Khamis, 30 April 2009

DotA, MapHack & Sekuriti

DotA
Jika 11 tahun yang lepas dunia permainan komputer dipengaruhi dengan satu permainan stratergi masa nyata iaitu Stacraft, kini dunia sekali lagi dipengaruhi oleh satu lagi permainan yang dibina oleh syarikat yang sama iaitu Blizzard, Warcraft III. Bukan Warcraft III itu yang menyebabkannya popular tetapi mod yang berada didalam Warcraft III iaitu, Defense of the Ancients atau lebih dikenali dengan nama DotA. Permainan yang berdasarkan mod didalam Starcraft, Aeon of Strife. Tetapi peperangan tersebut tidak habis sampai disitu.

MapHack: Hero Merbahaya
Populariti kadang kala merbahaya. Disebabkan terlalu ramai yang bermain permainan DotA diseluruh dunia. Permintaan dan harapan untuk menjadi yang terhebat dikalangan semua pemain menyebabkan terdapatnya beberapa pemain yang berminat dan tergamak untuk menggunakan maphack dan taktik kotor - cheat bagi memudahkan mereka memenangi perlawanan. Disebabkan itu terdapat penulis virus yang berminat dengan perkara ini dan menjadikan maphack sebagai punca utama untuk menyebarkan malware mereka. Secara mudahnya malware tersebut menjadikan icon mereka seperti ikon pelancar Warcraft III ataupun ikon peta seperti didalam gambar. Dan kebanyakkannya adalah mengandungi perisian pengintip - spyware yang akan mengambil tahu tetang akaun yang anda gunakan dan mengawal sistem anda secara jauh - remote. Terdapat juga jenis yang mampu menanam rootkit kepada sistem anda.

Oleh itu jangan gunakan maphack ketika bermain kerana sikap begitu mencerminkan diri anda yang tidak jujur dan tiada semangat seorang gamer sejati. Dan jangan disebabkan mahukan owning didalam permainan, sistem anda di owning oleh orang lain. Oh ya, lupa untuk katakan, K bukan seorang gamer dan juga bukan seorang pemain DotA.

"security is not a product, it's a process"

Rujukan
MMPC (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. DOTA Players...0wn3d?!? Hiper-rangkai: blogs.technet.com

Rabu, 29 April 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 8

Edisi Firefox
Kemaskini_1: 29 April 2009


Firefox 3.0.10: Isu Kestabilan
Jika anda perasan, naik taraf daripada Firefox 3.0.8 kepada 3.0.9 minggu lepas, merupakan satu naik taraf yang dianggap kritikal tetapi disamping itu kestabilan Firefox 3.0.9 dianggap sebagai kurang stabil berbanding 3.0.8 (Adam, 2009). Lebih mudah menghadapi keruntuhan - crash yang menyebabkan pengguna Firefox merasa agak bosan dengan masalah ini. Dengan itu Firefox 3.0.10 dikatakan mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Firefox 2.0: Tiada Naiktaraf
Adalah dimaklumkan kepada mereka yang masih menggunakan Firefox 2.0.0.x anda dimohon untuk menaiktaraf firefox anda kepada 3.0.x kerana terdapat Firefox 2.0.0.x tidak lagi berada dibawah penyengelaraan Mozilla (MDC_1, 2009). Perkara ini pernah K perkatakan dahulu, pada bulan oktober 2008. Bahawa Firefox 2.0.x hanya akan disokong oleh Mozilla sehingga 6 bulan daripada tarikh berita tersebut. Kini 6 bulan telahpun tiba. Oleh itu anda diharapkan dapat menukar Firefox anda kepada versi yang terbaru.

Naiktaraf Firefox 3.0.10
Naiktaraf kali ini melibatkan dua kemaskini, satu didalam bahagian sekuriti yang ditarafkan sebagai kritikal dan satu lagi membaiki kestabilan pelayar internet ini. Kritikal adalah satu tahap dimana kelemahan Firefox membolehkan penyerang menjalankan kod dan memasang perisian yang tidak memerlukan pengguna berinteraksi bersama penyerang. Untuk mengambil versi yang terbaru, anda boleh melakukan naiktaraf secara automatik atau manual daripada menu didalam pelayan internet tersebut. Untuk mengambil fail pemasangan, anda boleh mengambilnya di laman rasmi firefox.

Firefox 3.5 Beta 4
Untuk mereka yang mahu mencuba pelayan internet terbaru yang dahulunya dinamakan sebagai Firefox 3.1 boleh mendapatkannya di laman Firefox Beta (MDC_2, 2009). Amaran: Semua aplikasi yang dinamakan beta bukanlah untuk pengguna biasa tetapi untuk mereka yang mahu bersama komuniti mencari kelemahan dan masalah didalam aplikasi tersebut. Dan kini Firefox 3.5 boleh didapati didalam 70 bahasa yang berlainan (Seth, 2009). Malangnya untuk bahasa Melayu masih tidak dimasukkan.

Rujukan
Adam, P. (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.0.10 Released, Fixes Major Stability Issue. Hiper-rangkai: lifehacker.com
MDC_1 (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.0.10 security and stability release now available. Hiper-rangkai: developer.mozilla.org
MDC_2 (2009) Dikeluarkan pada 27 April 2009. Firefox 3.5 Beta 4 now available for download. Hiper-rangkai: developer.mozilla.org
Seth, B. (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. Firefox 3.5 beta 4, 70 localizations. Hiper-rangkai: blog.mozilla.com

Selasa, 28 April 2009

Virus Popular: Baik Atau Sebaliknya? Sesi 2

Kemaskini_1: 28 April 2009

Kejuruteraan Sosial
Walaupun sebagai pengguna, kita dapat mengelakkan daripada sistem kita dijangkiti dengan mengikuti beberapa panduan yang sering diberikan dan diperhebahkan seperti mana yang ditulis oleh liquidsilver didalam blognya yang menceritakan tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada sistem dijangkiti sebarang anasir jahat. Namun begitu K sarankan anda lebih berhati-hati kerana mereka yang membuat virus itu bukanlah orang yang biasa. Tetapi seharusnya pakar didalam kejuruteraan sosial - social engineering. Contoh terbaik adalah Kevin D. Mitnick, orang yang telah mengeluarkan perkataan "social engineering" itu sendiri (Joan, 2008) adalah seorang penggodam. Dan K lebih mahu memperkatakan perkara yang berkaitan dengan bagaimana mereka berfikir untuk mempengaruhi pengguna agar pengguna jatuh kedalam perangkap mereka. Sebelum itu, takrifan mudah untuk kejuruteraan sosial adalah serangan yang melibatkan manusia dan cara memanipulasikan mereka untuk tujuan yang tertentu (Alexander, 2009).

Spam & Phishing - jika dibandingkan kaedah spam & phising lama dan spam & phishing yang cara yang baru amat berbeza terutamanya dalam hal bagaimana untuk mempengaruhi pengguna. Antaranya adalah menggunakan berita yang benar dan sahih yang dimanipulasikan agar menjadikan emel tersebut kelihatan benar. Seperti mana kes yang menggunakan Kempen Pilihanraya Presiden Amerika sebagai asas yang amat bagus untuk mempengaruhi pengguna. Juga terdapat beberapa cara yang lain seperti permyataan pembidaan anda didalam laman popular seperti eBay yang masih tidak dibayar dan juga tentang akaun bank yang memerlukan anda memasukkan data sensitif. Oleh itu berhati-hati dengan apa yang anda terima dan siasat terlebih dahulu.

Jaringan Sosial Maya - Friendster, MySpace dan kini Facebook dianggapkan sebagai salah satu peluang yang boleh digunakan untuk mereka untuk mendapat keutungan (Joan, 2009). Didalam jaringan sosial maya ini terdapat satu kelemahan yang nyata, iaitu anda tidak boleh meneka adakah orang yang memberi mesej kepada anda itu adalah orang yang benar. Oleh kerana itu taktik phishing kerap dilakukan untuk mengambil akaun dan katalaluan untuk digunakan sebagai "mangsa" yang boleh memanipulasi pengguna dalam melakukan sesuatu, seperti yang terjadi kepada Friendster. Seperti contoh, akaun A telah di godam, dan A memberi mesej kepada B yang merupakan rakannya. "Nak pinjam duit, dompet kene curi, bank in ke Bank XXXXX, no akaun 1234567890". Dan taktik ini menjadi apabila B memasukkan duit seperti mana yang disuruh didalam mesej A. Tanpa diketahui sama ada adakah A benar-benar menyuruhnya berbuat sedemikian. Begitu juga dengan menyuruh B memuat turun sesuatu (virus) untuk melihat sesuatu yang menarik. Dengan cara itu, penyebaran virus akan berlaku.

Infeksi virus - Terdapat juga yang cuba untuk berlakon sebagai seseorang daripada Pusat Sokongan sesebuah syarikat sekuriti (Joan, 2009) yang mengatakan bahawa sistem anda telah dijangkiti sejenis virus dan perlukan bantuan. Selepas itu diberikan sebuah aplikasi yang dikatakan mampu untuk menghilangkan perkara virus tersebut. Perkara ini sebenarnya lebih menarik dan dapat mudah dipercayai dengan menampilkan simbol syarikat, alamat syarikat, dan juga digabungkan dengan berita yang disahkan daripada sumber yang dipercayai. Dengan itu penipuan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Rumusan
Oleh itu walaupun terdapat beberapa kebaikkan disebabkan virus yang popular, tidak pula kita harus abaikan sehingga yang buruk itu datang kepada kita semula. Semoga anda dapat mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang daripada mangsa virus popular. Sebarang komen serta cadangan dialukan. Owh, sebelum itu menurut Reuters UK, Conficker telah bangkit semula (sekali lagi).

Penafian
K bukan seorang yang mempunyai latar belakang dalam mempelajari kejuruteraan sosial dengan formal, tetapi hanya dengan pengalaman dan pembacaaan melalui pembelajaran bukan formal. Serta apa yang ditulis didalam penulisan ini tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa ianya tepat dan benar. Oleh itu penulisan ini tidak disarankan untuk digunakan didalam mana-mana penulisan bersifat akademik.

