkannya sendiri. Mungkin itu perkara yang baik tetapi bagi K, kadang kala ianya menyusahkan. Dengan menggunakan Firefox 3.0 dan keatas, sedikit pengubahsuaian untuk membenarkan firefox mengingati dengan paksaan.

nsLoginManager.js
Cari fail nsLoginManager.js didalam direktori/folder ini;

Untuk Windows
C:\Program Files\Mozilla Firefox\components
Untuk Linux (Ubuntu) *CTRL+H untuk membuka fail tersembunyi
.firefox\components
dan buka melalui editor yang anda minati (contoh notepad, gedit)
dan cari perkataan "autocomplete" dan ubahkan barisan arahan ini daripada;
if (element && element.hasAttribute("autocomplete") &&
element.getAttribute("autocomplete").toLowerCase() == "off")
return true;
kepada
// if (element && element.hasAttribute(”autocomplete”) &&
// element.getAttribute(”autocomplete”).toLowerCase() == “off”)
// return true;
setelah selesai, simpan dan tutup firefox dan hidupkan kembali. Seharusnya anda anda boleh menggunakannya.

Forum Cari
Idea asal adalah daripada maslah yang dijumpai didalam Forum Cari dimana laman masuk mempunyai arahan yang tidak membenarkan kata laluan dan nama pengguna diingati secara automatik. Seperti gambar di bawah


dan selepas fail tersebut diubah suai


punca masalah

Rujukan
My Digital Life. 16 Ogos 2008. Fix Firefox Does Not Save, Store or Remember Password On Some Sites Permanently for Always Auto-Complete. www.mydigitallife.info

Ahad, 16 Ogos 2009

Pandemik H1N1 di UMT

Perutusan Khas Kepada Pelajar UMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar UMT sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor UMT telah bersetuju mengenai perkara-perkara berikut :

i) Pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom jangkitan H1N1 seperti demam dan salah satu gejala berikut iaitu Batuk, Sakit Tekak, Sakit Badan, Sakit Kepala atau Sukar Bernafas hendaklah mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang berdekatan dengan kediaman masing-masing semasa cuti pertengahan semester ini.

ii) Pelajar yang SIHAT sahaja layak untuk pulang ke kampus pada 23 Ogos 2009 apabila cuti berakhir. Pelajar yang sakit dan mempunyai gejala H1N1perlu mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit dari klinik yang berdekatan.

Kerjasama dari saudari dan saudari amatlah diperlukan agar pandemik H1N1 di kampus kita ini dapat dibendung dan dikawal. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
--
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu

Chromium 4.0 (Linux)

Tidak Menunggu Lama
Chromium menjarakkan lagi versinya kali ini, hari ini diumumkan bahawa Chromium versi 4.0 telah dikeluarkan. Lebih sempurna, 4.0.202.0 (23450). Perbezaannya masih K tidak ketahui. Tetapi kemampuan menjalankan flash secara automatik masih tidak dapat dilakukan. Tetapi versi 4.0 harus ada kelebihannya tersendiri.

Khamis, 13 Ogos 2009

Sepuput Kenangan Menjelma

Kenangan Di Sekolah
Tiba-tiba ada perkara yang menyebabkan K terkenang di zaman sekolah dahulu. Teringat bagaimana suka duka, gelak tawa semasa disekolah dahulu, daripada sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Mungkin kata orang itu hanya kenangan, kenangan tinggal kenangan. Tetapi "perkara tersebut" menyebabkan lembaran lama tersingkap kembali.

Singkapan Hijab Kenangan
Jika dikatakan dimana zaman sekolah yang paling seronok untuk K, K akan katakan semasa di darjah 4 sehingga tingkatan 3. Disitu rentetan kenagnan yang amat banyak dapat diceritakan tanpa henti. Tersenyum sendiri jika mengingatkan kenagan terbabit. Daripada kenangan memasuki kuiz sains dan matematik di Sekolah Rendah Lubuk Kelubi (syukur, masih ingat), tidak tahu mengapa soalan yang diberikan begitu mudah masa itu untuk K. Mungkin minat didalam sains. Diteruskan kepada peringkat yang lebih tinggi dan kalah pada peringkat itu. Tetapi kenagan bersama rakan, belajar dan bersedia untuk ke kuiz terbabit memang menarik. Dan unik. Syukur K bersekolah di sekolah yang bercampur antara kaum dan agama, semasa itu tidak pernah mengira warna kulit dan latar belakang. Mungkin masa itu masih kecil. Kenangan dilanjutkan kepada sekolah menengah.