"security is not a product, it's a process"

Rujukkan
Alexander, M. (2009) Dikeluarkan pada: 4 Mac 2009. We aren’t dead, yet.. Hiper-rangkai: www.isyourmissioncritical.com
Joan, G. (2009) Dikeluarkan pada: 16 Februari 2009. 9 Dirty Tricks: Social Engineers' Favorite Pick-Up Lines. Hiper-rangkai: www.csoonline.com
Joan, G. (2008) Dikeluarkan pada: 6 November 2008. Social Engineering: Eight Common Tactics. Hiper-rangkai: www.csoonline.com

Isnin, 27 April 2009

Google Doodle: ... .- -- ..- . .-../ -- --- .-. ... .

Hari Kelahiran ... .- -- ..- . .-../ -- --- .-. ... .
... .- -- ..- . .-../ -- --- .-. ... . atau lebih mudah disebut, Samuel Morse menyambut hari kelahirannya pada hari ini, 27 April 2009. Seraya dengan itu, Google meletakkan Doodle kepada semua laman rasmi mereka dengan logo yang berbentuk Kod Morse.

Morse adalah seorang pelukis dan yang paling penting seorang pencipta alatan untuk berhubung antara dua tempat dengan menggunakan penghantaran mesej menggunakan kod. Iaitu Kod Morse.

Mungkin anda berminat untuk mengetahui apa yang terselindung disebalik perkataan di Google Doodle tersebut, anda boleh mencarinya di laman penterjemah kod morse ini. Apa jawapan yang anda dapat?

Rujukan
www.google-logos.com

Virus Popular: Baik Atau Sebaliknya? Sesi 1

Kemaskini_1: 28 April 2009

Conficker: Virus Selebriti
Jika boleh diletakkan semua virus dalam satu ranking populariti, K percaya Conficker adalah antara yang boleh dikatakan popular, seiring dengan nama besar seperti CodeRed, Blaster dan ILOVEYOU. Populariti Conficker melonjak naik terutamanya pada 1 April 2009 yang mana berdasarkan Google Trend, jumlah carian yang menggunakan katanama "conficker" melebihi 2.00 mata dan "virus" melebihi 3.00 mata. Sekaligus menunjukkan keperihatinan pengguna tentang isu ini. Tetapi adakah virus selebriti ini memberi kebaikkan ataupun sebaliknya. K menulis tentang perkara ini.

Bukan isu Conficker
Boleh dikatakan bukan tujuan K untuk menulis perkara berkaitan dengan Conficker, tetapi untuk mencari "helah" yang tersembunyi disebalik popularitinya. Tidak dinafikan bahawa populariti sesuatu virus menunjukkan virus tersebut digeruni dan pengguna akan mengambil perkara yang sewajarnya untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa. Mereka akan mengingatkan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka tentang perkara ini. Tetapi sampai bila. Apabila ancaman tersebut "hilang", sekuriti tersebut diabaikan sepenuhnya. Sehingga amaran yang akan datang tiba. Apakah kebaikkan yang boleh didapati daripada situasi ini.

Populariti
Ada baiknya perkara ini terjadi, orang mula mengesan bahawa virus sekarang bukan mudah untuk ditangani dan jalan terbaik adalah menghindari sistem anda daripada terkena jangkitan virus tersebut. Sedia maklum bahawa virus boleh datang didalam pelbagai cara. K boleh membahagikan cara serangan tersebut kepada dua cara asas. Dalaman dan luaran.


Dalaman - serangan ini lebih tertumpu untuk menggunakan pengguna itu sendiri untuk menjalankan fungsi virus tersebut. Dengan cara yang tidak disedari oleh pengguna tersebut. Cara yang klasik ialah emel, virus ILOVEYOU menggunakan emel yang mengatakan "surat cinta" - love letter telah sampai ke inbox anda dan anda perlu memuat turun sebuah fail yang dinamakan sebagai LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs dan pengguna akan menekan fail tersebut untuk menjalankan fungsi virus. Serangan yang berbentuk skrip terutamanya javascript juga boleh dimasukkan kedalam bahagian ini. Menggunakan ala hiper-rangkai yang boleh diteka oleh pengguna untuk menjalankan skrip atau lebih dikenali dengan nama "clickjacking" Cara yang lain adalah seperti menggunakan sistem storan yang popular seperti storan kad kilat - flash card storage seperti pemacu kilat USB - USB Flash Drive (UFD) atau lebih dikenali sekarang dengan nama thumbdrive. Modus operandi yang mudah iaitu dengan menggunakan autorun.inf yang membolehkan mana-mana fail yang diaturkan dapat dijalankan dengan sendiri tanpa perlu ditekan oleh pengguna dengan ketika pengguna membuka direktori UFD terbabit. Terdapat juga beberapa aplikasi yang nampak seperti "percuma" tetapi menggunakan cara tersebut untuk mengambil keuntungan daripada pengguna, sebagai contoh virus yang diletakkan didalam aplikasi pengeluar kunci - key generator (keygen). Secara mudah, serangan berbentuk dalaman ini melibatkan pengguna secara terus.

Luaran - cara serangan ini lebih kasar dan tertumpu untuk mencari jalan bagaimana untuk menyerang sesuatu sistem, sama ada untuk melumpuhkannya mahupun memecah masuk sistemnya dengan pelbagai tujuan. Serangan yang bersifat ini sukar untuk berlaku dikalangan pengguna biasa. Lebih tertumpu kepada pengguna komersial seperti syarikat yang besar mahupun laman web yang popular. Serangan daripada jaringan dalaman - intra-network juga dimasukkan kedalam kategori ini seperti mana yang dilakukan oleh Conficker didalam menyebarkan virus tersebut ke semua sistem yang berada didalam satu jaringan. Seperti mana yang berlaku kepada sistem Kemeterian Pertahanan United Kingdom yang diserang Conficker berdasarkan jaringan dalaman.Serangan seperti Denial of Service - DoS, rampasan - hijack ataupun penggodaman - hacking boleh dilakukan kepada sasaran ini. Contoh terbaik adalah bagaimana sebuah negara boleh dilumpuhkan menggunakan serangan siber yang digelar Perang Siber Pertama, Rusia - Estonia. Jika difikirkan laman web tempatan juga tidak terkecuali menerima nasib yang sama, seperti tranungkite.net yang dijatuhkan oleh serangan DoS dan kini dalam proses penaikkan semula laman tersebut. Sebenarnya cara dalaman serta luaran ini saling berkaitan kerana setelah serangan dibuat dari cara dalaman, maka mereka boleh mengawal sesuatu sistem tersebut daripada luar. Contohnya perisian perisik - spy software (spyware). Apabila sesuatu sistem tersebut dijangkiti dengan aplikasi seperti ini, aplikasi tersebut boleh "membuka" lubang - backdoor/hole supaya mereka dapat mengawal sesuatu sistem tersebut dengan mudah. Atau memasukkan sebarang virus kepada sistem tersebut untuk tujuan yang lain pula. Dapat disimpulkan bahawa serangan luaran ini kadang kala tidak disedari oleh pengguna itu sendiri dan ada yang tidak perlu melibatkan pengguna.

Ada Baiknya
Berbalik kepada tajuk asal, kebaikkan populariti sesuatu virus dalam konteks sekuriti. Bagi K, ada baiknya. terutamanya didalam hal perihatin dan kesedaran. Lebih lagi apabila media, badan bertanggungjawab bahkan para pembina blog menjalankan tugas mereka menerangkan apa yang berlaku untuk peringatan pengguna (Adam, 2009). Secara tidak langsung menjadikan pengguna lebih prihatin dan cekap untuk mengetahui perkara yang terbaru didalam bidang sekuriti sistem. Contoh yang termudah untuk dilihat, pengguna telah mula sedar kepentingan untuk membuat kemaskini berkaitan dengan data antivirus mereka dan membuat imbasan secara tetap untuk memastikan sistem mereka bebas daripada virus. Perbandingan antara vendor antivirus juga kerap kelihatan didalam mana-mana forum didalam perkara yang berkaitan dengan kemampuan ataupun kecekapan sesuatu antivirus. Menunjukkan pengguna komputer sekarang "terdesak" untuk mencari sistem keselamatan untuk mereka daripada anasir tersebut.

Ada Buruknya
Secara faktanya bukan hanya ada satu virus didalam dunia ini, dan jika seluruh dunia hanya bertumpu kepada satu jenis virus sahaja, maka yang akan berlaku adalah - bencana (Robert, 2009). Bencana kepada pengguna komputer apabila virus yang lain pula mengambil peluang ini untuk merebak. Jika dianalogikan kepada situasi peperangan klasik, Conficker itu hanyalah anak panah yang menuju ke musuh, antara tepat atau tidak. Tetapi paling tidak, tetap akan melekat dibadan mereka yang tidak bernasib baik. Dan daripada itu, barisan tentera berkuda dan tentera yang lain menuju laju untuk menghentam musuh yang lalai kerana leka mengelakkan diri daripada anak panah tersebut. Apabila musuh terlalu takut dan fobia kepada "anak panah" akan datang pula "tentera" yang lain untuk meneruskan apa yang dilakukan oleh "anak panah". Dan kemungkinan besar juga "anak panah" tersebut boleh membantu "tentera" tersebut untuk mengalahkan musuh mereka. Itu yang akan berlaku apabila semua orang tertumpu pada hanya satu virus. Dan apa yang terjadi pada 1 April dan Conficker yang ditunjukkan oleh Google Trend (gambar) mungkin akan menyebabkan perkara diatas menjadi kenyataan apabila kurangnya pengguna yang mengambil tahu tentang Conficker selepas 1 April. Mungkin mereka mengatakan bahawa Conficker hanyalah helah seperti mana Y2K dahulu dan mungkin tidak akan mempercayainya apabila Conficker menyerang sekali lagi nanti.


Penafian
K bukan seorang yang mempunyai latar belakang dalam mempelajari kejuruteraan sosial dengan formal, tetapi hanya dengan pengalaman dan pembacaaan melalui pembelajaran bukan formal. Serta apa yang ditulis didalam penulisan ini tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa ianya tepat dan benar. Oleh itu penulisan ini tidak disarankan untuk digunakan didalam mana-mana penulisan bersifat akademik.

"security is not a product, it's a process"

Rujukkan
Adam, O. (2009) Dikeluarkan pada: 21 April 2009. Celebrity Viruses Improve Security. Hiper-rangkai: www.securityfocus.com via Shanmuga (2009) Dikeluarkan pada: 25 April 2009. Celebrity Viruses Improve Security. Hiper-rangkai: www.malwarehelp.org
Robert, M. (2009) Dikeluarkan pada: 24 April 2009. Conficker hype may have harmed security efforts, FBI cyber chief says. Hiper-rangkai: www.computerworld.com via Shanmuga (2009) Dikeluarkan pada: 25 April 2009. Conficker hype may have harmed security efforts. Hiper-rangkai: www.malwarehelp.org

Ahad, 26 April 2009

Windows 7. Episod Khas - RC (Calon Pelepasan)

Sinopsis
Jaunty & 7
Windows 7 "Bocor" Lagi
Kebocoran & Kejatuhan
Menarik Pengguna XP > 7
Eksploitasi Yang Tidak Boleh Diubati

Jaunty & 7
Ketika peminat Ubuntu sedang berminat mencuba dan menyelidik kelebihan yang terdapat didalam Jaunty, K sebagai salah seorang yang tidak dapat merasa kehebatan tersebut mencari info lain dalam dunia komputer ini. K menjumpai perkara yang sudah biasa bahkan seperti sengaja dilakukan untuk mengekang kemaraan Ubuntu dan Linux dalam persaingan sistem operasi. Mungkin mereka cuba mengelakkan terjadinya perkara yang tidak harus berlaku yang K pernah katakan didalam penulisan Windows 7 v Windows XP bahawa Linux merupakan pesaing yang tidak boleh dipandang remeh oleh Microsoft.

Windows 7 "Bocor" Lagi
Sudah acap kali perkara ini dirasai oleh mereka yang mengikuti perjalanan 7. Dan sudah acap kali juga terdapat versi 7 yang terbaru "bocor" di internet dan laman Torrent terutamanya. Kini versi terbaru, yang kemungkinan besar adalah calon pelepasan (RC) telah "bocor" di dunia Torrent. Versi 7100.0.090421-1700 tersebut boleh didapati di laman laman Torrent (Adrian, 2009). Versi tersebut didapati selepas pengumuman daripada pihak Microsoft bahawa mereka akan mengeluarkan Win 7 calon pelepasan (CP) pada 5 May ini untuk di muat turun secara umum (Brandon, 2009). Brandon juga menulis bahawa terdapat perbezaan dan pembaikkan didalam fungsi beberapa aplikasi termasuklah AeroPeak. Win 7 CP ini juga dikatakan memberi lebih kuasa kelajuan kepada pengguna dengan beberapa penambahbaikkan oleh pihak Microsoft. Untuk rekod, sebanyak 36(+27) pembaikkan daripada segi fungsi telah dilakukan didalam CP ini (Chaitanya, 2009).
Kebocoran & Kejatuhan
Perkara ini K lihat sebagai satu taktik perniagaan yang terpaksa dilakukan oleh Microsoft setelah menerima kritikkan yang teruk daripada pengguna Vista dan keengganan mereka menukar daripada XP. Oleh kerana itu, Win 7 terpaksa di "bocorkan" untuk mengambil semula kepercayaan pengguna Windows. Mungkin juga dengan kehadiran Linux yang semakin mantap lebih lagi apabila sudah dilihat pada laporan suku pertama tahun 2009 yang menunjukkan penjualan Windows jatuh mendadak dan yang dikatakan paling teruk dalam masa 23 tahun. Dengan memberi alasan bahawa kerunduman ekonomi dan kuasa membeli pengguna yang kurang sebagai punca utama (Jose, 2009). Tetapi tidak harus disembunyikan bahawa tekanan Linux kepada Windows disaat ekonomi yang tidak menentu ini turut menjejaskan pendapatan mereka secara keseluruhan.

Menarik Pengguna XP > 7
Bagaimana untuk Microsoft menarik pengguna XP supaya mereka menggunakan 7. Selain mengeluarkan banyak versi beta dan kini CP yang "bocor" diinternet, salah satu kaedahnya adalah memasukkan XP kedalam 7. Caranya adalah menggunakan aplikasi berasaskan Virtual PC yang dapat menjalankan aplikasi yang dibina untuk XP secara maya, seperti menggunakan VMware ataupun VirtualBox. Dan dengan itu pengguna XP dapat menggunakan 7 dan juga menggunakan persekitaran XP dalam masa yang sama. Mungkin ada yang sukar untuk memahami apa yang diperkatakan ini, jika dahulu anda pernah mendengar bagaimana aplikasi yang dibuat untuk XP tidak dapat digunakan didalam Vista. Ini juga antara penyebab mengapa Vista dianggap gagal. Oleh itu untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, mereka membenarkan sokongan aplikasi XP didalam 7. Dengan kata lain, membolehkan mana-mana aplikasi yang dibina untuk XP dijalankan didalam 7. Owh, hanya untuk pengguna Professional dan Ultimate sahaja.

Eksploitasi Yang Tidak Boleh Diubati
Dijumpai oleh Vipin Kumar dan Nitin Kumar (adik beradik mungkin) dan dibentangkan didalam konfrantasi penggodam di Dubai. Mereka telah berjaya membina satu aplikasi yang digelar VBootkit 2.0 yang mempunyai saiz fail 3KB, Berita buruknya adalah mereka dapat mengawal Win 7 tersebut secara maya dan masalah tersebut dikatakan oleh mereka tidak dapat dibaiki kerana itu adalah masalah dari segi reka bentuk sistem. Tetapi untuk meletakkan perisian tersebut mereka memerlukan letakkan secara fizikal atau dengan kata lain, perlu mengakses komputer tersebut secara fizikal. Oleh itu ianya tidak sesuai untuk disebarkan melalui emel mahupun cara biasa virus tersebar. Oleh kerana mereka mengawal secara maya, maka dengan itu kehadiran mereka amat sukar dikesan kerana tiada satu fail pun akan di usik. Tetapi semua rekod dan memori akan hilang apabila pengguna tersebut menutup sistem mereka. Apa yang akan dilakukan oleh Windows didalam perkara ini?

Rujukkan
Adrian, K, H. (2009) Dikeluarkan pada: 25 April 2009. Windows 7 Release Candidate (build 7100) leaked. Hiper-rangkai: blogs.zdnet.com
Brandon, L. (2009) Dikeluarkan pada: 24 April 2009. Windows 7 Release Candidate Update. Hiper-rangkai: windowsteamblog.com
Chaitanya, S. (2009) Dikeluarkan pada: 26 Februari 2009. Some Changes Since Beta for the RC. Hiper-rangkai: blogs.msdn.com
Jose,V. (2009) Dikeluarkan pada: 24 April 2009. Microsoft announces first sales drop in 23 years . Hiper-rangkai: www.techspot.com
Rafael, R & Paul, T. (2009) Dikeluarkan pada: 24 April 2009. Secret No More: Revealing Windows XP Mode for Windows 7. Hiper-rangkai: www.withinwindows.com
Ross, M. (2009) Dikeluarkan pada: 24 April 2009. Virtualized Windows XP coming to Windows 7 Professional and Ultimate users. Hiper-rangkai: www.engadget.com
Sumner, L. (2009) Dikeluarkan pada: 23 April 2009. Researchers show how to take control of Windows 7. Hiper-rangkai: www.networkworld.com

Sabtu, 25 April 2009

Google Doodle: Hari AZNAC

AZNAC
Hari AZNAC merupakan cuti umum bagi Australia dan New Zealand bagi memperingati jasa pahlawan mereka didalam Perang Dunia Pertama di Turki. Google mengeluarkan dua jenis logo sempena hari tersebut. Dibawah adalah logo yang dikeluarkan oleh Google untuk Google Australia dan New Zealand. Hari AZNAC disambut setiap 25 April setiap tahun.AZNAC bermaksud Australian and New Zealand Army Corps. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-94. Mungkin Google Malaysia boleh membuat satu logo untuk memperingati Hari Pahlawan. Apa pendapat anda?


Sumber
www.google-logos.com

Selamat Kembali, Ibex

NaikTaraf_1: 25 April 2009

Naik Taraf Ke Jaunty: Kegagalan
Setelah K mendapat berita tetang perlepasan Ubuntu 9.04 daripada DingDang, proses naik taraf terus dibuat. Walaupun sebelum ini K tidak membuat naik taraf secara terus, tetapi berdasarkan respon positif daripada pengguna K percaya Jaunty bukan Ubuntu biasa. Tetapi akhirnya kenyataannya amat mengecewakan diri. Sistem Ubuntu K mengalami masalah untuk menyokong kad grafik (intel chipset sebenarnya) yang menyebabka compiz mengalami masalah dan sistem bergerak terlalu lambat. Kegagalan hari pertama.

Pemasangan Keseluruhan: Kegagalan Ke 2
Keputusan diambil, perlu melakukan pemasangan secara keseluruhan atau lebih mudah, clean install. Didalam sesi langsung dari CD tidak mempunyai masalah yang banyak, hanya perlahan sedikit, dan lebih lancar daripada kegagalan pertama tadi. Tiada kelambatan melampau dan tidak tersekat-sekat. Keputusan diambil, proses pemasangan secara total diteruskan. Akhirnya setelah setengah jam menggunakan sistem yang baru dipasang, K membuat kesimpulan, penukaran ke Jaunty yang terlalu awal ini adalah satu kesilapan besar untuk K. Malah pada mulanya seperti tiada masalah besar tetapi masalah mula muncul apabila pidgin memberi respon negatif dan menyebabkan penggunaan CPU melonjak terus ke 100%. Sangkut dan tidak bergerak sama sekali. Terbabit juga, Firefox. Mungkin perkara ini bukan hanya K sahaja yang terkena, kerana bila di Google ubuntu jaunty pidgin 100 cpu terdapat 32,300 jawapan. Keputusan dibuat. Kembali ke Intrepid.

Intrepid seperti XP
Jika sekarang ini XP dikatakan sebagai sistem operasi yang stabil, maka itu K boleh mengatakan Intrepid adalah Ubuntu yang paling bagus pernah K gunakan. Mungkin kerana beberapa masalah yang menyebabkan sistem K gagal untuk mendapat manfaat daripada Jaunty, tetapi sebulan daripada sekarang, apabila masalah ini sudah pun selesai, K akan membuat naik taraf sekali lagi untuk pergi ke Jaunty. Tetapi untuk masa sekarang, K memilih Ubuntu yang lambat, lama dan tidak menarik tetapi cekap dan stabil dari kaca mata K. Kerana Sistem Sumber Terbuka memegang prinsip, pengguna yang memilih yang mengikut kehendaknya, dan dengan itu Ibex berada sekali lagi didalam laptop K.