Kenangan Utama Tersingkap Penuh
Disini hampir semua kenangan yang masih K ingat dapat di katakan. Bagaimana tiga buah kelas yang pertama diletakkan dalam kelompoknya sendiri, digelar "kelas elit", semua bersaing untuk merebut tempat di tiga kelas tersebut. Akhirnya semua didalam tiga kelas tersebut dapat dikenali dengan baik. Selamat tiga tahun. Nama-nama lama seperti Termizi, Yan, Akram, Bedot, Fatimah, Ain (tersenyum tiba-tiba, haha adus), Azie/Jiji (jiran) dan ramai lagi jika hendak ditulis semua panjang. Terlalu panjang. Hendak disingkap barangkali boleh menjadi sebuah buku. Lebih lagi bagaimana hubungan dengan dua orang yang K panggil sebagai kakak iaitu Desiree dan Adeline. Kedua-duanya bukan melayu (hahahaha tersenyum lagi, kenangan lama). Paling manis adalah bagaimana kami memasuki pertandingan keselamatan lalu litas peringkat negeri selangor secara adhoc dan kemudiannya menang. Amat manis kenangan itu. Tetapi kenangan tersebut dikunci seketika kerana K pergi ke sekolah lain selepas tingkatan 4. Hubungan masih ada. Cuma tidak seperti dahulu.

Perkara Tersebut
Hanya beberapa hari yang lepas, K mendapat berita bahawa salah seorang rakan, salah seorang daripada tiga kelas tersebut telah tiada. Telah pergi selamanya. Kerana itu semua kenangan tersingkap kembali, terbuka kembali. Siapakan beliau. Namanya Gary Leon Robert. Salah seorang daripada peserta King Of The Road anjura Adidas yang "hilang" selepas acara tersebut dan dijumpai sehari kemudian. Bukan henda dicerita tetang kematiannya. Tetapi apa yang ditinggalkannya.

Friendship Never Die


Itu yang mahu dikatakan pada penulisan ini. Juga untuk menjadi kunci yang dapat menutup kembali semua kenangan tersebut. Kerana yang tiada tetap akan tiada. Yang masih hidup perlu meneruskan hidup kita. Walau apa pun, kepada orang yang menyebabkan perkara ini terungkap kembali dan menyebabkan semua rakan-rakan bertaut kembali, Gary. Anda tetap didalam kenangan K.


Kenangan dikunci. Rapat. Sehingga satu masa, ia terbuka kembali.

Isnin, 10 Ogos 2009

UMT Berwajah Baru

Merah. Konsep Baru
Hari ini kelihatan laman rasmi Universiti Malaysia Terengganu diberikan wajah baru. Kelihatan lebih profesional dan tentunya lebih menarik daripada layout yang asal. Tahniah diucapkan kepada barisan Pusat Teknologi Maklumat UMT. Berikut adalah gambaran sedikit sebanyak muka hadapan laman UMT berwajah baru

Untuk lebih menarik anda digalakkan untuk melawat sendiri dan merasai pembaharuan yang dilakukan di laman rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Notakaki: K dapat menjumpai beberapa masalah daripada layout baru ini. Mungkin mereka dapat dilakukan dalam beberapa hari lagi.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Twitter Tidak Selamat

Naiktaraf_1: 8 Ogos 2009

Chrome Tarik Balik

Semua laman yang menggunakan https harus mempunyai sijil, dan jika tidak mematuhi syarat ataupun mempunyai masalah sekuriti, sijil tersebut akan ditarik semula. Itu yang terjadi kepada Twitter. Chrome telah menarik kembali sijil tersebut dan tidak membenarkan pengguna Chrome dan Chromium memasuki laman tersebut.


Sehingga isu ini selesai, pengguna chrome tidak dibenarkan memasuki Twitter melalui https://twitter.com tetapi masih boleh memasukinya melalui http://twitter.com sebagai alternatif.