Jaunty: Bukan Seteruk Mana
Bukan hendak K katakan bahawa jangan gunakan Jaunty. Kerana DingDang dan jutaan pengguna berjaya menggunakan Jaunty dengan baik tanpa masalah grafik seperti K. Menunjukkan kemampuan Jaunty adalah benar tetapi mungkin terdapat segelintir orang yang mempunyai masalah. Itu ada lah biasa dalam pembinaan mana-mana sistem. Semoga Jaunty cepat matang dalam menangani masalah ini.

Maaf Atas Kelewatan
K terpaksa menangguhkan penulisan hari ini untuk membetulkan kembali masalah yang berlaku didalam sistem K. Dan kini boleh dikatakan masalah tersebut telah pun selesai dengan pemasangan semula Ibex.

Tambahan
Setelah dikaji, kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada beberapa sebab, antaranya adalah;
  • masalah kernal - menggunakan kernal baru ataupun sokongan daripada intrepid kepada jaunty mempunyai sedikit masalah kepada sesetengah sistem.
  • masalah compiz - mungkin juga masalah compiz yang menyebabkan gagalnya compiz dijalankan dengan sempurna
  • masalah driver - driver yang di warisi daripada intrepid tidak dapat digunakan dengan baik didalam jaunty
sehingga masalah ini tidak dibaiki dengan itu K mengumumkan K akan tetap dengan intrepid

Jumaat, 24 April 2009

Google Doodle: 23 April 2009

Tiga Logo Berasingan
Terdapat tiga jenis logo dikeluarkan oleh Google dalam hari ini semalam (23 April 2009) di tiga negara berasingan. Google UK, Google Turki dan Google German.

Google UK
Dikeluarkan bersempena Hari St. George dan Hari Kelahiran Shakespeare. Menggunakan tema ala-ala Romeo dan Juliet, dan diadaptasi dengan naga dan satria didalam kisah St. George.

Google Turki
23 April diiystiharkan sebagai Hari Kedaulatan Nasional (kudos untuk DingDang) dan Hari Kanak-Kanak di Turki. Dua orang kanak-kanak yang sedang bermain bersama sambil mengibarkan bendera Turki bermakna sebagai satu simbol kedaulatan kepada negara Turki.

Google German
Istimewa untuk perempuan, 23 April adalah hari perempuan dimana salah satu aktiviti adalah memberi peluang kepada semua perempuan di German untuk menyelami keseronokkan bekerja di dalam bidang teknikal yang selama ini dinisbahkan kepada kaum lelaki. Oleh yang demikian logo Google ini di masukkan gambar seorang perempuan yang sedang membaiki sebuah robot.

Rujukan
www.google-logos.com

Conficker. Sesi Pembersihan

Titik Noktah
Mungkin penulisan kali ini akan menutup segala penulisan yang berkaitan dengan Conficker. K petik daripada laman web sekuriti negara jiran, Vaksin.com. K membaca artikel Vaksin.com sejak daripada zaman brontok dahulu untuk mencari jalan untuk menhapuskan virus lokal - tempatan tersebut. Penulisan ini akan menceritakan tetang serba sedikit tentang peralatan alternatif untuk melakukan pembersihan Conficker daripada sistem anda. Semoga membantu mereka yang menhadapi kesukaran dalam melakukan pembetulan dan pembersihan virus conficker - kido - downadup yang degil ini.

Kaspersky AVP Removal Tool
Dikeluarkan oleh Kaspersky, antara pengeluar antivirus dan sekuriti yang disegani dan dihormati dalam bidangnya. Merupakan salah satu daripada alatan yang bagus untuk digunakan untuk membaiki sistem anda daripada conficker. Anda boleh mendapatkannya di [sini].

Norman Malware Cleaner
Dahulu K selalu menggunakan pembersih ini kerana ianya percuma dan bagus. Tetapi hanya ada satu kelemahan nyata, mempunyai hayat yang pendek, hanya kira-kira dua minggu. Tetapi kelebihannya adalah mempunyai kemampuan untuk membetulkan semula registry yang telah diubah. Satu perisian pembersihan yang bagus untuk dicuba. Anda boleh mendapatkannya di [sini].

McAfee AVERT Stinger
Antara peralatan lama untuk membasmi sistem daripada virus diwaktu kecemasan. Mempunyai rekod yang baik dahulu, tetapi kini disaingi oleh beberapa peralatan yang lebih baik daripadanya. Tetapi untuk menentang Conficker, Stinger masih dapat dibanggakan. Untuk memuat turun, sila tekan di [sini].

Malicious Software Removal Tool

Dikeluarkan oleh pembina sistem operasi Windows, Microsoft. Mereka sendiri mempunyai peralatan untuk membuang anasir daripada sistem anda, walaupun kurang digunakan oleh pengguna mereka sendiri. K tidak mempunyai banyak pengalaman dengan aplikasi ini dan apa yang K boleh katakan, tidak salah mencuba dan anda boleh mengambilnya secara percuma di [sini].

KidoKiller
Satu lagi peralatan khas yang dikeluarkan oleh Kaspersky. Tetapi memang memfokuskan kepada pembasmian Conficker sahaja. Menggunakan paparan arahan berbaris di command prompt. Pantas dan mudah, berminat? Dapatkannya di [sini].

W32.Downadup Removal
Siapa tidak kenal Symantec? K pernah menggunakan produk Symantec daripada tahun 2004 sehingga 2006. Tetapi berhenti selepas itu kerana kehadiran Kaspersky yang menawan hati dari pelbagai segi. Tetapi dalam soal aplikasi pembersihan, symantec tidak dapat dinafikan kehebatannya. Anda yang berminat boleh membaca arahannya di [sini]

EConfickerRemover
Aplikasi pembersihan terakhir ini dikeluarkan oleh Eset atau lebih dikenali dengan produknya Nod32. Malangnya aplikasi ini mungkin sedikit sukar untuk digunakan kerana perlu dijalankan didalam command prompt sepenuhnya.

Penafian
Kesemua aplikasi ini bukanlah sebagai alternatif kepada sistem antivirus sebaliknya hanyalah bantuan disaat kecemasan sahaja. Dan anda digalakkan mempunyai sistem antivirus yang sebenar. Sebarang kerosakkan mahupun kehilangan ataupun kerugian yang berpunca daripada artikel ini adalah tanggunjawab pengguna sendiri.

Rujukan
Adi, S. & Alfons, T. Dikeluarkan pada 22 April 2009. MEGA Tes 8 Tools Conficker Killer. Hiper-rangkai: vaksin.com

Khamis, 23 April 2009

Peperangan Pelayar Internet. Sesi 7

Sinopsis Sesi 7
  • Naik Taraf Firefox 3.0.9
  • Chrome 3D
  • Ranking Bulanan
Naik Taraf Firefox 3.0.9
12 perkara di naik taraf dan empat daripadanya adalah diklasifikasikan sebagai "kritikal" (Steven, 2009). Itu adalah ringkasan untuk naik taraf Firefox 3.0 yang dilepaskan pada semalam dan untuk versi Ubuntu, anda perlu tunggu proses naik taraf secara automatik yang akan dilakukan oleh synaptic. Dan penaiktarafan ini berkuat kuasa untuk semua jenis sistem operasi. Sementara itu, pihak Firefox dikatakan sedang membuat langkah terakhir sebelum melancarkan Firefox 3.5 beta 4 yang akan memperlihatkan peningkatan kelajuan sistem enjin javascript mereka.

Chrome 3D
Chrome melakukan satu lawak 1 April yang menarik K kira, dengan "melancarkan" Chrome 3D yang boleh digunakan di atas platform Windows Vista dan XP SP2. Dengan syarat, anda perlu memakai kacamata 3D sebelum anda boleh melihat satu cara melayari internet cara yang baru dengan menekan butang 3D seperti di dalam gambar (tekan untuk lebih jelas). Chrome akan merubah warna browser anda menjadi sesuatu yang boleh dipandang didalam bentuk 3D. Mungkin cara ini diambil ideanya daripada sistem operasi yang boleh digunakan seperti didalam filem Minority Report iaitu G-Speak. Mungkin ideanya adalah untuk mendekatkan "rasa" melayari browser kepada pengguna. Apa pun untuk mereka yang berminat untuk mencuba, dipersilakan membaca arahan dan memuat turunnya di [sini]. Apa yang hendak K nasihatkan, jangan anda menggunakan aplikasi ini dengan lama, kerana anda akan merasa pening. Dan ini hanyalah lawak daripada pihak Chrome.

Ok, kita tinggalkan lawak tersebut, tetapi apa yang menariknya daripada lawak 1 April itu, kini pihak Chrome sedang menjalankan satu pembanggunan API yang berasaskan daripada lawak tersebut. API tersebut membolehkan mana mana aplikasi web dibina dan boleh menimbulkan kesan 3D kepada pengguna yang menggunakan browser. Walaupun masih didalam peringkat pembinaan, tetapi demo yang ditunjukkan adalah memuaskan. Projek tersebut dinamakan O3D.


Ranking Bulanan

Ranking pelayar internet untuk bulan April 2009 yang dikeluarkan oleh Net Application adalah seperti berikut.
  1. Internet Explorer = 66.82%
  2. Firefox = 22.05%
  3. Safari = 8.23%
  4. Chrome = 1.23%
  5. Opera = 0.70%
  6. Netscape = 0.69%
  7. Lain-lain = 0.26%
Rujukan
Steven, M. (2009) Dikeluarkan pada: 22 April 2009. Firefox 3.0.9 targets 12 security vulnerabilities. Hiper-rangkai: news.cnet.com

Rabu, 22 April 2009

Google Doodle: Hari Bumi

22 April: Hari Bumi
Seperti tahun tahun yang sebelum ini 22 April diisytiharkan sebagai Hari Bumi - Earth Day dan seperti biasa juga Google akan meletakkan Doodle untuk hari ini. Selama 24 Jam. Tajuk ini telah pun di K baca terlebih dahulu di negaraku oleh KNizam. Untuk membentuk kelainan, K meletakkan semua Google doodle yang lepas dalam penulisan khas hari ini yang berkaitan dengan Hari Bumi - Earth Day. Dari tahun 2001 - 2009


2001 - Google Doodle Terawal untuk Hari Bumi - Earth Day. Logo diubah kepada 2 kawasan bumi yang menunjukkan Hari Bumi disambut diseluruh dunia.


2002 - Berbeza dengan tahun 2001, 2002 hanya menunjukkan satu bumi sahaja, mungkin untuk mengingatkan bahawa bumi ini hanya ada satu bukan dua.


2003 - Sepasang "alien" melihat bumi dari permukaan bulan menunjukkan kita harus menjaga bumi ini sebaiknya kerana tiada gantinya yang seperti bumi ini.


2004 - K tidak mengerti tetang gambar ini, mungkin untuk menunjukkan bahawa menjaga alam sekitar itu adalah penting dan akan mengembirakan semua makhluk.


2005 - Seperti konsep asas 2004, cuma logo "L" ditukarkan kepada sebatang pokok dan terdapat tiga haiwan yang berlegar untuk menunjukkan "bumi".


2006 - Tahun ini ditekankan tentang tenaga alternatif, sebagai contoh, tenaga solar bagi menggantikan tenaga yang mengeluarkan karbon begitu banyak.


2007 - K boleh katakan ini antara yang tercantik, dengan menunjukkan logo Google dalam bentuk bongkah ais - iceberg yang mencair, sekali gus mengingatkan kepada pemanasan global.


2008 - Persekitaran yang cantik dan "hidup" serta membawa kepada ketenagan, itu konsep yang ditunjukkan kedalam google doodle 2008 ini.


2009 - Akhirnya, tahun ini mewarisi ketenangan dan keindahan pada tahun lepas dengan memasukkan unsur hidupan laut termasuk batu karang yang kini diancam pemanasan global.

Anda minat logo pada tahun apa?

Penafian
Kesemua penerangan berkaitan logo ini adalah dari kaca mata K sahaja dan tidak dikatakan pendapat K adalah muktamad. Sebarang pandangan lain boleh dikemukakan.

Rujukan
Google-Logos

Ubuntu: 4.10 ke 9.04

Ubuntu: 5 1/2 Tahun Yang Membanggakan
Apabila Ubuntu pertama dikeluarkan pada 20 Oktober 2004 dengan versi 4.10 atau lebih dikenali dengan nama Warty Warthog, tiada siapa menyangka bahawa distro Linux yang baru ini akan menjadi salah satu distro yang paling popular dikalangan pengguna Linux secara keseluruhan. Esok, 23 April 2009 akan menyaksikan keluaran versi terbaru mereka, Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) dilepaskan secara rasmi untuk pengguna awam. Penulisan kali ini akan memperlihatkan versi Ubuntu yang lepas.

4.10: Warty Warthog
5.04: Hoary Hedgehog
5.10: Breezy Badger
6.06: Dapper Drake
6.10: Edgy Eft
7.04: Feisty Fawn
7.10: Gutsy Gibbon
8.04: Hardy Heron
8.10: Intrepid Ibex
9.04: Jaunty Jackalope
Di atas adalah gambaran yang dapat dikatakan terhadap versi terbaru Ubuntu yang akan keluar nanti. Mungkin akan berubah terutama pada latar belakang, kerana K merasakan latar belakang tersebut tidak menarik dan K mengharapkan terdapat perubahan nanti. Apa pun semoga yang terbaik akan datang bersama Ubuntu 9.04 ini dengan nama Jaunty Jackalope.

9.10: Karmic Koala
Versi ini masih didalam pembinaan dan dijanjikan bahawa pengguna akan merasakan kelainan daripada versi yang sebelum ini. Terutamanya daripada GUI.

Selasa, 21 April 2009

The Tree

Jaminan Kualiti Perisian
Akhirnya hampir tamat peperiksaan kali ini dengan peperiksaan terakhir yang akan diduduki pada 21 April 2009. Dan seperti biasa, poster hari peperiksaan (tekan gambar untuk lebih jelas - 600x800:png).

Info
Sistem Operasi: Linux Ubuntu 8.10
Aplikasi: Adobe Photoshop 7 + Wine
Gambar asal: panoramio - Ray Calhoun & Emerging Writer

NotaKaki: Pokok yang ditunjukkan didalam gambar ini adalah simbolik kepada Model Pokok McCall yang menjadi tunjang kepada faktor sesuatu perisian.

Isnin, 20 April 2009

AMBNaC Memecut

Blog Lambat
K membaca negaraku.net dan menjumpai artikel yang menarik untuk dibaca. Seseorang yang tidak suka blog orang lain. Mungkin K sudah biasa dengan artikel semacam ini tetapi kali ini hanya untuk melihat apa yang cuba diperkatakan oleh tuan tanah, Eldy dalam tajuk Gua benci blog anda ?!. K membaca antara yang dia tidak suka adalah kerana blog yang dilawatinya adalah lambat. Lambat untuk menghabiskan proses pemuatan[1] blog mereka. Dan K sendiri tidak tahu sama ada blog K adalah antara yang diperkatakan. Maka K menyiasat perkara ini dan membuat laporan ringkas ini.

Tiga Faktor Utama
Sebenarnya telah lama K menyiasat mengapa sesuatu blog/laman sesawang tersebut lambat menghabiskan proses pemuatan mereka. K boleh menyenaraikan tiga faktor utama yang mendorong sesuatu laman sesawang mahupun blog tersebut lambat menyempurnakan proses tersebut.
  • Skrip
  • Gadget
  • Gambar
Skrip
Antara anda sedar atau tidak, didalam mana-mana blog atau laman sekarang mengandungi sekurang kurangnya satu jenis skrip selain html. Jika hanya ada satu, maka laman tersebut boleh dianggap sebagai lama klasik. Paling kurang mereka mengandungi skrip CSS mahupun skrip JavaScript (JS). Ingin K tekankan disini, semakin banyak skrip yang anda masukkan kedalam laman anda, semakin perlahan laman anda. Kerana jika anda perhatikan, mengapa didalam penulisan K tentang peperangan pelayar interent menekankan kelajuan enjin JS adalah kerana JS merupakan satu skrip yang memberatkan laman. Oleh kerana itu boleh dikatakan kelajuan sesuatu laman bergantung kepada jumlah skrip yang dimasukkan. Disimpulkan disini, untuk meningkatkan kelajuan laman anda, kurangkan penggunaan skrip.

Gadget
Sebenarnya gadget juga berkait rapat dengan skrip kerana kebanyakkan gadget menggunakan JS. Dan masalah ini timbul apabila anda menggunakan gadget yang berasal daripada laman yang mempunyai server yang lambat. Sebagai contoh (gambar) adalah meter daripada pingdom yang menunjukkan jumlah masa yang diambil oleh gadget daripada mypagerank pada 11 Mac 2009 untuk dimuatkan kedalam pelayar internet K didalam blog K. Kelihatan di dalam meter tersebut, masa yang diambil terlalu panjang dan gadget tersebut telah "mati". Pada ketika itu mypagerank mempunyai masalah dengan server mereka. Tetapi kini masalah tersebut telahpun selesai. Oleh itu menjadi satu tanggung jawab untuk pembina blog dan laman sesawang untuk memastikan bahawa semua gadget mereka berfungsi dengan elok. Dan jangan pula menggunakan terlalu banyak gadget kerana semakin banyak gadget, semakin lambat proses pemuatan selesai.

Gambar
Jika anda perasan, K kini menggunakan hiper-rangkai kepada semua gambar yang dimasukkan kedalam akaun photobucket K. K menyimpan gambar dalam dua jenis, jpg dan png. Apakah perbezaan daripada kedua jenis gambar tersebut dan kaitannya dengan kelambatan proses pemuatan blog anda. Jika anda menggunakan png, saiz gambar dan kualiti gambar adalah lebih tinggi daripada jpg. ini Kerana jpg adalah format yang mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada png. Tetapi masalah itu berlaku apabila anda mempunyai banyak gambar yang berformat png yang besar didalam laman sehingga menyebabkan laman anda sukar untuk melakukan proses pemuatan dengan cepat.

Jika anda pernah memasuki laman K yang menggunakan pendekatan hiper-rangkai ke blog lain secara bergambar, K menggunakan png sebagai gambar kerana untuk melakukan efek transpiransi. Itu adalah kelemahan jpg, tidak boleh menyokong transperansi. Tetapi cara begitu menyebabkan ramai yang mengatakan bahawa blog K mengalami masalah pemuatan yang perlahan disebabkan gambar tersebut. Kini K cuba mengurangkan penggunaan png didalam blog K, dan hanya beberapa gambar yang terpaksa K gunakan dalam bentuk png, antaranya adalah banner di atas blog. Begitu juga dalam gambar bergerak. anda digalakkan menggunakan gambar berformat gif daripada apng (animation png) yang lebih tinggi saiz dan kualitinya. Apng juga tidak dapat digunakan didalam semua pelayar interent. Dapat dinyatakan bahawa semakin tinggi kualiti gambar, semakin tinggi beban laman anda.

Kesimpulan

Dapat dinyatakan di akhir laporan ringkas ini adalah;
  • Kurangkan penggunaan skrip, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan penggunaan gadget, laman anda akan lebih laju
  • Kurangkan kualiti gambar, laman anda akan lebih laju
K mencuba pada pingdom untuk mengetahui apakah keputusan kelajuan pemuatan untuk AMBNaC, dan hasilnya adalah; AMBNaC mengambil masa 3 hingga 8 saat (waktu internet baik) untuk melakukan proses pemuatan sepenuhnya. Dan K mendapati terdapat beberapa gadget yang mengambil masa. Tetapi K memerlukan gadget tersebut kerana tiada alternatif lain. Laman anda berapa lama? Lakukan ujian menggunakan alatan yang disediakan oleh pingdom dan letakkan keputusannya di ruangan komen dibawah. Jika terlalu lambat ataupun TIMEOUT_EXPIRED, maknanya anda mempunyai masalah dalam beban laman anda.