Ternyata bukan hanya Chrome/Chromium yang tidak membenarkan memasuki twitter melalui https, tetapi Firefox juga walaupun tidak sehingga menyekat anda daripada menggunakannya. Anda boleh lihat simbol kunci yang mempunyai simbol tanda seru di taskbar di bawah Firefox anda.

UMT, Bayi, Fitnah dan Kucing

Siapa Buang Bayi?
Tiba-tiba UMT dikatakan mempunyai kes buang bayi. Ada objek yang dikatakan sebagai fetus bayi dijumpai oleh pekerja pembersih di kafe. Gambar disertakan.

Amaran: Visual yang kurang selesa untuk sesetengah individu



Perkara ini menjadi isu hangat walaupun kurang diperkatakan di media kerana akhirnya kes ini ditutup kerana fetus terbabit bukannya fetus manusia tetapi fetus binatang. Kucing kebarangkalian besarnya.

Pendapat Peribadi
Bukan mahu mengatakan siapa salah mahupun siapa betul, tetapi ingin mengatakan sesuatu. Itulah manusia. Apabila dengar sesebuah berita yang tidak tentu benarnnya terus melenting, melatah dan memaki hamun tidak kurang sumpah seranah. Semuanya memaki siapa yang melakukan kerja maksiat tersebut dan "membuang bayi" di kafe tersebut. Tetapi berapa orang yang dapat mengetahui berita sebenar? berapa orang yang menyiasat dahulu. Mengeluarkan fakta yang sebenar.

K pernah duduk di kafe tersebut selama dua minggu berturut-turut semasa kebanyakan pelajar lain pulang ke rumah kerana cuti semester atas sebab mahu menyiapkan projek Business Plan bersama kumpulan K, K boleh mengatakan setiap malam pasti ada kucing yang bergaduh, tidak kurang pula yang melepas secara tidak sengaja. Kerana makanan. Kerana tekanan. Kerana kawasan. Semua itu boleh menjadi punca pergaduhan. Dan K memang sudah boleh mengagak itu bukan fetus manusia tetapi fetus kucing yang berada di kafe.

Psikologi. Jika benar itu fetus manusia, kalau K lebih elok K campakkan kedalam paya, dimakan biawak dan ikan, hilang bukti. Mengapa perlu di letakkan di kafe? itu bukan kerja manusia. Psikologi.

Bukan untuk menghentam mana-mana pihak sekadar mengingatkan. Berita hangat tidak semuanya benar. Kadang kala hanya banyangan yang tidak berasas semata.

Kredit
Ng Xue Yun atas gambar.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Edisi "Komen-komen" Blog Orang

Idea Asal: Blog Yang Tidak Disukai
K tidak menulis didalam skop sebegitu tetapi sekadar berkongsi apa yang rasakan perlu dikongsikan. Oleh itu K ubah sedikit daripada apa yang K tidak sukai kepada apa sahaja yang mahu K perkatakan. Lebih universal. Teruskan.

Lagu - Kenapa perlu "autoplay". Jika "autoplay" tiada masalah bagi K sebenarnya, cuma suaranya yang tiba-tiba muncul dan terlalu kuat untuk didengari daripada headphone Creative HQ-1400 K yang menyebabkan K kurang minat. Blog yang mampu mengugurkan jantung. Kenapa tidak dijadikan lagu tersebut hanya berbunyi halus. Lagu yang kuat menyebabkan pembaca tidak dapat menumpukan perhatian tetapi hanya mendengar lagu. Seperkara lagi. Lagu tersebut hanya diminati oleh anda, pembaca anda belum tentu.

Iklan -
Memang diakui bahawa pengiklanan melalui blog berkembang dengan hebat dan juga terdapat beberapa masalah daripada aktiviti sihat ini. Sesebuah blog yang mempunyai terlalu banyak iklan sehingga mengganggu kelancaran pelayaran pembaca blog tersebut. Lebih sudu dari kuahnya. Lebih iklan dari infonya. Susun iklan anda dengan baik dan jangan terlalu banyak. Jadikan diri anda sebagai pengguna/pembaca. Itu lebih baik.

Skrip - Skrip umpama ikan piranha, jika dia bersendirian dia hanya memandang, tetapi jika terlalu banyak akan memakan diri anda. Lebih lagi jika anda seorang yang tidak mahir didalam proses penyutingan skrip agar menjadi lebih baik kerana skrip tersebut bukan anda yang buat. Skrip yang terlalu banyak akan menyebabkan blog anda perlahan. Pelajari mana yang perlahan dan mana yang laju, ambil yang terbaik. Semoga blog anda tidak digelar siput diatas cengkerang kura-kura. Blog yang lambat didalam internet yang perlahan.

Daftar untuk komen - Setiap pembacaan K, selalunya akan K tinggalkan komen apa yang K faham dan apa yang K boleh berikan tambahan. Tetapi malang jika K terpaksa pula untuk mendaftar terlebih dahulu untuk membuat sebarang komen. Tiada apa yang boleh dibuat selain meninggalkan blog tersebut. Daftar atau pergi. Pergi.

RSS tiada - Blog yang menarik hati, mempunyai info yang menyebabkan K mahu datang kembali. Tetapi tiada RSS. Seperti rama-rama; cantik, tetapi tidak mampu bertelur untuk meneruskan kecantikkan spesisnya. Tidak kisah sama ada menggunakan RSS mahupun Atom yang paling penting mempunyai sesuatu untuk K ketahui apabila mempunyai info terbaru. Mungkin K akan kembali. Mungkin.

Plagiat - K tidak kisah langsung dengan isu plagiat ini kerana satu hari ia akan memakan dirinya sendiri. Hidup seperti lintah, kenyang memakan darah orang lain, akan jatuh juga satu hari nanti. Dan akhirnya mati dipijak oleh tapak kasut orang. K tidak kisah jika ada yang mahu mengambil apa sahaja daripada AMBNaC ini untuk diplagiat. Tetapi harus diingat. Peperangan kepada anda boleh berlaku dalam banyak bentuk jika anda didapati bersalah. Bukan mengugut tetapi sekadar peringatan semata.

Cukup Sudah
Sebenarnya sudah banyak yang K perkatakan dan masih banyak lagi. Sesi 2 mungkin? Siapa tahu. Hanya masa menentukan.

Tips K: Jika anda pengguna Firefox dan mahu mempelajari sesuatu yang baru, adblock plus + hiding element, noscript dan greasemonkey adalah perkara yang menarik. Untuk tuan blog, firebug dan beberapa plugin lain mampu membantu anda.

Terminal. Edisi 9

Naiktaraf_1: 7 Ogos 2009

Edisi 9
Soalan ini acap kali didengari oleh K lebih lagi ketika didalam Lab Linux untuk subjek Sistem Operasi. Linux itu sukar kerana perlu mengetahui dan mengingati arahan-arahan didalam Terminal (Shell). Sebenarnya K sendiri tidak mengingati dan pakar kepada semua arahan tersebut. Banyak cara untuk kita merujuk kembali arahan yang patut kita gunakan. Antaranya adalah menggunakan arahan whatis dan man. Dan terdapat cara yang lebih interaktif untuk mereka yang suka menggunakan Internet.

Laman Arahan Linux & Unix
K mendapatnya daripada hebahan Twitter syafthegeek yang mengambilnya daripada linuxalive yang mengambilnya pula daripada junauza. Berikut adalah laman tersebut.
  • UNIX Tutorial for Beginners - Cepan dan mudah. Golongan sasaran adalah mereka yang mahu berjinak dengan arahan Unix/Linux.
  • Learning the Shell - Mengajar bagaimana "menggunakan" arahan yang penting. Antara laman yang K pernah masuk untuk mempelajari arahan Terminal.
  • Learn UNIX in 10 Minutes - Tajuknya sudah menarik perhatian. Semestinya untuk mereka yang gemarkan yang pantas seperti Drive-Tru dan mi segera.
  • FOSSwire Unix/Linux Command Cheat Sheet - K rasa K patut dan harus menyuruh semua pelajar dibawah kumpulan K memuat turun lampiran ini. Didalam bentuk PDF. Mudah dan padat.
  • UNIX Toolbox - Daripada nama sudah dapat mengagak, merangkumi daripada arahan yang mudah kepada arahan yang lebih tinggi. Harus K simpan laman ini untuk rujukan kelak.
  • Practical Linux Command Line Reference - Satu lagi lampiran yang menarik. Mungkin terdapat sedikit perbezaan antara dua lampiran.
  • How to Look Like a UNIX Guru - Sesuai untuk mereka yang mahu menjadi seperti seorang guru/pengajar. K tidak pernah menggunakan laman ini. K cuba mempelajari daripada laman ini.
  • Linux Security Quick Reference Guide - Arahan hanya satu daripada apa yang laman ini punyai. Lebih kepada sekuriti. Untuk mereka yang bekerja didalam bidang admin.
  • Bash Programming Cheat Sheet - Ini pun penting. Kerana silibus didalam lab linux tersebut ada memasukkan tentang sedikit pengaturcaraan didalam bash.
  • A Directory of Linux Commands (in alphabetical order) - Laman yang paling K suka. Untuk mereka yang tidak suka menggunakan arahan "man". Tetapi harus mengetahui arahan tersebut.
Edisi 9. Tamat
Biar banyak rujukan jangan tiada rujukan. Edisi 9, Tamat.