Glosari

[1] pemuatan - loading; kamus komputer

Artikel ini telah ditulis dalam bentuk yang berlainan di Ehoza

Ahad, 19 April 2009

SELECT *

SELECT *
Hari peperiksaan kembali lagi dan hari ini adalah untuk subjek pangkalan data - database. Untuk semua yang mengambil subjek ini, selamat berjaya. Tekan gambar untuk saiz yang lebih besar (.png).

Info
  • Sistem Operasi: Linux Ubuntu 8.10
  • Perisian: Adobe Photoshop 7, Wine
  • Konsep: SELECT * adalah satu arahan didalam pangkalan data yang berasaskan SQL. Apa yang cuba terapkan adalah bagaimana seseorang pelajar itu memahami subjek ini. Dengan papan kekunci dan monitor.
Nota kaki: K bukan seorang yang mahir dalam menggunakan warna didalam seni, oleh itu ini adalah percubaan, sebarang komen membina dialu alukan.

Sabtu, 18 April 2009

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

NaikTaraf_1: 18 April 2009

Spam
Siapa yang minat spam? K tidak berkata tentang Spam - daging dalam tin (gambar). Tetapi spam yang kebanyakkan yang kita ketahui, yang dianggap sampah didalam ruang storan emel kita. Kadang kala ada orang yang mengatakan mereka sebagai Putera Nigiria. Kadang kala mahu mengatakan bahawa kita mendapat sejumlah wang. Tidak kurang juga yang menggunakan spam untuk menyebarkan virus dan pelbagai aplikasi merbahaya. Tetapi lebih buruk lagi, kesan Spam tidak hanya kepada manusia tetapi kepada bumi.

Spam Dan Kesan Rumah Hijau

Jika dahulu K pernah sekali menulis tentang Google dan kesan rumah hijau yang dilaporkan oleh The Times London mengatakan bahawa dua carian menggunakan enjin carian Google adalah sama dengan anda memasak air menggunakan cerek. Walaupun laporan tersebut telah dinafikan oleh orang yang dikatakan membuat penyelidikan tentang perkara ini, (rujuk artikel lepas) tetapi yang mahu ditekankan disini adalah spam adalah kesan spam dalam konteks  kesan rumah hijau. Laporan ini dikeluarkan oleh McAfee dan ICF International. Didalam laporan tersebut mengatakan bahawa kesan spam dalam konteks rumah hijau adalah lebih teruk daripada 2.3 juta buah kereta. Kesan ini dikira daripada jumlah penggunaan tenaga yang disebabkan emel spam. Daripada laporan tersebut, jumlah tenaga elektrik yang terguna disebabkan spam adalah 33 bilion kilowatt jam setahun (McAfee, 2009) yang bersamaan dengan 17 juta tan CO2 (BBC, 2009). Dan setiap tenaga tersebut pula dapat dikira dalam bentuk "berat"
karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan. Begitu hebat impak yang dihasilkan oleh spam keatas persekitaran alam sekitar. Lebih teruk kajian ini menunjukkan 80% daripada tenaga yang digunakan adalah datangnya daripada pengguna itu sendiri dimana semasa mereka membuang spam itu daripada ruang storan emel mereka.


flickr: theWHIR

Spam Dan McColo
Pada akhir tahun 2008 memperlihatkan server McColo yang dikatakan adalah penyumbang terbesar spam di seluruh dunia ditutup. Dan serentak dengan itu jumlah spam yang dicatatkan adalah berkurangan sebanyak 75% (David, 2009). Kini spam kembali meningkat kembali. Sama seperti sebelum kejatuhan McColo (Brian, 2009). Dan taktik yang terbaru seperti menghantar spam dalam bentuk yang berlainan daripada dahulu dan menggunakan pelbagai jenis server yang berlainan nama menyebabkan spam semakin sukar untuk ditangkis.

Spam Dan Anda
Untuk ada yang sering dilanda spam, cadangan K adalah;
  • Buat satu emel hanya untuk peribadi, dan asingkan kegunaan peribadi dan kegunaan untuk daftar mendaftar di internet.
  • Elakkan dari membuka emel yang bukan untuk peribadi tersebut dan biarkan mereka membuat spam didalam emel tersebut.
  • Dan anda sekali gus dapat mengelakkan spam di emel peribadi dan juga dapat mengurangkan kesan spam untuk alam sekitar.
  • Jangan suka menghantar sesuatu yang anda dapat didalam emel kepada rakan anda (foward). Lebih-lebih lagi yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya.
  • Gunakan sistem filter sebaik mungkin dan tandakan emel yang menggangu anda sebagai spam. Kecuali tertera didalam perjanjian anda semasa pendaftaran.
Mungkin anda mempunyai cara yang lebih baik, anda boleh kongsi di ruangan komen dibawa. Bersama kita melawan spam.

Rujukan
Brian, P. (2009) Dikeluarkan pada 31 Mac 2009. Google Says Spammers Rallying from McColo Shutdown. Hiper-rangkai: www.eweek.com
BBC (2009) Dikeluarkan pada 16 April 2009. Spam 'produces 17m tons of CO2'. Hiper-rangkai: news.bbc.co.uk
David, H. (2009) Dikeluarkan pada 14 November 2009. McColo Shut Down Halts 75% of Spam. Hiper-rangkai: www.thewhir.com
McAfee (2009) Dikeluarkan pada 15 April 2009. McAfee, Inc. Research Reveals the Environmental Impact of Spam. Hiper-rangkai: newsroom.mcafee.com

Jumaat, 17 April 2009

[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 3

BaikPulih_1: 17 April 2009

Sesi 3
Jika anda pernah membaca penulisan K berhubung permasalahan yang berkisarkan bahasa, melayu, komputer dan teknologi yang pernah K keluarkan didalam siri 1 dan siri 2. Kini siri 3 menyambung permasalahan tersebut. Isu kali ini, melayu boleh. Ingin ditekankan bahawa penulisan ini adalah berunsur fakta.

Kata Kunci Lucah
Bila berkata tentang "melayu boleh", mungkin hanya satu sahaja perkara yang akan keluar daripada pemikiran orang yang telah lama menggunakan internet. Laman sesawang yang memberi "perkhidmatan" menayangkan gambar dan video lucah dan disertai dengan beberapa kata kunci yang seiring dengannya seperti bogel, seksi, lucah, bohsia, ghairah dan bermacam perkataan yang menjurus kepada laman tersebut. Apa kaitannya pula dengan tajuk ini adalah bagaimana sesuatu bangsa itu boleh diruntuhkan maruahnya dengan hanya menggunakan satu kata kunci di enjin carian. Mengapa tidak mencontohi orang yang berjaya dalam perkara yang diceburi jika benar mereka sayangkan ke-melayu-an tersebut.

Melayu, Boleh, Komputer
Mengapa kita sukar untuk mengikut jejak langkah orang yang baik? Siapa kata Malaysia tidak mempunyai laman sesawang yang ditulis didalam bahasa Melayu, di coret oleh orang Melayu, untuk memberi pengetahuan kepada orang Melayu dan sekaligus membuktikan Melayu Boleh. Antara yang dapat K ringkaskan;
Mungkin itu hanya secedok daripada sejumlah blogger malaysia yang benar-benar hebat didalam bidang mereka dan menulis blog didalam bahasa Melayu. Mungkin ramai lagi yang lebih handal diluar sana tetapi tidak mahu untuk berkongsi ilmu mereka, malu mungkin untuk menulis didalam bahasa Melayu kerana dikatakan "tiada pasaran (market)". Tenaga melayu boleh itu tiada didalam benak hati mereka.

Melayu Boleh, Anda Boleh Mengubahnya
K mendapat idea untuk menerbitkan penulisan tetang perkara ini setelah K membaca didalam sebuah blog tentang Cabaran SEO 2009: Melayu Boleh. K tidak memasuki pertandingan tersebut kerana K tidak mampu untuk mengikuti syarat yang telah diberikan tetapi secara tidak langsung K tetap menyahut cabaran tersebut. Semoga penulisan tentang melayu boleh K ini mampu membantu dalam usaha menangkis laman laman yang telah merosakkan identiti Melayu sepanjang 10 tahun yang lepas. Jika anda mampu untuk menyahut, sahutlah cabaran tersebut yang dilakukan oleh JomBincang.

Sehingga kini penulisan ini telah memasukkan enam kali perkataan melayu boleh.

Khamis, 16 April 2009

[Artikel] Windows 7 v Windows XP

Tarikh Keluaran Artikel: 16 April 2009

38% 83%Akan Tunggu Dan Lihat
Dinyatakan didalam sebuah perangkaan, bahawa sebanyak 83% syarikat profesional IT mengatakan tidak kepada Windows 7 (Justin, 2009). Mereka akan tetap menggunakan Windows XP paling kurang sehingga Jun 2010* iaitu tarikh terbaru tempoh bantuan teknikal daripada Microsoft kepada Windows XP. Mengapa terjadi perkara sedemikian. K mengupas secara ringkas dan padat.

XP Sudah Sebati
Didalam sesebuah syarikat untuk menukar sesebuah sistem itu bukanlah satu perkara yang mudah, lebih lebih lagi sistem operasi. Pelbagai aspek perlu dilakukan. Termasuklah pengurusan risiko untuk menjangkakan perkara yang terburuk yang mungkin berlaku apabila penukaran tersebut dilakukan. Kebanyakkan syarikat sudah sebati dengan menggunakan Windows XP. Penukaran ini juga memerlukan persetujuan antara syarikat dan juga klien. Kerana terdapat juga syarikat yang akan menangguh penghijrahan daripada XP ke 7 disebabkan permintaan pelanggan.
Oleh kerana itu juga XP digelar sebagai "Sistem Operasi Yang Tidak Akan Mati". Dan perkara ini diburukkan lagi oleh beberapa perkara lain yang akan disebutkan dibawah.

Vista Umpama Nila

Peribahasa Melayu ada mengatakan, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Kerana kemampuan Vista yang dipertikaikan walaupun telah dibaik pulih oleh beberapa naik taraf, kebanyakkan syarikat masih tidak dapat menerima Vista didalam syarikat mereka dan kerana itu juga imej Microsoft telah dicemari dan keyakinan syarikat kepada 7 juga tergugat sama sekali. Mereka lebih suka untuk menjadi pemerhati didalam soal ini. Oleh itu, menangguh penghijrahan daripada 12 hingga ke 36 bulan adalah jalan yang paling selamat.

Ekonomi

Mengapa pengangguhan kepada 7 dikatakan terbaik adalah kerana keadaan ekonomi semasa dan kesan jangka panjang yang dilihat sebagai satu faktor penting dalam mana-mana syarikat. Kerana penukaran sistem operasi XP kepada 7 bukanlah percuma, bukannya seperti penukaran daripada Ubuntu 8.10 kepada Ubuntu 9.04 yang bakal disaksikan oleh pengguna Ubuntu pada 23 April ini. Linux dan Microsoft adalah berbeza. Oleh itu penangguhan adalah penting untuk menilai kemampuan dan kebaikkan kepada syarikat dalam jangka panjang.

Linux
Ballmer (CEO Microsoft) mengatakan bahawa antara pesaing Windows adalah Linux. Kerana Linux mempunyai pelbagai pilihan dan juga sudah semestinya kebanyakkan Linux adalah percuma. Linux dilihat sebagai satu ancaman kepada Windows lebih lebih lagi apabila keadaan ekonomi ini dan kemahuan untuk menukar sistem operasi daripada XP kepada yang lebih stabil dan selamat. Pengguna melihat ada 3 cabang pilihan, Windows 7, Mac OSX dan juga Linux. Mac OSX tidak mungkin akan dipilih atas faktor perlu menukarkan kebanyakkan perkakasan kepada Apple. Oleh itu Linux dilihat sebagai antara calon terbaik (Galen, 2009). Terutama sekali dalam faktor virus.

Kesimpulan
Windows 7 dikatakan elok untuk pengguna harian yang biasa dengan komen yang membina daripada pengguna Windows 7 beta tetapi untuk syarikat, belum tentu bagusnya.

Info Tambahan
*15 April, telah termaktub bahawa Windows XP akan melalui fasa "sokongan tambahan" sehingga 8 April 2014 (Michael, 2009). Oleh itu tarikh akhir sokongan tambahan kepada Windows XP adalah 8 April 2014 pindaan daripada tarikh diatas, Jun 2010. Kini Windows XP tidak akan lagi menerima sokongan aliran utama sebaliknya sokongan tambahan. Berkuat kuasa 14 April 2009. K merasakan tindakkan ini bukan hanya disebabkan oleh plan yang telah diperkatakan sebelum ini tetapi berkait rapat dengan survey yang telah dilakukan tersebut. Microsoft mahu pengguna business bertindak "bijak" dengan menukar sistem operasi mereka kepada Windows 7/Vista sepantas mungkin untuk mengurangkan masalah ketiadaan bantuan sepanjang 5 tahun akan datang.

Rujukan
Galen, G. (2009) Dikeluarkan pada 2 Mac 2009. Desktop Linux: Ready for the mainstream. Hiper-rangkai: www.infoworld.com
Justin, M. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Study: 83% of businesses to delay upgrade to Windows 7. Hiper-rangkai: www.techspot.com
Michael, S. (2009) Dikeluarkan pada 14 April 2009. Windows XP Set to Leave "Mainstream Support". Hiper-rangkai: hothardware.com

Rabu, 15 April 2009

[Sekuriti] Twitter: Cacing Telan Burung

Tarikh Keluaran Artikel: 15 April 2009

Twitter si Burung Biru
K merasakan bahawa anda semua tahu apa itu Twitter. Dan K juga pernah memperkatakan tentang keselamatan dan sekuriti didalam menggunakan Twitter. Kini musuh baru burung biru ini adalah "makanannya" sendiri. Cacing; atau istillah sebenar cecacing : virus.

Mangsa Makan Pemangsa
Perkara ini terjadi sepanjang minggu lepas apabil seorang remaja yang berusia 17 tahun yang mungkin terlalu bosan dengan hidupnya membuat virus tersebut dan menyebarkan dalam empat akaun twitter. Dia sendiri telah menghantar emel kepada pihak PCMag untuk menyatakan bagaimana virus tersebut dibuat dan modus operadi virus tersebut (Chloe, 2009). Walaupun virus ini bukanlah satu virus yang hebat, dan hanya 100 orang sahaja yang terkena dan selepas itu akaun tersebut dibuang. Tetapi bukan itu yang diperdebatkan, tetapi sekuriti didalam penggunaan Twitter. Kerana modus operandinya adalah menggunakan sedikit cuma javascript untuk menyebabkan kod virus tersebut boleh berjalan. Bagaimana Twitter yang mempunyai limitasi karekter sehingga 140 karekter dapat memuatkan satu skrip javascript itu yang ditekankan.

Tiga Serangan
Serangan pertama adalah bertumpu kepada propaganda. Supaya pengguna pergi ke laman StalkDaily* dan akan menjangkiti akaun yang memasuki laman tersebut (Elinor, 2009). Serangan kedua mempunyai kata nama "Mikeyy" dan yang ketiga menggunakan teknik yang telah K katakan dahulu, pemendekkan url, daripada laman bit.ly.

Serangan kedua dan ketiga adalah berkaitan kerana serangan kedua mempunyai kata nama "Mikeyy". Dan serangan ketiga menggunakan kembali "Mikeyy" untuk menyamar sebagai pembuang (removal) untuk virus Mikeyy tersebut. Cara yang amat baik dan selalu dipergunakan oleh pembuat virus dan pembuat antivirus tipu. Termasuklah apa yag terjadi kepada Conficker.

Elak Daripada Terjadi

Jika anda pengguna Firefox, ada baiknya anda memasang NoScript sebagai langkah paling effektif. Kerana jika tidak hanya satu cara untuk memastikan anda selamat, matikan fungsi javascript. K tidak pasti berapa ramai yang mahu mematikan fungsi JavaScript mereka. Begitu juga dengan url yang anda dapat didalam Twitter. Berhati-hati dan fikir dahulu sebelum menekannya. Owh, lupa tentang satu perkara virus ini boleh menjangkiti mana mana sistem operasi termasuk Mac dan Linux kerana penggunaan JavaScript. Oleh itu cara terbaik yang K lihat adalah menggunakan NoScript.

*StalkDaily masih berfungsi seperti biasa. Dan WOT telah mengklasifikasikannya sebagai "tidak boleh dipercayai" dan "merbahaya". Oleh itu sebarang yang berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri.

Rujukkan
Chloe, A. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Twitter Squishes Worms; Author Owns Up. Hiper-rangkai: www.pcmag.com
Elinor, M. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Twitter cleans up after weekend worm attacks. Hiper-rangkai: news.cnet.com
Gregg, K. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Weekend worms strike Twitter, teen admits responsibility. Hiper-rangkai: www.macworld.com
Heather, W. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. NY teen claims to be responsible for Twitter worms. Hiper-rangkai: www.gadgetell.com
Sue, W. (2009) Dikeluarkan pada 13 April 2009. Social networks become the next big target of hackers, learn how to protect yourself. Hiper-rangkai: www.gadgetell.com

Selasa, 14 April 2009

[Khas] AMBNaC Dapat Banner Baru

Tarikh Keluaran Artikel: 14 April 2009
TambahBaik_1: 14 April 2009

Tulisan Ringkas
Setelah beberapa lama banner yang lama dapat bertahan daripada ditukar, akhirnya pada malam ini K mendapat idea untuk membuat banner baru. Mempunyai konsep yang tersendiri yang berkaitan dengan blog ini dan K.

Idea Asal
Idea asal adalah untuk membentuk satu situasi "bandar teknologi" yang menunjukkan bahawa blog ini adalah blog teknologi. Tetapi setelah difikirkan kembali, kekurangan bakat dan ditambahkan lagi dengan kesukaran menjadikan banner tersebut nampak "hidup", idea ini ditolak ketika telah sampai di peringkat memasukkan warna. Tekan gambar untuk melihat saiz asal, iaitu saiz banner sebenar. Mungkin gambarnya agak serabut untuk difahami, tetapi didalam fikiran, akan menjadi sangat cantik. Hanya tinggal didalam fikiran dan angan-angan.


Idea Adaptasi
K pernah membuat satu poster, yang menyatakan jika gagal kali pertama, jadikan dia sebagai versi 1.0. Oleh kerana ini adalah pembuatan banner K kali yang ketiga (jika tidak silap), oleh itu K jadikan versi gagal tersebut, 3.0. Dan selepas itu K menggunakan idea daripada "pintu rumah" yang keluarnya "cahaya" dari dalamnya sebagai idea utama. Masih menggunakan teknik perspektif tetapi kali ini lebih ringkas dan bersifat minimalisme, sifat blog ini sendiri. Akhirnya menjadi asas kepada banner terbaru ini adalah Bannerv3_11. No dibelakang adalah menunjukkan telah berapa perubahan drastik K lakukan kepada pembinaan banner ini.

Banner Baru

Akhirnya hasil yang boleh dikatakan sebagai calon terbaik dikeluarkan oleh K. Bannerv3_16. Tetapi mungkin akan dipertambah baikkan lagi dengan beberapa masalah yang masih belum diselesaikan dan Naga mengatakan terlalu kosong banner kali ini. Mungkin K akan menambah dan mungkin juga tidak, kerana sudah cukup bagi K banner kali ini menunjukkan apa yang sedang K fikirkan.

Terpulang Kepada Anda
Anda diberi kebenaran untuk membuat sebarang kenyataan berhubung banner ini kerana bagi K, apa yang anda nampak didalam banner tersebut yang mencerminkan K dan blog AMBNaC adalah penting. Kerana seni itu mempunyai sifat yang luas. Setiap orang akan melihat benda yang berlainan.

Apa Yang K Fikirkan
Didalam dunia ini terdapat banyak jenis blog, terdapat banyak jenis "niche". Dan AMBNaC diwujudkan untuk memegang niche "teknologi, komputer, sekuriti dan bahasa melayu". Oleh itu K juga berharap, K layak untuk membawa AMBNaC menjadi salah sebuah blog yang bertemakan begitu dan menjadi salah satu daripada tiang-tiang pengetahuan didalam bidang ini. K cuba mengamalkan sikap "lutsinar" didalam setiap post. Yang berdasarkan ilmu dan pengalaman K sendiri dan disangga oleh rujukkan. K tidak nafikan, blog K kelihatan begitu berat, seperti tesis (KNizam) didalam komennya di artikel Conficker. Episod Khas. Tetapi itulah harapan K, menjadi rujukkan kepada pencinta ilmu komputer didalam bahasa melayu.