Rujukan
Junauza. 6 Ogos 2009. 10 Essential UNIX/Linux Command Cheat Sheets. www.junauza.com

Khamis, 6 Ogos 2009

Hanya Untuk Chromium Linux

Perubahan Yang Baik
Walaupun K kurang menggemari GCOS tetapi K tetap minat pada Chromium. Kerana Chromium adalah contoh jelas untuk memberikan pengajaran bagaimana satu pembanggunan perisian yang hebat. Laju dan pantas. Bersih dan menarik. Menarik bukan? Setiap hari mempunyai perkara baru yang akan dikeluarkan. Jika dahulu tema Chromium masih lagi tidak boleh dibanggakan, flash tidak boleh digunakan tetapi kini setapak demi setapak... sebentar. K merasakan ada masalah pada Chromium ini.



Anda Perasan?

K merasakan ada yang tidak kena dengan butang Chromium pada versi yang kali ini. Versi yang sedang K gunakan ini adalah
"svn20090804r22377". Kelihatan butang "exit" telah digantikan dengan gambar seseorang. Pelik. Mungkin ini satu cara untuk menarik perhatian pengguna Chromium. Mengikut sumber, gambar tersebut adalah seorang Jurutera Antara Muka Perisian Google, Glen Murphy. Dia adalah antara mereka yang bertanggungjawab untuk merekabentuk antara muka grafik Chrome.



Menarik bukan? Tekan mukanya untuk tutup Chromium. Tetapi versi ini hanya untuk hari ini sahaja. Esok mukanya akan dibuang semula.

Rujukan
Glen, M. 5 Ogos 2009. New Chrome 3.0 Beta. glenmurphy.com
Siegler, MG. 5 Ogos 2009. Chrome’s New Feature: Click The UI Designer To Close The Window. www.techcrunch.com

Negaraku. Kembali. Tetapi....

Permulaan: Kegembiraan
Negaraku dihidupkan kembali. Tahniah untuk semua yang berusaha didalam pembanggunannya semula. Untuk mereka yang tidak mengetahui bahawa Negaraku telah mengalami masalah "dalaman" yang menyebabkan mereka terpaksa "menutup" Negaraku. Dan kini Negaraku hidup kembali. Syabas.

Pertengahan: Keanehan
K menggunakan Linux Ubuntu 8.10, Firefox 3.5.2 untuk masuk kedalam Negaraku. Namun keanehan berlaku apabila K tidak dapat masuk walaupun telah login beberapa kali. K masih dikatakan tidak masuk kedalam Negaraku. K cuba mendaftar sekali lagi (K telah mendaftar semasa pra-kebangkitan semula Negaraku). ID "TMUkmkd" telah digunakan. bermaksud K telah pun berdaftar. Mungkin kata laluan salah. Tidak juga kerana sistem tidak mengatakan kata laluan atau nama penguna K salah. K reset kembali kata laluan. Gunakan yang didalam email. Masih tidak dapat. Aneh. K telah bertanya kepada MK (Sembang Komputer) dan masalah masih sama. K gunakan Chromium untuk jalan terakhir. Aneh dan lebih aneh!. Firefox 3.5.2 tidak dapat masuk kedalam Negaraku. Apakah masalah. K telah membuat laporan masalah ini kepada pihak Mozilla Firefox seperti didalam gambar.



Pengakhiran: Kekecewaan
Benar, K gembira dapat masuk semula kedalam Negaraku walaupun dengan menggunakan Chromium. Tetapi akhirnya kecewa kembali melanda. Masalah yang sama. Robot Spam bertindak lebih awal daripada yang K jangkakan. Mereka telah mula menyebarkan banyak penulisan yang menjurus kepada laman iklan. Kecewa. Dengan tidak berperikemanusiaan, K terus membenam tajuk-tajuk tersebut dengan menggunakan butang "bury".

Masa Hadapan: Kejauhan
Perjalanan masih jauh. Kemalangan yang lepas diambil iktibar. Kekalahan semalam bukan bermaksud tidak dapat bangkit semula. Semoga Negaraku akan terus membantu para blogger di Malaysia.

Rabu, 5 Ogos 2009

Perempuan Sukar Difahami

Pendapat
Ramai pendapat (dari pihak lelaki) mengatakan bahawa perempuan sukar difahami. Namun isu ini menjadi isu hangat bila diperdebat. Masing-masing mengatakan pihak mereka betul dan yang lain salah (menyebabkan K tidak minat dengan bidang perdebatan). Dan mereka (perempuan) memberikan beberapa sebab, antaranya;
  • Lelaki tidak memahami perempuan.
  • Perempuan mementingkan masa (tarikh penting)
  • Perempuan ingin merasa selamat
  • Perempuan mahu dihargai
Dan pihak lelaki akan mengatakan bahawa
  • Perempuan tidak berterus terang
  • Perempuan mempunyai citarasa tinggi
  • Perempuan sentiasa mahu cuba mengawal lelaki
  • Perempuan terlalu emosional
Pendapat 2
Bagi K, K tidak kisah siapa yang lebih hebat berdebat kerana masing-masing akan mempertunjukkan kepandaian dan juga ke-kurang-pandai-an mereka pada masa itu (in my humble opinion, IMHO). Tetapi jika ditanya K dalam soal ini, jawapan K adalah rujuk kembali kepada Linux. Jika tidak faham tentang sesuatu, buka kembali manual.

$ man man

$ man woman

Fikirkan apakah rasional daripada alasan lelaki itu yang dapat dikaitkan dengan dua gambar diatas. Pemerhatian anda adalah kebebasan untuk berkata.

Amaran
Penulisan ini untuk cadangan hiburan semata-mata. Tidak layak dijadikan fakta perdebatan atau anda mungkin akan dikata sebagai kurang pandai.

Rujukan
coneman. 4 Ogos 2009. $ man woman. coneman.wordpress.com via Kurniawan, H. 5 Ogos 2009. $ man woman. Komunitas Ubuntu Indonesia.
gen2purpink. 19 May 2009. Wanita sukar difahami.. betul tak?. gen2purpink.blogspot.com

Selasa, 4 Ogos 2009

Firefox 3.5.2

Enam Naik Taraf
Empat kritikal, satu sederhana dan satu tahap rendah. Untuk lebih lanjut lawati ke sini.

Isnin, 3 Ogos 2009

Full Circle #27

Full Circle: The Independent Magazine For The Ubuntu Linux Community edisi 27 telah keluar. Yang berminat boleh dapatkan di laman rasmi Full Circle, di sini. Isu kali ini mempamerkan tentang tutorial terbaru; "Program in Phyton". Selamat membaca. Untuk isu 26 boleh dapatkannya di sini.

Ahad, 2 Ogos 2009

Negaraku. Gugur

Kemaskini_1: 2 Ogos 2009

Negaraku Gugur

K menggunakan negaraku sebagai batu aras kepada semua artikel yang K siarkan. Untuk mengetahui apa trend dan kehendak pembaca. Hari ini, Chokilala telah menyebarkan melalui Twitter, Negaraku gugur (down). Atas sebab yang tidak disengajakan. Pihak admin dengan tidak sengaja telah membuang salah satu daripada data didalam pusat data mySQL. Seperti mana yang tercatat didalam notis.



Mungkinkah Negaraku akan naik semula?
Tunggu dan lihat. Buat masa ini, plugin Negaraku disarankan untuk dimatikan atau dibuang.

Yang nyata tiada unsur-unsur khianat didalam masalah ini.

Jika Bangkit Semula
Diharapkan dapat mencari jalan untuk menghindari masalah spam yang dibuat oleh ahli lelap yang hanya menggunakan robot tanpa mengukur kualiti sesebuah tajuk.