Seperti biasa, kepada anda yang mempunyai komen, idea kutukan dan cadangan untuk kebaikkan blog ini, sila berbuat demikian diruangan komen. Spam tidak dibenarkan dan akan dibuang sama sekali.

Sekian terima kasih.

Isnin, 13 April 2009

[Khas, Seni] TrueOrFalse

Tarikh Keluaran Artikel: 13 April 2009

Struktur Diskrit
Kepada semua pelajar yang mengambil subjek ini, selamat berjuang dimedan peperangan. Jangan keliru jangan cemas. Jangan gopoh untuk keluar cepat. Cemerlang atau tidak anda tentukan.

notakaki: tekan gambar untuk lebih jelas (format png)

Info Gambar
  • Sistem Operasi: Windows XP SP2
  • Perisian: Adobe Photoshop CS3
K terpaksa membuka Windows kerana skop gambaran ini sukar untuk dilakukan di Adobe Photoshop 7 dengan menggunakan banyak layer/lapisan. Didalam Adobe Photoshop K tidak tahu bagaimana untuk mengabungkan layer/lapisan. Oleh itu Windows XP terpaksa digunakan.

Tambahan: K mencari sesiapa yang mahu menolong K dalam soal pembelian domain. Antara calon akhir adalah:
www.ambnac.com
www.ambnac.my
www.ambnac.com.my
oleh itu untuk yang berkaitan, YM K: kmkd1234

Ahad, 12 April 2009

[Artikel] Laptop v Desktop

Tarikh Keluaran Artikel: 12 April 2009
Perlawanan Tidak Akan Habis
Mengapa perlu pertemukan desktop dan laptop didalam satu arena, K merasakan kedua-dua komputer tersebut adalah berbeza sama sekali. Mana yang lebih baik? Mana lebih handal? Mana lebih gempak? K memberi sedikit idea tentang perkara ini.

Mengapa Diperdepat
Perbezaan antara keduanya telah pun diketahui umum. Tetapi ianya menjadi sukar apabila pengguna baru mahu membeli komputer yang baru, tidak tahu untuk memilih antara desktop mahupun laptop. Mereka lebih cenderung bertanya kepada rakan-rakan yang dianggap boleh dipercayai didalam perkara ini. Bagi K bertanya boleh sahaja tetapi setiap jawapan perlu difahami dan diperhalusi. Jika tidak diri akan merana pada masa hadapan. Dalam hemat K, yang paling penting adalah mengapa anda harus menggunakan antara desktop mahupun laptop. Jawapan tersebut bermula dengan adanya ilmu tentang perbezaan antara keduanya. Kelebihan serta kekurangan. Selepas daripada itu, barulah boleh dipraktikkan.

Mobiliti
Apabila berkata tentang mobiliti, seharusnya telah diketahui oleh umum bahawa destop bukan satu jenis komputer yang mempunyai sifat mobiliti secara total. Berat, besar dan memerlukan sumber kuasa yang terus menerus daripada soket palam kuasa di dinding. Jika tidak, tidak akan mampu untuk bergerak. Oleh itu laptop dicipta untuk mobiliti, menggunakan hampir dimana sahaja anda berada. Boleh bergerak tanpa memerlukan punca kuasa dalam jangka masa yang boleh diterima (2-4 jam). Jika anda seorang yang selalu atau kerap bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dan memerlukan komputer disisi anda, laptop adalah jawapan terbaik bagi permasalahan pemilihan tersebut. Laptop 1 - Desktop 0.

Ruang Storan
Anda seorang yang suka memuat turun video/lagu mahupun menonton filem terbaru didalam komputer sendiri (K anggapkan ianya adalah yang berlesen dan berbayar) atau anda seorang pereka seni kretif menggunakan aplikasi grafik seperti Adobe© Photoshop© mahupun Adobe© Premier©. Oleh itu anda memerlukan ruang storan yang mencukupi untuk menampung kerja anda. Oleh itu K mengesyorkan anda menggunakan desktop. Kerana harga ruang storan yang lebih murah dan lebih mudah untuk dipasang adalah sebab utama. Kebanyakkan laptop tidak mempunyai ruang storan pendua didalam laptop kerana saiznya. Oleh itu untuk menambah ruang storan anda memerlukan ruang storan luaran yang mempunyai harga yang lebih mahal daripada ruang storan dalaman. Disebabkan itu K memilih desktop adalah pilihan utama jika anda memerlukan ruang storan yang besar. Nasihat K: "storan tidak akan pernah cukup, walaupun 500GB itu nampak besar pada awalnya". Laptop 1 - Desktop 1.

Grafik & Permainan

Seperti yang K katakan diatas, penggunaan aplikasi yang melihatkan grafik seperti Adobe© Photoshop© dan Adobe© Premier© memerlukan ruang storan yang tinggi. Sekaligus memerlukan keperluan grafik yang tinggi untuk melakukan kerja-kerja tersebut dengan mudah. Jika anda seorang pemain permainan komputer yang mengikuti peredaran zaman, seperti permainan terbaru, Left4Dead mahupun Need For Speed: Undercover yang mahukan grafik sepenuhnya digunakan, lancar tanpa tersekat-sekat, disamping monitor yang bersaiz 19" atau 21". Dengan keadaan itu, desktop adalah pilihan terbaik. Bukannya sebab laptop tidak mampu untuk menjalankan perkara itu. Tetapi kerana beberapa kekangan yang kukuh yang menyebabkan laptop kelihatan tidak mampu (untuk masa kini). Antara kekangan tersebut adalah harga dan penambahan perkakasan baru pada masa akan datang. Kedua-dua kekangan ini akan K lanjutkan sebentar lagi. Buat masa sekarang, Laptop 1 - Desktop 2.

Harga
Mengapa K menaikkan kekangan tentang harga. Kerana pada masa kini, disulami dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, penjimatan harus dilakukan sebaiknya. Jangan anda anggapkan anda mampu mendapatkan satu laptop dengan spesifikasi yang hebat dengan harga yang sama seperti desktop. Kerana spesifikasi memainkan peranannya didalam harga. Dengan sedikit penambahan sudah cukup untuk menjadikan harga sesuatu laptop itu menjunam tinggi. Berbanding dengan desktop. Lebih lagi yang pandai untuk membuat sendiri desktop dengan membeli satu persatu mengikut kemahuan dan bajet sendiri. Laptop 1 - Desktop 3.

Naik Taraf
Jika anda menggunakan laptop, anda boleh menambahkan RAM pada bila-bila masa tetapi untuk menukar jenis CPU mahupun papan utama (motherboard) agak sukar. Kerana setiap jenis laptop tidak mempunyai pengaturan yang sama terutamanya dari segi butang dan port. Jika anda seorang yang selalu mahukan yang terbaik untuk sistem komputer anda, maka itu desktop adalam pilihan terbaik. Tetapi buat anda yang tidak mahu menukarkan sebarang peralatan dan hanya untuk digunakan seadanya, maka itu laptop adalah pilihan terbaik. Akhir konklusi, K memberikan Laptop 1 - Desktop 4.

Tahukah Anda

K merupakan seorang pengguna laptop, bukannya desktop. Mengapa? Sedangkan K seorang yang menggunakan Adobe© Photoshop© didalam kerja grafik. Yang suka menyimpan semua jenis lagu yang K rasakan menarik untuk didengar. Semua gambar yang menarik terutamanya daripada InterfaceLIFT. Dan menggunakan pelbagai jenis server untuk menjalankan kerja pengaturcaraan. Mengapa K menggunakan laptop dan bukannya desktop, jawapan K berikan adalah;
  • Mobiliti - K memang seorang yang memerlukan laptop (dan internet), jika boleh dimana sahaja. Pergi ke kelas (tetapi kini sudah kurang) dan di mana sahaja yang boleh. Oleh itu, laptop 1 - desktop 0.
  • Ruang storan - K tahu K menggunakan banyak ruang storan. Tetapi K tidak kisah membeli ruang storan luaran. Secara rekod, K mempunyai 3 pendrive (daripada 4 - satu hilang) dan dua cakera keras luaran (160GB & 500GB). Tujuannya untuk memudahkan kerja K, dan tidak semua benda akan K perlukan untuk diperamkan didalam cakera keras didalam laptop ini. Hanya yang perlu sahaja, yang lain 160GB dan 500GB menunggu untuk disimpan. Laptop 2 - Desktop 0.
  • Grafik & permainan - K memang menggunakan grafik yang sederhana, Adobe© Photoshop© K gunakan tanpa ada masalah setakat ini. Dan semua hasil yang lama akan disimpan didalam ruang storan 160GB tersebut. Hanya yang baru atau belum siap diletakkan didalam laptop. Permainan, K hanya bermain permainan yang mudah yang tidak memerlukan grafik yang tinggi. Laptop 3- Desktop 0.
  • Harga - Harga adalah subjektif, K hanya mencari yang perlu sahaja, tidak perlu yang terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. Kerana K tahu apa yang K mahukan. Oleh itu RM2500-- sudah memadai. Laptop 4 - Desktop 0.
  • Naik taraf - K hanya menaik taraf laptop ini dengan menggantikan RAM daripada 512MB kepada 2GB. Selepas itu. tiada sebarang tingkat naik kerana K naikkan RAM untuk kegunaan Adobe© Photoshop© dan penggunaan semasa melayari internet dalam mencari bahan blog ataupun tugasan. Laptop 5 - Desktop 0.
Dengan hujah yang K berikan, K berpendapat, K tidak perlu menggunakan desktop tetapi hanya laptop sudah memadai. Tetapi untuk masa akan datang, masih tidak tahu apa yang akan dipilih K. Mungkin desktop pula menjadi pilihan. Siapa tahu?

Tambahan
Jika anda tidak tahu anda berada didalam kumpulan yang mana, K cadangakan anda menjawab soalan yang disediakan oleh WaidaKMY. Mungkin ada lebih faham apa yang dicoretkan disana.

Rujukkan
Christopher, N. (2007) Dikeluarkan pada 6 Jun 2007. Laptop vs. Desktop: Which Is Right for You?. Hiper-rangkai: tech.yahoo.com